pendekatan kaedah mnemonik

13
-r 1 - gt,4 PENDEKATAN KAEDAH MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB (J-QAF) PENGENALAN Di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran pada masa kini, persaingan yang wujud bukan sahaja dari segi keperluan mahupun material tetapi juga dari segi mental dan intelektual. Dalam hal ini, individu perlu memacu hidup ke hadapan dengan lebih dinamik dan pantas demi mencapai kejayaan dan berada sebaris dalam kalangan golongan cendekiawan. Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah telah diperkenalkan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 bagi memastikan ilmu yang dipelajari bagi seseorang pelajar itu terus berkembang dari masa ke semasa.. Cetusan idea oleh beliau wujud selepas beliau menghadiri lawatan rasmi ke Kementerian Pendidikan bagi membincangkan isu pendidikan sekolah rendah dan Pendidikan Islam sehinggalah terhasilnya pelaksaan J-Qaf pada tahun 2005 (KPM,2004). Rosni (2012) berpandangan kekurangan aktiviti bahasa dalam pengajaran menjadi antara faktor utama masalah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Kekangan ini menyebabkan pelajar kurang upaya dan seterusnya pelajar tidak dapat membina ilmu yang berterusan. Tidak dinafikan bagi seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab harus memiliki empat kemahiran bahasa yang mencakupi aspek kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Majdan,2012). Namun, setiap pelajar juga perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya pembelajaran yang berbeza bergantung kepada keadaan minda dijana dan dimanipulasi (Zaida,2002). Konsep gaya pembelajaran turut disentuh oleh Syed& Ahmad dalam petikannya: "Dalam konteks memahami slidt murid, gaya pembelajaran tnenjadi indikator bagaimana seseorang murid be/ajar dan cara be/ajar yang digemari (Syed&Ahmad,2011:225) Namun, dalam kesungguhan usaha tersebut masih terdapat kelompok individu yang berhadapan dengan masalah di dalam pembelajaran yang mana menyebabkan usaha mereka untuk maju ke hadapan sedikit terencat dan agak perlahan terutamanya permasalahan di dalam mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran tertentu. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan membelenggu pelajar-pelajar dan harus di tangani dengan kadar segera agar proses pembelajaran dapat berlangsung dengan

Upload: abdul-razak-jamaluddin

Post on 20-Jul-2015

195 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

-r 1- gt,4

PENDEKATAN KAEDAH MNEMONIK

DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB (J-QAF)

PENGENALAN

Di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran pada masa kini, persaingan yang wujud bukan sahaja dari segi keperluan mahupun material tetapi juga dari segi mental dan intelektual. Dalam hal ini, individu perlu memacu hidup ke hadapan dengan lebih dinamik dan pantas demi mencapai kejayaan dan berada sebaris dalam kalangan golongan cendekiawan.

•Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah telah diperkenalkan oleh Dato' Seri

Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 bagi memastikan ilmu yang dipelajari bagi seseorang pelajar itu terus berkembang dari masa ke semasa.. Cetusan idea oleh beliau wujud selepas beliau menghadiri lawatan rasmi ke Kementerian Pendidikan bagi membincangkan isu pendidikan sekolah rendah dan Pendidikan Islam sehinggalah terhasilnya pelaksaan J-Qaf pada tahun 2005 (KPM,2004).

Rosni (2012) berpandangan kekurangan aktiviti bahasa dalam pengajaran menjadi antara faktor utama masalah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Kekangan ini menyebabkan pelajar kurang upaya dan seterusnya pelajar tidak dapat membina ilmu yang berterusan.

Tidak dinafikan bagi seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab harus memiliki empat kemahiran bahasa yang mencakupi aspek kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Majdan,2012). Namun, setiap pelajar juga perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya

• pembelajaran yang berbeza bergantung kepada keadaan minda dijana dan dimanipulasi (Zaida,2002).

Konsep gaya pembelajaran turut disentuh oleh Syed& Ahmad dalam petikannya:

"Dalam konteks memahami slidt murid, gaya pembelajaran tnenjadi indikator bagaimana seseorang murid be/ajar dan cara be/ajar yang digemari

(Syed&Ahmad,2011:225)

Namun, dalam kesungguhan usaha tersebut masih terdapat kelompok individu yang berhadapan dengan masalah di dalam pembelajaran yang mana menyebabkan usaha mereka untuk maju ke hadapan sedikit terencat dan agak perlahan terutamanya permasalahan di dalam mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran tertentu.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan membelenggu pelajar-pelajar dan harus di tangani dengan kadar segera agar proses pembelajaran dapat berlangsung dengan

balk dan menarik seterusnya dapat bersaing meneraju dunia bersama-sama. Melalui kajian Basah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat.

Setiap pelajar perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Ada yang lebih gemar belajar secara sendiri, berkumpulan, pemerhatian, kajian, perbincangan, dalam keadaan sunyi atau bising dan pelbagai gaya pembelajaran lain yang tidak disebutkan.

Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, • ilmu atau pengalarnan yang baru. Kesemua gaya-gaya pembelajaran yang dinyatakan pasti melibatkan proses mengingat. Ini menunjukkan kemahiran mengingat adalah satu kemahiran yang sangat penting yang harus ada di dalam din i seorang pelajar khususnya dan manusia amnya. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diamalkan dalam proses meningkatkan kemahiran mengingat di dalam pembelajaran sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman dan mengingati fakta-fakta penting. Hal ini kerana manusia mempunyai ingatan yang terbatas dan tidak mampu untuk mengingati semua perkara di dalam kehidupan dalam satu-satu masa. Namun begitu, permasalahan ingatan manusia yang terbatas ini boleh di atasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan latihan yang bersisternatik.

Menurut Yates (1966) melalui bukunya yang bertajuk "The Art of Memory menyatakan:

It is not difficult to get hold of the general principles of the mnemonic. The first step was to imprint on the memory a series of loci or places".

Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan • kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Antara kaedah yang digunakan untuk meninglcatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu mengajar, bahan pengajaran yang bermakna, isi pelajaran teratur dan balk, mengulang isi pelajaran, waktu rehat dalam pembelajaran, pengelolaan pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar, membuat latih tubi, mempraktildcan ilmu dan menggunakan kaedah mnemonik.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Scoot,Richard &Kelly (1982) mendapati bahawa kanak-kanak memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun dan pembelajaran yang strategiik dapat dicapai apabila memahami dan meneggunakan strategi mnemonik.

Justeru, perancangan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan seterusnya mengamalkan teknik-teknik

2

dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat pelajar di dalam pernbelajaran.

Perkembangan kemahiran kanak-kanak sekolah rendah dalam membina strategi pembelajaran yang kukuh amat penting kerana pada peringkat ini keseimbangan pencapaian pendidikan dan penerimaan terhadap ilmu adalah pada tahap yang sama. Kanak-kanak perlu menguasai dan menghalusi beberapa kemahiran yang khusus di alam persekolahan. Tanpa penguasaan ini, maka mereka akan gagal seterusnya membawa rasa rendah din i dan tiada keupayaan (Haliza,Joy&Rafidah:2008)

Mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah diajar secara asas tanpa melibatkan jumlah ayat yang panjang. Daripada perspektif penulis, ini menunjukkan bahawa apa yang telah dipelajari oleh pelajar hanya kekal dalam ingatan jangka pendek mcreka sahaja iaitu keupayaan terhadnya pada satu masa. Pengajaran yang telah

•disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang mereka iaitu keupayaan yang tidak terhad, boleh menyimpan maklumat dalam ingatan dan dilupa secara beransur.

Menurut Kamarudin (2010) mengatakan bahawa :

"ingatan merujuk kepada masa sdam yang melibatkan aktiviti mengenalpasti maklumat yang telah diperoleh, dialami, kelas yang telah dibentuk, hubungan dan system yang telah diperoleh, transformasi yang dilakukan, kesan dan implikasi yang telah dibuat dan sebagainya".

Lupaan rnerupakan satu kejadian biasa. Antara sebab manusia boleh lupa ialah ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan mereka akan memberi fokus kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput. Walau bagaimanapun, strategik dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita dan pelajar mengingat maklumat yang banyak dan kurangkan lupaan. Satu cara untuk mengurangkan lupaan ialah guru harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan.

Secara rasionalnya kajian ini dijalank.an adalah bertujuan mencadangkan pendekatan kaedah mnemonik sebagai salah satu kemahiran bahasa yang digunakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, khususnya bagi pelajar j-Qaf sekolah rendah.

PERNYATAAN MASALAH

Penguasaan bahasa kedua memerlukan pembelajaran yang berterusan dan diperkayakan dengan kaedah yang menarik terhadap setiap yang dipelajari dari masa ke semasa. Dalam arena pendidikan, asas strategi pembelajaran merupakan medium yang utama bagi memastikan pelajar mampu mendapatkan informasi, memproses dan menerima dan menyimpan dengan jangka masa yang panjang. Perkembangan konteks pemaharnan terhadap suatu ilmu baru tanpa mengabaikan apa yang telah dipelajari adalah lebih berkesan.

3

Pada umumnya, strategi mengingat merupakan salah satu strategi pembelajaran bahasa. Strategi-strategi ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat yang diperoleh secara mudah (Nurazan,2004). Eid (2012) mendapati bahawa strategi pembelajaran bahasa membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa secara efektif. Menurut Norhayuza, kajian tentang ingatan dikatakan kurang mendapat perhatian oeleh pengkaji-pengkaji, manakala kajian terhadap Bahasa Arab hampir langsung tiada dijalankan.

Melalui kajian Bhasah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat.

Kajian Maizatul (2011) menyatakan bahawa murid mempunyai minat dan kesungguhan terhadap mata pelajaran Bahasa Arab, namun memperolehi pencapaian yang agak sederhana. Keadaan ini disokong apabila turut mendapat sokongan yang sederhana manakala pencapaian murid dalam kemahiran yang diuji adalah lemah dan kurang memuaskan. •

Perihal ini menunjukkan kaedah mengingat Bahasa Arab bagi pelajar sekolah rendah menjadi isu yang kurang ditittikberatkan. Masalah ini berlarutan apabila beralih ke sekolah menengah. Penerimaan terhadap bahasa ini semakin merosot, malah hingga ke peringkat universiti. Penulis berpendapat pembelajaran asas Bahasa Arab pada peringkat rendah amat penting agar pelajar tidak ketinggalan dan keliru dengan pilihan perkataan dan huruf yang dipelajari.

KERANGKA TEORI / KONSEP

Kaedah mnemonik dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat individu. Menurut Mok (2002) melalui Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne mengatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut beliau, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

Kaedah mnemonik adalah kaedah yang boleh mengukuhkan ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang bersesuaian dengan teori yang dikeluarkan oleh Gagne. Di dalam negara kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini dalam pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonik sebagai suatu pendekatan pengajaran dan mnemonik yang dicipta itu telah pun digunakan secara turun temurun. Kaedah mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Douglas (200) berpendapat bahawa kaedah mnemonik merupakan salah satu strategi kognitif, namun tidak didedahkan di sekolah pada masa kini.

4

DEFINISI OPERASI

Kaedah Mnemonik

Mnemonik mempunyai pelbagai tafsiran makna. Menurut Mohammad & Saed (2011) perkataan mnemonik ini adalah berasal daripada bahasa Greek iaitu mnemosyne iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda. Merujuk kepada kamus Oxford (1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran mengingat dengan menggunakan sistem dan kaedah tertentu. Kaedah mnemonik ini juga menggunakan prinsip asosiasi iaitu maklumat yang ingin di ingati dikaitkan dengan maklumat yang lain yang mudah di ingat (Suwito,295:2005).

Kaedah mnemonik bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk • memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima

maklumat, memproses, dan menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Jefrey& Cynthia (2011) menjelaskan bahawa mnemonik adalah suatu cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan. Ia berfungsi sebagai medium untuk mengekod maklumat supaya lebih tersusun.

Gaya pembelajaran teknik mnemonik terbahagi kepada tiga gaya pembelajaran iaitu mnemonik peg, mnemonik berkaitan dan mnemonik kata kunci. Teknik mnemonik peg ialah mengambil huruf awalan dan mencantumkannya menjadi satu perkataan yang mudah di ingat.

Teknik mnemonik berkaitan pula ialah membina satu ayat lain berdasarkan huruf awalan bagi rangkai kata yang ingin dingati.

Kaedah mnemonik yang seterusnya ialah kata kunci. Carter (1998) berpendapat pada peringkat asa pembelajaran, sesuatu perkataan itu tidak dapat diingati secara efektif dengan menggunakan konteks ayat dan mesti digunakan perkataan tunggal atau berpasangan. ialah kata yang terdengar seperti kata baru dan mudah digambarkan. Kemudian diciptakan sebuah gambar atau bayangan dari kata kunci dan definisi tersebut bersama. Hal tersebut penting ketika saling berinteraksi dan tidak ditampilkan dalam gambar atau bayangan yang sama. Teknik mnemonik kata kunci adalah kaedah yang lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan golongan orang yang kurang berupaya. Mereka mengingati sesuatu dengan mencipta formula yang mana formula tersebut menjadi kata kunci untuk mengingat.

5

Teknik mnemonik terbahagi kepada beberapa jen is iaitu teknik hubungan/rantaian, teknik kata gantian, teknik anekdot, teknik lokasi, akrostik dan akronim.

I hubungan/rantaian

I okas i

I .(), V Hubungan/rantaian I

anekdot I

I Teknik mnemonik I

akrostik

• akronim

Kata gantian

Teknik hubungan/rantaian —Menghubungkan adalah satu proses mengaitkan atau mengasosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui sebuah aksi atau gambaran. Teknik ini biasa digunakan dengan sistem kata penanda untuk mengingatkan serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Teknik ini sesuai untuk mengingati suatu senarai yang panjang. la melibatkan imaginasi atau gambaran mental secara aktif. Teknik ini membayangkan sesuatu objek secara reguan yang sedang berinteraksi. Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik ataupun realistik asalkan kata hubungan itu dapat membantu mengingat sesuatu fakta.

Teknik kata gantian — Teknik ini digunakan untuk perkara abstrak yang sukar diingat. la melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk dan membayangkan suatu imej yang konkrit. • Teknik anekdot — Teknik yang menggunakan cerita pendek dan lucu untuk memudahkan proses ingatan dan menghubungkaitkannya dengan kata kuncinya sahaja.Contohnya: apabila menggunakan perkataan yang berkaitan mengenai sekolah:

Mak limah a....kil

Mat dens

Maktab ,...r.:K1.1

6

Darah '01)1')1 1

faisal

Teknik lokasi — Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat dan berdasarkan dua cantuman unsur iaitu imej dan tempat. Teknik ini dilakukan dengan mengingati sesuatu lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Beberapa langkah perlu diambil untuk menggunakan teknik ini iaitu membayangkan beberapa lokasi yang tersusun dalam satu jalinan. Kemudian lokasi hendaklah dibayangkan dengan jelas dalam ingatan. Satu imej dibayangkan bagi satu kata kunci daripada senarai maklumat yang telah dibuat. Senarai maklumat yang abstrak perlu dikonkritkan terlebih dahulu. Imej dihubungkan dengan lokasi yang telah dibayangkan dalam ingatan. Satu imej adalah untuk satu lokasi. lmej dan lokasi dikaitkan mengikut urutan. Hal ini dilakukan secara

• mental dengan mengasosiasikan setiap informasi yang diperlukan.

7 DJ

,74..

.3 01 ; • ,

_100- -X;e1 Zoo-(zirafa ,harimau,buaya) CA:P 1)

Pasar-(kobis,sawi,kentang,timun)

Hospital-(doktor, jururawat,ambulans) Rumah-(basikal,emak,ayah,adik,kakak)

• Teknik akrostik — Kata akrostik berasal daripada perkataan Perancis iaitu acrostiche dan daripada Yunani iaitu akrostichis yang berrnaksud sebuah sajak yang huruf awal baris-barisnya menyusun sebuah atau beberapa perkataan. Menurut Sutisno, akrostik adalah menggunakan setiap huruf pertama daripada perkataan dan suku kata menjadi suatu ayat. Menurut Markowitz, akrostik adalah susunan perkataan yang tidak semestinya menggunakan huruf pertama dan tidak menghasilkan singkatan dalam bentuk satu perkataan tetapi diingat dalam bentuk ayat atau frasa tertentu. Kesimpulannya, teknik akrostik adalah cara yang dilakukan oleh guru untuk memudahkan pelajar mengingat suatu fakta dengan cara menggunakan huruf awal, tengah atau akhir dalam suatu perkataan atau frasa tertentu. Contohnya seperti mengingat turutan warna-warna pelangi dengan menggunakan

perkataan mejikuhibiinu iaitu asfar,ahmar,abyadh,akhdhar,aswad,azraq,binafsajiy. (Biazasakabahas).

7

Akronim — Teknik ini seakan-akan teknik akrostik. Alcronim adalah sejenis kata singkatan. Teknik ini membentuk akronim dengan menggunakan setiap huruf awal daripada satu ayat untuk membentuk perkataan baru. Walaupun teknik ini mudah untuk dihafal, namun terdapat beberapa kelemahan iaitu teknik ini hanya sesuai untuk perkataan yang mudah dihafal tetapi bukan untuk tujuan pemahaman sesuatu fakta. Selain itu, tidak semua ayat mudah dibentuk menjadi dalam bentuk yang lebih mudah di ingat. Contohnya: yA:)1.)1.1,4J1UAAIH

KAMAN MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Dalam pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah, pelbagai konsep perlu diperkayakan bagi meningkatkan kefahaman murid. Kelemahan dalam penguasaan kosa kata berpunca dari daya ingatan yang tidak •

Mnemonik, seperti yang telah dibahaskan diatas adalah salah satu stategi pembelajaran yang efektif. Menurut Suwito (2005) kaedah ini mempunyai kaitan yang sangat erat dengan asosiasi, iaitu mengaitkan dengan peristiwa, objek dan subjek dengan peristiwa lain. Jika dilihat dari sudut kajian terhadap keberkesanan mnemonik dalam pembelajaran Bahasa Arab, terdapat beberapa kajian yang membahaskan mengenainya. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Muhammadul Bakir (2007) yang menyatakan bahawa kaedah ini boleh dijadikan salah satu kaedah pembelajaran Bahasa Arab yang berkesan.

Menurut Aziz & Erta(20I2) berpendapat usia kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun merupakan usia yang ideal untuk mempelajari bahasa kedua. Hal ini bertepatan dengan keadaan kanak-kanak yang masih baharu dalam penerimaan ilmu persekitaran. Dengan menelusuri bahasa kedua, maka sebenarnya sulit untuk seseorang kanaka-kanak itu memahaminya melainkan dengan aktiviti bersesuaian dengan umur mereka.

Mohd Daud (1989) melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat kolerasi yang • sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Ini menunjukkan metaingatan terhadap konsep pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh pelajar.

8

RUMUSAN

Penguasaan Bahasa Arab j-Qaf dalam kalangan murid sekolah rendah adalah asas ke arah melahirkan pelajar yang berkualti dalam pembelajaran. Jika dilihat dari aspek penyusunan kokurikulum di sekolah, mereka sering didedahkan dengan pelbagai pengayaan aktiviti bersesuaian.

Dalam pembelajaran bahasa,bukan mudah sesorang itu mampu menguasai bahasa dengan balk. Penggunaan bahasa kedua di sekolah memerlukan pengukuhan yang balk samada pembelajaran berlangsung di bilik darjah atau di luar. Bagi murid yang berumur 6-12 tahun, aktiviti pembelajaran dikatakan sangat membantu mereka memahami dan menerima sesuatu pembelajaran. Kaedah mnemonik dijadikan satu kaedah pilihan dalam

mengatasi cabaran pembelajaran pembelajaran Bahasa Arab.

9

RUJUKAN

Aziz Fakhrurrozi, Erta Mahyudin. (2012). Pembelajaran Bahasa Arab. Direktorat Jenderal Pendidikan Islam Kementerian Agama. Jakarta. Indonesia.

Bhasah Abu Bakar&rakan-rakan. Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program j-Qaf dalam Kalangan Fe/ajar Tingkatan Satu:Satu Kajian Kes.

H. Douglas Brown. (2000). Principles of Language Learning and Teaching. Longman.

San Francisco.

Frances A.Yates (1966). The Art of Memory. The University of Chicago Press.London.

Kamarudin. (2010) Psikologi Pembelajaran. Utusan Publications& Distributors.

Malaysia.

Nurazan bt Mohmad Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran

Bahasa Arab:Kajian di KUSZA. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan

Malaysia. Malaysia.

Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi (2011). Mnemonic Instruction:A way to boost

vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research. pp.' 78-

182).Finland.

Mohd Daud Hamzah. (1989). Metaingatan dan Hubungannya dengan Prestasi Ingatan.

Journal Pendidik dan Pendidikan. J1d. 10 pp80. Universiti Sains Malaysia. Malaysia.

Muhammadul Bakhir Hj Yaakub. (2007). Teaching Arabic as a second language.An

evaluation of keyword method effectiveness. Jurnal Teknologi. pp:61-72. Universiti

Teknologi Malaysia. Malaysia.

Rosni (2012). lsu Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Malaysia.

10

Scott G. Paris, Richard S. Newman, & Kelly A. Mcvey (1982). Learning the Functional Significance of Mnemonic Actions:A Micro genetic Study of Strategy Acquisition.

1 1

LAPORAN MENYERTAI PERSIDANGAN

SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDHCAN JQAF 2013

Pada 19-20 Jun 2013 yang lalu, pelapor telah menyertai Persidangan Seminar Kebangsaan

Penyelidikan j-QAF sebagai pembentang Tema persidangan ini adalah mengenai pelaksanaan j-

QAF terhadap murid sekolah rendah. Persidangan ini dianjurkan oleh Institut Islam

Hadhari,UKM. Tajuk kertas kerja pelapor ialah: Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam

Pembelajaran Bahasa Arab j-QAF. • Mengikut jadual yang telah ditetapkan, pelapor diminta membentangkan kertas kerja pada 20 Jun

2013 di Sidang 5 bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia Penyertaan

pelapor sebagai pembentang kertas kerja adalah kali kedua selepas perbentangan di International

Conference Islamic Education (ICIED) pada 6-7 April yang lalu. Pelapor telah mencatatkan

beberapa perkara penting sepanjang perbentangan seperti berikut:

1- Persidangan ini dilakukan di dalam sebuah dewan.

Menurut ahli jawatankuasa persidangan, persidangan dijalankan di dalam sebuah dewan kerana •

kurang penyertaan dan bagi membolehkan perbentangan dapat dikongsi bersama secara

keseluruhan

2. Persediaan pelapor.

Pelapor agak gusar dengan perbentangan kerana sebelum ini perbentangan dijalankan di dalam

bilik mengilcut sesi perbentangan dan penyertaan terdiri daripada pelbagai golongan professional

Pelapor juga telah diajukan dengan beberapa soalan setelah selesai perbentangan. Namun perkara

ini dapat diatasi sebaiknya.

3 Maklumat j-QAF

Melalui perbentangan yang dijalankan oleh para pembentang lain, pelapor telah mencatatkan

beberapa perkara dan isu yang dibincangkan hasil dari perbentangan,iaitu:

a) j-QAF telah bermula pada tahun 1997, iaitu sebelum pelantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad

Badawi sebagai Perdana Menteii.

b) Terdapat guru j-QAF yang dilantik bukan dari aliran agama. Hal ini diutarakan melalui kajian

Rofishah Rashid dan Hailan Salamun yang bertajuk "Pengupayaan Kepimpinan Guru j-QAF"

c) Guru-guru j-QAF dibebani dengan lebihan tugasan kerja melalui kajian yang dijalankan oleh

Pn. Fazlulain Mohd Yunus bertajuk: Perlaksanaan dan Pencapaian Program j-QAF Sekolah-

Sekolah di Malaysia.

Pada keseluruhannya, pelapor melihat persidangan ini sebagai langkah menyelusuri pemerkasaan

Bahasa Arab dalam arena pendidikan.

Disediakan oleh,

MAJDAN PAHARAL RADZI,

Jabatan Bahasa Arab„

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,

Universiti Sultan Zainal Abidin.