159_buku konsep transformasi 2013-2020 julai 2013

27
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025 Transformasi Asrama Harian 2013 - 2020 JULAI 2013

Upload: khairul-afzal

Post on 29-Dec-2015

105 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ttt

TRANSCRIPT

Page 1: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025

Transformasi

Asrama Harian

2013 - 2020 JULAI 2013

Page 2: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

� Ringkasan Eksekutif ………………………………..

0 2

� Pengenalan …………………………………………….

0 3

� Latarbelakang ………………………………………..

0 4

� Info Semasa ……………………………………………

0 5

� Matlamat & Objektif ………………………………

0 6

� Fokus Transformasi ………………………………..

0 6

� Transformasi Asrama Mendukung 5 Aspirasi Sistem PPPM 2013 – 2025 ……………………………………….

0 7

� Aspirasi Murid Dalam Konteks Transformasi Asrama Harian ……………………………………… .

0 8

� Pendekatan & Anjakan

� Anjakan 1 : Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa ……………………….

0 9

� Anjakan 2 : Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris ……………………………………….

0 9

� Anjakan 3 : Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Menghayati Nilai ………………………………………………………………………………….

1 0

� Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah ……………………………………………..

1 0

� Anjakan 6 : Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan ………..

1 1

� Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pengajaran di Malaysia …………………………………………………….

1 1

� Anjakan 9 : Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas ……………………………………………..

1 2

� Anjakan 10 : Memaksima Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit ………………………………………………………………………………..

1 2

� Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ……………….

1 3

� Impak ……………………………………………………

1 4� Fasa Pelaksanaan ( 2013 – 2020 ) ………….

1 5

� Senarai Inisiatif 4 Fokus Transformasi ….. 1 6

Exsibit ………….

1 7 – 2 5Pasukan Penggubal … … … … . 2 6

Kandungan

Page 3: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelaksanaan Transformasi ini dilihat impak dan kejayaannya

melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan

berdasarkan Aspirasi Sistem iaitu AKSES (Peningkatan Enrolmen

Murid Asrama), KUALITI (Peningkatan Gred Purata Asrama dalam

Peperiksaan Awam (UPSR & SPM), Penurunan Bilangan Murid

Terlibat Buli Di Asrama & Kebitaraan Asrama Dalam

Kokurikulum/Sukan) dan EKUITI (Meningkatkan Bilangan Asrama

Band 1 & 2).

Impak yang dihasratkan terutamanya kepada murid, guru,

sekolah/asrama dan ibu bapa yang membolehkan matlamat

transformasi untuk menjadikan ASRAMA SEBAGAI KEDIAMAN

YANG MENJAMIN KEJAYAAN MURID dapat dicapai.

Transformasi Asrama Harian 2013 – 2020 dilaksanakan

dalam 4 fasa ( Gelombang 1 dan 2 PPPM ) iaitu Fasa 1 (Jan-Mei

2013), Fasa 2 (Julai-Disember 2013), fasa 3 (2014-2015) dan Fasa 4

(2016-2020).

Bagi tujuan penyeragaman, satu Pelan Strategik, Taktikal

dan Operasi telah disediakan sebagai panduan kepada asrama

sekolah untuk penyediaan perancangan dan penetapan sasaran

khusus bagi setiap sekolah berasrama.

Kertas Konsep Transformasi Asrama Harian telah

dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Bil 4/2012 pada 12 Julai 2012

di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, selaras dengan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) yang telah

dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September

2012, beberapa aspek inisiatif dan pelaksanaan telah dibuat

penambahbaikan untuk mengambilkira dan diselaraskan dengan

pelaksanaan PPPM.

Transformasi Asrama Harian ini seterusnya telah dilabelkan

sebagai Inisiatif Sedia Ada, BPSH dalam Pelaksanaan PPPM 2013 –

2025 peringkat KPM. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan

Pendidikan (KPPM) Bil. 6/2012 pada 06 – 08 November di Kelantan

memutuskan Transformasi Asrama Harian dilaksanakan mulai 2013.

Transformasi Asrama Harian memberikan fokus kepada 4

bidang utama iaitu Pengurusan & Pentadbiran Asrama, Penjanaan

Kejayaan Akademik, Penjanaan Sahsiah & Disiplin Murid dan

Penjanaan Kebitaraan Asrama dalam Kokurikulum dan Sukan.

Keempat-empat bidang ini dirangka menggunakan kerangka

Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid yang digariskan dalam PPPM

2012 – 2025 agar pelaksanaan Transformasi ini selari dan

menyokong hasrat PPPM.

Transformasi Asrama Harian menggunakan Tema

“KEMENJADIAN MURID ASRAMA TANGGUNGJAWAB BERSAMA” ini

turut mengambil kira 8 daripada 11 anjakan PPPM dalam

menggerakkan Transformasi ini agar impak yang dihasratkan dalam

Transformasi dan PPPM dapat dicapai.

Page 4: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge3

Info : Sehingga 31 Disember 2012, KPM mempunyai 1,450 buah

asrama harian : 703 Asrama Sekolah Rendah & 747 Asrama

Sekolah Menengah

Bilangan Murid Asrama:

Sekolah Rendah 53,788 orang

Sekolah Menengah 186,227 orang

240,015 orang

murid

PENGENALAN

Sarana ibu bapa dalam inisiatif Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta

yang merupakan salah satu inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) menyatakan penglibatan Ibu

bapa dan komuniti dalam pendidikan anak membawa perubahan ketara

kepada kejayaan. Turut dinyatakan 52% kegunaan masa murid

dihabiskan di rumah dan dalam komuniti berbanding 15% masa

dihabiskan di sekolah.

SEKOLAH (15%)

TIDUR (33%)

RUMAH & KOMUNITI

(52%)

Keadaan ini berbeza pula bagi murid yang menghuni asrama di sekolah.

Berbanding 52% murid yang tidak duduk di asrama menghabiskan masa

di rumah dan komuniti, hanya 23% masa seorang murid dihabiskan di

rumah dan komuniti, manakala 29% masa lagi dihabiskan di asrama.

SEKOLAH (15%)

TIDUR (33%)

RUMAH & KOMUNITI

(23%)

ASRAMA (29%)

Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa murid asrama

menghabiskan lebih masa mereka di asrama berbanding

sekolah, rumah dan komuniti. Peranan ibu bapa dan kasih

sayang serta perhatian yang seharusnya diterima oleh murid di

rumah telah dipertanggungjawabkan kepada sekolah dan

asrama untuk pengisian dalam 29% masa murid di asrama.

Peranan dan tanggungjawab sebagai “ ibu bapa “ di asrama

perlu digalas bersama oleh pengurusan sekolah, asrama dan

warden demi memastikan pembangunan diri murid asrama

tidak terabai.

Ke g u n a a n m a s a m u r i d b e r u m u r 7- 1 6 t a h u n b e r d a s a r k a n 4 2 m i n g g u d i s e ko l a hd a n p u r a t a 5. 5 j a m d i s e ko l a h s e t i a p h a r i, 2 j a m m a s a ko k u r i k u l u m w a j i bs e m i n g g u d a n m a s a t i d u r 8 j a m s e h a r i.•

M a s a m u r i d d i a s r a m a b e r d a s a r k a n 2 5 0 h a r i s e t a h u n d a n p u r a t a 1 0. 5 j a ms e h a r i ( s e t e l a h d i to l a k 1 5 % m a s a d i s e ko l a h d a n 3 3 % m a s a t i d u r ).

Page 5: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge4

Asas penubuhan asrama adalah berdasarkan kepada Akta

Pelajaran 1996, Bahagian IV, Bab 12, Seksyen 64 & 66 –

Penyediaan Kemudahan & Perkhidmatan. Matlamat asal ialah

untuk memastikan murid – murid yang tinggal di luar bandar

dan murid yang tinggal jauh dari sekolah dapat bersekolah, tidak

tercicir dan mendapat manfaat apabila tinggal di asrama

sekolah.

Namun begitu, minat murid untuk tinggal di asrama semakin

berkurangan. Pada tahun 2012, daripada 310,469 tempat di

asrama, hanya 240,015 sahaja yang dipenuhi (77.3%) manakala

70,454 tempat (22.7%) masih kosong.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keadaan ini

berlaku, antaranya ialah kerana kepesatan pembangunan

khususnya dalam aspek pengangkutan dan perhubungan

menjadikan masalah jarak jauh dapat diatasi oleh ibu bapa.

Selain itu, peningkatan taraf hidup dan ekonomi keluarga

menyebabkan kemudahan di rumah menjadi lebih baik

berbanding di asrama dan ini mendorong kepada kurangnya

minat murid untuk tinggal di asrama.

Kemudahan dan peruntukan yang terhad di asrama menyebabkan aktiviti

murid di asrama tidak dapat menarik minat murid untuk tinggal di asrama.

29% masa murid yang tinggal di asrama tidak dipenuhi dengan aktiviti yang

boleh merangsang peningkatan minat dan peningkatan pencapaian murid di

asrama.

Selain faktor luaran yang dinyatakan, terdapat beberapa isu yang perlu

ditangani dalam Transformasi Asrama Harian , antaranya ialah peranan

pentadbir dan guru tidak menyeluruh dalam membangunkan potensi murid di

asrama. Tugas pembangunan diri murid asrama lebih bertumpu kepada

peranan warden dan penyelia asrama. Nisbah 50 murid 1 warden

menyebabkan amalan

I n Lo co Pa r e n t is tidak dapat berjalan dengan berkesan

kerana kurang personel yang melaksanakan peranan sebagai ibu bapa di

asrama.

Latihan secara formal kurang diberikan kepada personel yang terlibat dalam

pengurusan asrama termasuk Pengetua dan Guru Besar terutama kepada yang

baharu menyebabkan mereka melaksanakan tugas hanya berdasarkan

pengalaman dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan.

Iklim tugas dan prasarana tempat tinggal juga tidak menarik minat guru – guru

untuk menjadi warden asrama. Rumah warden juga tidak selesa dan

menyebabkan warden tidak berminat untuk tinggal di asrama. Prasarana yang

tidak selesa dan tidak sempurna adalah tidak selaras dengan potongan elaun –

elaun yang diterima oleh warden. Keadaan ini telah menyebabkan jawatan dan

personel warden sering silih berganti dan tidak dapat membantu mengekalkan

minat guru untuk terus menjadi warden. Hal ini seterusnya menyebabkan

kompetensi warden dalam mengurus asrama tidak dapat ditingkatkan.

Pada tahun 2012, jumlah murid di asrama adalah seramai 240,015 orang.

Jumlah warden pula adalah seramai 4,339 orang. Bilik warden sedia ada hanya

mampu menampung bilangan warden seramai 1,680 orang (38.72%). Daripada

jumlah bilik sedia ada, seramai 1,399 orang warden menggunakan

Latar Belakang

Page 6: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge5

Info : Peratus Murid Di Asrama Harian Berasaskan Kepada 5 Kriteria

Utama Kemasukan Ke Asrama

KRITERIA KEMASUKAN:

Jarak Jauh Dari Rumah 55.5 %

Kecemerlangan Akademik 26.2 %

Kemiskinan 12.4 %

Kes Khas 3.4 %

Kecemerlangan Kokurikulum 2.4 %

Jarak Jauh Dari

Rumah 55.5%

Info : Sehingga 31 Januari 2013, KPM telah membuat Penarafan kepada

semua asrama harian: 703 Asrama Sekolah Rendah & 747 Asrama

Sekolah Menengah

BAND Asrama:

Band 1 & 2 366 buah asrama

Band 3, 4 & 5 795 buah asrama

Band 6 & 7 289 buah asrama

1,450 buah

asrama

Info : Sehingga 31 Disember 2012, KPM mempunyai 310,469 tempat di

asrama harian di seluruh negara dan hanya 240,015 sahaja yang

dipenuhi.

Bilangan Kekosongan:

Sekolah Rendah 72,839 Tempat

Sekolah Menengah 237,630Tempat

70,454

Kekosongan

Info : Purata Peratus Lulus Murid Asrama Dalam Peperiksaan Awam Dari

Tahun 2008 hingga 2011

PEPERIKSAAN AWAM:

UPSR 56.02 %

PMR 76.8 %

SPM 86.2 %

STPM 86.4 %

Nota :

5 4 3 A s r a m a S e ko l a hR e n d a h a d a l a h Te r l e t a k d iP e d a l a m a n i a i t u 4 9 0 d iS a r a w a k & 5 3 d i S a b a h

Info : Sehingga 31 Disember 2012, KPM mempunyai 3 personel yang

menguruskan asrama : i) Warden ii) Penyelia Asrama

iii) Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Bilangan Kekosongan:

Warden 4,339 Orang

Penyelia Asrama 1,895 Orang

PPM 1,949 Orang

8,183 Orang

Kakitangan

Info : Perbandingan Prestasi Lulus Murid Asrama Berbanding Murid

Harian di Sekolah-Sekolah Berasrama Dalam Peperiksaan Awam

2010

MURID ASRAMA BUKAN MURID ASRAMA

UPSR ( 61.28 % ) - UPSR ( 57.1 % )

PMR ( 82.0 % ) - PMR ( 66.6 % )

SPM ( 96.9 % ) - SPM ( 91.1 % )

STPM ( 92.3 % ) - STPM ( 93.5 % )

Info Semasa

Page 7: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge6

Pengurusan dan Pentadbiran Asrama Harian Fokus ini menekankan kepada sifat kepedulian pihak pengurusan dan

pentadbiran sekolah dan Asrama Harian dengan merancang, menyedia dan

melaksanakan program, aktiviti, kemudahan prasarana, iklim dan suasana

kondusif Asrama Harian yang boleh memberi jaminan terhadap cita-cita

kecemerlangan, keselamatan dan kebajikan penghuninya berteraskan amalan

dan budaya yang bersifat penyayang dan mesra dalam pengurusan dan

pentadbiran di Asrama Harian;

Penjanaan Kejayaan Akademik Penekanan kepada penjanaan kejayaan akademik penghuni melalui

perancangan dan pelaksanaan aktiviti akademik dengan lebih berfokus dengan

penglibatan semua guru.

Penjanaan Kecemerlangan Sahsiah dan Disiplin Fokus ini menekankan kepada perancangan dan pelaksanaan aktiviti

Asrama Harian yang boleh menjana pembangunan dan kecemerlangan sahsiah

dan disiplin penghuninya.

Penjanaan Kejayaan Kokurikulum dan Sukan Fokus ini menekankan kepada perancangan dan pelaksanaan aktiviti Asrama

Harian yang boleh menjana kecemerlangan kokurikulum dan sukan

penghuninya.

Fokus Transformasi

Matlamat

Matlamat Transformasi Asrama Harian ialah

untuk menjadikan ASRAMA SEBAGAI KEDIAMAN

YANG MENJAMIN KEJAYAAN MURID.

Kejayaan murid yang disasarkan adalah

berdasarkan kepada bakat dan potensi murid

serta kebitaraan asrama yang dihuni.

Objektif � Meningkatkan kualiti keselamatan dan kebajikan

penghuni asrama agar mereka merasa terjamin

untuk mencapai cita – cita kejayaan.

� Mewujudkan aktiviti, suasana, dan iklim di asrama

yang boleh membantu penghuninya

mengembangkan potensi dan bakat kendiri, serta

menjana kemahiran diri

� Meningkatkan komitmen pengurusan asrama dan

pengurusan sekolah terhadap Asrama Harian

dengan mengamalkan sifat kepedulian

( ca r e a n dco n c e r n )

terhadap setiap perkara yang berkaitan

dengan penghuninya.

� Meningkatkan penglibatan ibu bapa bersama

anak – anak dan mengambil tindakan yang

sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan

pada masa hadapan.

Page 8: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge7

TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN

dihasratkan sebagai salah satu sarana dalam

mendokong pelaksanaan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –

2025 untuk membantu dalam mencapai

aspirasi sistem yang terdiri daripada Akses,

Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.

Pelaksanaan Transformasi Asrama Harian

secara bersama dan bersepadu dengan

tema “ Kemenjadian Murid Asrama

Tanggungjawab Bersama “ diharapkan

dapat memperlihatkan perubahan lebih

baik kepada murid-murid asrama harian.

Akses Asrama yang mempunyai kemudahan dan prasarana yang kondusif menyediakan ruang, tempat dan

merupakan program sokongan kepada pelaksanaan PPPM dalam memastikan 100% enrolmen

mengikut potensi murid asrama merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga

menengah atas.

Kualiti Semua murid asrama akan berpeluang mencapai kejayaan mengikut potensi masing – masing melalui

program dan aktiviti yang dirangka dan dilaksanakan di asrama, seterusnya membantu meletakkan

Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.

Ekuiti Kemudahan infastruktur yang kondusif dan diurus dengan cekap dijamin dapat membantu

merapatkan jurang pendidikan antara murid bandar dan luar bandar, tanpa mengira kedudukan

geografi, jantina, atau latar belakang sosio ekonomi

Perpaduan Murid asrama yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan hampir 29% kehidupan seharian

mereka di asrama. Oleh itu, asrama berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan

murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang, sosioekonomi, geografi,

agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, satu

perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjana satu

sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid, berkongsi pengalaman dan aspirasi demi

membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Kecekapan Pengurusan asrama telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid

tidak setanding dengan sumber yang disalurkan kepada pengurusan asrama. Kementerian berhasrat

untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

Transformasi Asrama Mendukung 5 Aspirasi

Sistem PPPM 2013 - 2025

Page 9: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge8

Bagi melahirkan murid asrama yang berketerampilan secara

seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek,

Transformasi Asrama Harian akan terus menggunakan semangat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan

seimbang (JERI). Perancangan Transformasi Asrama Harian adalah

menjurus kepada aspirasi yang dihasrat dalam PPPM.

Pengetahuan Murid asrama perlu mengetahui potensi diri masing – masing. Ini

dapat dikesan melalui Inventori Minat Kerjaya. Keputusan inventori

dapat digunakan untuk menjuruskan murid asrama berdasar kepada

minat masing – masing. Selain itu, murid perlu ditekankan dengan

pengetahuan asas agama dan pendidikan moral. Murid asrama juga

digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang lain

seperti seni, muzik, dan sukan.

Kemahiran Berfikir Aspek kemahiran berfikir turut dimasukkan ke dalam Transformasi

Asrama Harian dalam usaha menerapkan amalan pembelajaran

sepanjang hayat bagi membolehkan murid menghubungkan

pelbagai disiplin ilmu.

Kemahiran Memimpin Asrama merupakan tempat yang paling sesuai untuk murid mempelajari

dan mempraktikkan kemahiran memimpin. Justeru itu, program yang

dirangka perlu memberi perhatian bagi mewujudkan peluang yang formal

dan tidak formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri – ciri

kepimpinan.

Profiesiensi Dwibahasa Sebagai mendukung aspirasi PPPM, Transformasi Asrama Harian akan

berusaha memperkukuhkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris di samping menerapkan kemahiran bahasa komunikasi Tamil dan

Mandarin kepada murid asrama dengan strategi serampang dua mata iaitu

sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan mereka khususnya di Asrama 1

Malaysia.

Etika dan Kerohanian Dalam konteks ini, Transformasi Asrama Harian sememangnya

menumpukan kepada pembangunan sahsiah murid yang menjadi tunggak

dalam diri murid asrama. Di samping itu, nilai penyayang turut diterapkan

melalui konsep

‘ I n Lo co Pa r e n t is’. Murid yang mempunyai kekuatan

dalaman yang kukuh boleh berdepan dengan cabaran yang bakal

ditempuhi ketika dewasa. Mereka akan boleh menyelesaikan konflik secara

harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika

berada dalam situasi yang kritikal serta berani melakukan sesuatu yang

betul.

Identiti Nasional Sebagai murid asrama, mereka perlu mempunyai perasaan tidak berbelah

bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh dengan prinsip

Rukunegara untuk perpaduan di asrama. Setiap murid asrama tanpa

mengira lokasi, etnik, agama, dan status sosioekonomi perlu berbangga

menjadi rakyat Malaysia. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri

setiap murid dengan cara memahami sejarah negara dan berkongsi aspirasi

yang sama untuk masa depan negara.

Aspirasi Murid Dalam Konteks

Transformasi Asrama Harian

Page 10: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge9

Anjakan 1 :

Menyediakan Kesamarataan Akses

Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf

Antarabangsa

Sejak dahulu, murid asrama telah menunjukkan

pencapaian yang baik dalam peperiksaan awam

setanding dengan murid yang tidak tinggal di

asrama. Walaubagaimanapun, murid asrama

menunjukkan keupayaan yang rendah dari aspek

penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi

pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang

berlainan. Murid juga tidak mempunyai ciri – ciri

kepimpinan untuk bersaing di peringkat global.

Murid asrama kebanyakannya terdiri daripada golongan bertaraf

sosioekonomi yang rendah. Sekiranya mereka mendapat peluang

pendidikan yang tinggi di asrama, mereka berupaya memiliki mobiliti

sosial yang tinggi. Kementerian Pelajaran akan memastikan tahap

keberhasilan murid dan amalan pembelajaran terbaik di asrama akan

ditanda aras dan diselaraskan mengikut standard yang diguna pakai

oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya murid boleh

bersaing di peringkat global. Murid yang memerlukan bimbingan

tambahan akan mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian

dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di asrama melalui

kelas persediaan berfokus, bimbingan berfokus subjek kritikal,

meningkatkan kemudahan belajar, melengkapkan kemudahan ICT,

menjayakan audit akademik

( h e a d co u n t ), dan bimbingan teknik

belajar berkesan.

Anjakan 2 :

Memastikan setiap murid profisien

dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa

Inggeris

Berdasarkan anjakan 2 dalam PPPM, setiap murid

digalakkan mempelajari bahasa tambahan

menjelang 2025 dan menjadi hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk melaksanakannya di

peringkat rendah hingga ke peringkat menengah.

Melalui Transformasi Asrama Harian, Program Bahasa Integrasi

telah dimasukkan sebagai salah satu inisiatif yang diharapkan

dapat membantu memastikan setiap murid mempelajari bahasa

tambahan.

Berdasarkan program ini, kelas – kelas bahasa komunikasi secara

terancang akan dilaksanakan melibatkan bahasa – bahasa kaum

utama di Malaysia ataupun bahasa antarabangsa lain yang

difikirkan sesuai. Program ini dirancang untuk dilaksanakan pada

hujung minggu oleh tenaga pengajar yang terlatih.

Pendekatan & Anjakan

Page 11: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

0

Anjakan 5 :

Memastikan kepimpinan berprestasi

tinggi ditempatkan di setiap sekolah

Kualiti Pengetua / Guru Besar merupakan faktor

berasaskan sekolah yang kedua terpenting dalam

menentukan keberhasilan murid. Pengurusan

sekolah harian berasrama adalah jauh berbeza

daripada sekolah yang tidak mempunyai

kemudahan asrama. Sewajarnya Pengetua/Guru

Besar yang ditempatkan di sekolah-sekolah

berasrama hendaklah dalam kalangan

Pengetua/Guru Besar berprestasi tinggi,

berkemahiran, berpengalaman dan

berpengetahuan dalam pengurusan, serta komited

dalam menjalankan tugas.

Kriteria ini akan menjadi keutamaan dalam pelantikan bagi

Pengetua / Guru Besar sekolah berasrama. Melalui Transformasi

Asrama Harian ini, pihak KPM akan menggariskan kriteria

pelantikan yang lebih berkesan untuk Pengetua/Guru Besar di

sekolah berasrama. Aspek latihan akan diberikan penekanan

terutama kepada Pengetua/Guru Besar yang baharu dilantik.

Kerjasama dengan agensi latihan seperti IAB akan diselaraskan

dalam memberikan latihan yang lebih kerap dan berkesan.

Anjakan 3 :

Melahirkan rakyat Malaysia yang

menghayati nilai

Murid asrama akan mewarisi dunia yang penuh

cabaran hebat. Kejayaan mengharungi segala

cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran

kepimpinan tetapi memerlukan murid yang

mempunyai nilai murni sejagat seperti integriti,

belas kasihan, adil, dan penyayang bagi

membimbing mereka dalam membuat keputusan

beretika. Pada masa yang sama, pembangunan

identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi

dengan pembangunan warganegara yang global.

Setiap murid yang tinggal di asrama akan diperkukuhkan

melalui amalan nilai kehidupan yang murni secara praktikal

dalam menjalani kehidupan mereka di asrama. Melalui fokus

penjanaan kecemerlangan sahsiah dan disiplin dalam

Transformasi Asrama Harian, program dan aktiviti kerohanian

serta moral secara berterusan dan terancang akan

dilaksanakan. Program dan aktiviti sebegini dirancang bagi

mewujudkan iklim

‘ d i n i ’

(penghayatan nilai keagamaan) di

asrama kerana penghayatan keagamaan adalah teras

pembentukan peribadi.

Justeru, amalan kepatuhan kepada peraturan,

memanfaatkan masa, hubungan sosial yang tulus dan telus,

nilai pengorbanan, kasih sayang, toleransi, kesyukuran, dan

kepatuhan kepada Tuhan akan menjadi amalan teras dan rutin

di asrama.

Page 12: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

1

Anjakan 6 :

Mengupaya JPN, PPD, dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan

keperluan.

Setiap asrama tanpa mengira lokasi, saiz, atau jenis akan menyediakan peluang pendidikan yang baik dan holistik kepada

muridnya. Dalam usaha untuk meningkatkan bilangan asrama di Band 1 & 2 berdasarkan prestasi yang ditunjukkan, JPN, PPD,

Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan penting dalam memastikan tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan

dengan berkesan dan bertanggungjawab terhadap impak yang disasarkan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Setiap asrama harian sekolah di Malaysia tanpa mengira lokasi, saiz, dan jenis perlu mencapai tahap keperluan

infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang selamat, bersih, dan kondusif. Amalan

perkongsian pintar, pembentukan

Ta s k Fo r c e

,

P e n a ra fa n A s ra m a, Majlis Permuafakatan Asrama merupakan asas amalan yang

mendorong pengurusan asrama melaksanakan intervensi yang berbeza supaya bersesuaian dengan tahap prestasi asrama

yang berbeza.

Anjakan 7 :

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pengajaran di Malaysia

Kementerian akan berusaha untuk memperluaskan capaian internet ke asrama-asrama harian melalui pelaksanaan 1Bestari

Net dan diharapkan dengan wujudnya kemudahan ini dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan pengurusan serta prestasi

murid asrama.

ICT akan memperkukuhkan proses pembelajaran melalui akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif.

Murid dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang luas melalui program jarak jauh. ICT akan sentiasa

dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian di asrama, tanpa jurang pemisah antara bandar dan luar bandar. Semua murid

akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi secara berkesan dan bermakna. Untuk

itu, transformasi asrama harian akan memberi penekanan terhadap meningkatkan kemudahan prasarana ICT yang kondusif.

Contohnya, perpustakaan media, pusat akses, bilik persediaan belajar, kemudahan bilik tayangan, dan peralatan komunikasi

yang meluas.

Page 13: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

2

Anjakan 10 :

Memaksimumkan Keberhasilan

Murid Bagi Setiap Ringgit

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

memperuntukan sejumlah RM1 Bilion di

bawah Belanja Mengurus untuk

Pelaksanaan Asrama Harian KPM. Dari

Jumlah tersebut RM750 juta digunakan

untuk membiayai Bantuan Makanan

Asrama (BMA) kepada 250 ribu murid di

asrama harian dan secara purata seorang

murid menerima RM3,000 setahun dalam

bentuk BMA. Jumlah ini tidak termasuk

perbelanjaan untuk menyediakan tempat

tinggal, kemudahan-kemudahan di asrama,

kakitangan yang menguruskan asrama,

Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) dan

lain-lain.

Dengan perbelanjaan sebegitu banyak, seharusnya murid-

murid ini memperlihatkan impak yang signifikan dengan jumlah

peruntukan yang dibelanjakan. Transformasi Asrama Harian

diharap akan dapat memanfaatkan sepenuhnya peruntukan

yang disediakan dalam menghasilkan murid-murid seperti yang

diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 – 2025.

Anjakan 9 :

Bekerjasama dengan ibu bapa,

komuniti, dan sektor swasta

secara meluas.

Keutamaan pembelajaran kini adalah

daripada pembelajaran sekolah kepada

sistem pembelajaran dengan melibatkan

ibu bapa, masyarakat, sektor swasta dan

sektor sosial sebagai rakan dalam

membantu pembelajaran murid.

Transformasi Asrama Harian melalui fokus meningkatkan

hubungan kerjasama asrama dengan ibu bapa, PIBG dan

komuniti adalah selaras dengan anjakan 9 PPPM yang

melibatkan penyertaan ibu bapa, Majlis Pemuafakatan

Asrama serta komuniti dalam urusan pembangunan sahsiah

serta disiplin murid. Dalam hal ini ibu bapa dan PIBG serta

komuniti akan disokong menerusi perkongsian bijak antara

asrama dan ibu bapa.

Selain membantu dalam melaksanakan kepelbagaian aktiviti

meningkatkan program pembangunan sahsiah dan disiplin,

Majlis Pemuafakatan Asrama dan komuniti setempat juga

akan mempunyai akses yang lebih hampir dengan program-

program Asrama Harian apabila inisiatif mewujudkan

kumpulan sokongan khusus untuk Asrama Harian dalam

PIBG dilaksanakan.

Page 14: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

3

TOV 2013 2014 2015

AKSES

Sekolah Rendah 53,788 2% (54,863) 2% (55,960) 2% (57,152) Peningkatan

Enrolmen Murid Asrama Sekolah Menengah 186,227 2% (189,951) 2% (193,750) 2% (197,625)

KUALITI

Sekolah Rendah

(UPSR)

Gred Purata Asrama (GPA) Sekolah Menengah

(SPM)

Sahsiah Murid Asrama

(Penurunan Bil. Murid Terlibat Buli)

Bilangan Murid Terlibat

Buli

Bilangan Sekolah (Rendah) 53 88 ( +35 ) 123 ( +35 ) 158 ( +35 ) Meningkatkan Bilangan Asrama

Mempunyai Kebitaraan

Kokurikulum & Sukan Bilangan Sekolah

(Menengah) 183 258 ( +75 ) 333 ( +75 ) 408 ( +75 )

EKUITI

Sekolah Rendah 77 135 ( +58 ) 205 ( +70 ) 275 ( +70 ) Meningkatkan Bilangan Asrama

Di Band 1 & 2 Sekolah Menengah 289 340 ( +51 ) 415 ( +75 ) 490 ( +75 )

Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Page 15: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

4

� Murid � Guru (Warden) � Sekolah/Asrama � Ibubapa

• Murid tanpa mengira latar

belakang ekonomi, bandar

atau luar bandar, dan

prestasi akademik

mempunyai akses kepada

pendidikan berkualiti.

• Inisiatif – inisiatif yang

disediakan dalam

Transformasi Asrama

Harian memberikan

keyakinan kepada murid

dalam mencapai potensi diri

yang dihasratkan.

• Murid dapat menikmati

persekitaran yang kondusif

dalam proses pembelajaran

• Keyakinan & minat murid

terhadap asrama harian

dapat ditingkatkan

• Beban tugas guru (warden)

dapat diagihkan kepada

lebih ramai guru dan

membolehkan peranan

masing – masing

dilaksanakan dengan lebih

berkesan.

• Warden juga diberikan

pengiktirafan yang

sewajarnya dan kebajikan

mereka diberi perhatian.

• Warden akan menerima

latihan dan bimbingan

secara formal, lebih

tersusun dan berfokus.

• Persekitaran, kemudahan

perkhidmatan dan fizikal

asrama lebih kondusif dan

diurus dengan baik.

• Imej asrama / sekolah

menjadi lebih baik pada

sudut pandangan ibu bapa,

masyarakat dan pihak luar.

• Sekolah / asrama akan

menjadi pilihan murid dan

ibu bapa seterusnya

membantu

memaksimumkan kapasiti

asrama .

• Keyakinan ibu bapa

terhadap sistem pendidikan

negara akan meningkat

khususnya terhadap asrama

harian

• Ibu bapa mempunyai

pilihan dari segi ruang dan

peluang dalam menentukan

hala tuju pendidikan anak –

anak tanpa mengira latar

belakang mereka.

• Ibu bapa tidak perlu merasa

risau terhadap risiko

keciciran anak – anak

mereka terutama di

kawasan luar bandar.

Impak

Page 16: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

5

� FASA 1

( Jan-Jun 2013 )

� FASA 2

(Julai – Dis 2013)

� FASA 3

( 2014 – 2015 )

� FASA 4

( 2016 – 2020 )

� Fasa pertama memberikan

tumpuan kepada pengumpulan

input – input transformasi di

mana konsep awal

transformasi dibengkelkan

untuk mendapatkan pandangan

dari pelbagai pihak berkaitan

pengurusan asrama untuk

laporan awal. Pengumpulan

data daripada negeri – negeri

untuk “Based line” dan

penetapan sasaran atau KPI di

peringkat KPM turut

dilaksanakan dalam Fasa

Pertama ini. Fasa Pertama di

akhiri dengan penyediaan

dokumen dan taklimat kepada

semua JPN, PPD, Pengetua dan

Guru Besar.

� PAKEJ 1 : Melibatkan

penyediaan perancangan, pelan

strategik, penetapan hala tuju,

penetapan sasaran dan

penyediaan dokumen yang lebih

khusus oleh JPN, PPD dan

Asrama. Kesemua perancangan

ini akan ditaklimatkan kepada

semua personel di JPN, PPD,

dan kesemua guru serta

kakitangan di sekolah. Pakej

pertama ini bermatlamat agar

kesemua personel yang terlibat

dapat mengetahui dan

memahami, peranan masing –

masing dan dapat

diterjemahkan melalui

pelaksanaan yang berkesan.

� PAKEJ 2 : Dilaksanakan

serentak dengan pakej

pertama. Dalam pakej kedua ini,

inisiatif –inisiatif sedia ada yang

telah dibuat penambahbaikan

mula dilaksanakan.

� PAKEJ 1 : Pelaksanaan

menyeluruh inisiatif – inisiatif

yang telah dibuat perancangan

dan ditetapkan sasaran seperti

yang dilaksanakan dalam Pakej 1

Fasa 2.

� PAKEJ 2 : Memberi

penumpuan kepada inisiatif –

inisiatif yang memerlukan

tindakan lanjut seperti

penyediaan kertas cadangan

untuk kelulusan pengurusan

tertinggi KPM, garis panduan

dan terma – terma rujukan bagi

inisiatif baru seperti :

• Kepimpinan P/GB

Berprestasi Tinggi

• Kebajikan Warden

• Keperluan Asrama

Baharu & Naik taraf

Asrama Pedalaman

• Inisiatif ICT

• Peruntukan Program

Pembangunan Sahsiah

� Dalam fasa ini, semua inisiatif

yang dirancang dalam

transformasi ini telah

dilaksanakan secara menyeluruh

dan semua asrama telah

menunjukkan prestasi lebih baik

dan KPI yang telah ditetapkan

dapat dikekalkan atau

ditingkatkan.

� Dalam fasa ini juga keperluan

kajian impak transformasi akan

dilaksanakan untuk dibuat

pembetulan atau

penambahbaikan dalam aspek –

aspek yang akan dikenalpasti.

Fasa Pelaksanaan ( 2013 – 2020 )

Page 17: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

6

� Pengurusan &

Pentadbiran Asrama

� Penjanaan Kejayaan

Akademik

� Penjanaan

Kecemerlangan

Sahsiah & Disiplin

� Penjanaan Kejayaan

Kokurikulum &

Sukan

o Program

Ho s t e lS u p po r tS y s t e m( Ta s k Fo r c e

) – (IB)

o Perkongsian Terbaik

(B e s tP ra c t i c e s )

– (SA)

o Penarafan Asrama – (IB)

o Meningkatkan Profesionalisme

Personel Di Asrama – (IB)

o Jawatankuasa Pengurusan

Asrama Di Sekolah – (SA)

o Perancangan Strategik

Pengurusan Asrama - (SA)

o Konsep ‘Kemenjadian Murid

Tanggungjawab Bersama’ – (IB)

o Program

‘ Ho m e ro o m ’ – ( I B )

o Profil Penghuni Asrama – (SA)

o Pengetua / Guru Besar

Berprestasi Tinggi – (IB)

o Meningkatkan Kebajikan

Warden Asrama – (IB)

o Meningkatkan Peranan Guru

B&K – (SA)

o Meningkatkan Kemudahan

Pembelajaran Di Asrama – (SA)

o Keperluan Asrama Baharu Dan

Menaiktaraf Asrama Pedalaman

– (SA)

o Kelas Persediaan Berfokus

(Malam). – (SA)

o Kelas Persediaan (Siang) – (SA)

o

H e a d Co u n t

Murid Asrama. –

(IB)

o Kelas Berfokus Mata Pelajaran

Kritikal. – (IB)

o Program Kemahiran Cara

Belajar – (IB)

o Audit Akademik. – (SA)

o Laporan Pencapaian

Peperiksaan Sekolah Murid

Asrama – (IB)

o Laporan Peperiksaan Awam

Murid Asrama – (SA)

o Program Penghayatan

Kerohanian – (SA)

o Program Kerohanian &

Moral – (SA)

o Penerapan Kemahiran

Kepimpinan dan Soft Skill –

(SA)

o Program Pembudayaan

Penampilan Diri Cemerlang –

(SA)

o Program Hari Keluarga

(Pemupukan Budaya

Penyayang / Kekeluargaan) –

(SA)

o Pemantapan Program Dan

Aktiviti Masa Senggang –

(SA)

o Meningkatkan Hubungan

dengan Agensi Luar – (SA)

o Pembudayaan “

e s p r i t d eco r p s “ – (SA)

o Kebitaraan Asrama Dalam

Kokurikulum/Sukan - (SA)

o Pertandingan atau E n g a g e m e n t Antara Asrama.

– (SA)

o Program Bahasa Intergrasi

(Komunikasi) – (IB)

o Penerokaan Aktiviti atau

Program Baharu – (SA)

* ( IB = Inisiatif Baharu) * ( SA = Inisiatif Sedia Ada dan Dibuat Penambahbaikan)

Senarai Inisiatif 4 Fokus Transformasi

Page 18: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

7

MASA

HARI 5.30-6.30 am

7.00

am 7.30am-3.00pm 3.00-4.30pm 4.30-5.30pm 5.30-6.30pm 7.00-9.00pm 9.00-11.00pm

ISNIN

SELASA

RABU

Solat Maghrib & Isyak

Berjemaah + Fardhu

Ain & Kelas Al-Quran

KHAMIS

Solat Maghrib & Isyak

Berjemaah + Bacaan

Yasin Bersama

Pentadbir & Guru

JUMAAT

Solat Subuh

Berjemaah

Waktu

Persekolahan

Kelas Persediaan

(Tugasan & Kerja

Rumah)

@

9.00am – 10.30am

(Murid Sesi

Petang)

Solat Asar &

Minum

Petang

Riadah &

Aktiviti

Kokurikulum

Solat Maghrib & Isyak

Berjemaah + Fardhu

Ain & Kelas Al-Quran

Kelas

Persediaan

Berfokus

(Bimbingan

Guru Mata

Pelajaran)

SABTU

Pe

me

rik

saa

n P

ag

i (R

oll

Ca

ll)

8.00 – 10.00 am

Kelas Bimbingan

MP Kritikal/

Kemahiran Cara

Belajar

10.00 – 11.00 am

Kelas Bahasa

Intergrasi

Aktiviti Senggang

Solat Maghrib & Isyak

Berjemaah + Fardhu

Ain & Kelas Al-Quran @

Kelas Moral

Aktiviti

Senggang

(Wayang

Gambar/TV/Vid

eo Games DLL)

AHAD

Solat Subuh

Berjemaah

& Kuliah

Subuh Pengurusan Diri & Outing Berjadual @ Keluarga

Aktiviti Keagamaan (Kuil @ Gereja) Bagi Bukan Islam

Solat Maghrib & Isyak

Berjemaah + Fardhu

Ain & Kelas Al-Quran

Kelas

Persediaan

Berfokus

(Bimbingan

Guru Mata

Pelajaran)

EKSIBIT

Eksibit 1 : Jadual Mingguan Murid Asrama Harian

Page 19: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

8

ASRAMA RENDAH

ASRAMA MENENGAH

Bil Negeri Enrolmen (Baseline)

2012

% KPI (Peningkatan)

Sasaran Peningkatan

2013

Bil Negeri Enrolmen (Baseline)

2012

% KPI (Peningkatan)

Sasaran Peningkatan

2013

1. PERLIS 526 2.5 539 1. PERLIS 1,893 2.5 1,940

2. KEDAH 365 4.0 380 2. KEDAH 13,545 3.0 13,951

3. PULAU PINANG 0 0 0 3. PULAU PINANG 5,652 2.00 5,765

4. PERAK 1,899 3.0 1,956 4. PERAK 10,872 3.0 11,198

5. SELANGOR 360 3.0 371 5. SELANGOR 6,587 3.0 6,785

6. KUALA LUMPUR 0 0 0 6. KUALA LUMPUR 2,927 2.0 2,986

7. N. SEMBILAN 422 2.0 430 7. N. SEMBILAN 5,043 3.0 5,194

8. MELAKA 137 2.0 140 8. MELAKA 4,583 2.0 4,675

9. JOHOR 345 3.00 355 9. JOHOR 9,444 3.00 9,727

10. PAHANG 2,838 2.0 2,895 10. PAHANG 14,757 2.0 15,052

11. TERENGGANU 1,717 3.00 1,769 11. TERENGGANU 12,988 3.00 13,378

12. KELANTAN 4,940 2.00 5,039 12. KELANTAN 19,518 2.00 19,908

13. SABAH 3,963 3.0 4,082 13. SABAH 28,786 2.0 29,362

14. SARAWAK 36,276 2.0 37,002 14. SARAWAK 49,632 2.5 50,873

Jumlah 53,788 2.17 54,957 Jumlah 186,227 2.45 190,794

Eksibit 2 : Baseline (2012) Dan Sasaran KPI Enrolmen Murid Asrama (Rendah & Menengah) 2013

BASELINE KPI (Enrolmen Murid Asrama)

Page 20: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge1

9

ASRAMA RENDAH (UPSR)

ASRAMA MENENGAH (SPM)

Bil Negeri GPA UPSR

(2012) % KPI

(Peningkatan) Jumlah

Peningkatan

Bil Negeri GPA SPM (2012)

% KPI (Peningkatan)

Jumlah Peningkatan

1. PERLIS 1. PERLIS

2. KEDAH 2. KEDAH

3. PULAU PINANG 3. PULAU PINANG

4. PERAK 4. PERAK

5. SELANGOR 5. SELANGOR

6. KUALA LUMPUR 6. KUALA LUMPUR

7. N. SEMBILAN 7. N. SEMBILAN

8. MELAKA 8. MELAKA

9. JOHOR 9. JOHOR

10. PAHANG 10. PAHANG

11. TERENGGANU 11. TERENGGANU

12. KELANTAN 12. KELANTAN

13. SABAH 13. SABAH

14. SARAWAK 14. SARAWAK

Jumlah

Eksibit 3 : Baseline (2012) Dan Sasaran KPI Gred Purata Asrama Peperiksaan Awam Murid Asrama

( UPSR – Rendah & SPM – Menengah) 2013

BASELINE KPI (Gred Purata Asrama – UPSR & SPM)

Page 21: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

0

BILANGAN MURID TERLIBAT BULI

Bil Negeri BIL KES (2012)

% KPI (Penurunan)

Jumlah Penurunan

1. PERLIS

2. KEDAH

3. PULAU PINANG

4. PERAK

5. SELANGOR

6. KUALA LUMPUR

7. N. SEMBILAN

8. MELAKA

9. JOHOR

10. PAHANG

11. TERENGGANU

12. KELANTAN

13. SABAH

14. SARAWAK

Jumlah

BASELINE KPI (Sahsiah Murid – Bilangan Murid Terlibat Buli)

Eksibit 4 : Baseline (2012) Sahsiah Murid – Bilangan Murid

Terlibat Buli

Page 22: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

1

BILANGAN KEBITARAAN (RENDAH) BILANGAN KEBITARAAN

(MENENGAH)

Bil Negeri BIL

Asrama

Bil Kebitaraan

(2012)

Bil Sasaran 2013

Bil Negeri BIL

Asrama

Bil Kebitaraan

(2012)

Bil Sasaran 2013

1. PERLIS 11 1 3 (+2) 1. PERLIS 13 3 5 (+2)

2. KEDAH 6 1 2 (+1) 2. KEDAH 71 9 21 (+12)

3. PULAU PINANG 0 0 0 3. PULAU PINANG 31 13 16 (+3)

4. PERAK 23 2 6 (+4) 4. PERAK 56 13 18 (+5)

5. SELANGOR 6 0 1 (+1) 5. SELANGOR 31 10 13 (+3)

6. KUALA LUMPUR 0 0 0 6. KUALA LUMPUR 14 14 14 (+0)

7. N. SEMBILAN 4 0 1 (+1) 7. N. SEMBILAN 29 13 16 (+3)

8. MELAKA 2 2 2 (+0) 8. MELAKA 21 18 20 (+2)

9. JOHOR 7 0 1 (+1) 9. JOHOR 50 3 8 (+5)

10. PAHANG 37 13 16 (+3) 10. PAHANG 69 41 48 (+7)

11. TERENGGANU 21 0 3 (+3) 11. TERENGGANU 53 21 26 (+5)

12. KELANTAN 43 24 30 (+6) 12. KELANTAN 86 13 21 (+8)

13. SABAH 53 0 5 (+5) 13. SABAH 115 3 13 (+10)

14. SARAWAK 490 10 18 (+8) 14. SARAWAK 108 9 19 (+10)

Jumlah 703 53 88 (+35) Jumlah 747 183 258 (+75)

BASELINE KPI (Kebitaraan Kokurikulum & Sukan)

Eksibit 5 : Baseline (2012) dan Sasaran KPI Peningkatan Bilangan Kebitaraan Kokurikulum & Sukan di

Asrama 2013

Page 23: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

2

BAND ASRAMA 2012

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH Bil Negeri

1 2 3 4 5 6 7 JUM 1 2 3 4 5 6 7 JUM

1. PERLIS 7 4 0 0 0 0 0 11 6 5 2 0 0 0 0 13

2. KEDAH 3 3 0 0 0 0 0 6 23 16 16 7 7 2 0 71

3. PULAU PINANG Tiada 0 18 12 1 0 0 0 0 31

4. PERAK 6 7 8 2 0 0 0 23 13 38 5 0 0 0 0 56

5. SELANGOR 0 1 4 0 1 0 0 6 4 9 12 5 1 0 0 31

6. KUALA LUMPUR Tiada 0 4 5 3 2 0 0 0 14

7. N. SEMBILAN 0 3 1 0 0 0 0 4 4 10 7 8 0 0 0 29

8. MELAKA 2 0 0 0 0 0 0 2 10 11 0 0 0 0 0 21

9. JOHOR 5 2 0 0 0 0 0 7 4 7 34 5 0 0 0 50

10. PAHANG 5 13 6 5 3 5 0 37 13 32 19 5 0 0 0 69

11. TERENGGANU 2 1 4 10 3 1 0 21 1 2 19 21 10 0 0 53

12. KELANTAN 7 7 14 9 6 0 0 43 10 30 33 12 1 0 0 86

13. SABAH 0 0 5 4 5 8 31 53 1 1 3 6 26 33 45 115

14. SARAWAK 0 0 47 63 252 20 108 490 0 0 12 18 42 5 31 108

Jumlah 34 43 90 93 270 34 139 703 111 178 166 89 87 40 76 747

Eksibit 6 : Status Band Asrama (Rendah & Menengah ) * Sehingga 31 Disember 2012

Page 24: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

3

Bilangan Asrama Bil Negeri

Ren Men JUM

1. PERLIS 11 13 24

2. KEDAH 6 71 77

3. PULAU PINANG 0 31 31

4. PERAK 23 56 79

5. SELANGOR 6 31 37

6. KUALA LUMPUR 0 14 14

7. N. SEMBILAN 4 29 33

8. MELAKA 2 21 23

9. JOHOR 7 50 57

10. PAHANG 37 69 106

11. TERENGGANU 21 53 74

12. KELANTAN 43 86 129

13. SABAH 53 115 168

14. SARAWAK 490 108 598

Jumlah 703 747 1,450

Bilangan Penghuni Bil Negeri

Ren Men JUM

1. PERLIS 526 1,893 2,419

2. KEDAH 365 13,545 13,910

3. PULAU PINANG 0 5,652 5,652

4. PERAK 1,899 10,872 12,771

5. SELANGOR 360 6,587 6,947

6. KUALA LUMPUR 0 2,927 2,927

7. N. SEMBILAN 422 5,043 5,465

8. MELAKA 137 4,583 4,720

9. JOHOR 345 9,444 9,789

10. PAHANG 2,838 14,757 17,595

11. TERENGGANU 1,717 12,988 14,705

12. KELANTAN 4,940 19,518 24,458

13. SABAH 3,963 28,786 32,749

14. SARAWAK 36,276 49,632 85,908

Jumlah 53,788 186,227 240,015

Eksibit 7 : Bilangan Asrama Sekolah Rendah &

Menengah Mengikut Negeri (Sehingga 31 Dis 2012)

Eksibit8 : Bilangan Penghuni Asrama Sekolah

Rendah & Menengah Mengikut Negeri (2012)

Page 25: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

4

Kapasiti Asrama (Rendah) Bil Negeri

Jum.

Penghuni

Kapasiti

Asrama Kekosongan

1. PERLIS 526 660 134

2. KEDAH 365 472 107

3. PULAU PINANG 0 0 0

4. PERAK 1,899 2,323 424

5. SELANGOR 360 580 220

6. KUALA LUMPUR 0 0 0

7. N. SEMBILAN 422 1,160 738

8. MELAKA 137 200 63

9. JOHOR 345 458 113

10. PAHANG 2,838 4,048 1,210

11. TERENGGANU 1,717 2,260 543

12. KELANTAN 4,940 6,178 1,238

13. SABAH 3,963 6,448 2,485

14. SARAWAK 36,276 48,052 11,776

Jumlah 53,788 72,839 19,051

Kapasiti Asrama (Menengah) Bil Negeri

Jum.

Penghuni

Kapasiti

Asrama Kekosongan

1. PERLIS 1,893 2,560 667

2. KEDAH 13,545 15,002 1,457

3. PULAU PINANG 5,652 7,690 2,038

4. PERAK 10,872 12,675 1,803

5. SELANGOR 6,587 7,668 1,081

6. KUALA LUMPUR 2,927 3,390 463

7. N. SEMBILAN 5,043 7,057 2,014

8. MELAKA 4,583 5,829 1,246

9. JOHOR 9,444 11,341 1,897

10. PAHANG 14,757 22,422 7,665

11. TERENGGANU 12,988 17,411 4,423

12. KELANTAN 19,518 21,866 2,348

13. SABAH 28,786 34,877 6,091

14. SARAWAK 49,632 67,842 18,210

Jumlah 186,227 237,630 51,403

Eksibit 4 :

Ka p a s i t i & K e ko s o n g a n A s ra m a (S e ko la hR e n da h )

Eksibit 9 : Kapasiti & Kekosongan Asrama ( Sekolah

Rendah - 2012)

Eksibit 10 : Kapasiti & Kekosongan Asrama ( Sekolah

Menengah - 2012 )

Page 26: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

5

Bilangan Kakitangan Bil Negeri

Warden PenyeliaAsrama

PPM

1. PERLIS 47 26 28

2. KEDAH 247 108 23

3. PULAU PINANG 108 45 3

4. PERAK 211 98 72

5. SELANGOR 135 43 15

6. KUALA LUMPUR 46 18 0

7. N. SEMBILAN 115 45 13

8. MELAKA 90 37 4

9. JOHOR 183 70 12

10. PAHANG 344 158 109

11. TERENGGANU 242 123 60

12. KELANTAN 450 166 124

13. SABAH 596 234 103

14. SARAWAK 1,525 724 1,383

Jumlah 4,339 1,895 1,949

Eksibit 11 : Kakitangan Pengurusan Asrama (Data

Sehingga 31 Dis 2012)

Page 27: 159_buku Konsep Transformasi 2013-2020 Julai 2013

Pa

ge2

6

Pasukan Penggubal

Dato’ Hj. Mazlan Bin Mohamad D.S.A.P., D.I.M.P.

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pelajaran Malaysia

Datin Rashidah Md Yusuf

Timbalan Pengarah (M)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Cyril Christopher Singham

Ketua Penolong Pengarah

SPKIA, BPSH, KPM

Bahrin Hj. Masduki

Ketua Unit Asrama

SPKIA, BPSH, KPM

Azman Abd Manaf

Pengelola Kanan

SPKIA, BPSH, KPM

Encik Osman Bin Noor

Ketua Penolong Pengarah HEM

JPN Kedah

Haji Mohamad Bin Samaon

Pengelola Kanan (Unit Asrama)

JPN Johor

Hajah Rohani Bt Atan

Pengelola Kanan (Unit Asrama)

JPN N. Sembilan

Azman Bin Janudin

Pengelola Kanan (Unit Asrama)

JPN Melaka

Khaidir Bin Abdullah

PPK (Unit Disiplin)

JPN Selangor

Anuar Bin Ariffin

Pengelola Disiplin

JPN Selangor

Cik Latifah Bt Ibrahim

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Parit Panjang, Kedah