carian bulat,bunyi suku kata-kajian tindakan ije (autosaved)

48
0 PENGAJARAN BERKESAN MENERUSI PERMAINAN BAHASA “CARIAN BULAT, BUNYI SUKU KATA” NUR FARIZAN BT MAT GHANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Prasekolah (BM)/ PJ/ MZ INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS NOVEMBER 2012

Upload: gjot

Post on 30-Sep-2015

38 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Proposal

TRANSCRIPT

  • 0

    PENGAJARAN BERKESAN MENERUSI PERMAINAN BAHASA

    CARIAN BULAT, BUNYI SUKU KATA

    NUR FARIZAN BT MAT GHANI

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

    sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    Pendidikan Prasekolah (BM)/ PJ/ MZ

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS PERLIS

    NOVEMBER 2012

  • 1

    1.0 PENDAHULUAN

    Pendekatan belajar sambil bermain merupakan inisiatif yang telah diambil untuk

    Pendidikan Prasekolah. Ini kerana bermain atau permainan merupakan fitrah bagi

    kanak-kanak. Oleh kerana bermain merupakan sebahagian daripada dunia kanak-kanak,

    proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna jika berasaskan kepada

    permainan atau aktiviti bermain. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum

    Prasekolah (KSPK), fokus yang amat ditekankan adalah untuk membolehkan murid-

    murid di Prasekolah mengenal huruf A-Z serta membaca suku kata mudah seperti

    ca,ci,cu,ce,co.

    Permainan adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Menerusi permainan

    kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta sesuatu dan meneroka dan

    membina. Permainan juga dapat membantu kanak-kanak memusatkan perhatian dan

    menyerapkan sesuatu pengalaman. Ia juga boleh mengembangkan sifat-sifat tekun dan

    gigih. Dengan itu, kanak-kanak dapat memberi tumpuan pada sesuatu aktiviti dengan

    lebih lama. Melalui pendekatan dan matlamat tersebut, maka fokus yang telah

    diketengahkan adalah aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa dan literasi murid-

    murid prasekolah. Justeru itu, pendekatan yang dipilih iaitu Carian bulat, bunyi suku

    kata dijalankan untuk meningkatkan lagi penguasaan murid-murid dalam menguasai

    bacaan suku kata mudah. Ini kerana kaedah pengajaran akan lebih berkesan apabila

    murid-murid merasai keseronokan dan tidak berasa tertekan untuk mencapai tahap yang

    lebih optimum terutamanya terhadap penguasaan kemahiran membaca.

  • 2

    1.1 Refleksi pengalaman lalu

    Setelah menjalani praktkikum selama tiga sesi, saya mendapati kebanyakan murid

    prasekolah masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca. Ini kerana sepanjang

    melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk slot teras Bahasa

    Malaysia. Murid-murid lebih banyak menghafal abjad melalui nyanyian lagu ABC

    dan mereka masih belum dapat menguasai serta mengecam dengan jelas, kadangkala

    masih keliru apabila diminta untuk membaca suku kata mudah seperti pe dan

    sebagainya. Mereka akan teragak-agak apabila diminta untuk membaca suku kata

    mudah walaupun mereka dapat menguasai asas mengenal abjad.

    Untuk praktikum ketiga, saya telah ditugaskan untuk menjalaninya selama tiga bulan di

    Prasekolah Bestari. Semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di

    prasekolah tersebut, telah didapati bahawa sebahagian besar murid-murid di prasekolah

    tersebut sudah boleh mengenal abjad. Walaupun mereka telah dapat mengenal abjad,

    mereka masih lemah dalam penguasaan bacaan atau gabungan satu abjad dengan abjad

    yang lain. Apabila ditunjukkan gabungan dua abjad seperti ri, murid akan mulai

    teragak-agak dan menyebut suku kata itu dengan pi dan sebagainya. Ini mengukuhkan

    lagi pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang menjalani praktikum. Oleh sebab

    itu, saya merancang untuk melaksanakan satu kaedah pengajaran yang akan membantu

    murid-murid untuk mengukuhkan lagi penguasaan dan memotivasikan mereka untuk

    terus meningkatkan kemampuan membaca dengan bermula pada asas yang lebih mudah

    melalui bacaan suku kata sehinggalah bacaan perkataan.

  • 3

    1.2 Refleksi sorotan literatur

    Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan, para pengkaji telah berpendapat

    bahawa kaedah pengajaran akan lebih berkesan melalui pendekatan bermain. Ia juga

    bertepatan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang sememangnya

    menekankan pendekatan belajar sambil bermain. Menerusi artikel Perkembangan

    Pertengahan Kanak-kanak dari PTS Publication (28 Ogos), menjelaskan bahawa

    menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam

    memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-

    kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka

    tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan.

    Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi

    menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain.

    Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat

    dan kemahiran menggunakan bahasa. Oleh itu, permainan bahasa adalah salah satu

    kaedah yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi peringkat umur mereka.

    Melalui jurnal Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali, (Vol. 1, Bil. 2, 1-15) berpendapat

    bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih

    berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian

    daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman

    pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan

    awal kanak-kanak. Melalui pelaksanaan aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-

    kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam

    keadaan yang menggembirakan. Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara,

  • 4

    mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya

    tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin baik. Melalui aktiviti bermain,

    kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti permainan yang

    dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna

    dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik.

    Menurut pendapat (Cristie & Roskos 2009; Almon 2004), aktiviti bermain dapat

    menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar konsep literasi awal. Apabila kanak-

    kanak minat untuk terus belajar, mereka memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran

    ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak pada jangkamasa panjang. Aktiviti

    bermain juga adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bahasa.

    Christie dan Roskos (2009) juga berpandangan terdapat hubungan aktiviti bermain

    dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi. Namun begitu,

    tahap perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza walaupun menggunakan

    kaedah pelaksanaan aktiviti yang dijalankan adalah sama. Ini kerana menurut Suppiah

    et al. (2008), interaksi kanak-kanak boleh dikesan melalui perkembangannya dalam

    bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan ibu bapa, rakan

    sebaya dan masyarakat sekaligus memperkembangkan lagi hubungan sosial dalam

    kalangan mereka.

    Ada banyak huraian berkaitan definisi membaca. Membaca juga dimaksudkan sebagai

    proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan

    bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan

    seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi

    atau makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan

  • 5

    maksudnya. Oleh sebab itu, kemahiran membaca haruslah diterapkan dan ditekankan

    pada peringkat awal lagi. Ini kerana jika tidak diberi perhatian, maka timbul

    permasalahan kemahiran membaca Bahasa Malaysia murid-murid sekolah rendah bagi

    kawasan terutamanya di luar bandar. Menurut jurnal Abdul Rasid Jamian (Vol. 1, Bil.

    1 : Mei 2011) yang berpendapat permasalahan akan timbul apabila murid-murid tidak

    dapat menguasai asas kemahiran membaca. Ianya bermula dari mengenal abjad dan

    menguasai bacaan suku kata mudah sebelum menguasai bacaan perkataan. Menurut

    Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis

    menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia

    adalah akibat tidak dapat menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri

    murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca,

    tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan

    yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal

    membunyikannya.

    Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan

    murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu,

    murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam

    gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya (2004),

    membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Justeru,

    guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan

    pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk

    belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

  • 6

    Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkan mereka

    tidak menguasai kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam

    kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan-akan sama

    bentuknya, membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-

    akan sama. Oleh itu setelah membuat tinjauan, saya cuba menfokuskan lagi kajian

    dengan menekankan aspek penambah baikan kaedah pengajaran untuk membantu

    penguasaan kemahiran asas membaca bagi kanak-kanak prasekolah yang berumur

    sekitar 5 dan 6 tahun. Pendekatan belajar sambil bermain ini dilaksanakan untuk

    mengukuhkan lagi asas bacaan setelah murid-murid dapat mengenal abjad a hingga ke

    abjad z. Pelaksanaan dan perancangan untuk membuat pendekatan bagi mengatasi

    masalah menguasai asas bacaan ini diteruskan dengan adanya pendekatan yang

    dijalankan melalui kaedah permainan bahasa yang diberi nama sebagai carian bulat,

    bunyi suku kata .

    2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

    Setelah menilai refleksi bagi pengajaran dan pembelajaran sebelumnya, pendekatan ini

    dipilih bagi meningkatkan lagi penguasaan murid-murid dalam menguasai bacaan suku

    kata mudah. Ini kerana pada peringkat ini, murid-murid ditekankan dengan mengenal

    abjad. Ini kerana kebanyakan dari murid-murid dapat mengenal abjad a hingga z.

    Namun begitu apabila abjad tersebut digabungkan seperti huruf vokal dan konsonan

    yang membentuk suku kata mudah seperti huruf p dan e yang menjadi pe, murid-

    murid akan teragak-agak untuk membaca suku kata tersebut. Mereka akan menghadapi

    masalah untuk menguasai kemahiran membaca apabila mereka keliru untuk membaca

  • 7

    suku kata mudah. Oleh sebab itu, setelah murid-murid dapat mengenal abjad, murid-

    murid haruslah dibimbing untuk mengenal serta membunyikan suku kata mudah .

    Namun demikian, tahap penguasaan mereka adalah berbeza dan sebilangan dari mereka

    tidak dapat membunyikan gabungan suku kata mudah. Mereka mengenal abjad tetapi

    apabila digabungkan menjadi satu suku kata, kadang kala mereka keliru dan tidak tahu

    cara membunyikan dan membatangkan suku kata tersebut. Bagi suku kata yang

    mempunyai gabungan huruf konsonan dan vokal a, kebanyakannya telah dapat

    membunyikannya. Apabila konsonan tersebut di gabungkan dengan vokal lain seperti

    i,e,o,u mereka kadang kala tidak yakin untuk membunyikan suku kata tersebut. Apabila

    diminta untuk membunyikan suku kata yang dipamerkan atau ditunjukkan guru, murid-

    murid yang tidak dapat menguasai bacaan suku kata mudah akan teragak-agak untuk

    membunyikan serta membatangkan suku kata tersebut.

    Fokus kajian ini ialah belajar sambil bermain dengan menggunakan kaedah

    membunyikan suku kata yang terdapat pada bola ping pong melalui permainan

    Carian bulat, bunyi suku kata. Ia dapat meningkatkan penguasaan bacaan suku kata

    mudah. Pada praktikum sebelumnya, saya banyak menekankan penguasaan terhadap

    abjad melalui kaedah main doh, membentuk abjad menggunakan benang, membuat

    kolaj huruf menggunakan kanji dan sebagainya. Pengukuhan yang diberikan melalui

    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah berkesan namun kadang kala

    ada murid yang cepat berasa bosan untuk melakukan aktiviti tersebut berulang kali.

    Oleh sebab itu, saya cuba untuk membuat inovasi dan perubahan terhadap kaedah dan

    teknik yang ingin diambil bagi membolehkan murid dapat mengenal abjad dan

  • 8

    menguasai asas kemahiran membaca yang bermula dari bacaan suku kata mudah hasil

    gabungan huruf konsonan dan huruf vokal.

    2.1 Tinjauan masalah

    Tinjauan dilaksanakan ketika pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Tujuan

    tinjauan dilakukan adalah untuk mencari bukti atau data dalam menentukan fokus

    kajian. Berdasarkan penilaian refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah

    dilaksanakan pada praktikum sebelumnya, saya mendapati penguasaan murid-murid

    prasekolah dalam menguasai bacaan suku kata adalah lemah. Melalui perbincangan

    dengan guru pembimbing merupakan guru prasekolah Puan Fadzilata Bt Ahmad Saidin

    yang mempunyai pengalaman dalam bidang prasekolah selama 12 tahun, ternyata pada

    peringkat umur lima hingga enam tahun, murid-murid lebih ditekankan dengan konsep

    mengenal abjad. Kebanyakan dari murid-murid dapat mengenal abjad a hingga z

    melalui pelbagai kaedah seperti nyanyian lagu, tayangan video dan sebagainya. Apabila

    abjad tersebut digabungkan seperti huruf vokal dan konsonan yang membentuk suku

    kata mudah seperti huruf d dan u yang menjadi du, murid-murid akan teragak-agak

    untuk membaca suku kata tersebut. Mereka mulai menghadapi masalah untuk

    menguasai kemahiran membaca. Oleh itu, apabila murid-murid dapat mengenal abjad,

    murid-murid perlukan bimbingan untuk mengenal serta membunyikan suku kata

    mudah. Perbezaan individu yang ada pada setiap kanak-kanak akan membezakan tahap

    penguasaan masing-masing. Selepas tinjauan dilakukan, faktor serta latar belakang

    murid yang berbeza-beza tidak boleh diambil sebagai fokus kajian. Ini kerana guru

    memainkan peranan untuk membuat penambah baikan serta merancang kaedah untuk

    menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

  • 9

    2.2 Analisis tinjauan masalah

    Hasil daripada tinjauan yang dilaksanakan, guru banyak menekankan penguasaan

    terhadap abjad melalui kaedah main doh, membentuk abjad menggunakan benang,

    membuat kolaj huruf menggunakan kanji dan sebagainya namun penekanan serta fokus

    bacaan suku kata kurang dititikberatkan. Ini menyebabkan murid-murid keliru dan tidak

    tahu cara membunyikan dan membatangkan suku kata tersebut. Bagi suku kata yang

    mempunyai gabungan huruf konsonan dan vokal a, kebanyakannya telah dapat

    membunyikannya. Apabila konsonan tersebut di gabungkan dengan vokal lain seperti

    i,e,o,u mereka kadang kala tidak yakin untuk membunyikan suku kata tersebut. Oleh

    itu, guru memainkan peranan untuk merancang serta meningkatkan pengajaran. Dengan

    pendekatan ini, guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

    3.1 Objektif kajian

    Tujuan kajian serta pendekatan Carian bulat, bunyi suku kata ini diperkenalkan dan

    dijalankan adalah untuk menambah baik pengajaran guru bagi :

    Meningkatkan pengajaran guru dalam menekankan aspek penguasaan untuk

    mengenal abjad serta gabungan abjad antara satu sama lain.

    Menambah baik pengajaran guru bagi meningkatkan penguasaan murid untuk

    menguasai bacaan suku kata mudah gabungan konsonan dan vokal a,e,i,o,u.

  • 10

    Membantu guru meningkatkan kemampuan murid untuk membunyikan suku

    kata mudah serta membatangkan gabungan suku kata tersebut yang akan

    membentuk perkataan

    3.2 Kepentingan kajian

    Kajian ini penting kerana :

    Kaedah ini juga boleh diubah suai mengikut tahap

    kemampuan murid seperti untuk meningkatkan tahap mengenal

    abjad,maka abjad yang dilekatkan di bola ping pong

    tersebut. Setelah murid dapat menguasai abjad,guru akan melekatkan gabungan abjad yang membentuk suku kata mudah pada bola ping pong.

    Pelaksanaan dan fokus sasaran adalah murid-murid prasekolah

    yang dalam proses meningkatkan lagi penguasaan

    untuk mengenal abjad serta membunyikan suku kata hasil

    gabungan abjad yang terdiri dari vokal dan konsonan.

    Membolehkan guru prasekolah lain untuk mencuba serta

    menggunakan kaedah ini bagi memastikan murid-murid dapat

    menguasai bacaan suku kata.

    Kaedah ini berbentuk permainan bahasa,murid-murid tidak akan terlalu terikat dan lebih menarik

    untuk dilaksanakan.

  • 11

    3.3 Soalan kajian

    Mampukah permainan bahasa carian bulat, bunyi suku kata membantu

    menambah baik pengajaran guru untuk meningkatkan penguasaan bacaan suku

    kata mudah di kalangan murid-murid prasekolah ?

    3.4 Definisi istilah

    Menurut Allessi & Trollip ( 1991 ) permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan

    proses pembelajaran secara tidak formal mewujudkan suatu suasana yang dapat

    merangsangkan pembelajaran atau penguasaan kemahiran. Permainan bahasa

    bermaksud permainan yang berkonsepkan belajar sambil bermain dan murid-murid

    didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran.

    Carian bulat, bunyi suku kata bermaksud carian bulat iaitu mencari atau

    mengambil bola ping pong yang terdapat di dalam kotak, bunyi suku kata iaitu

    membunyikan suku kata yang terdapat pada bola ping pong yang telah diambil. Suku

    kata bermaksud gabungan kumpulan huruf (aksara) berdasarkan urutan yang terdiri dari

    huruf vokal atau konsonan.

    Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata

    ditandai oleh satu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan

    konsonan. Dalam bahasa Malaysia terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang

    berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata

    tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.

  • 12

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Sasaran kajian ialah merupakan murid-murid yang telah mengenal abjad dan masih

    lemah dalam penguasaan bacaan suku kata mudah. Kumpulan sasaran juga merupakan

    murid-murid prasekolah yang berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun

    4.1 Fokus umum : latar belakang

    Sekolah Kebangsaan Utan Aji merupakan sekolah gred A mempunyai jumlah murid-

    murid dalam lingkungan lima ratus orang dan mempunyai dua buah prasekolah.

    Responden kajian tersebut adalah merupakan murid Prasekolah Bestari yang terdiri dari

    umur 5-6 tahun. Jumlah keseluruhan murid-murid Prasekolah Bestari ialah 25 orang

    yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Walaupun

    sekolah ini merupakan sekolah gred A, latar belakang serta sosioekonomi murid adalah

    terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Majoriti ibu bapa

    merupakan golongan yang bekerja sendiri seperti petani, peniaga dan sebagainya.

    Prestasi dan tahap kebolehan murid masih berada pada tahap yang sederhana dan

    lemah. Ini kerana terdapat murid-murid masih belum dapat menguasai bacaan suku kata

    dan ayat.

    Berdasarkan hasil pemerhatian dan penilaian yang dibuat semasa aktiviti pengajaran

    dan pembelajaran yang telah dijalankan, kebanyakan murid yang berumur 5 tahun tidak

    mengenal dan mengecam abjad. Oleh itu kumpulan sasaran adalah merupakan murid-

    murid yang berumur 6 tahun.

  • 13

    4.2 Fokus khusus : responden kajian

    Oleh kerana saya ingin memfokuskan kepada asas bacaan, kumpulan sasaran ialah

    kepada murid berumur 6 tahun yang telah mengenal abjad dan masih lemah dalam

    penguasaan bacaan suku kata mudah. Jadi saya fokuskan kumpulan sasaran saya kepada

    responden kajian yang kesemuanya adalah berumur 6 tahun yang terdiri daripada 5

    lelaki dan 4 perempuan.

    5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

    Pelaksanaan kaedah ini dijalankan selama empat minggu ketika saya menjalankan

    intership di Prasekolah Bestari yang menfokuskan kepada kumpulan sasaran iaitu

    responden kajian yang berumur 6 tahun. Untuk proses permulaan bagi menjalankan

    kaedah Carian bulat, bunyi suku kata , temu bual bersama murid-murid dijalankan

    bagi mendapatkan pendapat mereka tentang kaedah pengajaran guru dalam

    memperkenalkan bacaan suku kata mudah dan bacaan kad gabungan huruf vokal dan

    konsonan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Setelah temu bual

    dijalankan, untuk mengenal pasti kumpulan sasaran, saya memilih untuk melaksanakan

    ujian pra-pasca. Kemudian, ujian pra telah dilakukan bagi mengenal pasti tahap murid-

    murid dalam mengenal abjad a hingga z. Guru akan memanggil setiap murid ke meja

    untuk membaca serta mengecam abjad yang ditunjukkan guru. Ketika murid diminta

    untuk membaca dan mengecam, kad abjad akan ditunjukkan dan tidak mengikut urutan.

    Ketika seorang murid dipanggil, murid yang lain akan diberi lembaran kerja untuk

    dilakukan sementara menunggu giliran. Setiap murid diperuntukkan masa untuk

    menyebut huruf yang telah ditunjukkan guru.

  • 14

    Setelah ujian pra, guru juga akan menggunakan kaedah ini ketika sebelum

    bermulanya aktiviti perbualan pagi dan mengambil masa 5 minit untuk memanggil

    responden kajian yang telah dipilih. Untuk mengelakkan responden kajian cepat berasa

    bosan, kaedah yang diambil adalah menerusi pendekatan permainan bahasa. Seterusnya

    responden kajian akan diminta untuk membacakan suku kata yang terdapat pada bola

    ping pong. Sebagai pengukuhan pula, guru akan mengedarkan satu borang (rujuk

    lampiran 1) dan responden kajian akan diminta untuk menuliskan suku kata yang telah

    dibaca tadi agar setiap suku kata yang telah dipelajari akan dibaca berulang kali

    sehingga dikuasai. Ia merupakan ujian pasca yang dijalankan untuk mengetahui tahap

    penguasaan responden. Dengan ini, guru dapat menilai dan mengetahui keberkesanan

    penguasaan responden kajian terhadap bacaan suku kata mudah melalui aktiviti yang

    telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi asas bacaan responden kajian. Pada

    perancangan awal, rakaman video akan digunakan supaya guru dapat melihat tingkah

    laku serta respons yang ditunjukkan oleh responden kajian sepanjang permainan

    tersebut dijalankan.

    Pada minggu akhir kajian, guru akan melakukan satu lagi temu bual bersama

    responden kajian untuk mendapatkan respons mereka mengenai kaedah pengajaran

    menggunakan permainan Carian bulat, bunyi suku kata. Seterusnya, ujian pasca

    pula dilaksanakan untuk melihat perbezaan antara ujian pra dan juga untuk melihat

    keberkesanan kaedah permainan tersebut dalam meningkatkan penguasaan responden

    kajian dalam bacaan suku kata mudah. memanggil setiap responden kajian untuk

    Analisis data kemudiannya dijalankan terhadap data yang telah dikumpul melalui temu

    bual, ujian pra dan ujian pasca. Ini adalah untuk memudahkan guru untuk menilai dan

  • 15

    mengetahui tahap keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan dalam melaksanakan

    serta mengukuhkan lagi tahap penguasaan responden kajian dalam asas kemahiran

    membaca. Ianya juga bersesuaian dengan fokus kumpulan sasaran iaitu untuk

    responden kajian yang masih lemah dalam asas membaca suku kata mudah.

    5.1 Pendekatan sebelum pelaksanaan

    Tindakan serta langkah pengajaran yang telah dijalankan sebelum melaksanakan

    pendekatan Carian bulat, bunyi suku kata

    Memancing abjad

    - Pelaksanaan aktiviti memancing abjad

    Pada slot teras Bahasa Malaysia selama 30 minit ini, responden kajian

    dikehendaki untuk memancing abjad yang telah diletakkan di dalam

    kotak. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan seramai lima orang.

    Setelah memancing abjad, responden kajian dikehendaki untuk menyebut

    abjad yang telah dipancing. Aktiviti ini membolehkan guru mengenal

    pasti murid yang telah mengenal dan mengecam abjad.

    - Pemerhatian / refleksi guru

    Sepanjang aktiviti ini dijalankan, sepuluh orang responden kajian yang

    berumur lima tahun dan dua orang yang berumur enam tahun tidak dapat

    mengecam dan mengenal abjad dengan baik. Ini kerana mereka lebih

    banyak menghafal dari mengenal dan mengecam. Tiga orang responden

  • 16

    kajian berumur enam tahun telah menguasai kemahiran membaca

    sehingga bacaan teks pendek. Sembilan orang responden kajian yang

    berumur enam tahun mengenal abjad dan masih lemah dalam menguasai

    asas bacaan.

    - Tindakan susulan

    Sembilan responden kajian yang terdiri daripada lima lelaki dan empat

    perempuan dipilih untuk kumpulan sasaran bagi kajian tindakan untuk

    mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka ke tahap yang lebih

    tinggi yang membolehkan mereka dapat membaca dan membatangkan

    suku kata.

    a, e, i, o, u stop

    - Pelaksanaan permainan a,e,i,o,u stop

    Aktiviti ini dijalankan ketika slot aktiviti luar. Responden kajian

    dikehendaki untuk ketengteng dalam bulatan yang telah ditetapkan guru

    dan akan melompat masuk ke dalam lima gelung rotan telah diletakkan

    di tengah yang terdapat kad huruf vokal apabila isyarat wisel dibunyikan.

    Setelah itu, responden kajian yang masuk ke dalam gelung rotan diminta

    untuk menyebut kad huruf vokal tersebut.

  • 17

    - Pemerhatian / refleksi guru

    Aktiviti ini kurang berkesan untuk membantu guru menilai tahap

    kebolehan responden kajian yang dapat mengenal dan mengecam abjad

    kerana kad huruf yang digunakan adalah sedikit iaitu lima huruf vokal.

    Selain itu, responden kajian lebih banyak meniru untuk menyebut abjad

    yang telah ditunjukkan.

    - Tindakan susulan

    Guru perlu membuat penilaian yang lebih berfokus agar responden

    kajian yang akan dipilih sebagai kumpulan sasaran merupakan responden

    yang telah dapat mengenal abjad dan masih lemah dalam penguasaan

    asas bacaan.

    Membuat huruf menggunakan benang bulu kambing

    - Pelaksanaan aktiviti

    Pada slot selama 40 minit, responden dikehendaki untuk membuat huruf

    di atas kertas dengan menggunakan benang bulu kambing bagi

    membentuk huruf seperti b , m , w , d dan q . Responden

    kajian akan melakukan aktiviti tersebut secara individu dan dibahagikan

    huruf yang hendak dibentuk mengikut agihan kumpulan yang telah

    ditetapkan seperti kumpulan satu akan membuat bentuk huruf b .

  • 18

    - Pemerhatian / refleksi guru

    Aktiviti ini mampu menarik minat responden untuk membantu mereka

    mengenal abjad. Namun aktiviti ini tidak boleh dijalankan berulang kali

    kerana responden akan cepat merasa bosan. Guru juga tidak dapat

    melakukan penilaian yang lebih sistematik apabila murid tidak diminta

    untuk membentuk semua huruf. Kadang kala ada responden yang dapat

    menulis huruf kerana mereka lebih terdedah dengan pengulangan dan

    juga peniruan. Aktiviti ini dapat membantu responden kajian untuk

    menguasai asas kemahiran menulis abjad.

    - Tindakan susulan

    Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai pengukuhan untuk membantu

    responden menguasai asas kemahiran menulis. Bagi asas kemahiran

    membaca, guru perlu menekankan aspek mengenal, mengecam dan

    menyebut huruf serta suku kata mudah.

    Pandang dan sebut

    - Pelaksanaan aktiviti

    Guru akan memanggil responden seorang demi seorang ke meja guru,

    dan meminta responden untuk melihat dan menyebut kad huruf yang

    telah di tunjukkan guru. Huruf yang ditunjukkan adalah berbeza susunan

    dari responden yang sebelumnya . Selepas itu, guru akan menyebut huruf

  • 19

    dan meminta responden untuk menunjukkan huruf tersebut yang terdapat

    pada kad huruf a hingga z.

    - Pemerhatian / refleksi guru

    Pelaksanaan aktiviti ini sememangnya membantu guru untuk mengenal

    pasti tahap kebolehan responden dalam mengenal abjad. Ini kerana

    aktiviti ini lebih berfokus terhadap asas mengenal abjad.

    - Tindakan susulan

    Responden yang tidak mengenal abjad diberikan bimbingan dan

    responden yang telah dapat mengenal abjad diminta untuk membunyikan

    suku kata gabungan huruf konsonan dan huruf vokal. Ini kerana

    kumpulan sasaran adalah responden yang lemah penguasaan bacaan,

    responden yang telah menguasai akan diberi pengukuhan .

  • 20

    5.2 Prosedur Tindakan

    Prosedur pelaksanaan carian bulat, bunyi suku kata

    - Pelaksanaan

    Untuk proses permulaan sebelum menjalankan kaedah Carian bulat, bunyi suku kata,

    temu bual bersama murid-murid dijalankan bagi mendapatkan pendapat mereka tentang

    kaedah pengajaran guru dalam memperkenalkan bacaan suku kata mudah dan bacaan

    kad gabungan huruf vokal dan konsonan ketika proses pengajaran dan pembelajaran

    modul teras asas dilaksanakan. Ini juga untuk membolehkan guru membuat refleksi

    terhadap kekuatan dan kelemahan kaedah yang dilaksanakan dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran. Temu bual juga dijalankan dengan fokus untuk mengenal pasti tahap

    kebolehan murid-murid yang sememangnya adalah berbeza antara satu sama lain.

    Setelah temu bual dijalankan, untuk mengenal pasti kumpulan sasaran, saya memilih

    untuk melaksanakan ujian pra. Ujian pra telah dilakukan bagi membolehkan guru untuk

    mengenal pasti tahap penguasaan murid-murid yang berbeza dalam mengenal abjad a

    hingga z. Ujian pra adalah berbentuk ujian individu yang akan dilakukan semasa sesi

    pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru akan memanggil setiap murid ke meja

    untuk membaca serta mengecam abjad yang ditunjukkan guru. Ketika murid diminta

    untuk membaca dan mengecam abjad, kad abjad akan ditunjukkan dan tidak mengikut

    urutan. Ini kerana murid-murid lebih terdedah dengan mengenal abjad melalui kaedah

    hafal, mereka menghafal kedudukan abjad melalui nyanyian lagu ABC. Ketika

    seorang murid dipanggil, murid yang lain akan membuat lembaran kerja yang diberikan

    guru berdasarkan slot aktiviti berteraskan tunjang pada masa tersebut sementara

    menunggu giliran agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala. Setiap

  • 21

    murid diperuntukkan masa untuk menyebut huruf yang telah ditunjukkan guru. Setelah

    ujian pra dijalankan, saya mengenal pasti bahawa terdapat 9 orang murid yang dapat

    mengenal abjad namun menghadapi masalah untuk membaca suku kata hasil gabungan

    abjad iaitu huruf konsonan dan huruf vokal. Kadang kala apabila ditunjukkan suku kata,

    mereka tertukar dengan huruf lain dan menyebut suku kata yang salah. Setelah tahap

    penguasaan mereka tentang mengenal abjad telah dikenal pasti, guru akan

    menggunakan kaedah permainan ini sebanyak dua kali seminggu. Selain itu juga,

    sebagai peneguhan guru juga akan menggunakan kaedah ini ketika sebelum bermulanya

    aktiviti perbualan pagi dan mengambil masa 5 minit untuk memanggil responden

    kajian yang telah dipilih untuk menyebut kembali suku kata yang telah dipelajari pada

    sebelumnya. Untuk mengelakkan responden kajian cepat berasa bosan, kaedah yang

    diambil adalah menerusi pendekatan permainan bahasa. Kaedah ini juga adalah senang

    untuk dilaksanakan kerana responden kajian hanya perlu mengambil bola ping pong

    yang terdapat di dalam bekas yang guru sediakan. Seterusnya responden kajian akan

    diminta untuk membacakan suku kata yang terdapat pada bola ping pong, contohnya

    seperti k dan e yang menjadi suku kata ke . Sebagai pengukuhan pula, guru akan

    mengedarkan satu borang (rujuk lampiran 1) dan responden kajian akan diminta untuk

    menuliskan suku kata yang telah dibaca dan dipelajari dalam borang yang disediakan

    guru (rujuk lampiran 1). Ujian pasca dijalankan melalui pelaksanaan menggunakan

    borang yang disediakan guru (rujuk lampiran 1, lampiran 2 dan lampiran 3) .Untuk hari

    berikutnya, setiap suku kata yang telah dipelajari akan dibaca berulang kali sehingga

    dikuasai. Responden yang masih lemah akan melakukan aktiviti tersebut berulang kali

    sehingga menguasai bacaan suku kata mudah iaitu kv. Dengan ini, guru dapat menilai

  • 22

    dan mengetahui keberkesanan penguasaan responden kajian terhadap bacaan suku kata

    mudah melalui aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi asas bacaan

    responden kajian. Setelah menguasai suku kata mudah yang merupakan gabungan satu

    huruf vokal dan huruf konsonan, responden akan diberi satu borang (rujuk lampiran 2)

    dan diminta untuk mencari gabungan suku kata yang membentuk perkataan yang

    terdapat pada borang tersebut dan membatangkan suku kata tersebut. Latihan akan

    dilaksanakan berulang kali sehingga responden kajian dapat membatangkan dan

    membunyikan suku kata yang terdapat dalam perkataan tersebut seperti ba + ju = baju.

    Setelah responden kajian dapat menguasai kemahiran membunyikan dan

    membatangkan suku kata yang membentuk perkataan, guru akan memberi peneguhan

    dengan memberikan satu lagi borang (rujuk lampiran 3) untuk menilai keberkesanan

    kaedah yang telah dijalankan. Responden kajian dikehendaki mencari bola ping pong

    yang akan membentuk gabungan dua perkataan seperti baju biru dan dikehendaki

    membatangkan dan membunyikan suku kata tersebut. Dengan ini, guru dapat menilai

    keberkesanan kaedah yang telah dijalankan dan mengetahui tahap kebolehan responden

    kajian yang telah ditingkatkan. Pelaksanaan kajian dijalankan dan analisis data dapatan

    akan dilakukan . Antara bahan yang telah digunakan untuk pelaksanaan kajian ialah kad

    huruf yang digunakan untuk ujian pra, bekas untuk mengisi bola ping pong, bola ping

    pong yang dilekatkan suku kata yang ditulis di atas kertas warna. Pelaksanaan aktiviti

    tersebut dijalankan secara berulang-ulang agar responden kajian menunjukkan

    peningkatan dari bacaan suku kata mudah sehinggalah dapat membaca perkataan hasil

    gabungan dua suku kata muda tersebut seperti kvkv. Pada permulaan perancangan, guru

    akan menggunakan instrumen berbentuk rakaman video bagi melihat dan menilai

  • 23

    kaedah yang telah dilaksanakan. Namun begitu setelah melakukan rakaman video pada

    minggu pertama, terdapat beberapa isu yang mulai timbul iaitu ada responden kelihatan

    tidak selesa dan takut untuk memberikan kerjasama bagi melibatkan diri dalam

    permainan bahasa tersebut. Selain itu juga, responden tidak menunjukkan dirinya yang

    sebenar kerana mengetahui gerak-geri serta perlakuan mereka sedang dirakam. Ini

    menyebabkan guru tidak dapat menilai kekuatan serta keberkesanan kaedah yang

    dilaksanakan dengan berkesan. Dengan menilai serta menitikberatkan aspek tersebut

    maka rakaman video tidak digunakan dalam kaedah ini seperti perancangan yang

    dilakukan pada awalnya . Pada minggu akhir kajian, guru akan melakukan satu lagi

    temu bual bersama responden kajian untuk mendapatkan respons mereka mengenai

    kaedah pengajaran menggunakan permainan Carian bulat, bunyi suku kata.

    Seterusnya, ujian pasca dilaksanakan untuk melihat perbezaan antara ujian pra dan juga

    untuk melihat keberkesanan kaedah permainan tersebut dalam meningkatkan

    penguasaan responden kajian dalam bacaan suku kata mudah. Ujian pra yang dijalankan

    adalah guru akan memanggil setiap responden kajian untuk membunyikan suku kata

    yang terdapat pada kad huruf yang terdiri dari beberapa suku kata mudah. Analisis data

    kemudiannya dijalankan terhadap data yang telah dikumpul melalui temu bual, ujian pra

    dan ujian pasca. Ini adalah untuk memudahkan guru untuk menilai dan mengetahui

    tahap keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan dalam melaksanakan serta

    mengukuhkan lagi tahap penguasaan responden kajian dalam asas kemahiran membaca.

    Ianya juga bersesuaian dengan fokus kumpulan sasaran iaitu untuk responden kajian

    yang masih lemah dalam asas membaca suku kata mudah.

  • 24

    5.3 Cara mengumpul data

    Data akan dikumpulkan apabila fokus kajian yang telah dikenal pasti dan maklumat-

    maklumat yang relevan dan cukup telah dikumpul daripada pelbagai sumber dan

    dijadikan asas analisis dan refleksi. Dua set data akan dikumpul oleh penyelidik. Data

    awal diperolehi melalui temu bual dan soal selidik. Data akhir pula diperolehi hasil dari

    kajian yang dijalankan. Data akhir dikumpul untuk mengetahui kesan-kesan tindakan

    yang dilaksanakan dalam amalan yang diubah. Amalan yang diubah bermakna tindakan

    yang dijalankan oleh penyelidik setelah mengenal pasti isu dan membuat perancangan

    tindakan bagi kajian tersebut. Data pertama yang diperolehi

    Untuk mendapatkan data bagi kajian ini, temu bual, ujian pra dan ujian pasca akan

    dilakukan bagi melihat perbezaan sebelum dan selepas permainan Carian bulat,

    bunyi suku kata dilaksanakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya

    adalah untuk membolehkan guru untuk menilai dan mengetahui tahap kebolehan dan

    penguasaan murid terutamanya untuk responden kajian yang telah mengenal abjad

    namun masih lemah dalam penguasaan asas bacaan iaitu bermula dari bacaan suku kata

    mudah.

    5.3.1 Temu bual

    Temu bual adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk meninjau persepsi serta

    pendapat orang lain bagi mengetahui sesuatu sebab, kesan dan punca bagi sesuatu isu

    yang dikemukakan. Temu bual bergantung antara lain kepada kualiti soalan-soalan

    yang akan diajukan kepada sasaran yang ingin dikaji.

  • 25

    Secara umum, temu bual boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu temu bual

    berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan temu bual separa struktur. Bagi kajian ini,

    temu bual tidak berstruktur telah dijalankan. Ini kerana semasa temu bual dijalankan,

    berkemungkinan penyelidik akan menemui perkara atau isu yang akan ditimbulkan oleh

    responden. Temu bual tidak berstruktur adalah temu bual kualitatif. Oleh itu temu bual

    kualitatif adalah berulang. Ia kerana penyelidik akan mengulangi proses asas

    mengumpul data, menganalisis dan menguji data sehinggalah penyelidik berkeyakinan

    bahawa apa yang dikaji adalah sesuatu yang jelas dan menyakinkan.

    Kaedah temu bual digunakan untuk bertanyakan pendapat responden kajian mengenai

    perasaan dan pengalaman mereka dalam proses menguasai bacaan suku kata mudah

    pada sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Ini kerana saya menekankan aspek

    belajar melalui kaedah permainan bahasa dan menjadikan kaedah menggunakan bola

    ping pong ini sebagai kaedah yang menyeronokkan murid-murid. Ini kerana pada

    pembelajaran sebelumnya, responden kajian hanya dikehendaki membaca suku kata

    melalui kad bacaan yang ditunjukkan guru. Keadah carian bulat, bunyi suku kata

    membolehkan responden kajian mengambil sendiri bola ping pong yang terdapat dalam

    bekas dan membunyikan suku kata yang terdapat pada bola ping pong tersebut. Kaedah

    ini juga memfokuskan suku kata kvkv. Kaedah temu bual membolehkan guru

    mengetahui perasaan responden kajian setelah melaksanakan aktiviti tersebut. Selain

    itu juga, temu bual merapatkan hubungan guru dengan responden. Ini kerana

    komunikasi berkesan dapat diwujudkan dan guru selaku penyelidik mampu memahami

    kehendak responden dan menitikberatkan aspek pendapat dan pemikiran responden

    dengan lebih jelas.

  • 26

    5.3.2 Ujian pra

    Ujian pra adalah ujian yang dilaksanakan pada permulaan dan ia adalah untuk memberi

    fokus kepada kumpulan yang ingin di sasarkan. Ujian pra yang dijalankan untuk kajian

    ini berbentuk ujian secara individu. Ujian individu ini adalah untuk mengetahui tahap

    penguasaan responden yang berbeza-beza antara satu sama lain. Fokus kajian adalah

    menekankan responden yang telah menguasai dan mengenal abjad a hingga z dan lemah

    dalam penguasaan bacaan suku kata mudah hasil gabungan huruf vokal dan konsonan.

    Oleh itu, ujian pra dilakukan bagi membolehkan penyelidik membuat data awal

    berdasarkan tahap penguasaan responden Prasekolah Bestari. Guru akan memanggil

    setiap murid ke meja untuk membaca serta mengecam abjad yang ditunjukkan guru.

    Ketika murid diminta untuk membaca dan mengecam abjad, kad abjad akan

    ditunjukkan dan tidak mengikut urutan. Setiap murid diperuntukkan masa untuk

    menyebut huruf yang telah ditunjukkan guru. Setelah ujian pra dijalankan, guru akan

    mengenal pasti bahawa murid yang dapat mengenal abjad namun menghadapi masalah

    untuk membaca suku kata hasil gabungan abjad iaitu huruf konsonan dan huruf vokal.

    Kadang kala apabila ditunjukkan suku kata, mereka tertukar dengan huruf lain dan

    menyebut suku kata yang salah. Setelah tahap penguasaan mereka tentang mengenal

    abjad telah dikenal pasti, kumpulan sasaran yang difokuskan akan menjadi responden

    untuk kajian ini. Ujian pra yang dijalankan adalah dengan menggunakan kad huruf dan

    murid diminta menjawab soalan secara lisan. Data dianalisis secara bertulis oleh guru

    untuk mengetahui penguasaan murid melalui tiga tahap yang telah ditetapkan guru

    mengikut aras tertentu.

  • 27

    5.3.3 Ujian pasca

    Ujian pasca dijalankan sepanjang melaksanakan kajian ini. Instrumen atau

    borang yang digunakan dihasilkan guru (rujuk lampiran 1,lampiran 2 dan

    lampiran 3). Ujian pasca dilakukan untuk membolehkan guru menganalisis data

    mengikut tahap penguasaan yang telah ditetapkan. Ujian pasca ini juga

    membantu guru menilai serta membuat refleksi terhadap kekuatan dan

    kelemahan kaedah yang dijalankan untuk menambah baik pengajaran guru bagi

    meningkatkan penguasaan serta pengetahuan sedia ada responden. Responden

    akan dinilai berdasarkan borang mengikut tahap yang ditetapkan iaitu :

    Lemah = masih lemah penguasaan bacaan suku kata mudah iaitu kv

    Sederhana = dapat menguasai bacaan suku kata mudah kv dan mulai

    menguasai gabungan kv + kv

    Baik = dapat menguasai gabungan suku kata kvkv dan mulai

    menguasai perkataan yang mempunyai gabungan suku kata

    kvkv + kvkv

    Bagi responden yang berada di tahap lemah, ujian pasca adalah menggunakan borang

    yang pertama (rujuk lampiran 1), apabila telah menguasai dan berada pada tahap

    sederhana, peneguhan akan diberikan dan borang seterusnya (rujuk lampiran 2) akan

    diberikan. Penilaian akhir kajian pula merujuk kepada borang terakhir (rujuk lampiran

    3) dan data yang diperolehi akan dianalisis untuk mengetahui tahap penguasaan serta

    peningkatan yang diperolehi hasil daripada kajian yang dijalankan terhadap responden

    bersesuaian dengan fokus yang telah ditetapkan.

  • 28

    6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    Analisis data dilakukan melalui ujian pra untuk menentukan tahap penguasaan murid

    yang berbeza-beza dan membantu guru memilih fokus kumpulan sasaran bagi kaedah

    ini.

    Bagi ujian pra, responden akan di bahagikan kepada tiga tahap penguasaan iaitu :

    Tidak Mengenal abjad

    Mengenal abjad dan lemah dalam penguasaan asas bacaan

    Menguasai asas bacaan sehingga dapat membaca petikan pendek

    Bagi ujian pasca pula, responden akan dibahagikan kepada tiga tahap penguasaan

    melalui penilaian berdasarkan hasil dapatan berdasarkan borang (rujuk lampiran 1,

    lampiran 2 dan lampiran 3) yang diberikan guru untuk menilai sejauh mana

    keberkesanan kaedah serta tahap yang telah dapat dikuasai responden.

    Lemah = masih lemah penguasaan bacaan suku kata mudah iaitu kv

    Sederhana = dapat menguasai bacaan suku kata mudah kv dan mulai

    menguasai gabungan kv + kv

    Baik = dapat menguasai gabungan suku kata kvkv dan mulai

    menguasai perkataan yang mempunyai gabungan suku kata

    kvkv + kvkv

  • 29

    Analisis data berdasarkan ujian pra yang telah dilaksanakan bagi mengetahui tahap

    penguasaan responden. Responden diminta untuk mengenal dan menyebut abjad yang

    ditunjukkan guru.

    A B C D E F G H I J

    K L M N O P Q R S T

    U V W X Y Z

    Tahap penguasaan Lelaki Perempuan Jumlah

    Tidak Mengenal abjad 4 orang ( 5tahun )

    1 orang ( 6 tahun)

    6 orang ( 5tahun )

    1 orang ( 6 tahun)

    12 orang

    Mengenal abjad dan lemah

    dalam penguasaan asas bacaan

    5 orang 4 perempuan 9 orang

    Menguasai asas bacaan

    sehingga dapat membaca

    petikan pendek

    3 orang

  • 30

    Berdasarkan dapatan data (rajah 1) adalah hasil dari ujian pra yang telah dijalankan

    kepada semua murid Prasekolah Bestari, 13% merupakan murid yang telah dapat

    menguasai asas bacaan dan telah dapat membaca petikan ayat pendek. 50% pula

    merupakan peratusan bagi murid yang masih lemah dan tidak menguasai abjad dan

    terdiri daripada murid yang berumur lima tahun. Fokus kumpulan sasaran bagi kaedah

    carian bulat, bunyi suku kata adalah sebanyak 37% iaitu merupakan murid yang

    telah mengenal abjad a hingga z namun masih lemah dalam penguasaan bacaan suku

    kata mudah seperti kv. Bagi kumpulan sasaran yang terdiri daripada sembilan orang

    murid telah dipilih untuk mengikuti serta melibatkan diri dengan kaedah ini yang akan

    membantu guru meningkatkan serta membuat penambah baikan pengajaran dan

    pembelajaran dalam membantu murid-murid untuk menguasai asas bacaan yang

    bermula dari kv hingga ke kvkv dan seterusnya gabungan suku kata mudah seperti kvkv

    + kvkv .

    50%

    37%

    13%

    UJIAN PRA

    Tidak mengenal abjad Mengenal abjad Menguasai asas bacaan

    RAJAH 1

  • 31

    Data di atas (rajah 2) merupakan hasil dapatan pada minggu pertama kaedah carian

    bulat, bunyi suku kata dijalankan. Pada peringkat ini, responden masih lemah dalam

    penguasaan bacaan suku kata kerana sembilan responden yang dipilih masih lemah

    dalam menguasai bacaan suku kata mudah kv seperti bi, ba, ju, dan sebagainya.

    Pada minggu pertama kaedah dilaksanakan, responden hanya diminta untuk mengambil

    bola ping pong dan menyebut suku kata yang terdapat pada bola ping pong tersebut.

    Setelah itu, responden diminta untuk menulis suku kata tersebut pada borang yang

    diberikan guru (rujuk lampiran 1).

    Tindakan susulan :

    Kaedah ini akan dilakukan secara berulang-ulang untuk membolehkan penilaian dibuat

    dan membantu guru untuk membuat penambah baikan bagi membolehkan responden

    dapat menguasai bacaan suku kata mudah dan tidak lagi keliru apabila huruf konsonan

    dan huruf vokal digabungkan. Minggu pertama merupakan peringkat permulaan bagi

    responden untuk pelaksanaan kaedah ini.

    LEMAH SEDERHANA BAIK

    TAHAP PENGUASAAN

    BILANGAN 9 0 0

    0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

    10

    MINGGU 1 (UJIAN PASCA)

    RAJAH 2

  • 32

    Pada minggu kedua, data yang diperolehi adalah seperti yang ditunjukkan (rajah 3).

    Peningkatan telah dapat dilihat apabila terdapat sebilangan responden iaitu tiga orang

    telah menunjukkan peningkatan iaitu mulai menguasai bacaan suku kata yang

    merupakan gabungan satu huruf vokal dan huruf konsonan. Enam responden masih

    berada di tahap yang sama iaitu masih lemah dalam menguasai bacaan suku kata mudah

    kv.

    Tindakan susulan :

    Responden yang masih lemah akan melakukan aktiviti tersebut berulang kali sehingga

    menguasai bacaan suku kata mudah iaitu kv. Responden yang telah dapat menguasai

    suku kata mudah akan diberi satu borang (rujuk lampiran 2) dan diminta untuk mencari

    gabungan suku kata yang membentuk perkataan yang terdapat pada borang tersebut dan

    membatangkan suku kata tersebut. Latihan akan dilaksanakan berulang kali sehingga

    responden kajian dapat membatangkan dan membunyikan suku kata yang terdapat

    dalam perkataan tersebut seperti bi + ru = biru .

    LEMAH SEDERHANA BAIK

    TAHAP PENGUASAAN

    BILANGAN 6 3 0

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    MINGGU 2 (UJIAN PASCA)

    RAJAH 3

  • 33

    Data di atas (rajah 4) menunjukkan tahap penguasaan yang telah ditunjukkan oleh

    responden setelah hampir tiga minggu kaedah carian bulat, bunyi suku kata

    dijalankan. Pada peringkat ini, empat responden masih berada di peringkat lemah dan

    masih mengulangi langkah dimana responden masih mengambil bola ping pong,

    menyebut suku kata dan menulis suku kata tersebut pada borang (rujuk lampiran 1).

    Empat responden lagi berada di tahap sederhana dan seorang responden telah

    menunjukkan peningkatan dan berada pada tahap yang baik.

    Tindakan susulan :

    Responden di tahap sederhana diberi satu borang (rujuk lampiran 2) dan diminta untuk

    mencari gabungan suku kata yang membentuk perkataan yang terdapat pada borang

    tersebut dan membatangkan suku kata tersebut. Responden kajian yang berada di tahap

    baik akan diberi peneguhan oleh guru . Responden kajian dikehendaki mencari bola

    ping pong yang akan membentuk gabungan dua perkataan seperti baju biru dan

    dikehendaki membatangkan dan membunyikan suku kata tersebut (rujuk lampiran 3).

    LEMAH SEDERHANA BAIK

    TAHAP PENGUASAAN

    BILANGAN 4 4 1

    0

    0.5

    1

    1.5

    2

    2.5

    3

    3.5

    4

    4.5

    MINGGU 3 (UJIAN PASCA)

    RAJAH 4

  • 34

    Pada minggu terakhir, analisis data (rajah 5) menunjukkan peningkatan yang baik bagi

    setiap responden. Ini kerana lima responden telah berada di tahap penguasaan yang

    sederhana manakala tiga responden berada di peringkat baik. Pada pengakhiran analisis

    dibuat, hanya terdapat seorang responden yang masih lemah dalam menguasai bacaan

    suku kata mudah kv. Lima responden telah dapat membunyikan dan membatangkan

    suku kata mudah serta dapat mengecam suku kata tersebut pada bola ping pong yang

    terdapat dalam bekas. Tiga responden lagi telah menguasai bacaan suku kata kvkv +

    kvkv dengan baik.

    Tindakan susulan :

    Responden yang berada di aras sederhana akan diberi peneguhan untuk meneruskan

    kaedah di peringkat yang seterusnya (rujuk lampiran 3). Bagi responden yang telah

    dapat menguasai akan diberi dorongan untuk membaca ayat mudah. Untuk responden

    yang masih berada di tahap lemah, guru perlu membuat penambah baikan kepada

    kaedah yang telah digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan responden.

    RAJAH 5

    LEMAH SEDERHANA BAIK

    TAHAP PENGUASAAN

    BILANGAN 1 5 3

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    MINGGU 4 (UJIAN PASCA)

  • 35

    6.1 TEMU BUAL

    Untuk proses permulaan bagi menjalankan kaedah Carian bulat, bunyi suku kata ,

    temu bual bersama murid-murid dijalankan bagi mendapatkan pendapat mereka tentang

    kaedah pengajaran guru dalam memperkenalkan bacaan suku kata mudah dan bacaan

    kad gabungan huruf vokal dan konsonan ketika proses pengajaran dan pembelajaran

    modul teras asas dilaksanakan. Temu bual yang dilaksanakan membantu penilaian tahap

    penguasaan murid untuk mengenal abjad.

    Soalan 1 : Apakah huruf yang telah ditunjukkan guru ?

    Soalan 2 : Adakah kamu suka melakukan aktiviti ini ?

    Temu bual bersama responden kajian turut dilaksanakan pada minggu akhir kajian

    untuk mendapatkan respons mereka mengenai kaedah pengajaran menggunakan

    permainan Carian bulat, bunyi suku kata.

    Soalan 3 : Apakah perasaan kamu apabila cikgu memilih kamu untuk

    menjalankan aktiviti ini ?

    Soalan 4 : Sekiranya cikgu mahu kamu menjalankan aktiviti ini berulang kali,

    adakah kamu mahu ?

    Soalan 5 : Adakah kaedah yang cikgu gunakan ini membantu kamu ?

    Temu bual yang dijalankan adalah secara umum dan perbualan yang terbimbing dan

    berfokus. Temu bual tersebut dilaksanakan untuk membolehkan guru membuat

    gambaran sahaja berbanding dengan kaedah pengumpulan data kualitatif lain. Temu

    bual tersebut adalah untuk mengetahui perasaan dan pendapat murid-murid setelah

    melibatkan diri dengan kaedah ini.

  • 36

    Temu bual yang dijalankan pada peringkat awal kajian yang mengemukakan soalan

    seperti pertanyaan ketika ujian pra dijalankan. Responden akan diajukan soalan seperti

    apakah huruf yang telah ditunjukkan guru ? apabila diminta untuk mengecam dan

    mengenal abjad pada kad huruf . Hasil dapatan data (rajah 6) berdasarkan soalan

    tersebut membolehkan guru memilih kumpulan sasaran bagi kaedah ini. 50% telah

    mengenal dan mengecam abjad dengan baik yang terbahagi kepada 13% merupakan

    murid yang telah menguasai asas bacaan dan 37% ialah murid yang lemah penguasaan

    asas bacaan. Sebanyak 50% adalah murid-murid yang belum dapat menguasai abjad dan

    terdiri daripada murid yang berumur lima tahun. Soalan kedua seperti adakah kamu

    suka melakukan aktiviti ini ? telah diajukan kepada murid apabila selesai proses

    pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah seperti memancing abjad,

    kolaj menggunakan benang bulu kambing, pandang sebut dan a, e, i, o, u stop. Hasil

    daripada temu bual yang dijalankan, 50% iaitu 12 orang murid daripada 24 orang murid

    tidak dapat menguasai abjad. Terdapat tiga orang murid yang telah dapat menguasai

    asas bacaan menjawab soalan tersebut dengan cikgu, ajar pelajaran lain pada kami,

    kami sudah mengenal huruf yang menunjukkan mereka bosan dengan kaedah tersebut.

    Bagi kaedah kolaj pula, murid-murid lelaki tidak seronok melakukan kaedah tersebut

    apabila terdapat 5 orang murid yang memberitahu kami tidak suka aktiviti ini. Dengan

    adanya analisis data berkaitan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan

    membolehkan guru membuat penambah baikan aktiviti dengan mewujudkan kaedah

    carian bulat, bunyi suku kata yang masih menekankan konsep belajar sambil bermain.

    Ini kerana kaedah ini tidak terikat dan lebih fleksibel untuk melakukan sebarang

    perubahan terhadap prosedur pelaksanaannya.

  • 37

    Setelah kaedah ini dilaksanakan terhadap 9 responden yang dipilih, temu bual

    dijalankan untuk mengetahui keberkesanan serta pendapat responden terhadap kaedah

    ini. Soalan temu bual yang diajukan seperti apakah perasaan kamu apabila cikgu

    memilih kamu untuk menjalankan aktiviti ini ? . Empat responden menjawab saya suka

    bila cikgu pilih saya dan tiga responden menjawab saya takut sebab saya tidak pandai

    dan dua responden lagi hanya diam apabila diajukan soalan tersebut. Soalan temu bual

    yang diajukan yang telah diajukan guru kepada responden iaitu sekiranya cikgu mahu

    kamu menjalankan aktiviti ini berulang kali, adakah kamu mahu ? . 9 responden

    menjawab soalan tersebut dengan jawapan yang sama (rujuk rajah7) iaitu saya mahu

    sebab saya seronok melakukannya. Ini membuktikan responden seronok melakukan

    kaedah ini dan tidak terasa terikat kerana mereka melaksanakannya mengikut tahap

    kemampuan masing-masing. Soalan terakhir yang diajukan kepada responden iaitu

    adakah kaedah yang cikgu gunakan ini membantu kamu ? adalah untuk mengetahui

    respon mereka terhadap kaedah ini. Data (rajah 8) menunjukkan tiga responden yang

    telah berada pada tahap baik bersetuju kerana mereka telah dapat menguasai asas

    bacaan hasil daripada pelaksanaan kaedah ini. Lima responden yang berada pada tahap

    sederhana meminta untuk meneruskan kaedah ini untuk masa yang akan datang dan

    seorang responden yang masih lemah tidak menjawab soalan yang telah diajukan.

    Berdasarkan jawapan yang diterima hasil daripada temu bual tersebut membolehkan

    guru untuk membuat analisis data. Oleh kerana temu bual ini adalah temu bual tidak

    berstruktur , data yang diperolehi adalah kualitatif.

  • 38

    Data hasil daripada soalan satu dan soalan dua

    MEMBERI RESPON TIDAK MEMBERI RESPON

    S1 12 12

    S2 8 16

    0

    5

    10

    15

    20

    BIL

    AN

    GA

    N

    TEMU BUAL

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    SOALAN 3 SOALAN 4

    TEMU BUAL

    SERONOK

    TAKUT

    TIADA RESPON

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    SOALAN 5 BERSETUJU MENERUSKAN PELAKSANAAN

    KAEDAH

    TIADA RESPON

    BIL

    AN

    GA

    N

    TEMU BUAL

    Data hasil daripada soalan ketiga dan empat

    Data hasil daripada soalan temu bual yang kelima

    RAJAH 6

    RAJAH 7

    RAJAH 8

  • 39

    7.0 PENUTUP / DAPATAN HASIL KAJIAN

    Hasil data kajian (rajah 9) menunjukkan keseluruhan proses peningkatan yang telah

    ditunjukkan responden berdasarkan ujian pasca yang dijalankan. Penguasaan responden

    dinilai guru mengikut borang yang diberikan apabila responden mulai mencapai setiap

    tahap penguasaan mengikut empat minggu sepanjang kaedah carian bulat, bunyi

    suku kata dilaksanakan. Peningkatan yang ditunjukkan responden telah membolehkan

    guru membuat penilaian terhadap kekuatan kaedah yang dijalankan serta keberkesanan

    kaedah tersebut dalam membantu guru membuat penambah baikan terhadap proses

    pengajaran dan pembelajaran. Daripada sembilan responden yang pada permulaannya

    masih lemah dalam menguasai bacaan suku kata mudah kv telah menunjukkan

    peningkatan apabila di akhir kajian dilakukan, hanya tinggal satu responden yang

    berada pada tahap lemah. Tiga responden telah berjaya menguasai bacaan kvkv + kvkv

    dan lima responden lagi berada di tahap sederhana.

    MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4

    LEMAH 9 6 4 1

    SEDERHANA 0 3 4 5

    BAIK 0 0 1 3

    -1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

    10

    BIL

    AN

    GA

    N

    KESELURUHAN

    RAJAH 9

  • 40

    Perbezaan analisis data awal (rajah 10) ketika ujian pra dijalankan dan analisis data

    akhir (rajah 11) pada minggu akhir kajian setelah kaedah dilaksanakan.

    11%

    56%

    33%

    DATA AKHIR

    Lemah bacaan suku kata

    Menguasai asas bacaan suku kata kv

    Menguasai bacaan suku kata

    50%

    37%

    13%

    TAHAP PENGUASAAN (UJIAN PRA )

    Tidak mengenal abjad Mengenal abjad Menguasai asas bacaan

    RAJAH 11

    RAJAH 10

  • 41

    8.0 REFLEKSI

    RAJAH 12

    Setelah membuat analisis pada data akhir, saya membuat penilaian untuk memastikan

    fokus serta objektif kajian dapat dicapai atau sebaliknya. Fokus kajian ini merupakan

    salah satu pendekatan yang diambil untuk menambah baik pengajaran guru dalam

    meningkatkan tahap penguasaan murid untuk menguasai bacaan suku kata mudah.

    Kaedah ini berjaya meningkatkan tahap penguasaan responden dari bermula pada

    peringkat permulaan yang masih lemah dalam bacaan suku kata mudah iaitu kv. Namun

    begitu, masih terdapat responden yang berada pada tahap yang sama walaupun selama

    tempoh empat minggu kaedah ini dijalankan. Ini kerana tahap kecerdasan dan

    penguasaan setiap individu adalah berbeza. Selain itu, data yang diperolehi adalah

    berbentuk kualitatif dan banyak aspek yang berlaku di luar jangkaan. Oleh sebab itu,

    fokus masalah tidak harus diletakkan dan dilabelkan pada responden, namun sebagai

    guru yang menjalankan kaedah ini, haruslah membuat penambah baikan di kitaran

    seterusnya.

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4

    BIL

    AN

    GA

    N

    TEMPOH

    DATA AKHIR

    LEMAH

    SEDERHANA

    BAIK

  • 42

    9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Hasil daripada data yang telah diperolehi daripada kaedah carian bulat, bunyi ping

    pong , saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi penguasaan murid. Fokus

    kaedah ini yang menekankan serta membantu membuat penambah baikan bagi

    meningkatkan pengajaran guru dalam menekankan aspek penguasaan untuk mengenal

    abjad serta gabungan abjad antara satu sama lain. Ternyata kaedah ini mampu

    membantu guru meningkatkan kemampuan murid untuk membunyikan suku kata

    mudah serta membatangkan gabungan suku kata tersebut yang akan membentuk

    perkataan sehinggalah menbaca ayat mudah. Pada kitaran yang seterusnya, tindakan

    penambah baikan perlu dilakukan agar penguasaan murid terhadap asas bacaan dapat

    ditingkatkan kerana berdasarkan data pada hasil kajian, masih terdapat responden yang

    berada di tahap yang sama iaitu masih lemah. Antara penambah baikan yang harus

    dilaksanakan pada kitaran seterusnya seperti guru mengemukakan ujian yang berbentuk

    diagnostik dan mempelbagaikan cara penggunaan kaedah ini. Selain itu borang yang

    akan digunakan untuk mengetahui tahap penguasaan murid perlu ditingkatkan selaras

    dengan aras pengukuran yang akan dinilai. Cara menganalisis data juga perlu

    dipelbagaikan agar hasil dapatan data lebih jelas. Oleh sebab itu, penambah baikan

    terhadap kaedah ini dilaksanakan untuk membantu peningkatan tahap penguasaan

    responden terhadap bacaan suku kata mudah kv sehinggalah mampu membaca ayat

    mudah.

  • 43

    SENARAI RUJUKAN

    Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.

    Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

    Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa

    Malaysia Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar

    http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf

    Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abdul Rahman. Pelaksanaan

    Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah .

    http://www.ukm.my/jpbm/pdf/67-87_CheZanariah,Fadzilah.UPM.pdf

    Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan

    dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan :Penerbitan Multimedia SDN.BHD

    Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011). Pendekatan Bermain Dalam

    Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah.

    http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-16_Artikel%201_Sharifa_Nor_dan_Aliza.pdf

    Siti Hajar Abdul Aziz. Permainan Bahasa Dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran. http://www.scribd.com/doc/24360161/Article-89#archive

    Artikel dari Pts Publication. Perkembangan Pertengahan Kanak-kanak

    http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=30

    http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdfhttp://www.ukm.my/jpbm/pdf/67-87_CheZanariah,Fadzilah.UPM.pdfhttp://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-16_Artikel%201_Sharifa_Nor_dan_Aliza.pdfhttp://www.scribd.com/doc/24360161/Article-89#archivehttp://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=30
  • 44

    11.0 LAMPIRAN

    Soalan temu bual yang telah ditanya .

    Apakah huruf yang telah ditunjukkan guru ?

    Adakah kamu suka melakukan aktiviti ini ?

    Apakah perasaan kamu apabila cikgu memilih kamu untuk menjalankan aktiviti

    ini ?

    Sekiranya cikgu mahu kamu menjalankan aktiviti ini berulang kali, adakah

    kamu mahu ?

    Adakah kaedah yang cikgu gunakan ini membantu kamu ?

  • 45

    LAMPIRAN 1

    TARIKH / MINGGU SUKU KATA CATATAN

    (MENGUASAI ATAU

    PERLU BIMBINGAN)

    MINGGU 1

    MINGGU 1

    MINGGU 2

    MINGGU 2

    MINGGU 3

    MINGGU 3

    MINGGU 4

    MINGGU 4

  • 46

    LAMPIRAN 2

    SUKU KATA SUKU KATA PERKATAAN

    Ba + ju =

    Bi + ru =

    Fe + ri =

    La + ju =

    Si + ku =

    Lu + ka =

    Ro + ti =

    Ba + si =

  • 47

    LAMPIRAN 3

    PERKATAAN

    PERKATAAN

    1. Baju

    2. Feri

    3. Siku

    4. Roti

    5. Buku

    6. Kuku

    7. Muka

    8. Kaki

    9. Kota

    10 .Mata

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    +

    biru

    laju

    luka

    basi

    lima

    kuda

    mama

    kiri

    lama

    hati

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =