bahan tutorial sjh3073 2

8
KEMPEN-KEMPEN ANJURAN KERAJAAN MALAYSIA KEMPEN ANTI-MEROKOK, "TAK NAK" Kempen "Tak Nak" telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2009. Kempen itu memberi tumpuan terhadap faktor yang mempunyai kaitan dengan tingkah laku perokok. Kempen ini berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok. Aktiviti Yang Dilaksanakan Antara usaha dan program yang dilakukan Kementerian: Quitline sedia ada di Pusat Racun Negara USM (04-6572924), Pelancaran hotline (03-88894876) bagi perokok mendapat nasihat untuk menghentikan tabiat buruk mereka itu. Jumlah Klinik Berhenti Merokok kerajaan pula telah ditambah daripada 167 pada 2009 kepada lebih 200 pada tahun 2010. 280 kakitangan Kementerian telah dilatih bagi membuat penilaian, memberi kaunseling dan merawat perokok yang ingin meninggalkan tabiat itu.

Upload: reenaz-iena

Post on 21-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

KEMPEN-KEMPEN ANJURAN KERAJAAN MALAYSIAKEMPEN ANTI-MEROKOK, "TAK NAK"

Kempen "Tak Nak" telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2009.

Kempen itu memberi tumpuan terhadap faktor yang mempunyai kaitan dengan tingkah laku perokok. Kempen ini berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok.

Aktiviti Yang DilaksanakanAntara usaha dan program yang dilakukan Kementerian: Quitline sedia ada di Pusat Racun Negara USM (04-6572924), Pelancaran hotline (03-88894876) bagi perokok mendapat nasihat untuk menghentikan tabiat buruk mereka itu. Jumlah Klinik Berhenti Merokok kerajaan pula telah ditambah daripada 167 pada 2009 kepada lebih 200 pada tahun 2010. 280 kakitangan Kementerian telah dilatih bagi membuat penilaian, memberi kaunseling dan merawat perokok yang ingin meninggalkan tabiat itu.Talian hotline kempen: 03-8883 4400Klik di sini untuk maklumat lanjut:

KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI MURNI

Budi Bahasa Budaya KitaKempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya, Orang ramai membuang sampah sesuka hati, Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan, Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan Merokok di kawasan larangan merokok ialah kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam

Senyuman IkhlasMalah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini. Beberapa pakar berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum meluas.

Rakyat Kelas PertamaDapat kita rasakan bahawa ungkapan first class infrastructure, third class mentality itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden. Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas UtamaKepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Nilai-nilai MurniKempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

Aktiviti Yang Dijalankan

1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.

2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.

3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.

5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan FounaMengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', 'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Kempen Budi Bahasa Budaya KitaKini kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.

Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.

Tujuan Kempen Kerajaan merasakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni perlu diadakan kerana sesetengah rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup yang kasar, melanggar peraturan bahasa, membelakangkan adap sopan dan tidak mengendahkan tatasusila. Dan sekiranya dilihat kepada jabatan kerajaan secara khususnya cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai terutamanya oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan kurang cekap, ini seterusnya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang ramai yang berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan. Walaupun rasuah di Malaysia belum sampai ke tahap kritikal tetapi kerajaan mahu membenteras rasuah sebelum ianya menjadi satu gejala yang berleluasa. Kurangnya pemahaman nilai murni serta menjalankan kerja secara jujur dan amanah menyebabkan amalan yang buruk itu terus berleluasa. Stigma yang menyatakan kakitangan kerajaan menerima rasuah telah menyebabkan ramai kakitangan kerajaan malu untuk mengaku bahawa mereka bekerja dengan kerajaan Sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan Malaysia makin terhakis. Memiliki mentaliti kelas pertama amat penting dalam memastikan usaha kerajaan membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Begitu juga jika dilihat kepada infrastuktur kerajaan dengan terdirinya Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ianya berdiri megah dan memukau mata sesiapa yang memandang, dengan segala kemudahan kelas pertama. Bagaimana pula dengan pengisiannya? Menyediakan tenaga kerja dan pegawai kerajaan kelas pertama perlu diperhebat agar ia seiring dengan kemudahan yang ada. Mentaliti kelas pertama dikalangan kakitangan kerajaan ditagih dan nilai-nilai murni perlu menjadi teras kepada mentaliti yang hendak dipupuk. Peranan dan tangungjawab dalam memupuk mentaliti kelas pertama dikalangan kakitangan kerajaan adalah dipikul oleh setiap ketua sesebuah organisasi. Ianya dapat dijayakan dengan dengan memupuk budaya kerja yang terbaik.

Dapatkan buku kecil dengan memuat turun pdf fail ini.

KEMPEN RUKUN NEGARA

Pada 27 Januari 2006, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen Rukun Negara yang merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia.

Objektif Kempen Ia dilaksana berikutan timbulnya kepincangan masyarakat di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat toleransi antara kaum. Segelintir rakyat negara ini seolah-olah mengetepikan perasaan kaum lain dengan mengeluarkan kata-kata berbau perkauman membabitkan pelbagai kepentingan dan isu. Jika ini tidak dihentikan ia boleh merebak.

Melalui penghayatan Rukun Negara, rakyat dapat diingatkan ada perkara yang boleh disentuh dan yang tidak seharusnya diperkatakan. Misalnya isu berkaitan agama, kaum dan kepentingan kelompok. Dalam hal ini Rukun Negara dapat menjadi landasan, tambah beliau.

Aktiviti dan program yang dianjurkan: Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengemukakan cadangan supaya lafaz ikrar Rukun Negara diadakan selepas nyanyian lagu Negaraku dalam semua majlis rasmi kerajaan dan swasta. Ia bagi membolehkan rakyat lebih memahami dan menghayati setiap prinsip Rukun Negara selain lagu Negaraku dalam mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum.

Kempen tersebut akan berlangsung dalam tempoh lima tahun sehingga 2010 secara berterusan menerusi pelbagai pendekatan supaya rakyat negara ini benar-benar memahami setiap prinsip Rukun Negara.

Pameran, ceramah, kuiz, pertandingan penulisan esei, aktiviti sivik dan bengkel kesedaran.KEMPEN KAMI PRIHATIN

Kempen Kami Prihatin

Dilancarkan berdasarkan usaha kerjasama antara KPWKM, Utusan Malaysia, Astro and Karyawan. Majlis akan dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri KPWKM pada 8 April 2010

Tujuan Bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya lebih menghargai dan menyayangi bayi dan kanak-kanak. Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di MalaysiaSasaranSemua lapisan masyarakat.

Konsep kempenkonsep jaya waris iaitu anak orang anak kita.

Aktiviti8 Apr 2010; Majlis Perasmian Kempen Kami Prihatin pada pukul 4 Petang bertempat di Lobi Aras 2, KL Sentral.