keberkesanan penggunaan edu lite dlm pdp sains thn 1

Upload: pohon-semarak-api

Post on 07-Mar-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU LITE DLM PDP

TRANSCRIPT

  • 102

    Keberkesanan Penggunaan Edu Lite Speed dalam Pembelajaran Sains Tahun 1

    Lee Siew Wan

    Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia

    Email: [email protected]

    Fariza Khalid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,

    Malaysia Email: [email protected]

    PENGENALAN

    Transformasi pendidikan telah membawa nafas baru kepada pendidikan kini. Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System-LMS) akan memudahkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas dan memudahkan teoriteori sains dengan lebih mudah. Tambahan pula, pengenalan Konsep KBAT (kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dalam bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik untuk merealisasikan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2015 (PPPM). Iaitu menjelang tahun 2025, PPPM menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS ( Trend In Mathematics and Science Study) dan juga PISA (Programmed for international Assessement).

    Oleh itu, cara pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains akan mempengaruhi kesan terhadap usaha meningkatkan pencapaian TIMSS dan PISA dalam Negara yang dihasratkan oleh PPPM. Pengajaran sistem pengurusan pembelajaran (LMS) boleh dijalankan secara pada waktu yang sama (synchronously) atau pada waktu yang berbeza (asynchronously). Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui media yang berunsurkan multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan dalam kumpulan serta membolehkan

  • 103

    bimbingan dijalankan dalam talian (Learnframe, 2001).

    Penggunaan LMS kini semakin popular dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi melancarkan pembelajaran dan pengajaran serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Menurut Sharifah dan Kamarul (2011), penggunaan ICT dalam P&P telah tidak memberi kesan terhadap pembelajaran murid di peringkat Pra sekolah. Namun demikian, amat penting ditekankan bahawa penggunaan ICT semata-mata bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran murid.

    Kefahaman guru sendiri tentang tujuan ICT digunakan serta bagaimana pendekatan yang diambil merupakan kunci utama kepada keberkesanan P&P berteraskan ICT. Hal ini kerana kegagalan guru dalam memilih strategi dalam penggunaan ICT untuk P&P boleh menyukarkan kefahaman murid (Renee, 2015). Sekiranya guru faham akan tujuan penggunaan ICT dan bagaimana ia berfungsi untuk meningkatkan pembelajaran murid, pasti ini akan memberi faedah yang besar terhadap sistem pendidikan.

    Guru-guru di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia kini turut sama-sama menginterasikan ICT dalam P&P mereka. Hal ini kerana wujudnya lambakan aplikasi serta bahan yang sedia diguna pakai dalam P&P. Misalnya, CD interaktif yang dicipta oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, Sistem Edu Lite Speed yang dihasilkan oleh syarikat Komputer Edu Lite Speed. Sistem ini menawarkan pengajaran dan pembelajaran secara visual berunsur Multimedia untuk semua subjek sekolah rendah yang berteraskan kandungan mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

    Animasi kandungan untuk setiap subjek adalah dicipta dan direka bentuk mengikut kesesuaian standard kandungan yang ditetapkan oleh pereka bentuk pakej komputer (software designer). Sistem ini merupakan laman web secara offline di bawah yang dibeli oleh pihak pengurusan sekolah. Isi kandungan mempunyai hak pemeliharaan (pattern) sendiri untuk semua subjek sekolah rendah dan adalah dibeli oleh pihak pengurusan sekolah bertujuan memudahkan dan menginteraktifkan pengajaran dan pembelajaran muridmurid di dalam bilik darjah.

  • 104

    EDU LITE SPEED (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)

    Edu Lite Speed ialah satu sistem pembelajaran berasaskan laman web (web Based). Sistem ini dibangunkan oleh Syarikat Edu Lite Speed. Dalam sistem ini, semua isi kandungan mata pelajaran telah direkabentuk dan dipersembahkan dalam bentuk multimedia, dunia animasi yang berwarna-warni, perkataan dibaca dengan intonasi yang jelas, muzik latar belakang yang menyeronokan dan untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran oleh murid-murid dalam bilik darjah. Semua isi kandungan yang direka bentuk mengikut kesesuaian standard pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini hanya boleh digunakan dalam sistem pengurusan sekolah. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan isi kandungan Sains Tahun Satu, Bab 12 Reka Bentuk Model 3D. Dalam sistem ini juga direka bentuk dengan kuiz Sains. (Gambaran Edu LIte Speed ini akan ditunjukkan di lampiran.) Kesesuaian isi kandungan dalam Bab ini telah diuji oleh Ketua Panitia Sains sendiri di Sekolah.

    Rajah 1: Ini merupakan interface dalam laman web offline sebelum login isi kandungan

  • 105

    Rajah 2: Log in dan masuk ke dalam Isi kandungan

    Rajah 3: Pemilihan Subjek

  • 106

    Rajah 4: Masuk topik 12(Reka Bentuk 3D) Animasi patung akan keluar dan memperkenalkan nama jenis bongkah asas

    Rajah 5: Proses pengajaran dan pembelajaran oleh animasi LMS dengan

    bacaan intonasi yang jelas dan muzik latar belakang yang menyeronokan.

  • 107

    Rajah 6: Kuiz selepas pengajaran dan Pembelajaran oleh animasi.

    Rajah 8: Latihan yang disediakan dalam LMS dan jawapan juga akan disediakan dengan visual

  • 108

    Bab ini akan membincangkan hasil satu kajian yang dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan Lite Speed dalam pembelajaran Sains Murid-murid Tahun Satu di SJK (C) TSUN JIN, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 40 orang murid dari kedua-dua buah kelas Tahun 1 di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Oleh kerana kajian memfokuskan kepada reka bentuk eksperimen, maka pemilihan sampel dilakukan secara bertujuan rawak dengan membahagikan pelajar terlibat ke dalam dua kumpulan-kumpulan eskperimen dan kumpulan kawalan.

    Menurut Othman (2014), bagi kajian kuasi eksperimen, penyelidik membandingkan skor pra ujian dan Ujian Pasca antara kumpulan dan kawalan adalah keadah membuat pengukuran terhadap keberkesanan terhadap sesuatu aplikasi dengan membandingkan kesan yang ditunjunkan oleh kedua-dua kumpulan. Jumlah soalan dalam Ujian Pra da Pasca Ujian adalah sebanyak 30 soalan yang memberi markah penuh sebanyak 30 markah. Sistem pemarkahan bagi setiap ujian ini pula merujuk kepada kemahiran dalam Standard kandungan KSSR.

    Mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), terdapat lima kemahiran iaitu Band 1 hingga Band 6 dan setiap Band ini dinilai berdasarkan Panduan Perkembagan Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam Kajian ini, pengkaji hanya memilih Band 1 hingga Band 5. Markah untuk setiap Band adalah ditentukan oleh pengkaji sendiri. Rujuk Jadual 1.

    Jadual 1: Jadual Pernyataan Standard Mengikut Band Untuk Topik 12.

    Band Pernyataan Markah 1 Menamakan bentuk asas bongkah dengan betul. 7 2 Mengenalpasti bongkah asas bongkah di sekeliling

    dengan tepat 7

    3 Melakar bentuk asas bongkah dengan jelas. 6 4 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan

    bentuk asas bongkah dengan kreatif. 3

    5 Memerihalkan pemilihan bentuk asas bongkah untuk mereka bentuk objek atau struktur dengan tepat.

    7

  • 109

    Terdapat dua hipotesis dibangunkan dalam kajian ini iaitu:

    H01 = Tidak terdapat perbezaan penyampaian isi kandungan melalui Edu Lite Speed dalam pencapaian Skor ujian Pra dan Pasca dalam mata pelajaran Sains dalam meningkatkan kefahaman pembelajaran Sains berbanding dengan kaedah konventional.

    H02 = Tidak terdapat perbezaan penyampaian dalam pencapaian Skor Ujian Pra dan Pasca dalam mata pelajaran Sains penggunaan Edu Lite Speed dalam meningkatkan skor pencapaian mata pelajaran Sains mengikut jantina murid Tahun Satu dalam kelas berbanding dengan kaedah konventional.

    Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS Versi 22) bagi mengenalpasti min bagi peratus skor yang diperoleh murid-murid dalam ujian pra dan pasca ujian. Perbezaan peratus min antara skor Ujian Pra dan Pasca ujian kemudiannya dibandingkan menggunakan ujian dua ekor atau two-tailed test iaitu ujian-t tidak bersandar (Independent sample t-test) dan ujian-t berpasangan (Paired sample t-test). Pengkaji menggunakan nilai p=0.05 sebagai nilai signifikan dua arah (two-tailed). Min dikira bagi ujian pra dan pasca untuk setiap kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Jika nilai signifikan p (p>0.05) maka hipotesis nul berjaya diterima. Jadual 2 merupakan ringkasan analisis data bagi keputusan dalam kajian ini.

    Jadual 2: Ringkasan Analisis data

    No Persoalan Kajian Instrumen Analisis 1 Apakah keberkesanan dalam

    penyampaian isi kandungan dalam meningkatkan kefahaman muridmurid Tahun satu dalam pembelajaran Sains berbanding dengan keadah konventional?

    Ujian Pra UJian Pos

    Ujian T ( Paired Sample

    T test)

    2 Apakah keberkesanan dalam penyampaian isi kandungan melalui Edu Lite Speed (LMS) dalam meningkatkan skor pencapaian mata pelajaran sains Tahun satu berbanding dengan Kaedah konventional?

    Ujian Pra Ujian Pos

    Ujian T ( Independent Sample T test)

  • 110

    3 Apakah perbezaaan keberkesanan penggunaan Edu Lite Speed dalam meningkatkan Skor pencapaian mata pelajaran Sains mengikut jantina murid Tahun satu dalam kelas berbanding dengan kaedah konventional?

    Ujian Pos Ujian T ( Independent Sample T test)

    DAPATAN KAJIAN

    Keputusan Ujian Pra dan Pos bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

    Merujuk jadual 3, hasil analisis menunjukkan bahawa nilai min ujian pra bagi kumpulan kawalan adalah 8.35 dan kumpulan rawatan adalah 7.2. Perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan adalah sebanyak 1.15. Manakala, nilai kiraan t yang diperoleh adalah -1.6 pada aras signifikan dua hala, p kiraan 0.108 (Jadual 4). Nilai signifikan dua hala, p= 0.000, (p>0.05) bermaksud hipotesis nul pertama (Ho1) berjaya ditolak dan ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan antara penyampaian isi kandungan dalam meningkatkan kefahaman muridmurid Tahun Satu dalam pembelajaran Sains Tahun Satu dengan menggunakan Edu Lite Speed berbanding dengan Kaedah Konventional. Keputusan ini menunjukkan bahawa sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini mempunyai tahap persediaan dan motivasi yang tinggi dalam pembelajaran Sains. Tambahan pula, topik Reka Bentuk ini merupakan topik yang pertama diajar dengan mellaui penggunaan Edu LIte Speed di dalam Bilik darjah.

    Jadual 3: nilai min dan sisihan piawai bagi kedua-dua kumpulan

    Kumpulan Kaedah N Min Sisihan Piawai

    Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran (Ujian Pra) Rawatan Edu Lite

    Speed(LMS) 20 7.2 2.462

    Kawalan Konventional 20 8.35 1.972 Selepas Pengajaran dan Pembelajaran (Ujian Pos) Rawatan Edu Lite

    Speed(LMS) 20 26.60 3.378

    Kawalan Konventional 20 24.80 4.503

  • 111

    Jadual 4: Keputusan analisis Ujian T untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Merujuk jadual 6 hingga 8, hasil analisis menunjukkan bahawa perbezaan min bagi pra ujian adalah sebanyak -1.15. Manakala, nilai kiraan t yang diperoleh adalah -1.6 pada aras signifikan dua hala, p kiraan 0.108, (p>0.05) , dan selepas Ujian pos perbezaan min di antara kumpulan rawatan dan kawalan adalah 1.8 %, siginifikan dua hala , p kiraan pada 0.161(p>0.05) bermaksud H01 berjaya ditolakkan dan ini bermakna bahawa terdapat hubungan yang signifikan dalam penyampaian isi kandungan melalui Edu Lite Speed dalam meningkatkan skor pencapaian mata pelajaran Sains Tahun Satu berbanding dengan kaedah Konventional. Hal ini kerana penyampaian dalam bentuk persembahan Multimedia lebih menarik murid-murid dalam menumpukan perhatian kerana murid murid tahun satu lebih berfokus kepada animasi.

    Jadual 6: Keputusan analisis ujian T dan pos bagi ujian pra dan Post (Paired sampel test) bagi kumpulan kawalan

    Kumpulan Kawalan

    Beza Min t Siginifikan 2 hala

    Ujian Pra-ujian pos

    -16.45000 -15.341 .000

    Jadual 7: Nilai min dan sisihan piawai untuk ujian pra dan pos bagi kumpulan rawatan (paired sample T test)

    Kumpulan rawatan Pra Pos Min 7.2000 26.6000

    Sisihan piawai 2.46235 3.37795

    Jadual 8: Keputusan analisis Ujian T dan Pos bagi Ujian Pra dan Post bagi kumpulan rawatan

    Kumpulan Beza Min T Siginifikan 2 hala Pra kawalan dan

    rawatan -1.15 -1.6 0.108

    Pos kawalan dan rawatan

    1.8 1.43 0.161

    Kumpulan rawatan

    Beza Min t Siginifikan 2 hala

    Ujian Pra-ujian pos

    -19.40000 -32.572 .000

  • 112

    Merujuk jadual 9 hingga jadual 11, hasil dapatan kajian mendapati bahawa perbezaan min bagi murid jantina lelaki adalah pra dan pasca ujian adalah sebanyak 0.1, nilai kiraan t yang diperoleh adalah 0.012 bagi kumpulan kawalan pada aras signifikan dua hala, p kiraan 0.911, (p>0.05), manakala bagi murid perempuan dalam kumpulan kawalan pula, perbezaan min adalah 2.6, nilai kiraan t yang diperoleh adalah 0.425. Namun demikian, hasil dapatan kajian bagi kumpulan rawatan pula menunjukkan perbezaan murid jantina lelaki adalah 0.6, nilai kiraan t ialah 0.535, siginifikan dua hala menunjukkan 0.012 (p0.05), manakala bagi murid perempuan pula, perbezaan min adalah 1, nilai kiraan t ialah 0.652 dan siginifikan dua hala adalah 0.425 (p0.05), maka jelasnya kesan penggunaan Edu Lite Speed untuk murid lelaki mempunyai signifikan yang lebih tinggi daripada perempuan. Ini bermakna Ho2 ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan terdapat hubungan perbezaan keberkesanan yang siginifikan penggunaan Edu Lite Speed dalam meningkatkan skor pencapaian Mata Pelajaran Sains mengikut jantina murid Tahun Satu berbanding kaedah konventional.

    Jadual 9: Perbezaan nilai Min, sisihan piawai untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca mengikut jantina berasaskan kumpulan rawatan dan kawalan.

    Jenis Ujian

    Kumpulan Jantina Min Sisihan Piawai

    Ujian Pra

    Kawalan

    Lelaki Perempuan

    8.4000 8.3000

    1.57762 2.31181

    Ujian Pos

    Lelaki Perempuan

    26.1000 23.5000

    4.38305 4.45346

    Jenis Ujian

    Kumpulan

    Jantina Min Sisihan Piawai

    Ujian Pra

    Rawatan Lelaki Perempuan

    7.5000 6.9000

    1.95789 2.96086

    Ujian Pos

    Lelaki Perempuan

    27.1000 26.1000

    2.99815 3.81372

  • 113

    Jadual 10: Keputusan analisis Ujian T untuk Ujian Pra dan Pasca Bagi Jantina lelaki

    Jadual 11: Keputusan analisis Ujian T untuk Ujian Pra dan Pasca Bagi Jantina Perempuan

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    Hasil kajian ini menunjukkan wujud data yang siginifikan dan mempunyai kesan min yang berbeza yang dicapai oleh muridmurid dalam kumpulan rawatan sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan Edu Lite speed. Sebaliknya jika berbanding dengan kaedah konventional, pencapaian yang dicapai oleh murid-murid kawalan adalah siginifikan tetapi kesannya mempunyai perbezaan min yang tidak sama. Hal ini kerana penyampaian isi kandungan Edu Lite Speed yang tepat dan mudah difahami serta boleh diterima oleh murid-murid Tahun Satu terutamanya melibatkan menjawab soalan secara subjektif dalam kedua-dua ujian pra dan pos. Sebaliknya penggunaan kaedah pengajaran konventional iaitu dengan buku teks dan model 3D, murid-murid Tahun Satu menghadapi masalah peringatan terhadap penulisan perkataan. Oleh itu, dalam menjawab soalan ujian pos pencapaian skor kumpulan kawalan adalah lebih rendah.

    Keseluruhan data kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan Edu Lite Speed (LMS) di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah telah memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran muridmurid secara positif terhadap kefahaman mereka terhadap jenis model.

    Kumpulan Kawalan

    Beza Min T Siginifikan 2 hala

    Ujian Pra dan Ujian Pos

    0.10000 .911 0.012

    Ujian Pra dan Ujian Pos

    2.60000 .205 0.425

    Kumpulan Rawatan

    Beza Min T Siginifikan 2 hala

    Ujian Pra dan Ujian Pos

    .60000 0.535 0.012

    Ujian Pra dan Ujian Pos

    1.00000 0.652 0.425

  • 114

    Malah ini juga meningkatkan pencapaian skor mata pelajaran Sains secara langsung.

    Sokongan daripada kajian lepas Ting (2012) bahawa penggunaan Power point (secara offline) dan klik video di dalam bilik darjah telah berjaya meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan juga minat murid-murid untuk belajar sains. Sehubungan itu, pendidik Sains boleh mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan sistem pembelajaran secara atas talian di luar kelas dan bukan sahaja secara offline di dalam bilik darjah. Hal ini menyokong dapatan Ting (2012) bahawa keberkesanan penggunaan Power Point dan Klik Video dalam pembelajaran Sains meningkatkan minat murid-murid untuk belajar Sains. Tambahan pula, sokongan daripada dapatan kajian Chan dan Gurnam (2013) menunjukkan bahawa penggunaan ICT akan meningkatkan motivasi pelajar UITM berbanding dengan pensyarah yang tidak menggunakan TMK.

    Cadangan kajian seterusnya ialah penggunaan sistem pembelajaran atas talian untuk memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran murid-murid di dalam dan luar bilik darjah. Hal ini disebabkan kerana sistem pembelajaran secara pecuma atas talian mempunyai banyak pilihan, murid-murid boleh membuat rujukan dan ulangkaji secara atas talian tanpa mengira di mana dan masa. Penggunaan sistem pembelajaran atas talian telah popular digunakan di peringkat Universiti tetapi untuk murid-murid sekolah rendah masih dalam persoalan tentang kepengunaan. Oleh itu, kajian mengenai murid-murid terhadap penggunaan sistem pembelajaran atas talian perlulah dikaji. Tambahan pula, teknologi yang mengizinkan pengajaran dan pembelajaran berlaku atas talian, cadangan ini untuk menyakinkan bahawa penggunaan teknologi untuk memenuhi aspirasi celik ICT di Sekolah.

    RUJUKAN

    Chan, Y. F., & Gurnam, G. K. S. (2013). Peranan Teknologi Maklumat Terhadap Peningkatan Motivasi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Universiti.

    Learnframe. (2001). E-learning vs. online learning. Diakses daripada http://www.learnframe.com/aboutelearning/page4.asp

    Othman, T. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik UPM, Serdang.

  • 115

    Renee, J. N. (2015). Re-Defining the 21st Century Classroom.

    Sharifah, N. P., & Kamarul, A. A. S. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-34.

    Ting, S. P. (2012). Meningkatkan Minat dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Tiga Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan ICT. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN Ambilan Januari 2009, 116-131.

    Cara Menulis Rujukan Bab 7 :

    Lee Siew Wan & Khalid, F. (2016). Keberkesanan Penggunaan Edu Lite Speed dalam Pembelajaran Sains Tahun 1. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.