bahan edu

53
Guru dan cabaran semasa Oleh DR. AMINUDIN MANSOR DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya. Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru. Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas. Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan. Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat

Upload: kropok-lekor

Post on 21-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Bahan EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan EDU

Guru dan cabaran semasaOleh DR. AMINUDIN MANSOR

DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.

Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.

Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.

Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).

Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.

Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks

Page 2: Bahan EDU

dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksana-kan.

Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Page 3: Bahan EDU

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.

Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3SZlWaY1d © Utusan Melayu (M) Bhd

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa

Teknologi Maklumat Di Dalam Islam Pendahuluan

Apa itu Teknologi Maklumat Mengikut satu definisi, secara ringkasnya teknologi maklumat boleh dianggap sebagai "cara baru penyimpan, memproses dan menyalurkan maklumat yang dihasilkan oleh pembangunan yang pantas dalam bidang elektronik, pengkomputeran dan telekomunikasi".

Satu lagi definisi teknologi maklumat yang lebih luas pengertiannya ialah:"...teknologi maklumat bermaksud pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, penyebaran dan penggunaan maklumat. Ia tidak terkongkong kepada perkakasan atau perisian, tetapi mengiktiraf kepentingan manusia serta matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut, nilai-nilai yang digunakan untuk membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan untuk memutuskan sama ada ia yang mengawal teknologi itu dan diperkayakan olehnya.”

Di dalam Ensiklopedia bebas, teknologi maklumat ditakrifkan sebagai:"teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepatnya menggunakan komputer digital dan perisian komputer untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.” Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah difahami bahawa teknologi maklumat bukanlah perkara yang terlalu baru. Ia telah wujud dengan wujudnya komputer. Bahkan sebelum kewujudan komputer sekalipun ia boleh dikatakan telah wujud juga.

Page 4: Bahan EDU

Islam dan Teknologi MaklumatKemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah s.w.t.:

Berdasarkan hal ini maka orang Islam tidak seharusnya menyisihkan diri dari perkembangan dan pembangunan teknologi maklumat pada hari ini, malah kita seharusnya dapat melibatkan diri secara aktif dan menjadi penyumbang utama untuk melahirkan satu masyarakat bertamadun bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam agama kita.

Apabila kita berbicara tentang Internet lawan dakwah dan membentangkan beberapa unsur pemusnah nilai-nilai agama melalui Internet dan surat elektronik, maka kita tidak bermaksud agar kita menjauhkan diri daripada menggunakan komputer dan Internet. Malah tujuan kita ialah agar kita turut terlibat secara langsung di dalam aktiviti keilmuan ini dengan menggunakan berbagai-bagai kemudahan komputer untuk menyebarkan ilmu dan sekali gus dapat memanfaatkan diri dengan pencapaian istimewa manusia dalam teknologi maklumat itu.

Kita dapat mengesan beberapa pandangan yang membina tentang perkembangan teknologi maklumat dan kemanfaatannya. Tetapi peringatan dan amaran yang disuarakan ialah kebimbangan dan kekhuatiran yang amat besar tentang pengaruh negatif perkembangan ini terhadap nilai dan pegangan akidah umat Islam, khususnya generasi muda yang sedang mencari nilai-nilai hidup sendiri dan yang kurang memahami asas-asas akidahnya secara mantap.

Unsur-unsur lucah dan gejala hedonisme daripada satu pihak amat menonjol dalam Internet yang seolah-olah disogokkan untuk merubah nilai dan pandangan hidup manusia sejagat dan mengepung mereka dalam satu lingkungan yang bebas daripada nilai-nilai agama dan moral yang positif untuk kesejahteraan manusia.

Daripada satu pihak yang lain unsur-unsur negatif dan mengelirukan yang ditonjolkan tentang kebenaran agama mungkin boleh membawa kekeliruan pandangan tenang akidah dan unsur-unsur tauhid agama, termasuk persoalan-persoalan tentang ketuhanan dan kerasulan.

Hal-hal seperti ini memang tidak dapat dinafikan kewujudannya, dan seperti yang dijelaskan maka unsur-unsur ini terbukti amat cepat penyebaran dan kebanjirannya dalam masyarakat manusia, termasuk masyarakat kita yang sedang menggalakkan pembangunan teknologi ini.

Unsur-unsur pendidikan dan pengawasan diri haruslah dipertingkatkan ke tahap yang paling maksimum agar teknologi maklumat dapat dimanfaatkan oleh kita dalam membina masyarakat madani yang kita cita-citakan.

Page 5: Bahan EDU

Unsur-unsur penapisan diri dan membina kekuatan dalaman haruslah dipertingkatkan dengan bersungguh-sungguh agar cabaran-cabaran negatif dalam teknologi maklumat itu dapat dilawan dan diatasi dengan sebaik-baiknya.

Semua faktor pengawasan dan pendidikan manusia, termasuk ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin, dan jentera kerajaan sendiri haruslah dijanakan dengan sebaik-baiknya untuk mendidik semua peringkat generasi masyarakat kita yang sedang membangun supaya dapat menggunakan teknologi maklumat secara yang bertamadun untuk membina masyarakat madani.

Masyarakat bertamadun yang hendak kita bina ialah masyarakat yang berasaskan sistem nilai dan pembangunan ilmu pengetahuan yang menuju kepada kebenaran dan kekuasaan Allah S.W.T.

Hal ini memerlukan penyertaan orang-orang Islam sendiri dalam pembangunan teknologi maklumat secara positif dan proaktif. Biarlah ilmu dan kekayaan orang Islam dalam tamadun menjadi penyumbang yang konkrit untuk memajukan teknologi maklumat, dan bukanlah sebaliknya.

Terdapatnya beberapa kumpulan anak-anak muda Islam yang membuka laman web mereka tentang kumpulan ''''gay dan lesbian Islam'''' sesungguhnya amat memalukan dan merupakan satu tamparan hebat kepada kesucian agama kita.

Malah penyebaran junk e-mail dalam bahasa Melayu di negara kita sendiri nampaknya semakin meluas dan menjadi-jadi, iaitu yang merupakan satu perkembangan yang amat tidak sihat dalam pembangunan teknologi maklumat dan saluran elektronik di negara kita.

Masih banyak nampaknya unsur negatif dan mengelirukan disebar begitu mudah melalui e-mail oleh kalangan yang ingin menyebarkan fahaman salah tentang pelbagai isu. Malah tidak kurang pula yang menggunakannya bersembang lucah dan menghantar bahan-bahan porno yang hanya mencerminkan kecetekan ilmu dan kedangkalan iman.

Bagaimanakah hendak kita binakan masyarakat madani dan mengembalikan tamadun gemilang kita, sekiranya sikap negatif ini masih mencengkam jiwa orang-orang Islam sendiri dan unsur-unsur yang meruntuhkan ini lebih banyak mendapat perhatian daripada unsur-unsur yang dinamik dan membina?

Masyarakat islam sekarang amat memerlukan golongan berilmu dan berhikmah dalam membangun teknologi maklumat secara bertamadun, dan orang-orang Islam sendiri haruslah menjadi sumber ilmu dan hikmah itu sendiri, terutamanya apabila semua prasarana teknologi maklumat itu telah dibangunkan dengan jayanya di negara kita."

PENGLIBATAN UMAT ISLAM DALAM DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perkembangan teknologi maklumat(IT)sering diperkatakan di dunia hari ini. Isu-isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat sering ditonjolkan melalui media massa. Apa sahaja isu yang diketengahkan

Page 6: Bahan EDU

pastinya cuba dikaitkan dengan IT seperti globalisasi, ekonomi, peradaban manusia, pendidikan dan kemasyarakatan.

Malah di Malaysia sendiri tidak kurang hebatnya. Penglibatan Malaysia dalam dunia teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer (jargon) sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet, cybercafe dan sebagainya. Namun demikian, penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih lagi di tahap minoriti. Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur di kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti, maka kita akan dapati Islam adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat. Maklumat merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Umat Islam tidak seharunya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah masih kurang jelas dikalangan masyarakat Islam itu sendiri.

Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan komputer, bermain permainan video dan boleh melayari dunia siber melalui internet sedangkan soal pembangunan perisisan, penyediaan bekalan bagi membina prasarana siber, rangkaian komputer, penyelidikan teknologi malah membaik pulih komputer sendiri pun masih dikuasai oleh bukan Islam.Teknologi memang boleh membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi, politik serta peradaban manusia. Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat, unsur-unsur penyelewengan aqidah, penentangan syariah Islam, penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi, perjudian secara online, pornografi dan sebagainya.Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membenteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam, maka kini umat Islam sudah mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran risalah agama tauhid ini. Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi, GIGO (Garbage In, Garbage Out), sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya.Teknologi Maklumat boleh menjadi satu cara yang efektif untuk menyampaikan dakwah. Konsep dunia tanpa sempadan(bordeless world) menjadikan skop penyampaian maklumat lebih luas. Penyebaran fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi. Maklumat pencerobohan atau pencabulan wilayah Islamiyah boleh disampaikan dengan cepat. Strategi musuh boleh diketahui dengan lebih tepat serta pelbagai kemudahan yang lain.

Page 7: Bahan EDU

Cabaran Teknologi Maklumat Dan Internet

Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini. Kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya, sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang serba canggih dan di luar dugaan.

Kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

Di dalam dunia yang serba moden ini, di mana keperluan hidup harian manusia banyak bergantung kepada sains dan teknologi, maka tidak dinafikan peranan yang sangat besar yang boleh dimainkan oleh teknologi maklumat dan internet dalam membentuk pemikiran manusia dan suasana masyarakat yang akan datang.

Melalui perkembangan teknologi maklumat dan internet ini juga, umat Islam perlu sedar bahawa ianya adalah saluran yang sangat berfaedah dan berkesan sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya. Contohnya, melalui internet umat Islam dapat menyebarkan syiar Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Ianya juga boleh dijadikan sumber maklumat dan ilmu Islam, menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam di serata dunia, bahkan juga boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia. Malah di peringkat kebangsaan pula, kemajuan teknologi maklumat ini boleh digunakan untuk kepentingan bersama seperti perbincangan yang lebih cepat dan berkesan terhadap isu-isu dadah, Aids, gejala sosial dan berbagai-bagai lagi.Di samping banyak faedah yang dapat dimanfaatkan daripada teknologi maklumat dan internet ini, kita juga menyedari bahawa teknologi yang pada asasnya bersih ini telah disalah-gunakan sehingga menjadi salah satu saluran yang tidak bermaruah. Melalui kemajuan teknologi ini, manusia lebih bebas untuk menyebarkan idea-idea yang berbahaya. Mereka yang mempunyai niat jahat terhadap Islam akan menggunakannya untuk menyebarkan fitnah dan memburukan Islam. Bahan-bahan lucah dan budaya kuning Barat akan lebih mudah disalurkan ke mana-mana sahaja di serata dunia.Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam khasnya di Malaysia, perlu melihat cabaran yang dibawa oleh teknologi maklumat dan internet ini dari kacamata Islam. Kerana sudah tiba masanya bagi umat Islam untuk memahami dan mengambil segala faedah yang dibawa oleh teknologi ini, termasuklah menghadapi ancaman-ancaman yang dibawanya. Kita perlu mampu menukar cabaran-cabaran ini kepada peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam.

Peranan Umat Islam dalam Teknologi MaklumatPerkembangan alaf baru abad ke -21 jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun.Pengaruhnya di dalam kehidupan seharian kita begitu dirasai lebih-lebih

Page 8: Bahan EDU

lagi dalam era globalisasi yang memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah,cepat dan efisien.Fenomena semasa juga menunjukkan bahawa mana-mana bangsa yang dapat menguasai ekonomi dengan dibantu oleh sistem komunikasi yang canggih adalah sebenarnya menguasai ekonomi dunia.

Bagi kita umat islam, perkembangan teknologi maklumat pastinya menjadi suatu rahmat, peluang dan cabaran kepada kita. Kedudukan semasa sekarang ini menjadi sesak dengan kecanggihan maklumat dan telekomunikasi yang menghubungkan manusia dengan tanpa sempadan. Dengan kecanggihan maklumat ini kita memperolehi pengetahuan yang akan menentukan setiap keputusan dan tindakan. Sebagai umat islam yang mengaku beriman kepada Allah ta'ala,apabila berbicara mengenai kecanggihan teknologi maklumat sewajarnya mengingatkan kita kepada kecanggihan wahyu Ilahi. Kita harus memandang kecanggihan teknologi maklumat ini sebagai suatu rahmat dan cabaran daripada Allah ta'ala untuk menguji sejauhmana keimanan kita kepada Allah, terpulang kepada kita untuk memanfaatkan teknologi maklumat ini sama ada untuk menggunakannya ke arah kemajuan manusia sejagat berlandaskan islam atau sebaliknya.

Penghasilan senjata canggih amat diperlukan oleh umat islamPersoalanya sekarang bagaimana kita harus merebut peluang ini dan manfaatkannya sebagai sistem perhubungan manusia sejagat.Apakah kita akan menjadikan teknologi mklumat ini sebagai rangkaian untuk kemajuan umat? dan apakah teknologi ini dapat melahirkan manusia yang berakhlak dan bermoral?. Barangkali inilah cabaran-cabaran yang mesti ditempuhi dan difikirkan oleh umat islam pada masa kini. Jika umat islam hari ini tidak berperanan untuk memanfaatkan teknologi ini, maka umat islam akan ketinggalan di dalam kesesakan teknologi maklumat yang membangun pesat di abad ini. Oleh itu umat islam seharusnya memainkan peranan yang penting untuk menguasai sains dan teknologi. Seharusnya umat islam harus peka di dalam persediaan menghadapi cabaran berikut,cabaran di dalam bidang penyebaran maklumat dan komunikasi. Semestinya cabaran ini harus dipikul oleh setiap individu muslim sama ada guru,pensyarah,pelajar,doktor,peguam dan sebagainya.

Penggunaan teknologi maklumat tuntutan masa

Kelebihan serta janji Allah ta'ala yang mengiktiraf kedudukan umat manusia sebagai umat yang terbaik yang mengajak manusia ke arah kebajikan dan mencegah kemungkaran hendaklah dibuktikan. Ia tidak senarusnya menjadi semangant retorik semata-mata tanpa ada daya usaha untuk menguasai kepakaran teknologi maklumat.

Kemudian kedudukan ini seharusnya menjadi asas kepada umat islam untuk berusaha menyebarkan maklumat tentang islam kepada ahli keluarga,masyarakat dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Selain itu,umat islam seharusnya sedar akan kepentingan sains dan teknologi ini, perkembangan mutakhir ini juga mengajak kita untuk mendalami ilmu sains.

Page 9: Bahan EDU

Dari sudut semasa juga telah memperlihatkan kepada kita bahawa kecanggihan teknologi dan sistem komunikasi pada sesebuah bangsa dapat mempengaruhi sesebuah bangsa yang lain. Kita juga dapat memperlihatkan bahawa bagaimana kuasa-kuasa besar seperti negara barat dan sekutunya yang menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk menghancurkan negara yang majoritinya umat islam.

Mereka menggunakan kecanggihan senjata mereka untuk menyekat kebangkitan dan juga pembangunan negara islam daripada terus mencapai kemajuan.

Oleh itu, umat islam seharusnya sedar akan situasi ini, mereka hendaklah bangkit untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang teknologi maklumat sama ada dari segi komunikasi,maklumat,senjata dan sebagainya yang telah digunakan oleh kuasa-kuasa besar untuk menghancurkan mereka.

Umat islam juga harus menyemai sikap positif dan inisiatif yang bersungguh-sungguh dalam jiwa masyarakat islam bahawa teknologi maklumat adalaha satu salurn yang berguna dan bermanfaat kepada agama.

Bagi organisasi-organisasi islam yang lain pula, kualiti pengurusan dapat dipertingkatkan dan digerakkan secara sistematik dan tersusun menerusi penguasaan teknologi maklumat.Mereka hendaklah bergerak legih cergas setanding dengan organisasi-organisasi lain,malah perlu lebih dari tiu. Sudah pastilah,sekiranya peranan-peranan ini dapat dimainkan dan direalisasikan kita dapat melahirkan umat islam yang berilmu,tinggi akhlaknya,mahir dalam bidang sains dan teknologi dan berinformasi.

Mengapa Umat Islam Lemah Dalam Teknologi Maklumat (IT)1/4 daripada populasi manusia di dunia adalah orang Islam (Muslim). Namun, kita dapat lihat bahawa kita amat jauh ketinggalan dalam bidang IT. Jika kita kuat, sepatutnya 1/4 daripada seluruh mahasiswa dalam bidang ini adalah umat Islam. Bukan itu sahaja, sepatutnya Muslim-lah yang menjuarai penciptaan-penciptaan hebat seperti apa yang dilakukan oleh Google, Microsoft, Facebook dan lain-lain.• Tidak Menganggap Ianya Sebagai Sesuatu Ibadah Dan Kerana Allah. -Jika semua pencipta teknologi IT, programmer, developer, anylyst, dan lain-lain menganggap pekerjaannya, inovasi dan produk yang di hasilkannya adalah kerana Allah SWT dan merupakan satu sumbangan kepada Umat Manusia supaya dapat dimanafaatkan bersama, Insyaallah inovasi dan produk Umat Islam akan dimartabatkan.

• Sikap Suka Bergantung Kepada Orang Lain. -Kita suka bergantung kepada teknologi yang sedia ada, memang tidak dinafikan lah, kita perlu menggunakan teknologi yang sedia ada,Cuma disamping teknologi yang ada, kita sebagai umat islam perlu memikirkan teknologi yang lebih baik dan boleh dimanfaatkan oleh umat islam semua.

• Tidak Suka Berkongsi Pengetahuan Yang Ada. -Faktor ini juga mungkin menyebabkan umat islam jauh ketinggalan di dalam IT ini, mungkin sesetengah

Page 10: Bahan EDU

individu yang mempunyai pengalaman,kemahiran,pengetahuan di dalam bidang ini tidak mengembangkan ilmunya kepada orang laen, malahan jika dikembangkan mungkin bukan kerana Allah SWT.

• Tiada Minat Untuk Mendalaminya (Ilmu Berkaitan Teknologi.) -Saya dapat lihat ketika masa belajar dahulu dan sekarang, terdapat beberapa golongan pelajar yang ingin tahu mengenai teknologi ini semata-mata bacaan dan pemahaman untuk LULUS di dalam peperiksaan sahaja,dan bukan kerana untuk menambahkan ilmu dan mengamalkannya kelak apabila di alam pekerjaan atau selepas daripada belajar.

• Tiada Sokongan Yang Kuat Sesama Umat Islam. -Sebagai contoh, jika adapun produk, inovasi oleh umat islam, tetapi tiada sokongan daripada kalangan umat islam, produk atau inovasi tersebut tidak berkembang malahan jika idea atau konsep yang ingin diketengahkan itu di lihat berpotensi untuk di perkembangkan, mungkin ia nya akan di ambil dan di ubah suai oleh golongan bukan islam.

PenutupKesimpulannya, umat Islam harus memberi perhatian yang terhadap ilmu teknologi maklumat dan bukannya sekadar boleh menaip menggunakan komputer, melayari internet atau bermain permainan video sahaja malah ianya boleh diperluaskan lagi hingga ke tahap penyelidikan dan penghasilan teknologi itu sendiri tanpa perlu menggadaikan aqidah dan syariat Islamiyyah.

http://we-are-universal.blogspot.com/2011/01/teknologi-maklumat-di-dalam-islam-by.html

Cabaran transformasi agenda pendidikan negara

ABDUL SAID AMBOTANG

Bersama Mohd Yusof Abdullah,

Baharom Mohamad,

Shukri Zain,

Muhamad Suhaimi That dan Roslee

Sistem Pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah Negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, sector pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjakan paradigm yang dapat merintiskan alaf baru dalam

Page 11: Bahan EDU

segala aspek pendidikan. Ini juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan antarabangsa.

Dalam tempoh beberapa dekad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan Negara yang beracuankan Negara Malaysia. Misi dan matlamat dibina adalah jelas untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauhke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Justeru, bertunjangkan kepada elemen tersebut sistem pendidikan di Negara kita memerlukan satu lonjakan transformasi yang mampan bagi merealisasikan dasar pendidikan Negara dalam usaha menjadi sebuah Negara maju mengikut acuannya sendiri.

Pada abad ke-21, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, cabaran Negara dalam sistem pendidikan adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Kesannya, cabaran ini telah mendorong Negara untuk membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-Worker, celik dan mahir dalam ICT, yang mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global serta memiliki jati diri yang tinggi. Perubahan yang amat hebat dan pantas telah menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia dalam abad ke-21 turut berubah selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Namun demikian, perubahan yang berlaku seharusnya tidak bertentangan dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatu padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara dan memberi peluang pendidikan. Kepada semua warganegara (Jamil Ahmad, 2008).

Selain itu cabaran terbesar yang Negara hadapidalam sistem pendidikan ialah cabaran dalam menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengetahuan luas untuk menghasilkan pelajar yang cemerlangdan selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin meningkatkan perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Bagi menyahut cabaran Wawasan 2020,tenaga pengajar harus menyiapkan diri selaras dengan perubahan sistem pendidikan Negara dengan mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistic untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti social dan moral yang tinggi, bersifat futuristic dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Oleh itu, pendidikan guru perlu direformasikan bagi menyediakan guru- guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif.

Dalam masa yang sama, sistem pendidikan Negara juga berhadapan dengan cabaran menyediakan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah yang bersesuaian dengan arus perubahan dunia. pendidikan. Pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum menjadi penentu kepada perkembangan konten dan jati diri pelajar. Perkembangan dunia tanpa sempadan telah mewujudkan pelbagai masalah sosial. Hal ini kerana pelajar terdedah dengan pelbagai maklumat sama ada dari media elektronik atau media cetak. Mereka juga secara luas terdedah kepada akses maklumat daripada kemudahan internet. Namun sangat membimbangkan kemudahan internet didapati lebih cenderung mendorong pelajar untuk akses kepada pelbagai bentuk hiburan yang negative dari luar Negara dan amat terpengaruh dengan budaya barat. Oleh yang demikian perkembangan ini telah mendorong para perancang kurikulum dan ko-kurikulum pendidikan Malaysia untuk menyemak semula tahap

Page 12: Bahan EDU

keberkesanan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh tersebut.

Di samping itu, industry pendidikan Negara juga berhadapan dengan cabaran dalam menguruskan pendidikan di sekolah. Seining dengan era digital yang semakin menular, Negara telah melancarkan Sekolah Bestari. Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Pengurusan sekolah lebih tertumpu kepada aspek teknologi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini telah mendorong pihak sekolah untuk menenyediakan kemudahan ICT yang mencukupi dan mempunyai pelbagai capaian seperti internet, kamera digital, pengimbas dan aplikasi Microsoft Office. Kemudahan ini secara tidak langsung memudahkan guru dan pelajar untuk belajar membina carta, melakukan persembahan multimedia, menyiapkan lembaran kerja, menyisipkan data dan sebagainya. Namun demikian, perlu disedari program pembestarian sekolah memerlukan guru yang profesional, bersahsiah baik, bermotivasi, kreatif dan inovatif, menguasai kaedah pengajaran dan berkemahiran dalam bidang ICT untuk mencapai matlamat penubuhan sekolah bestari.

Secara kesimpulannya perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak cabaran transformasi, terutamanya sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka.Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar Negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sector pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan Negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat pada masa akan datang. Namun, walaupun banyak perubahan yang telahdilakukan,kelemahan yang masih lagi wujud perlu diambil serius oleh pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya dengan langkah segera.

http://eprints.ums.edu.my/5925/1/nc0000002802.pdf

PENDIDIKAN

Posted by tech_voice

WUJUDNYA KETIDAKSAMAAN SOSIAL

Teori masyarakat moden telah menekankan cara-cara di mana proses modenisasi telah mengurangkan bentuk dan kelainan sosial yang rigid dalam masyarakat tradisi. Namun modeniti hanya akan merubah komponen masyarakat yang mampu memanfaatkan kemajuan teknologi akan terus berkembang maju dan taraf hidup mereka semakin meningkat. Sementara komponen masyarakat yang tidak mampu akan terus ketinggalan dan taraf hidup semakin menurun berbanding mereka yang berkemampuan. Secara umumnya, modenisasi juga amat berkait rapat dengan proses industrialisasi. Menurut Apter (1965) industrialisasi adalah satu aspek istimewa tentang modenisasi. Sesuatu negara itu boleh berusaha untuk

Page 13: Bahan EDU

menjadi moden tanpa industrial. Bagi tetapi negara tersebut tidak boleh berindustrilisasi tanpa modenisasi.

PAPERLESS GOVERNMENT

Paperless Government adalah satu keadaan di mana segala urusan di jalankan secara praktikal tanpa penggunaan kertas sebagai bahan perantaraan. Malah, salah sebuah kilang di Selayang telah mempraktiskan kaedah ini. Paperless government juga cuba di laksanakan di dalam institusi-institusi pendidikan. Di mana para pelajar cuma membawalaptop ke sekolah. Sementara segala data akan dipaparkan di skrin sahaja. Maka, amalan beg berat kerana terlalu banyak buku teks tidak wujud.

PERUBAHAN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN

Sebelum ini iaitu dalam tahun 1970an dan 1980an, sukatan pelajaran di Malaysia lebih menitikberatkan agama dan sastera. Namun setelah berlakunya perkembangan pesat teknologi pelbagai tingkat kemahiran teknikal di bawa ke sekolah dan terdapat pendidikan yang lain sebagai sukatan (syllabus) yang baru. Ini lebih dikenali sebagai sekolah teknikal dan vokasional. Pendedahan pelajar ini sudah tentu dapat memenuhi pasaran buruh yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Kemajuan dalam bidang industri mendorong ke arah penggunaan teknologi dalam semua bidang. Pendidikan merupakan asset utama bagi mencapai dan merealisasikan negara maju seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat. Teknologi telah memberi impak yang besar kepada pendidikan di Malaysia. Misalnya, teknologi telah mengubah cara kita membina pengetahuan, cara kita mengajar dan belajar, cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan memudahkan pembelajaran. Laporan perkembangan menunjukkan indek kegunaan dan keperluan terhadap ICT adalah suatu perkembangan yang memberangsangkan. Kajian mendapati tahap celik komputer meningkat dari tahun ke tahun. ICT telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam pendidikan, teknologi, komunikasi dan ekonomi. Namun tanpa menafikan sumbangan dan kebaikan dari pembangunan ICT terhadap manusia sejagat, kita dapati kesan dan pengaruh negatif juga menjadi cabaran besar dan menggugat sosio budaya insan.

ISU PPSMI

Sejak akhir-akhir ini isu ini hangat diperkatakan di seluruh negara. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI sememangnya boleh menjadi factor penentu atau catalyst kepada kemajuan Malaysia namun adakah kebaikannya mampu menampung ruang-ruang lompong yang terdapat pada sistem ini. Terbaru perasmian Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dilancarkan di SOGO, Kuala Lumpur yang dihadiri ratusan pejuang pencinta bahasa ibunda dan tidak kurang yang hadir atas dasar politik. Di sini saya akan mengulas pendapat peribadi mengenai isu ini. Isu ini mungkin bagi sesetengah orang adalah isu sensitif yang melibatkan tentang bahasa ibunda mereka, hak keistimewaan orang Melayu, jati diri dan sebagainya tapi tidak kurang yang menanggapnya sebagai isu remeh temeh yang dimainkan untuk kepentingan politik.

KELEBIHAN PPSMI

PPSMI diwujudkan atas dasar untuk meningkatkan mutu akademik tidak kira luar dan dalam bandar. Penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas telah mendesak kerajaan supaya melakukan perubahan terhadap sistem akademik negara untuk memastikan tahap pencapaian akademik setanding dengan pencapaian pelajar di luar negara. Di dada akhbar seringkali terpampang bahawa dasar PPSMI ini telah

Page 14: Bahan EDU

berjaya menaikkan prestasi pelajar (kata-kata pak-pak Menteri Malaysia). Dari sudut Islam, kita perlu akur bahawa Bahasa Inggeris sangat luas penggunaan pada era ini. Tahap penguasaan dai’e dalam Bahasa Inggeris sangat penting untuk memastikan risalah dakwah dapat disampaikan secara efektif dan menyeluruh. Mungkin ada yang berpendapat bahawa banyak lagi cara lain yang boleh digunakan selain pengajaran di sekolah yang dilakukan kerajaan sekarang. Namun bagi saya, keadaan di Malaysia mungkin berlainan. Bukan sahaja pelajar berada di zon selesa, rata-rata masyarakat di Malaysia sememangnya berada di zon selesa. Tanpa paksaan seperti PPSMI masyarakat Malaysia pasti tidak memikirkan bagaimana untuk memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Mungkin ada yang sedar dari dulu lagi, namun jumlah itu mungkin tidak banyak. Jadi PPSMI ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan para dai’e suatu hari nanti.

KEKURANGAN MELEBIHI KELEBIHAN

Bilamana isu ini dikaitkan dengan peningkatan akademik saya pasti berada di dalam golongan mereka yang menyokong. Namun, bagaikan musuh di dalam selimut, ia juga boleh menjadi bahaya yang akan menusuki saraf-saraf manusia sedikit demi sedikit.Saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang kaitan perjuangan menolak PPSMI dengan dasar sasterawan negara yang menolak kerana mencintai bahasa ibunda dan sebagainya. Bagi saya Melayu adalah Melayu. Yang pasti tidak akan hilang di dunia ini adalah Islam bukan Melayu. Rasulullah menyebut dalam khutbah terakhir baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah pada 9 Zulhijjah Tahun 10H.“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku.”Ayat-ayat ini sangat menusuk hati bagi mereka yang menggelarkan mereka Muslim. Dalam keadaan hidup yang sangat jauh dari zaman baginda, kita ditinggalkan dengan kitab untuk beriman dengannya dan berpegang pada sunnah baginda supaya tidak sesat. Dunia zaman sekarang, sudah jauh dengan apa yang diajarkan Al-Quran. Umum tahu bahawa untuk berpegang pada Al-Quran kita perlu mengetahui dan menghayati maksud yang tersurat dan tersirat dalam Al-Quran. Pada kala ini, Al-Quran telah diterjemah kepada pelbagai jenis bahasa termasuk Bahasa Melayu namun tidak semua dapat menghayati Al-Quran walaupun bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu. Jika PPSMI ini bakal melahirkan mereka yang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tetapi belum tentu mereka dapat menghayati Al-Quran itu dalam Bahasa Inggeris. Buktinya ialah zaman kini, walaupun penggunaan Bahasa Melayu meluas dan sudah lama digunakan namun ramai yang tidak mampu menghayati Al-Quran. Ini kan pula menghayati dalam Bahasa Inggeris yang bukan bahasa ibunda mereka. Kerosakan akhlak akan menjadi-jadi, tambahan pula dengan galakkan menonton filem-filem Inggeris. Penularan budaya kuning dalam negara mungkin akan menjadi lebih cepat dan tindak balas yang dilaksanakan kerajaan yang berpaksi pada sekularisme pasti tidak dapat mengatasi masalah ini. Dari sudut kebajikan rakyat pula, PPSMI bersifat tidak adil kerana pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ini mungkin boleh balance kan dengan menghantar anak-anak ke tuisyen atau kelas tambahan yang memerlukan belanja lebih. Namun bagi petani dan nelayan yang makan pagi kais pagi dan makan petang kais petang, mereka jauh sekali mampu menampung kos tuisyen tersebut. Masyarakat luar bandar mungkin sekali payah untuk mengasimilasikan diri mereka dengan pembaharuan PPSMI ini.

PENYELESAIAN

Kembali kepada Al-Quran. Jika masyarakat lahir dan hidup dengan suasana Islam pasti secara tidak langsung mereka mengetahui tentang kepentingan menguasai ilmu termasuklah Bahasa Inggeris untuk merealisasikan dakwah Islam yang mereka dokong. Tidak perlu kepada paksaan seperti PPSMI, mungkin

Page 15: Bahan EDU

sahaja Ibnu Sina, Jabir Al-Hayyan dan seangkatan dengannya akan lahir jika kita kembali pada Al-Quran dan menInqilabiyyahkan sistem jahiliah di Malaysia. Sekadar suatu pandangan.

CABARAN SEKOLAH BESTARI DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Alvin Tofler (1989), dalam bukunya yang bertajuk “The Third Wave” berpendapat bahawa manusia kini berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat. Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel elektronik (email) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa selain daripada semangat belajar secara berkumpulan, para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi dan sentiasa meneroka “alam yang baru ditemui” (virtual reality). Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih befikiran secara kritikal. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih (Evereft and Ahern, 1994). Penekanan kepada teknologi di Malaysia jelas terpancar dalam Wawasan 2020. Salah satu aplikasi Wawasan 2020 adalah seperti Sekolah Bestari yang merupakan perkembangan dan pemodenan yang berlaku di Malaysia. Namun begitu, revolusi yang berterusan dalam teknologi maklumat telah mengubah komposisi guna tenaga dan pasaran buruh serta memberi implikasi terhadap sistem pendidikan. Contoh implikasi menerusi perkembangan teknologi adalah seperti permintaan untuk pekerja teknologi maklumat semakin meningkat dan peranan guru beransur-ansur berubah daripada penyampai kepada pebimbing. Adakah wajar perubahan teknologidan pemodenan yang semakin pesat di Malaysia adil dan selari kepada sesetenggah pihak? Pada pendapat kami, ia masih wujud jurang atau implikasi kepada sesetengah pihak, Ini kerana, perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kreadibiliti kaum guru. Ini kerana, guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu pengetahuan. Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid sahaja. Perubahan peranan guru juga memerlukan guru-guru terlatih dan didedahkan dengan kemahiran baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi dengan berkesan di sekolah. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai “guru” menerusi pembelajaran di internet (Kerajaan Malaysia 2001, Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005). Kepesatan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya tidak boleh disangkal lagi terutama fungsinya yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah dengan menyediakan prasarana lengkap seperti kemudahan ‘Laptop’, ‘Laser Printer’ dan ‘Wireless Internet’ di makmal komputer sekolah yang membabitkan pelaburan yang tinggi. Tidak hanya untuk kepentingan cikgu dan murid di sekolah bandar sahaja malah segala kemudahan ICT yang disediakan kerajaan turut membabitkan sekolah-sekolah di luar bandar. Jika dilihat teknologi boleh dikatakan banyak membantu tahap pendidikan di luar bandar. Keadaan ini terbukti dengan tertubuhnya projek SchoolNet di mana ia membuka peluang yang sama rata kepada pelajar terutamanya di luar bandar untuk akses kepada kemudahan ICT seperti komputer dan internet. Kemudahan yang disediakan oleh SchoolNet membolehkan pelajar-pelajar mendapat manfaat daripada suasana pembelajaran yang dinamik melalui komunikasi interaktif serta dengan pantas mendapatkan maklumat. Pelajar dapat bertukar maklumat dengan teman-teman mereka di seluruh negara dengan menggunakan aplikasi-aplikasi SchoolNet yang pelbagai seperti e-mel, forum dalam talian, protokol pemindahan fail dan enjin carian. Kemudahan tersebut akan merangsang minda muda pelajar-pelajar

Page 16: Bahan EDU

untuk lebih imaginatif, kreatif dan meningkatkan kemampuan analisis. Guru-guru dan tenaga pendidik juga dapat menggunakan kemudahan ini bagi memaksimakan keberkesanan pengajaran. Mereka berpeluang menggunakan Internet untuk mendapatkan teknik dan metode pengajaran yang terkini di samping berhubung dengan rakan sejawatan mereka di seluruh Malaysia bagi berkongsi maklumat serta bahan pengajaran. Jika dilihat teknologi boleh dikatakan banyak membantu tahap pendidikan di luar bandar. Keadaan ini terbukti dengan tertubuhnya projek SchoolNet di mana ia membuka peluang yang sama rata kepada pelajar terutamanya di luar bandar untuk akses kepada kemudahan ICT seperti komputer dan internet. Kemudahan yang disediakan oleh SchoolNet membolehkan pelajar-pelajar mendapat manfaat daripada suasana pembelajaran yang dinamik melalui komunikasi interaktif serta dengan pantas mendapatkan maklumat. Pelajar dapat bertukar maklumat dengan teman-teman mereka di seluruh negara dengan menggunakan aplikasi-aplikasi SchoolNet yang pelbagai seperti e-mel, forum dalam talian, protokol pemindahan fail dan enjin carian. Kemudahan tersebut akan merangsang minda muda pelajar-pelajar untuk lebih imaginatif, kreatif dan meningkatkan kemampuan analisis. Guru-guru dan tenaga pendidik juga dapat menggunakan kemudahan ini bagi memaksimakan keberkesanan pengajaran. Mereka berpeluang menggunakan Internet untuk mendapatkan teknik dan metode pengajaran yang terkini di samping berhubung dengan rakan sejawatan mereka di seluruh Malaysia bagi berkongsi maklumat serta bahan pengajaran. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Kesan negatif yang mungkin timbul daripada kemunculan ICT ialah jurang perbezaan yang lebih besar di antara pelajar bandar dan luar bandar, memandangkan prasarana yang masih belum mencukupi untuk membolehkan mereka dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya maklumat. Malah di sesetengah sekolah, masih belum ada makmal komputer untuk digunakan. Sebagai langkah merapatkan jurang ICT antara pelajar bandar dan luar bandar, kerajaan dalam belanjawan 2001 telah berjanji akan menubuhkan sebanyak 1,262 buah makmal komputer di sekolah-sekolah di luar bandar (Utusan Malaysia, 28 November 2000). Teknologi komunikasi dan maklumat adalah medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya di luar bandar.Ini adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer.Seseorang itu dikatakan sebagai celik komputer apabila ia mempunyai kefahaman asas fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya dengan cekap dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan menggunakan aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan Internet.Kemajuan yang begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai, mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan cepat dan mudah.E-mel, World Wide Web, teknologi digital, Internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari.Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Antara sebab- sebabnya ialah, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Selain itu, kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Sebab lain ialah maklumat yang dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia,

Page 17: Bahan EDU

terutamanya untuk pelajar itu sendiri. Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar, memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi.Memang tidak dapat dinafikan bahawa komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain, sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu sendiri.Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antara halangan utama penggunaan komputer di sekolah ialah kekurangan perkakasan yang terkini (Becker, 1991), kebanyakan sekolah telah dibekalkan dengan perkakasan berteknologi lama, berkualiti rendah dan berkuasa rendah (Hasselbrig, 1991) dan bilangan yang dibekalkan adalah tidak mencukupi (cedoline, 1982; dan Vitchoff, 1989). Untuk memperkayakan maklumat, generasi pelajar tidak seharusnya bergantung kepada buku teks yang dibekalkan dan bahan-bahan yang disediakan oleh guru semata-mata, tetapi kemahiran mencari maklumat dengan sendiri daripada penggunaan komputer perlu dititikberatkan. Penguasaan sepenuhnya kemahiran menggunakan komputer adalah asas dalam usaha menguasai kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat.Bagaimanapun, ramai yang menganggap kemunculan ICT akan menjarakkan jurang perbezaan di antara masyarakat di luar bandar dengan bandar memandangkan prasarana masih belum cukup untuk untuk membolehkan mereka disambungkan dengan rangkaian lebuh raya maklumat.Sekolah di luar bandar masih kurang peralatan komputer serta kemudahan seterusnya penggunaan sepenuhnya di kalangan pelajar.Malah di sesetengah sekolah masih belum ada makmal komputer untuk digunakan.Sebagai langkah merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2001 akan menubuhkan sebanyak 1,262 buah makmal komputer di sekolah-sekolah di luar bandar.Kerajaan Malaysia yakin kaedah multimedia yang dilengkapi dengan perisian berasaskan falsafah pendidikan negara mampu menghapuskan jurang kualiti pendidikan di antara pelajar luar bandar dan di bandar.

http://wwwtechvoice.blogspot.com/2009/07/pendidikan.html

Teknologi di dalam bidang Pendidikan

1.0 Pengenalan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60an. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Page 18: Bahan EDU

Menurut Zawawi Jahya dalam Majalah Pendidik (2005): ‘Kita masih menggunakan minda zaman batu tetapi beropersi dalam era teknologi maklumat dan telekomunikasi yang sangat canggih’. Dalam ledakan teknologi maklumat masa kini, bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Penggunaan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam bidang pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat bukan sahaja mengenai penggunaan komputer tetapi juga mencakupi penggunaaan komputer dan telekomunikasi yang kini digunakan secara berleluasa sebagai satu sistem memproses dan menyebarkan maklumat.

Inovasi dan perkembangan teknologi maklumat termasuk teknologi TMK dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi dalam pengurusan dan kemasyarakatan akan bertambah maju pada masa akan datang. Tambahan pula, Malaysia merupakan salah sebuah negara Asia yang proaktif dalam pembangunan infrastruktur dan infrostruktur di peringkat antarabangsa, adalah menjadi perubahan drastik dan terpengaruh dalam arus peralihan global ke arah perubahan teknologi yang pesat. Bukan mudah untuk membuat peralihan daripada pengguna manual pertanian kepada sains dan teknologi, daripada kefasihan berbahasa kepada kefasihan berteknologi. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau informartion technology and communication (ICT) dalam bidang pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.

2.0 Definisi Teknologi

Menurut Turban et al.(2005), teknologi maklumat merujuk kepada bahagian teknologikal dalam sistem maklumat. Ia meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian, rangkaian, dan peranti-peranti yang lain. Mengikut Galbraith (1967), ‘technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’. Manakala merujuk Finn (1960); Heinich, Molenda dan Rusell (1989); Romizowski (1988) dalam buku Yusup Hashim dan Razmah Man (2006) yang bertajuk Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi telah menjelaskan bahawa teknologi membawa dua maksud:

i. Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugas-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.

ii. Teknilogi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan filem, (perisian) adalah hasil teknologi.

Yusup Hashim dan Razmah Man dalam buku Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi juga menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ditaksirkan dari dua sudut iaitu sudut produk dan sudut proses. Dari sudut produk teknologi maklumat merupakan peralatan yang boleh digunakan untuk membina, mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara

Page 19: Bahan EDU

pantas seperti penggunaan komputer, peralatan telesidang, CD ROM dan perisian komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi proses pula, teknologi maklumat boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi komunikasi seperti Internet (e-mail, www, forum dan laman web), telesidang video atau instruksi berasaskan komputer (IBK).

Menurut Abdul Manaf Bohari dan rakan-rakan (2006) dalam buku Sistem Maklumat Dalam Organisasi Komtemporari mendefinisikan teknologi maklumat dan Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi.

Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut berupaya menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju dalam aspek komunikasi atau perhubungan. Teknologi maklumat diperkenalkan bagi memajukan lagi sistem pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai pendidik seharusnya tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

3.0 Matlamat

Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah. Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum Teknologi Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja.

4.0 Objektif

Ke arah mencapai matlamat kurikulum, objektif berikut digariskan bagi membolehkan pelajar:-

1. Mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan

teknologi maklumat;

2. Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat;

3. Mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui

Page 20: Bahan EDU

teknologi maklumat;

4. Menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal

pasti;

5. Mengguna teknologi maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan

menyelesaikan masalah;

6. Menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan

kehidupan harian;

5.0 Kebaikan dan Kepentingan Teknologi terhadap Bidang Pendidikan

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified ”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini, terdapat banyak kebaikannya. Antaranya kita akan dapat berfikiran secara terancang dan dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan, aktif dan bermutu.

Selain daripada itu, ianya juga terdapat perisian yang boleh kita gunakan dalam pengajaran kita. Perisian ini mempunyai nota, soalan dan ulangkaji yang membolehkan murid-murid berinteraksi secara langsung dengan komputer. Kaedah ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi sesetengah guru yang juga boleh digunakan sebagai pengganti guru semasa guru tiada dalam kelas.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh digunakan untuk merangsang minda murid supaya lebih segar dan sentiasa memberikan tumpuan sepanjang proses pembelajaran. Di samping itu, penggunaan ini juga boleh melibatkan internet. Dengan adanya internet, guru dan murid boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara terus-menerus.

Sejak perlaksanaan teknologi di sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa perubahan yang dapat dilihat dengan jelas kepada pelajar dan guru-guru di sekolah yang betul-betul menggunapakai teknologi di sekolah. Lebih-lebih lagi peningkatan dalam kualiti dan peratus lulus peperiksaan awam. Dengan pengajaran dan ulangkaji telah diselangseli dengan TMK dan didapati penumpuan pelajar lebih dan mereka lebih memberi perhatian sehingga di saat terakhir pengajaran.

Page 21: Bahan EDU

Apabila guru-guru mengunakan teknologi di dalam pengajaran mereka, pelajar ternyata lebih memberi penumpuan dan lebih memahami tajuk tersebut. Sebagai contoh, di dalam pengajaran Matematik, dengan menggunakan perisian yang dibekalkan dan didapati pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio, video dan grafik yang menarik berbanding guru yang menggunakan papan hitam sahaja (‘chalk and talk’ method).

Dengan penggunaan kemudahan komputer yang kini telah disediakan oleh kementerian pendidikan hampir di setiap sekolah, pendidik akan dapat menggunakannya dengan lebih cemerlang. Pendidik haruslah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan penggunaan makmal komputer. Selain daripada itu, pendidik juga boleh menggunakan pelbagai perisian komputer berkaitan pendidikan yang kini mudah didapati di pasaran.

Sepanjang proses pengajaran sebagai contoh bagi subjek sains, penggunaan teknologi amatlah berguna. Ini kerana ianya boleh melibatkan murid secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, murid juga akan dapat berinteraksi dengan guru lebih kerap untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang diajarkan. Oleh yang demikian penggunaan teknologi amatlah berguna berguna kepada para pendidik sekarang.

6.0 Isu dan Cabaran

Namun disebalik kecanggihan teknologi yang sedia ada ini ada juga isu dan cabarannya. Antaranya adalah bagi sesetengah sekolah terutama Sekolah Kurang Murid dan sekolah-sekolah di kawasan pendalaman dan terpencil yang tidak mempunyai kemudahan makmal komputer, muridnya tidak dapat berinteraksi secara terus dengan penggunaan komputer. Hanya guru yang boleh menggunakannya. Jadi murid akan rasa ketinggalan.

Selain daripada itu, penggunaan komputer ini dengan kerap juga boleh mendatangkan kerosakan pada komputer itu sendiri dan kos untuk memperbaikinya kadang-kadang amatlah mahal. Antara masalah yang paling utama adalah semasa penggunaan disket atau internet. Penggunaanya yang tidak terkawal boleh menyebabkan kehadiran virus dalam komputer berkenaan dan kerosakkanya amatlah berat.

Oleh yang demikian penggunaan teknologi maklumat ini haruslah dengan pantauan daripada guru-guru yang pakar ataupun guru bertugas supaya ianya dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang dan mengurangkan risiko menanggung kerosakan.

Page 22: Bahan EDU

7.0 Persediaan Guru dan Penerapan budaya TMK

K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Ini sejajar apa yang dikatakan oleh Yusup Hashim dan Razmah Man (2002): Negara beralih dari ekonomi pertanian, perindustrian kepada ekonomi pengetahuan. Ekonomi pengetahuan bermaksud pembinaan, pembangunan, pengagihan dan penggunaan ilmu pengetahuan dan maklumat untuk meningkatkan produktiviti. Pengetahuan dijadikan faktor pengeluaran menggantikan pertanian atau modal untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Watson (1991) menyatakan “ empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda.” Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Kini penggunaan komputer dan teknologi maklumat boleh dikatakan merangkumi setiap kegiatan harian dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita lihat dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat adalah amat penting terutama sekali sebagai alat membantu pengurusan. Ianya digunakan untuk menyusun sistem data supaya menjadi kemas dan teratur selain dari cepat dan terkini. Ianya juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang terbahagi kepada 4 jenis iaitu mod tutorial untuk pengajaran yang lebih interaktif, mod penerokaan untuk murid merasai pengalaman menjalankan eksperimen, mod aplikasi supaya murid akan lebih memberi tumpuan dan mod komunikasi yang amat sesuai untuk proses pengajaran jarak jauh.

Rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik adalah dorongan utama buat guru yang menghayati penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan. Menyediakan bahan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya banyak melibatkan peruntukan persendirian guru kerana ia memerlukan guru mengorban masa, tenaga dan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Cabaran ini ditambah pula dengan kekurangan perisian yang sesuai di pasaran di samping kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Namun guru perlu menyedari betapa pentingnya menggunakan kaedah terkini agar pelajar tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi masa kini. Inilah motivasi untuk golongan guru tersebut menjalankan amanat di dalam bidang pendidikan.

Usaha bersungguh-sungguh menggunapakai tenologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memanafaatkan tugasan dan pelajar malah ia juga berjaya menjadi contoh kepada rakan seperjuangan dan pelajar lain. Teknik ini dan keberkesanannya telah menjadi ikutan guru-guru lain dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan satu budaya TMK di sekolah.

Apa yang penting untuk membentuk budaya TMK di sekolah ialah penekanan dan fokus terhadap guru terutamanya menyediakan kemudahan komputer khas buat guru seperti di dalam bilik guru. Selain dari itu, para guru hendaklah memberi latihan dan menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti bagi menyedia bahan pengajaran bersama.

Page 23: Bahan EDU

Walaupun memakan masa,tenaga dan wang, bahan pengajaran yang dibina berasaskan teknologi hanya perlu dibuat sekali sahaja dan boleh diguna berulang kali untuk kelas yang berlainan dan untuk tahun-tahun seterusnya. Jadi guru tidak lagi perlu menyediakan untuk tahun akan datang tetapi berkemungkinan mereka akan membuat penambahbaikan kepada bahan yang telah mereka sediakan agar ia bersesuaian dengan tahap pelajar pada tahun tersebut.

Apa yang lebih memanafaatkan lagi ialah perkongsian bahan pengajaran kerana guru tidak perlu menyediakan semua tetapi sebahagian bahan yang boleh dikongsi dengan guru lain yang telah menyediakan bahan yang lain. Ini semestinya dapat menjimat masa guru dan menambah koleksi bahan pengajaran mereka.

Dengan pengenalan teknologi di dalam pendidikan dan penggunaan bahan tersebut, secara tidak sedar guru sekolah telah celik teknologi maklumat. Sekiranya ditugas mengganti guru yang tidak hadir pun, mereka hanya perlu membawa seunit laptop ke dalam kelas untuk melaksanakan tugasan dengan efektif dan tanpa rasa bosan.

Sungguhpun dorongan untuk memberi pengajaran yang terbaik agar ia menjadi lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar, usaha guru TMK mahupun guru lain dalam mengguna pakai TMK tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan daripada beberapa pihak. Antaranya adalah sokongan kuat daripada pihak pentadbiran sekolah terutama pengetua atau guru besar, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga sokongan dan kerjasama di antara para guru sendiri khasnya guru pusat sumber sekolah dan guru data yang lebih berpengetahuan serta berkemahiran dalam sistem TMK.

8.0 Maju lebih jauh

Naluri ingin tahu di kalangan guru kerana tidak mahu ketinggalan dalam bidang teknologi terkini juga penting lebih-lebih lagi bila mendapat penekanan oleh pihak JPN dan KPM di dalam bidang teknologi pendidikan. Sebagai contoh, Projek PPSMI dapat memberi kesan positif dalam penggunaan teknologi di kalangan guru di mana guru “terpaksa” tahu TMK. Sekarang merupakan zaman ICT ataupun TMK bermaksud semua orang perlu tahu TMK. Guru sekarang tahu dengan ada pengetahuan TMK mereka dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja mereka. Pelajar lebih seronok untuk belajar kemungkinan disebabkan ada audio,video dan grafik yang menarik berbanding guru mengunakan papan hitam.

Page 24: Bahan EDU

Perkongsian Pintar Pendidikan (SEP) di antara TIME Engineering Berhad, Prestariang Technology Sdn Bhd, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd dan Intel Technology Sdn Bhd telah dimeterai pada bulan Mei 2005 bagi membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyepadukan pembangunan professional keguruan dan latihan, membangunkan infrastruktur bagi komunikasi dan kolaborasi guru serta melaksanakan program bagi meningkatkan pengiktirafan guru.

Projek Sekolah Angkat KPM-Intel adalah kerjasama antara kementarian dengan Intel Malaysia untuk meningkatkan aplikasi pengetahuan komputer dan teknologi maklumat yang diintegrasikan dalam aktiviti pengarjaran dan pembelajaran di sekolah. Program itu juga adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperluas penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah melalui program pembestarian sekolah sebagai usaha ke arah merealisasikan teras ketiga dalam Rancangan Malaysia kesembilan iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan.

8.1 Faktor Sekolah

Peranan dan Sikap pengetua dan guru besar:

Mengikut Rogers (1995) terdapat tujuh peranan yang dimainkan oleh agen perubahan:

i. Menimbulkan keperluan dan semangat untuk perubahan.

ii. Mewujudkan dan mengeratkan hubungan dengan penerima dan pengguna inovasi.

iii. Mendiagnosis masalah dan keperluan pengguna.

iv. Mencetuskan keinginan untuk perubahan.

v. Menterjemahkan keinginan terhadap perubahan kepada tindakan.

vi. Menstabilkan perubahan atau pembaharuan serta berusaha mengekalkannya.

vii.Menyerahkan tanggung jawab sepenuhnya kepada pengguna.

Oleh kerana penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan semakin berleluasan dan penting, sebagai agen perubahan dalam kurikulum di sekolah, pengetua dan guru besar memainkan peranan yang besar untuk membawa perubahan. Mereka harus berkebolehan mempengaruhi semua warga sekolah terutamanya guru untuk menerima inovasi dalam proses P&P. Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua atau guru besar, penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya mempunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan masa, sumber dan sokongan serta galakan moral kepada kakitangan atau guru yang memainkan peranan penting (Zainab Hussin, 2005). Sikap pengetua atau guru besar dan pentadbir yang lain tidak mengambil serius terhadap inovasi

Page 25: Bahan EDU

pendidikan akan melemahkan kesungguhan guru-guru yang mungkin telah bersedia menghadapi cabaran perubahan. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa depan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan. Maka, pengetua dan guru besar harus memainkan peranan sebagai pemangkin, penyelesai masalah, pembantu proses dan penghubung sumber seperti yang disyorkan oleh Havelock (1995).

8.2 Faktor Guru

i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer

Dapatan dari pemantauan kolaboratif Sekolah Bestari yang dijalankan pada tahun 2001 di semua sekolah Bestari seluruh negara mendapati walaupun guru bersedia membuat perubahan dengan mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi tetapi ada juga yang tidak bersedia membuat perubahan kerana yakin proses pengajaran dan pembelajaran konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Sekolah-sekolah lebih mementingkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika keputusan peperiksaan yang diperolehi setiap tahun cukup baik dan cemerlang pada tanggapan guru mengapa harus kita mengubah apa yang telah sedia baik untuk pelajar. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.

ii) Kerisauan untuk menghadapi perubahan

Selain daripada sikap yang tidak menganggap teknologi itu penting, terdapat juga guru-guru yang risau untuk mengguna peralatan teknologi itu sendiri. Sebenarnya, persediaan dan penerimaan guru terhadap perkembangan dan pengaruh teknologi dalm kehidupan seharian dan proses P & P bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Menurut Zorainawati Wati abas (1991), terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu takut sekiranya rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana mereka merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap inferior yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer, dengan perasaan risau sebegini adalah lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan.

iii) Masa dan beban tugas guru

Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya (Holmes, 1999). Persediaan diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 33 waktu

Page 26: Bahan EDU

seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal komputer.

Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru data, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam.

Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel). Bahan-bahan pengajaran atau dalam bestari disebut sebagai pakej pembelajaran juga menitik beratkan kepelbagaian kecerdasan pelajar, keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang teliti dan masa yang lama dalam membina pakej-pakej pembelajaran tersebut.

iv) Kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P

Aspek pembaharuan dalam kaedah mengajar dengan menggunakan teknologi masih terbatas kerana tidak semua guru telah dilatih dan mahir dalam penggunaannya. Proses pengajaran memperalatkan teknologi menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak semua bahan pengajaran telah tersedia untuk digunakan terus. Dengan adanya kemahiran komputer, guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dalam subjek masing-masing dan kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan, dengan demikian peralatan-peralatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah-sekolah tidak menjadi gajah putih yang hanya digunakan untuk membuat soalan-soalan peperiksaan.

Dapatan kajian Robiah Sidin, Juhana Salim dan Nor Sakinah Mohamad (2003) menunjukkan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Dapatan juga menunjukkan guru-guru kerap menggunakan hanya tiga jenis program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran. Buat masa kebelakangan ini, lebih ramai guru yang memperolehinya secara pembacaan dan pengalaman sendiri.

8.3 Sokongan daripada pihak luar

Untuk memantapkan integrasi teknologi maklumat & komunikasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, pihak sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta masyarakat sekeliling. Pusat Sumber Pendidikan Negari (PSPN) merupakan sumber rujukan dan gedung ilmu yang paling relevan untuk mendapat khidmat bantu mengenai teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi maklumat &

Page 27: Bahan EDU

komunikasi. Selain daripada itu, pengkongsian kepakaran antara sekolah sekawasan juga boleh dilakukan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran teknologi maklumat & komunikasi guru dan semua warga sekolah.

8.0 Peranan guru dalam era TMK

Masyarakat kita sedang mengalami transformasi menyeluruh. Perubahan itu didorong oleh perkembangan Information Technology and Telecommunications (IT & T). Maka agar guru dan pendidik tetap ikut berperanan dalam era Learning Society abad 21, mesti melakukan transformasi diri: (a) trampil menggunakan teknologi informasi dan (b) menjadi seorang pendidik, yang dari kata-kata, perilaku dan sikapnya dapat mentransfer nilai-nilai kehidupan (soft skill).

Guru merupakan pemimpin yang harus berperanan sebagai agen perubahan untuk melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah (Berita Harian, 20 Julai, 2002). Kenyataan ini mecerminkan bahawa dalam sesebuah sekolah, guru memainkan peranan yang penting secara positif. Malah menjurus kepada pengertian yang lebih mendalam bahawa guru adalah individu yang menggariskan suatu hala tuju, membentuk warga pelajar ke arah merealisasikan hala tuju tersebut dengan nilai-nilai kepemimpinan yang positif (Abdul Ghani Kanesan dan Mohd. Yahya Fadzil Jusoh, 2008). Kepemimpinan guru dalam budaya sekolah yang mengutamakan TMK dapat dilihat menerusi beberapa peranan berikut:

8.1 Pengajar

Guru merupakan agen mempertingkatkan prestasi pelajaran dan penggunaan TMK pelajar. Mereka perlu memahamkan pelajar tentang konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat tentang TMK kepada warga pelajar.

8.2 Pembimbing

Guru membimbing pelajar ke arah bersikap rasional, realitik, kondusif dalam pembelajaran sistem TMK dan menyelesaikan masalah ekoran cabaran yang ditemui. Apabila pelajar dapat menembusi proses pembelajaran yang kondusif, maka secara tidak langsung situasi ini menyediakan diri mereka dalam aspek pencapaian yang baik.

8.3 Inventor

Guru memperkenalkan inovasi teknik dan sebagai agen perubahan kepada suasana dan persekitaran pembelajaran yang menggunakan teknologi secara giat dan berkesan. Guru harus mempunyai keyakinan dan berdaya tinggi dari aspek kreativiti dan inovasi dalam proses mengajar TMK. Hal ini akan menjadikan pelajar tertarik kepada pengetahuan dan pembelajaran TMK. Jika segala atribut dalam budaya diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina suatu budaya sekolah.

9.0 Kesimpulan

Page 28: Bahan EDU

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan bermaksud menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam bidang pendidikan merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang sepenuhnya di antara pentadbir sekolah (pengetua dan guru besar), guru, pelajar, ibu bapa dan pihak luar. Semua warga sekolah mesti menerima perubahan dan fenomena TMK yang semakin hari semakin penting di sekolah.

Sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental (berfikiran terbuka, positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran), sikap (ingin tahu dan belajar, berkeyakinan diri, kreatif dan inovatif) mahupun dari segi fizikal (penggunaan ABM dengan pengetahuan dan kemahiran TMK). Ini sejajar dengan nasihat yang diberikan oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Harun, Tuan Pengarah Pelajaran Perak, dalam Pendidik Bestari: Bicara Bestari (2008): Keperluan tenaga abad ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan potensi kemanusiaan secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional, menguasai sepenuhnya bidang ICT, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D), teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga dipersiapkan generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati diri, memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif, dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

Rujukan

Abdul Ghani Kanesan dan Mohd. Yahya Fadzil Jusoh. (2008). Majalah EP: Ehwal

Pendidikan. Satin Timur Sdn. Bhd.: Shah Alam, Selangor.

Page 29: Bahan EDU

Abdul Manaf Bohari, Nur Haryani Zakaria, Norliza Katuk & Zahurin Mat Aji.(2006).

Sistem Maklumat dalam Organisasi Komtemporari. Prentice Hall. Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.: Selangor.

Berita Harian, 20 Julai, 2002. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris. H.5

Galbraith, J. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.

Havelock, R. G. (1995). The Change Agent’s Guide, (Edisi ke-2), New Jersey:

Educational Technology Publications.

Holemes, W. (1999). The Transforming Power of Information Technology. Community

College Journal, 70 (2), m.s. 2-3.

Hussin bin Haji Harun. (2008). Pendidik Bestari: Bicara Bestari. Buletin Jabatan

Pelajaran Negeri Perak. Bil. 1/2008.

Robiah Sidin, Juhana Salim dan Nor Sakinah Mohamad. (2003). Pembudayaan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi di Kalangan Pelajar Melayu dalam Arus Globalisasi.

Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rogers, E. (1995). Diffusion of Innovations, (Edisi ke-4), New York: Free Press.

Turban, E., McLean, E., & Wetherbe, J. (2005). Information Technology for Management:

Making Connection for Strategic Advantages (2nd eds). New York: John Wiley

& Sons.

Page 30: Bahan EDU

Watson, Scott, B. (1991). Cooperative Learning and Group Educational Modules: Effects

on Cognitive Achievement of High School Biology Students. Journal of research

in Science teaching.

Yusup Hashim dan Razmah Man. (2002). Peranan Pusat Sumber Pendidikan dalam Zaman

ICT. Dalam Razmah dan Yusup (Penyusun), Instruksi dan Pembelajaran

berasaskan Teknologi: Satu Penilaian semula, Persatuan Teknologi Pendidikan

Malaysia: Kuala Lumpur.

Zainab Hussein. (2005). Factors Affecting Distance Students use of the Internet

in Communication and interaction as a student support system. Disertasi Ph.D

Universiti Malaya.

Zawawi Jahya.(2005). Majalah Pendidik. Wihad Publication sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.

Zorainawati wati Abas. (1991). Sistem ComIL: A Malaysian breakthrough for Computers-in-

Education. Educomp.

www.mpkt.edu.my/kurimath_bestari.html retrieved on 27 Mac, 2010.

http://www.prestariang.com.my/bppt/conference_dnld.php?mode=download&id=45. retrieved on 28 Mac, 2010.

http://www.geocities.com/gardner02_8/ilmiah5.htm. retrieved on 3 April, 2010.

Posted by CHEE at 11:11 Am

ISU DAN CABARAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN Sumber : http://mahanisulaiman.blogspot.com/2010/04/isu-dan-cabaran-pengintegrasian.html

Page 31: Bahan EDU

Penggunaan komputer dalam pendidikan sudah tentu akan melibatkan pengintegrasian teknologi seperti CD-ROM, pangkalan data, multimedia dan internet. Perubahan pendidikan melalaui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kreadibiliti kaum guru. Guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu pengetahuan. Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai "guru" menerusi pembelajaran menggunakan internet.

Di sini letaknya menjadi peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran. Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh dilaksanakan melalui penghayatan nilai moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat, pengukuhan falsafah dan prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk membawa kebaikan kepada alam sejagat dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cubaan. Kawalan secara luaran pula dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan komputer.

Bagaimanapun, kawalan luaran hanya dapat dilaksanakan semasa pelajar berada di sekolah sahaja manakala kawalan dalaman berlaku secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam setiap perkara, kawalan dalaman perlu diutamakan dan penghayatan kepada FPK merupakan suatu kemestian sama ada kepada guru ataupun pelajar.

Perubahan peranan guru memerlukan guru-guru dilatih dan didedahkan dengan kemahiran baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan di sekolah. Dalam tempoh RMK-8, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Page 32: Bahan EDU

telah diberi tanggunghawab untuk memberi penekanan khusus terhadap penggunaan ICT dan kaedah pengajaran kreatif dengan mengkaji semula kurikulum latihan guru, mempergiatkan penggunaan komputer bagi mendapatkan bahan pembelajaran, menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).

Bagaimanapun, guru sendiri hendaklah bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan dengan belajar sendiri. Bukan setakat guru, malah pentadbir sekolah serta personel KPM juga perlu celik komputer. Ini adalah kerana penggunaan komputer tidak terbatas untuk pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah pengurusan yang dibantu dengan komputer akan menjadi lebih efisien.

Penguatkuasaan akta-akta berkaitan dengan teknologi maklumat juga memberi implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Memandangkan kos untuk mendapatkan perisian asli adalah terlalu tinggi dan pihak sekolah tidak berkemampuan untuk membelinya, kegiatan cetak rompak berleluasa di sekolah-sekolah. Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Hakcipta (Pindaan) 1997, diharapakan dapat menghadkan dan membanteras masalah yang paling besar dalam industri ICT di Malaysia iaitu cetak rompak perisian. Dengan ini kerajaan berharap dapat meningkatkan kandungan tempatan dan aplikasi berasas komputer di Malaysia.

Bagaimanapun, adakah dengan penguatkuasaan akta semata-mata merupakan langkah membendung kegiatan cetak rompak yang baik? Perkembangan ICT yang terlalu pesat telah menyaksikan pelbagai perisian baru silih berganti di pasaran. Di samping penguatkuasaan undang-undang, apakah alternatif lain yang disediakan oleh KPM supaya guru berpeluang menggunakan perisian ini secara halal demi pendidikan anak didiknya?

Menjelang penghujung RMKe-8, semua sekolah dijangka akan mempunyai makmal komputer. Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan integrasi komputer. Begitu juga dengan mempunyai jangkauan internet dan mengakses lab web tertentu, khususnya pendidikan membolehkan guru mempunyai pelbagai sumber untuk digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Sumber maklumat pelajar tidak lagi terbatas di sekolah atau perpustakaan sahaja. Pelajar boleh mendapatkan apa sahaja maklumat sama ada berbentuk pendidikan atau hiburan semata dengan begitu mudah sekali. Kewujudan laman-laman lucah dalam internet yang semakin berleluasa pada masa kini merupakan suatu gejala yang sukar dibanteras.

Di samping kebaikan yang didapati melalui integrasi komputer dalam pendidikan, keburukan juga tetap datang. Kemungkinan untuk pelajar-pelajar ini menerima pengaruh negatif internet adalah tinggi. Oleh itu, guru sewajarnya mendedahkan etika dan undang-undang menggunakan komputer kepada para pelajarnya. Akta Jenayah Komputer 1997 yang telah wujud ini boleh membantu guru dalam

Page 33: Bahan EDU

mengadakan etika penggunaan komputer pada peringkat sekolah bagi membendung pengaruh negatif internet kepada pelajar. Tugas ini agak sukar dilaksanakan memandangkan capaian internet pada masa kini tidak terbatas di sekolah sahaja.

Pada masa kini, kafe siber beroperasi di merata tempat tanpa sebarang kawalan undang-undang yang ketat. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula didapati menjamin keselamatan komunikasi antara pengguna. Ini kerana menurut akta ini memintas komunikasi elektronik adalah menjadi satu kesalahan. Justeru itu penggunaan internet dalam bidang pentadbiran atau perkhidmatan pendidikan akan lebih diyakini. Contohnya penggunaan internet untuk memudahkan komunikasi dalam Jabatan dan Bahagian dalam Kementerian Pendidikan, seterusnya di Negeri, Daerah dan Sekolah. Dengan adanya Akta Hakcipta (Pindaan) 1997 rekod rangkaian peperiksaan berpusat, inventori sekolah, kemudahan pendidikan, maklumat peribadi akan dilindungi keselamatannya.

Akta Tandatangan Digital 1997 pula akan memudahkan pengurusan dalam bidang pendidikan. Pihak kementerian dapat menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini kepada sekolah atau masyarakat setempat serta dapat berurusan secara digital dengan pihak Kementerian Pendidikan luar negara seperti negara ASEAN dengan lebih efektif dan tidak memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama.

Secara keseluruhannya, kemajuan teknologi maklumat di Malaysia telah mengalami perkembangan yang begitu pesat. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu berkaitan dengan dengan pengunaan teknologi maklumat ini iaitu masalah etika penggunaan teknologi maklumat, isu hak cipta dan masalah keselamatan data. Menguatkuasakan undang-undang semata-mata bukan penyelesaiannya. Apa yang lebih penting ialah kesedaran setiap individu terhadap tanggungjawab menguruskan alam ini dengan penuh bijaksana dan berhemah. Bidang pendidikan didapati terlibat secara langsung dalam menanamkan kesedaran ini di samping sokongan daripada pihak-pihak berwajib yang lain.

Masalah-Masalah Yang Timbul/Wujud Dari Penggunaan Komputer Di Dalam PendidikanSebagaimana yang telah dihuraikan tadi, aplikasi komputer dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pentadbiran pendidikan, penyelidikan pendidikan dan pengajaran dan pemelajaran. Disebabkan masalah-masalah yang timbul di dalam ketiga-tiga bahagian ini hampir sama, kita akan membincangkan masalah-masalah aplikasi komputer dalam pendidikan ini secara bersepadu.

a) Latihan Ulangan Terdapat banyak perisian aplikasi pengautomasian pejabat di pasaran. Terdapat juga berbagai-bagai jenis perisian untuk penyelidikan mahupun untuk pendidikan. Setiap orang perseorangan yang ditugaskan mengendalikan perisian-perisian ini samada guru, kerani, pegawai penyelidik atau lain-lain, perlu menjalani latihan menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari cara penggunaan komputer itu sendiri. Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau pekerja terbabit berhenti atau ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula kepada pengguna pengganti.

Page 34: Bahan EDU

b) Kos Yang TinggiKos mendapatkan peralatan dan perisian komputer masih lagi tinggi walaupun dijangkakan akan menurun. Kita bimbang dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, syarikat-syarikat atau orang perseorangan sentiasa mengeluarkan peralatan dan perisian baru yang berharga tinggi.

Kerja-kerja penyelidikan selalunya memakan masa yang panjang. Oleh itu kos yang tinggi diperlukan dari segi penyenggaraan sistem, tenaga pekerja, peralatan-peralatan bantuan dan terutamanya sekali perkakasan yang diperlukan.

Disebabkan bidang teknologi maklumat dalam pendidikan masih baru dan tinggi permintaannya, maka institusi-institusi pengajian bertindak menaikkan yuran untuk mengikuti kursus-kursus tersebut. Pelajar-pelajar pelu memiliki komputer sendiri untuk mengelakkan persaingan di makmal-makmal komputer institusi pengajian.

c) Laporan/Maklumat Tidak TepatStaf yang ditugaskan mengendalikan perisian atau memasukkan data boleh mengakibatkan laporan yang diproses atau dianalisis oleh perisian tidak tepat. Ianya boleh berlaku umpamanya seperti kerja kemasukan data yang banyak dan berterusan.

Kesilapan juga boleh berlaku terhadap hasil penyelidikan sekiranya berlaku kecuaian semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem penyelidikan itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem penyelidikan tersebut.

Kemunculan virus-virus komputer boleh juga mengakibatkan kesilapan dalam analisis data.

d) Pergantungan Tinggi Kepada KomputerStaf yang biasa atau selalu menggunakan komputer untuk membantu kerja-kerjanya mungkin boleh menyebabkan kerja-kerja tertangguh sekiranya terjadi sesuatu yang di luar jangkaan seperti kerosakan kepada komputer atau tenaga elektrik.

Pemelajaran di dalam kelas juga boleh terganggu sekiranya guru hanya bergantung kepada komputer untuk melaksanakan pengajaran.

e) Jenayah Kolar PutihTerhadnya staf yang diberi kebenaran menggunakan komputer atau yang mahir menggunakan kompuer boleh menggalakkan jenayah kolar putih dengan mengelirukan angka-angka pada data komputer kerana ianya sukar dikesan.

f) Kurang KepakaranKerja-kerja penyelidikan berbantukan komputer memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja pakar dalam bidang penyelidikan tersebut tetapi juga mahir dalam bidang komputer terutamanya sewaktu

Page 35: Bahan EDU

proses pembangunan sistem penyelidikan.Guru-guru yang pakar mengendalikan komputer juga diperlukan untuk melaksanakan pengajaran berbantukan komputer atau literasi komputer.

g) SosialisasiKerja-kerja penyelidikan berkomputer juga boleh menyebabkan staf penyelidikan terlalu taksub terhadap komputer atau tugasnya hingga boleh melalaikan dari bersosial dengan masyarakat luar. Ia juga boleh melenyapkan empati terhadap orang lain kerana terlalu serius dalam tugas.

Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran juga boleh mengakibatkan interaksi antara guru dan murid berkurang sekiranya guru tidak peka kepada tanggungjawab guru sebenarnya bukan hanya sekadar mengajar tetapi juga mendidik dan membimbing.

h) "Computer Phobia"Disebalik perkembangan pesat dalam pengkomputeran, wujud juga segolongan manusia yang tidak berupaya atau berpeluang mengikuti perkembangan pesat teknologi maklumat. Mereka ini boleh bersikap takutkan komputer atau tidak mahu menggunakan komputer kerana kurang keyakinan mereka terhadap komputer. Di hati mereka boleh juga wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer.

i) InternetInternet tidak dimiliki oleh sesiapa. Setiap pengguna Internet bebas memasukkan apa-apa maklumat yang ingin mereka sampaikan kepada pengguna lain. Oleh itu adalah sukar bagi pihak pendidikan untuk menapis kandungan-kandungan yang baik dan elok sahaja untuk pelajar-pelajar.

Cara Mengatasi Masalah-Masalah Yang Wujud Kesan Dari Penggunaan KomputerBerikut merupakan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud dari kesan penggunaan komputer. Kami mengklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu dari segi pentadbiran, penyelidikan dan pengajaran dan pemelajaran.

Dari segi pentadbiran, adalah perlu pihak pengurus atau pentadbir mengambil kira dari segi pembangunan sumber manusia. Adalah dicadangkan supaya pihak pentadbir :

• Mempertingkatkan latihan kepada kakitangan Ini adalah untuk menyediakan kakitangan mereka menghadapi perkembangan teknologi maklumat yang terkini. Sekiranya semua kakitangan telah diperlengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya, sudah tentu masalah kehilangan tenaga pakar tidak berlaku andainya terjadi pertukaran kakitangan pada organisasi tersebut.

Page 36: Bahan EDU

• Menitikberatkan kebajikan pekerjaPihak pentadbir juga perlu menjaga kebajikan pekerja untuk mengelakkan berlakunya perpindahan pekerja ke organisasi lain. Malah masalah seperti kemasukan data yang salah (Garbage In Garbage Out - GIGO) dapat dihapuskan sekiranya pentadbir memberi peluang dan masa yang secukupnya untuk kakitangan mereka menjalankan tugas. Selalunya kesilapan berlaku kerana kecuaian pekerja yang melakukan kerja secara tergopoh-gapah. Mungkin kerana mahu cepat siap, faktor kuantiti sahaja yang diambil kira, dan ini menyebabkan mereka mengabaikan faktor kualiti. Kebajikan pekerja perlu diambil berat. Adalah dicadangkan juga setiap data atau maklumat yang dimasukkan disemak oleh "Quality Control". Ini dapat menghasilkan data yang lebih tepat dan jitu.

• Penerapan Nilai-nilai murniJenayah kolar putih sering berlaku kerana kakitangan tidak mempunyai sikap jujur,amanah dan bersih. Penerapan nilai-nilai murni adalah wajar disarankan untuk diserapkan ke dalam jiwa dan sanubari kakitangan. Di samping itu, pihak pentadbir bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif segera dalam memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi kakitangan mereka. Penyelewengan mungkin berlaku kerana tekanan emosi atau kesempitan wang. Oleh itu, kemungkinan kepincangan pada pihak pentadbiran mungkin boleh mengakibatkan berlakunya gejala negatif seperti ini. Sekiranya kebajikan pekerja

• Melahirkan graduan yang berkualitiInstitusi Pengajian Tinggi serta institusi swasta juga memainkan peranan yang penting terhadap kekurangan tenaga mahir tempatan dalam bidang teknologi maklumat. Dengan adanya graduan yang berkualiti dan berkuantiti ini, maka masalah tenaga pakar dapat dimansuhkan. Graduan-graduan inilah yang akan menerajui teknologi komputer dimasa hadapan.

• Menguatkan akta hakcipta dari segi undang-undangSememangnya akta hakcipta dari segi undang-undang telah ada. Namun begitu tindakan yang serius tidak dijalankan yang menyebabkan berlakunya kesalahan menggunakan perisian tanpa lesen yang sah. Keadaan ini memaksa pengeluar mencipta virus, yang walaupun pada asalnya bertujuan untuk memelihara perisian mereka, telah sedikit sebanyak menyusahkan pengguna yang lain. Sekiranya undang-undang diperketatkan, sudah tentu tidak wujud lagi situasi penggunaan "pirate copy". Disamping itu juga, sekiranya kos perolehan perisian dapat diturunkan akan menggalakkan pengguna mendapatkan perisian yang asli dan tidak "pirate copy".

• Pembuatan perbuatan komputer tempatanPengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilan produk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan dan seterusnya kos peralatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin.

• Pemilihan yang bijak.Perolehan peralatan juga perlu dibuat dengan bijak. Beli peralatan yang perlu sahaja dan elakkan dari pembaziran wang dengan membuat perolehan yang tidak penting. Cara ini dapat mengurangkan kos perolehan peralatan teknologi maklumat.

• Luangkan Masa Bersosial dan Prinsip diri.Seringkali penggunaan teknologi maklumat dikaitkan dengan pengurangan nilai-nilai sosial dikalangan masyarakat. Pihak bertanggungjawab perlu sedar tentang ini dan hendaklah beri masa yang sesuai

Page 37: Bahan EDU

untuk membolehkan kakitangan mereka bergaul dengan masyarakat. Malah pada pendapat kami dengan adanya kemudahan teknologi maklumat, sekiranya digunakan dengan bijak boleh merapatkan hubungan samada pada lokasi yang dekat mahupun di hujung dunia, kerana teknologi komputer telah melahirkan "global village". Manusia menjadi semakin dekat tanpa mengira faktor geografi dan jarak.

Dari segi pengajaran dan pemelajaran pula, perkara-perkara yang disarankan ialah :

• Peruntukan dari KerajaanUntuk mengatasi masalah kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak kerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.

• Tingkatkan keselamatan komputerKejadian-kejadian seperti di San Diego di mana tiga orang pelajar telah digantung pengajian mereka kerana cuba memecah masuk ke sistem komputer sekolah untuk menukar gred dan tugasan mereka; di UCLA di mana Ronald Austin seorang pelajar universiti tersebut telh didakwa kerana cubaan memecah masuk ke 200 akaun yang dimiliki oleh Advanced Research Projects Agency Network (Arpanet) akan dapat dihapuskan sekiranya langkah berjaga-jaga diambilberat. Malah keselamatan komputer perlu diambil berat untuk mengelakkan gejala negatif seperti ini berlaku lagi.

• Guru Tidak Terlalu bergantung kepada perisianKurangnya interaksi antara guru dan pelajar juga sering dikaitkan dengan adanya teknologi komputer. Dalam hal ini, sebagai guru kita hendaklah bertindak dengan bijak. Sifat terlalu bergantung kepada perisian perlu dilenyapkan. Guru-guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan penunjukcara yang aktif. Dengan ini dapat merapatkan lagi hubungan guru dengan murid dan dapat memperbanyakkan interaksi dengan pelajar. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih, pepatah lama perlu dipegang.

• Didikan awal

Didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni adalah penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.

• Membudayakan Masyarakat

Masyarakat perlu dibudayakan dengan pendedahan kepada teknologi komputer. Inisiatif ini perlu diambil oleh setiap individu itu sendiri. Setiap individu hendaklah cuba mempertingkatkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran terkini. Malah membudayakan masyarakat dengan literasi komputer akan menjadi lebih mudah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dan kerjasama yang serius.

KesimpulanTidak dinafikan perkembangan pesat teknologi maklumat khususnya komputer telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Namun begitu perkara ini masih boleh dibendung jika setiap individu mengambil tindakan yang serius untuk mengatasinya. Sekiranya langkah yang sesuai dan betul dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab, perkembangan pesat ini boleh memajukan sesebuah

Page 38: Bahan EDU

negara dan dunia amnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung kepada usaha dan inisiatif kita untuk membendung masalah ini dan menggunakan teknologi komputer sebaik mungkin.

Bibliografi :

V.Pang, Y.K Yap dan Y.M Tan, (1992). Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Longman

Dewan Budaya, Ruang Siber dan Cabarannya , Edisi Julai, 1996

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002. Undang-undang Malaysia Akta 563 : Akta Jenayah Komputer 1997 (atas talian).

http://dbp.gov.my/buletin/Ssiber2.htm (6 Ogos 2002).

________________________________ 2002. Undang-undang Malaysia Akta 562 : Akta Tandatangan Digital 1997 (atas talian).

http://dbp.gov.my/buletin/Ssiber1.htm (6 Ogos 2002).