bab iii

9
BAB III METADOLOGI KAJIAN 1. pengenalan Dalam bab ini, perkara yang dinyatakan ialah tentang kaedah yang digunakan dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Penyelidikkan dijalankan terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah iaitu pelajar yang berumur 10, 11 dan 12 tahun di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Hulu Selangor. Bab ini akan mengupas tentang rekabentuk ujian, kaedah persampelan, alatan atau instrumen yang digunakan, tatacara kutip data dan analisis yang digunakan. 2. kaedah persampelan Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Pemilihan sampel subjek daripada tiga buah sekolah di sekitar di daerah Hulu Selangor dan subjek dipilih adalah dikelangan pelajar lelaki yang berumur 10, 11 dan 12 tahun. Seramai 180 orang subjek akan digunakan daripada tiga buah sekolah di daerah Hulu Selangor dan pemilihan subjek berdasarkan rekod yang terdapat daripada sekolah yang terpilih. 3. rekabentuk kajian Kajian adalah dibuat dalam bentuk deskriptif. Mohd Majid Konting ( 2005 ) menyatakan bahawa penyelidikkan deskriptif bermatlamat menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kaedah kajian deskriptif tidak memerlukan usah mengawal sesuatu olahan. Kajian deskriptif yang digunakan ialah kajian korelasi iaitu untuk mencari hubungan antara tahap kecergasan dengan komposisi tubuh badan pelajar

Upload: mijie0212

Post on 07-Apr-2016

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bab 3

TRANSCRIPT

Page 1: BAB III

BAB III

METADOLOGI KAJIAN

1. pengenalan

Dalam bab ini, perkara yang dinyatakan ialah tentang kaedah yang digunakan dalam

penyelidikan yang akan dijalankan. Penyelidikkan dijalankan terhadap pelajar-pelajar

sekolah rendah iaitu pelajar yang berumur 10, 11 dan 12 tahun di tiga buah sekolah

rendah dalam daerah Hulu Selangor. Bab ini akan mengupas tentang rekabentuk

ujian, kaedah persampelan, alatan atau instrumen yang digunakan, tatacara kutip

data dan analisis yang digunakan.

2. kaedah persampelan

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan secara rawak.

Pemilihan sampel subjek daripada tiga buah sekolah di sekitar di daerah Hulu

Selangor dan subjek dipilih adalah dikelangan pelajar lelaki yang berumur 10, 11 dan

12 tahun. Seramai 180 orang subjek akan digunakan daripada tiga buah sekolah di

daerah Hulu Selangor dan pemilihan subjek berdasarkan rekod yang terdapat

daripada sekolah yang terpilih.

3. rekabentuk kajian

Kajian adalah dibuat dalam bentuk deskriptif. Mohd Majid Konting ( 2005 )

menyatakan bahawa penyelidikkan deskriptif bermatlamat menerangkan sesuatu

fenomena yang sedang berlaku. Kaedah kajian deskriptif tidak memerlukan usah

mengawal sesuatu olahan.

Page 2: BAB III

Kajian deskriptif yang digunakan ialah kajian korelasi iaitu untuk mencari hubungan

antara tahap kecergasan dengan komposisi tubuh badan pelajar lelaki berumur 10,

11 dan 12 tahun di daerah Hulu Selangor iaitu kajian dibuat di tiga buah sekolah

rendah di sekitar daerah Hulu Selangor. Mohd Majid Konting ( 2005 ) menyatakan

bahawa apabila penyelidik tidak boleh mengolah pembolehubah tidak bersandar

( komposisi tubuh badan ). Dalam kajian ini, penyelidik mengawal pembolehubah

tidak bersandar dengan memilih kumpulan dan memadankan subjek. Dalam kajian

ini, analisis ANOVA digunakan untuk mencari perbezaan antara tahap kecergasan

ketiga-tiga tahap umur pelajar yang dijadikan sampel ujian. Pemerolehan data dan

maklumat tahap kecergasan pelajar adalah melalui satu set bateri ujian kecergasan.

Data yang diperolehi adalah dianalisis menggunakan program SPSS version 11.5.

4. pembolehubah kajian

Terdapat dua jenis pemboleh dalam kajian ini iaitu :

i) pembolehubah bersandar

Tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun di

daerah Hulu Selangor

ii) pembolehubah tidak bersandar

Komposisi lemak tubuh pelajar-pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun di

daerah Hulu Selangor

Page 3: BAB III

5. bateri ujian

i) ujian lipatan kulit menggunakan Skinford Caliper – mengukur komposisi lemak

ii) ujian bleep ( PACER ) – mengukur daya tahan kardiovaskular

iii) ujian bangkit tubi – mengukur daya tahan otot abdominal

iv) tekan tubi – mengukur daya tahan otot tangan

v) trunk lift – mengukur fleksibiliti otot

6. instrumen kajian & alatan kajian

Menurut Ahmad Hashim ( 2004 ), instrumen atau peralatan kajian untuk mengukur

sesuatu yang spesifik. Instrumen ujian akan membantu mencapai objektif sesuatu

penyelidikkan serta menentukan matlamat dan data telah diperolehi.

Untuk mendapatkan peratusan lemak badan, penyelidik menggunakan persamaan

atau rumus daripada Slaughter, Lohman, T.G. Going, S.B, M.H. Boi Leau, R.A.

Roche, A.F Buskirk, E.R Scefeidt, V.D & Wilmare, J.H. ( 1998 ) iaitu hanya

menggunakan ukuran peratusan lemak badan di bahagian tricep dan calf. Kaedah ini

sering digunakan untuk kanak-kanak dan remaja. Pada lazimnya, jangkaan Skinford

terhadap peratus lemak tubuh ialah kurang 3 hingga 3.5 peratus komposisi tubuh.

Body Mass Index ( BMI ) ialah kaedah pengukuran popular untuk kanak-kanak,

remaja dan dewasa. BMI bukan sahaja untuk menganggarkan komposisi tubuh

malah petunjuk kepada obesiti dan digunakan sebagai jumlah pengukuran kepada

aktiviti pendidikan jasmani.

Page 4: BAB III

6.1 ujian PACER ( ujian bleep – multistage fitness test )

Kapasiti aerobik – menggunakan ujian PACER – 20 meter multistage run.

6.1.1 deskripsi ujian PACER

Ujian PACER adalah ujian yang terbaru untuk mengukur kapasiti aerobik bagi remaja

dan kanak-kanak. Ujian PACER bermula dengan rentak perlahan yang dikawal oleh

CD atau kaset yang dimainkan. Subjek akan berlari ulang-alik dalam jarak 20 meter

mengikut kalajuan dalam CD atau kaset. Subjek yang mempunyai kapasiti aerobik

yang tinggi akan meneruskan rentak larian mangikut level atau gred larian yang

semakin bertambah kelajuan bunyi “bleep”. Subjek yang gagal mengikut larian

sebanyak 3 kali akan gagal atau keluar dari ujian dan dicatatkan level tertingginya.

6.1.2 kesahan dan kebolehpercayaan ujian PACER

Mohan ( 1997 ) melaporkan anggaran kebolehpercayaan bagi satu ujian PACER

ialah :

R= .80 untuk kanak-kanak lelaki dan R= .79 untuk kanak-kanak perempuan

Tujuan

Mengukur prestasi pengambilan oksigen maksimum ( Vo2 max ) subjek selepas

melakukan gerak kerja atau aktiviti yang telah dilaksanakan.

Alatan

Skital, pita pengukuran 30 meter, radio kaset CD, cakera padat PACER, kad skor,

bib bernombor, jam randik dan pita pelekat

Page 5: BAB III

Prosedur

1) Tandakan kawasan ujian mengikut kesesuaian berdasarkan pita rakaman.

2) Bahagikan peserta kepada dua kumpulan, setiap peserta akan

merekodkan keputusan seorang peserta lain yang sedang menjalankan

ujian.

3) Ujian ini menggunakan kaedah larian berterusan diantara dua jarak 20

meter di dalam masa “bleep” yang di bunyikan. Masa antara “bleep” akan

menjadi lebih pantas pada setiap tahap. Kelajuan permulaan larian adalah

8.5 km/j. Ianya akan meningkat 0.5km/j setiap minit.

4) Subjek perlu melepasi garisan sejarak 20 meter dan menunggu sehingga

“beep” yang berikutnya untuk meneruskan larian.

5) Subjek perlu meneruskan larian mengikut kemampuan sehingga tidak

dapat menyaingi “beep”

6) Apabila subjek tidak dapat menyaingi “beep” buat kali kedua, maka ujian

terhadapnya perlu ditamatkan.

7) Catatan level tertinggi akan dicatatkan di dalam kad skor..

Page 6: BAB III

6.2 ujian push-up ( tekan tubi )

6.2.1 objektif

Mengukur daya tahan dan kekuatan otot bahu dan lengan dengan betul.

6.2.2 kebolehpercayaan

R= 0.99 lelaki ( Boumgartner, Mc Monis & Weust, 2000 )

6.2.3 alatan

Jam randik, borang skor, skital

6.2.4 prosedur

1) Subjek berada dalam kedudukan sokongan hadapan dengan tangan lurus

di bawah dan tapak tangan di atas lantai.

2) Kaki lurus ke belakang

3) Seorang pembantu akan berada di hadapan dan meletakkan tangan di

bawah setentengan dengan dahi dan sebelah tangan lagi diletakkan disiku

subjek.

4) Arahan “sedia” dan “mula” diberikan untuk memulakan ujian

5) Subjek akan menurunkan badan dengan cara membengkokan siku

sebanyak 90º dan sehingga dahi menyentuh tangan pembantu.

6) Kemudian menolak badannya naik keatas sehingga tangannya lurus.

7) Lakuan ini dilakukan sebanyak yang boleh dalam masa 60 saat. Wisel

akan dibunyikan menandakan masa tamat.

8) Dua percubaan sahaja dibenarkan

9) Skor akan dicatat berdasarkan jumlah lakuan yang berjaya dilakukan

dalam masa 60 saat.

Page 7: BAB III

6.3 ujian bangkit tubi lutut bengkok ( curl-up )

6.3.1 objektif

Mengukur daya tahan otot abdominal dengan betul dan dapat melakukan

sebanyak mungkin dalam masa 60 saat.

6.3.2 alatan

Jam randik, tilam, pita penanda, borang skor

6.3.3 prosedur

1) Satu ulangan curl-up yang lengkap ialah bermula pada kedudukan mula

iaitu hujung jari kedua-dua tangan menyentuh bahagian sisi yang paling

hampir dan tamat apabila hujung jari kedua-dua tangan menyentuh

bahagian sisi pita yang paling jauh tanpa melanggar prosedur di atas.

2) Subjek diminta baring di atas tilam dengan lutut dibengkokkan 140º ( tumit

kaki sejauh 12 inci hingga 18 inci dari bahagian punggung ). Kepala lurus

di lantai.

3) Tangan diletakkan disisi paha, bila isyarat dibunyikan, tolakkan tangan

perlahan-lahan sehingga bahagian bahu menyentuh lantai.

4) Ulangi lakuan dalam masa 60 saat.

5) Skor akan dicatat berdasarkan jumlah ulangan yang berjaya dilakukan

oleh subjek.

Page 8: BAB III

6.4 ujian trunk lift

6.4.1 objektif

Mengukur kelenturan fleksi bahagian leher dan atas pinggang dengan betul

6.4.2 alatan

Pembaris makmal 1 meter, alat tulis dan pembaris satu kaki

6.4.3 prosedur

1) Subjek meniarap dengan keadaan badan yang lurus.

2) Kedua-dua kaki diluruskan ke belakang dan tangan di belakang paha.

3) Subjek meniarap di atas lantai dan tapak tangan di bawa ke belakang

serta kaki dibuka seluas bahu.

4) Ukur tinggi hujung dagu dari permukaan lantai dengan pembaris dan

catatkan bacaan pada 0.5cm yang terdekat.

Page 9: BAB III

7. analisis data

Dalam kajian yang akan dilakukan, setiap data atau skor akan di catatkan ke dalam

borang skor. Setiap data yang diperolehi oleh penyelidik akan di analisis dengan

menggunakan Program SPSS version 11.5. Bagi membuat perbandingan antara

peringkat umur, penyelidik akan menggunakan ANOVA dan diikuti oleh one-way

ANOVA. Setiap data yang di analisis akan di huraikan bagi mengenalpasti dapatan

kajian bertepatan dengan persoalan kajian yang ingin dilakukan.