mat rempit kaedah pendekatan

25
PROGRAM MENDEKATI MAT REMPIT Kajian Oleh: Supt. Hamzan Bin Darus Ketua BAKA Kedah

Upload: bakaipkkedah

Post on 11-Jun-2015

1.026 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

PROGRAM MENDEKATI MAT REMPIT

Kajian Oleh: Supt. Hamzan Bin Darus

Ketua BAKA Kedah

Page 2: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Sejarah Mat Rempit Aktiviti ini sudah lama wujud dalam keadaan terselindung dan sebelum

ini jarang dilaporkan. Aktiviti ini mula menular sekitar 1990-an seiring bermula acara Grand Prix dan Formula One secara meluas di Malaysia. Seiring juga dengan perkembangan jaringan jalanraya yang canggih di Malaysia. Ruang dan peluang ini telah disalah gunakan oleh segelintir yang di panggil “samseng jalanraya” untuk dijadikan sebagai medan perlumbaan dan memenuhi cita-cita (Rozmi Ismail:2006:9). Sejak kebelakangan ini fenomena perlumbaan haram menjadi semakin rancak dan kritikal serta membimbangkan apabila golongan yang terlibat terdiri dari remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun (Laporan Polis Trafik:1998). Perlumbaan haram dilakukan dalam pelbagai bentuk bukan saja melibatkan

kepantasan tetapi juga dalam aspek kemahiran dan keberanian. (Rozmi Ismail:2006,BH 29 Mac 200)

Pada masa ini kumpulan “mat motor” atau “mat rempit” di Malaysia sering dikaitkan dengan kumpulan dibarat lebih dikenali sebagai “Hell Rider” fenomena ini merupakan pengaruh sosial yang terbaru yang ditiru dari barat (Rozmi Ismail:2006:16).

Page 3: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

PENGISIAN JIWA BAWA MAT REMPIT KE PANGKAL JALAN

Saya masih ingat kenakalan dua remaja, Suadak dan Kacuk di kampung saya yang jauhnya kira-kira 18 kilometer dari Johor Bahru sekitar awal 1970-an. Mereka terkenal sebagai penunggang motosikal maut dan suka memecut laju seperti berlumba, walaupun di jalan kampung. Pengaruh mereka cukup kuat kerana kehandalan mereka sering menjadi bualan remaja lain. Dua remaja itu juga mempunyai kumpulan. Bagaimanapun, motosikal di tunggangi kumpulan itu bukan motosikal sendiri, sebaliknya milik bapa mereka. Biasanya mereka yang kebanyakan lepasan sekolah menengah berkumpul pada hari minggu sebelum berlumba di jalan raya. Kumpulan membabitkan antara 10 hingga 15 buah motosikal itu menjadikan Jalan Ulu Tiram – Johor Bahru (Jalan lama) atau Jalan Ulu Tiram – Kota Tinggi sebagai gelanggang. Ketika itu, tiada perkataan lumba haram atau mat rempit. Selepas berlumba mereka berkumpul disimpang kampong atau kedai kopi menceritakan kehebatan masing-masing terutama ketika mengambil selekoh maut sehingga lulut hampir mencecah jalan. Mereka juga mempunyai awek yang pada masa itu dikenali ‘Awek Rewang’ dan ‘Resen’ (Ration), iaitu gelaran kepada gadis bawah umur mengamalkan gaya hidup bebas dan boleh di bawa berpeleseran.

Masa terus berlalu dan perubahan turut berlaku. Sekitar 80-an kegiatan mereka diambil alih kumpulan remaja lain. Kumpulan ini juga menjalankan kegiatan sama, tetapi gadis bawah umur bertukar nama kepada ‘Anak Abu’ (anak bawah umur). Oleh itu, jelas fenomena mat rempit sudah wujud, tetapi kumpulan yang lebih dikenali sebagai mat motor itu kurang popular, mungkin publisitinya tidak meluas seperti sekarang kerana kekangan media cetak dan elektronik yang terhad. Jumlah remaja terbabit dalam lumba haram ketika itu juga kecil selain kegiatan agak terbatas, mungkin faktor kewangan dan motosikal pinjam. Berbanding penyalahgunaan dadah dan masalah sosial lain, sebenarnya fenomena mat rempit bersifat sementara. Selepas remaja terbabit meningkat dewasa, terutama yang berumahtangga mereka meninggalkan kegiatan itu. Tidak dinafikan kebanyakan mereka meninggalkan kegiatan itu ada yang berjaya dalam hidup.

Page 4: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Begitu juga fenomena mat rempit berlaku sekarang. Cuma cara dan kegiatan mereka mengikut masa dan zaman. Mereka kini lebih ‘berani’. Jika dahulu kegiatan dijalankan untuk berlumba tetapi mat rempit sekarang berlagak hero di tengah kota. Merka menunjukkan perbagai aksi bukan saja membahayakan diri tetapi pengguna jalan raya lain. Mat rempit sekarang tidak sayangkan diri, mungkin kerana jiwa kosong. Jiwa kosong itu di isi dengan menunjukkan kehebatan menunggang motosikal. Lagi ramai menonton, lagi berani tindakan mereka. Sebenarnya golongan ini lebih mudah diselamatkan. Mereka lemah pegangan, kurang will power dan tidak pernah atau jarang menerima nasihat berbentuk motivasi.

Seperti kata Ketua Polis Trafik Persekutuan, Senior Asisten Komisioner II Nooryah Md. Anvar, mat rempit mempunyai dua perwatakan jauh berbeza kerana ketika berlumba haram, mereka langsung tidak takutkan bahaya, tetapi apabila di tahan sikap terus bertukar lembut dan tunduk malu. Berikutan itu, katanya strategi yang betul penting untuk membawa mat rempit kembali ke pangkal jalan kerana ia masalah social dan bukan hanya boleh ditangani menerusi undang-undang. Disebabkan kebanyakan mereka masih remaja, penulis berpendapat lebih sesuai diambil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), berbanding remaja lain terutama lepasan sekolah yang cemerlang dalam pelajaran. Menerusi program itu, kita boleh membentuk mat rempit menjadi generasi muda yang ada wawasan dan jati diri. Mereka boleh di bentuk memiliki cirri kepemimpinan unggul untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat, bangsa dan Negara. Kekosongan jiwa mereka boleh di isi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Mungkin selepas keluar daripada program itu jiwa dan ketahanan mental mereka lebih kuat. Sebenarnya mat rempit lebih mudah diselamatkan kerana mereka bukan penjenayah atau penagih dadah.

Berita Harian 5 November 2006 Rencana Rashid Rahaman

Page 5: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Mat Rempit-Implikasinya Mengamuk di Hospital

20 Mat Rempit bawa parang jejak ‘musuh’ berebut perempuan

- Polis lepaskan dua tembakan

Page 6: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Mat Rempit Mengamuk

GOMBAK: Suasana di perkarangan Wad Kecemasan Hospital Selayang di sini, kelam-kabut apabila sekumpulan kira-kira 20 Mat Rempit bersenjatakan parang mengamuk dengan mengejar beberapa lelaki tanpa mempedulikan kakitangan dan pengunjung hospital itu, pagi semalam.

Kumpulan Mat Rempit yang meniru lagak filem aksi Hong Kong itu seolah-olah tidak menghiraukan orang ramai yang berada di situ dengan mengejar lelaki buruan mereka menggunakan parang.

Malah, pengunjung yang ketakutan hanya mampu melihat aksi itu kerana tidak berani membantu apabila melihat tindakan Mat Rempit terbabit yang seolah-olah dirasuk hantu.

Lelaki yang dikejar itu bagaimanapun terselamat apabila kejadian itu disedari beberapa anggota polis yang bertugas di hospital berkenaan.

Melihat tindakan kumpulan lelaki terbabit bertindak keterlaluan, anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran bagi mengawal keadaan menyebabkan kumpulan Mat Rempit terbabit tersentak.

Kumpulan Mat Rempit terbabit sebelum itu bertempur dengan musuh mereka menggunakan senjata tajam dipercayai berpunca daripada perebutan perempuan hingga seorang daripada mereka koma akibat ditetak di kepala di Taman Intan Baiduri, Kepong.

Page 7: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

2 gadis habuan 7 Mat RempitTermakan ajakan bersiar-siar bawa padah

apabila diperkosa

Page 8: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Balai polis dilontar bom petrolBalai Polis Merbok ,Sungai Petani

Page 9: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Curi motosikal meningkat musim cutiDSP Lee Fook: kumpulan ini turut

menggunakan motosikal curi bagi tujuan lumba haram

Page 10: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Mat Rempit rob 5 at petrol kiosk The New Straits Times Tue, Jun 03, 2008

The New Straits Times KUALA LUMPUR: Five women were attacked and robbed by a group of Mat Rempit while refuelling at a petrol station in Jalan Travers, Bangsar, early on Saturday.

Their ordeal lasted about 20 minutes and despite their cries for help, no one came to their aid, alleged one of the victims yesterday.

M. Uma, 34, said she and four others were on the way to Puchong about 3.30am on Saturday when they stopped to refuel at a station in Jalan Travers.

"We noticed there was a group of about 15 men on eight motorcycles loitering near one of the pumps but did not suspect anything.

"One of my friends went into the station to pay for fuel and as she was walking back to the car, one of the men pushed her from the back and grabbed her mobilephone," said Uma, a customer service executive.

Two of the Mat Rempit then charged the Toyota Avanza the victims were in and attacked them. "The men had soft drink tins in their hands and poured the drinks on our faces while trying to

snatch our jewellery. "One of them opened the rear passenger door and tried reaching for my chain but got my bracelet

instead," she said. Uma claimed there were three pump attendants inside the station and several other motorists

around as they screamed for help but no one came to aid them. The Mat Rempit escaped with three mobilephones, a gold chain and a bracelet, worth a total of

about RM5,000. The victims sustained minor cuts and bruises to their hands and faces. Three police patrol cars arrived at the scene soon after and police obtained CCTV footage from the

premises. Brickfields police chief Assistant Commissioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid said there were no arrests yet. --NST

Page 11: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Motosikal yang tidak memenuhi spesipikasi JPJTiada/tidak memasang lampu hadapanTiada lampu belakangTiada/ nombor dicicirkanUbahsuai enjin/ spare partTiada cermin pandang belakang

Page 12: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Menunggang tidak mematuhi peraturan jalan rayaLanggar lampu merahMenunggang melawan arusMemotong secar a merbahaya/zig-zagTidak memakai topi keledarMenunggang secara beramai-ramaiMelebihi had lajuMembuat U-turn sesuka hati

Page 13: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Mencuri petrol dari kenderaan lain

Page 14: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Rempuh Polis/SJR KUALA TERENGGANU: Keganasan kumpulan Mat Rempit di

daerah ini dianggap sudah keterlaluan apabila mereka bukan saja tidak mempedulikan nyawa orang ramai ketika berlumba, malah sanggup merempuh dua anggota polis termasuk orang nombor dua Polis Trafik negeri, awal pagi semalam.Kejadian berlaku di dua lokasi berbeza di Wakaf Mempelam dan Jalan Sultan Mahmud di sini hingga menyebabkan Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Ismail Man, 36, patah tangan kanan dan cedera di pinggang, manakala Koperal Mohd Al Fauzi Abdullah, 27, dari Cawangan Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur, patah kaki kiri.Ismail ketika ditemui berkata, dia yang menunggang motosikal cuba menghampiri sekumpulan Mat Rempit yang menunjukkan aksi berbahaya di Wakaf Mempelam sebelum secara tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal menyebabkan dia dan seorang Mat Rempit terbabas dalam longkang.“Saya cuba menahan mereka, namun selepas dihimpit saya terjatuh, tetapi dia (Mat Rempit) sempat bangun dan melarikan diri sebelum saya dibantu rakan sepasukan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Page 15: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Pencemaran bunyi

Page 16: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Imej buruk kepada pelancong asing

Page 17: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Memahami beberapa Teori psikologi Mat Rempit.

Opportunity Theory - Diasas oleh Robert K. Merton (1971:32) dalam Hagon(2000). Menurut Merton, dalam masyarakat moden terdapat satu sistem matlamat untuk dicapai dengan cara berbeza. Peluang-peluang yang sah untuk mencapai matlamat ini tidak terbuka kepada semua. Akibatnya ada kalangan ahli masyarakat yang terpaksa menggunakan cara-cara yang tidak sah untuk mencapai matlamat tersebut.

Merton mengenal pasti lima jenis penyesuaian bagi menghadapi situasi diatas. Tiga daripada lima diatas yang didapati ada hubung kait dengan mat rempit

ialah: i) Rebellion (penentangan) - Dalam konteks mat rempit adalah golongan yang memberikan pecanggahan dan pendebatan yang mampu memaparkan sikap negatif dan juga kehendak yang berhaluan kiri dan mereka tidak gemar menerima arahan danpernyataan umum yang menentang perlakuan mereka. Jalan Penyelesaian : Mengenakan tindakan secara hukuman yang

tegas.

Page 18: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

ii) Social Learning Theory - teori ini memfokuskan kepada kawalan dan keterikatan anak-anak dengan ibu bapanya, teori pembelajaran sosial ini menekankan kepada proses bagaimana anak-anak mempelajari norma- norma kemasyarakatan. Jika mesej yang disampaikan oleh ibu bapa dan ejen-ejen yang lain adalah positif,jika anak-anak menerimanya dengan baik manakala pengaruh lain adalah sama, anak itu akan cenderung untuk membesar dengan nilai-nilai yang baik, boleh menerima nasihat. (Bandura: 1973:51).

Kesimpulannya: Secara keseluruhanya teori-teori tadi menyentuh peranan keluarga dalam menyebabkan tingkah laku, jenayah dan delinkuen khasnya dikalangan mat rempit.

Kajian lain yang ada hubung kait: i) Rimmo dan Aberg (1996): Motif utama mat rempit adalah untuk mencari keseronokkan tanpa berfikir panjang. Ianya berkait rapat dengan tingkah

laku untuk mencari keseronokkan yang sensasi (sensation seeking). Semakin kuat keinginan untuk mencari keseronokkan maka semakin rendah kawalan

dalaman.

Page 19: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

ii) Banyak kajian lepas memperlihatkan keputusan yang sama dimana faktor rakan sebaya kuat mempengaruhi kepada keterbilatan remaja dalam aktiviti berisiko tinggi ini kerana mereka mudah menerima andaian walaupun yang salah tetapi tetap dihormati. Arkes (1997:98).

iii) Pengaruh media memperlihatkan kecenderungan kepada sifat ingin berlumba. Ini selaras dengan perkembangan sukan perlumbaan motosikal dan motorkar. (Bandura dan Ross,1981). iv) Dalam perlumbaan haram, ganjaran boleh jadi hadiah material seperti wang, dadah, arak, wanita atau hadiah bukan material seperti pengiktirafan kewibawaan. Pembentukkan jenayah merupakan antisipasi diantara ganjaran dan kos. Semakin tinggi ganjaran maka semakin tinggilah tingkah laku itu akan diulangi.

v) Kajian yang dilakukan oleh Maura O’Kette (1995) menunjukkan pelaku- pelaku masalah sosial seperti ini terdiri daripada individu-individu yang mempunyai masalah dari segi personaliti, sosiologi,pelajaran dan psikologi.

Page 20: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Demografi Mat Rempit

i. Berdasarkan kajian yang mendalam dan terperinci dalam konteks melihat akan perlakuan mat rempit ini mendapati bahawa 50 % adalah terdiri daripada mereka yang berumur antara 18 tahun hingga 22 tahun, diikuti 37% yang berumur antara 23 tahun hingga 27 tahun manakala subjek yang berumur antara 28 tahun hingga 32 tahun dan 13 tahun hingga 17 tahun masing-masing dengan 11 % dan 3 %. Semakin meningkat umur mereka penglibatan semakin menurun. ii) Kebanyakkan pelumba haram berasal dari pinggir bandar dan sekitar bandar. Perlumbaan merupakan satu hiburan bagi mereka yang tidak berminat dengan aktiviti lain tambahan pula aktiviti ini menjanjikan pulangan yang menarik. Majoriti kaum terlibat 48 % Melayu, 32% Cina, 11 % India dan lain-lain Bangsa 9 %. Bagi negeri-negeri yang kecil seperti Kedah majoritinya kaum Melayu.

iii) Tahap pendidikan, yang belajar di sekolah menegah 60 % dan selebihnya tidak

berpendidikan .

Page 21: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

iv) Pendapatan diri/keluarga, kajian mendapati mereka yang berpendapatan

kurang RM600 sebulan keterlibatan seramai 43 %. RM601 - RM1000

sebulan 26 % dan melebihi RM 1000 adalah selebihnya. (Kajian

ini dilakukan di Kuala Lumpur). v) Kajian juga mendapati 92 % daripada mat rempit memiliki lesen memandu yang sah dan 8 % sahaja yang tidak mempunyai lesen memandu. vi) Jenis motosikal yang digunakan Honda 41.1%, Yamaha 36.6 %, Kawasaki 4.5 % dan lain jenis 17.9 %. vii) Kekerapan mat rempit terlibat kena saman Polis ialah tidak pernah

kena saman 45.5 %, 1 – 5 kali kena saman 45.5 % dan 6 kali keatas

9 %.

(Sumber Kajian dilakukan oleh ACP Hasannuddin Hassan SSK:2008).

Page 22: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Tindakan Yang Berkesan - hasil kajian pendapat Mat Rempit

1. Mat Rempit cadang diadakan Kaunseling (37 daripada 112 responden)

2. Takut digantung lesen (41 responden)3. Takut kena tangkap (45 responden)4. Mat Rempit minta disediakan litar khas (48 responden)5. Mengelak daripada kena saman (49 responden)

6. Mengelak daripada SJR (56 responden)7. Keberkesanan mendengar ceramah (56 responden)8. Hukuman penjara (56 responden)9. Mengelak daripada bertembung daripada peronda Polis

Trafik (62 responden)10. Takut diharam penggunaan motosikal/sita (71 responden)

Page 23: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Program mendekati Mat Rempit 1. Hasil kajian mendapati mat rempit majoriti terdiri daripada belia berumur

18-22 tahun ( Tamat persekolahan kepada proses mendapat kerja). Program : Sebelum tamat persekolahan pihak polis perlu mengadakan ceramah/pameran/kem motivasi disekolah/Pusat Giat MARA dsb.

2. Majoriti adalah terdiri belia melayu Program : i) Bekerjasama dengan Jabatan Belia mewajibkan semua Belia menjadi ahli persatuan belia. ii) Menganjurkan aktiviti sukan diperingkat kariah Masjid/taman/kampung/mukim/DUN - kesempatan itu diadakan ceramah /motivasi/pameran .

3. Sasaran kepada keluarga berpendapatan RM 600 kebawah Program : Bekerja sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Belia/Agensi Bantuan seperti Giatmara, BaitulMal, Parti-Parti Sahsiah bagi membantu anak-anak keluarga susah menjana pekerjaan.

Page 24: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

Sambungan…

4) 92% Mat Rempit mempunyai lesen memandu Program : Kembara bermotosikal anjuran Polis bersama Persatuan

awam/NGO atau program bersama jaguh pelumba motosikal negara

TINDAKAN PALING BERKESAN DAN WAJAR KEATAS MAT REMPIT

Hasil kajian mendapati Mat Rempit takut kepada tindakan yang tegas dari Polis saperti berikut:

1) Motosikal disita 2) Ditangkap dan dihukum dimahkamah 3) Mengelak dari ditahan di SJR

Sumber Hasil Kajian: 1) Keratan Akhbar/Majalah dari perpustakaan BAKA IPK Kedah 2) Internet 3) Tesis ACP Hasannuddin Hassan SSK 2008

Page 25: MAT REMPIT Kaedah Pendekatan

SEKIAN TERIMA KASIH

REMP17