ciri personaliti keusahawanan pelajar tahun 2 sph …€¦ciri personaliti keusahawanan pelajar...

23

Upload: phamduong

Post on 29-Aug-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CIRI PERSONALITI KEUSAHAWANAN PELAJAR TAHUN 2 SPH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR.

NORAINI BINTI RADIO

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

iii

DEDIKASI

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi mengasihani, syukur atas kurnia Nya

memberikan ketabahan dan kecekalan serta kesihatan yang baik ke atas insan yang

lemah ini sehingga dapat menyempurnakan penulisan untuk projek PSM ini.

Untuk....

Ayah dan Ibu yang dikasihi.

Istimewa ...buat suami tercinta

Aseng Kuman

Serta anakku yang disayangi

Stephen Marlvin

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada

penyelia projek tesis ini, iaitu Encik Shahrin Bin Hashim di atas bimbingan dan

nasihat beliau sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini dijalankan. Segala jasa dan

tunjuk ajar yang diberikan hanya Tuhan jualah yang membalasnya.

Penghargaan terima kasih ini juga dirakamkan kepada semua pihak serta rakan-

rakan guru dan pensyarah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu kejayaan projek ini.

Semoga jasa baik anda diberkati.

v

ABSTRAK

Keupayaan keusahawanan pelajar amat penting untuk bersaing dalam ekonomi

global masa kini. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri

keusahawanan dari segi personaliti. Ciri personaliti keusahawanan pelajar dikaji dalam

empat dimensi iaitu dorongan kejayaan, lokus kawalan, kesediaan mengambil risiko dan

nilai kendiri. Sebanyak 89 sampel daripada pelajar Tahun Dua Kursus Kemahiran

Hidup, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dipilih untuk

kajian ini. Soal selidik yang mengandungi 40 item digunakan sebagai instrumen kajian

untuk meninjau ciri personalti keusahawanan di kalangan pelajar. Kajian deskriptif

berbentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif bagi

mencari nilai min dan peratus bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian

menunjukkan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar berada pada tahap

sederhana. Ciri yang paling menonjol ialah lokus kawalan dalaman. Beberapa

cadangan telah dikemukakan bagi membangun dan mengukuh lagi ciri personaliti

kesusahawanan pelajar.

vi

ABSTRACT

Students’ entrepreneurship ability is vital in order to maintain the competitive

edge in the present global economy. This survey research aimed to determine the

entrepreneurial characteristics based on entrepreneurial traits. The students

entrepreneurial traits were assessed in four dimensions namely, (i) motivational success

(ii) locus of control (iii) risk taking propensity and (iv) self efficacy. A total of 89

samples were chosen from the second year students of Living Skills of the Faculty of

Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Questionaires consisting of

40 items were used as an instument to investigate the entrepreneur characteristics among

the students. Descriptive study in the form of survey was used for this study. Descriptive

analysis statistics indicated that entrepreneurial characteristics among the students were

at the moderate level. Among the dimensions assessed, the most dominant was the

element of internal locus of control. Suggestions and recommendations given were to

develop and enhance the entrepreneurial characteristics.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

ix

1.8 Rasional Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 8

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Keusahawanan 10

2.3 Personaliti 11

2.3.1 Faktor Personaliti 13

2.4 Motivasi Keusahawanan 13

2.5 Pembangunan Modal Insan 16

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk Kajian 19

3.3 Instrumen Kajian 20

3.4 Persampelan Kajian 22

3.5 Kajian Rintis 22

3.6 Analisis Dan Persembahan Data 23

3.7 Penutup 24

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Data Bahagian A 25

4.2.1 Jantina 26

4.2.2 Bangsa 26

4.2.3 Tempat Asal 27

4.2.4 Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga 28

x

4.2.5 Belajar Subjek Keusahawanan

di UTM 28

4.3 Analisis Data Bahagian B 29

4.3.1 Analisis Data Personaliti

Dorongan Kejayaan 29

4.3.2 Analisis Data Personaliti

Lokus Kawalan 31

4.3.3 Analisis Data Personaliti

Kesediaan Mengambil Risiko 33

4.3.4 Analisis Data Personaliti

Nilai Kendiri 35

4.4 Analisis Keseluruhan Ciri Personaliti 37

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 39

5.2 Perbincangan 39

5.2.1 Dorongan Kejayaan 40

5.2.2 Lokus Kawalan 41

5.2.3 Kesediaan Mengambil Risiko 43

5.2.4 Nilai Kendiri 45

5.3 Cadangan 46

5.4 Cadangan Untuk kajian Lanjutan 47

5.5 Rumusan Dan Kesimpulan 48

5.6 Penutup 50

BIBLIOGRAFI 52

LAMPIRAN

Borang Soal Selidik 54

Pengesahan Item 57

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jadual Pemboleh ubah Bebas dan Pemboleh ubah

bersandar 20 3.2 Taburan Skala Pemeringkatan Likert 22 3.3 Jadual Pekali Alfa Cronbach 23 3.4 Jadual Min Bagi Menjawab Ciri Personaliiti 24 4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina 26 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 27 4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Asal 27 4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 28 4.5 Taburan Responden Yang Belajar Subjek

Keusahawanan 28 4.6 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan

min terhadap ciri personaliti dorongan kejayaan. 30

4.7 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan

min terhadap ciri personaliti lokus kawalan 32

4.8 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus

dan min terhadap ciri personaliti kesediaan mengambil

risiko 34

xii

4.9 Taburan responden Mengikut frekuensi, peratus dan

min terhadap ciri personaliti nilai kendiri 36

4.10 Peratusan Dan Min Keseluruhan Responden

Berdasarkan Setiap Ciri Personaliti Keusahawanan 38

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

5.1 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Ciri

Dorongan kejajayan 40

5.2 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Ciri

Lokus Kawalan 42

5.3 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Ciri

Kesediaan Mengambil Risiko 44

5.4 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Ciri

Nilai Kendiri 45

5.5 Peratusan Keseluruhan Responden Berdasarkan

Ciri Personaliti Keusahawanan 49

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Keusahawanan menjadi suatu perkara yang begitu menarik perhatian umum dan

pendapat yang popular masa kini dan abad ke 21 merupakan dekad keusahawanan

(Schwarz 1999). Dari segi ekonomi, usahawan dikatakan menjadi penyelesai kepada

banyak masalah terutamanya menjadi penyumbang kepada pekerjaan atau sebagai salah

satu instrumen dalam menyelesaikan masalah pengangguran.

Sehingga kini usaha-usaha ke arah melahir dan membina usahawan telah

dijalankan melalui pelbagai pendekatan oleh berbagai agensi kerajaan dan swasta.

Usaha yang dijalankan ini timbul daripada kesedaran bahawa usahawan adalah

memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Wujudnya

jurang perbezaan kaum di Malaysia dari segi ekonomi adalah akibat dari

ketidakseimbangan di dalam kadar pembangunan ekonomi yang mana ini adalah berkait

rapat dengan kedudukan sosial dan ekonomi masing-masing. Keupayaan individu untuk

membaiki diri sendiri bukan terletak semata-mata kepada tahap dan kedudukan

ekonominya, sebaliknya faktor bukan kebendaan juga adalah memainkan peranan untuk

membolehkan seseorang individu itu mengubah kedudukannya. Semangat

keusahawanan adalah dikatakan sebagai pendorong utama bagi individu di dalam

membaiki kedudukan dirinya untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dari segi

2

kebendaan dan juga status diri. Usaha-usaha ke arah melahirkan usahawan perlulah

mengambil kira unsur-unsur psikologi dan sosial untuk memastikan bahawa rancangan

yang dijalankan akan mencapai kejayaan.

Ketika hubungan di antara keusahawanan dengan pertumbuhan ekonomi adalah

kompleks dan berbagai sudut, maka tidak boleh dipertikaikan juga bahawa keupayaan

usahawan merupakan komponen penting dalam kemampuan sesebuah negara untuk

mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Tidak dapat disangsikan juga bahawa

keusahawanan memainkan peranan yang amat kritikal dalam ekonomi dunia, bahawa

keusahawanan adalah merupakan daya penggerak kepada kedua-dua pertumbuhan

ekonomi dan mencipta peluang kerja. (Levin, 1998:79; Lunsche dan Baron, 1998:1;

Sunter, 2000:23).

Globalisasi yang semakin pesat pada alaf baru akan mewujudkan pelbagai

perubahan dalam persekitaran ekonomi, sosial dan politik di mana sesebuah organisasi

beroperasi. Gelombang globalisasi memaksa negara kita untuk meningkatkan

kecekapan dan kekuatan ekonominya agar tidak menjadi mangsa kepada kuasa-kuasa

ekonomi luar ( Ahmad Shukri, 2002).

Dengan peningkatan persaingan di pasaran global, ekonomi akan terus

diperkukuhkan dengan meningkatkan daya saing dan menerokai sumber pertumbuhan

baru. Peningkatan daya saing ini memerlukan modal insan bertaraf dunia yang

berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta memiliki etika kerja

positif dan nilai kerohanian. Kerajaan berpendapat kejayaan masa hadapan negara

bergantung kepada modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga

keperibadian.

Ciri personaliti merupakan kriteria atau sifat yang dimiliki oleh usahawan yang

akan mempengaruhi caranya berinteraksi dengan persekitaran. Ia melibatkan corak

tingkah laku, cara berfikir dan kedewasaan emosi yang ditunjukkan oleh usahawan.

3

Mengenalpasti hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan ciri-ciri

keusahawanan adalah penting untuk tujuan teori dan amali kerana usahawan yang

mempunyai personaliti tertentu lebih cenderung kepada orientasi keusahawanan dan

dengan mengenalpasti kecenderungan ini mungkin memberi keuntungan kepada

organisasi. Pada masa dahulu, keperluan untuk kejayaan, mengambil risiko dan lokus

kawalan telah dianalisis berhubung dengan ciri-ciri keusahawanan dan telah dikenalpasti

berkaitan dengan menjadi atau ingin menjadi usahawan (Ahmed, 1985; Begloy & Boyd,

1987; Bonnet & Furnham, 1991).

Dalam kajian-kajian yang lepas, dapatan berhubung dengan ciri-ciri ini

mempunyai berbagai tafsiran. Dalam bahagian-bahagian kecil di bawah ini dihuraikan

secara ringkas lima ciri personaliti dan spekulasi mengenainya mungkin dapat dikaitkan

dengan tiap-tiap satu dimensi kepada orientasi keusahawanan.

1.1.2 Dorongan Kejayaan/Kecapaian

Motivasi atau dorongan merupakan penyebab seseorang individu bertindak

untuk mencapai tujuan. Individu yang mempunyai dorongan kecapaian tinggi bersifat

yakin pada diri sendiri, mampu untuk mengambil risiko yang munasabah, keperluan

untuk mengkaji persekitaran dan ingin untuk mendapat maklum balas tentang prestasi

pencapaian (Mc Clelland, 1965). Orang-orang yang mempunyai dorongan kejayaan

yang tinggi juga akan menetapkan matlamat yang mencabar dan cuba untuk mencapai

matlamat tersebut. Mereka ini menghargai maklumbalas-maklumbalas dan

menggunakannya sebagai kaedah untuk menyempurnakan misi mereka. Menurut

Ahmad Shukri (2002) individu yang mempunyai orientasi pencapaian yang tinggi akan

mempamerkan tingkah laku yang sentiasa berusaha memperbaiki mutu kerjanya,

sentiasa ingin melakukan dan mencuba yang terbaik dalam setiap perkara yang

dilakukannya dan gemar kepada bentuk kerja yang mencabar sifatnya, seperti seorang

ahli sukan profesional.

4

1.1.3 Lokus Kawalan

Menurut Abdul Aziz (2003) dalam teori model ‘baka’, ahli-ahli psikologi

menyifatkan bahawa golongan manusia yang dipanggil ‘usaha wan’ sebagai mempunyai

identiti yang tersendiri yang dapat membezakan di antara usahawan dan bukan

usahawan. Usahawan perlu memiliki kawalan diri atau ‘locus of control’ secara

mendalam untuk membolehkan mereka bertindak cergas secara berdikari. Antara sifat-

sifat yang perlu dimiliki adalah inisiatif, keupayaan merancang, mengambil risiko,

kecekalan dan kesediaan untuk mengambil risiko. Lokus kawalan usahawan merupakan

ciri di mana usahawan berkeyakinan yang gelagat mereka dikawal oleh kuasa dalaman

atau luaran. Terdapat dua jenis lokus kawalan iaitu lokus kawalan dalaman dan lokus

kawalan luaran. Individu yang mempunyai tret personaliti lokus kawalan dalaman

sentiasa percaya bahawa nasib dan masa depannya berdasarkan penentuannya sendiri.

Mereka yang berada di dalam tret ini merasa yakin komitmen yang diberikan terhadap

perniagaan yang dijalankan akan menentukan jumlah keuntungan yang akan diperolehi.

Mereka yang mempamerkan tret personaliti lokus kawalan luaran pula percaya bahawa

nasib dan masa depan mereka ditentukan oleh orang lain. Oleh itu kejayaan yang bakal

diperoleh tidak boleh dijangka, bergantung pada nasib dan destinasi mereka dikawal

oleh mereka yang lebih berkuasa.

1.1.4 Kesediaan Mengambil Risiko

Personaliti ini mempunyai kaitan dengan proses membuat keputusan. Individu

yang mempunyai kecenderungan menanggung risiko yang tinggi lebih cepat membuat

keputusan, tetapi kurang menggunakan maklumat. Menurut Khairuddin (2003), risiko

boleh wujud daripada sebarang tindakan usahawan yang boleh mengakibatkan

perniagaan yang dijalankan mengalami kerugian atau kegagalan. Usahawan yang bijak

akan memastikan risiko yang diambil ialah risiko yang telah diperhitungkan, munasabah

dan realistik serta sesuai dengan tahap kemampuan dan kebolehannya.

5

1.1.5 Nilai Kendiri

Nilai kendiri merujuk kepada darjah kebanggaan terhadap diri sendiri.

Keupayaan mengenali diri sendiri serta kerjaya yang diminati juga merupakan satu

kelebihan yang dimiliki oleh seseorang usahawan. Rata-rata kebanyakan mereka

sebelum menceburi sesuatu bidang, mereka telah kenal pasti fungsi-fungsi sesuatu

kerjaya ( Norasmah 2007). Keupayaan menghargai diri sendiri juga merupakan

kemahiran yang paling murni yang dimiliki oleh manusia. Tingkahlaku ini merupakan

kemahiran yang tidak dibangunkan sepenuhnya oleh individu disebabkan pendapat

mereka tentang diri sendiri sering dibuat berdasarkan pendapat negatif orang lain dan

maklumat yang tidak tepat tentang kebolehan mereka.

Individu yang mempunyai nilai kendiri yang rendah secara umumnya ialah

mereka yang kurang berjaya, terlalu bergantung kepada orang lain, tidak suka

menanggung risiko serta tidak bersedia menerima tanggungjawab dan tahap kepuasan

kerja yang rendah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Keusahawanan merupakan satu bidang yang sedang berkembang pesat pada

masa kini dan berupaya merubah kehidupan seseorang. Peluang mendapatkan pekerjaan

di sektor kerajaan dan swasta adalah amat terbatas. Hal ini berlaku berikutan dasar atau

polisi setiap organisasi pada masa kini yang sudah mula mengoptimumkan penggunaan

sumber manusia yang dimiliki mereka. Justeru, kerajaan dan sektor swasta telah

melaksanakan pelbagai kaedah bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam

bidang keusahawanan serta tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada kerja makan gaji

khasnya kepada golongan remaja terutama lepasan universiti. Penekanan kepada remaja

dilakukan kerana kita sedia maklum bahawa remaja merupakan aset negara. Sesebuah

negara berupaya menjadi maju jika memiliki modal insan yang cemerlang.

6

1.3 Penyataan Masalah

Dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji ciri-ciri keusahawanan dari segi

personaliti individu iaitu dorongn kejayaan, lokus kawalan, kesediaan mengambil risiko

dan nilai kendiri pelajar Tahun 2 Kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji ciri personaliti keusahawanan yang

terdapat pada pelajar Tahun 2 Kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti ciri personaliti dorongan kejayaan pelajar.

1.4.2 Mengenalpasti ciri personaliti lokus kawalan pelajar.

1.4.3 Mengenalpasti ciri personaliti kesediaan mengambil risiko pelajar.

1.4.4 Mengenalpasti ciri personaliti nilai kendiri pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang dikaitkan dalam kajian ini adalah untuk mengkaji adakah

terdapat ciri-ciri personaliti keusahawanan pelajar Tahun 2 Kemahiran Hidup Fakulti

Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Persoalan-persoalan ini meliputi:

1.5.1 Adakah pelajar mempunyai ciri personaliti dorongan kejayaan yang diperlukan

untuk menceburi bidang keusahawanan?

1.5.2 Adakah pelajar mempunyai ciri personaliti lokus kawalan yang diperlukan untuk

menceburi bidang keusahawanan?

7

1.5.3 Adakah pelajar mempunyai ciri personaliti kesediaan mengambil risiko yang

diperlukan untuk menceburi bidang keusahawanan?

1.5.4 Adakah pelajar mempunyai ciri personaliti nilai kendiri yang diperlukan untuk

menceburi bidang keusahawanan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan daripada kajian ini adalah diharapkan dapat mengenalpasti ciri-ciri

keusahawanan pelajar melalui personaliti serta menjadi panduan kepada pelajar-pelajar,

ibu bapa, ahli akademik, para pemimpin, penggubal dasar, pihak kementerian berkenaan

dan masyarakat amnya dalam membina dorongan dan personaliti seseorang untuk

berjaya di samping membekalkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,

berketrampilan, berperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Adalah penting kajian ini dilakukan supaya hasil dapatannya nanti dapat

menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain, pihak sekolah dan universiti dalam

merancang kurikulum dan aktiviti yang sesuai untuk pelajarnya agar mereka mempunyai

daya saing serta mempunyai ketahanan dan kebolehan untuk berhadapan dengan

persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji adakah ciri personaliti keusahawanan yang

terdapat pada pelajar universiti. Kajian dijalankan hanya terbatas kepada pelajar Tahun

2 Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Johor.

8

1.8 Rasional Kajian

Tidak ada jalan singkat untuk mencipta kejayaan. Berjaya atau gagalnya

seseorang usahawan dalam usahanya bergantung pada sejauh mana usahawan itu benar-

benar yakin pada usaha yang dijalankannya. Selain itu, usahawan juga hendaklah

melengkapkan dirinya dengan kualiti diri dan budaya hidup yang cemerlang.

Adalah mustahak untuk mengenalpasti hubungan antara ciri-ciri personaliti

dengan kejayaan keusahawanan. Orang-orang yang memilih untuk mengusahakan

perniagaan yang bersesuaian dengan personaliti sebenar mereka kemungkinan akan

mengalami kejayaan dan kepuasan pada tahap yang tertinggi.

1.9 Definisi Istilah

Definisi istilah adalah berhubung dengan istilah-istilah yang spesifik berkaitan

dengan kajian yang hendak dijalankan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaca

memahami dengan persepsi yang berbeza seperti mana yang dikehendaki dalam kajian

ini. Di samping itu juga ia memberi batasan yang sah kepada fahaman istilah dan tujuan

kajian.

Dalam bahagian ini penyelidik memberikan definisi-definisi secara jelas

mengenai konsep-konsep yang digunakan agar pembaca dapat menjurus kepada

persoalan-persoalan kajian yang dibuat.

9

1.9.1 Personaliti

Keperibadian atau perwatakan seseorang. Personaliti ialah segala faktor seperti

struktur psikologi seseorang individu yang menggambarkan satu corak ciri-ciri

yang ada pada individu itu bertindakbalas dengan persekitaran yang dialaminya

(Rogers, 1985). Personaliti dalam kajian ini, berdasarkan kepada jenis

personaliti individu yang melibatkan ciri-ciri dorongan kejayan, lokus kawalan,

kesediaan mengambil risiko dan nilai kendiri pelajar-pelajar Tahun Dua

Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Johor.

1.9.2 Pelajar-pelajar 2SPH

Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah mereka yang masih menuntut

dalam Tahun Dua Kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan di Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor

1.9.3 Usahawan

Berasal dari perkataan usaha yang bermaksud daya upaya termasuk ikhtiar,

kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan

sesuatu pekerjaan. Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan.

1.9.4 Keusahawanan

Aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang

berorientasikan keuntungan (Cole, 1969).