aspek sintaksis

37
LARAS BAHASA MELAYU: ANALISIS LARAS IKLAN DAN LARAS BURSA SAHAM

Upload: gisselle-heng-chee-ying

Post on 24-Jun-2015

403 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aspek Sintaksis

LARAS BAHASA MELAYU: ANALISIS LARAS IKLAN

DAN LARAS BURSA SAHAM

Page 2: Aspek Sintaksis
Page 3: Aspek Sintaksis

Ciri-ciri Keperihalan

Situasi Luaran Kedua-dua laras ini adalah bersifat

sinkronik. Iklan dihasilkan oleh golongan yang

terlibat dalam lapangan perniagaan. Bursa saham diuruskan oleh badan-

badan yang tertentu. Kedua-dua laras dihasilkan oleh

masyarakat terbuka.

Page 4: Aspek Sintaksis

Laras iklan bertujuan mendapat keuntungan semaksimum mungkin.

Laras iklan juga bertujuan melariskan serta memberitahu masyarakat tentang sesuatu barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat.

Laras bursa saham bertujuan mendorong pihak-pihak tertentu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi asalkan mempunyai modal untuk melabur dan sanggup menerima risiko.

Page 5: Aspek Sintaksis

Situasi Persekitarana) Cara Penyampaian

Laras iklan disampaikan melalui saluran media massa seperti televisyen, akhbar dan majalah.

Saluran maklumat penting untuk mendapatkan keuntungan semaksimum yang mungkin.

Laras bursa saham disampaikan melalui media seperti akhbar-akhbar tempatan atau majalah-majalah tertentu.

Laporan harian di akhbar penting bagi pelabur untuk mengetahui keuntungan atau kerugian yang dialami dalam pelaburan.

Page 6: Aspek Sintaksis

b) Hubungan Sosial

o Laras iklan menunjukkan hubungan sosial yang formal iaitu antara peniaga dengan pengguna.

o Peniaga tidak dikenali dan pengguna hanya mengetahui barangan yang diiklankan.

Laras bursa saham menunjukkan hubungan sosial yang formal iaitu antara orang yang menjalankan urusan saham dengan pelabur.

Pelabur tidak mengenali penulis manakala penulis hanya menyampaikan segala fakta yang ingin diketahui oleh pembaca.

Page 7: Aspek Sintaksis

c) Fungsi Sosial Perlakuan Bahasa

Laras iklan dan laras bursa saham tidak mempunyai fungsi sosial

perlakuan bahasa kerana hubungan antara mereka adalah terlalu formal dan tidak terdapat hubungan peribadi.

Page 8: Aspek Sintaksis

d) Bahan yang Diperkatakan

Laras iklan mempunyai nama barangan yang hendak diiklankan untuk maklumat pengguna.

Contoh Forest’s Secret. Terdapat unsur pujukan kepada pengguna

dan pujian untuk barang yang diiklankan.

Laras bahan ekonomi memperkatakan tentang urus niaga dalam bursa saham.

Berbentuk laras ilmiah kerana dirujuk dan digunakan oleh golongan tertentu sahaja .

Page 9: Aspek Sintaksis

Ciri-ciri Linguistik

Page 10: Aspek Sintaksis

Aspek Sintaksis :

Penyongsangan ayat

Page 11: Aspek Sintaksis

a) Menyedari kepentingan air terhadap penjagaan kelembapan kulit, Shu Uemura memperkenalkan rangkaian produk kecantikan muka.

b) Dirumuskan dengan Depsea Water TM dan Vitasea Ferment TM, Depsea Hydrability menggabungkan kuasa semula jadi dengan kebijaksanaan sains untuk menghasilkan penyelesaian kelembapan yang hebat dan membuatkan kulit mendapat kelembapan selama 24 jam dan terasa licin, lembut dan halus.

c) Dengan menggunakan FTE, ia membantu melembapkan kulit dan mempertingkatkannya kembali supaya ia menjadi lembut.

Ayat (a) dan (b) telah mengalami pendepanan frasa kerja manakala ayat (c) telah mengalami pendepanan frasa sendi nama.

Page 12: Aspek Sintaksis

Pengguguran Subjek

Page 13: Aspek Sintaksis

Ayat Tunggal

Ingin memenangi sebuah proton Saga edisi baru?

Dalam ayat di atas, kita sedia maklum bahawa subjek ayat adalah ‘anda’ walaupun subjek ayat tidak dinyatakan.

Page 14: Aspek Sintaksis

Ayat Majmuk

a) Jangan lepaskan peluang mengunjungi Sembilan cawangan Forest’s Secret yang mengambil bahagian.

1) Anda jangan melepaskan peluang mengunjungi Sembilan cawangan Forest’s Secret.

2) Sembilan cawangan Forest’s Secret mengambil bahagian.

Anda jangan melepaskan peluang mengunjungi Sembilan Ø cawangan Forest’s Secret. 

Subjek ayat (a) telah digugurkan dan ayat yang digunakan hanya terdiri daripada predikat ayat. Dalam ayat yang terhasil, imbuhan meN- dalam ayat ini telah digugurkan dan ayat yang paling lengkap sebelum peleburan telah dihasilkan.

Page 15: Aspek Sintaksis

a) Jadikan gaya hidup yang sihat teman anda di samping merebut peluang memenangi hadiah terkumpul yang ditawarkan.

1) Anda menjadikan gaya hidup yang sihat teman anda.

2) Anda merebut peluang memenangi hadiah terkumpul.

3) Hadiah terkumpul ditawarkan.Anda menjadikan gaya hidup yang sihat teman anda.

Ø Anda merebut peluang memenangi hadiah terkumpul.

Ø Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan relatif

yang tidak dinyatakan subjek ayat tetapi kita sedia maklum daripada iklan ini bahawa subjek ayat ialah ‘anda’. Apabila subjek ayat ini diselitkan, ayat majmuk yang lengkap dengan predikat akan terhasil.

Page 16: Aspek Sintaksis

Ayat Majmuk Gabungan

Page 17: Aspek Sintaksis

a) Forest’s Secret turut memasarkan produk kesihatan seperti makanan, kesihatan, kosmetik dan minyak kelapa dara.

1) Forest’s Secret turut memasarkan produk makanan.

2) Forest’s Secret turut memasarkan produk kesihatan.

3) Forest’s Secret turut memasarkan produk kosmetik.

4) Forest’s Secret turut memasarkan produk minyak kelapa dara.

Page 18: Aspek Sintaksis

[Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk makanan] +

Forest’s Secret turut memasarkan produk makanan  [Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk kesihatan] +

Ø turut memasarkan produk kesihatan  [Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk kosmetik] +

Ø turut memasarkan produk kosmetik  [Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk minyak kelapa dara.]

Ø turut memasarkan produk minyak kelapa dara 

Tanda koma

Tanda koma

Tanda koma

dan

Page 19: Aspek Sintaksis

Dalam ayat 1,2,3 dan 4, ketiga-tiganya mempunyai subjek yang sama iaitu frasa nama Forest’s Secret manakala sebahagian predikatnya, iaitu kata kerja memasarkan juga sama.

Oleh itu, subjek dan kata kerja dalam ayat 2, 3 dan 4 digugurkan untuk membentuk ayat majmuk gabungan.

Page 20: Aspek Sintaksis

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan dahi. ] +

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan dahi.

Tanda koma

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan hidung] +

Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan hidung.

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan dagu. ] +

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan dagu

Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan dahi, hidung, dagu, luar sudut mata, pipi, sekitar mulut dan rahang.

Page 21: Aspek Sintaksis

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan luar sudut mata. ] +

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan luar sudut mata.

Tanda koma

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan pipi. ] +

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan pipi.

Tanda koma

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan sekitar mulut. ] +

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan sekitar mulut.

Tanda koma

Page 22: Aspek Sintaksis

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan rahang. ] +

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan rahang.

Tanda koma

Page 23: Aspek Sintaksis

Ayat Majmuk Pancangan

Page 24: Aspek Sintaksis

a) Misalnya, apabila zon kulit pipi mengalami kekeringan, FTE meningkatkan tahap kelembapan di samping mengawal tahap sebum di zon dahi.

1) Zon kulit pipi mengalami kekeringan.2) FTE meningkatkan tahap kelembapan.3) FTE mengawal tahap sebum di zon

dahi.

Ketiga-tiga ayat ini bergabung untuk menghasilkan ayat majmuk pancangan keterangan dengan penggunaan kata keterangan ‘apabila’ .

Page 25: Aspek Sintaksis

b) Peraduan yang julung kali diadakan jenama itu terbuka kepada orang ramai selama empat bulan.

1) Peraduan jenama itu diadakan julung kali.

2) Peraduan jenama itu terbuka kepada orang ramai selama empat bulan.

Penggunaan kata relatif ‘yang’ telah dalam ayat ini telah membentuk ayat majmuk pancangan relatif.

Page 26: Aspek Sintaksis

Ayat Campuran

Page 27: Aspek Sintaksis

a) Keadaan ini secara tidak langsung menjejaskan keseimbangan mikro iklim pada tujuh zon kulit muka sehingga menyumbang kepada masalah kulit termasuk berminyak, kekeringan serta wujud garis halus.

1) Keadaan ini secara tidak langsung menjejaskan keseimbangan mikro iklim pada tujuh zon kulit muka.

2) Keadaan ini menyumbang kepada masalah kulit berminyak.

3) Keadaan ini menyumbang kepada masalah kulit kekeringan.

4) Keadaan ini menyumbang kepada masalah kulit wujud garis halus.

Penggunaan kata keterangan akibat ‘sehingga’ dan kata hubung ‘serta’ telah membentuk ayat majmuk campuran.

Page 28: Aspek Sintaksis

b) Kajian menunjukkan air di dasar laut dalam mengandungi Vitasea Ferment TM, sejenis enzim keupayaan melembap yang disaring daripada organisma hidupan spesies pertama di muka bumi ini dan boleh didapati di kolam air panas 2,000 meter(m) pada permukaan laut.

1) Kajian menunjukkan air di dasar laut dalam mengandungi Vitasea Ferment TM.

2) TM, sejenis enzim keupayaan melembap.3) TM disaring daripada organisma hidupan

spesies pertama di muka bumi ini.4) TM boleh didapati di kolam air panas 2,000

meter(m) pada permukaan laut.

Penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata hubung ‘dan’ telah membentuk ayat campuran.

Page 29: Aspek Sintaksis

Unsur Pujukan kepada Pembeli

a) Mudah saja, beli barangan Forest’s Secret bernilai RM50 minimum, anda mungkin antara peserta yang bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik peraduan Beli dan Menang Forest’s Secret yang dilancarkan bermula 12 Januari yang lalu.

b) Penghidap diabetes sesuai menggunakan gula itu berikutan kuantiti yang sedikit sudah mampu menghasilkan 1001 rasa kerana dengan secubit gula daripada daun Stevia, anda boleh mengadun secawan kopi mahu minuman kegemaran untuk dinikmati segera.

Page 30: Aspek Sintaksis

Unsur Pujian terhadap Barangana) Kulit akan terasa lembap, lega serta

lembut dengan serta-merta.

b) Tekstur yang lembut membolehkan urutan dapat dilakukan dan kulit berasa segar manakala haruman uniknya membuatkan anda berasa rehat.

Page 31: Aspek Sintaksis

Kebanyakan ayat dalam laras bursa saham memaparkan penggunaan ayat majmuk campuran.

Hal ini disebabkan banyak fakta yang diperkatakan dan perlu dijelaskan secara mendalam dan terperinci.

Page 32: Aspek Sintaksis

a) Pada bulan Oktober 2009, Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM masih bertahan pada paras 1200 mata dan terus meningkat hingga mencecah paras 1267.10 mata pada 23 Oktober 2009.

1) Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM masih bertahan pada paras 1200 mata pada bulan 23 Oktober 2009.

2) Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM terus meningkat.

3) Peningkatan ini mencecah paras 1267.10 mata pada 23 Oktober 2009.

  Ketiga-tiga ayat tunggal ini bergabung

untuk membentuk ayat majmuk campuran dengan menggunakan kata hubung ‘dan’ dan ‘hingga’.

Page 33: Aspek Sintaksis

Aspek Leksikal

Iklan Bursa SahamTidak terdapat istilah khusus

Terdapat unsur pujukan dan pujian terhadap pembeli dan juga barangan Hadiah lumayan Licin Lembut Halus

Penggunaan istilah khusus• Keuntungan bersih• Dividen• Rizab• Faedah• Kaedah tukaran• DanaPenggunaan angka-angka tertentu yang mempunyai pengertian tertentu. • 10755 juta unit saham• 27.57 mata• 7.49 peratus

Page 34: Aspek Sintaksis

Ketenunan

Kedua-dua petikan memperlihatkan unsur ketenunan yang berlainan walaupun kedua-duanya mempunyai unsur ini.

Dalam petikan laras iklan, unsur ketenunan yang digunakan ialah dengan mengulang nama barangan yang diiklankan.

Perkataan ‘Forest’s Secret’ diulang-ulang untuk memperlihatkan jenama barangan tersebut yang diiklankan kepada bakal pembeli.

Page 35: Aspek Sintaksis

Dalam petikan laras bursa saham pula, unsur ketenunan yang digunakan ialah bentuk pengulangan beberapa kata penting seperti ‘indeks’, ‘pasaran’ dan ‘pasaran hadapan’.

“Di pasaran saham global, Indeks Dow Jones naik sebanyak 377.27 mata (empat peratus ) kepada 9864.94 mata jika dibandingkan dengan indeks pada akhir minggu sebelumnya. ”

Dalam contoh di atas, kata ‘indeks’ diulang dalam ayat yang sama untuk menunjukkan bahawa aspek yang diperkatakan mempunyai kepentingan dalam urusan bursa saham yang dilakukan.

Page 36: Aspek Sintaksis

Kesimpulan

Oleh itu, jelaslah bahawa kedua-dua laras ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik terutamanya dari aspek sintaksis dan leksikal.

Page 37: Aspek Sintaksis