tajuk 7 pendekatan dan kaedah lukisan

22
1.0 PENDEKATAN LUKISAN 1.1 Pendekatan Proses dan Produk Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian. Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif 1

Upload: neo-ling

Post on 16-Dec-2015

278 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

1.0 PENDEKATAN LUKISAN1.1 Pendekatan Proses dan ProdukPendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.1.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh Getty Center For Art Education (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh; Visual Thinking Strategies).DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni 1. Produk SeniMurid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.1. Sejarah SeniMurid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.1. Kritikan SeniMurid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni.1. EstetikaMurid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual. Seperti kedua-dua Visual Thinking Strategies (VIS) dan New Muzeum Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.

1.3 Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:(i) Pemerhatian(ii) Penerokaan(iii) Penghasilan (pembuatan)(iv) Apresiasi dan perlanjutanPemerhatian yang aktifAspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid benda yang konkrit minat, kecenderongan dan latar belakang murid bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi mencetus idea dan imaginasiInteraksi yang kritis dan kreatif dengan bahanAspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:ii. Penerokaan aktiviti kecil mudah ringkas cuba mencuba, suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid sendiri, uji menguji mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafikPenghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik tatacara, langkah dan proses membuat amalan tertib kerja keselamatan semasa bekerja penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasiliii ApresiasiAspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupa bentuk dan bentuk aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya perasaan, penghargaan dan refleksi diri penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.1.4 Pendekatan PSV KBSRPendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:Pemerhatian secara aktif:1. Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci 1. Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual1. Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia1. Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:1. Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan 1. Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah: 1. Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi1. Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:1. Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka 1. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

1.5 Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael

Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dankehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu: Mengenali diri sendiri Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka Peka tentang perasaan Memiliki konsepsi diri

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a) Pendekatan secara logik Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

(b) Pendekatan secara psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindak balas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

2.0 ASAS MELUKIS DALAM STUDIOMelukis merupakan aktiviti asas sebelum melibatkan diri dengan lebih mendalam ke bidang-bidang seni lain. Menguasai ilmu dalam bidang ini amat penting. Kemahiran melukis sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menguasai sebaik mungkin semua kemahiran termasuk melukis dalam studio.Melukis dalam studio merupakan satu kegiatan yang menuntut beberapa disiplin atau tatacara. Kerja-kerja dalam studio begitu berbeza dengan luar studio. Di dalam studio, penggunaan tertingkap tidak perlu lagi digunakan, tetapi beberapa peraturan yang perlu digunakan. Lukisan dalam studio bergantung kepada model atau setting. Lebih mudah sebagai asas, anda dinasihatkan menggunakan alat atau bahan yang mudah didapati sebagai latihan. Apabila telah mahir, boleh menggunakan model sebenar seperti manusia dan sebagainya untuk mendapatkan kemahiran ini. Latihan berterusan amat diperlukan.Penggunaan buku lakaran sebagai latihan perlu diamalkan. Ia sebagai latihan dan perlu dibawa ke mana-mana. Dengan cara ini, anda akan dapat melukis dan melakar apa sahaja di hadapan anda. Sudah tentu anda akan dapat menguasai aspek-aspek lukisan dengan lebih cekap lagi. Kebanyakan artis terkemuka menggunakan kaedah ini. Contoh latihan amali melukis dalam studio1. Penentuan Tema : Alam semulajadi2. Penentuan Tajuk : Buah-buahan3. Lokasi : Dalam kelas / studio

Langkah 1* Perhatian objek : buah-buahan dengan teliti* Buat garisan dasar titik lenyap dan garisan menegak sebagai garis panduan* Kemudian bentuk lakaran kasar bertitik geometri* Garisan kontur boleh memperlihatkan bentuk

Langkah 2* Lakarkan ton nipis dan lakarkan sedikit bayangan cahaya* Perelokkan bentuk hingga menjadi bentuk mempunyai ton* Padamkan mana-mana garisan yang tidak diperlukan lagi

Langkah 3* Peringkat akhir ialah peringkat melengkapkan subjek yang dilukis* Peringkat ini memerlukan penghasilan jalinan dan ton yang baik

.

3.0 ASAS MELUKIS DI LUAR STUDIOUntuk menghasilkan karya lukisan, penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang harus dititikberatkan. Bagi kerja-kerja studio, pengamatan akan menumpukan kepada pemokusan objek, komposisi dan susunan objek yang akan dilukis. Melukia di luar studio merupakan penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap dan melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan. Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan antaranya ialah: ruang dan objek, subjek dan latar belakang dan saiz dan kadar banding. Perkara-perkara ini adalah sebagai penilai kepada sesuatu karya.Contoh latihan melukis di luar studioLangkah 1

Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah.

Langkah 2

Mulakan dengan membuat bentuk-bentuk geometrik yang mudah. Gunakan pensil dahulu.

Langkah 3

Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek pada kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.

Langkah 4

Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah dan juga ton gelap.Langkah 5

Dengan menggunakan pen, lukis kembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. Dengan pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan gelap dalam subjek.

4.0 KAEDAH-KAEDAH MELUKIS4.1 Kaedah tetingkapTetingkap fokus biasanya dibuat daripada kertas keras ataupun mounting board berbentuk segi empat atau bentuk L.

Sebelum memulakan melukis, tentukan bahagian pilihan yang hendak dilukis. Lukisan pemandangan misalnya, memberikan kesukaran pada pelukis untuk memilih lokasinya. Untuk memudahkannya, pelukis perlu menyediakan tetingkap fokus. Tujuan tertingkap fokus ialah : Sesuai digunakan di luar atau dalam studio. Memilih objek tertentu sahaja yang hendak dilukis Mudah memilih objek yang menarik perhatian sahaja Kawalan pemerhatian tertumpu pada lokasi terpilih sahaja Tumpuan perhatian menjadi lebih berkesan terhadap lokasi.Cara membuat tertingkapSebelum memulakan lukisan, anda dinasihatkan memilih dan fokuskan apa objek yang hendak dilukis. Terlebih dahulu tentukan lokasinya, lukisan bertemakan pemandangan wajar menggunakan tertingkap. Berikut ialah cara-cara membuat tertingkap. a. Tertingkap boleh dibuat dengan menyilang kedua-dua jari penunjuk dan ibu jari tangan.b. Buatkan lubang pada sekeping kertas tebal. Tentukan ukuran yang sesuai. c. Pada kertas yang dibuat lubang itu, lekatkan(gam) benang mengikut ukuran untuk dijadikan skala.Cara menggunakan tertingkapMenggunakan tertingkap mestilah betul dan tepat. Jika penggunaannya tidak betul, maka lukisan yang dilukis juga tidak betul dan tepat. Berikut antara panduan yang boleh diikuti jika menggunakan tertingkap :a. Apabila menggunakan tertingkap, tangan mesti lurus ke hadapan, iaitu menghala ke arah lokasi.b. Tentukan perhatian anda, tumpuan perlu diberi kepada kekuatan mata anda, pastikan mata mana yang digunakan sepenuhnya. c. Kalau anda menggunakan mata kiri, tangan kiri yang memegang tertingkap perlu selari dengan arah mata tersebut.d. Jika menggunakan mata kanan, tentukan kedudukan tangan kiri yang memegang tertingkap juga selari dengan mata kanan anda. Panduan yang dinyatakan di atas amat penting supaya lukisan yang dihasilkan itu tepat dan betul pemerhatiannya. Bagaimanapun anda boleh melatih secara berterusan untuk mendapatkan ketepatan tersebut. 4.2 Kaedah tenangKaedah ini digunakan untuk mendapat kadar yang betul dan seimbang dalam lukisan. Pensil atau ibu jari digunakan bagi menanda saiz objek dalam lukisan. Mulakan dengan objek yang kecil kemudian di ikuti oleh objek yang besar. Dengan menggunakan pembaris pula, objek dapat dibaca terus melalui tanda-tanda dan dapat menganggarkan skala tepat bagi objek tersebut.

a. Memanjangkan lengan dominan (biasanya lengan kanan) dengan pensil di tangan anda.b. Letakkan ibu jari anda pada pensil sebagai tolok ( menyisipkannya ke atas dan ke bawah atau ke kiri atau kanan, bergantung kepada unit ukuran yang anda ingin bina ) .c. Cuba untuk mencari satu bahagian yang anda boleh mengukur seluruh objek. Dalam rajah di atas, kepala digunakan sebagai unit ukuran untuk menentukan panjang badan subjek. Ini dilakukan dengan menyelaraskan hujung pensil.d. Apabila anda mencari bahagian yang dapat mengukur seluruh bahagian objek, anda boleh memperincikan butiran objek lain dengan menggunakan skala yang sama ukuran.Cara memegang pensel

4.3 Kaedah gridTujuan grid digunakan adalah untuk membesarkan saiz sesuatu gambar atau imej tertentu melalui kaedah peniruan. Melalui grid, kita dapat memastikan bahawa porpotion lukisan kita menepati dan sama seperti yang asal. Gambar asal 1 cm darab 1 cm, yang dilukis 10cm darab 10 cm.Contoh latihan melukis dengan grid1. Lukiskan grid (sama ukuran sisi) pada gambar asal. Mulakan dari tengah.2. Nomborkan pada setiap grid.

Lukisan dipindahkan ke kertas lukisan dengan menggunakan kaedah grid.3. Buat grid di atas kertas lukisan dengan ukuran grid lebih besar berbanding grid di atas gambar asal tadi. Mulakan dari tengah kertas lukisan. Pastikan jumlah kotaknya sama.4. Mulakan melukis dengan meniru setiap garisan di setiap kotak. Contohnya, di kotak no 7 di gambar asal terdapat puncak menara, maka lukis puncak menara di kotak no 7 di kertas lukisan. Begitulah seterusnya sehingga lengkap sebuah lukisan seperti gambar asal.5. Masukkan bayang dan teduhan.

4.4 Kaedah pemerhatianCara menghasilkan karya yang baik dengan kaedah pemerhatian Memerhatikan objek dengan terperinci

Melukis objek sebenar

Dilarang menekap

Menguasai teknik perspektif dengan baik Digalakkan menggunakan grid untuk mendapatkan bentuk Berhati-hati semasa melukis bentuk bujur

4.5 Kaedah peniruan tekapKaedah peniruan tekap adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang paling mudah dan digemari oleh kanak-kanak. Antara bahan-bahan yang selalu digunakan ialah kertas surih,kertas karbon dan lain-lain. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk menghasilkan lukisan.

RUJUKANhttp://mccdrawing.blogspot.com/2011/01/using-your-pencil-thumb-to-find.htmlhttp://www.studentartguide.com/articles/realistic-observational-drawings

16