isu inklusif - autism

29
Definisi inklusif Stainback dan Stainback (1990) mendefinisikan pendidikan inklusif sebagai mengajar semua kanak-kanak berdasarkan kurikulum yang sama dalam kelas biasa. Beliau juga menyatakan konsep program inklusif ialah setiap pelajar merasakan dirinya dipunyai, diterima, menyokong dan disokong oleh rakan-rakan sebaya serta ahli komuniti sekolah dalam proses untuk memenuhi keperluan pendidikannya. B agi Lyn Gow (1990) pendidikan inklusif bermaksud situasi di mana kanak-kanak kurang upaya belajar bersama-sama rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Upload: azleen-mb

Post on 30-Jun-2015

1.162 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: isu inklusif - autism

Definisi inklusif Stainback dan Stainback (1990) mendefinisikan

pendidikan inklusif sebagai mengajar semua kanak-kanak berdasarkan kurikulum yang sama dalam kelas biasa. Beliau juga menyatakan konsep program inklusif ialah setiap pelajar merasakan dirinya dipunyai, diterima, menyokong dan disokong oleh rakan-rakan sebaya serta ahli komuniti sekolah dalam proses untuk memenuhi keperluan pendidikannya.

Bagi Lyn Gow (1990) pendidikan inklusif bermaksud situasi di mana kanak-kanak kurang upaya belajar bersama-sama rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Page 2: isu inklusif - autism

Definisi autisme Micheal (1990) menyatakan bahawa perkataan

’autisme’ berasal daripada bahasa Yunani iaitu ’autos’ yang bermaksud diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seseorang individu autisme memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga membawa maksud keadaan yang menyebabkan seseorang individu menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Kenner menyifatkan individu sebagai menyendiri atau terasing, berupaya untuk berkomunikasi dengan pergaulan pertuturan, tertarik dengan objek bukan hidup serta tidak dapat bertolak ansur dalam perubahan rutin harian.

NASOM mendefinisikan Autisme sebagai satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam umur 30 bulan pertama seorang bayi. Mereka tidak dapat berhubung secara langsung dan mereka juga mempunyai masalah tingkah laku.

Page 3: isu inklusif - autism

1. Peranan Guru Resos Sebahagian sekolah tidak menyediakan

guru resos untuk membantu murid pendidikan khas yang menjalani program inklusif. Satu tinjauan telah dibuat oleh Vaughn et al.(1994) yang melibatkan 74 orang guru di sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah di Bahagian Tenggara Amerika Syarikat. Kebanyakkan daripada guru-guru tersebut meluahkan perasaan kurang senang terhdap inklusi.

Page 4: isu inklusif - autism

Sungghpun menggabungkan pendidikan khas dan kelas biasa nampak menarik pada luarannya namun perlaksanaannya boleh menimbulkan bebanan yang tidak adil kepada sistem yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan semua murid. Hallahan & Kauffman (1995).

Dalam kajian kes oleh Scruggs & Mastropieri (1996), didapati bahawa 65 peratus guru menunjukkan bahawa mereka menyokong konsep inklusif ini. Menurut Vidovich & Lombard (1998), guru-guru yang faham tentang perlaksanaan inklusif boleh memberi kesan yang besar terhadap perlaksanaannya di sekolah.

Page 5: isu inklusif - autism

2. Peranan Guru Aliran Perdana Guru kelas turut bertanggungjawab untuk

memastikan program inklusif ini berjaya dengan menerima murid autisme yang ditempatkan di kelas mereka. Murid ini sering mengalami masalah komunikasi dan tingkah laku yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Vaughn et al.(1994) Mereka bimbang kesan inklusi ini terhadap beberapa perkara antaranya pencapaian akademik murid sama ada bagi murid di aliran perdana atau masalah pembelajaran, bimbang akan didakwa, beban kerja, masalah-masalah berkaitan perlaksaannya dan bagaimana progam ini akan memberi kesan terhadap peranan mereka di dalam kelas.

Angelides & Charalambous (2005) mendapati kebanyakkan guru biasa memberi pandangan negatif terhadap pendidikan inklusif begitu juga terhadap murid-murid pendidikan khas kerana tidak memenuhi kepentingan mereka.

Page 6: isu inklusif - autism

Blackburn (1997) menjelaskan autisme merupakan satu kecelaruan dalam perkembangan otak sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi bukan satu kerencatan akal walaupun ramai individu autisme menunjukkan fungsi seperti mengalami kerencatan. Mereka biasanya lebih pintar.

Kekurangan ini sering disalah tafsir oleh guru yang tidak memahami murid autisme dengan melabelkan mereka sebagai degil dan tidak boleh diajar.

Page 7: isu inklusif - autism

3. Peranan Ibu Bapa Ibu bapa mulia sedar akan kepentingan dan

keperluan program kelas percantuman dan pendidikan inklusif.

Heflin dan Alaimo (2007) mendapati penempatan kanak-kanak dalam program inklusif kadangkala tidak sesuai kerana terlalu banyak campur tangan (polisi, ibu bapa dsb) yang mempengaruhi keputusan.

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam perkembangan dan pendidikan anak mereka. Mengikut Turnbull dan Turnbull (2001), kolaberasi keluarga yang profesional menunjukkan bahawa ”satu proses yang dinamik di antara keluarga dan para profesional yang seimbang berkongsi sumber (motivasi dan pengetahuan atau kemahiran) untuk membina keputusan bersama”. Keluarga menjalankan perkongsian bersama para professional dan sekolah secara seimbang dan perhubungan tersebut memberikan keuntungan bersama.

Page 8: isu inklusif - autism

4. Pihak Pentadbiran Angelides (2004); Angelides, Stylianou & Leigh (2003),

mendapati bahawa kebanyakkan guru selalunya akan bertindak mengikut bantuan yang diterima dari orang yang lebih tinggi kedudukannya dan Kementerian Pelajaran. Ini berdasarkan kepada guru pendidkan khas bersendirian dan bertindak di atas inisiatif sendiri sedangkan mereka memerlukan sokongan untuk memberikan pendidikan yang lebih berkualiti dan meningkatkan penglibatan kesemua murid.

Dalam kajian tersebut sekolah juga sepatutnya menyediakan lebih daripada seorang guru di dalam kelas. Buat masa sekarang peranan ’pembantu pengiring’ adalah untuk membantu murid-murid dalam aspek keselamatan dan pengangkutan namun peranan mereka boleh diluaskan lagi.

Page 9: isu inklusif - autism

5. Penyesuaian Murid Di Kelas Aliran Perdana Setiap individu autistik ada keunikan tersendiri

dan beberapa tingkah laku yang membuatkan mereka berbeza dengan individu normal. Sebahagian daripada kanak-kanak ini hanya menunjukkan gejala ringan kerana lambat berbahasa tetapi mempunyai masalah lebih serius dalam perhubungan individu lain kerana susah untuk memulakan atau meneruskan komunikasi.

Kanak-kanak autisme memerlukan ’keistimewaan’ berdasarkan kepada keadaan mereka yang unik (Marks 2007). Dalam kajian mengenai program pendidikan inklusif Mumford dan Chandler (2009) berpendapat guru-guru perlu mempunyai pengetahuan dan melaksanakan RPI bagi membantu dan memahami keperluan murid secara individu.

Page 10: isu inklusif - autism

Endelson (1995) berpendapat bahawa 10% individu Autisme yang telah berjaya kerana mempunyai kemahiran yang tinggi dan melebihi ukuran kecerdasan kanak-kanak normal seperti :

Berbakat dalam muzik; boleh bermain piano hanya dengan mendengar sahaja tanpa mempelajari not muzik sebelumnya

Boleh mendarap nombor yang besar hanya di dalam minda tanpa menggunakan pen dan kertas

Dapat menamakan hari bila tarikh terjadinya sesuatu dalam sejarah

Menunjukkan kebolehan dalam tugas yang tidak melibatkan pertuturan seperti ’ assemble puzzle’ dan objek yang memerlukan persepsi penglihatan dan kemhiran manipulatif

Boleh membaca di peringkat awal umur (hyperlexia tanpa arahan walaupun tiada kefahaman)

Page 11: isu inklusif - autism

Menurut Timmer, Eccles dan O’Brien (1985) kumpulan rakan sebaya menjadi sangat penting kepada kanak-kanak semasa di sekolah rendah. Kajian oleh O’Brerman (1998) menunjukkan bahawa aktiviti permainan adalah sangat penting dalam memupuk rakan sebaya di kalangan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka akan lebih akrab dengan rakan-rakan sebaya yang mempunyai minat dan suka kepada aktiviti yang sama.

Page 12: isu inklusif - autism

1. Peranan Guru Resos Kaedah dan strategi tidak diubah suai bagi

memenuhi keperluan murid inklusif. Guru mengajar tajuk yg sama seperti murid biasa dan tidak menggunakan pendekatan individu untuk murid inkluisf. Guru hanya memberi perhatian istimewa kepada mereka sahaja.

Tiada guru resos yang ditempatkan di kelas aliran perdana. Pendidikan inklusif sering mengalami kegagalan kerana jawatan guru resos yang diperlukan untuk membantu guru kelas biasa tiada di peringkat sekolah. Tambahan pula jika guru resos bertukar, naik pangkat, atau bersara tidak diganti.

Page 13: isu inklusif - autism

Disebabkan oleh guru pendidikan khas ditugaskan melaksanakan program inklusif maka adalah penting untuk mengetahui kefahaman dan perasaan mereka berhubung dengan perkara tersebut. Salah satu elemen penting untuk menentukan kejayaan program inklusif adalah sikap positif guru tersebut. (Baker & Zigmond, 1995; Ochoa & Olivarex, 1995; Zigmond & Baker, 1990; Zigmond et al., 1995).

Kanak-kanak autisme memerlukan ’keistimewaan’ berdasarkan kepada keadaan mereka yang unik (Marks 2007). Mereka memerlukan pendidikan secara satu lawan satu untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam intervensi awal (Reed et al. 2007, Weiss dan Delmolino 2006).

Page 14: isu inklusif - autism

Temubual bersama guru PPKI

Nama Guru Pengalaman mengajar

Kelas diajar Murid autisme

Umur Murid

Ngiam Lian Ai 20 tahun Kelas 1

(Kekwa)

Vincent Wong Chee Hong

11 tahun

Norhayati A. Hamid

5 tahun Kelas 2

(Dahlia)

Yap Kei Lun 12 tahun

Azniza 3 tahun Kelas 1

(Kekwa)

Kho Dixion 12 tahun

Mohd Aslam Othman

2 tahun Kelas 1

(Kekwa)

Sun Ji 12 tahun

Nazihah Abdul Halim

5 tahun Kelas 1

(Kekwa)

Soon Chou Wah

11 tahun

Page 15: isu inklusif - autism

Dalam kajian mengenai program pendidikan inklusif Mumford dan Chandler (2009) berpendapat guru-guru perlu mempunyai pengetahuan dan melaksanakan RPI bagi membantu dan memahami keperluan murid secara individu.

Pekeliling Ikhtisas Bil/ 7/2004Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif), Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid (bermasalah pembelajaran) hendaklah di sediakan.

Mumford dan Chandler mendapati penglibatan ahli-ahli profesional dalam pembikinan RPI dapat memberi maklumat dan menyusun strategi merentasi persekitaran dan mengenal pasti segala halangan dalam P& P murid tersebut.

Guru resos ditarik balik ke kelas PPKI kerana dua orang guru cuti bersalin. 11 orang guru adalah bagi 50 murid.

Perkara ini bersesuaian dengan kenyataan Baines et.(1994) mendapati terdapat kelemahan di mana tidak disediakan bantuan yang sepatutnya bagi membantu murid pendidikan inklusif di kelas aliran perdana. Adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk menempatkan murid ini tanpa dibantu.

Page 16: isu inklusif - autism

Temubual bersama guru PPKI dibuat untuk mengenal pasti masalah dan isu yang mereka hadapi untuk melaksanakan program inklusif.

Guru PPKI berpendapat bahawa komunikasi dan tingkah laku yang terkawal amat penting jika ingin menempatkan murid autisme mereka di kelas biasa. Sungguh pun kesemua guru berpendapat murid autisme berhak dan menyokong usaha untuk ditempatkan dalam program inklusif namun ia bergantung kepada kebolehan murid itu sendiri. Ini kerana ada murid yang prestasi akademik dan sosialnya meningkat manakala sebahagiannya menurun.

Empat daripada 5 guru berbendapat penempatan murid-murid autisme di kelas PPKI adalah wajar dan bertepatan kerana murid ini mempunyai masalah tingkah laku dan kurang memberi fokus terhadap P&P. manakala seorang lagi guru berpendapat murid dibimbangi akan ketinggalan dari segi akademik berbanding jika di tempatkan di kelas biasa.

Murid tidak dapat meneruskan program pendidikan inklusif disebabkan masalah tingkah laku, kurang komunikasi, pencapaian akademik yang rendah, tiada keyakinan diri.

Murid juga tidak dapat menyesuaikan diri di kelas biasa kerana tidak diberi penumpuan seperti yang biasa di kelas PPKI dan dibuli orang murid lain.

Page 17: isu inklusif - autism

2. Peranan Guru Aliran Perdana

Guru biasa yang terlibat program pendidikan inklusif tidak mempunyai latihan yang mencukupi untuk menangani masalah tingkahlaku dan cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid autisme. Guru juga kurang maklumat yang dapat membantu mereka di kelas.

Guru kelas biasa terbeban kerana bilangan murid biasa yang ramai ditambah lagi dengan penempatan murid autisme. Apatah lagi jika tiada guru resos disediakan untuk membantu murid tersebut.

Page 18: isu inklusif - autism

Begitu juga kajian oleh Pandeliadou (1992) yang mendapati bahawa guru biasa mempunyai sikap yang negatif terhadap pendidikan inklusif bagi murid-murid istimewa ini. Sungguh pun guru aliran perdana ini sedar bahawa mereka tidak boleh meminggirkan murid ini kerana sikap tersebut boleh memberi kesan terhadap kejayaan pendidikan inklusif.

Taylor & Harrington (1998) mengkritik bahawa menginklusifkan murid pendidikan khas ke kelas biasa memberi bebanan kepada guru aliran perdana untuk mendidik mereka dan murid ini juga tidak akan memperolehi pendidikan secara individu.

Page 19: isu inklusif - autism

Temubual bersama guru kelas biasa yang pernah / sedang mengajar murid autisme

Nama Guru Pengalaman mengajar

Kelas diajar Murid autisme / Umur

Tahun murid belajar

Abdul Razak Sulaiman

 

10 tahun 2 Arif Wong Wei

(11 tahun)

2007 -2009

(2 tahun)

Zubaidah Bujang

9 tahun 2 Arif Wong Wei

(11 tahun)

2007 -2009

(3 tahun)

Tan Lai Mui 15 tahun 5 Bestari Zhie Chen

(12 tahun)

2009

(5 bulan)

Azana Ahmad

6 tahun 5 Bestari Zhie Chen

(12 tahun)

2009

(5 bulan)

Mohd Nor Nizam Ramli

7 tahun 2 Arif Soon Chou Wah

2006- 2008

(2 tahun)

Page 20: isu inklusif - autism

Hasil temubual

Page 21: isu inklusif - autism

3. Peranan Ibu Bapa Kebanyakkan ibu bapa meminta anak mereka

dimasukkan ke pendidikan inklusif walupun pihak sekolah dapati murid tersebut tidak sesuai. Ibu bapa sanggup bekerjasama dan membantu pihak sekolah dalam aspek urusan diri anak mereka.

Ada ibu bapa murid aliran perdana yang memandang serong terhadap murid bermasalah pembelajaran terutama apabila ada anak murid yang diinklusifkan di adalam kelas bersama anak mereka. Mereka khuatir kehadiran murid khas akan menyebabkan guru terpaksa merendahkan kandungan pelajaran dan menjejaskan prestasi anak mereka. Malah ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka bergaul dengan murid khas.

Page 22: isu inklusif - autism

Temubual bersama ibu bapa

Nama Ibu / Bapa / Penjaga

Nama Anak Anak Mengikuti Program Inkluisf

Anak pernah mengikuti Program Inklusif

Menyokong / Tidak Program Inklusif

Choo Yuet Leng (Ibu)

Wong Wei

√ √ √Ang Lea Leng (Ibu)

Vincent Wong Chee Hong X √ X

Low Phoi Foon (Ibu)

Soon Chou Wah X √ √

Low Chee Fai

(Bapa)

Low Zhi Shen

√ √ √Leong May Chooi

(Ibu)

Yap Kei Lun

X X X

Page 23: isu inklusif - autism

Hasil dari temuduga

Page 24: isu inklusif - autism

Ibu bapa yang telalu berharap untuk melihat perkembangan pencapaian akademik anak mereka dan seboleh-bolehnya ingin anak mengikuti program inklusif di kelas biasa.

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam perkembangan dan pendidikan anak mereka. Mengikut Turnbull dan Turnbull (2001), kolaberasi keluarga yang profesional menunjukkan bahawa ”satu proses yang dinamik di antara keluarga dan para profesional yang seimbang berkongsi sumber (motivasi dan pengetahuan atau kemahiran) untuk membina keputusan bersama”. Keluarga menjalankan perkongsian bersama para professional dan sekolah secara seimbang dan perhubungan tersebut memberikan keuntungan bersama.

Page 25: isu inklusif - autism

4. Pihak Pentadbiran Tiada kriteria khusus yang boleh dijadikan

panduan oleh pihak sekolah untuk mengenal pasti murid berkeperluan khas yang layak dimasukkan ke kelas aliran perdana (guna budi bicara sendiri).

Terdapat pihak pentadbir sekolah yang kurang menghayati perlaksanaan pendidikan khas di sekolah mereka. Program PPKI kurang diberi perhatian. Ini kerana kebanyakkan pentadbir tidak mempunyai latar belakang pendidikan khas atau pengetahuan mereka terhadap murid-murid ini sangat terhad. Mereka juga kurang berminat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti luar di sekolah mereka.

Guru besar tiada pendedahan tentang pengurusan pendidikan inklusif. Malah ada yang tidak pernah dengar atau tahu tentang pendidikan inklusif.

Page 26: isu inklusif - autism

Kebanyakkan sekolah menyerahkan tugas pengurusan pendidikan inklusif kepada penyelaras pendidikan khas.

Kelas PPKI lebih mendapat tumpuan kerana murid lebih bermasalah. Jadi pendidikan inklusif tidak dapat dikendalikan dengan berkesan

Page 27: isu inklusif - autism

5. Penyesuaian Murid Di Kelas Aliran Perdana Murid tidak dapat menyesuaikan diri di dalam kelas

biasa kerana kaedah dan strategi tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan murid inklusif. Mereka perlu belajar tajuk yang sama dengan murid di kelas biasa tanpa pendekatan individu seperti yang diperolehi di kelas khas.

Murid autisme sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Ketidakfungsian tingkah laku mula timbul seperti ’self-stimulatori behaviors’ iaitu pengulangan, tangkahlaku yang tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyang badan atau tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, ’eye contact’ yang lemah, tidak sensitif terhadap rasa sakit, hiperaktif dan hipoaktif dan kurang menumpukan perhatian (Hallahan & Kauffman, 1997).

Murid autisme juga selau dipinggirkan, diejek, dibuli atau tidak dapat atau pandai bersosial dengan rakan sebaya.

Page 28: isu inklusif - autism

Setiap individu autistik ada keunikan tersendiri dan beberapa tingkah laku yang membuatkan mereka berbeza dengan individu normal. Sebahagian daripada kanak-kanak ini hanya menunjukkan gejala ringan kerana lambat berbahasa tetapi mempunyai masalah lebih serius dalam perhubungan individu lain kerana susah untuk memulakan atau meneruskan komunikasi.

Menurut Timmer, Eccles dan O’Brien (1985) kumpulan rakan sebaya menjadi sangat penting kepada kanak-kanak semasa di sekolah rendah. Kajian oleh O’Brerman (1998) menunjukkan bahawa aktiviti permainan adalah sangat penting dalam memupuk rakan sebaya di kalangan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka akan lebih akrab dengan rakan-rakan sebaya yang mempunyai minat dan suka kepada aktiviti yang sama.

Page 29: isu inklusif - autism

Kekuatan dan kelemahan murid autisme berbeza dan mungkin agak ketinggalan dari segi akademik dan kebolehan mereka. Namun dengan bantuan, mengubah cara berfikir dan doa dari pelbagai pihak yang berusaha untuk membantu golongan istimewa ini untuk memberi pendidikan terbaik.

M.A. Prater (2009) memberi dua faktor penting untuk memastikan kejayaan program pendidikan inklusif. Pertama, memberikan semangat yang positif sewaktu pengajaran di dalam kelas dengan memfokus kepada kekuatan dan kebolehan murid. Kedua, percaya kepada murid dan diri guru itu sendiri.