bahaskan isu dan cabaran pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di malaysia

8
Bahaskan isu dan cabaran pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia. Sejauh mana pihak NGO terlibat dalam menjayakan program ini dan sambutan daripada setiap peringkat umur. Sukan Sepanjang Hayat dan rekreasi sebenarnya telah bermula seawal tamadun manusia. Aktiviti yang dahulunya diamalkan bagi tujuan peperangan (menunggang kuda, memanah dan berlawan pedang ), mengisi masa senggang ( sepak takraw, memancing dan berenang), kini diadaptasi dalam dunia moden sebagai aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang popular. Pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia telah diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1964 secara rasminya bermatlamatkan menggalakan budaya hidup sihat dan mengatasi masalah berkaitan kesihatan dan sosial dalam kalangan masyarakat juga membangunkan sukan di Malaysia. Sukan sepanjang hayat tidak berfokuskan pertandingan malahan dilaksanakan sebagai medium riadah dan sosialisasi. Matlamat utamanya ialah untuk mengekalkan kecergasan,mengelakkan risiko penyakit sedentari dan medium mengisi masa lapang. Malaysia telah memperkenalkan konsep sukan sepanjang hayat melalui pelancaran Program Malaysia Cergas pada 1983. Melalui program ini,pihak kerajaan telah menyalurkan sejumlah besar peruntukan kewangan kepada jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan massa berimpak tinggi seperti aktiviti kecergasan fizikal, sukan-sukan baru dan aktiviti rekreasi dan riadah.Ia juga mendorong penubuhan beberapa

Upload: maiza-samsudin

Post on 29-Dec-2015

458 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahaskan Isu Dan Cabaran Pengurusan Aktiviti Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Malaysia

Bahaskan isu dan cabaran pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia. Sejauh mana pihak NGO terlibat dalam menjayakan program ini dan sambutan daripada setiap peringkat umur.

 Sukan Sepanjang Hayat dan rekreasi sebenarnya telah bermula seawal tamadun manusia.

Aktiviti yang dahulunya diamalkan bagi tujuan peperangan (menunggang kuda, memanah dan

berlawan pedang ), mengisi masa senggang ( sepak takraw, memancing dan berenang), kini

diadaptasi dalam dunia moden sebagai aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang popular.

Pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia telah diterajui oleh Kementerian

Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1964 secara rasminya bermatlamatkan menggalakan

budaya hidup sihat dan mengatasi masalah berkaitan kesihatan dan sosial dalam kalangan

masyarakat juga membangunkan sukan di Malaysia.

Sukan sepanjang hayat tidak berfokuskan pertandingan malahan dilaksanakan sebagai medium

riadah dan sosialisasi. Matlamat utamanya ialah untuk mengekalkan kecergasan,mengelakkan

risiko penyakit sedentari dan medium mengisi masa lapang. Malaysia telah memperkenalkan

konsep sukan sepanjang hayat melalui pelancaran Program Malaysia Cergas pada 1983. Melalui

program ini,pihak kerajaan telah menyalurkan sejumlah besar peruntukan kewangan

kepada jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti

sukan massa berimpak tinggi seperti aktiviti kecergasan fizikal, sukan-sukan baru dan aktiviti

rekreasi dan riadah.Ia juga mendorong penubuhan beberapa persatuan rekreasi luar yang spesifik

seperti Persatuan Mendaki Gunung Malaysia , Persatuan Kanu Malaysia dan Persatuan

Orienteering Malaysia yang bertanggungjawab membangunkan bidang masing-masing di seluruh

negara . Hasilnya dengan penyertaan yang menggalakan dan dana yang mantap, NGO rekreasi

luar ini telah berjaya melaksanakan aktiviti peringkat antarabangsa seperti Ekspedisi Everest

1997.

 Penubuhan beberapa NGO sukan seperti Majlis Olimpik Malaysia(MOM), Majlis Paralimpik

Malaysia (MPM), Persatuan Bola Sepak Malaysia, Persatuan Hoki Malaysia dan Majlis Rekreasi

Luar Malaysia telah merancakkan lagi pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di

Malaysia. Usaha keras NGO dan kerjasama erat dengan Kementerian Belia dan Sukan dan

Majlis Sukan Malaysia, telah melahirkan atlit ternama seperti Datuk Lee Chong Wei, Padalela

Rinong, Azizul Hasni , Safee Salee dan Shalin Zulkifli

Page 2: Bahaskan Isu Dan Cabaran Pengurusan Aktiviti Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Malaysia

Selain itu , Majlis Kecerdasan Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk terus

meningkatkan bilangan rakyat Malaysia yang aktif, cergas, sihat dan bersatu. Majlis ini yang

merupakan gabungan empat agensi kerajaan, iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian

Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional, menyokong pewujudan budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia pula

dan membolehkan pelaksanaan program pembangunan sukan yang lebih bersepadu dan

terselaras.

Antara cabaran pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia yang agak

terbantut kerancakannya sekitar tahun 2000 adalah akibat krisis global seperti globalisasi,

keruntuhan sistem ekonomi , reformasi sosial dan penglahiran minda baru remaja. Ancaman

pelbagai aktiviti riadah yang lain oleh para remaja seperti X-games, computer gaming, Facebook

dan Twitter menjadikan aktiviti rekreasi dan sukan yang memerlukan kos pengangkutan,

kepakaran serta kecergasan fizikal yang tinggi tidak diperlukan menjadikan pihak NGO rekreasi

luar semakin sepi kerana kegiatan mereka boleh dilakukan di dalam rumah.

Secara umumnya aktiviti sukan sepanjang hayat terbahagi kepada empat kategori iaitu:

(1) sukan kecergasan (aerobik, jogging dan sebagainya),

(2) sukan rekreasi (mendaki gunung, berkayak dll),

(3) sukan dalaman (catur, karom dan sebagainya) dan

(4) sukan riadah (memancing,memerhati burung dan sebagainya).

Dalam kalangan pelajar pula, aktiviti sukan massa

Penganjuran .......................................oleh NGO

Faedah Sukan Massa

Page 3: Bahaskan Isu Dan Cabaran Pengurusan Aktiviti Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Malaysia

Sukan massa merupakan suatu aktiviti sukan yang amat penting dalam kehidupanmasyarakat Malaysia. Selain menjadi aktiviti riadah, sukan massa merupakan medium pembentukan kecergasan dan agen pemupukan gaya hidup sihat. Aktivitisukan massa juga dapat membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysiayang berbilang kaum. Kebelakangan ini, keterlibatan aktif masyarakat Malaysiadalam sukan massa juga telah menggalakkan industri pembuatan alatan sukanseperti pakaian, alatan sukan dan pengurusan program. Pasti di masa hadapan,sukan massa akan menjadi sebahagian penting dalam proses kehidupanmasyarakat di Malaysia

Program Sukan Massa

24.06 Pelbagai aktiviti di bawah program sukan massa terus dilaksana bagi

mewujudkan rakyat Malaysia yang aktif dan sihat serta memupuk perpaduan di

kalangan belia dan mencapai perpaduan negara melalui penyertaan dalam sukan.

Dalam tempoh Rancangan, acara dan aktiviti sukan termasuk sukan tradisional serta

sukan baru seperti sukan ekstrim, mendaki gunung, papan luncur dan sukan bermotor

dianjurkan. Acara tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat

sukan dengan penyertaan seramai 615,000 orang dalam 5,120 aktiviti. Di samping

itu, kempen kesedaran serta program pendidikan kecerdasan dianjurkan bertujuan

untuk mewujud dan mengekalkan gaya hidup sihat. Program kalistenik di tempat kerja

dan taman awam diperkenalkan oleh organisasi sektor awam dan swasta bagi

menambah baik kesihatan dan meningkatkan produktiviti pekerja mereka.

24.07 Majlis Kecerdasan Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk terus

meningkatkan bilangan rakyat Malaysia yang aktif, cergas, sihat dan bersatu. Majlis

ini yang merupakan gabungan empat agensi kerajaan, iaitu Kementerian Belia dan

Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menyokong pewujudan

budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia dan membolehkan pelaksanaan program

pembangunan sukan yang lebih bersepadu dan terselaras.

Page 4: Bahaskan Isu Dan Cabaran Pengurusan Aktiviti Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Malaysia

Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan akan dianjur

untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Usaha tersebut

termasuk program pembangunan kecergasan dan aktiviti luar manakala program baru

berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di

kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup

sihat di kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen,

program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan

diteruskan dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 50 peratus rakyat Malaysia dijangka

terlibat secara langsung dalam aktiviti gaya hidup cergas dan sihat menjelang tahun

2010. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini, sejumlah 24,000

jurulatih dan fasilitator dalam sukan massa akan dilantik dan dilatih melalui kursus

yang akan dijalankan di dalam dan luar negara.

24.19 Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia

terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini,

semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan

digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan

aktiviti ini akan meningkat dan menggalakkan pelancongan sukan dan menyumbang

kepada pertumbuhan industri sukan.

24.20 Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai

dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan

daerah akan dinaik taraf. Langkah akan diambil untuk memastikan penyenggaraan

dan penjagaan kemudahan dilakukan dengan sempurna termasuk penguatkuasaan

peraturan dan prosedur mengenai penggunaan kemudahan tersebut. Di samping itu,

personel terlibat dalam penyenggaraan kemudahan akan diberi latihan berkaitan bagi

Page 5: Bahaskan Isu Dan Cabaran Pengurusan Aktiviti Sukan Sepanjang Hayat Dan Rekreasi Di Malaysia

memastikan mereka cekap dan berupaya untuk mengurus kemudahan tersebut. bagi

menggalak serta memudahkan penyertaan yang lebih ramai dalam sukan pada

peringkat akar umbi, 13 kompleks sukan pelbagai guna peringkat daerah akan dibina.

Pelbagai kemudahan untuk sukan seperti badminton, sepak takraw dan futsal serta

premis untuk mengadakan mesyuarat dan lain aktiviti berkaitan masyarakat akan

disedia di kompleks tersebut. Satu jawatankuasa bagi pengurusan dan penyenggaraan

yang teratur bagi setiap kompleks akan ditubuhkan di setiap kawasan berkenaan.