bml 3063 sintaksis bahasa melayu

21
BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu KULIAH 5 AYAT TERBITAN

Upload: keegan

Post on 24-Feb-2016

110 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu. KULIAH 5 AYAT TERBITAN. AYAT TERBITAN. Definisi Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar . Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu: (i)penyusunan semula (ii)peluasan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

BML 3063Sintaksis Bahasa Melayu

KULIAH 5

AYAT TERBITAN

Page 2: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

AYAT TERBITAN

Definisi

Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar.

Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu:

(i) penyusunan semula(ii) peluasan(iii) pengguguran

Page 3: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT

(i) Penyusunan semula

Dalam proses penyusunan semula yang berlaku ialah:

(i) Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur.

(ii) Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang baharu.

(iii) Melibatkan perubahan atau pengguguran kata tertentu, penggantian atau penambahan kata lain.

(iv) Tidak merobah makna ayat.

Page 4: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Penyusunan semula)

Penyusunan semula terbahagi kepada tiga (3) jenis, iaitu:

(a) Penyusunan semula FN sebagai subjek (proses pasif)

(b) Penyusunan semula FN sebagai Objek (Ayat 2 objek)

(c) Penyusunan semula melalui ayat songsang

Page 5: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Penyusunan semula)

(a) Penyusunan semula FN sebagai subjek (proses pasif)

1. Ali /menendang bola itu. Bola itu / ditendang oleh Ali.

2. Anjing menggigit orang tua itu. Orang tua itu / digigit oleh anjing.

3. Pekerja itu mengecat kereta. Kereta dicat (oleh) pekerja itu.

4. Isterinya memandu lori. Lori dipandu (oleh) isterinya.

Page 6: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Penyusunan semula)

(b) Penyusunan semula FN sebagai Objek (Ayat 2 objek)

Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mempunyai dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.

1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku. Ali menghadiahkan sebuah buku kepada

Ahmad.

2. Guru mengajar murid-muridnya matematik. Guru mengajar matematik kepada murid-

muridnya.

3. Ismail mengirimi anaknya durian.Ismail mengirimkan durian kepada anaknya.

Page 7: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Penyusunan semula)

(c) Penyusunan semula melalui ayat songsang

Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan sebagainya boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan.

1. Orang tua itu / pergi ke sungai. Ke sungai orang tua itu pergi.

2. Mereka tiba di sini semalam. Semalam mereka tiba di sini.

3. Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit. Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke sekolah.

Page 8: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES AYAT TERBITAN

(ii) Peluasan

Proses peluasan bermaksud menambah unsur-unsur tertentu dalam ayat baru.

Terdapat empat (4) jenis peluasan, iaitu:

(a) Perluasan FN sebagai subjek.(b) Perluasan Frasa Predikat.(c) Perluasan dengan kata hubung.(d) Perluasan melalui proses komplementasi.

Page 9: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Peluasan)

Jenis peluasan

(a) Peluasan FN sebagai subjek (relatif)

Satu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan.

Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang.

Contoh:1. Budak itu / adik saya.2. Budak itu / membaca buku.

Budak yang membaca buku itu adik saya

Page 10: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Peluasan)

SYARAT RELATIVISASI

(i) Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi tidak terjadi.

Contoh:

1. (a) Bangunan itu besar. (b) Orang itu mengait buah.

* Bangunan yang mengait buah itu besar.

Page 11: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Peluasan)

(ii) Identiti FN sama dan berfungsi sebagai subjek.

Jika tidak relativisasi tidak terjadi.

Contoh:

2. (a) Mahasiswi membaling meja. (b) Mahasiswa membaling mahasiswi.

* Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja.

Page 12: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT(Peluasan)

Ayat (2) boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk pasif.

Contoh: (a) Mahasiswi membaling meja. (b) Mahasiswa membaling mahasiswi. (c) Mahasiswi dibaling (oleh) mahasiswa (pasif).

Mahasiswi yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja (relativisasi).

Page 13: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYATPeluasan

(b) Peluasan predikat (relatif)

Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan.

Contoh:

1. (a) Ali / mengusik budak itu. (b) Budak itu / cantik.

Ali / mengusik budak yang cantik itu.

2. (a) Anaknya memanjat pokok itu. (b) Pokok itu tinggi.

Anaknya memanjat pokok yang tinggi itu.

Page 14: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYATPeluasan

(c) Peluasan dengan kata hubung

Proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun

Contoh:

1. (a) Ali / berbasikal ke sekolah.(b) Osman / berbasikal ke sekolah. Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.

2. (a) Abang tidak bermain bola.(b) Abang sakit perut. Abang tidak bermain bola kerana sakit perut.

Page 15: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYATPeluasan

(d) Peluasan melalui komplementasi

Proses yang mengubah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat yang lain.

Contoh:1. (a) Dia / melaporkan sesuatu.(b) Ali / sakit tenat.

Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

2. (a) Wanita itu melaporkan sesuatu.(b) Suaminya kahwin lagi.

Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi.

Page 16: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYAT

(iii) Pengguguran

Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan, iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian.

Jenis Penguguran:(a) FN sebagai Subjek(b) Frasa Predikat (FK, FN, FA, FSN)(c) FN (Subj) yg mendahului Frasa Relatif(d) KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN

Page 17: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYATPengguguran

(a) Pengguguran subjek

Contoh:1. Awak keluar . Keluar !2. Awak semua pergi dari sini. Pergi dari sini !3. Anda boleh masuk sekarang. Boleh masuk sekarang.

4. Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana rajin belajar.(subjek yang sama)

Page 18: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYATPengguguran

(b) Pengguguran Frasa Predikat

1. (a) Adik Ali / belajar di England (b) Sepupunya / belajar di EnglandAdik Ali dan sepupunya belajar di England.

2. (a) Halimah pensyarah di UPM. (b) Arbak pensyarah di UPM.Halimah dan Arbak pensyarah di UPM

Page 19: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYATPengguguran

(c) FN (Subj) yg mendahului Frasa Relatif

Contoh:

1. Orang tua yang memakai serban itu bapa saya. Yang memakai serban itu bapa saya.

2. Perempuan yang menyiram pokok bunga itu kakak saya.Yang menyiram pokok bunga itu kakak saya

Page 20: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

PROSES PENERBITAN AYATPengguguran

(d) KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN

Contoh:Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.

Bersenam boleh menyihatkan badan.

Page 21: BML 3063 Sintaksis Bahasa Melayu

TAMAT