keutamaan ciri-ciri pengajaran … ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik dari aspek penyampaian...
TRANSCRIPT
KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG BAIK
DARIPADA PERSPEKTIF PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN DAN
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD YUSRI BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MOHD.YUSRI BIN ISMAIL
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG
BAIK DARIPADA PERSPEKTIF PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN
DAN FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
(HURUF BESAR)
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
EN.AHMAD JOHARI BIN SIHES Alamat Tetap :
NO 158, KG. KEDA SG. UDANG, 06900 YAN , KEDAH DARULAMAN
Tarikh: 6 MEI 2009 Tarikh: 6 MEI 2009
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ….………………………………..
Nama Penyelia : EN AHMAD JOHARI BIN SIHES
Tarikh : 26 MARCH 2009
KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG BAIK
DARIPADA PERSPEKTIF PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN DAN
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD YUSRI BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : MOHD YUSRI BIN ISMAIL
Tarikh : 26 MAC 2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Khas buat
Ayahanda dan Bonda
Ismail Bin Ahmad
Che Siah Binti Jaffar
Sekalung Terima Kasih
En. Ahmad Johari Bin Sihes
Pensyarah Pembimbing
Pensyarah-pensyarah
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita
Terima kasih, Amin…….
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Ahmad Johari Bin Sihes yang telah banyak
membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan
serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam
penyiapan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Pelajar Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam yang terlibat dalam memberikan
kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan
lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan
kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun
tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, serta
keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan penyelidikan ini.
Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka.
Sekian, Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri pengajaran pensyarah
yang baik daripada persepektif pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan
Awam Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Kajian berbentuk deskriptif ini
melibatkan sampel 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pendidikan
dan Fakulti Kejuruteraan Awam tahun dua. Instrument kajian yang digunakan
mengandungi 40 item yang berdasarkan kepada 4 persoalan kajian iaitu aspek
personaliti, penyampaian pengajaran, penilaian dan juga interaksi. Kesahan item-item
diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar-pakar. Data-data yang dikumpul
seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) for Windows Version 11.5. Hasil daripada analisis data disusun
mengikut urutan keutamaan dan dibuat perbandingan diantara Fakulti Pendidikan dan
Fakulti Kejuruteraan Awam. Beberapa cadangan telah dibuat bagi mewujudkan
pensyarah dan juga pendidik yang berkualiti daripada aspek pengajaran. Hasil kajian
ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi
mewujudkan lebih ramai generasi pendidik yang berkualiti daripada aspek personaliti,
penyampaian pengajaran, penilaian dan interaksi dengan pelajar.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to investigate the characteristics of a good teaching
among lecturers from the perspectives of students. This descriptive study involved a total
of 100 second year students from the Faculty of Education and Faculty of Civil
Engineering Universiti Teknologi Malaysia. The instrument used for this study is a set of
questionnaires consisted of 40 items which was designed based on four research questions,
which are the aspects of personality, teaching delivery, evaluation and interaction. The
findings were gathered and analyzed using Statistical Package of Social Science (SPSS) for
Windows Version 11.5. The results of the findings were arranged based on the priority and
a comparative study was conducted between the Faculty of Education and Faculty of Civil
Engineering. Results revealed insights into producing excellent lecturers and educators in
teaching. The result of this study can be used as a reference to authorities concerned in the
teaching field in order to produce more dedicated educators with good qualities from the
aspects of personality, teaching delivery, evaluation and interaction with students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Terminologi 7
1.8.1 Ciri-Ciri 8
1.8.2 Pensyarah 8
1.8.3 Pelajar 8
1.8.4 Persepsi 8
1.8.5 Personaliti 9
viii
1.8.6 Penyampaian 9
1.8.7 Interaksi 9
1.8.8 Penilaian 10
1.8.9 Universiti 10
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pengajaran Yang Baik Dari Pensyarah 12
2.3 Personaliti Pensyarah Yang Baik 13
2.3.1 Sabar 13
2.3.2 Tenang 14
2.3.3 Dedikasi 14
2.3.4 Periang 15
2.3.5 Adil 15
2.3.6 Mesra 16
2.3.7 Humor 16
2.3.8 Kemas Dan Formal 17
2.4 Penyampaian Pengajaran 17
2.4.1 Intonasi Suara 18
2.4.2 Penggunaan ABM/BBM 18
2.4.3 Penerapan Kemahiran Generik 19
2.4.4 Persediaan Pengajaran 19
2.5 Penilaian Pensyarah Terhadap Pelajar 20
2.6 Interaksi Antara Pelajar Dan Pensyarah 21
2.7 Penilaian Pengajaran Oleh Pelajar 23
2.8 Peranan Dan Kepentingan Penilaian Pensyarah. 24
2.9 Penutup 24
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 29
3.7 Prosedur Kajian 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Penutup 30
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Data 32
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Skala Umur 33
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik Tertinggi 35
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 36
4.3 Analisis Bahagian B 37
4.3.1 Apakah Pandangan Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pengajaran Pensyarah Yang Baik Dari Aspek
Personaliti 37
4.3.2 Apakah Pandangan Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pengajaran Pensyarah Yang Baik Dari Aspek
Penyampaian Pengajaran 41
4.3.3 Apakah Pandangan Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pengajaran Pensyarah Yang Baik Dari Aspek
x
Penilaian Pengajaran 45
4.3.4 Apakah Pandangan Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pengajaran Pensyarah Yang Baik Dari Aspek
Interaksi 49
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 53
4.4.1 Perbandingan Pandangan Responden Bagi Fakulti
Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Awam
Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah
Yang Baik 58
4.5 Penutup 62
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan Kajian 63
5.2.1 Latar Belakang Responden 64
5.2.2 Pandangan Pelajar Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran
Pensyarah Yang Baik Dari Aspek Personaliti 64
5.2.3 Pandangan Pelajar Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran
Pensyarah Yang Baik Dari Aspek Penyampaian
Pengajaran 66
5.2.4 Pandangan Pelajar Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran
Pensyarah Yang Baik Dari Aspek Penilaian 68
5.2.5 Pandangan Pelajar Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran
Pensyarah Yang Baik Dari Aspek Interaksi 69
5.3 Perbandingan Antara Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan
Dan Fakulti Kejuruteraan Awam 71
5.3.1 Perbandingan Antara Persepsi Pelajar Fakulti
xi
Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Awam
Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah Yang
Baik Dari Aspek Personaliti 71
5.3.2 Perbandingan Antara Persepsi Pelajar Fakulti
Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Awam
Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah Yang
Baik Dari Aspek Penyampaian Pengajaran 74
5.3.3 Perbandingan Antara Persepsi Pelajar Fakulti
Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Awam
Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah Yang
Baik Dari Aspek Penilaian 77
5.3.4 Perbandingan Antara Persepsi Pelajar Fakulti
Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Awam
Terhadap Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah Yang
Baik Dari Aspek Interaksi 80
5.4 Cadangan 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.6 Penutup 85
RUJUKAN 86 LAMPIRAN 91
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT
4.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 32
4.2 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Skala Umur 33
4.3 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 34
4.4 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Kelulusan Akademik 35
4.5 Taburan Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Kursus 36
4.6 Taburan peratusan responden bagi pandangan pelajar
tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik dari
aspek personaliti 38
4.7 Taburan peratusan responden bagi pandangan pelajar
tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik dari
aspek penyampaian pengajaran 42
4.8 Taburan peratusan responden bagi pandangan pelajar
tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik dari
aspek penilaian 46
4.9 Taburan peratusan responden bagi pandangan pelajar
tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik dari
aspek interaksi 50
xiii
4.10 Rumusan pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik dari aspek personaliti 54
4.11 Rumusan pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik dari aspek penyampaian pengajaran 55
4.12 Rumusan pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik dari aspek penilaian 56
4.13 Rumusan pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik dari aspek interaksi 57
4.14 Perbandingan pandangan responden bagi Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam dari
aspek personaliti 58
4.15 Perbandingan pandangan responden bagi Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam dari
aspek penyampaian pengajaran 59
4.16 Perbandingan pandangan responden bagi Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam dari
aspek penilaian 60
4.17 Perbandingan pandangan responden bagi Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Awam dari
aspek penilaian 61
xiv
SENARAI SINGKATAN.
UTM - Universiti Teknologi Malaysia .
CTL - Centre For Teaching And Learning
UNIPEN - Unit Pengajaran Dan Pembelajaran
SPSS - Statistical Packages For The Social Science
FP - Fakulti Pendidikan
FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam
SPH - Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SAW - Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Pembinaan
ABM - Alat Bantu Mengajar
BBM - Bahan Bantu Mengajar
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Surat Pengesahan Dari Fakulti 91
B Surat Pengesahan Perbincangan Soal Selidik 92
C Perangkaan Pelajar Tahun 2 Mengikut Fakulti
Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Awam
Sesi 2008/2009 95
D Borang Soal Selidik 97
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Universiti merupakan pusat ilmu yang penting, daripada segi pengajaran dan
penyelidikan. Ia juga memainkan peranan mustahak untuk mengeluarkan sumber
tenaga manusia yang terlatih bagi mengisi keperluan khusus di peringkat atas dalam
sektor awam dan swasta. Tenaga pengajar yang berkualiti amat diperlukan bagi
merealisasikan impian Negara bagi mencapai wawasan 2020. Bagi pihak pentadbiran
untuk setiap universiti kebanyakannya menyediakan penilaian untuk setiap
pensyarah.
Pensyarah/pengajar memainkan peranan yang penting dalam proses
pendidikan, pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah haruslah menjadi “role model”
kepada pelajar- pelajar agar setiap perkara yang baik dapat menjadi ikutan kepada
pelajar. Pensyarah yang mempunyai sahsiah serta personaliti yang baik boleh
melaksanakan dengan sempurna pengajaran yang berkesan yang dapat melahirkan
rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi
sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi pensyarah/pengajar
dengan pelajar. Hasil perhubungan ini akan menentukan sama ada pensyarah boleh
2
mengajar dan pelajar bersedia untuk belajar. Oleh itu keberkesanan pengajaran
pensyarah/pengajar bergantung kepada bagaimana seseorang pensyarah/pengajar itu
dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah pembelajaran pelajar.
Pengajaran yang menarik serta berkesan merupakan pengajaran yang boleh
menghasilkan pembelajaran pelajar sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat
dan negara. Menurut Abd. Raof dan T. Subahan (1989), pada umumnya kejayaan
seorang pensyarah bergantung kepada kecekapan, kemahiran, keberkesanan dalam
pengajaran, permasalahan yang cuba dikaji sebenarnya adalah berkait dengan
keprofesionalan seorang pensyarah dalam melaksanakan pengajarannya. Kajian
mengenai pandangan pelajar terhadap ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik adalah
wajar dilaksanakan bagi mengetahui ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik
daripada pandangan pelajar sendiri kerana pelajar berhubung secara langsung dengan
pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem e-penilaian pensyarah digunakan di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) untuk mengkaji kebekersanan atau tahap pengajaran pensyarah.
Walaubagaimanapun , penilaian yang dijalankan pelajar hanya tertumpu kepada
pensyarah yang mengajar. Menurut Tifla (1998), penyelidikan yang berkaitan
keberkesanan pengajaran pensyarah di institusi pengajian tinggi adalah kurang.
Di setiap pusat pengajian tinggi, terdapat pensyarah yang hanya
menyampaikan pengajaran di bilik kuliah manakala selebihnya diserahkan kepada
pelajar. Ada juga pensyarah yang mengambil berat terhadap pelajar daripada segi
masalah-masalah yang bersangkutan dengan pelajaran. Menurut Atan Long (1984),
pensyarah-pensyarah di universiti boleh dibahagikan kepada dua golongan yang
besar. Pertama ialah pensyarah-pensyarah yang berpendapat bahawa tugas pensyarah
3
hanyalah menyampaikan pengetahuan. Mereka tidak peduli sama ada pelajar yang
mengikuti kuliah mereka faham atau tidak. Tugas mereka hanyalah menyampaikan
kuliah. Manakala golongan yang kedua pula ialah yang lebih mengambil berat untuk
memahami perkembangan pelajar-pelajar. Mereka lebih peka terhadap masalah-
masalah yang dihadapai oleh pelajar. Sikap pensyarah sebeginilah yang perlu
dipupuk di setiap universiti bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lebih baik.
Pensyarah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan
yang berkualiti. Pensyarah yang berkualiti akan memastikan setiap pelajarnya
mendapat ilmu yang ingin disampaikan. Pensyarah yang berkualiti mestilah
disenangi oleh setiap pelajar serta rakan sekerja. Antara faktor pengajaran pensyarah
yang mempengaruhi pengajaran di dalam kelas antaranya ialah personaliti dan
sahsiah yang baik, interaksi yang baik dengan pelajar, kaedah penyampaian
pengajaran yang digunakan dan kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai
prestasi pelajar. Ryans (1960) dalam satu kajiannya mendapati bahawa pengajar
yang efektif ialah yang mempuyai sifat-sifat seperti adil, tanggungjawab, dinamik,
terbuka, tegas, dedikasi, demokratik, pengetahuan yang mendalam dan perhubungan
yang baik.
Penilaian daripada pelajar amat penting bagi mendapatkan maklum balas
mengenai pengajaran yang telah dilaksanakan oleh pensyarah. Selain daripada itu,
pelajar juga mengetahui ciri-ciri pengajaran pensyarah yang manakah disukai oleh
mereka. Menurut Miron (1981), pengajar dapat memperbaiki pengajarannya melalui
pelbagai kaedah , satu cara untuk membantu perubahan positif ialah dengan mendapat
maklum balas daripada pelajarnya mengenai mutu pengajaran dalam bilik darjah.
Pelajar merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar berhubung secara langsung dengan pensyarah dalam proses pengajaran di
dalam kelas, jadi mereka dapat menilai kebolehan setiap pensyarah dalam
menyampaikan pengajaran. Selain itu, pelajar juga dapat mengenalpasti ciri-ciri
pengajaran pensyarah yang baik iaitu yang dapat menyampaikan pengajaran serta
4
mampu untuk menarik minat mereka untuk belajar. Ciri-ciri pengajaran yang baik
turut didorong faktor berikut seperti perwatakan, personaliti, sahsiah , penilaian yang
telus, interaksi yang baik dan juga pengajaran yang menarik mampu menarik minat
pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar .
Pengajaran pensyarah yang baik sepatutnya dilihat daripada segi pandangan
pelajar. Ini kerana pelajar saling berhubung dengan pensyarah sewaktu proses
pengajaran. Rutherford (dalam Mohamad Azizy, 1998) menganggap penilaian oleh
pelajar adalah merupakan alat petunjuk yang amat bermakna bagi melihat pencapaian
guru dan pensyarah. Di harapkan dengan dapatan kajian yang dijalankan akan
membantu para pensyarah dan pihak fakulti bagi mengenalpasti ciri-ciri pensyarah
yang digemari oleh pelajar.
1.3 Penyataan Masalah.
Sistem e-penilaian pensyarah yang sedia ada mungkin hanya memberikan
penilaian terhadap pengajaran pensyarah yang dinilai dan bukannya secara umum
tentang ciri pengajaran yang baik bagi seorang pensyarah. Ini mungkin disebabkan
keengganan pelajar memberikan ulasan atau penilaian yang sepatutnya kepada pelajar
berikutan bimbang penilaian yang diberikan ke atas pensyarah matapelajaran akan
memberikan masalah kepada pemarkahan mereka di akhir semester kelak. Satu kajian
perlu dijalankan bagi menilai secara umum ciri pengajaran pensyarah yang baik
berdasarkan pandangan pelajar.
Pensyarah yang baik seharusnya dapat menyampaikan isi pengajaran dengan
baik. Pengajaran yang baik akan memberikan kesan atau pemahaman yang berguna
kepada pelajar. Di sekolah-sekolah guru-guru akan menyediakan rancangan
pengajaran sebelum memulakan kelas. Guru-guru mendapat latihan pengajaran yang
sewajarnya di maktab-maktab perguruan. Di universiti , pensyarah tidak diwajibkan
5
untuk mengikuti kursus seperti guru-guru bagi membolehkan mereka mampu untuk
menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan baik. Bagi pensyarah-pensyarah
yang telah lama berkhidmat mungkin kepakaran dalam menyampaikan isi pengajaran
serta kemahiran dalam menarik minat pelajar mungkin dapat dilihat.
Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan serta Fakulti
Kejuruteraan Awam UTM Skudai. Rata-rata pensyarah bagi Fakulti Pendidikan
kebanyakannya terdiri daripada bekas guru dan kebanyakannya pernah mengikuti
kursus perguruan manakala pensyarah bagi Fakulti Kejuruteraan Awam pula berbeza
latar belakang pendidikannya yang hanya menekankan kepada teori dalam
pengajaran. Jadi cara penyampaian pengajaran yang diberikan mungkin berdasarkan
pengalaman, latihan serta ilmu yang ada. Tujuan kajian ini dijalankan untuk
meninjau sama ada pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah memenuhi
kehendak pelajar selain untuk mengetahui ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik
daripada perspektif pelajar.
1.4 Objektif Kajian
1. Meninjau pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah
yang baik daripada aspek personaliti.
2. Meninjau pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek kaedah pengajaran.
3. Meninjau pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek kaedah penilaian.
4. Meninjau pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek interaksi dengan pelajar di dalam dan di luar kelas .
5. Meninjau sama ada terdapat perbezaan pendapat di antara pelajar Fakulti
Pendidikan dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam terhadap pengajaran
pensyarah.
6
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek personaliti.
2. Apakah pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek kaedah pengajaran
3. Apakah pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek kaedah penilaian.
4. Apakah pandangan pelajar tentang ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek interaksi dengan pelajar di dalam dan di luar kelas.
5. Adakah terdapat perbezaan di antara pandangan pelajar Fakulti
Pendidikan dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam terhadap ciri
pengajaran pensyarah yang baik.