big fasa3

22
BIL PERKARA M/S 1 ISI KANDUNGAN 1 2 PENDAHULUAN 2 3 RASIONAL DAN OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG 3 4 DOMAIN KANDUNGAN KURIKULUM BIG PPG 3-5 5 PENGENALAN PROGRAM SAYANGI BILIK SAINS ANDA 6 6 TENTATIF PROGRAM 7 7 CARTA ORGANISASI 8 8 ANGGARAN PERBELANJAAN 9 9 SENARAI NAMA PESERTA 10-11 10 LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3/2014 12-13 12 REFLEKSI KENDIRI 14 13 SURAT MENYURAT 15-17 14 LAMPIRAN 18-22 1

Upload: sal-rahman

Post on 21-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

program PPG

TRANSCRIPT

BILPERKARAM/S

1ISI KANDUNGAN1

2PENDAHULUAN2

3RASIONAL DAN OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG 3

4DOMAIN KANDUNGAN KURIKULUM BIG PPG3-5

5PENGENALAN PROGRAM SAYANGI BILIK SAINS ANDA6

6TENTATIF PROGRAM7

7CARTA ORGANISASI8

8ANGGARAN PERBELANJAAN9

9SENARAI NAMA PESERTA10-11

10LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3/201412-13

12REFLEKSI KENDIRI14

13SURAT MENYURAT15-17

14LAMPIRAN18-22

PENDAHULUAN

BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PPG. BIG PPG diperuntukkan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG PPG. Program ini direalisasikan dalam 3 peringkat yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji.

Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru itu guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Semasa pelancaran Hari Guru 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa guru, sebagai barisan hadapan pelaksana agenda pendidikan negara, memainkan peranan amat penting dalam melahirkan modal insan yang terbaik.

1.0 RASIONALProgram Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. 2.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG Program BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

3.0 DOMAIN KANDUNGAN KURIKULUM BIG PPGPembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG PPG) dilaksanakan berasaskan kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Domain kandungan kursus BIG PPG adalah seperti berikut:A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan Mengamalkan tingkah laku terpuji. Mempunyai kemantapan jati diri. Menghayati disiplin diri yang tinggi. Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.

B. Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat. Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu. Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building). Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara. Pembinaan Pasukan. Perkongsian misi dan visi. Kejelikitan berpasukan secara strategik Hidup Berbakti. Kerja sebagai ibadat Kesanggupan dan keikhlasan bekerja Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat

C. Berakauntabiliti dan Amanah Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat. Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran. Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan. Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE)

D. Berdaya Tahan Yang Tinggi Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan. Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang. Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Bijak menyelesaikan masalah Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan

F.Kreatif dan Inovatif Kesediaan menerima idea dan teknologi baru Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecemerlangan. Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global. Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik. Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri

PENGENALAN PROGRAM SAYANGI BILIK SAINS ANDA

Program Sayangi Bilik Sains anda yang dijalankan di Surau Sekolah Kebangsaan Labu Besar melibatkan seramai 20 orang murid-murid dari kelas 5 Cemerlang dan 6 Cemerlang Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan akan diberikan tugasan masing-masing.

OBJEKTIF (i) Dapat membantu pihak sekolah dan panitia Sains membersihkan bilik sains sekolah yang sudah lama tidak dibersikan secara terpeinci.

(ii) Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid apabila mereka melaksanakan tugasan secara berkumpulan.

(iii) Menyemai sikap suka terhadap kebersihan di kalangan murid-murid yang terlibat dengan aktiviti ini.

(iv) Mengeratkan hubungan kerjasama antara guru-guru peserta Program PPG.

TARIKH18 September 2014 / Khamis

MASA 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

TEMPATBilik Sains Sekolah Kebangsaan Matang Paku06150 Ayer Hitam , Kedah.

TENTATIF PROGRAM

MASAPERKARA

8.00 am Pendaftaran

8.30 amSenaman Pagi

9.00 amTaklimat dan Pengagihan Kumpulan

9.30 amSayangi Bilik Sains

12.30 pmRehat / Makan Tengah hari / Refleksi dan Ulasan Aktiviti

CARTA ORGANISASI

PenasihatEn Abd Razak bin Abd Aziz( Guru Besar)

Pengerusi 1En Salahuddin bin Ghazali(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Pengerusi 2En Mohd Yusof bin Phazil (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Pengerusi 3Ahmad Fuad bin Ishak ( Peserta BIG )(Guru Penolong Ko Kurikulum)

Setiausaha Zaripah bt Alshaari

Bendahari Salbiah bt Ab Rahman

AJK Azina bt AliMohd Noor Hisham bin Mohd FaudziHaslina bt Ab. Karim

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA (RM X Unit) JUMLAH (RM)

1.

2. Minum PagiMakanan & minuman - Air mineral - Bihun goreng

Makan Tengah hari-Air oren- Nasi ayam

1 kotak 26 paket

1 balang besar26 bungkus

RM 12 x 1RM 3.00 x 26

RM 20.00RM 3.00

RM 12.00 RM 78.00

RM 20.00RM 78.00

JUMLAH

RM 188.00

SENARAI PENDAFTARAN PESERTA

BilNAMAJ

1NURJEHA AMANI BINTI NOORAZAMP

2NURUL ANIS SYAKIRAH BINTI AHMAD YUSOFFP

3NURUL FARZANA BINTI MOHAMAD ISAP

4NURUL SAKINAH BINTI HASHIMP

5NURUL SYAZWANI BINTI SHAHIDANP

6SITI ASMA DIANA BINTI ABDULLAHP

7NOORHIDAYAH BINTI ADENANP

8NUR AINA MARDHIAH BINTI OTHMANP

9MUHAMMAD ASYRAF BIN MUHAMAD ISAL

10MUHAMMAD AZIM BIN ABDUL RAHMANL

11MUHAMMAD FAIZI BIN MUHAMMAD FADZILL

12NOR IZZATY BINTI AHMAD FAUDZIP

13NUR AYUNI BINTI MOHD YUSOPP

14NUR AZANI BINTI AHMAD SOKRYP

15NUR AZEEMA WAFA BINTI NAZRIP

16NUR FADLIN ILYANA BINTI AMINZAKIP

17NUR HADIRAH BINTI ABD HAMIDP

18NUR MIELA ATIQAH WIYAH BINTI ZAKRIP

19NUR SYAFIRAH BINTI MOHD RODIP

20NUR WAHIDA BINTI MOHD KHIRP

SENARAI NAMA MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN 1NURJEHA AMANI BINTI NOORAZAMNURUL ANIS SYAKIRAH BINTI AHMAD YUSOFFNURUL FARZANA BINTI MOHAMAD ISANURUL SAKINAH BINTI HASHIMNURUL SYAZWANI BINTI SHAHIDANSITI ASMA DIANA BINTI ABDULLAH

KUMPULAN 2NOORHIDAYAH BINTI ADENANNUR AINA MARDHIAH BINTI OTHMANMUHAMMAD ASYRAF BIN MUHAMAD ISAMUHAMMAD AZIM BIN ABDUL RAHMANMUHAMMAD FAIZI BIN MUHAMMAD FADZILNOR IZZATY BINTI AHMAD FAUDZINUR AYUNI BINTI MOHD YUSOPKUMPULAN 3NUR AZANI BINTI AHMAD SOKRYNUR AZEEMA WAFA BINTI NAZRINUR FADLIN ILYANA BINTI AMINZAKINUR HADIRAH BINTI ABD HAMIDNUR MIELA ATIQAH WIYAH BINTI ZAKRINUR SYAFIRAH BINTI MOHD RODINUR WAHIDA BINTI MOHD KHIR

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURUFASA 3 /TAHUN 2014

LAPORAN REFLEKTIFTAJUK: SAYANGI BILIK SAINS ANDA

1. LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Program Sayangi Bilik Sains Anda telah dijalankan di Bilik sains SK Matang Paku pada 18 September 2014 iaitu pada hari Khamis. Pemilihan hari tersebut kerana ianya merupakan hari cuti persekolahan. Murid murid yang terpilih untuk mengikuti program ini terdiri daripada murid-murid dari kelas 5 Cemerlang dan 6 Cemerlang. Seramai 20 orang murid-murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan 17 orang perempuan telah berganding bahu dan bekerjasama dalam aktiviti ini.

Bilik Sains SKMP merupakan bilik khas yang boleh memuatkan 30 orang pelajar pada satu masa. Pada jam 8.00, murid-murid bersiap sedia di depan bilik sains. Taklimat disampaikan oleh rakan saya Azina mengenai tugasan mereka dan aspek keselamatan yang perlu di beri perhatian.

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan berikan kawasan tertentu sebagai tugasan. Kumpulan 1 ditugaskan untuk mencuci kawasan mengambil luar bilik sains, kumpulan 2 ditugaskan untuk membersihkan dalam bilik Sains, kumpulan 3 pula ditugaskan untuk mengecat dan melukis mural.

Setelah selesai taklimat diberi maka murid-murid memulakan tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Setiap kumpulan juga dibantu oleh beberapa orang guru yang juga merupakan peserta Program PPG dari IPG Kampus Perlis. Setelah selesai aktiviti gotong royong maka semua murid dan guru berkumpul di bilik Sains SKMP bagi tujuan upacara penutup. Upacara penutup disempurnakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu saya sendiri. Setelah selesai majlis penutup, semua murid dan guru disajikan dengan sedikit jamuan ringan.

1. Analisis SWOT1. KEKUATAN0. Bilangan murid-murid dan guru-guru mencukupi bagi mengendalikan program khidmat masyarakat.0. Kawasan perlaksanaan program ini sesuai dan selamat.0. Program dijalankan di luar waktu persekolahan dan tiada aktiviti ko-kurikulum mahupun 1M1S. 0. Murid-murid dan guru-guru berpakaian yang bersesuian bagi aktiviti ini.

1. KELEMAHAN1. Tempoh masa perlaksanaan program perlu dilanjutkan supaya lebih banyak aktiviti boleh dijalankan.1. Alatan yang tidak mencukupi.

1. PELUANG2. Sokongan moral pihak sekolah dan PIBG yang kuat.2. Hubungan baik dikalangan peserta program PPG .2. Murid-murid dari kumpulan cemerlang yang terdiri daripada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

1. ANCAMAN3. Hari cuti penggal persekolahan.3. Sebahagian murid pergi bercuti

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah.. bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dapat juga melaksanakan program Bina Insan Guru bagi fasa 3 ini. Dalam BIG fasa ini kami telah melakukan program kemasyarakatan yang bartajuk Sayangi Bilik Sains Anda. Program ini dijalankan di Sk Matang Paku Ayer Hitam, Kedah. Program ini dilaksanakan bersama-sama murid tahun 5 Cemerlang dan 6 Cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 5 cemerlang dan 6 Cemerlang di sekolah ini. Saya juga rasa bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik antara rakan peserta BIG fasa 3 ini. Walaupun ada di antara kami yang terpaksa datang dari jauh kerana tinggal di daerah yang berlainan. Berkat kesungguhan dan keazaman yang tersemai dalam diri setiap peserta membawa kejayaan dalam perlaksanaan program BIG ini. Banyak manfaat yang saya peroleh melalui aktiviti ini antaranya ialah kita perlulah mengadakan perancangan yang teliti sebelum melaksanakan sesuatu program supaya ianya berjalan dengan lancar. Kita perlulah memperuntukkan masa yang cukup untuk membuat sesuatu perancangan. Apatah lagi ditambah dengan beban guru yang semakin hari semakin bertambah dan juga keadaan sekolah yang begitu sibuk dengan pelbagai program lain yang dijalankan, menjadikan masa yang terluang menjadi semakin singkat. Walaubagaimanapun, dengan kesungguhan dan keinginan semua peserta BIG fasa 3 ini sanggup berkorban demi untuk menjayakan program yang telah dirancang ini dengan jayanya. Setelah menamatkan program BIG fasa 3 ini, saya dapati banyak penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk memastikan program seumpama ini lebih berjaya antaranya ialan membuat perancangan dalam jangka masa yang lebih panjang supaya setiap perancangan berjalan dengan lebih baik. Sekiranya tempoh masa program lebih panjang, kita dapat memperuntukkan lebih banyak masa untuk membersihkan dan menceriakan Bilik Sains di sekolah ini. Selain itu, kita juga boleh melibatkan lebih ramai murid supaya mereka sama-sama mencerikan Bilik Sains mereka seterusnya mereka akan menyemaikan rasa saying dan akan terus menjaga kebersihan dan keceriaan Bilik Sains yang dilakukan hasil usaha mereka sendiri.

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG PAKU06150 AYER HITAM KEDAH DARUL AMAN.Tel: 04-7946798skmpaku.ppdkp.gmail.com

KEDAH GEMILANGBil. Kami :SKMP:600/1/20Tarikh : 11 SEP 2014

WARIS MURID,TAHUN 5 CEMERLANG DAN 6 CEMERLANGTuan/Puan,

PROGRAM SAYANGI BILIK SAINS ANDA

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama guru peserta PPG Ambilan Jun 2011 dari IPGM Kampus Perlis akan mengadakan satu program seperti ketetapan berikut:Tarikh: 18 September 2014Hari:KhamisMasa : 8.00 am 12.30 pmTempat : Bilik Sains SKMP2. Diminta kerjasama tuan / puan agar dapat memberi kebenaran kepada anak / jagaan tuan/puan untuk datang ke sekolah untuk menjayakan program tersebut.Kerjasama daripada tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

...(AHMAD FUAD BIN ISHAK)Penolong Kanan KokurikulumSk Matang Paku

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG PAKU06150 AYER HITAM KEDAH DARUL AMAN.Tel: 04-7946798skmpaku.ppdkp.gmail.com

KEDAH GEMILANGBil. Kami :SKMP:600/1/21Tarikh : 1 SEPT 2014

Kepada:Tuan/Puan: _________________________________________MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM SAYANGI BILIK SAINS ANDAAdalah dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:Tarikh:4 Sept 2014 (KHAMIS)Masa:2.00 PETANGTempat:BILIK GERAKAN SKMP

2.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

i. Ucapan Aluan Pengerusiii. Pelantikan Jawatan kuasa Kerjaiii. Rancangan Aktiviti iv. Pembahagian Tugasv. Anggaran Perbelanjaanvi. Hal-hal Lain3.Kesudian tuan/puan/cik menghadiri mesyuarat ini amat dialukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.Harap maklum.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

..(AHMAD FUAD BIN ISHAK)Penolong Kanan KokurikulumSk Matang PakuSEKOLAH KEBANGSAAN MATANG PAKU06150 AYER HITAM KEDAH DARUL AMAN.Tel: 04-7946798skmpaku.ppdkp.gmail.com

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKANRuj. Kami:SKMP 600/03/1/4 Ruj. Tuan:Tarikh:20 Mac 2014

Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,Jalan Behor Pulai,01000, Kangar, Perlis.

Tuan,PEMAKLUMAN MENGADAKAN PROGRAM SAYANGI BILIK SAINS ANDA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2.Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu program seperti di atas akan diadakan berdasarkan maklumat berikut:Tarikh19 Jun 2014

Masa8.00 am - 12.30pm

TempatBilik Sains, SK Matang Paku

FokusAktiviti Gotong-royong

3.Disertakan maklumat guru yang mengikuti Program PPG Ambilan Jun 2011 untuk tindakan tuan:NAMA :SALBIAH BINTI AB RAHMANKELAS:SAINS ANO. MATRIK:0611/24154.Pihak sekolah amat menghargai jasa baik tuan atas keprihatinan dan pertimbangan tuan terhadap aktiviti yang akan dijalankan ini dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..( AHMAD FUAD BIN ISHAK )Penolong Kanan KokurikulumSk Matang Paku4