big close

Upload: jes02

Post on 08-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

camera

TRANSCRIPT

Big CloseShot ini digunakan untuk memaparkan objek secara mikro. Shot ini menampilkan bahagian tertentu daripada keseluruhan imej. Contohnya, semasa merakam video sebuah drama, mata pelakon sahaja difokuskan daripada keseluruhan scene. Objek itu (mata) akan mengisi keseluruhan layar. Close UpShot yang memaparkan objek secara dekat. Objek akan menjadi titik perhatian utama di dalam shot ini. Untuk objek manusia biasanya ditampilkan wajah dari bahu sehingga atas kepala. Contonya dalam rakaman permainan bola sepak, pergerakan bola sahaja diutamakan dan latar belakangnya hanya kelihatan sedikit. Extreme Long Shot (ELS)Shot yang sangat jauh dan menampakkan bidang pandangan yang sangat luas.Kamera mengambil keseluruhan pandangan.Objek lain dan objek lainnya nampak sangat kecil dalam hubungannya dengan latar belakang. Contohnya, dalam Karnival Jom Heboh rakaman menggunakan ELS untuk memaparkan keseluruhan situasi manakala fokus pada orang ramai agak kecil. Long ShotShot yang memaparkan keseluruhan objek. Objek akan didominasi oleh latar belakang yang lebih luas. Shot ini digunakan dalam merakam pemandangan suasana waktu pagi in Kota Kuala Lumpur. Pemandangan keseluruhan Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas.

Medium Long Shot (MLS)Shot yang menampakkan bidang pandangan yang lebih dekat berbanding LS.Objek manusia biasanya ditampilkan dari atas lutut sehingga atas kepala. Dalam rakaman Majlis Watikah Pelantikan, bahagian lutut sehingga atas kepala pelajar semasa menerima sijil difokuskan.

Medium shotShot yang memaparkan kedua-dua subjek dan latar belakang. Objek akan diperlihatkan dari bahagian dada sampai atas kepala. Misalnya, dalam rakaman video ucapan para pelajar cemerlang dalam SPM, bahagian dada sampai atas kepala pelajar diutamakan dan latar belakang dewan sekolah juga difokuskan. Over The Shoulder Shot Shot ini memaparkan orang dari belakang bahu orang lain. Contonya, rakaman menemu bual seorang sindiket dirakam dari belakang bahu wartawan.

Contoh Pengambaran Shot Close Up akan digunakan dalam merakam seorang kanak-kanak bermain membina istana pasir . Kelakuan kanak-kanak semasa membina istana pasir tersebut difokuskan. Selain alatan permainan juga difokuskan manakala latar belakang laut juga dapat dilihat.