pendidikan untuk murid berkeperluan khas.pptx

Upload: yeo-deng-fei

Post on 10-Jan-2016

282 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Falsafah & Pendidikan Di Malaysia [EDU3101] Ahli Kumpulan : CHAI CHONG HAO (941008-08-6203) chan mang yee (940703-13-5631) ling chuan jian (940618-13-6445) ng min zong (941121-02-)

Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia ** [EDU3101]Ahli Kumpulan :CHAI CHONG HAO(941008-08-6203)chan mang yee (940703-13-5631)ling chuan jian (940618-13-6445)ng min zong (941121-02-5525)

Pensyarah Pembimbing :Pn. Hajah Mahanee Binti MahmooD Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasPendidikan Untuk Berkeperluan KhasTajuk Soalan :Perincikan KSSR Pendidikan Khas dan bagaimana ia dapat membantu dalam peningkatan modal insan murid Pendidikan Khas.

Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan Khas dan jelaskan langkah-langkah untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah Berkeperluan Khas.Perincikan KSSR Pendidikan Khas

Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasPerincikan KSSR Pendidikan KhasCuba Fikirkan :

Apakah yang anda fahami dengan PENDIDIKAN KHAS ?Definisi Pendidikan KhasPendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas dengan program P&P yang menggunakan teknik yang bersesuaian.Definisi Pendidikan KhasGargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.Mansor (2005), Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIAHUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIASejarahSebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara.Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang boleh menjalankan tanggungjawabnya yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIAFalsafah Pendidikan KhasFalsafah Pendidikan Khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIAVisi Pendidikan KhasVisi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).HUBUNGKAIT FPK DENGAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIAMisi Pendidikan KhasMisi Pendidikan Khas ialah membangunkan modal insan yang cemerlang berasaskan empat prinsip iaitu:-sistem pendidikan yang berkualiti, releven dan menyeluruh.perkembangan potensi diri ke tahap yang optimumkeupayaan berdaya saing kebolehpasaran dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihakKSSR Pendidikan KhasPengenalanKurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.KSSR Pendidikan KhasMatlamat KSSR Pendidikan KhasKSSRPK digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid.

Perkembangan ini meliputi aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.KSSR Pendidikan KhasObjektif KSSR Pendidikan KhasMengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian.Menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya.KSSR Pendidikan KhasMengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna.

Menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk.

Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam.KSSR Pendidikan KhasMengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Melibatkan diri dalam aktiviti riadah.Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.Menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.KSSR Pendidikan KhasKSSR Pendidikan KhasKurikulum Pendidikan KhasKSSR Pendidikan Khas merangkumi :-kurikulum bagi murid bermasalah pendengaranKurikulum bagi murid bermasalah penglihatan Kurikulum bagi murid bermasalah pembelajaran.KSSR Pendidikan KhasMurid bermasalah pendengaranAmerican National Standards Institute mentakrifkan masalah pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatu bunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan.Murid bermasalah pendengaran mungkin disebabkan punca pewarisan. Kemungkinan juga berlakunya kerosakan pada struktur organ pendengaran dan menghadapi gangguan kepada perkembangan murid tersebut.KSSR Pendidikan KhasMurid bermasalah pendengaran biasanya mempunyai ciri-ciri yang berikut:-Tidak bertindak balas terhadap bunyi.Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri.Tidak memahami atau silap memahami arahan.KSSR Pendidikan KhasKelihatan nakal, tidak mempedulikan oranglain,sangat pasif danmenyendiri.Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas.Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar.KSSR Pendidikan KhasMurid bermasalah penglihatanDefinisi masalah penglihatan dalam kamus ialah apabila seseorang itu kurang daya penglihatan dan tiada kemampuan untuk melihat. Dari segi undang-undang pula ialah apabila seseorang itu mempunyai darjah daya penglihatan kurang dari 20/200 dari yang normal walaupun dengan bantuan menggunakan kacamata dan kanta lekap yang mana boleh mengganggu prestasi pembelajarannya.KSSR Pendidikan KhasMurid bermasalah penglihatan mungkin disebabkan keturunannya yang juga bermasalah penglihatan. Kemungkinan juga berlakunya komplikasi semasa hamil dan semasa lahir. Penyakit Rubella juga merupakan punca kepada masalah penglihatan.KSSR Pendidikan KhasMurid bermasalah penglihatan biasanya mempunyai ciri-ciri yang berikut:-Tidakmemahamibenda-bendaabstrak.Pengamatan dandaya anggaranberat sesuatujisim amatlemah keranaterbatas.Tidakmemahamikonsepbentuk.Keliru denganhuruf.Lemahdalammelukis saizdanjarakdalam subjek Matematik.KSSR Pendidikan KhasLebih mengetahui konsepsejukdanpanas melalui sentuhan.Selalumenutupmatasebelah.Seringmencari-cari barisayatyangdibaca.Meniru kerjakawan.Kerapmenggosokmata.Selaluterlanggarobjek.Selalu mengadu sakitkepala, loyadan pening.KSSR Pendidikan KhasKurikulum Kebangsaan (Aliran Perdana)Murid bermasalah pendengaran dan murid bermasalah penglihatan secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Aliran perdana adalah polisi pendidikan dalam penempatan pelajar dalam sekolah biasa yang mana melibatkan penempatan pelajar kurang upaya daripada program pendidikan yang terasing atau kelas-kelas khas ke dalam sekolah-sekolah biasa. Pembentukan hubungan sosial yang positif di antara kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak biasa diharapkan. KSSR Pendidikan Khasmemberi kemudahan yang bersesuaian kepada kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan dalam alternatif yang tiada batasan berdasarkan program pendidikan secara individu.

Konsep alternatif yang kurang mengehadkan merujuk kepada kanak-kanak kurang upaya diberi pendidikan yang lebih mencabar tanpa halangan atau sempadan fizikal dan pendidikan yang akan menyekat kemajuan pelajar dalam program pendidikan. KSSR Pendidikan KhasPenempatan kanak-kanak kurang upaya dalam pendidikan aliran perdana melibatkan masa yang berbeza di antara kanak-kanak tersebut.

Ada yang ditempatkan sepanjang hari persekolahannya dan ada yang ditempatkan sebahagian daripada masa persekolahan mereka di kelas-kelas dalam aliran perdana. KSSR Pendidikan KhasMata Pelajaran Tambahan yang WajibBahasa Isyarat Komunikasi (BIK)BIK bertujuan melengkapkan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri untuk berkomunikasi, mempelajari dan memperoleh ilmu serta maklumat baru. Kurikulum Standard Bahasa Isyarat ini akan dijadikan wahana utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai mod komunikasi bagi semua mata pelajaran.KSSR Pendidikan KhasObjektif Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi menyediakan peluang kepada murid bermasalah pendengaran di peringkat sekolah rendah untuk mencapai objektif dalam aspek kemahiran berkomunikasi seperti berikut :-Melihat dan mengecam apa yang dilihat.Membezakan apa yang dilihat dan dirancang.Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.KSSR Pendidikan KhasMembentuk isyarat dan kod dengan tepat.Melakukan apa yang diisyarat.Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.Membentuk frasa asas Bahasa Malaysia dengan isyarat atau kod.Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.Kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemerolehan Bahasa Malaysia. KSSR Pendidikan KhasBerkomunikasi dengan menggunakan pola ayat-ayat mudah dan betul.Menguasai kemahiran membina ayat kompleks dengan tepat.Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau isyarat. Bercerita bebas secara isyarat atau lisan.KSSR Pendidikan KhasBANDPERNYATAAN STANDARD1Mengetahui asas kemahiran pra psikomotor dan kemahiran isyarat visual.2Mengetahui dan memahami kemahiran pra psikomotor dan kemahiran isyarat visual.3Mengetahui, memahami dan memberikan respon terhadap kemahiran pra psikomotor dan isyarat visual.4Mengaplikasi bahasa isyarat komunikasi.5Mengaplikasi bahasa isyarat komunikasi dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.6Mahir menggunakan bahasa isyarat komunikasi dengan betul dan tepat dan bertatasusila.KSSR Pendidikan KhasKemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL)Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran KAIMaL bertujuan melahirkan dan membentuk jati diri murid bermasalah penglihatan supaya mempunyai kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seharian. Matlamat ini berupaya meningkatkan kemahiran serta rasa kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat FPK.KSSR Pendidikan KhasObjektif Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL)Kurikulum KAIMaL sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut :-Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti.Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas.Kod Braille

KSSR Pendidikan KhasMenguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan.Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran.Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan selamat tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti (tongkat putih).Meningkatkan kemahiran sosialisasi.Tongkak Putih

KSSR Pendidikan KhasBANDPERNYATAAN STANDARD1Mengenal asas Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan.

2Mengetahui dan memahami Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan.

3Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan.KSSR Pendidikan KhasBANDPERNYATAAN STANDARD4Mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan.

5Menguasai dan mengaplikasi Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pelbagai strategi.

6Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Orientasi dan Mobiliti, Kemahiran Kod Braille & Peralatan Khas dan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan yang kompleks secara kreatif dan inovatif.KSSR Pendidikan KhasMurid bermasalah pembelajaranMasalah pembelajaran boleh didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. KSSR Pendidikan KhasMasalah ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran.Murid bermasalah pembelajaran mungkin disebabkan keturunannya yang juga mempunyai masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran juga akan berlaku dengan faktor kecederaan otak, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.KSSR Pendidikan KhasMurid bermasalah pembelajaran biasanya mempunyai ciri-ciri yang berikut :-Lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan.Menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru.Sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.KSSR Pendidikan KhasKesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataanKemahiran sosial yang lemah.Kurang bermotivasi untuk belajar atau melibatkan diri dalam aktiviti.Mempunyai masalah mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya.KSSR Pendidikan KhasContoh Masalah PembelajaranDisleksiaMenurut Pete & Steve (1997), perkataan disleksia berasal dari Greek yang bermaksud kesukaran dengan perkataan. Disleksia merupakan keadaan orang yang mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam membaca, menulis dan mengeja. Kesukaran ini termasuk masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau tanda matematik.KSSR Pendidikan KhasDisleksia bukan sejenis penyakit dan tidak akan dijangkiti atau disebar daripada seorang kanak kepada kanak-kanak lain. Punca kepada masalah ini kebanyakan disebabkan oleh keturunan daripada ibu bapa. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa otak orang yang mengalami disleksia menggunakan jalan yang berlainan untuk menyusun atur maklumat. KSSR Pendidikan KhasKesukaran yang diakibatkan oleh disleksia akan menyebabkan kebimbangan dan susah hati.

Walau bagaimanapun, disleksia bukan masalah pembelajaran yang dihukum mati, masalah ini boleh dibantu dan ditangani melalui teknik-teknik yang sesuai.KSSR Pendidikan KhasCiri-ciri atau masalah-masalah murid disleksiaMembaca atau menulis perkataan dan nombor secara terbalik. Kadangkala ternampak bentuk dan kabur semasa membaca. Sangat sukar untuk mengeja perkataan atau membentuk huruf-huruf. Menulis secara terbalik bagi huruf u dan n, w dan m atau b dan d. Mereka akan menukarkan huruf, contohnya semasa kepada sesama.KSSR Pendidikan KhasMereka akan meninggal atau menambah huruf apabila menulis, misalnya gada kepada ganda atau binatang kepada bintang. Sebahagian kanak-kanak yang mengalami disleksia sangat cerdik dan berupaya menyatakan idea-idea mereka dengan baik dalam perbincangan. Adanya juga berjiwa seni, kreatif dan mahir dalam mengendalikan peralatan, seperti komputer.KSSR Pendidikan KhasSindrom Down (Down Syndrome) Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. KSSR Pendidikan KhasTiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21.

Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. KSSR Pendidikan KhasCiri-ciri atau masalah-masalah murid Sindrom DownTubuh yang pendek.Kepala bersaiz kecil.Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.Lidah terjelir.Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.KSSR Pendidikan KhasPertumbuhan yang lambat.Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.Kesukaran untuk belajar dan bertutur.Berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa.Kecacatan pertumbuhan perut (tiada dubur).Mudah mendapat jangkitan.Gangguan fungsi Tiroid, pengeluaran hormone yang rendah atau yang berlebihan.KSSR Pendidikan KhasKurikulum alternatifKurikulum Pendidikan Khas murid bermasalah pembelajaran dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Dibahagikan kepada Tahap I dan Tahap II.KSSR Pendidikan KhasTahap SatuTerdapat hanya lima mata pelajaran iaitu :- Pengurusan KehidupanAsas 3M (Membaca,menulis, mengira)Seni KreatifPendidikan Islam atau MoralPendidikan JasmaniKSSR Pendidikan KhasMata pelajaranKomponen-komponenPengurusan Kehidupan

Pengurusan Diri Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran ManipulatifAsas 3M (Membaca,menulis, mengira) Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris MatematikSeni Kreatif

Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Islam/ Moral-Pendidikan Jasmani-KSSR Pendidikan KhasMereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum aliran perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum. KSSR Pendidikan KhasTahap DuaSementara itu di Tahap II, disediakan mata pelajaran seperti berikut :- Bahasa Malaysia* Pendidikan SainsBahasa Inggeris * Sosial dan Alam SekitarMatematik * Pendidikan Seni VisualPendidikan Islam * Pendidikan MuzikPendidikan Moral * Kemahiran Hidup AsasTeknologi Maklumat & KomunikasiPendidikan Jasmani & KesihatanPengurusan KehidupanKSSR Pendidikan KhasPelaksanaan KSSR Pendidikan Khas

Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSRPK ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit) sebagaimana ditetapkan dalam jadual waktu Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2011.KSSR Pendidikan KhasBagi memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas dibentuk secara fleksibel selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (b) Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan:Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.Bagaimana KSSRPK membantu dalam peningkatan modal insan murid PKPendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasBagaimana KSSRPK membantu dalam peningkatan modal insan murid PKCuba Fikirkan :

Apakah yang anda fahami dengan MODAL INSAN ?Definisi Modal InsanMODAL adalah kekayaan atau harta yang dapat digunakan bagi menghasilkan lebih banyak kekayaan.

INSAN adalah manusia.Definisi Modal InsanMODAL INSAN merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, bermoral tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.Bagaimana KSSRPK membantu dalam peningkatan modal insan murid PKSistem Pendidikan yang Berkualiti, Relevan & HolistikKSSRPK digubal secara fleksibel berasaskan kesesuaian dan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas. KSSRPK menyediakan peluang, kemudahan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.KSSRPK memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.KSSRPK membezakan struktur kurikulum berdasarkan masalah-masalah murid. Sistem Pendidikan yang Berkualiti, Relevan & HolistikImplikasinya:

Menyebarkan ilmu pengetahuan secara formal kepada murid berkeperluan khas.

Membentuk pemikiran dan tahap keintelektualan dalam kalangan murid berkeperluan khas.Perkembangan Potensi ke Tahap OptimumKSSRPK memberikan peluang secukupnya kepada setiap murid bekeperluan khas supaya potensi individu boleh berkembang ke tahap cemerlang.

KSSRPK merangkumi subjek-subjek seperti Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas dan TMK.Perkembangan Potensi ke Tahap OptimumImplikasinya:Membangunkan potensi yang ada pada diri seseorang dan menyerapkan kemahiran-kemahiran lain secara tidak langsung.

Memperkembangkan bakat-bakat yang ada pada murid tersebut dan memanfaatkannya semaksimum mungkin dalam membantu mengurus kehidupan dan juga alam kerjaya.Perkembangan Diri yang Seimbang & Menyeluruh KSSRPK mengutamakan pendidikan yang melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan murid-murid berkeperluan khas. KSSRPK menekankan aktiviti pembelajaran dibentuk mengikut keperluan dan keupayaan murid melalui bidang-bidang seperti : pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, kerohanian dan nilai-nilai murni, sosial, riadah dan kreativiti.Perkembangan Diri yang Seimbang & Menyeluruh Implikasinya:Melahirkan kanak-kanak yangberdaya intelek : Kekuatan berfikir dan mampu menjana minda yang kreatif, inovatif, logik dan analitis dalam menguasai ilmu. mantap rohani dan stabil emosi : Kemantapan jiwa dan penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat supaya berfikir dengan tenang dan waras menyumbang kepada tingkah laku yang betul, bijak dan bijaksana. sihat dan cergas jasmani : Cara hidup yang sihat, kecergasan fizikal dan kesihatan diri.

Nilai-nilai sebagai Warga yang Bertanggungjawab terhadap MasyarakatKSSRPK menyediakan murid-murid berkeperluan khas supaya berkemampuan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran mereka dalam kehidupan sosial.KSSRPK melatih murid-murid yang bertanggungjawab dan memberi sumbangan bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.KSSRPK membekalkan subjek-subjek pengurusan kehidupan, akedemik dan kerohanian untuk menyempurnakan murid-murid berkeperluan khas dalam kehidupan sendiri.Nilai sebagai Warga yang Bertanggungjawab terhadap MasyarakatImplikasinya:Boleh berdikari, berdisiplin, bersikap positif, berkemahiran, berketerampilan dan produktif dalam kehidupan.

Menjadikan diri insan cemerlang dari semua segi supaya dapat menempatkan diri di tempat yang sewajarnya dalam masyarakat.Keupayaan Berdaya Saing & KebolehpasaranKSSRPK membekalkan pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa.KSSRPK menekan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan dan pencapaian kanak-kanak dalam kemahiran-kemahiran pengembang.KSSRPK memperkenalkan subjek Pengurusan Hidup, BIK dan KAIMaL untuk membantu murid-murid berkeperluan khas menguasai kemahiran dan memenuhi keperluan hidup.Keupayaan Berdaya Saing & KebolehpasaranImplikasinya:Membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman dalam kehidupan.Belajar berdikari, merancang dan menguruskan kehidupan sendiri dengan berjaya dan bermakna.Mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasPendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasAnalisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasCuba Fikirkan :

Apakah PROGRAM PENDIDIKAN KHASyang anda kenali ?Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasAnalisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasLiterasi dan Numerasi(LINUS)Analisiskan Program LINUSPengenalan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM telah dipertanggungjawabkan untuk merangka satu program untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006. Analisiskan Program LINUSPada 20 Ogos 2010 Ahli Jawatankuasa Kerja LINUS-NKRA Bil 13/2010 telah bermesyuarat dan bersetuju Bahagian Pendidikan Khas pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Satu program alternatif dirangka untuk murid berkeperluan khas sekolah rendah yang dikenali sebagai program literasi numerasi (LINUS) NKRA Pendidikan Khas.Analisiskan Program LINUSObjektifMengenal pasti tahap literasi dan numerasi murid berkeperluan khas.Meningkatkan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi murid berkeperluan khas.Memberi intervensi yang relevan dan sesuai mengikut keperluan muridMeningkatkan potensi murid mengikut 6 domain perkembangan.Analisiskan Program LINUSRasionalMembolehkan murid berkeperluan khas menguasai kemahiran literasi dan numerasi dan mencapai tahap pencapaian optimum dalam 6 domain perkembangan iaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, sosio-emosi, tingkah laku, motor halus dan motor kasar.Analisiskan Program LINUSKumpulan SasaranSaringan 1:Semua murid Tahun 1 atau tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas. Semua murid tahun pertama Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI).

Saringan Domain:Bagi murid yang tidak melepasi saringan 1.Analisiskan Program LINUSPelaksanaan Saringan LINUS Pendidikan KhasInstrumen saringan ini ditadbir secara tidak formal (bukan peperiksaan). Instrumen ditadbir mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Guru mesti merujuk kepada Manual Instrumen Saringan 1 dan Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas sebelum melaksanakan saringan.Analisiskan Program LINUSKONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI Konstruk 1: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille suku kata terbuka. Konstruk 3: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille suku kata tertutup. Analisiskan Program LINUSKonstruk 5: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng. Konstruk 7: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang mengandungi diftong. Konstruk 8: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang mengandungi vokal berganding. Analisiskan Program LINUSKonsturk 9: Keupayaan menulis/mengisyarat perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Konstruk 10: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille ayat mudah. Konstruk 12: Keupayaan membaca/mengisyarat, memahami dan menulis/membraille ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Analisiskan Program LINUSProses Saringan LINUS Pendidikan KhasAnalisiskan Program LINUSProsesPenerangan1Murid berkeperluan Khas menjalani saringan 1 menggunakan Instrumen Saringan LINUS Aliran Perdana.2Guru melengkapkan data berasaskan skor yang diperoleh daripada saringan 13Murid yang melepasi saringan 1 meneruskan pembelajaran seperti biasa manakala murid yang tidak melepasi akan terus ke proses 4.4Murid menjalani Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas.Analisiskan Program LINUS5Guru membuat rumusan skor bagi setiap domain. Murid akan terus ke proses 6.6Murid menjalani intervensi berdasarkan pencapaian dalam Saringan Domain (dalam tempoh 6 bulan). Modul Domain LINUS Pendidikan Khas boleh digunakan sebagai panduan menjalankan intervensi 7Selepas intervensi guru menjalankan saringan Domain untuk menilai peningkatan prestasi murid.8Murid yang melepasi saringan domain akan ke proses 3. Manakala murid yang tidak melepasi, akan ke proses 6.Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasPemulihan Dalam Komuniti (PDK)Analisiskan Program PDKPengenalanProgram Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubah suai pelaksanaan program ini.Analisiskan Program PDKPada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.Analisiskan Program PDKObjektifMeningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum.Memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan.Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.Analisiskan Program PDKMembentuk jawatankuasa bertindak dalam kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya.Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa.Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti.Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat.Analisiskan Program PDKMenyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada.Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU.Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan yang diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan kemampuan Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model.Analisiskan Program PDKAnalisiskan Program PDKPelaksanaan Program Pemulihan Dalam KomunitiPDK di Pusat (Centre Based)Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4 jam sehari.OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan. PDK di Rumah (Home Based)Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.Analisiskan Program PDKPekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan selama 4 jam sehari.Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.

PDK di Pusat dan di Rumah (Centre-Home Based)Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam sehari.Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.Analisiskan Program PDKAktiviti PDKKemahiran motor kasarKemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti berjalan, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan membaling bola. Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua nada otot dan kekuatan. Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan melumpuhkan seperti sindrom down, gangguan genetik atau otot atau gangguan sistem saraf pusat.Analisiskan Program PDKKemahiran motor halusKemahiran motor halus merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, jari-jari tangan, jari kaki, kaki, bibir dan lidah.Ianya juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dengan koordinasinya dengan mata.

Perkembangan sosialPerkembangan bahasaAnalisiskan Program PDKPengurusan diri sendiriPra-menulis, membaca, mengira dan melukisKreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lainLatihan VokasionalTerapi muzikSukan dan rekreasiAnalisiskan Program PDKPDKNetPDKNet adalah projek perkembangan dan pembangunan komuniti PDK tentang pemulihan OKU menerusi penggunaan teknologi Multimedia dan ICT.

PDKNet diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sejak 2000. Analisiskan Program PDKObjektif penubuhan PDKNet adalah untuk:Meningkatkan tahap kesedaran komuniti tentang pentingnya pemulihan OKU.

Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komuniti tentang latihan-latihan pemulihan OKU.

Mendedahkan teknologi Multimedia dan ICT kepada komuniti.Analisiskan Program PDKMelatih komuniti cara mengguna aplikasi Multimedia dan ICT.Menyediakan bahan latihan interaktif dan kemudahan sumber maklumat dan komunikasi antara komuniti.

Misi dan VisiMemahirkan komuniti dengan teknologi Multimedia dan ICT kemudian melatih mereka menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran OKU secara interaktif. Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasProgramPendidikan Khas Integrasi (PPKI)Analisiskan Program PPKIPengenalanSebuah program di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan.Untuk memastikan murid berkeperluan khas mendapat pendidikan dalam had persekitaran yang minimum. (LRE)Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa (rendah, menengah dan sekolah teknikal/vokasional) supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak teras terpinggir dengan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan atau separa inklusif.Analisiskan Program PPKIObjektifMewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna menerusi pelbagai kegiatan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Menjaga kebajikan pelajar melalui kerjasama dengan Badan Kebajikan Kelas Khas, NGO, agensi luar dan masyarakatan sekitar.Menyediakan pelbagai kaedah terapi.Meningkatkan kemahiran menguasai membaca, menulis dan mengira (3M).Analisiskan Program PPKIPelaksanaan pengurusan Kelas Khas, dijalankan jalankan dengan cekap dan efektif.Memberi pendedahan kemahiran asas supaya pelajar produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid pendidikan khas.Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.Analisiskan Program PPKIVisiPendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid Pendidikan Khas selaras dengan sistem Pendidikan Kebangsaan.MisiMelahirkan individu yang berpotensi dalam bidang kemahiran dan akademik.Melahirkan individu yang boleh mengurus sendiri.Melahirkan individu yang boleh bermasyarakat.Berusaha menyediakan pelajar yang berdikari dan berkerjaya.Berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.Berusaha membudayakan akhlak mulia.Analisiskan Program PPKIPentaksiran Murid Pendidikan KhasSemua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah).

Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.Analisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasProgramPemulihan Khas Analisiskan Program Pemulihan KhasPENGENALANProgram Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi fokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Usaha bagi menangani masalah tersebut dijalankan menerusi Program Pemulihan Khas yang diwujudkan di setiap sekolah rendah.Analisiskan Program Pemulihan KhasPROGRAM PEMULIHAN KHASSatu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus dan diruang yang khusus.

MURID PEMULIHAN KHAS Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.Analisiskan Program Pemulihan KhasMATLAMATMemastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

OBJEKTIFSetelah mengikuti program ini murid dapat:Menguasai kemahiran asas 3MMeneruskan pembelajaran di kelas biasaMembina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaranAnalisiskan Program Pemulihan KhasTINDAKAN SUSULAN (Follow-up)Murid-murid yang telah mengikuti Kelas Pemulihan Khas dan berjaya mengatasi masalah dalam mana-mana kemahiran adalah layak dikembalikan ke kelas biasa.

Walaupun demikian, guru pemulihan khas dan guru biasa akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas biasa.Analisiskan Program Pemulihan KhasCIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHASEmosi dan tingkah lakuPerasaan risau dan rendah diriPerasaan sedih, hiba atau dukaPerasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaranPerasaan takut akan perkara-perkara baruTidak bersedia mematuhi peraturanAnalisiskan Program Pemulihan KhasSosialGelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawanBanyak perangai ganjil seperti menghisap dan menggigit jariSelalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan

KesihatanLemah tubuh badan serta kurang zat makananPertumbuhan tubuh badan tidak seimbangTumpuan perhatian terhadLemah gerak motor-kasar dan halusKesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan terukAnalisiskan Program Pemulihan KhasKesediaan BelajarKurang bersedia untuk belajarPerbendaharaan kata kurangLemah permahamanKurang keyakinan diri

PengamatanTidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutanLemah pendengaran bunyiKeliru terhadap konsep ruang dan mencari arahAnalisiskan Program Pemulihan KhasLambat mengkelaskan bendaKesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baruTidak dapat menyelesaikan masalahSukar membuat kenyataan amSukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undangTidak dapat membuat kerja-kerja kreatifLemah pergerakan dan perbuatanLemah daya pemikiranTidak boleh mengingat kembaliAnalisiskan Program Pendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasProgramPendidikan Inklusif(PPI) Analisiskan PPIPengenalanPendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam bilik darjah yang sama dan diajar oleh guru biasa.Murid berkeperluan khas diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan mata pelajaran yang lain dengan lebih berkesan.Analisiskan PPIRasionalMemberi peluang untuk berinteraksi antara murid berkeperluan khas dengan kanak-kanak lain.Memberi peluang untuk murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam masyarakat.Berkongsi kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewadengan kanak-kanak lain.Analisiskan PPIMatlamatPendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.Analisiskan PPIObjektifKanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejakdari awal.Analisiskan PPIMurid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka dapat belajar memahami rakan- rakan Khas ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan kecacatan.Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.Analisiskan PPIProgram Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan sama ada pelajar itu layak atau sebaliknya.Analisiskan PPIPendidikan Inklusif Sepenuh MasaPelajar berkeperluan khas mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.Senarai nama murid kekal dalam kelas khas.Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segipembelajaran atau tingkah laku.Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam.Analisiskan PPIPendidikan Separa InklusifPelajar berkeperluan khas mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.Senarai nama pelajar pada program Pendidikan Khas.Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.Analisiskan PPISTRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIFPada peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara Partikal Integration sahaja. Pelaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sabagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan program pendidikan insklusif. Pada tahun 2006 sabagai tahun permulaan, program pendidikan insklusif ini dijalankan secara Partikal Inclusion. Analisiskan PPILangkah-langkah yang telah dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini :-Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan insklusif.Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti program pendidikan insklusif.Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa.Analisiskan PPIMeninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan.Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.langkah-langkah untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah Berkeperluan KhasPendidikan untuk Murid Berkeperluan KhasLangkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasCuba Fikirkan :

Apakah LANGKAH yang dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan Khas ?Langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasPengenalanSebagai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan Khas, segala langkah-langkah adalah berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang terkini.Langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasMatlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam Pendidikan KhasMengesan murid berkeperluan khas lebih awal dan menyediakan sokongan penjagaan kesihatan.Menyediakan kurikulum yang luwes, relevan, dan berkualiti tinggi.Menyediakan guru terlatih dan tenaga pakar.Menawarkan infrastruktur sokongan dan kewangan yang kukuh.Membina kesedaran dan penglibatan awam.Langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasPelan Tindakan: Menganjak kepada pendidikan inklusifSekolah arus perdana yang mengamalkan persekitaran pendidikan inklusif yang berkesan, mampu mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas dan membina masyarakat yang inklusif. Selari dengan ini, Artikel 28, Akta Orang Kurang Upaya 2008, memperaku bahawa murid berkeperluan khas perlu diberi sokongan untuk membantu mereka mencapai penglibatan penuh dan kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik antarabangsa dan dasar negara semasa, Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai murid berkeperluan khas ke dalam program pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan. 138Langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasKementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif bagi mencapai objektif ini dengan Gelombang 1 memberi tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 akan memberi tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan menambah jumlah pakar sedia ada bagi menangani pertambahan murid berkeperluan khas dan kepelbagaian keperluan khas yang timbul. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalin kerjasama dengan organisasi pakar seperti Pusat Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara bagi Pendidikan Khas (SEAMEO-SEN).139Langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasGelombang 1 (2013 - 2015): Mengukuhkan asas sedia adaMengenal pasti, menjalankan intervensi murid berkeperluan khas lebih awal dan menyediakan sokongan penjagaan kesihatan Kementerian akan menggubal dasar pilihan persekolahan murid berkeperluan khas yang akan dikaitkan dengan tahap kompetensi yang telah dikenal pasti dengan teliti. Murid berkeperluan khas berkefungsian tinggi yang dapat menyesuaikan diri dengan kurikulum dan pentaksiran arus perdana digalakkan memasuki program pendidikan inklusif. Gelombang 1 (2013 - 2015): Mengukuhkan asas sedia adaMurid berkeperluan khas berkefungsian sederhana akan menghadiri PPKI, manakala murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah digalakkan untuk belajar di sekolah pendidikan khas menggunakan kurikulum yang dibina khusus dengan memberi fokus kepada kemahiran asas, kemahiran hidup dan kemahiran sosial. Kementerian akan mengukuh dan memastikan kelulusan penubuhan bagi 15 Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas yang menyediakan sokongan kepada murid berkeperluan khas. Kementerian juga akan meningkatkan perkhidmatan kepakaran dari sumber luar. Gelombang 1 (2013 - 2015): Mengukuhkan asas sedia adaMenyediakan kurikulum yang luwes, relevan, dan berkualiti tinggi Kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kerelevanan pendidikan dengan memasukkan pelbagai kemahiran vokasional seperti refleksologi dan grafik komputer ke dalam semua kurikulum pendidikan khas, menaik taraf infrastruktur dan peralatan dalam sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, dan serta menambah baik kemudahan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas. Kementerian juga akan menyediakan modul asas latihan pendidikan khas di IPG dan IPTA, menyedia modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran terbeza (dari peringkat asas hingga peringkat pakar), serta menyesuaikan kurikulum dan pentaksiran yang khusus mengikut keupayaan murid. Gelombang 1 (2013 - 2015): Mengukuhkan asas sedia adaKementerian akan melibatkan majikan bagi menyokong usaha ini dan membangunkan satu program transisi tempat kerja untuk membantu lulusan pendidikan khas memasuki alam pekerjaan. Di samping itu, Kementerian bercadang membentuk kerjasama dengan institusi latihan vokasional, bagi menyediakan ruang pendidikan alternatif. Kementerian juga bercadang untuk bekerjasama dengan sektor swasta dan NGO bagi membeli tempat di pusat latihan vokasional sedia ada dan menentukan garis panduan yang jelas untuk penyediaan khusus bagi membantu menginstitusikan kurikulum pendidikan khas yang berkualiti. Gelombang 1 (2013 - 2015): Mengukuhkan asas sedia adaMenyediakan guru terlatih dan tenaga pakarKementerian berhasrat untuk menjadikan pendidikan khas sebagai mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran IPG dan IAB bagi memastikan sumber guru dilengkapkan dengan kemahiran asas dan kesedaran tentang keperluan murid berkeperluan khas. Di samping itu, latihan dalam perkhidmatan yang dikendalikan oleh BPG dan IPT akan ditawarkan kepada guru dan pemimpin sekolah yang berminat untuk membuat pengkhususan dalam pengajaran dan pembangunan kurikulum pendidikan khas. Langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasKurikulum bagi guru pendidikan khas merangkumi topik seperti pendekatan pedagogi, psikologi dan teknik mengendalikan murid berkeperluan khas. Kementerian bersedia menerima khidmat sukarelawan daripada komuniti untuk saling melengkapi peranan guru yang menguruskan perkembangan murid berkeperluan khas. Sukarelawan komuniti akan membantu guru dalam melaksanakan tugasan harian akademik bersama murid, menghasilkan bahan untuk bilik darjah, dan juga memenuhi keperluan intervensi murid. Gelombang 1 (2013 - 2015): Mengukuhkan asas sedia adaMenyediakan infrastruktur sokongan dan kewangan yang kukuhKementerian merancang untuk menggandakan usaha menaik taraf sekolah sedia ada mengikut keperluan asas pendidikan khas. Keperluan murid berkeperluan khas juga akan diambil kira dalam pembinaan sekolah dan penyediaan kemudahan baharu.

Membina kesedaran dan pelibatan awam Kementerian akan melaksanakan program komunikasi bersepadu untuk meningkatkan kesedaran mengenai murid berkeperluan khas termasuk pembangunan laman portal bersepadu, dan melaksanakan kempen media kebangsaan merangkumi iklan melalui media elektronik, dan media cetak. Langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Berkeperluan KhasGelombang 2 (2016 - 2020): Meningkatkan pelaksanaan inisiatifMengenal pasti, menjalankan intervensi murid berkeperluan khas, dan menyediakan sokongan penjagaan kesihatan Dalam Gelombang 2, Kementerian akan meningkatkan penyediaan perkhidmatan intervensi awal, menambah program inklusif dalam persekitaran prasekolah arus perdana dan meningkatkan perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Kementerian juga akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan dan menginstitusikan proses diagnosis awal kanak-kanak berkeperluan khas. Gelombang 2 (2016 - 2020): Meningkatkan pelaksanaan inisiatifMenyediakan guru terlatih dan tenaga pakarKementerian akan mengukuhkan program latihan dengan memberi fokus kepada penambahbaikan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi pengoperasian kumpulan pelbagai disiplin yang terdiri daripada doktor, terapis dan pakar untuk untuk melatih guru. Kementerian juga akan memberi sokongan dan latihan kepada pihak pengurusan sekolah yang ingin melaksanakan pendidikan inklusif.Gelombang 2 (2016 - 2020): Meningkatkan pelaksanaan inisiatifMenyediakan infrastruktur sokongan dan kewangan yang kukuhKementerian akan memanfaatkan kerjasama yang dibina dalam Gelombang 1 untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, organisasi swasta, dan agensi kerajaan. Jalinan kerjasama tersebut boleh dibuat dalam bentuk pembiayaan, penganjuran program dan bengkel untuk murid secara kerjasama, dan mendapatkan perkhidmatan profesional seperti audiologis dan terapis cara kerja. Gelombang 2 (2016 - 2020): Meningkatkan pelaksanaan inisiatifKementerian juga akan berusaha ke arah memberi ruang kepada ahli komuniti untuk membantu secara sukarela dalam program pendidikan khas. Dari segi infrastruktur, sasarannya adalah semua sekolah dinaik taraf dengan dilengkapi kemudahan mesra OKU pada 2020 dan meningkatkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran murid berkeperluan khas. Gelombang 2 (2016 - 2020): Meningkatkan pelaksanaan inisiatifMembina kesedaran dan pelibatan awamSusulan program rintis rakan sebaya dalam Gelombang 1, Kementerian merancang untuk menubuhkan kelab rakan sebaya di setiap sekolah yang mempunyai program pendidikan inklusif, iaitu setiap murid berkeperluan khas digandingkan dengan seorang murid daripada sekolah yang sama. Kementerian juga akan terus memperluas usaha melaksanakan kempen komunikasi bersepadu untuk meningkatkan kesedaran mengenai murid berkeperluan khas. Kementerian juga akan melancarkan satu inisiatif iaitu menyediakan modul latihan pengurusan pendidikan untuk pusat komuniti dan mewujudkan jurulatih bagi memberi khidmat latihan kepada petugas pusat komuniti.Gelombang 3 (2021 - 2025): Menilai dan menyatukan inisiatifDalam Gelombang 3, Kementerian akan menilai kejayaan semua inisiatif yang dilaksanakan dalam dua gelombang sebelum ini dan membangunkan pelan tindakan masa depan. Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap murid berkeperluan khas akses kepada pendidikan berkualiti tinggi dan relevan yang disesuaikan dengan keperluan khusus mereka, melengkapi setiap guru dengan pengetahuan asas pendidikan khas, dan mendapatkan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program pendidikan inklusif Menjelang 2025.RujukanChe Ismail Bin Che Lah. (2008). Kajian masalah pendengaran dan saringan mutasi A1555G gen DNA mitokondria (mtDNA) di kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran jenis sensorinueral tidak bersindromik di hospital Universiti Sains Malaysia. Didapatkan dari http://eprints.usm.my/9960/1/KAJIAN_MASALAH_PENDENGARAN.pdf

Hamedah Wok Awang & Normah The. (2009). Sekolah sebagai pembangun modal insan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. (t.t). Pengenalan kepada pendidikan khas. Didapatkan dari http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PKU3101_INTERAKSI_1-25_JUN/08_Isi_Pelajaran.pdfRujukanJabatan Kebajikan Masyarakat. (t.t). Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Didapatkan dari http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=program_pemulihan_dalam_komuniti_pdk&lang=bm

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. (t.t). Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Didapatkan dari http://www.jkmnj.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=123

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). LINUS Pendidikan Khas. Didapatkan dari http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor/v5/download.php?id=1991Rujukan______________________. (2012). Garis panduan pelaksanaan program Pemulihan Khas. Didapatkan dari http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor/v6/bahanpro.php?A=1495

______________________. (t.t). Dokumen standard prestasi Bahasa Isyarat Komunikasi. Didapatkan dari http://web.moe.gov.my/lp/files/DSP%20Rendah/Thn3_BD_18022013/DOKUMEN%20STANDARD%20PRESTASI%20BIK%20BD%20TAHUN%203.pdf

______________________. (t.t). Dokumen standard prestasi Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL). Didapatkan dari http://web.moe.gov.my/lp/files/DSP%20Rendah/Thn1_BL_18022013/DSP_BL_%20KAIMaL_Tahun%201.pdfRujukan______________________. (t.t). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas. Didapatkan dari http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&limitstart=8

______________________. (t.t). Program pemulihan khas. Didapatkan dari http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=308:program-pemulihan-khas&catid=46:sektor-pendidikan-swasta-a-pendidikan-khas&Itemid=62

Mohd Hairol. (2012). Masalah Penglihatan. Didapatkan dari http://jpn.moe.gov.my/jpnmelaka/upkhas/index.php/en/site-map/masalah-penglihatan RujukanMohd Sofi Bin Nasri, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. (t.t). Falsafah Pendidikan Kebangsaan memperkasakan peranan pendidikan teknik vokasional dan pendidikan khas. Didapatkan dari http://eprints.utm.my/14948/1/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_Memperkasakan_Peranan_Pendidikan_Teknik-eprint8.pdf

Pemulihan & Pendidikan Khas PPD Batang Padang. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas. Didapatkan dari http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/kssr-pendidikan-khas.html

Pemulihan Dalam Komuniti Network (PDKNet). (2014). Masalah Pembelajaran. Didapatkan dari http://www.pdknet.com.my/web/index.php?module=view_content&cid=57&lang= RujukanPendidikan Utusan Malaysia. (2014). Kurikulum alternatif untuk murid istimewa. Didapatkan dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html

Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Khas. (t.t). Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas). Didapatkan dari http://web.moe.gov.my/bpkhas/v2/index.php

* Sekian * * Terima ** Kasih * Pendidikan untuk Murid Berkeperluan Khas