present sintaksis

Upload: ismanieza

Post on 05-Apr-2018

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    1/29

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

    IDRIS

    SINTAKSIS BAHASA MELAYU

    (BML3063)

    KONSEP SINTAKSIS :

    SISTEM DAN FUNGSI

    PENSYARAH :

    DR. HJ ZULKEFLEE HJ. YAACOB

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    2/29

    KUMPULAN 1

    NORSYAFIFI HJ ABI D20091034177

    SITI KHADIJAH RAZALI D20091034169

    ISMA NIEZA HARUN D20091034164

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    3/29

    PENDAHULUAN

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    4/29

    PENGENALAN

    Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang

    memerlukan pelajar untuk menghasilkan sebuah kajian

    berkaitan dengan konsep sintaksis : Sistem dan Fungsi.

    Perbincangan mengenai konsep sintaksis merangkumi sistemdan fungsi sintaksis dalam ayat yang terdapat dalam buku

    Sosiolinguistik : Wacana PPSMI Dan Yang Indah Bahasa.

    Tugasan ini juga memerlukan penelitian dan menganalisiskandungan teks yang mengandung sistem dan fungsi

    sintaksis dalam ayat.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    5/29

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian atau tugasan ini adalah bertujuan

    untuk :

    Mengenal pasti konsep sintaksis.

    Menganalisis sistem dan fungsi sintaksis yang

    terdapat dalam teks kajian.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    6/29

    BATASAN KAJIAN

    Kajian ini menumpukan pemerhatian kepadakonsep sintaksis : sistem dan fungsi sintaksis

    dalam ayat yang terdapat dalam kandungan teks

    buku Sosiolinguistik : Wacana PPSMI dan Yang

    Indah Bahasa, hasil nukilan Zulkeflee Yaacob, 2011.

    Daripada buku tersebut, pengkaji akan

    menganalisis sistem dan fungsi sintaksis yang

    terdapat dalam kandungan teks tersebut.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    7/29

    TATACARA TUGASAN

    Membaca kandungan teks yang disediakan. Mengesan sistem dan fungsi sintaksis yang

    terdapat dalam kandungan teks mengikut skal

    20. Mengasing maklumat yang diperoleh. Menganalisis maklumat yang diperoleh.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    8/29

    DEFINISI KONSEP

    Bidang sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasayang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat.

    Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan

    ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan

    bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Unsur -

    unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa,

    dan frasa.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    9/29

    HURAIAN DANPERBINCANGAN

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    10/29

    KONSEP SINTAKSIS

    Asal usul perkataan sintaksis ini ialah daripada perkataanYunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yangbererti menempatkan bersama-sama. Oleh itu, secaraetimologi, sintaksis dapat diertikan sebagai menempatkan

    kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kataatau ayat. Kata suntattein ini kemudiannya menjadi syntaxisdalam bahasa Belanda dan syntaxdalam bahasa Inggeris.

    Berdasarkan Abdullah Hassan pula, sintaksis merupakan

    istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimanamorfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang keciliaitu frasa, atau menjadi klausa dan ayat merupakan unitterbesar.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    11/29

    FUNGSI SINTAKSIS

    Istilah fungsi sintaksis sering digunakan dalam tatabahasa.

    Istilah bagi fungsi sintaksis ialah :-

    - Subjek

    - Predikat istilah yang merujuk kepada

    - Objek fungsi kata atau frasa dalam- Pelengkap ayat.

    - Keterangan

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    12/29

    Hashim Hj Musa (1993:148-149)

    menjelaskan bahawa fungsi adalah

    kedudukan kata dalam binaan

    sintaksis, iaitu frasa dan ayat.

    Menurut Bambang (1984:246)

    menyatakan bahawa hubungan unsur

    merupakan hubungan perkataan yang

    terdapat dalam fungsi, iaitu fungsisubjek, predikat, objek dan keterangan.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    13/29

    Secara ringkasnya, fungsi sintaksis ialah hubungan kata atau

    kumpulan kata dengan kata atau kumpulan kata lain yang

    terdapat dalam binaan atau urutan kata atau frasa dalam ayat.

    Contoh :-

    Emak menonton televisyen.

    Perkataan emak ialah unsur frasa nama yang menduduki fungsisubjek ayat, menonton sebagai unsur frasa kerja yang berfungsi

    sebagai predikat, televisyen sebagai unsur frasa nama yang

    berfungsi sebagai objek.

    Lazimnya, kelima-lima fungsi ini tidak hadir atau wujud secaraserentak dalam satu ayat.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    14/29

    Contohnya :

    1. Ibu menyambut kedatangan tetamu dengan gembira.

    2. Budak itu menyerupai abang saya.

    3. Aisyah comel.

    Susunan fungsi sintaksis tidak selalu tetap dengan urutan. Ianya

    boleh terjadi seperti subjek (S), predikat (P), objek(O),

    pelengkap (Pel) dan keterangan (K).

    Fungsi yang agak bebas dalam binaan ayat ialah fungsi

    keterangan.

    Contoh :

    Imran / sedang membaca buku / di bilik.S P O K

    Sedang membaca buku / Imran / di bilik.

    P O S K

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    15/29

    PREDIKAT

    Predikat merupakan fungsi sintaksis yang paling terpenting.

    Predikat sering hadir selepas subjek kerana menjadi bahagianyang menerangkan subjek.

    Contohnya :

    Zainom sangat cantik.

    Petani sedang bersawah.Predikat sering ditandai oleh penggunaan ialah dan adalah, yang

    secara pilihan boleh wujud di antara subjek dan predikat.

    Contohnya :

    Tinggi bangunan itu (ialah) lima tingkat.

    Singapura (adalah) jiran Malaysia yang terdekat.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    16/29

    SUBJEK

    Tatabahasa Dewan (1993) ialah konstituen ayat yang terdiri

    daripada frasa nama yang menjadi judul (fokus) atau unsur yang

    diterangkan.

    Subjek merupakan bahagian yang diterangkan dan merupakan isi

    pembicaraan.

    Contohnya :Nabil menangis.

    Ada dua tempat yang diduduki oleh subjek, iaitu di kiri dan

    kanan dalam binaan ayat.

    Dalam contoh berikut, konstituen yang mendahului frasa nama

    anak Pak Ali dan sedang memasakialah subjek.

    Contoh :

    Dia anak Pak Ali.

    Gadis itu sedang memasak.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    17/29

    OBJEK

    Kehadiran objek dalam struktur ayat ditentukan oleh kata kerja

    transitif yang mengisi fungsi predikat. Objek ialah frasa namayang berada di belakang predikat yang berupa kata kerja

    transitif. Objek berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut

    diubah menjadi ayat pasif.

    Kamal memukul ular.

    Dalam ayat di atas, kata kerja memukul merupakan kata kerja

    transitif yang memerlukan objek iaitu ular. Antar predikat dan

    objek ada hubungan yang erat sehingga kedua-duanya tidakdapat dipisahkan urutannya. Perpindahan letak predikat

    menghendaki pula perpindahan letak objek dalam urutan yang

    tetap. Dengan demikian, binaan yang mengandungi predikat

    dan objek membentuk pola urutan Predikat-Objek (P-O).

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    18/29

    PELENGKAP

    Tatabahasa Dewan (1993:563)-Pelengkap ialah unsur yang

    menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif.

    Pelengkap merupakan bahagian daripada kata kerja yang

    menjadikannya predikat yang lengkap.

    Unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada FN, FK, FA,dan FSN.

    Tempat pelengakap adalah di belakang predikat. Dengan

    demikian, pelengkap dan objek tidak berbeza jika dilihat darisegi ketegaran letaknya setelah predikat.

    Perbezaan yang besar antara kedua-duanya ialah binaan

    berobjek dapat dijadikan binaan pasif, dan objek dalam binaan

    aktif menjadi subjek dalam binaan pasif.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    19/29

    KETERANGAN

    Berfungsi untuk meluaskan atau membatasi makna subjek atau

    predikat. Oleh itu, keterangan berperanan menambah maklumattentang sesuatu peristiwa

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    20/29

    ANALISIS DAN

    PERBINCANGAN

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    21/29

    Halaman Predikat Subjek Objek Pelengkap Keterangan1 2 2 1 1 120 4 4 3 2 240 3 3 1 1 060 7 7 1 7 280 6 6 1 3 2100 6 6 0 3 1120 6 6 1 2 1140 7 7 3 2 2160 6 6 1 0 0180 2 2 2 1 1

    Rajah 1 : Jadual Analisis Fungsi Sintaksis.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    22/29

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    1 20 40 60 80 100 120 140 160 180

    Predikat

    Subjek

    ObjekPelengkap

    Keterangan

    Graf yang menunjukkan fungsi sintaksis dalam kandungan teks.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    23/29

    DAPATAN KAJIAN

    Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati penggunaan fungsi subjek

    dan predikat banyak digunakan dalam teks yang dikaji. Unsur subjek dan

    predikat dalam ayat yang dibina oleh penulis menepati fungsi sintaksis, iaitu

    subjek merupakan bahagian yang diterangkan manakala predikat pula

    bahagian yang menerangkan subjek. Kedua-dua unsur tersebut sangat

    menepati kedudukan atau fungsi sintaksis dengan baik dalam binaan ayat

    dalam kandungan teks tersebut. Hal ini dapat diliht menerusi halaman 60 dan

    140.

    Sementara, fungsi sintaksis yang mencatatkan penggunaan paling sedikit

    ialah unsur objek. Dalam usaha mengesan fungsi objek dalam teks, didapatihanya sedikit sahaja penggunaan objek sebagai unsur selepas predikat.

    Malah, terdapat beberapa halaman yang hampir tidak mempunyai unsur

    objek dalam ayat.

    Analisis Fungsi Predikat

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    24/29

    Analisis Fungsi Predikat

    Kaum bumiputera khususnya masyarakat Melayu di pedalaman Sabah dan

    Sarawak serta sebahagian di Semenanjung termasuk kaum asli, suku kaum

    Melata dan orang miskin yang menjadi warga bumi tercinta ini.

    Halaman 40

    menjadi warga bumi tercinta inimerupakan unsur predikat yang terdapat

    dalam kandungan teks. Unsur ini mengandungi frasa nama sebagai predikat,

    yakni bahagian ayat yang memberikan keterangan dan penjelasan, atau

    menyebutkan sesuatu tentang subjek.

    Analisis Fungsi Subjek

    Kaum yang lemah bahasa Inggeris mustahil dapat menguasai ilmu apalagi

    teknologi.

    Halaman 40

    Kaum yang lemah bahasa Inggeris merupakan unsur perkataan yang

    menduduki fungsi subjek. Pengisi fungsi subjek sebenarnya tidak hanya terdiri

    daripada frasa nama, malah boleh juga berupa frasa kerja atau frasa adjektif.

    Dalam contoh ayat berikut, kata lemah merupakan frasa adjektif yang

    menduduki fungsi subjek.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    25/29

    Analisis Fungsi Objek

    Sebaliknya bantuan dan insentif kerajaan memberi kamus elektronikkepada

    pelajar bukan lagi kamus konvensional berbanding menghabiskan wang

    yang banyak untuk projek PPSMI yang tidak berkualiti itu lebih kos marginal

    dan efektif.Halaman 20

    Berdasarkan contoh ayat berikut, kamuselektronikmerupakan unsur yang

    menduduki fungsi objek dala ayat, yakni frasa nama yang hadir di belakang

    atau selepas predikat yang berupa kata kerja transitif. Predikat dan objek

    mempunyai hubungan yang erat sehingga tidak boleh dipisahkan. Hal ini

    demikian kerana sesuatu ayat tidak akan dianggap gramatis sekiranya salah

    satu antara unsur ini tidak wujud.

    Analisi Fungsi Pelengkap

    Bahkan Melaka menjadi pusat perdagangan luar yang dikunjungi pelbagai

    bangsa walaupun menerima asakan kuasa besar.Halaman 100

    menerima asakan kuasa besar merupakan perkataan yang menduduki

    fungsi pelengkap, yakni unsure yang menjadi pencukup pada sesuatu kata

    kerja tak transitif. Dengan ini, perkataan tersebut merupakan unsur

    pencukup dalam ayat di atas bagi menjadikan ayat tersebut lebih gramatis.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    26/29

    2.2.5 Keterangan

    Persoalan kualiti guru yang tidak mahir bahasa Inggeris tetapi mengajar

    Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris menyebabkan kualiti bahasa itu

    menjadi rendah.

    Halaman 20

    menyebabkan kualiti bahasa itu menjadi rendah

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    27/29

    RUMUSAN

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    28/29

    Dalam ayat terdapat kata-kata yang disusun secara teratur.

    Susunan kata-kata atau frasa dalam ayat mempunyai

    hubungan yang mengaitkannya dengan kata atau frasa yanglain bagi membentuk suatu kesatuan yang bermakna. Kata-

    kata ini juga mempunyai tempatnya yang tertentu dalam

    struktur ayat. Tempat yang diduduki oleh kata atau frasa

    dalam binaan ayat ini mempunyai fungsinya dalam tatabahasa.Fungsi tersebut dikenal sebagai fungsi sintaksis. Jelas bahawa

    bidang sintaksis yang mengkaji persoalan bentuk, struktur dan

    binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam

    penganalisisan sesuatu bahasa.

  • 8/2/2019 Present Sintaksis

    29/29

    SEKIAN TERIMA KASIH