bml 3063 sintaksis bahasa melayu

23
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Upload: russ

Post on 23-Feb-2016

57 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU. FRASA. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan , ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih . . Frasa ( samb .). - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BML 3063

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 2: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

FRASA

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Page 3: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Frasa (samb.)

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Contoh:

Bakul sampah (FN) membasuh kain (FK)

di halaman (FSN) sungguh halus (FA)

Page 4: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Jenis-jenis Frasa

4 jenis frasa:Frasa Nama (FN)Frasa Kerja (FK)Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa Nama (FN)

Frasa nama (FN) –boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Page 5: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Frasa (samb.)

Frasa nama boleh berfungsi sebagai subjek dan objek dalam ayat.

Contoh:

Hasni mengusap kucing yang comel itu. FN FN(subjek) (objek)

Page 6: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan FrasaKonstituen Frasa Nama

Kata Nama sebagai unsur intinya. Boleh wujud sendirian atau dengan sederet penerang yang hadir sebelum atau selepas.

1. Pertandingan itu sudah bermula.

2. Pembangunan ekonomi memerlukan sumbangan daripada semua rakyat.

3. Senaman menyihatkan badan.

Page 7: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Frasa Nama (samb.)

Pendapat 1 Unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

KN senaman sebagai pengisi FN boleh diganti oleh kata kerja bersenam:

Bersenam menyihatkan badan.

Merokok kebiasaan ayah.Berolahraga menjadi kegemaran remaja.Putih melambangkan kesucian.

Page 8: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Konstituen Frasa Nama (samb.)

Pendapat 2 Unsur-unsur yang menduduki tempat subjek frasa nama dalam ayat bukan merupakan pengisi sejati, tetapi hakikatnya penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan (elipsis).

(Kegiatan) bersenam menyihatkan badan.(Tabiat) merokok kebiasaan ayah.(Aktiviti) berolahraga menjadi kegemaran remaja.(Warna) putih melambangkan kesucian.

Page 9: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Frasa Nama (samb.)

Kesimpulanfrasa nama pada hakikatnya

dibentuk oleh kata nama, tetapi di peringkat kewujudannya inti frasa nama dapat juga dibentuk oleh kata kerja & kata adjektif.

Page 10: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Frasa Nama (samb.)

Binaan Frasa NamaBinaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sedereten perkataan.

Jenis frasa nama:

Terdiri daripada satu perkataan – inti mewakili seluruh frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penerang.

* Inti - unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili

seluruh frasa itu.

Page 11: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Nama

Inti + Penerang:(keturunan) orang + Melayu(kegunaan) alat + pemadam(penyambut) pengarang + cerpen(jenis) harimau + bintang(kelamin) ayam + jantan(tempat) penduduk + bandar(arah) kawasan + barat(anggota badan) rantai + leher(tenaga p’gerak) seterika + elektrik(perihal/perkara) lesen + perniagaan(milik) rumah + saya(nama khas) planet + Marikh

Page 12: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Nama (samb.)

Inti + penerang bukan namaInti + penentu hadapan: lima + rumahInti + penentu belakang: calon iniInti + penerang KK: mesin + jahitInti + penerang KA: sekolah + rendahInti + penerang KS: surat + dari kampungInti + pen. bil. Ordinal: rukun + kelima

Page 13: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Nama (samb.)

Inti + Inti

Inti + inti (sama erti): tubuh + badankampung + halamanrakan + taulanhamba + abdi

Inti + inti (lawan erti):kerusi + mejatuan + puanteruna + daradatuk nenek

Page 14: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Nama (samb.)

Susunan Konstituen Frasa Nama (Hukum D-M)

Terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen – dahulu & kemudian.

D – diterangkan M (menerangkan).

Unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan yang kedua.

Page 15: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Hukum DM (samb.)

D – diterangkan M (menerangkan)

Orang lelaki kelapa sawitGuru bahasa baju kemeja

*Aminah Restoran *Gigi Klinik *Pos pejabat *gunting rambut kedai

* Inti terletak di belakang.

Page 16: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Nama (samb.)

Kekecualian Hukum D-MPenerang mendahului unsur yang diterangkan – berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan – nama-nama jawatan:

Perdana MenteriPembantu PenyelidikNaib PresidenTimbalan Pengerusi

Page 17: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Penanda Frasa Nama

1. Kepala (Kata Nama) diberi unsur keterangan (kata penerang) sebagai penandanya.

(i) Penerang penentu FN FN

Penentu hadapan: (Bil/Pen bil)) Pen KN KN Pen(a) Lima orang askar telah terkorban.(b) Beberapa pucuk senapang hilang.

Penentu belakang: (KGN tunjuk) lima askar rumah itu(a) Rumah ini bersih. orang(b) Anjing itu menggigit orang.

Page 18: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Penanda Frasa Nama (samb.)

(ii) Kata nama sebagai penerang: (a) Murid sekolah sedang menyanyi.

(b) Hati orang mana kita tahu. (iii) Kata Adjektif sebagai penerang:

(a) Gadis miskin itu rajin. (b) Anjing garang itu menggigit orang.

Page 19: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Rajah Pohon Frasa Nama

FN FN

KN FN KN FA (inti) (Pnrg) (inti) (Pnrg)

KN Adj

murid sekolah gadis miskin

Page 20: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Penanda Frasa Nama (samb.)

(iv) Kata kerja sebagai penerang. (a) Waktu makan pagi ialah pukul tujuh.

(b) Dia tidak meneruskan lagi perbuatan menipu itu. (v) Kata/frasa depan sebagai penerang.

(a) Dia melihat jam di dinding. (b) Keputusan untuk bersara sudah diambil.

(vi) Kata hubung “yang” sebagai penerang. (a) Barang yang baik memang mahal harganya. (b) Tetamu yang dari Jepun itu sudah pulang.

Page 21: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Rajah Pohon Frasa Nama (samb.)

FN FN KN FK KN FS

(inti) Pnrg) (inti) (Pnrg)

KK

waktu makan jam di dinding

Page 22: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

FN

KN KH (inti) (Pnrg)

Rel FA

Adj

murid yang baik

Page 23: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

~ SEKIAN ~