cerpen gila (autosaved).docx

9
Hari ini genaplah umurku 14 tahun dalam bulan lapan , bulan yang penuh maknanya bagi tanah tumpah darahku. Aku mengamati erti sebuah kemerdekaan itu apabila menjelmanya Ogos, bulan yang ku sifatkan lahirnya sebuah cinta yang mendalam untuk setiap rakyat yang mempunyai semangat patriotismenya sendiri. Kenanganku bersama arwah atuk banyak memperkenalkan aku dengan perjuangan sang perwira yang sanggup bertumpah darah demi memperjuangkan Tanah Melayu. Arwah atukku merupakan seorang ketua kampung di daerah Kota Tinggi. Walaupun atukku seorang pendatang di usia remajanya mencari rezeki di Tanah Melayu, tetapi kesetiaannya pada Tanah Melayu pada ketika itu sesungguhnya tidak berbelah bahagi. Cu, bertuahnya kamu kerana tinggal di sini aman dan damainya Negara kita. Arwah atuk pernah bercerita dengan ku pada suatu ketika apabila kami sekeluarga pulang ke kampung. Aku pegun dan khusyuk untuk mendengar cerita atuk di rembang petang di halaman atuk yang tenang dan damai. Arwah atuk lebih dikenali sebagai Pak Long Nasir. Tidak ku sangka perjuangan atuk cukup berharga pada bumi bertuah ini. Susah dan payah ditempuh sehingga berjuang untuk mendapatkan kemerdekan. Seorang demi seorang rakan atuk dibunuh, ditembak oleh penjajah-penjajah yang kemanusiaannya lansung tiada. Ramai penduduk Melayu ditawan dek gerombolan-gerombolan penjajah untuk dijadikan hamba. Atuk melarikan diri ke tempat yang selamat bersama beberapa anggota tentera yang lain. Atuk dan rakan-rakan seperjuangannya sempat menyusun strategi bagi menyelamatkan nenek,Mak Long Ina 1

Upload: afandi-maelah

Post on 24-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen GILA (Autosaved).docx

Hari ini genaplah umurku 14 tahun dalam bulan lapan , bulan yang penuh maknanya

bagi tanah tumpah darahku. Aku mengamati erti sebuah kemerdekaan itu apabila

menjelmanya Ogos, bulan yang ku sifatkan lahirnya sebuah cinta yang mendalam untuk

setiap rakyat yang mempunyai semangat patriotismenya sendiri. Kenanganku bersama

arwah atuk banyak memperkenalkan aku dengan perjuangan sang perwira yang

sanggup bertumpah darah demi memperjuangkan Tanah Melayu.

Arwah atukku merupakan seorang ketua kampung di daerah Kota Tinggi.

Walaupun atukku seorang pendatang di usia remajanya mencari rezeki di Tanah

Melayu, tetapi kesetiaannya pada Tanah Melayu pada ketika itu sesungguhnya tidak

berbelah bahagi. “Cu, bertuahnya kamu kerana tinggal di sini aman dan damainya

Negara kita.” Arwah atuk pernah bercerita dengan ku pada suatu ketika apabila kami

sekeluarga pulang ke kampung. Aku pegun dan khusyuk untuk mendengar cerita atuk

di rembang petang di halaman atuk yang tenang dan damai. Arwah atuk lebih dikenali

sebagai Pak Long Nasir. Tidak ku sangka perjuangan atuk cukup berharga pada bumi

bertuah ini. Susah dan payah ditempuh sehingga berjuang untuk mendapatkan

kemerdekan. Seorang demi seorang rakan atuk dibunuh, ditembak oleh penjajah-

penjajah yang kemanusiaannya lansung tiada. Ramai penduduk Melayu ditawan dek

gerombolan-gerombolan penjajah untuk dijadikan hamba. Atuk melarikan diri ke tempat

yang selamat bersama beberapa anggota tentera yang lain. Atuk dan rakan-rakan

seperjuangannya sempat menyusun strategi bagi menyelamatkan nenek,Mak Long Ina

1

Page 2: Cerpen GILA (Autosaved).docx

dan penduduk kampung yang lain. Selepas Jepun berundur diri, pihak Inggeris pula

datang mentadbir negeri Tanah Melayu, maka mulalah era penjajahan ala barat yang

memaksa penduduk mengikut telunjuk pemerintah.

Pada ketika itu orang melayu menentang Malayan Union yang digagaskan oleh pihak

British. UMNO ketika itu dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Orang melayu menentang

cadangan Dato’Onn untuk bekerjasama dengan kaum lain. Dato’ Onn amat kecewa

dengan sikap orang melayu dan terus meletak jawatan serta merta. Orang Melayu tidak

sangka akan terjadi sedemikian rupa, setelah dipujuk rayu, Dato’ Onn kembali lagi,

Dato’ Onn menyuakankembali cadangan untuk bekerjasama dengan kaum lain, Orang

Melayu masih tidak bersetuju lalu, Dato’ Onn membuat keputusan untuk berundur dari

UMNO dan menubuhkan kumpulan yang lain. Orang Melayu amat berduka cita dengan

tindakan Dato’ Onn itu. Malam itu, segelintir ahli jawantkuasa UMNO berjumpa dengan

Tunku Abdul Rahman Bin Putra Al-Haj untuk berbincang siapa yang akan memimpin

UMNO menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Setelah keputusan dibuat Tunku Abdul

Rahman bersetuju untuk memimpin UMNO . Tunku Abdul Rahman seorang yang

tenang dan amat suka membantu saudara-saudara yang lemah. Usaha demi usaha

telang dilakukan. Langkah demi langkah telah difikirkan. Walaupun Orang Melayu ramai

yang tidak mengikut langkah Tunku Abdul Rahman, namun, Tunku Abdul Rahman tetap

tenang dan sentiasa berusaha untuk mencapai kemerdekaan. Dengan kerjasama

semua pihak, Tunku Abdul Rahman mulai diterima rakyat tempatan. Tunku

2

Page 3: Cerpen GILA (Autosaved).docx

Abdul Rahman serta orang-orangnya, harus pergi ke London untuk permohonan rayuan

kemerdekaan. Dengan kesempitan wang, Tunku Abdul Rahman terpaksa menebalkan

muka untuk meminta persetujuan rakyat serta penanggungan biaya untuk mereka pergi

ke London. Tunku Abdul Rahman dapat mempertahankan hak Tanah Melayu untuk

mencapai kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman berjaya pulang dengan kejayaan

kebebasan mereka. Akhirnya, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan

Tun Abdul Samad, Johor Bharu , bendera Malaysia dinaikkan. Malaysia merdeka pada

tanggal 31 Ogos 1957. Tepat jam 1200, “MERDEKA! MERDEKA! MERDAKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!” dilaungkan yang diketuai oleh

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tun Abdul Rahman Bin Putra Al-Haj di

Stadium Merdeka. Kebebasan yang dinantikan akhirnya tiba jua.

Nenek bercerita pula tentang peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.” Pada

zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-

beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera

Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang

pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling

mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah

ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.”

Nenek mulakan cerita. Selain itu, punca-puncanya juga adalah Dasar penjajah Inggeris

yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang

berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut

3

Page 4: Cerpen GILA (Autosaved).docx

ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-

bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai

pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi

masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai

petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar

kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu

dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi

masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak

penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah

menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Isu bahasa juga tidak

kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan

perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan

telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas

sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa

Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan

hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai

tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi

tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan

ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa

Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. Arwah nenek

4

Page 5: Cerpen GILA (Autosaved).docx

turut berkata “Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah

pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan

dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan

negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa

pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal

dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara

maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.” Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku

Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45

petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian

pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam

13 Mei 1969.

Pada ketika arwah atuk dan nenek yang tiada disisi, aku mengambil inisiatif

sendiri untuk menghayati erti kemerdekaan sendiri. Aku banyak menyaksikan tentang

kemerdekaan seperti menonton filem Bukit Kepong,Tanda Putera dan 1957:Hati

Malaya. Aku mengamati erti kemerdekaan Malaysia untuk membina unsur patriotisme

dalam diriku. Aku turut mengkaji tentang Sarjan Hassan sedikit demi sedikit dapat aku

mengenal latar belakang Sarjan Hassan dan kegigihannya sebagai askar Melayu

semasa perjuangan perajurit negara yang berjuang menentang keganasan

komunis semasa zaman darurat. Hassan bin Haji Osman lahir pada tahun 1927 di

Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di sekolah

Melayu dan di sekolah pengajian pondok sehingga menyerang Tanah Melayu pada  

5

Page 6: Cerpen GILA (Autosaved).docx

tahun 1945. Pada zaman pemerintahan Jepun, Hassan berkahwin untuk mengelak

daripada ditangkap Jepun menjadi buruh paksa. Isterinya bersama-sama ibu mertuanya

telah dibunuh oleh kumpulan Bintang Tiga pada zaman Jepun. Jepun menyerah kalah

apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Tentera Berikat. Kumpulan Bintang Tiga

mengganas dan membunuh mereka yang dianggap membantu Jepun. Hassan

meninggalkan kampung untuk belajar ilmu mempertahankan diri di Melaka dan Batu

Pahat. Kemudian,beliau menyertai Kor Rejimen Askar Melayu pada tahun 1946 di Port

Dickson. Selepas itu, beliau ditempatkan di Taiping dan memburu pengganas komunis

di Sungai Temenggor, di Hulu Perak. Hassan telah dinaikkan pangkat Lans Koperal dan

berpindah ke Mentakab, Pahang. Di sini, beliau berjaya menggempur perkhemahan

pengganas di Sungai Kawang. Pada tahun 1951, Hassan dianugerahi Bintang

Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 1952, beliau mendirikan rumah tangga.

Kejayaan Hassan membunuh pengganas komunis semasa menjalankan tugas

mendapat penghargaan daripada Ratu Elizabeth dengan pengurniaan Bintang

Penghormataan Tentera dan Bintang Darjat Keberanian.

Pasukan komunis berusaha untuk menangkap Hassan dengan menghantar Ah Kiew @

Ah Moi untuk menggoda Hassan. Rancangan Ah Moi gagal, sebaliknya dia

mempengaruhi rakan-rakannya menyerah diri kepada kerajaan. Semasa Kem Taiping

mengadakan pementasan, Hassan telah menulis skrip drama tentang perjuangan

perajurit menentang komunis. Skrip drama Hassan telah difilemkan

oleh P.Ramlee berjudul “Sarjan Hassan”. Sarjan Hassan kemudian dinaikkan pangkat

menjadi Leftenan dan berpindah keMentakab, Pahang pada tahun 1957. Semasa di

Mentakab, Pahang, kumpulannya berjaya menggempur kumpulan ketua pengganas

Page 7: Cerpen GILA (Autosaved).docx

komunis yang mengadakan mensyuarat di Ladang Getah Waterfall. Pada tahun1960,

darurat ditamatkan. Banyak kawasan telah diisytiharkan Kawasan Putih. Hassan telah

berpindah ke Kem Jalan Ipoh. Semasa bertugas di sini, Hassan telah melaporkan kisah

pegawai kanan pasukan yang membuat maksiat. Pegawai berkenan dikenakan

tindakan disiplin. Pada tahun 1961, Hassan gagal ujian kenaikan pangkat. Akibat

kegagalan itu, perkhidmatan Hassan ditamatkan dan beliau pulang ke kampung tanpa

mendapat bulana pencen.

Hassan telah dinaikkan pangkat Lans Koperal dan berpindah

ke Mentakab, Pahang. Di sini, beliau berjaya menggempur perkhemahan pengganas

di Sungai Kawang. Pada tahun 1951, Hassan dianugerahi Bintang Perkhidmatan

Cemerlang. Pada tahun 1952, beliau mendirikan rumah tangga. Kejayaan Hassan

membunuh pengganas komunis semasa menjalankan tugas mendapat penghargaan

daripada Ratu Elizabeth dengan pengurniaan Bintang Penghormataan Tentera dan

Bintang Darjat Keberanian. Pasukan komunis berusaha untuk menangkap Hassan

dengan menghantar Ah Kiew atau Ah Moi untuk menggoda Hassan. Rancangan Ah

Moi gagal, sebaliknya dia mempengaruhi rakan-rakannya menyerah diri kepada

kerajaan. Semasa Kem Taiping mengadakan pementasan, Hassan telah menulis skrip

drama tentang perjuangan perajurit menentang komunis. Skrip drama Hassan telah

difilemkan oleh P.Ramlee berjudul “Sarjan Hassan”. Sarjan Hassan kemudian dinaikkan

pangkat menjadi Leftenan dan berpindah ke Mentakab, Pahang pada tahun 1957.

Semasa di Mentakab, Pahang, kumpulannya berjaya menggempur kumpulan ketua

pengganas komunis yang mengadakan mensyuarat di Ladang Getah Waterfall. Pada

7

Page 8: Cerpen GILA (Autosaved).docx

tahun1960, darurat ditamatkan. Banyak kawasan telah diisytiharkan Kawasan Putih.

Hassan telah berpindah ke Kem Jalan Ipoh. Semasa bertugas di sini, Hassan telah

melaporkan kisah pegawai kanan pasukan yang membuat maksiat. Pegawai berkenan

dikenakan tindakan disiplin. Pada tahun 1961, Hassan gagal ujian kenaikan pangkat.

Akibat kegagalan itu, perkhidmatan Hassan ditamatkan dan beliau pulang ke kampung

tanpa mendapat bulana pencen. Akhirnya, Hassan membuat rayuan kepada Tun Abdul

Razak bin Dato’ Hussein . beliau dipanggil untuk berkhidmat dengan Askar

Wataniah di Kem Rasah, ,Rasah, Negeri Sembilan. Pada tahun 1967, Kapten Hassan

bersara daripada  Angkatan Tentera Malaysia. Hassan menjalankan perniagaan

di Hentian Puduraya, dan meninggal dunia pada tahun 1991 di Hospital Besar

Seremban.

Peristiwa di Lahad Datu, amatlah menghayat hatiku. Kapal terbang MH370

yang entah di mana amatlah misteri bagiku. Banyak anasir yang mengatakan kapal

terbang itu ditawan. Namun, ehingga sekarang tidak kutahu puca sebenar. Hari demi

hari, kapal terbang MH117 pula terhempas di sempadan Ukrain-Rusia. Menurut

siasatan peluru berpandu telah mengebom pesawat tersebut. Mungkin yang Maha Esa

mahu memperingaatkan umat Islam dan dunia tentang kebesarannya. Kisah

perjuangan arwah atuk dan nenek dan apa yang berlaku di Malaysia menaikkan

semangatku untuk terus meneruskan kedaulatan bangsa dan negara.

8

Page 9: Cerpen GILA (Autosaved).docx