bml morfologi

18
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KUMPULAN EL-A04 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AHMAD ROZI B. ARIFIN D20102046182 0134466776 NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK AHMAD KHAIR B. MOHD. NOR TARIKH SERAH : 25 NOVEMBER 2012 TUGASAN : Perbandingan golongan kata dalam Tatabahasa Dewan dengan buku tatabahasa lain

Upload: aniq-danial

Post on 11-Feb-2015

694 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bml Morfologi

BML 3053

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

KUMPULAN

EL-A04

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

AHMAD ROZI B. ARIFIN D20102046182 0134466776

NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK AHMAD KHAIR B. MOHD. NOR

TARIKH SERAH : 25 NOVEMBER 2012

TUGASAN :

Perbandingan golongan kata dalam Tatabahasa Dewan dengan buku tatabahasa lain

Page 2: Bml Morfologi

PENGENALAN

Tatabahasa Dewan edisi baharu merupakan buku rujukan yang mengandungi nahu bahasa

Melayu. Tatabahasa Dewan merupakan buku rujukan yang mana inti sarinya lebih

menumpukan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.Terdapat perbezaan

ketara antara tokoh-tokoh bahasa lain seperti Asraf Abdul Wahab,Asmah Hj. Omar dan

Abdullah Hassan dengan Tatabahasa Dewan. . Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik

Safiah Karim, Farid M. Onn, Abdul Hamid Mahmood dan Hashim Musa yang

bertanggungjawab menyusun Tatabahasa menghasilkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

(2008).Walaupun terdapat perbezaan pandangan antara tokoh-tokoh bahasa ini, Tatabahasa

Dewan telah diiktiraf sebagai tatabahasa pegangan. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA

yang sepakat menjadikan Tatabahasa Dewan sebagai tatabahasa pegangan menggantikan

Pelita Bahasa Melayu.Perbezaan antara mereka ini adalah meliputi aspek golongan kata. Pada

dasarnya golongan kata mempunyai empat jenis kelompok yang asas seperti mana yang

terkandung dalam Tatabahasa Dewan edisi baharu. Antaranya Kata Nama, Kata Adjektif,

Kata Kerja dan Kata tugas.Terdapat perbezaan yang ketara dalam Pelita Bahasa jilid 1 ialah

perbezaan istilah. Hal dapat dibuktikan apabila pecahan jenis kata di bawah Kata Tugas

mempunyai perbezaan istilah yang sangat ketara. Pelita Bahasa menggelarkan Kata Tugas

sebagai diwal kata.

Pada masa yang sama terdapat perbezaan dalam pengelasan kata. Antaranya ialah kata sendi

dan kata seruan diasingkan dalam buku Pelita Bahasa tetapi dalam Tatabahasa Dewan edisi

baharu di gabungkan dalam golongan kata tugas.Kajian terhadap golongan kata ini

sebenarnya telah lama dijalankan oleh beberapa sarjana bahasa Melayu.Oleh itu kita akan

dapat melihat beberapa perbezaan pandangan dan pendapat mereka.Penggolongan kata

merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan

fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana

kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam

bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti „chameleon‟ iaitu perubahan mengikut

fungsinya dalam ayat.Perkataan ‘rumah’ adalah kata nama tetapi berubah menjadi kata kerja

dalam merumahkan mangsa kebakaran dan berubah kepada kata adjektif dalam orang rumah.

(Abdullah Hassan, 2006). Banyak lagi contoh-contoh seperti kata di atas. Justeru, kita

seharusnya mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh membezakan

mengikut kelas kata tersebut.Berikut merupakan beberapa contoh perbezaan yang golongan

kata daripada tokoh tokoh tersebut.

Page 3: Bml Morfologi

Perbandingan Golongan Kata

Tatabahasa Dewan

(2008)

Abdullah Hassan

(2006)

Zainal Abidin Ahmad

Za’ba (1940)

Asmah Hj. Omar

(2008)

Kata Nama

1.Kata Nama Khas

-hidup

i.manusia

ii.bukan manusia

-pangkal huruf besar

2.Kata Nama Am

-hidup

-tidak hidup

-abstrak

-konkrit

3.Kata Ganti Nama

-tunjuk

i)umum

ii)tempat

-diri

i)diri tanya

ii)diri orang

-pertama

-kedua

-ketiga

Kata Nama

1.Nama

-Nama Khas

-Nama Nika

2.Ganti Nama

-diri

-tanya

-penunjuk

3.Bilangan

-angka

-kuantiti

4.Penjodoh

bilangan

Kata Nama (nominals)

1.Nama Khas

(proper nouns)

2.Nama Nika

(common nounse)

3.Ganti Nama

(pronouns)

-diri

--umum

-pertanyaan

-penunjuk

Kata Nama

(nominals)

1.Nama (nouns)

2.Ganti Nama

(pronouns)

-.penunjuk

-.tanya

-.diri

i.pertama

ii.kedua

iii.ketiga

Kata nama mengikut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga(2008) ,terbahagi kepada tiga

iaitu kata Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama.Kata Nama Am

ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum

sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi

Page 4: Bml Morfologi

Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak

dan kata nama am konkrit.

Contohnya: Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.

Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.

Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama

khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya

berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu

nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata

nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan

kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).Menurut

Abdullah Hassan(2006),kata nama terbahagi kepada empat iaitu i)nama ii)ganti nama

iii)bilangan iv)penjodoh bilangan.Za’ba(1940)pula menyatakan kata nama terdiri daripada

i)nama khas

ii)nama nika

iii)ganti nama bagi diri,umum dan penunjuk

Perbandingan Golongan Kata

Tatabahasa Dewan

(2008)

Abdullah Hassan

(2006)

Asraf

(2008)

Asmah Hj. Omar

(1982)

Kata Kerja

-inti bagi binaan

atau konstruksi kata

kerja

-terbahagi kepada

dua

1.aktif

-aktif transitif

-aktif tak transitif

2.pasif

-tidak perlu

penyambut atau

objek

Kata Kerja

1.Melampau

2.Tak melampau

-dinamik

-statik

Kata kerja

-makna perbuatan atau perlakuan

-biasanya ada imbuhan

Terbahagi kepada tiga;

i)Kata kerja tak transitif

-bentuk asal

-mempunyai awalan ber..

-apitan,ber...kan

-apitan,ber...an

ii)Kata kerja transitif

-disertai objek frasa nama

Kerjaan(Verbals)

1)berfungsi sebagai

pradiket dalam ayat

i)leksikal

ii)kata kerja bantu

2.Perbuatan(verbs)

i)bangun membuat

-melampau

-tak melampau

ii)bangun kena

buat(passive)

Page 5: Bml Morfologi

-berpelengkap

-tak berpelengkap

iii)Kata kerja pasif

-berawalan ber- ,ter-

-berapitan ke..an

-asal kata kerja transitif tetapa tiada

awalan me-

-boleh mempunyai awalan per-,dan

akhiran –i,dan –kan.

2.Perbuatan Modal

(modal verbs)

3.Perbuatan aspek

(aspect verbs)

4.Sifat nama

Kata kerja,menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik SafiahKarim et. al : 2004 : 139),

kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:

i) Kata kerja transitif

ii) Kata kerja tak transitif

Kata Kerja Transitif, ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa

nama untuk melengkapkan maksudnya(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143) Kata Kerja Tak

Transitif Berpelengkap pula ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk

menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa

objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)

Kata Kerja Transitif iaitu kata kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut

Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, disebut objek

(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).

Contoh:

Page 6: Bml Morfologi

1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)

2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,

kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut

atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa

Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif

dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Contoh:

1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah

2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

- bertujuan melengkapkan maksud ayat.

Contoh:

1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif

tanpa pelengkap.

Contoh:

1. Pegawai penerangan sudah tiba.

Menurut Prof. Dr. Asmah Hj. Omar kata kerja ialah “kata yang berfungsi pada predikat

dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada kata kerja leksikal dan kata kerja bantu”. Kata kerja

merupakan perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Manakala unsur lain yang

wujud dalam binaan frasa tersebut boleh terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu dan

keterangan bagi menyempurnakan lagi atau mengindahkan lagi seseuatu ayat. Contoh:

i) Dia membaca novel cinta.

ii) Adik menangis dalam buaian

iii) Rumah besar itu dibina oleh kontraktor.

iv) Dia tiba-tiba ditelan oleh keramaian orang.

Page 7: Bml Morfologi

Dalam frasa diatas, ‘membaca’, ‘menangis’,’dibina’ dan ‘ditelan’, merupakan unsur intinya,

iaitu unsur yang wajib ada dalam binaan ayat tersebut. Jika unsur atau inti tersebut tiada,

ayat-ayat tersebut tidak akan berfungsi atau bermakna.

Contoh: balik,bangkit, bersin

a. Berawalan ber-..- dikenali sebagai kata kerja bentuk terbitan

Contoh: berasal, beroda, belajar

b. Berapitan ber...kan

Contoh: beralaskan, berdasarkan

c. Berapitan ber...an

Contoh: bercucuran, berdekatan

Kata kerja Transitif mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas

sebagai predikat ayat.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Terbahagi

kepada beberapa bentuk iaitu:

a. Berawalan me-... Contohnya : melukis, membeli

b. Berapitan me..kan Contohnya: mengajarkan,membelikan

c. Berapitan me..i Contohnya: membasahi, mendekati

d. Berawalan rangkap memper- Contohnya : memperalat, memperolehi

e. Berapitan memper...kan Contohnya: memperhatikan, mempersatukan

f. Berapitan memper...i

Kata kerja pasif berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak lagi berawalan me-Kata

kerja pasif boleh berawalan per- serta berakhiran -i dan berakhiran-kan.Kata kerja pasif juga

boleh berawalan ber-, ter-, berapitan ke...an.

Contohnya: ambil,atasi,berikan,percepat,peringati,perhatikan

Satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang terdiri daripada kata kerja pasif serta

kata bantu kena.

Contohnya: kena curi, kena pukul

Page 8: Bml Morfologi

Asraf (2008) menyatakan kata adjektif dikenali sebagai kata sifat iaitu kata yang

menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.

Contoh kata adjektif:

- Adil, aman,damai,indah,jahat,lambat,hina dan sebagainya.

- Ada juga kata adjektif yang berawalan ter-. Misalnya: terdekat, tertinggi.

- Kata adjektif disertai kata keterangan amat, paling dan bertugas sebagai kata penguat.

Kata Penguat

- Sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga iaitu:

a. Penguat depan. Contohnya: agak, begitu, lebih, paling

b. Penguat belakang. Contohnya: benar, betul, nian.

Penguat bebas. Contohnya amat, sangat, sungguh

Perbandingan Golongan Kata

Tata Bahasa

Dewan

(2008)

Abdullah Hassan

(2006)

Zainal Abidin Ahmad

Za’ba (1940)

Asraf

(2008)

Kata Adjektif

-dikenali kata

sifat

1.sifat/keadaan

2.warna

3.ukuran

4.bentuk

5.pancaindera

6.waktu

7.cara

8.perasaan

9.jarak

Kata Adjektif

1.keadaan

2.dinamik

Sifat(adjectivals

adverbials)

1.Sifat nama(adjectives)

2.Sifat kata(adverbs)

Kata Adjektif

-kata sifat

-menerangkan keadaan atau

sifat sesuatu benda

-sesetengahnya digabungkan

bersama kata keterangan dan

kata penguat

Page 9: Bml Morfologi

Perbandingan Golongan Kata

Tatabahasa Dewan

(2008)

Abdullah Hassan

(2006)

Asraf

(2008)

Asmah Hj. Omar

(2008)

Kata Tugas

-bersifat pelbagai jenis

-tidak boleh menjadi

unsur inti frasa

1.Kata penyambung

ayat.

2.Kata praklausa

Kata Tugas

1.Positif

2.Negatif

3.Kata Depan

Kata Tugas

-terbahagi kepada

lima.

*lihat huraian di

bawah

Kata Tugas

1.Kata Penuh

(fullwords)

-positif

-negatif

-tanya

2.Partikel

-kata depan

-tanya

-tanda klausa

-tanda sifat nama

-berbalas

-penegasan

-pembentuk nama

Nik Safiah Karim (2008)

- Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat

pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa- frasa endosentrik.

Frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

- Kata tugas dalam dikelompokkan kepada empat kelompok yang berikut:

1. Kata penyambung ayat

- Ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan

ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat

majmuk.

a. Kata hubung

- Kata hubung gabungan ( jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang

sama tara sifatnya.

Page 10: Bml Morfologi

Contoh: dan lalu, serta, sambil.

- Kata hubung pancangan ( Jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau

klausa pancangan pada klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

Kata hubung pancangan terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a. Keterangan

- berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

b. Komplemen

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa

utama.

c. Relatif

- Berfungsi menghubungkan klausa utama denagn klausa kecil yang lain.

1. Kata praklausa

- Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, yang terdiri daripada:

a. Kata seru

= Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat

seruan. Contohnya: aduh, aduhai,ah, wahai, wah.

b. Kata tanya

= Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Contohnya:

mengapa, bila,apa dan mana.

Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa

utama.

c. Relatif

- Berfungsi menghubungkan klausa utama denagn klausa kecil yang lain.

1. Kata praklausa

- Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, yang terdiri daripada:

a. Kata seru

= Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat

seruan. Contohnya: aduh, aduhai,ah, wahai, wah.

b. Kata tanya

Page 11: Bml Morfologi

= Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.

Contohnya: mengapa, bila,apa dan mana.

c. Kata perintah

= Bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan

atau permintaan.

d. Kata pembenar

= Bertujuan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.

e. Kata pangkal ayat

= Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat

dalam wacana.

1. Kata prafrasa dan pascafrasa

- Sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah empat frasa tersebut.

a. Kata bantu ( sebelum frasa ) Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja,

frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek

waktu atau ragam. Kata bantu dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu :

- Kata bantu aspek. Menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau masa

kini atau masa hadapan.

- Kata bantu ragam. Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan

yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.

i). Kata penguat- Perkataan yang mendahului atau mengikut frasa atau kata adjektif dan

berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.

- Ada 3 jenis kata penguat:

a. Kata penguat hadapan- perkataan yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif.

b. Kata penguat belakang- Perkataan yang terletak di belakang frasa atau kata adjektif.

c. Kata penguat bebas- perkataan yang terletak di hadapan ataupun di belakang frasa atau

adjektif.

i. Kata penegas- Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-

bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat 2 jenis kata penegas iaitu:

- Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.

Page 12: Bml Morfologi

- Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu subjek dan predikat.

ii. Kata nafi – perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat.

- Kata hubung pancangan iaitu kata yang digunakan untuk memancangkan satu klausa

yang lain untuk membentuk ayat pancangan. Contoh: agar,andaikata,apabila,bahawa,hingga,

tatkala.

- Kata hubung berpasangan iaitu kata yang digunakan secara berpasangan dalam bentuk

ayat majmuk gabungan juga. Contohnya: baik, mahupun, bukan sahaja, tetapi juga, kian.

A). Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seperti geram, hairan,

marah, sakit,takut.

- Digunakan untuk membentuk ayat-ayat yang dikenal sebagai ayat seruan. Contohnya- aduh,

ah, cis,ah, eh,oh, wah,wahai.

B). Kata sandang dikenali sebagai kata penyerta merupakan partikel yang tidak mempunyai

erti serta tidak dapat berdiri sendiri.

- Mempunyai tugas yang penting untuk menentukan makna dalam ayat. Contoh ialah nya,

sang, si, yang.

Perbandingan Kata Ganti Nama Diri

Tata Bahasa Dewan

(2010)

Ahmad Khir Mohd

Noor(2007)

Arbak Othman

(1985)

Asraf Abdul Waahab

(2008)

Kata Ganti Nama

Diri

Ada 2 golongan

1.kata ganti nama

diri tanya

siapa,apa,mana

2.kata ganti nama

diri orang;

a.kata ganti nama

pertama

b.kata ganti nama

Kata Ganti Nama

Diri

Hanya ada 3 bentuk

sahaja.

a.kata ganti nama

pertama

b.kata ganti nama kedua

c.kata ganti nama diri

ketiga

Kata Ganti Nama

Diri

Hanya ada 3

bentuk sahaja.

a.kata ganti nama

pertama

b.kata ganti nama

kedua

Kata Ganti Nama Diri

Hanya ada 3 bentuk

sahaja.

a.kata ganti nama

pertama

b.kata ganti nama kedua

c.kata ganti nama diri

ketiga

Page 13: Bml Morfologi

kedua

c.kata ganti nama

diri ketiga

c.kata ganti nama

diri ketiga

Perbandingan Kata Kerja

Tata Bahasa Dewan

(2010)

Asmah Hj. Omar

(1982)

Liaw Yock

Fang&Abdullah

Hassan(1998)

Asraf Abdul Waahab

(2008)

-inti bagi binaan kata

kerja

Terbahagi kepada 2;

1.kata kerja transitif

2.kata kerja tak transitif

-berfungsi pada

prediket ayat

Terbahagi kepada 2

1.leksikal

2.bantu

-kata kerja sederhana

tidak berimbuhan

-kata kerjat terbitan

-kata yang menyatakan

makna atau perbuatan

-umumnya ditandai

dengan imbuhan

ber-...,me....kan, ...an

-terbahagi kepada 3

1.kata kerja tak transitif

2.kata kerja transitif

3.kata kerja pasif

Tatabahasa Dewan (2008),menyatakankata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi

binaan atau konstruksi frasa kerja.Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu:

a. Kata kerja aktif

- Kata kerja aktif tak transitif

- Kata kerja aktif transitif

b. Kata kerja pasif

Page 14: Bml Morfologi

Kata kerja aktif tak transitif tidak boleh memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

Kata kerja aktif tak transitif dibahagi kepada subgolongan iaitu:

a. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

- Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.

Contoh: semua orang pulang.

b. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

- Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Contoh: keadaan bapanya beransur baik.

Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa

nama untuk melengkapkan maksudnya.

Contoh:

Saya telah menjawab surat itu.

Kami membaiki kereta itu.

Kata kerja pasif adalah hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi

ayat pasif.

Contoh:

Surat itu telah saya jawab

Kereta itu telah kami baiki.

Asraf (2008)pula menyatakan,Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau

perlakuan.Umumnya kata kerja ditandai dengan imbuhan-imbuhan

seperti;ber...,ber...an,ber...kan,me...kan

- Kata kerja terbahagi kepada tiga iaitu:

a. Kata kerja tak transitif

b. Kata kerja transitif

c. Kata kerja pasif

Kata kerja tak transitif terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:

a. Asal – merupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan

Contoh: balik,bangkit, bersin

b. Berawalan ber-..- dikenali sebagai kata kerja bentuk terbitan

Contoh: berasal, beroda, belajar

Page 15: Bml Morfologi

c. Berapitan ber...kan

Contoh: beralaskan, berdasarkan

d. Berapitan ber...an

Contoh: bercucuran, berdekatan

Kata kerja Transitif ialahKata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang

dapat bertugas sebagai predikat ayat.

- Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.

- Terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:

a. Berawalan me-... Contohnya : melukis, membeli

b. Berapitan me..kan Contohnya: mengajarkan,membelikan

c. Berapitan me..i Contohnya: membasahi, mendekati

d. Berawalan rangkap memper- Contohnya : memperalat, memperolehi

e. Berapitan memper...kan Contohnya: memperhatikan, mempersatukan

f. Berapitan memper...i

Kata kerja pasif adalah Kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak

lagi berawalan me-.

- Kata kerja pasif boleh berawalan per-serta berakhiran-i dan berakhiran-kan.

- Kata kerja pasif berawalan ber-, ter-, berapitan ke...an.

Contohnya: ambil,atasi,berikan,percepat,peringati,perhatikan

-Satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang terdiri daripada kata kerja pasif

serta kata bantu kena.

Contohnya: kena curi, kena pukul

Page 16: Bml Morfologi

Rujukan

Arbak Othman (1980). Pengantar Teori Sintaksis. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana

Sdn. Bhd.

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2004). Teori Linguistik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Haji Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Publishing Sdn. Bhd.

Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:

Sasbadi Sdn. Bhd.

Asraf Wahab (1988). Intonasi Dalam Hubungan Dengan Sintaksis Bahasa Melayu.

Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood

(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nor Arbak Othman (1984). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana

Sdn. Bhd

Page 17: Bml Morfologi
Page 18: Bml Morfologi

.