big kertas kerja teknik menjawab soalan

9
KERTAS KERJA PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2013 SJKC MERLIMAU, 77300 MERLIMAU, MELAKA. 1.0 MATLAMAT Sesuai dengan dasar pendidikan kebangsaan yang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai keyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan UPSR. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa. 2.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran bagi mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR kepada murid-murid tahun 6 di SJKC Merlimau.

Upload: prime-mdsbr

Post on 14-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2013

SJKC MERLIMAU, 77300 MERLIMAU, MELAKA.1.0 MATLAMAT

Sesuai dengan dasar pendidikan kebangsaan yang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai keyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan UPSR.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

2.0 Tujuan Mengemukakan Kertas KerjaTujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran bagi mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR kepada murid-murid tahun 6 di SJKC Merlimau. 3.0 PengenalanProgram ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid sekolah kita meningkatkan prestasi masing-masing. Melalui pemerhatian terhadap murid-murid sekolah, kami mendapati murid-murid tahun 6 mempunyai kelemahan yang ketara dalam menjawab soalan peperiksaan. Walaupun mereka memahami subjek yang dipelajari, mereka masih lagi gagal mencapai sasaran sekolah dalam peperiksaaan UPSR.

Justeru, program ini dirancang menjurus kepada penumpuan terhadap kemahiran menjawab soalan sebagaimana yang dikehendaki oleh skema pemarkahan. Biasanya murid menjawab berdasarkan apa yang mereka tahu. Tumpuan diberikan kepada aspek memahami kehendak soalan dan menjawab soalan.4.0 Nama ProgramPROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 20135.0 Kumpulan sasaran Murid-murid Tahun 6 39 orang

6.0 Tempat

Bilik Tayangan SJK( C) MERLIMAU7.0 Rasional Menjayakan Program7.1Murid tidak didedahkan dengan kemahiran belajar yang betul di rumah

7.2Kelemahan murid menguasai skop pembelajaran yang berkaitan.

7.3Murid masih lemah dalam teknik menjawab soalan UPSR.

8.0 Objektif8.1Sebagai Santapan Rohani dalam menuju kecemerlangan UPSR 2013.

8.2Mendedahkan kaedah sebenar menjawab soalan peperiksaan kepada murid -murid.

8.3Melatih murid-murid menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan dan skema pemarkahan.

8.4Mendedahkan kepada murid dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan.

8.5Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri murid- murid ke arah mencapai kejayaan dalam 2013.

8.6Membina keyakinan diri murid-murid.

8.7Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan dengan tepat.

8.8Mengembeling semua sumber tenaga murid, guru dan sekolah ke arah merealisasikan kecemerlangan UPSR 2013.

9.0 Tarikh Pelaksanaan

TarikhGuruSubjek

26 Jun 13Pn Nadiah Nadhirah ChanBahasa Inggeris

6 Julai 13Pn Wong Lai HonBahasa Malaysia

11 Julai 13Pn Lu Keng FongBahasa Cina

12 Julai 13Pn Tong Yok NewSains

10.0 Anjuran

Jawatankuasa kurikulum sekolah SJKC Merlimau.

11.0 Sumber tenaga Guru-guru 12.0 Jawatankuasa Pelaksanaan Program Penasihat : Pn Gan Ah Nih Pengerusi : Pn. Teo Yok Far (GPK 1) Setiausaha : Cik Tan Bee Kem Bendahari : Pn. Ong Yun Fung AJK : 1. Pn. Pua Chin Yin

2. Pn. Tee Chiew Kheng 2. Pn. Lee Pei Hsia 3. Pn. Ho Chai Reng 4. Pn. Pang Siew Cheng 5. Pn Kuah Sum Neo

6. Pn Lim Sow Chian

7. Pn Pang Su Chin

8. Cik Lian Swee Lee

13.0 Sumber kewangan

PIBG SJKC Merlimau14.0 Anggaran PerbelanjaanBilPerkarakos

1.Bayaran RM 360.00

2.Bahan Fotostat39 orang x RM 2.00 = RM 78.00

Jumlah RM 438.00

15.0 Jadual PelaksanaanTarikh / MasaGuruSekolah

26.06.2013 (Rabu)

1.30 pm 3.30 pmPn Nadiah Nadhirah ChanSJKC Bukit Beruang

6.07.2013 (Sabtu)8 am 10 amPn Wong Lai HonGuru Pesara

11.07.2013 (Khamis)1.00 pm 3.00 pmPn Lu Keng FongSJKC Merlimau

12.07.2013 (Jumaat)

1.00 pm 3.00 pmPn Tong Yok NewSJKC Merlimau

16.0 JAWATANKUASA PENGELOLA16.1 URUSETIA DAN PENDAFTARANa) Pn. Ho Chai Reng

b) Pn. Tee Chiew Kheng16.2 MAKANAN DAN SAJIANa) Pn. Ong Yun Fung

b) Pn. Fauziah bt Hamzah16.3 JURUACARA Cik Lim Siok Ping16.4 SIARAYA DAN TAYANGAN a) Cik Lo Huey Ling

b) Cik Lian Swee Lee

16.5 PERSIAPAN TEMPATa) Pn Pang Siew Cheng

b) Pn. Lee Pei Hsia16.6 HADIAH , SIJIL DAN CENDERAMATAa) Cik Tan Bee Kem

b) Pn Lim Sow Chian16.7 Jurugambar

Pn Pua Chin Yin17.0 Senarai Peserta

1ATILLA AIN AZWA21MUHAMMAD QA'AB BIN JA'FAR

2BENJAMIN LIM WEI JUN22NICKY CHOW WEI XUAN

3BOON KUO HUANG23NUR SUHAIDA BINTI SHAFIE

4CHONG JIN WAH24SEA AI YIN

5CHONG KHANG HUA25TAN HONG MING

6CHU XIN YING26TAN JIAN HENG

7CHUA JIA QI27TAN SING JIAN

8CHUA JIE MEI28TAN SOON XIANG

9ERLINDA LUBIS 29TAY JIA MIN

10GAN BEE KI30TAY YI HONG

11GAU KAI PIN31TE SHI WEI

12GOH CHEER GUAN32TEE ELKER

13HAU WERN CHIEW33TEE TIAM HOCK

14HOW WAN HOCK34TIEW YONG ZHI

15KANAHESWARY 35TOH YE XUAN

16LEE SII YING36TONG HUI YEE

17LIEW YU BIN37VITHIYA A/P TAMIL MANNAN

18LIM CHEE KIONG38WONG KAI WEN

19LIM TIONG HAN39YAP SOON TAK

20LIM YOU KHANG

18.0 Penutup Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2013 ini adalah salah satu program kecemerlangan bagi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah pada tahun 2013. Diharapkan program ini dapat meningkatkan pencapaian murid dengan memberi pendedahan kapada pelbagai bentuk soalan dari pelbagai sumber akan membiasakan mereka dengan soalan-soalan peperiksaan dan membantu mengurangkan rasa takut mereka terhadap soalan peperiksaan. Semoga program ini dapat membantu murid-murid lebih bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi UPSR kelak dan dapat merealisasikan target sekolah untuk mencapai 85% murid lulus dengan sekurang-kurangnya lima orang memperolehi 7A.Disediakan oleh, Disemak oleh, ________________ _________________

(CIK TAN BEE KEM) (PN. TEO YOKE FAR)

Setiausaha, GPK 1, Program Teknik Menjawab SoalanUPSR, SJKC MERLIMAU. SJKC MERLIMAU. Disahkan oleh, ________________

(PN GAN AH NIH )

GURU BESAR

SJKC MERLIMAU.