bab 3 tekanan emosi dlm kalangan murid (edu 3109)

6
EDU 3109- GURU DAN CABARAN SEMASA BAB 3 TEKANAN EMOSI DLM KALANGAN MURID 1) PENGENALAN - Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar. - Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan pembelajaran yang diadakan di sekolah. - Emosi pelajar perlu dikekalkan atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi . - Guru perlu faham emosi pelajar krana perbezaan tgkh laku, sosial & rohani dlm kalangan pelajar sememangnya. 2) GANGGUAN EMOSI Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. ASPEK EMOSI YANG SEMAKIN SUKAR DILIHAT DALAM KEHIDUPAN PELAJAR KINI ADALAH SEPERTI BERIKUT - Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam - Mengungkapkan dan memahami perasaan - Mengendalikan amarah - Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari - Kemampuan untuk menyesuaikan diri - Disukai oleh orang lain - Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling - Semangat setiakawan - Keramahan - Sikap hormat-menghormati Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan gangguan pada dirinya. Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah seperti berikut - Kecemasan dan marah - Sukar tunjukkan emosi tertentu - Alami kesulitan - Konflik 3) GANGGUAN EMOSI BOLEH DIKATEGORIKAN KEPADA 3 KUMPULAN IAITU - Gangguan emosi ringan gangguan peringkat pertama yang biasanya tidak terlalu kelihatan ciri-ciri dari luarannya. Pada peringkat ini berkemungkinan setiap murid dapat mengawal diri masing-masing.

Upload: anis-izzati

Post on 21-May-2017

240 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 Tekanan Emosi Dlm Kalangan Murid (EDU 3109)

EDU 3109- GURU DAN CABARAN SEMASA

BAB 3 TEKANAN EMOSI DLM KALANGAN MURID

1)    PENGENALAN- Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.- Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan pembelajaran yang diadakan di

sekolah.- Emosi pelajar perlu dikekalkan atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat “pembimbing di

sisi”.- Guru perlu faham emosi pelajar krana perbezaan tgkh laku, sosial & rohani dlm kalangan pelajar

sememangnya.

2)     GANGGUAN EMOSI• Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah dan

bersemangat.• Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,

marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya.

ASPEK  EMOSI YANG SEMAKIN SUKAR DILIHAT DALAM KEHIDUPAN PELAJAR KINI ADALAH SEPERTI BERIKUT

- Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam- Mengungkapkan dan memahami perasaan- Mengendalikan amarah- Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari- Kemampuan untuk menyesuaikan diri- Disukai oleh orang lain- Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling- Semangat setiakawan- Keramahan- Sikap hormat-menghormati

Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan gangguan pada dirinya. Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah seperti berikut

- Kecemasan dan marah- Sukar tunjukkan emosi tertentu- Alami kesulitan- Konflik

3) GANGGUAN EMOSI BOLEH DIKATEGORIKAN KEPADA 3 KUMPULAN IAITU- Gangguan emosi ringan• gangguan peringkat pertama yang biasanya tidak terlalu kelihatan ciri-ciri dari luarannya. • Pada peringkat ini berkemungkinan setiap murid dapat mengawal diri masing-masing. • Sebagai contoh terdapat seorang murid yang mahu berkongsi barang dengan rakan-rakannya. Namun

kadang-kadang terdapat juga murid akan marah apabila barangnya dipinjam oleh rakan-rakan yang lain.

- Gangguan emosi sedarhana• - gangguan emosi yang agak lebih kelihatan dibandingkan dengan emosi yang ringan. • Pada kebiasaannya perasaan marah, takut atau pun sedih seharusnya menjadi perkara normal apabila terjadi

kepada murid. • Sebagai contoh, seorang guru menyuruh muridnya untuk pergi ke tandas berseorangan. Namun begitu

murid berkenaan menolaknya dengan alasan takut pergi bersendirian. Penolakan murid tadi sangat kuat sehingga dia menjadi menangis, atau marah kepada gurunya dan mungkin juga sehingga dia sendiri sanggup menahan untuk membuang air dan akhirnya terkencing di dalam kelas.

Page 2: Bab 3 Tekanan Emosi Dlm Kalangan Murid (EDU 3109)

EDU 3109- GURU DAN CABARAN SEMASA

- Gangguan emosi berat• Biasanya kelihatan jelas sekali dari luar. Ini kerana tingkah laku murid yang kelihatan janggal dan tidak

seperti tingkah laku kebiasaannya. • Ketika murid sedang marah, murid itu akan mengamuk, menjerit bahkan ada yang menyakiti dirinya

sendiri. • Sebagai contohnya murid tahun satu yang takut melihat anjing. Ketika dia melihat anjing, maka dia akan

kelihatan pucat, menjerit dan menangis sekuat-kuatnya.

4)    PUNCA GANGGUAN EMOSI- Persekitaran sekolah tidak kondusif.- Gaya pengajaran guru tidak menarik, guru garang dan tidak sesuai dengan murid.- Peristiwa dalam keluarga seperti kematian ibu, perceraian dan sebagainya- Pengaruh keluarga. Keluarga yang porak peranda, - Pengaruh rakan sebaya-diejek, dimalikan atau disisihkan oleh rakan sebaya- Tindakan guru yang tidak tepat..menghukum secara tidak bijak, memalukan murid dan memarahi tanpa sebab

5)    TANDA-TANDA MASALAH EMOSI DAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT

- Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasaba- Selalu mengantuk  atau tertidur di dalam kelas- Sentiasa kelihatan letih- Kerap sakit perut- Mudah diserang penyakit- Duduk dalam keadaan yang tidak selesa- Pencapaian akademik yang semakin merosot- Sering berasa cemas, takut dan benci

6)    LANGKAH2 MENANGANI GANGGUAN EMOSI- Peranan ibu bapa

Mengambil kira aspek perbezaan antara jurang generasi dalam membentuk nilai kepada anak-anak. Membentuk disiplin dan peribadi anak-anak. Ibu bapa perlu mengimbangi peranan mereka di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat.

- Tindakan guru Menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemai pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid.

- Gaya pengajaran guru dalam bilik darjah Oleh itu, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Guru perlu bersikap penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta bertanggungjawab, adil dan

tidak memilih kasih. Murid berada dalam keadaan emosi yang stabil ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

- Kepimpinan guru Guru perlu bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai dengan murid dan situasi supaya emosi murid dapat

berkembang dengan sepatutnya dan tumpuan terhadap pembelajaran tidak terjejas. Kepimpinan autokratik demokratik ataupun kepimpinan laissez-faire adalah pilihan guru mengikut

kesesuaian murid- Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar

Menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri murid yang dihadapinya dapat mendorong mereka untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran akhirnya membantu mengekalkan emosi terhadap aktiviti pembelajaran.

- Kerjasama

Page 3: Bab 3 Tekanan Emosi Dlm Kalangan Murid (EDU 3109)

EDU 3109- GURU DAN CABARAN SEMASA

Menggalakkan dan melibatkan setiap murid dalam sebarang aktiviti bilik darjah. Memastikan tidak ada murid yang terpinggir ketika berada di dalam kelas.

- Penerapan nilai moral Guru memberikan penekanan kepada kepentingan mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam

kalangan murid dan memberi layanan yang saksama terhadap semua murid. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memberikan

nasihat dan bimbingan yang sewajarnya kepada murid ketika melaksanakan pengajaran

- Suasana ceria Guru berusaha mewujudkan keadaan yang ceria dan kondusif ketika menguruskan kelas dan melaksanakan

proses pengajaran.Suasana ini akan mempengaruhi minat murid.- Penerangan jelas

Guru dapat menjelaskan apa yang perlu dipelajari oleh murid melalui penerangan yang jelas dan terperinci.

7)    HAK ASASI KANAK-KANAK-       Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan-       semua kanak2 berhak untuk belajar bersama-sama.-       Kanak2 tidak seharusnya diperkecil / didiskriminasi-       orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sbg orang2 yang terselamat di

sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.-       tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.

8)    ANTARA HAK SETIAP KANAK-KANAK ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT- Untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan- Utk mmpunyai kluarga yg akan menjaga & menyayangi- Utk tinggal di dalam komuniti & persekitaran yg aman dan damai- Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat- Utk mmdptkn pendidikan yg baik & mmbntk potensi diri- Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah- Untuk dilindungi drpd penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya- Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan- Untuk berupaya mengekspresi pandangan  sendiri.

9)    KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK- Perkara 2: tiada diskriminasi- Perkara 3: diberi pelindungan- Perkara 6: hak untuk hidup- Perkara 13: kebebasan bersuara- Perkara 19: diberi peruntukan undang-undang- Perkara 23: menikmati kehidupan - Perkara 28:Hak pendidikan- Perkara 29: halatuju pendidikan- Perkara 30: hak dalam komuniti- Perkara 32: dilindungi dari segi ekonomi- Perkara 34: tiada eksploitasi-

Tanggungjawab Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak: Menasihati Menteri tentang segala aspek perlindungan kanak-kanak. Mereka bentuk suatu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan diseluruh Malaysia yang menggabungkan

saluran maklumat bagi melaporkan kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

Page 4: Bab 3 Tekanan Emosi Dlm Kalangan Murid (EDU 3109)

EDU 3109- GURU DAN CABARAN SEMASA

Mengesyorkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditujukan khusus untuk memenuhi keperluan orang, kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

Menyelaraskan pelbagai sumber mana-mana Jabatan Kerajaan yang terlibat dengan perlindungan kanaka-kanak. Membangunkan program-program untuk mendidik orang ramai dalam pencegahan penganiayaan dan

pengabaian kanak-kanak. Memberikan nasihat tentang pengurusan, operasi dan amalan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak di seluruh

Malaysia. Memberikan nasihat tentang pembangunan program latihan bagi anggota Pasukan Pelindungan Kanak-kanak di

seluruh Malaysia. Menyelesaikan apa-apa pertelingkahan yang mungkin berbangkit dalam Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Kanak-

kanak.

10) Hak kanak-kanak: Seksyen 17- Dilindungi dari segi fizikal- Tiada penganiayaan- Pergaulan yang sihat - Hak kesihatan- Kemudahan bekalan makanan- Elak penderaan emosi

Menurut Seksyen 17 Akta Kanak-kanak, seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika

Kanak-kanak itu telah atau akan dicederakan dari segi fizikal, emosi atau dianiayai oleh ibu bapa atau penjaganya atau anggota keluarga luasnya.

Kanak-kanak itu telah atau akan dicederakan dari segi fizikal, emosi atau dianiayai oleh ibu bapa atau penjaganya yang tahu tentang kecederaan sedemikian tetapi tidak melindunginya.

Ibu bapa atau penjaga tidak layak menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu dan ia mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat.

Ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi.

Tiada ibu bapa Telah dibuang oleh ibu atau bapa atau ibu atau bapa kanak-kanak itu tidak ditemui dan tiada orang yang

berupaya memeliharanya. Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat. Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara yang, atau mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang

lain dan ibu atau bapa atau penjaganya keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan.

Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan ibu bapa atau penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius menyebabkan kanak-kanak mengalami kecederaan emosi.