bml 6044tugasan 2013

4
BML 6044 KAJIAN WACANA BAHASA MELAYU Tugasan 1. Format Kulit Perlu mempunyai ciri yang berikut: (a) Tajuk (b) Kod Kursus dan Nama Kursus (c) Nama Pelajar dan No. Matriks (d) Nama Jabatan (e) Nama Pensyarah (Catatan: warna kulit hendaklah cerah) 2. Format Slip Perlu mempunyai ciri yang berikut: (a) Kod Kursus dan Nama Kursus (b) Nama Pelajar (c) No. Matriks (Selain nombor, tulis dalam perkataan) (d) Nama Jabatan (e) Markah : 30 Catatan: Saiz slip 1/3 daripada kertas A4. Setiap pelajar satu slip. Markah ditulis pada penjuru 1

Upload: hakimyboboy

Post on 16-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

soalan tugasan

TRANSCRIPT

MML 815

BML 6044KAJIAN WACANA BAHASA MELAYUTugasan

1. Format Kulit

Perlu mempunyai ciri yang berikut:

(a) Tajuk

(b) Kod Kursus dan Nama Kursus

(c) Nama Pelajar dan No. Matriks

(d)Nama Jabatan

(e)Nama Pensyarah

(Catatan: warna kulit hendaklah cerah)

2. Format Slip

Perlu mempunyai ciri yang berikut:

(a) Kod Kursus dan Nama Kursus

(b)Nama Pelajar

(c)No. Matriks

(Selain nombor, tulis dalam perkataan)

(d) Nama Jabatan

(e) Markah : 30 Catatan: Saiz slip 1/3 daripada kertas A4. Setiap pelajar satu slip. Markah ditulis pada penjuru atas sebelah kanan slip. Yang tiada slip akan ditolak satu markah.

3. Butiran Tugasan

(a) Tajuk: Tautan dan Struktur Tema dalam Analisis Wacana Bahasa Melayu.

(b)Bilangan Halaman: 30 halaman, tidak termasuk nota hujung, bibliografi dan lampiran.

(c)Ditaip dengan langkau dua, fon 12 Arial pada kertas A4.

(d)Diserahkan selewat-lewatnya minggu ke-11. Sebanyak satu markah akan ditolak jika lewat.

(e) Pelajar dikehendaki membuat tugasan.

4. Format Penulisan

(a) Pendahuluan: Dalam tiga atau empat ayat tentang apa dan bagaimana.

(b) Latar Belakang: Tentang kajian yang dilakukan sebelum ini. Kajian tersebut hanya yang melibatkan bahasa Melayu.

(c) Tujuan: Dua atau tiga. Jika ada perbandingan, barulah tiga.

(d) Bidang: Kajian ini melibatkan aspek kajian wacana. (e) Bahan: Semua aspek yang dikaji melibatkan bahan penggunaan bahasa dalam bahasa Melayu. Bahan ini boleh berupa rakaman lisan, surat khabar, novel, cerpen dan bahan bertulis yang lain. Boleh lebih daripada satu bahan jika dalam tujuan melibatkan perbandingan dalam sesuatu aspek yang dipilih. Bahan sejak Januari 2013.(f) Kaedah: Kajian ini perlu berdasarkan kuantitatif dan tafsiran. Kuantitatif di sini merujuk kepada analisis dari segi bilangan unsur dan peratusan. Tafsiran pula melihat hasil analisis kuantitatif dengan memberikan kewajaran atau alasan berlakunya fenomena tersebut.

(g) Konsep: Terdapat konsep penting yang digunakan dalam tugasan. Konsep ini perlu didefinisikan untuk keperluan tugasan tersebut. Definisi itu perlu dengan perkataan sendiri, bukan secara memetik.

(h) Analisis: Dapatan daripada analisis sepenuhnya dalam Lampiran I akan digunakan dalam bahagian analisis ini. Contoh perlu representatif, selebih-lebihnya empat contoh untuk sesuatu penjelasan aspek atau subaspek.

(i) Tafsiran: Tidak semua dapatan dalam analisis diberi tafsiran. Ertinya, dapatan yang tertentu sahaja yang dipilih untuk ditafsirkan.

(j) Penutup: Bahagian ini memuatkan tujuan secara ringkas sama ada tercapai atau sebaliknya tujuan di atas. Selain itu, dimasukkan dapatan dan tafsiran secara ringkas. Kajian lanjutan dicadangkan dalam bahagian ini sama ada dari segi penumpuan yang lebih luas pada data yang sama genre atau pada genre yang berlainan.

(k)Nota Hujung: Masukkan jika perlu. Nota ini merupakan penjelasan yang mungkin mengganggu kelancaran idea jika dimasukkan ke dalam isi.

(l)Bibliografi: Perlu ada. Pastikan formatnya seragam. Seboleh mungkin, gunakan Gaya Dewan.

(m)Lampiran I: Lampiran ini memuatkan analisis sepenuhnya terhadap bahan yang dipilih.

(o) Lampiran II: Bahan yang menjadi kajian tugasan difotostat atau dirakam dan ditranskripsikan dan dilekatkan pada bahagian ini. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan pemberian markah. PAGE 1