hbef 3503 pendidikan inklusif 1.doc

42
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN NAMA : HARTINI BINTI MOHAMAD SHARIF NO. KAD PENGENALAN : 720811-13-5634 NOMBOR MATRIK : 720811135634001 NOMBOR TELEFON : 0194673873 ALAMAT EMAIL : [email protected] PUSAT : PUSAT PEMPELAJARAN SARAWAK KURSUS : SMP ( Ambilan Januari 2012) 1.0 Pendahuluan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Upload: hartini-mohd-sharif

Post on 18-Nov-2015

630 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

NO. MATRIK : 720811135634001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

NAMA

:HARTINI BINTI MOHAMAD SHARIF

NO. KAD PENGENALAN

:720811-13-5634

NOMBOR MATRIK

:720811135634001

NOMBOR TELEFON

:0194673873

ALAMAT EMAIL

:[email protected]

:PUSAT PEMPELAJARAN SARAWAK

KURSUS

:SMP ( Ambilan Januari 2012)

1.0 Pendahuluan

1.1 Pendidikan Khas

1.2 Definisi Pendidikan Khas

1.3 Konsep Pendidikan Khas

2.0 Pendidikan Insklusif

3.0 Kategori Individu Berkeperluan Khas

3.1 Bermasalah Pendengaran

3.2 Bermasalah Penglihatan

3.3 Bermasalah Kecacatan Fizikal

3.4 Sindrom Down

3.5 Terencat Akal

3.6 Austistik

3.7 Masalah Pertuturan

3.8 Disleksia

3.9 Masalah Pintar Cergas

4.0 Mengenal Pasti Individu Berkeperluan Khas5.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

5.1 Masalah Penglihatan

5.2 Masalah Pendengaran

5.3 Masalah Pertuturan

5.4 Masalah Pembelajaran 5.5 Masalah Tingkah Laku

5.6 Masalah Lembam

5.7 Masalah Sindrom Down

5.8 Masalah Autisme

5.9 Masalah Pintar Cergas

6.0 Keperluan Infrastruktur Kanak-Kanak Keperluan Khas

6.1 Bilik

6.2 Ruang

6.3 Keceriaan

6.4 Lain-Lain Keperluan

6.5 Cadangan Bilik Kemudahan

7.0 Rumusan

1.0 PENDAHULUAN

Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa.Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran.

Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegitan fizikal. Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain.Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhir terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya.

Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kogintif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas. 1.1 Pendidikan Khas Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagaikaedah-kaedahyang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluankanak-kanakyang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek- aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhikeperluan-keperluankhas bagimurid-muridyang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu.

1.2 Definisi Pendidikan Khas

Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas daripada segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

(Chua, 1992)

Sebarang program yang diperuntuk atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas

Slavin (1997)

Subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.

Gearhart & Weishman (1980)

1.3 Konsep Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.

Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan olehguru-guruterlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.Falsafah Pendidikan Khas

Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajarpelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan keperluan tenag rakyat dan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.Misi Pendidikan Khas

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara.

Visi Pendidikan Khas

Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

2.0 PENDIDIKAN INKLUSIF Definisi

Perkataan inklusif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris inclusive yang bermaksud merangkum. Secara umumnya, program pendidikan

inklusif membawa maksud program yang ditawarkan kepada pelajar

berkeperluan khas untuk belajar bersama murid normal di dalam bilik

darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar

dalam keadaan normal tanpa mengira status (Naim, 1997).

Falsafah Pendidikan Inklusif

Pendidikan ini adalah untuk semua. Pendidikan inklusif menawarkan

kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama-sama murid normal di

dalam bilik darjah dan sekolah yang sama.

Objektif

Objektif program pendidikan inklusif secara umumnya ialah untuk

memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas untuk menerima

pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di

sekolah bersama dengan pelajar normal

Empat objektif pendidikan inklusif menurut Barirah (1995): Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan khas dalam menyedari bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat;

Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka;

Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep mereka; dan Untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.3.0 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS McDonnell et al. (1995) pula mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa ini kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini yang mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gangguan tingkah laku).Lerner et al. (1998), dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat pra-sekolah, mencadangkan dua kategori kanak-kanak, iaitu:

(a) Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam

pelajaran di bangku sekolah; dan

(b) Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

Rajah 1 : Kategori Kanak- Kanak Berkeperluan Khas.

Kanak-Kanak berkeperluan khas boleh dibahagi kepada :

Masalah kecacatan fizikal

Masalah penglihatan

Masalah pendengaran

Masalah pertuturan

Masalah pembelajaran

Masalah tingkahlaku

Lembab ( slow learner)

Terencat akal ringan

Autisme

Pintar cerdas

Sindrom Down

Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD

Disleksia

3.1 Bermasalah Pendengaran

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahanilmu. Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran.

Masalah pendengaran bermaksud ia adalah masalah- masalah yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bermasalah pendengaran:

Penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga);

Pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga);

Pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera); dan

Psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang

terpendam).American National Standards Institute mentakrifkan masalah pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatu bunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai audiometrik desibel sifar (0 dB) adalah nilai tahap pendengaran yang merujuk kepada pengesanan purata bunyi dalam nilai isyarat suatu frekuensi, seperti 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan sebagainya. Amnya, seseorang individu dikatakan mempunyai pendengaran yang normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah diantara 0 dan 15 ke 20 dB tahap masalah pendengaran (dB HL) (Grundfast et al., 2000).Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak.

Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.

Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel.

Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.

Klasifikasi Masalah Pendengaran

Rajah 2 : Bahagian Dalam Telinga

a. Hilang pendengaran jenis konduktif Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

b. Hilang Pendengaran jenis sensori neural Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.

c. Hilang pendengaran jenis campuran Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.Pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti:

Kurang memberi perhatian;

Susah mengikut peraturan;

Selalu berkhayal;

Memerlukan bantuan daripada kawan;

Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan;

Cara percakapan yang janggal; dan

Mempunyai masalah kesihatan.

3.2 Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanakbermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak dapat melakuka tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas. Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit yang dialami, trauma, serta masalah kongenital ataupun keturunan. Terdapat pelbagai takrifan yang digunakan untuk menentukan keterukan gangguan penglihatan. Antara takrif yang lazim digunakan di Malaysia ialah penglihatan terhad yang ditakrifkan sebagai akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik dari 3/60 manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang lebih teruk daripada 3/60 (WHO 1997).Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanakyang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluankanak-kanakini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Rajah 3 : Bahagian Mata Definisi yang dikemukakan olehThe World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

Tidak dapat melihat langsung. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.Pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya, iaitu:

Astigmatisme (rabun);

Strabismus (juling);

Amblipia (mata malas); Diplopia (nampak dua);

Glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata);

Albinisme (sensitif pada cahaya);

Myopia (rabun jauh); dan

Hyperopia (rabun dekat).

Rajah 4 : Masalah Penglihatan ; Juling

Ciri-ciri pelajar mengalami masalah penglihatan adalah seperti berikut :

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan.

Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak.

Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya.

Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

3.3 Bermasalah Kecacatan Fizikal Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda.

Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.

Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.

Cerebral Palsy

Cerebral Palsy berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pergerakan semasa awal pertumbuhan, biasanya ia berlaku semasa dalam kandungan. Jika berlaku semasa kelahiran, adalah kerana kekurangan oksigen, meningitis dan kecederaan di otak

Kanak-kanakyang mengamali masalah ini akan merasi kesukaran dibahagian postur badan, pergerakan tubuh,otot-ototyang lemah serta keseimbangan dan koordinasi tubuh. Ia juga mengalami kesukaran untuk makan dan bercakap.

Pelajar-pelajar yang mengalami cerebral palsy ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: Spastik Kerosakan pada bahagian konteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otak dan otot yang boleh dikawal. Ia akan menghalang pergerakan yang sempurna iaitu koordinasi pergerakannya sukar dikawal. Ia boleh dikesan melalui ciri-ciri kesukaran pada waktu makan, masalah pernafasan, masalah pada pertuturan, tanda-tanda terencat akal, tidak berupaya mengurus diri atau tidak berupaya berdiri dan memijak. Atitosis

Kerosakan pada bahagian basel ganglion yang boleh memperlahankan pergerakan.Pergerakan pada bahagian bahu, muka, kaki dan tangan tidak boleh dikawal atau pertuturan menjadi agak susah dan tidak jelas, di samping masalah mengawal air liur.

Ataksia

Kerosakan pada bahagian serebral otak yang boleh menyebabkan kesulitan dalam mengawal imbangan badan. Pergerakan pelajarpelajar ini juga kekok dan teragak-agak serta pertuturannya dan pendengarannya kurang jelas.

Rajah 5 : Kanak-kanak cerebral palsy susah mengawal anggota badan.

Muscular DystrophiesKanak-kanakyang mengalami muscular Dystrophies akan mengalami masalah urat saraf yang lemah sepanjang masa. Kebanyakannya berlaku pada kanak- kanak lelaki berbanding dengankanak-kanakperempuan. Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.

Rajah 6 : Kanak-kanak yang mengalami muscular dystropies

Rajah 7 : Pergerakan yang sukar bagi penghidap muscular dystropiesSpina Bifida

Spina Bifida berlaku disebabkan tulang belakang bayi tidak mengalami pertumbuhan semasa dalam kandungan. Jika ia berterusan akan menyebabkan lumpuh sepenuhnya atau separa di kaki serta kesukaran mengawal usus dan pundi kencing.

Rajah 8 : Bayi yang mengalami spina bifida

3.4 Sindrom DownSindrom Down ialah masalah yang disebabkan masalah berlebihan kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang. Sindrom ini biasanya diwarisi daripada keluarga iaitu baka yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Kecacatan sindrom Down ini boleh dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap darjah kecerdasan otak (IQ) yang rendah antara 30 hingga 80.

Pelajar-pelajar sindrom Down mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat;

Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir;

Mata sentiasa berair dan merah;

Mata sepet dan bentuk muka yang kecil;

Tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak tangan

melintang;

Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok; dan

Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

Rajah 9 : Kanak-Kanak Sindrom Down

3.5 Terencat Akal

Terencat akal didefinisikan oleh American Association on Mental Deficiency (1873) sebagai kecacatan akal yang merujuk kepada kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata. Ia menunjukkan kekurangan dalam penyesuaian tingkah laku dan dapat dilihat semasa pembesaran. Pelajar-pelajar terencat akal boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:

(i) Terencat akal ringan; dan

(ii) Terencat akal berat.

Tahap kerencatan akal boleh dikelasifikasikan seperti berikut:

(i) Ringan (mild) IQ antara 5070;

(ii) Sederhana (moderate) IQ antara 3549;

(iii) Teruk (severe) IQ antara 2034; dan

(iv) Amat Teruk (profound) IQ kurang daripada 20.

Pelajar-pelajar terencat akal ringan terdiri daripada: (i) Bodoh (Idiot)

Pelajar-pelajar yang tidak dapat melindungi diri mereka daripada bahaya fizikal seperti mencederakan diri sendiri, tidak berupaya makan, duduk, berdiri atau berjalan sendiri. (ii) Imbersil (Imbecile)

Pelajar-pelajar yang tidak boleh mengurus diri tetapi boleh dilatih untuk menjaga keperluan tubuh badan.

(iii) Dungu (Moron)

Pelajar-pelajar yang mempunyai perkembangan mental 23% daripada kadar biasa. Pelajar-pelajar ini tidak boleh bermain atau belajar dengan pelajar-pelajar biasa. Mereka boleh dikesan semasa umur dua hingga tiga tahun kerana lambat berfikir. Pelajar-pelajar moron memerlukan penjagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

(iv) Lembam

Pelajar-pelajar yang lambat menerima pelajaran dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan sekolah biasa. Bagi golongan pelajar yang dikategorikan sebagai cacat akal berat, mereka biasanya sukar untuk makan dan selalu muntah. Pelajar-pelajar ini juga suka menyendiri dan pendiam. Sikap mereka juga kadang-kadang sukar dikawal. Misalnya, jika menggigit sesuatu dalam mulut, benda tersebut tidak mahu dikeluarkannya. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga sukar bernafas, air liur meleleh tanpa kawalan, sukar tidur, selalu menangis, sukar bercakap dan memahami orang lain, kebingungan pada cahaya

lampu dan tidur yang berlebihan.

3.6 Autistik

Pelajar-pelajar autistik adalah pelajar-pelajar yang berkelakuan seperti orang pekak tetapi mereka tidak pekak. Namun begitu, mereka tidak menyatakan apa yang mereka dengari. Golongan ini biasanya berada dalam dunianya sendiri. Pelajar-pelajar autistik juga tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal dan bertingkah laku aktif yang keterlaluan. Golongan ini juga selalu menunjukkan perlakuan yang bongkak, ketawa dengan tibatiba, takut dan cemburu berlebihan. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga suka berkelakuan seperti menggigit kuku, menghisap jari dan mencederakan diri. Mereka tidak mengenali bahaya dan tidak merasa kesakitan. Pelajar-pelajar ini juga gagap, perkataan disebut secara berulang-ulang, menangis dan marah tanpa sebab, tidak mahu dipeluk, suka permainan yang luar biasa, tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar lain, tiada hubungan mata apabila bercakap dan tidak mahu menerima pelajaran biasa.

Rajah 10 : Lambang Kanak-Kanak Austisme 3.7 Masalah Pertuturan

Bermasalah pertuturan boleh didefinisikan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan, sama ada daripada segi bunyi, penguasaan bahasa atau gangguan semasa bertutur.

Pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan boleh dibahagikan kepada enam jenis, iaitu:(i) Gangguan artikulasi yang puncanya adalah kecacatan lidah, sumbing bibir dan lelangit, penyakit hidung dan tekak dan peniruan yang salah semasa pembelajaran;(ii) Gangguan bunyi pula berkaitan rapat dengan nada dan kekuatan serta kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang menyenangkan atau tidak normal akibat daripada alunan bunyi yang tidak teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah dan penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh dikesan melalui pengeluaran suara yang kasar, sengau, berbisik, serak dan nyaring. Kecacatan ini berlaku dalam bentuk pengeluaran bunyi dan arahan bunyi suara;(iii) Gagap juga merupakan salah satu daripada masalah pertuturan yang dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas di Malaysia. Seseorang itu boleh dianggap gagap apabila penyebutan satu-satu perkataan diulang-ulang, terhenti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada;

(iv) Kelewatan bertutur pula ialah perkembangan pertuturan yang berlaku pada kadar lambat daripada normal dan kebolehan bertutur yang tidak sesuai dengan umur sebenar. Punca utama masalah ini ialah lembam,kekurangan motivasi dan kecederaan otak; dan(v) Sumbing pula disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu lelangit janin untuk bercantum selepas tiga minggu dalam kandungan. Pelajar-pelajar sumbing akan bertutur dengan suara yan sengau.

(vi) Kurang pendengaran menyebabkan pertuturan seseorang itu menjadi tidak sempurna. Ia boleh berpunca daripada kemalangan, kecederaan, penyakit atau semula jadi sejak dilahirkan3.8 Disleksia Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)

Disleksia ialah satu Disorder dalamkanak-kanakyang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968)Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko- ordinasimoto-mata-tangan.Disleksia adalah satu masalah pembelajaran spesifik iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Kanak-kanakdisleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999).

Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawakanak-kanakdisleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.

Rajah 11 : Kanak-Kanak Dileksia

3.9 Masalah Pintar Cergas Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat tentang konsep pelajar pintar cerdas ini. Konsep pintar cerdas ini penting difahami kerana hal ini dapat membantu dan mempengaruhi khidmat (services) akan diberi untuk memenuhi keperluan khas pelajar ini. Ada pihak yang mendefinisikannya sebagai golongan pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berbakat dan kreatif. Beberapa istilah telah digunakan berkaitan dengan giftedness dan kreativiti. Istilah seperti kecerdasan (intellegence) yang tinggi, IQ yang tinggi (1.5 2 sisihan piawai atas min), pintar cerdas (gifted) (skor IQ lebih daripada 130) kreatif, berfikiran konvergen, berfikiran divergen sering digunakan untuk memerihalkan giftedness.

Alfread Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai TheStanford-BinetTest telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.

Menurut Jamila (2005),Kanak-kanakpintar cerdas adalahkanak-kanakyang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh (1992) mendefinisikankanak-kanakpintar cerdas sebagai kanak-kanakyang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:

Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik. Bakat-bakatkhas dalambidang-bidangseperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama.

Perkembangankanak-kanakcerdas pintar ini menunjukkanciri-ciriluar biasa pada umur yang sangat muda berbandingkanak-kanakbiasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat.Kanak-kanakini boleh merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiranadvancepada umur yang muda berbandingkanak-kanaklain.

Dari segi emosi, mereka sangat matang berbandingkanak-kanaklain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.

Rajah 12 : Kanak-Kanak Pintar Cerdas4.0 MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS Langkah 1 Penapisan (Screening) Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.

Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/rating, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi

Langkah 2 Pencalonan (Referral) Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.

Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.

Langkah 3 Penilaian Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas

Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar

(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.). Langkah 4 Kelayakan

Lepas proses penilaian ( analisis dan penafsiran skor ujian ) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.5.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

5.1 Masalah PenglihatanKementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku Manual On The Management of Children With Visual Impairement yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanakbermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:Sentuh

Pandu tangankanak-kanakuntuk menyentuhbenda-benda.Beri kanak-kanakpelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepadakanak-kanakuntuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

Pendengaran

Bercakap dengankanak-kanakitu pada setiap kesempatan. Namakan benda-bendayang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan jugabenda-bendayang sedang dilakukan dan jelaskan kepadakanak-kanakitu tentang perasaan.

Galakkankanak-kanakbercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.

Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengankanak-kanak.Pastikan orang bercakap terus kepadakanak-kanak.Misalnya jika ada orang yang bertanya , Adakah anak anda mahu aiskrim?, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepadakanak-kanak

Bau

Pastikankanak-kanakdiberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak danlain-lain.

Rasa

Galakkankanak-kanakmemasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanaktumbuh gigi.

Berikan makanan dan minuman yangberbagai-bagaidari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan.Kanak-kanakdengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.

Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.

Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti hands-on.

5.2 Masalah Pendengaran Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid.

Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

Rajah 12 :Mengajar Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran5.3 Masalah Pertuturan Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, ayau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi.

5.4 Bermasalah Pembelajaran Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.

Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.

Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. Beri tugasan yang ringkas. 5.5 Bermasalah Tingkah Laku Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk:

Peneguran Positif:

Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.

Time-out Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya

Tidak Peduli: Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.

Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri

5.6 Lembam Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak lembam untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa .5.7 Sindrom Down Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.

Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.

Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik. Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka.

Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

5.8 Autisme

Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk belajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.

Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.

Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari.

Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah

5.9 Pintar Cergas

Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:

Pengasingan,

Pemecutan (acceleration)

Pengayaan

Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka.

Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

6.0 KEPERLUAN INFRASTRUKTUR KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 6.1 Bilik

Kebiasaannya bilik untuk kanak-kanak berkeperluan khas, sesuai diletakkan di tingkat bawah. Lokasi di aras bawah akan sesuai kerana :

memudahkan kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal dan yang memerlukan kerusi roda bergerak.

Mudah untuk mengubah dan mengalih peralatan sokongan dan bantuan yang besar dan berat.

Bersebelahan dengan tempat bermain, riadah, terapi, aktiviti seperti taman tani, ruang terapi pasir-air.

Sekiranya bilik ditempatkan ditingkat satu, pastikan tangga tidak terlalu curam dan tidak licin serta mempunyai pemegang di tepi dinding yang rendah dan sesuai dengan ketinggian murid.Adalah lebih baik sekiranya kelas ini bersebelahan dengan kelas aliran biasa terutama di sekolah integrasi. Bagi di sekolah khas,yang khusuus dengan murid cacat penglihatan, tanda-tanda label braile di pasang disekeliling sekolah untuk memudahkan murid bergerak ke tandas, kantin, pusat sumber dan sebagainya. 6.2. Ruang Ruang dan perabot yang disediakan perlu disesuaikan dengan aktiviti yang dijalankan. Contohnya ruang seni lukis, perlulah disediakan perabot yang sesuai untuk aktiviti melukis serta menempatkan kertas lukisan dan warna, juga disediakan kemudahan apron dan papan pameran untuk mempamerkan hasil lukisan dan kerja tangan.

Sekiranya dapat, peralatan dan perabot besar dipasang kaster ( roda kecil ) unuk memudahkan mengubahsuai susunan perabot untuk memjalankan pelbagai aktiviti terutama bagi bilik yang kecil. Elakkan perabot terutama di ruang bercerita, perbincangan, perbualan atau tempat rehat.Tempatkan meja guru di lokasi yang mudah guru mengawas murid menjalankan pelbagai aktiviti di dalam kelas. Pandangan guru tidak dihalang oleh susunan perabot atau papan pameran.

Penyimpanan alatan perlulah berhampiran dengan jenis aktiviti yang dijalankan. Ini memudahkan pemindahan peralatan, terutama alatan eletronik yang sensitif terhadap gegaran apabila dipindahkan. Kosongkan ruang terutama lokasi untuk menjalankan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan dan laluan perlulah tanpa halangan yang boleh membahayakan murid.6.3 Keceriaan Susunan kelas tidak semestinya statik. Susunan kelas boleh diatur dari semasa ke semasa untuk mewujudkan suasana yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran yang diadakan. Keceriaan bukan sahaja untuk cantik dan kemas, tetapi disesuaikan dengan aktiviti sekolah. Elakkan memasang kain di sekeliling meja guru dan murid. Kain tersebut mungkin boleh mengakibatkan masalah keselamatan.

Poster, kad imbasan, model dan berbagai bahan pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran boleh dijadikan bahan pameran. Bahan yang dupamerkan biarlah berubah setiap minggu mengikut tema.

6.4 Lain-Lain Keperluan Mesin braille

Alat rakaman audio

Duplicator braille

Hand held magnifier

Stand magnifier

Spectacle magnifier

Teleskop

Tongkat putih

Kerusi roda

6.5 Cadangan bilik kemudahan Bilik darjah untuk kumpulan

Bilik resos

Tandas yang sesuai dengan masalah fizikal murid

Bilik masak dan ruang makan

Taman riadah

Ruang senaman

Ruang fisioterapi

Bilik kemahiran pengurusan diri

Ruang terapi air dan pasir

Rajah 13 : Bilik darjah yang sesuai untuk murid-murid berkeperluan khas.

Rajah 14 : Tandas yang sesuai untuk kanak-kanak khas7.0 RUMUSAN

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Disleksia, Autisme, Perkembangan Lewat, Hiperaktif dan sebagainya.

Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan diisytiharkan dalam "Universal Declaration of Human Right 1948" dan diperkukuhkan oleh "The World Declaration on Education for All 1990":"Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka" (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).

Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka.

Diharapkan bahawa matlamat falsafah pendidikan khas seperti mana yang digariskan oleh JPK iaitu pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk me1ahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sehagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif se1aras dengan falsafah pendidikan negara dapat dicapai melalui tiga program pendidikan khas utama iaitu Program Pendidikan di Sekolah Khas, Program Pendidikan Percantuman, dan Program Pendidikan Inklusif.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan berkeperluan khas wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat golongan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan berkeperluan khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

RUJUKANJamila K.A. Mohamad (2005) Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Pahang

Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur. Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di Peringkat Awal Kanak-Kanak, [ atas talian ] muat turun pada November 11, 2013 dari http://www.slidesshare.net/shida01/Kanak-Kanak-_berkeperluan_khas_di_peringkat_awal_kanak-kanakMasalah Pembelajaran, Portal Rasmi PDKnet, [ atas talian ] muat turun pada November 11,2013 dari www.pdknet.com.my/web/index.php?Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD. Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2011) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan , Open Universiti Malaysia, SelangorHBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

40