esei sintaksis

Upload: fadial-jamaludin

Post on 06-Jan-2016

469 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Kajian sintaksis

TRANSCRIPT

JBEA 2113 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Analisis Aspek Sintaksis Dalam Cerita Rakyat Bawang Putih, Bawang Merah.

Pensyarah:

Prof. Madya Dr. Ab. Razak Bin Ab. Karim

Hasil Kerja:

NamaNo. Firasat

Muhammad Aidil Bin IshakJEB 120701

Filzatul Azreen GazaliJEB 120704

Nurannisaa Binte AbdullahJEB 120707

Nur Syahfiqah Binte Mohd JamalludinJEB 120709

Razinah Binti MuhamadJEB 120711

Tarikh Hantar:

26 Mei 2014

Akademi Pengajian MelayuUniversiti MalayaKuala LumpurII, 2013/2014

Kandungan

1.0 Pengenalan12.0 Latar Belakang Kajian23.0 Objektif Kajian34.0 Bahan Kajian35.0 Batasan Kajian46.0 Kaedah Kajian47.0 Analisis Data Kajian57.1 Ayat Dasar57.2 Ayat Tunggal77.3 Ayat Majmuk Gabungan107.4 Ayat Majmuk Pancangan127.5 Ayat Majmuk Campuran198.0 Rumusan23Bibliografi25Lampiran A26Lampiran B29

1.0 PengenalanMenurut Mana Sikana (2007: 15), cerita rakyat atau dikenali juga sebagai sastera rakyat, merujuk pada karya sastera yang dilahirkan pada zaman orang-orang Melayu yang hidup dalam budaya ekologinya yang tersendiri. Cerita rakyat merupakan karya sastera masyarakat Melayu lama yang disampaikan dari mulut ke mulut melalui budaya lisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dalam proses ini, telah berlakunya tokok tambah untuk menyedapkan cerita dan disesuaikan dengan keadaan pendengar. Ditambahnya lagi bahawa karya sastera rakyat tiada nama pengarangnya, tiada masa dan tarikh diciptanya, dan sastera jenis ini dimiliki bersama oleh masyarakat tersebut. Oleh itu, cerita rakyat yang terdapat dalam masyarakat Melayu sering kali menggambarkan situasi satu-satu kumpulan masyarakat pada waktu itu, yang masih belum mencapai taraf kehidupan yang tinggi. Sintaksis pula, menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 339) adalah bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis merupakan kajian tentang rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.Menurut Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) pula, sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasa yang bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Antara unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa.Lantas, sintaksis secara ringkasnya merupakan kajian mengenai struktur binaan ayat, susunan ayat, serta hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan itu disusun untuk menjadikannya gramatis dan logik. Oleh itu, untuk memahami struktur ayat sesuatu bahasa itu, perlu diteliti penggunaannya dalam jangka masa yang tertentu dan tujuannya. Dalam hal ini, struktur cerita rakyat digunakan dalam perbualan harian sebagai penyampaian karya dalam bentuk cerita atau prosa pada zaman dahulu.

2.0 Latar Belakang KajianSastera tradisional ialah karya sastera yang ditulis sebelum zaman moden, dalam bentuk tradisional dan dalam bahasa yang menggambarkan penggunaan sebelum abad ke-20 (Asmah Haji Omar, 2008: 169).Menurut Mana Sikana (2007: 15), cerita rakyat atau dikenali juga sebagai sastera rakyat, merujuk pada karya sastera yang dilahirkan pada zaman orang-orang Melayu yang hidup dalam budaya ekologinya yang tersendiri. Cerita rakyat merupakan karya sastera masyarakat Melayu lama yang disampaikan dari mulut ke mulut melalui budaya lisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dalam proses ini, telah berlakunya tokok tambah untuk menyedapkan cerita dan disesuaikan dengan keadaan pendengar.Ditambahnya lagi bahawa karya sastera rakyat tiada nama pengarangnya, tiada masa dan tarikh diciptanya, dan sastera jenis ini dimiliki bersama oleh masyarakat tersebut. Oleh itu, cerita rakyat yang terdapat dalam masyarakat Melayu sering kali menggambarkan situasi satu-satu kumpulan masyarakat pada waktu itu, yang masih belum mencapai taraf kehidupan yang tinggi. Proses pembinaan ayat dan rumus-rumus yang menerbitkan sesebuah karya sastera memperlihatkan susunan yang seringkali berbeza daripada rumus-rumus dan binaan ayat-ayat yang dianggap gramatis. Analisis sintaksis di antara ayat-ayat dalam sesebuah karya sastera dapat menghuraikan jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenis masing-masing, sekaligus memperlihatkan perbezaan dan menyarankan susunan yang sempura.

3.0 Objektif KajianKajian ini akan memperlihat beberapa faktor : Mengklasifikasikan ayat tunggal dan ayat majmuk Mengenal pasti binaan ayat tunggal dan jenis ayat majmuk Menganalisis konstituen binaan dan proses penerbitan ayat tunggal dan ayat majmuk

4.0 Bahan KajianKajian ini menggunakan buku Cerita Rakyat Malaysia yang diselenggarakan oleh Othman Putih pada tahun 2002. Teks karya sastera yang telah dibukukan ini merupakan penerbitan Kumpulan Utusan Publications di Kuala Lumpur, dan mengandungi pelbagai karya sastera tradisional yang menumpukan pada karya sastera rakyat. Pengkaji menggunakan teks cerita rakyat, Bawang Putih Bawang Merah, untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek sintaksis.

5.0 Batasan KajianKajian ini hanya berpusat kepada cerita rakyat Bawang Putih, Bawang Merah, dan berdasarkan huraian rumus tatabahasa yang dikemukakan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Pengkaji akan juga menghuraikan konsep dan jenis ayat tunggal, serta majmuk yang digunakan secara keseluruhannya dalam teks kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji hanya akan menganalisis segelintir ayat yang paling menepati hukum tatabahasa, kerana tujuan utama pengkaji adalah untuk melihat struktur ayat dalam teks kajian.

6.0 Kaedah KajianPengkaji akan menggunakan teks cerita rakyat, Bawang Putih Bawang Merah dan mengenal pasti binaan ayat tunggal dan ayat majmuk serta menganalisis proses penerbitan ayat tersebut berpandukan rujukan utama Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008).Kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kepustakaan. Kaedah kajian kepustakaan di sini bermaksud pengkaji akan menggunakan bahan-bahan ilmiah yang terdapat di perpustakaan sama ada dalam bentuk buku, tesis, jurnal dan sebagainya. Segala bahan-bahan ilmiah ini diambil di beberapa buah perpustakaan, seperti Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Zaaba Universiti Malaya, dan Perpustakaan Nasional Singapura. Kajian kepustakaan ini meliputi juga rujukan kepada buku dan makalah yang berkaitan dengan sintaksis dan cerita rakyat.

7.0 Analisis Data KajianMenurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 432), ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabhasa dan mengandungi maksud yang lengkap, dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Menurut Zaba (1965: 251) pula, ayat memakai susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat-tempat berhentinya, serta memberi faham yang sempuran tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurnya maksudnya.Asmah Haji Omar (1993: 355) menyatakan bahawa ayat merupakan unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Ayat terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Intonasi inilah yang menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.Abdullah Hassan dan Ainon (1994: 284) pula menyatakan bahawa ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun. Setiap ayat perlu mempunyai dua bahagian untuk menjadikannya ayat yang lengkap, iaitu benda atau subjek dan cerita atau predikat.Oleh itu, ayat secara ringkasnya, merupakan unit yang tertinggi dalam susunan tatabahasa, terdiri daripada perkataan-perkataan yang merangkumi aspek subjek dan predikat, dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.

7.1 Ayat DasarAyat dasar, menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 437), ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Semua ayat boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu yang disebut pola ayat dasar. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandu pada jenis-jenis subjek dan predikatnya.

Pola 1 :Frasa Nama (FN )+Frasa Nama (FN)

Pola 2 :Frasa Nama (FN )+Frasa Kerja (FK)

Pola 3 :Frasa Nama (FN )+Frasa Adjektif (FA)

Pola 4 :Frasa Nama (FN )+Frasa Sendi Nama (FSN)

Cerita rakyat Bawang Putih, Bawang Merah menampakkan penggunaan banyak ayat tunggal yang ringkas. Binaan ayat tunggal yang didapati memperlihat struktur ayat bahasa lisan yang tidak lengkap dan berpautan antara satu ayat dengan ayat seterusnya. Dalam analisis data kajian, pengkaji mendapati beberapa pola ayat dasar dalam ayat tunggal jenis ayat penyata yang terdapat dalam data. Antaranya:

Contoh ayat : Ibu Bawang Merah sudah lama meninggal dunia.Subjek (FN)Predikat (Frasa Kerja)

Kata bantu aspekKata adjektif keterangan waktuFrasa kerja tak transitif berpelengkap

Ibu Bawang Merahsudahlamameninggal dunia.

Contoh ayat : Bawang Merah tampak lebih jelita.Subjek (FN)Predikat (Frasa Kerja)

Kata kerja transitif berpelengkapKeterangan (Kata bilangan + Kata adjektif sifatan)

Bawang Merahtampaklebihjelita.

Mengikut pecahan konstituen di atas, ayat dasar ini merupakan contoh ayat dasar pola 2 yang terdiri daripada subjek frasa nama dengan predikat frasa kerja. Seterusnya merupakan contoh binaan ayat daripada kombinasi pola 3 iaitu subjek frasa nama dan predikat frasa adjektif.

Contoh ayat : Bawang Merah tidak pernah tamak.Subjek (FN)Predikat (Frasa Adjektif)

Kata nafiKata bantu aspekKata adjektif sifatan

Bawang Merahtidakpernahtamak.

Melalui analisis ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan ayat tunggal yang digunakan terbina daripada pola ayat 2 dan 3. Tiada kombinasi pola ayat dasar 1 dan 4 yang didapati dalam data kajian ini.

7.2 Ayat TunggalTatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 439) merujuk ayat tunggal sebagai ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek, dan satu konstituen predikat. Oleh itu, ayat tunggal dan ayat majmuk terbit daripada ayat dasar. Menurut Tatabahasa Dewan lagi, binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar. Lantas, untuk membezakan antara ayat tunggal dan ayat dasar adalah dengan memahami bahawa ayat dasar terdiri daripada jenis ayat penyata sahaja, manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis ayat perintah, ayat tanya, serta ayat seruan selain daripada ayat penyata. Ayat bahasa Melayu pula boleh dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya. Empat jenis ayat itu ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Jenis ayat yang pertama ialah ayat penyata. Ayat penyata merupakan ayat yang digunakan dengan maksud membuat suatu penyataan. Tujuan ayat penyata adalah untuk menyatakan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata ini juga turut dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Terdapat banyak sekali jenis ayat yang berbentuk ayat penyata dalam teks kajian ini. Hal ini demikian kerana teks kajian ini merupakan sebuah karya cerpen ataupun teks sastera yang harus menggunakan ayat-ayat penyata untuk menerangkan jalan ceritanya. Antara contoh bagi ayat penyata yang dapat dijumpai dalam teks ini ialah, Dia selalu pergi berdagang. Tujuan ayat penyata ini ialah untuk menceritakan dan memberi keterangan tentang watak dia iaitu ayah kepada Bawang Merah yang sering pergi berdagang. Jenis ayat yang kedua pula merupakan ayat tanya. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan atau mengemukakan sesuatu pertanyaan. Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Dua jenis ayat tanya itu ialah ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya.Pertama sekali, ayat tanya tanpa kata tanya merupakan ayat yang selalunya digunakan atau diucapkan dengan nada suara yang tinggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Nada tanya yang tinggi ini dapat dilambangkan oleh tanda soal ? dalam tulisan. Salah satu contoh bagi jenis ayat tanya tanpa kata tanya dari petikan ialah Boleh saya mendengarnya lagi?.Jenis ayat tanya yang kedua pula ialah ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya dengan unsur tanya merupakan ayat tanya yang mengandungi unsur tanya atau soalan-soalan seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat tanya dengan unsur tanya ini dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu ayat tanya dengan kata tanya, ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Golongan ayat tanya dengan unsur tanya yang pertama ialah ayat tanya dengan kata tanya. Ayat seperti ini mengandungi kata tanya seperi berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa. Beberapa contoh ayat tanya dengan kata tanya dari petikan ialah Siapa pula yang menyanyi tadi? dan Bagaimana saya mahu mendapatkannya, bu?. Perkataan seperti siapa dan bagaimana ini merupakan kata tanya dalam ayat-ayat tersebut.Golongan ayat tanya dengan unsur tanya yang kedua pula ialah ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. Jenis ayat seperti ini mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Contoh ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dari petikan ialah Buaian emas ini siapa yang punya?. Akhir sekali, golongan ayat tanya dengan unsur tanya yang ketiga ialah ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Ayat jenis ini mengandungi frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya.Jenis ayat yang ketiga ialah ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Lazimnya, kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya digugurkan untuk melambangkan atau menunjukkan perintah. Ayat perintah boleh digolongkan kepada empat jenis iaitu ayat perintah suruhan, ayat perintah larangan, ayat perintah silaan dan ayat perintah permintaan. Salah satu contoh yang terdapat dalam petikan yang dipilih ialah Jangan menangis Bawang Merah. Contoh ini merupakan sebuah ayat perintah jenis larangan yang telah dilembutkan dan dialas sehinggakan bersifat pujukan. Contoh ayat tersebut ialah untuk melarang dan memujuk Bawang Merah agar berhenti menangis. Jenis ayat yang terakhir ialah ayat seruan. Ayat seruan merupakan ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, sakit dan sebagainya. Biasanya dalam tulisan, tanda seru diletakkan di akhir ayat untuk menggambarkan intonasi seruan yang sesuai dengan keadaan perasaan yang dialami. Salah satu contoh ayat seruan yang terdapat dalam petikan ialah Biar emak masak gulai lemak!. Tanda seru dalam ayat ini menggambarkan intonasi seruan. Tanda seru ini tidak didahului dengan kata seru seperti wah, amboi, eh, aduh dan sebagainya.

7.3 Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan merupakan ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa bebas yang dijadikan satu. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2003), ayat majmuk gabungan adalah ayat majmuk hasil daripada penggabungan dua klausa atau lebih, sehingga ayat yang baharu itu mengandungi dua klausa atau lebih. Selain daripada itu, dua klausa atau lebih itu masing-masing mempunyai kedudukan yang setara dan klausa yang satu lagi bukan merupakan bahagian daripada klausa yang lain dan tidak menduduki fungsi tertentu bagi klausa yang lain.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 498), ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Dua ayat boleh juga disambungkan tanpa adanya tambahan kata hubung. Apabila ayat seperti ini terjadi, nada intonasi suara berfungsi sebagai penanda. Contoh ayat seperti ini ialah : Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri kami.

Pembentukan Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk ini dibentuk dengan menggunakan kata hubung seperti dan, lalu, serta dan lagi. Contoh ayat majmuk gabungan ialah Bawang Merah mengambil timba dan pergi ke perigi. Dalam contoh ini, kata hubung dan telah menjadi penyambung dua ayat yang menghasilkan ayat majmuk.

Bawang Merah mengambil timba dan Bawang Merah pergi ke perigi merupakan dua ayat tunggal yang berbeza namun disambungkan kedua ayat tunggal tersebut menjadi satu ayat majmuk dengan tambahan kata hubung dan. Hal ini dapat dicerakin secara ringkas seperti berikut:

Ayat 1: Bawang Merah mengambil timbaAyat 2: Bawang Merah pergi ke perigiKata Hubung: danAyat Majmuk: Bawang Merah mengambil timba dan pergi ke perigi.

Apabila kedua-dua ayat ini menjadi ayat majmuk, hanya satu kata nama sahaja yang akan diambil dan kata nama kedua mengalami pengguguran. Maka dari itu kata nama Bawang Merah akan hanya terdapat satu dalam ayat tersebut.

Jenis GabunganAyat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggunaan kata hubung yang berbeza ini sekurang-kurangnya menghasilkan tiga jenis gabungan utama. Tiga jenis gabungan tersebut ialah yang pertama, gabungan yang susunan faktanya berurutan, yang bermaksud satu demi satu. Ayat tersebut dibentuk dengan kata hubung lalu, dan, serta dan sambil. Contoh ayat ialah Dia memandang saya sambil tersenyum.Jenis gabungan kedua ialah gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan: tetapi, sebaliknya dan melainkan. Contoh ayat ialah Abangnya rajin tetapi adiknya pemalas. Seterusnya gabungan yang ketiga pula ialah gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih dan menggunakan kata hubung yang berpasangan: lebih baik daripada, sama ada atau, dan apakah ataupun. Contoh ayat ialah Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.

7.4 Ayat Majmuk PancanganAyat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu: (i) Ayat relatif. (ii) Ayat komplemen. (iii) Ayat keterangan.Teks ini hanya terdapat ayat relatif dan juga ayat keterangan. Tiada ayat komplemen dijumpai oleh kerana penggunaan kata hubung untuk di dalam teks ini merupakan kata hubung keterangan tujuan.i. Ayat RelatifAyat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang. Binaan ayat yang mempunyai klausa utama dengan klausa kecil yang lain, seperti contoh yang berikut:a. Hanya ada sehelai tikar mengkuang yang sudah koyak rabak.b. Bawang putih yang mencurinya.c. Seekor ikan kaloi, yang bersisik bersinar-sinar sedang melihatnya.d. Mereka tidak percaya apa yang mereka lihat.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat relatif merupakan ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang. Abdullah Hassan (2006) pula berpendapat maksud relatif ialah berkaitan dengan kata nama yang diterangkannya.Dalam ayat majmuk pancangan relatif, terdapat klausa utama dan klausa relatif. Hal ini dapat diterangkan seperti berikut:

Analisis ini memperlihatkan klausa utama iaitu:1. Seekor ikan kaloi sedang melihatnya

Sehubungan itu, klausa relatif yang terdapat dalam analisis ini ialah:2. Seekor ikan kaloi bersisik bersinar-sinar

Kata relatif yang dipancangkan ke dalam ayat ini dan bertindak untuk menggantikan subjek dalam klausa relatif iaitu seekor ikan kaloi lantas menghasilan ayat majmuk relatif berikut:

Seekor ikan kaloi yang bersisik bersinar-sinar sedang melihatnya.

ii. Ayat keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan pada predikat. Ayat majmuk ini terdapat dua ciri, iaitu pertama, adanya ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri, dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil (misalnya hingga, walaupun, namun, dengan, dan untuk). Ayat kecil ini disebut ayat keterangan. Hubungan antara ayat ini adalah seperti yang berikut:

Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya. Terdapat sembilan jenis keterangan, tetapi hanya empat jenis dijumpai dalam teks ini iaitu keterangan akibat, pertentangan, cara dan tujuan.

i. Keterangan akibat Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan akibat adalah seperti hingga dan sehingga. Contohnya:Mereka hidup bahagia hingga ke anak cucu

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk pancangan keterangan akibat yang disambungkan dengan kata hubung hingga. Ayat pertama ialah Mereka hidup bahagia sementara ayat yang kedua ialah Mereka hidup ke anak cucu. Ayat yang kedua ini merupakan ayat keterangan yang dipancangkan ke dalamnya. Dalam hal ini, Mereka hidup dalam ayat kedua digugurkan oleh sebab dalam kedua-dua ayat merujuk kepada orang dan kata kerja yang sama.ii. Keterangan pertentangan Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, dan sedangkan. Contohnya:a. Namun ikan kaloi tidak juga timbulb. Namun, buaian itu tidak bergerak.c. Ibu tirinya tidak suka bawang merah berkawan, walaupun hanya seekor hanya seekor ikan

iii. Keterangan cara Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contohnya:Bawang merah pulang dengan kesedihan

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk pancangan keterangan cara yang disambungkan dengan kata hubung dengan. Ayat pertama ialah Bawang Merah pulang sementara ayat yang kedua ialah Bawang Merah kesedihan. Ayat yang kedua ini merupakan ayat keterangan iaitu Bawang Merah kesedihan, dipancangkan ke dalamnya. Dalam hal ini, Bawang Merah dalam ayat kedua digugurkan oleh sebab Bawang Merah dalam kedua-dua ayat merujuk orang yang sama.

iv. Keterangan tujuan Keterangan tujuan ialah unsur yang maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi. Contohnya:Ibu tirinya merampas hadiah untuk Bawang Merah

Ayat Majmuk

Ayat 1KHAyat 2

FSFPFSFP

FNFKObjFNFN

Ibu Bawang MerahKKhadiah ituuntukHadiah ituIntiPen

merampashadiahBawang Merah

Penyusunan semula

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk pancangan keterangan tujuan yang disambungkan dengan kata hubung untuk. Ayat pertama ialah Ibu Bawang Merah merampas hadiah itu sementara ayat yang kedua ialah Hadiah itu hadiah Bawang Merah. Ayat yang kedua ini merupakan ayat keterangan yang dipancangkan ke dalamnya. Dalam hal ini, objek predikat ayat pertama dan subjek predikat ayat kedua digugurkan dan proses penyusunan semula kata hubung untuk. Sebelum ayat ini adalah mengenai pemberian hadiah itu adalah daripada bapa Bawang Merah.

7.5 Ayat Majmuk CampuranAyat majmuk campuran merupakan ayat yang biasanya panjang kerana terkandung beberapa jenis ayat di dalamnya. Menurut Abdullah Hassan (2006), ayat majmuk campuran adalah ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, atau campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk pancangan.Berdasarkan Nik Safiah Karim (2008: 519), ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ia terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Berikut diberikan dua buah ayat majmuk campuran dan analisisnya berdasarkan teks pilihan:

1. Ayat majmuk campuran yang terdiri daripada ayat majmuk gabungan dan ayat keterangan waktu.

Ayat majmuk campuran yang dimaksudkan oleh penyata di atas dapat dilihat daripada contoh berikut:

Setelah dipukul, dia disuruh mengangkat air dan kayu api.

Ayat yang di atas mengandungi satu ayat majmuk gabungan dan satu ayat keterangan waktu yang menjadi komponennya. Binaan ayat tersebut dapat dianalisa dalam bentuk rajah pohon berikut:

Berdasarkan rajah pohon,ayat tungga; yang terdapat dalam ayat majmuk campuran ini dapat dicerakinkan seperti berikut:Ayat 1: Dia dipukulAyat 2: Dia disuruh ibunya.Ayat 3: Dia mengangkat air.Ayat 4: Dia mengangkat kayu api.Kata hubung 1: danKata hubung 2: , (tanda baca)

i. Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan yang terdapat dalam ayat ini terdiri daripada komponen berikut :Ayat 3: Dia mengangkat airAyat 4: Dia mengangkat kayu apiKata hubung: danAyat majmuk gabungan yang dibentuk oleh gabungan tersebut ialah:

Dia mengangkat air dan kayu api.

Kedua-dua ayat digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan. Setelah itu, proses pengguguran berlaku pada bahagian yang sama iaitu frasa nama dia dan frasa kerja mengangkat.

ii. Ayat Majmuk Keterangan Waktu Ayat keterangan waktu diwakili oleh dua ayat berikut:Ayat 1: Dia dipukul Ayat 2: Dia disuruh ibunya.Kata Hubung: Setelah (keterangan waktu)

Proses penyusunan semula berlaku dengan penambahan kata hubung keterangan waktu setelah di bahagian hadapan ayat. Pada waktu yang sama, pengguguran pula berlaku pada bahagian yang sama iaitu kata ganti nama dia untuk menghasilkan ayat majmuk campuran bersama komponen ayat gabungan.

2. Ayat majmuk campuran yang terdiri daripada ayat majmuk keterangan syarat dan ayat majmuk gabungan.

Ayat majmuk campuran kedua yang dapat dikesan dalam petikan ialah ayat majmuk campuran yang terdiri daripada ayat majmuk keterangan syarat dan ayat majmuk gabungan. Ayat majmuk campuran yang dimaksudkan oleh dapat dilihat daripada contoh berikut:

Ayat tunggal yang dapat dicerakinkan daripada raja pohon di atas adalah seperti berikut:Ayat 1: Ikan kaloi timbulAyat 2: Bawang Putih menangkap ikan kaloi.Ayat 3: Bawang Putih membawa ikan kaloi pulang

i. Ayat majmuk gabunganAyat majmuk gabungan dapat dilihat pada contoh ayat berikut:Ayat 1: Bawang Putih menangkap ikan kaloi.Ayat 2: Bawang Putih membawa ikan kaloi pulang.Kata hubung: danAyat majmuk gabungan yang dapat dihasilkan daripada contoh tersebut ialah:

Bawang Putih menangkap ikan kaloi dan membawanya pulang.

Kedua-dua ayat digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan. Setelah itu, proses pengguguran berlaku pada bahagian yang sama iaitu kata nama ikan kaloi dan Bawang Putih.

ii. Ayat Majmuk Keterangan SyaratAyat majmuk keterangan syarat terdiri daripada komponen berikut:Ayat 1: Ikan kaloi timbulAyat 2: Bawang Putih menangkap ikan kaloi dan membawanya pulang.Kata Hubung: apabila (keterangan syarat)

Proses penyusunan semula berlaku ketika menghasilkan ayat majmuk campuran ini. Kata hubung keterangan waktu apabila ditempatkan pada permulaan ayat. Kemudian, perkataan kaloi dalam ikan kaloi digugurkan dalam ayat majmuk campuran yang telah dihasilkan seperti berikut:

Apabila ikan Kaloi timbul, Bawang Putih menangkap ikan itu dan membawanya pulang.

8.0 RumusanSecara keseluruhannya, struktur binaan ayat dalam cerita rakyat Bawang Putih, Bawang Merah menampakkan penggunaan ayat-ayat yang telah melalui proses pengguguran, peluasan, dan penyusunan semula. Dalam menentukan sebab berlakunya proses-proses ini, perlu difahami bahawa teks ini merupakan cerita rakyat yang pada awalnya, disampaikan dari satu generasi ke generasi seterusnya melalui lisan. Oleh itu, penggunaan bahasa ringkas dan struktur ayat bahasa lisan banyak mempengaruhi asas binaan ayat dalam data yang dikaji.Pelanggaran tatabahasa banyak berlaku terutamanya pengguguran subjek atau predikat yang dilakukan. Pelanggaran tatabahasa ini memainkan fungsi licensa peotica yang memperlihatkan unsur estetika dalam karya sastera. Unsur estetika ini membolehkan pembaca mendalami selain dihiburkan dengan kelainan bahasa yang digunakan, secara tidak langsung, memaparkan penggunaan gaya tersendiri bahasa lisan masyarakat pada zaman itu.

18Bibliografi

Asmah Hj Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan et al., 2006. Sintaksis. Selangor: PTS Professional Pub.

Ahmad Khair Mohd Nor, 2003. Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.

Gaya Dewan Edisi Ketiga, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana, 2007. Teras Sastera Melayu Tradisional. Singapura: UTS Printing & Enterprise.

Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh, 2002. Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications. (tiada muka surat)

Lampiran A

Lampiran B

Ayat tunggal1. Ibu bawang merah sudah lama meninggal dunia. (FN + FK)2. Bawang merah hanya dapat makan sisa. (FN + FK)3. Dia menangis kesedihan. (FN + FK)4. Dia selalu pergi berdagang. (FN + FK)5. Bawang merah dimarahi. (FN + FK)6. Bawang merah menjenguk ke dalam perigi. (FN + FK)7. Ibu tirinya pandai bermuka dua (FN + FK)8. Ibu tirinya selalu merampas hadiah untuk b m (FN + FK)9. Bawang merah tampak lebih jelita (FN + FK)10. Bawang putih yang mencurinya (FN + FK)11. Kedua-dua beradik itu kini meningkat remaja (FN + FK)12. Bawang putih mengadu kepada ibunya. (FN + FK)13. Bawang putih berasa hairan. (FN + FK) 14. Bawang putih pulang dengan kesedihan. (FN + FK) 15. Dia tidak makan gulai ikan itu. (FN + FK)16. Dia memanggil ikan kaloi. (FN + FK)17. Bawang merah tidak pernah tamak (FN + FA)18. Putera mahkota geli hati (FN + FK)19. Bawang merah sedang memetik bunga di tepi sungai. (FN + FK)20. Muka kedua-dua beranak pucat. (FN + FK) -- kelihatan pucat21. Bawang putih lupa mengambil air. (FN + FK)22. Biar emak masak gulai lemak! (Ayat Seruan tanpa kata seru)Ayat ini tidak menggunakan kata seru. Walau bagaimanapun, tanda seruan yang digunakan bertujuan untuk menunjukkan ketegasan ibu Bawang Putih yang berdendam terhadap Bawang Merah. 23. Jangan menangis Bawang Merah. (Ayat Larangan yang dilembutkan)Jangan digunakan sebagai larangan agar Bawang Merah tidak menangis. Sering kali membawa nada yang kasar, jangan juga boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel -lah yang tidak wujud dalam ayat ini. Walau bagaimanapun, jangan dalam ayat ini berunsur pujukan dan sepatutnya berbentuk berikut : Janganlah menangis Bawang Merah. 24. Siapa itu? (Ayat Tanya dengan Kata Tanya)25. Timbullah. (Ayat Perintah Silaan/ Ayat Perintah Permintaan)26. Besok kamu pergi ke perigi dan tangkap ikan kaloi itu. (Ayat Perintah Suruhan)27. Bagaimana saya mahu mendapatnya, bu? (Ayat Tanya dengan kata tanya)28. Jangan bimbang, semut akan menolongmu. (Ayat Perintah Permintaan -- hlm 452)29. Boleh saya mendengarnya lagi? (Ayat Tanya)30. Sekarang beritahu saya siapa sebenarnya yang menyanyi tadi.Beritahu saya sekarang. -- kata kerja + obj + unsur keterangan (hlm 399) -- ayat perintah31. Siapa sebenarnya yang menyanyi tadi. (Ayat tanya tanpa tanda tanya)

Ayat Tunggal Jenis Ayat Larangan/Silaan/Permintaan:

1. Jangan menangis Bawang Merah. [Ayat larangan yang bersifat pujukan. Tidak boleh dikategorikan sebagai Ayat Permintaan kerana Ayat Permintaan perlu berunsur positif. -- Tolong jangan menangis Bawang Merah (salah) -- hlm 451]2. Jangan bimbang, semut akan menolongmu. (Ayat larangan)a. Awak jangan bimbang.b. Semut akan menolong awak

Ayat Tunggal Jenis Ayat Seruan:1. Biar emak masak gulai lemak!

Ayat Tunggal Jenis Ayat Tanya:1. Bagaimana saya mahu mendapatnya, bu?2. Siapa pula yang menyanyi tadi?3. Buaian emas ini siapa yang punya?4. Boleh saya mendengarnya lagi? (ayat tanya tanpa kata tanya)5. Siapa itu?6. Sekarang beritahu saya siapa sebenarnya yang menyanyi tadi.

Ayat Suruhan1. Ikan kaloi, ini Bawang Merah. Timbullah. -- Timbullah ikan kaloi, ini Bawang Merah.2. Besok kamu pergi ke perigi dan tangkap ikan kaloi itu. (Ayat suruhan -- hlm 448)a. Esok kamu pergi ke perigi.b. Esok kamu tangkap ikan kaloi itu.

Ayat Ayat Majmuk GabunganDan, atau, tetapi, serta, lalu, lagi, malahan, sambil, kemudian.1.Ayahnya berkahwin lain dan dia mendapat seorang adik tiri Ayahnya + berkahwin lain. Dia + mendapat seorang adik tiri.2.Bawang putih dapat makan sedap, tidur atas tilam empuk dan pakai baju yang cantik Bawang putih + dapat makan sedap Bawang putih + tidur atas tilam empuk Bawang putih + pakai baju yang cantik3.Tidak ada tilam atau bantal4.Tubuhnya ramping, rambutnya hitam, matanya bulat dan kulitnya kuning langsat Tubuhnya + ramping Rambutnya + hitam Matanya + bulat Kulitnya + kuning langsat5.Bawang merah mengambil timba dan pergi ke perigi Bawang merah + mengambil timba Bawang merah + pergi ke perigi6.Bawang merah mengambil dan memotong kayu api Bawang merah + mengambil kayu api Bawang merah + memotong kayu7. Setelah dipukul dia disuruh mengangkat air dan kayu api (analisis)(campuran)8. Ikan itu terus disiang dan dimasak gulai lemak oleh ibunya Ikan itu terus disiang oleh ibunya Ikan itu dimasak gulai lemak oleh ibunya9.Ibu tirinya dan bawang putih mendengarnya. Bawang putih mendengarnya. Ibu tirinya mendengarnya.10. Tulang itu dibawa ke belakang rumah dan ditanam dekat perigi Tulang itu +dibawa ke belakang rumah Tulang itu +(juga) ditanam dekat perigi11.Baginda menahan tawa dan terus bertitah Baginda menahan tawa Baginda terus bertitah (Tugas perkataan terus sbg komplemen kpd frasa kerja)12.Bawang putih terus menerpa dan terus duduk di atas buaian (analisis) (sbg komplemen kpd frasa kerja)13.Sebatang pohon beringin indah dan rendang tumbuh dekat perigi itu14.Bawang merah menyanyi nyaring dan merdu.15.Timbanya dibuang lalu dia berlari ke buaian itu. Timbanya dibuang. Dia berlari ke buaian itu.16.Tanya putera mahkota lagi17.Kata ibu tirinya berbohong lagi18.Buaian emas itu senget dan berbunyi kreekk krekk krekk 19.Tidak ada tilam atau bantal.

Ayat Majmuk PancanganTerbahagi:1.Ayat relatif ( yang)i. Hanya ada sehelai tikar mengkuang yang sudah koyak rabakii. Seekor ikan kaloi, yang bersisik bersinar-sinar sedang melihatnyaiii. Mereka tidak percaya apa yang mereka lihat

2.Ayat komplemen (untuk, bahawa)i. Ibu tirinya selalu merampas hadiah untuk bawang merahii. Separuh dihidangkan untuk bawang merah 3.Ayat keterangana.Musabab: kerana, oleh sebab, lantaranb.Akibat: hingga sehinggai. Mereka hidup bahagia hinggalah ke anak cucuc.Syarat: sekiranya, andai kata , jikakalau, kalau, jikai. Kalaulah ibu kandungnya masih ada sudah tentu hidupnya lebih gembirad.Waktu: sejak, semenjak, setelah, tatkala, sementara, sewaktu ,ketikae.Pertentangan: walaupun, meskipun, namun, walau bagaimanapuni. Ibu tirinya tidak suka bawang merah berkawan, walaupun hanya seekor hanya seekor ikanii. Bawang putih gemuk, matanya sepet, rambutnya pula jarang-jarangiii. Namun ikan kaloi tidak juga timbuliv. Namun, buaian itu tidak bergerak.f. Harapan: supaya,agar semogag.Cara: dengani. Bawang merah pulang dengan kesedihanii. Dengan senang hati dia turun dari buaian ajaib ituiii. Putera mahkota terpikat dengan bawang merahiv. Selang beberapa purnama, bawang merah pun berkahwin dengan putera mahkotah.Tujuan: untuk demi bagii. Perbandingan: seperti,macam ,seakan-akan,bagaikan

Ayat Majmuk Campuran1. Bawang putih, walaupun berkulit putih tetapi gemuk , matanya sepet , rambutnya pula jarang-jarang. Walaupun ayat majmuk pancangan (ayat keterangan; pertentangan) Tetapi ayat majmuk gabungan2. Dia akan membawa hadiah untuk isteri dan kedua-dua anaknya Untuk ayat majmuk pancangan (ayat komplemen atau ayat keterangan (tujuan) Dan ayat majmuk gabungan3. Setelah dipukul dia disuruh mengangkat air dan kayu api. Setelah ayat majmuk pancangan (ayat keterangan; waktu) Dan ayat majmuk gabungan4. Kata ibunya, ikan kaloi telah ditangguk oleh bawang putih dan kemudiannya digulai oleh ibu tirinya. (kelewahan bahasa) Dan ayat majmuk gabungan Kemudian ayat majmuk gabungan5. Apabila ikan kaloi timbul bawang putih menggangguknya dan membawa ia pulang. Dan ayat majmuk gabungan6. Setelah dipujuk dia pun berbuai sambil menyanyi Setelah ayat majmuk pancangan (ayat keterangan; waktu) Sambil ayat majmuk gabungan7. Kalau ayah bawang merah ada di rumah, bawang merah dengan baik Kalau ayat majmuk pancangan (ayat keterangan; syarat) Dengan ayat majmuk pancangan (ayat keterangan; cara)