bab-2- sinopsis-karya-agung

48
1 Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) hazmanazhar© 2013 BAB DUA: PENSEJARAHAN MALAYSIA ABAD KE-14 HINGGA KE-18: KAJIAN KE ATAS BEBERAPA KARYA AGUNG UTAMA SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI Teks Hikayat Raja-raja Pasai dianggap sebagai karya sastera Melayu tradisional yang tertua. Adalah tidak jelas siapakah pengarang teks ini, akan tetapi naskhah asal karya ini hanya sebuah iaitu kepunyaan Kyai Suradimanggala, Adipati Demak. Teks asal Hikayat Raja-raja Pasai telah disalin di Jawa untuk Stamford Raffles pada tahun 1814. Seperti karya pensejarahan Melayu tradisional yang lainnya, Hikayat Raja-raja Pasai mengandungi dua unsur iaitu: i. Mitos dan lagenda ii. Episod Kenyataan yang menjadi fakta sejarahnya Teks Hikayat Raja-raja Pasai terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: i. Bahagian Pertama : Penceritaan mengenai asal-usul kerajaan Samudera-Pasai dan zaman keagungannya. ii. Bahagian Kedua : Penceritaan tentang kehandalan Tun Beraim Bapa dan detik kemerosotan Pasai. iii. Bahagian Ketiga : Kejatuhan kerajaan Pasai iv. Bahagian Satu: Tentang Asal Usul Samudera-Pasai Pengenalan tentang Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang hendak membuka negeri Samarlanga. Bahagian ini juga menceritakan bagaimana Raja Ahmad dan Raja Muhammad memperoleh anak angkat masing-masing.

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 03-Jul-2015

1.757 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

1

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB DUA: PENSEJARAHAN MALAYSIA ABAD KE-14 HINGGA KE-18:

KAJIAN KE ATAS BEBERAPA KARYA AGUNG UTAMA

SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI

Teks Hikayat Raja-raja Pasai dianggap sebagai karya sastera Melayu tradisional

yang tertua.

Adalah tidak jelas siapakah pengarang teks ini, akan tetapi naskhah asal karya ini

hanya sebuah iaitu kepunyaan Kyai Suradimanggala, Adipati Demak. Teks asal

Hikayat Raja-raja Pasai telah disalin di Jawa untuk Stamford Raffles pada tahun

1814.

Seperti karya pensejarahan Melayu tradisional yang lainnya, Hikayat Raja-raja Pasai

mengandungi dua unsur iaitu:

i. Mitos dan lagenda

ii. Episod Kenyataan yang menjadi fakta sejarahnya

Teks Hikayat Raja-raja Pasai terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i. Bahagian Pertama : Penceritaan mengenai asal-usul kerajaan

Samudera-Pasai dan zaman

keagungannya.

ii. Bahagian Kedua : Penceritaan tentang kehandalan Tun

Beraim Bapa dan detik kemerosotan

Pasai.

iii. Bahagian Ketiga : Kejatuhan kerajaan Pasai

iv.

Bahagian Satu: Tentang Asal Usul Samudera-Pasai

Pengenalan tentang Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang hendak membuka

negeri Samarlanga. Bahagian ini juga menceritakan bagaimana Raja Ahmad dan

Raja Muhammad memperoleh anak angkat masing-masing.

Page 2: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

2

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Raja Muhammad mendapat anak perempuan daripada perdu rebung buluh dan

dinamakan sebagai “Puteri Buluh Betung”.

Raja Ahmad yang bernegeri di Balik Rimba pula memperoleh anak ketika keluar

memburu. Beliau bertemu dengan seorang tua dan mendapat anak lelaki yang dibela

oleh seekor gajah dan dinamakan sebagai “Merah Gajah”.

Sultan Ahmad dan Sultan Muhammad kemudiannya mengahwinkan Merah Gajah

dan Puteri Buluh Betung.

Merah Gajah dan Puteri Betung mendapat anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah

Hasun. Merah Gajah mencabut rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik

berwarna putih. Puteri Betung akhirnya hilang. Raja Muhamad marah lalu

membunuh Merah Gajah . Maka Raja Ahmad melanggar negeri Raja Muhamad dan

peperangan terjadi. Kedua-dua raja adik beradik ini terbunuh dalam peperangan.

Merah Silu dan Merah Hasun tinggal di Biruan. Merah Silu menahan bubu dan

mendapat cacing gelang-gelang yang bertukar menjadi emas dan perak. Merah Silu

berkuasa menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasun marah kerana

menyangka abangnya makan cacing gelang-gelang dan bermain dengan kerbau,

satu perbuatan yang memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Silu dari

tempatnya.

Merah Silu dengan pengikutnya berpindah ke Sungai Pasangan dan ke Hulu Kalang.

Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar dan merestui dia tinggal di Buluh

Telang. Malangnya Merah Silu suka sangat bersabung ayam.

Megat Sekandar dan Megat Kedah ialah kekanda kepada Sultan Malikul Nasir di

Rimba Jerana. Megat Sekandar hendak mengangkat Merah Silu menjadi raja tetapi

dibantah oleh Tun Harid Benung. Apabila Merah Silu menjadi raja, Sultan Malikul

Nasir menyerangnya dan berlaku peperangan yang panjang.

Akhirnya sultan Malikul Nasir melarikan diri ke Kumat. Tetapi di Kumat, Sultan

Malikul Nasir diserang oleh Megat Sekandar dan Sultan Malikul Nasir tewas.

Hulubalangnya bernama Tun Harid Benung lari ke negeri Barus tetapi ditangkap oleh

Raja Barus. Merah Silau menjadi raja di Rimba Jerana.

Page 3: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

3

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Nabi Muhammad berwasiat kepada para sahabat supaya berdakwah di

negeri Samudera setelah baginda wafat. Bawa sebuah kapal dan alat kelengkapan

dan ambil seorang fakir di negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri

Samudera.

Semasa berburu di hutan, anjing Merah Silu yang bernama Si Pasai telah menyalak

kuat dan berdakap 7 kali dengan pelanduk . Di atas sebuah bukit ada

seekor semut sebesar kucing. Merah Silu makan semut tersebut dan tempat itu

dijadikan negeri bernama Semudera.

Nabi Muhamad wafat. Syarif yang mentadbir Kota Mekah telah menunaikan wasiat

Nabi Muhamad. Syeikh Ismail ditugaskan ke Semudera . Dia singgah di negeri

Mengiri . Raja Mengiri bernama Sultan Muhamad seorang keturunan Saidina Abu

Bakar . anaknya yang muda menyamar sebagai fakir menumpang kapal tersebut.

Kapal itu belayar ke Semudera.

Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhamad . Nabi menompang dagunya

dan menutup mata dengan empat jam. Nabi mengajar mengucap dua kalimah

syahadah. Nabi meludah ke dalam mulutnya. Nabi menamakannya Sultan Malikul

Saleh , makan hanya binatang halal yang telah disembelih. Dalam masa 40 hari,

akan datang sebuah kapal dari Mekah dan hendaklah menerima ajaran Islam yang

dibawa. Apabila Merah Silau terjaga dari tidur , Merah Silu mendapati kemaluannya

telah bersunat dan mulutnya lancar membaca al Quran 30 juzuk.

Sebuah kapal dari Mekah telah berlabuh di pelabuhan Samudera di Teluk Terli.

Syeikh Ismail mengadap Sultan Malikul Saleh dan memintanya mengucap dua

kalimah syahadah . Fakir memberi senaskah al Quran dan Sultan Malikul Saleh

dapat membaca dengan lancar.

Syeikh Ismail berjaya mengislamkan seluruh rakyat Semudera. Syeikh Ismail

menabal Sultan Malikul Saleh menjadi Raja Semudera Darul Salam. Menteri yang

bernama Tun Seri Kaya diberi nama Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya dengan nama

baru Sayid Semayamuddin.

Satu kaum di Samudera enggan memeluk agama Islam . Mereka lari ke hulu

Pasangan yang kini dikenali sebagai orang Gaya.

Sultan Malikul Saleh berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak gundik Raja Perlak.

Page 4: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

4

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Malikul Saleh mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Sultan Malikul

Tahir . Negeri Pasai dibuka dan Sultan Malikul Tahir menjadi raja di sana.

Sultan Malikul Tahir mendapat dua putera iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan

Malikul Mansur. Sultan Malikul Tahir mangkat. Sultan Malikul Saleh telah

menyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali

Ghiatuddin dan Sultan Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semayuddin.

Sultan Malikul Saleh merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul

Mansur di Samudera Darul Salam. Sebelum Sultan Malikul Saleh mangkat, baginda

telah berwasiat supaya kedua-dua Perdana Menteri dan kedua-dua cucunya

menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama sebagaimana syariat Islam.

Kerajaan Pasai enggan membayar ufti kepada Raja Siam sebagaimana dipinta.

Panglima perang Siam bernama Talak Sejang telah menyerang Pasai. Siam tewas

dan Talak Sejang terbunuh. Sultan Malikul Mahmud mendapat dua putera dan dua

puteri . Puteranya bernama Sultan Ahmad Perumudal Perumal.

Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu, Sultan Malikul Mansur datang ke

Pasai dan mengambil seorang perempuan dari istana Pasai. Sultan Malikul Mahmud

memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana menyangka tidak menahan

perbuatan sumbang adindanya itu. Perdana Menteri Pasai telah meninggal dunia

dan diganti oleh Tun Perpatih Tulus Tukang Segara dan mereka merancang

membunuh Sayid Semayamuddin.

Sultan Malikul Mahmud mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad

Perumudal Perumal dan menjemput Sultan Malikul Mansur dan Perdana Menteri

Samudera Sayid Semayamuddin. Sebaliknya , Sultan Malikul Mansur ditangkap dan

dibuang ke negeri Temiang. Sementara Sayid Semayamuddin dibunuh, kepalanya

dibuang ke laut, badannya disula di Kuala Pasai. Tetapi anehnya kepala itu

mengikut-ikut perahu Sultan Malikul Mansur.

Oleh itu , Sultan Malikul Mansur meminta tubuh Sayid Semayamuddin yang disula itu

daripada Sultan Malikul Mahmud untuk dikebumikan di Padang Maya. Setelah insaf,

Sultan Malikul Mahmud menjemput Sultan Malikul Mansur ke Pasai semula.

Page 5: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

5

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Tetapi dalam perjalanan ke Pasai, Sultan Malikul Mansut telah meninggal dunia di

atas makam Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Mahmud semakin hiba dan jatuh

sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi

raja Pasai.

Bahagian Dua: Mengenai Ketokohan Tun Beraim Bapa

Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai setelah kematian Sultan

Malikul Mahmud. Seorang jogi dari Benua Keling mengadap baginda dan menggelar

Sultan Ahmad itu Perumudal Perumal dan gelaran itu kekal .

Sultan Ahmad mendapat 30 orang anak tetapi yang seibu sebapa adalah lima orang

iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abdul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun

Takiah Dara. Sultan Ahmad mempunyai 4 orang menteri kanan iaitu Tulus Agung

Tukang Sekara, Baba Mentuha, Sulaiman Dendang Air dan Tun Syah Ala Kota.

Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai nafsu terlampau kerana berahi akan

anak daranya sendiri iaitu Tun Takiah Dara dan Tun Medan Peria. Bagi

mengelakkan kejadian buruk berlaku, Tun Beraim Bapa membawa dua adik

perempuannya itu ke Tukas untuk tinggal bersamanya. Ini menyebabkan Sultan

Ahmad semakin marah dan mahu merealisasikan nafsu serakahnya.

Empat pendekar Keling datang beradu kekuatan di Pasai dan berkelakuan samseng.

Tun Beraim Bapa yang gagah perkasa, berlatih bersama guru -gurunya di

Tukas. Gendang perang dari Tukas mengganggu tidur Sultan Ahmad Perumudal

Perumal di Pasai. Baginda marah dan memberitahu Dara Zulaikha Tingkap tentang

niatnya mahu membunuh Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa berjaya menewaskan

pendekar Keling dan mereka pulang semula ke Benua Keling.

Tun Beraim Bapa telah bergurau dengan Tun Fatimah Lempau semasa berada di

istana ayahnya di Pasai hingga istana Pasai bergoncang . Sultan Ahmad Perumudal

Perumal tersedar dari tidur dan mengatur strategi agar Tun Beraim Bapa dibunuh.

Page 6: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

6

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di Sungai Pasai dan

menyuruh hulubalang menetak sekiranya timbul. Tetapi Tun Beraim Bapa terselamat

kerana timbul serantai jauhnya dari tempat itu.

Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa membuang batang yang melekat pada

perahu Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu yang

tersangkut dan tidak mati lemas.

Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa makan cucur peniaram beracun yang

dibuat oleh orang Seri. Anjing dan ayam yang memakan cucur peniaram itu mati

keracunan. Dua adiknya Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara yang juga mati

keracunan kerana makan cucur peniaram. Mereka dikebumikan di Bukit Fudul Allah.

Tun Beraim Bapa yang tidak mahu derhaka telah memakan cucur peniaram yang

beracun itu lalu jatuh sakit. Tun Beraim Bapa yang kepanasan telah menyelam di

Lubuk Turai. Seekor ular lembu telah dapat ditangkap dan dimakan tetapi sakitnya

tidak juga sembuh. Lalu Tun Beraim Bapa melontar lembing dan lembing itu tercacak

di antara kubur dua adiknya. Tun Beraim Bapa akhirnya mati dan dikebumikan di

mana lembing itu tercacak. Sultan Ahmad amat gembira dengan kematian anaknya

itu.

Semasa Sultan Ahmad Perumudal Perumal tidak ada, Tun Abdul Jalil memerintah

kerajaan Pasai.

Bahagian Tiga: Mengenai Kejatuhan Pasai

Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit telah menyuruh Tun Perpatih

melukis potret anak-anak raja , termasuk Tun Abdul Jalil. Melihat potret itu, tuan

puteri rasa berahi amat dan mahu menemuinya. Ayahnya menghantar Tuan Puteri

Gemerencang ke Pasai untuk menemui Tun Abdul Jalil.

Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu lalu membunuh Tun Abdul Jalil.

Tuan Puteri Gemerencang mendapat maklumat Sultan Ahmad telah membunuh Tun

Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil.

Page 7: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

7

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Dia memohon pada allah agar karamkan ghurabnya di Jambu air supaya dia dapat

bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya dimakmulkan Allah.

Ratu Majapahit marah tidak terkira apabila mendapat tahu puterinya Puteri

Gemerencang mati lemas di Jambu Air, negara Pasai. Ratu Majapahit mengerah

pendekar-pendekar menyerang Pasai dan Pasai alah. Sultan ahmad Perumudal

Perumal lari ke Menduga, 15 hari perjalanan di hujung Pasai. Dalam perjalanan balik

ke Majapahit, askar Majapahit menawan Jambi dan Palembang serta membawa

balik ramai tawanan perang dan para ulama.

Ratu Majapahit mengerah Perdana Menteri , Patih Gajah Mada menakluk semua

negara jiran , tunduk dan membayar ufti ke Majapahit. Kerajaan Periaman enggan

berbuat demikian Ratu Majapahit mahu berlaga kerbau dengan kerbau Periaman

dengan pertaruhan ' Jika kerbau Majapahit kalah orang Jawa akan memakai kain

cara perempuan. Sebaliknya jika kerbau Periaman kalah , kerajaan Periaman takluk

di bawah Majapahit'.

Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan menggunakan taktik kotor bagi

menewaskan Majapahit dalam laga kerbau itu. Mereka mempertaruhkan anak

kerbau kecil yang lapar susu berhari-hari lamanya. Semasa hari laga kerbau, kerbau

Periaman menghisap pelir kerbau Majapahit kerana ia lapar susu. Majapahit

diisytiharkan kalah dan dijamu dengan air buluh rencong. Semasa pesta jamuan

perpisahan itu, ramai askar Majapahit telah ditikam dengan buluh rencong .

Kerajaan Periaman ditukar nama menjadi Minangkabau yang bermaksud 'menang

laga kerbau'.

Page 8: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

8

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

SINOPSIS SULALATUS SALATIN / SEJARAH MELAYU

Karya Sejarah Melayu yang turut dikenali sebagai Sulalatus Salatin merupakan

antara sumber pensejarahan tradisional Melayu yang penting.

Walaupun terdapat pelbagai versi Sejarah Melayu iaitu versi panjang dan versi

pendek, Bendahara Johor, Tun Seri Lanang dianggap sebagai pengarang yang telah

menyempurnakan penulisan Sejarah Melayu.

Untuk rekod, terdapat sekurang-kurangnya 29 versi Sejarah Melayu yang dapat

dikumpulkan oleh para pengkaji sejarah termasuklah edisi Munsyi Abdullah, edisi

Dulaurier, edisi W.G Shellabear, edisi R.O Winstedt, edisi T.D Situmorang dan A.E

Teeuw, edisi Dato‟ Madjoindo dan edisi Ab. Samad Ahmad.

Teks Sejarah Melayu memaparkan tentang sejarah raja-raja Melayu bermula dari

periode pra-Melaka, zaman pengasasan Melaka, zaman kegemilangan,

kemerosotan dan sehinggalah kepada kejatuhan Melaka kepada Portugis pada

tahun 1511.

Dalam Sejarah Melayu versi panjang pula, penceritaan mengenai Sejarah Melayu

diteruskan pula kepada era pengasasan Kesultanan Johor-Riau sebagai penerus

kepada Kesultanan Melayu Melaka sehingga diselesaikan penulisannya oleh

Bendahara Johor, Tun Seri Lanang setelah naskhah asal Sejarah Melayu dibawa

oleh Orang Kaya Suguh dari Goa/Gowa.

Antara kandungan Sejarah Melayu mengikut bab termasuklah:

CETERA SATU:

Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja

Kida Hindi.Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.

Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja

Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.

Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan

Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.

Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China.

Bagindamenewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan

Puteri Dara Segangga.

Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran

kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.

Page 9: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

9

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan

menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum

berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk

menyerang China.

Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan

baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.

Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri

danmewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia

apabila dewasa.

Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.

CETERA DUA

Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila

Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia

menaiki lembu putih.

Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi

Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan

batangnya menjadi suasa.

Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja

Suran.

Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari

buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala.

Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi

raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.

Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi

Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya

dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan

Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak

kedal.

Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh

Wan Seri Beni sebagai anak angkat.

Page 10: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

10

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar

Bintan. Seri Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat

itu.

Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu

reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.

Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura

berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura

yang pertama oleh Wan Seri Beni.

CETERA TIGA:

Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk

meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar.

Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri

Pikrama Wira.

Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti

Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.

Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan

"Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti

kertas, dan bergulung seperti subang".

Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu

dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.

Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak

kalah.

Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja

Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.

Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu. Badang

dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan

permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang

terpaksa makan muntahhantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas

hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.

Page 11: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

11

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra.

Badang hampir-hampir beradu tenaga dengan Benderang, iaitu pahlawan dari

Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak

mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.

Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran

Paduka Seri Maharaja.

Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing gelang-gelang. Apabila

direbus, cacing gelang-gelang itu bertukar menjadi emas.

Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba

Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut

Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.

Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra.

Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke

Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri,

Haru, Lamiri, dan Perlak.

Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan

menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-

Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-

Mansur.

Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi

Mangkubuminya.

Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda

supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.

Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu

melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang

gagah di dalam empat buah peti .

Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-

Din bermuafakat dengan menteri untukmembebaskan raja Pasai. Sidi Ali

Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu

muslihat.

Page 12: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

12

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga

raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali

Ghiatu'd-Din sebagai balasan. SidiAli Ghiathu'd-Din memohon raja

Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai

dibawa pulang.

Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir

walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.

Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa

pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-

Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.

Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap

Sultan Maliku'l-Mansur.

Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut

manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung.

Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan

baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan

kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.

Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana

bagindamenyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.

Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.

CETERA EMPAT

Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran

istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.

Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana

Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana

Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.

Page 13: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

13

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak

mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak

dan menghasilkan kejayaan.

Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu

ketika nanti.

Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.

Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum

sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan

tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura

dan beliau sedia membantu Majapahit.

Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan

diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.

Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota

Buruk.

Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih

menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka.

Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda.

Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya

digantikan pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden Tengah.

Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.

Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan

raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-

peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.

Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna

Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan

Muhammad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang

anakiaitu Raja Kassim.

Page 14: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

14

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Muhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat

seorang anak iaitu Raja Ibrahim.

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan

dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana.

Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana

Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku

sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.

Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri

Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak

menyukainya.

Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu

anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.

CETERA LIMA

Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.

Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali.

Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.

Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi

menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja

dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan

Muzaffar Syah.

Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada

Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.

Page 15: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

15

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja

manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu

Bendahari.

Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak

meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu

membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.

Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak

menyerang Melaka mati di Siam.

Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan

Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka

menyerang Indera Pura.

Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda,

iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana

Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.

Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga

mengagumkan raja Siam

Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga

berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah

matahari jatuh.

CETERA ENAM

Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas

Jaya.

Page 16: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

16

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma

memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.

Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan

penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara

itu terjadi.

Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki

Mas Jaya sebagai suami.

Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya

Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.

Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu

Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.

Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak

Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.

Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.

Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit,

menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran

utusan Melaka.

Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.

Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.

Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan

Hang Tuah dibunuh.

Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.

Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah

raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.

Page 17: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

17

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah

menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda

kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei

dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak

menyembah China.

Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah

dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh

daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air

basuh kaki raja Melaka.

CETERA TUJUH

Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas

kematian Hang Tuah.

Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan

tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.

Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah

dibawa pulang.

Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang

Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar

dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan

Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama

rakyat.

Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga

anak-anaknya.

Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun

Mutahir

Page 18: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

18

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun

Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.

Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara

Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi

Kampar.

Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara

dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja

Parameswara ditawan.

Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan

Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan

Ibrahim.

Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana

bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja

Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas

dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.

Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan

tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.

Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng

Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di

Ujung Tanah.

Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah

lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.

Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang

Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.

Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur

Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar.

Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.

Page 19: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

19

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah

agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Menua.

CETERA LAPAN

Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi

nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai

raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh

Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas

berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke

Melaka.

Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya

merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga

Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.

Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara

Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.

Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi

Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala,

Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai.

Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana

mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa

Bendahara untuk meminta maaf.

Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.

Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda

sebelum mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja

Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.

Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak

menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri.

Page 20: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

20

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-

undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan

tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk

diletakkan harta kecurian yang dijumpai.

Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam'

disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-

orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-

orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.

Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.

Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang

menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke

Melaka tanpa memberitahu baginda.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu

dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan

Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan

Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan

keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.

Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu.

Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah

seorang keluarga Seri Akar Raja.

Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan

Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.

Page 21: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

21

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

CETERA SEMBILAN

Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan

Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.

Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana

Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.

Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada

pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau

kerana beliau masih kecil.

Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat

Syah mangkat.

Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana

Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan

usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.

Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya.

Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan

jangan mendengar fitnah.

Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.

Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir

dibunuh oleh Tun Biajid.

Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali

Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali

Sandang.

Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun

Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.

Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari

raya.

Page 22: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

22

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala, Seri

Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.

CETERA SEPULUH

Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun

Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.

Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di

Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih

Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu

menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja

menafikannya.

Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang

Puteri Gunung Ledang.

Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun

Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke

Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan

menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niat

baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup

menumpahkan darah anakanda baginda.

Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba

sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa

pulang ke Inderagiri.

Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah.

Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.

Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana

kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.

Page 23: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

23

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik

kain yang diingini baginda.

Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.

CETERA SEBELAS

Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu

kemangkatan ayahanda baginda.

Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk

menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.

Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan

Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan

Abdul Jamal.

Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang

Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua

tukang urut.

Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut.

Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening.

Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan

sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang

yang menyerangnya di laut.

Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh

anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.

Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas

ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.

Page 24: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

24

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini

disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura,

isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.

Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.

CETERA DUA BELAS

Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri

Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.

Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi

peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat

ditewaskan.

Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di

hadapan Bendahara.

Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman

Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di

sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang

ke Melaka dan memohonkan nobat.

Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan

orang-orang Melaka.

Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal

menewaskan Melaka.

Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan

maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi

Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa

Arab.

Page 25: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

25

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal

agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.

CETERA TIGA BELAS

Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan

Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah

kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat

keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.

Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam

dengan Bendahara setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.

Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi

ditolak oleh beliau.

Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada

saudagar-saudagar kaya di Melaka.

Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara

menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah

petang.

Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan

perkara ini dilihat oleh Si Kitul.

Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas

kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.

Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan

memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.

Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud

bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang

berdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah.

Page 26: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

26

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun

Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.

Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.

Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas

berkahwin dengan Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan

Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih

kasih.

CETERA EMPAT BELAS

Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi

serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.

Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan

semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi.

Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka

sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud

meiarikan diri hingga ke Pahang.

Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak

menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.

Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran

Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.

Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke

Kampar.

Page 27: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

27

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

CETERA LIMA BELAS

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan

Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang

dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor.

Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja

Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang

mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.

Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala

Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.

Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil

Syahkemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan

kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan

gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran

negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

Page 28: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

28

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

SINOPSIS BUSTANUS SALATIN

Bustanus Salatin dikarang oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri, seorang ulama dan

pujangga di istana Acheh ketika pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

Bustanus Salatin, atau dalam bahasa Melayunya yang membawa maksud “Taman

Raja-raja” merupakan suatu teks sejarah penting kepada alam Melayu.

Walaupun sebahagian daripada kitab Bustanus Salatin ini berkait dengan soal

kesufian dan hal ehwal Islam, karya Syeikh Nuruddin ini turut memuatkan soal ilmu

ketatanegaraan raja-raja Melayu yang memberi panduan dan nasihat tentang adab

pemerintahan kepada raja-raja Acheh berdasarkan kerangka keislaman.

Selain itu, aspek sejarah diberi penekanan oleh Syeikh Nuruddin dalam kitabnya itu

terutamanya pada Bab Dua, sebahagian dari „fasal XII‟ dan „fasal ke-XIII‟ yang

menceritakan tentang sejarah kerajaan Acheh di awal abad ke-17, ketika

pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

Selain itu, Syeikh Nuruddin dalam Bustanus Salatin turut memperincikan tentang

salasilah raja-raja Melaka dan Pahang.

Kitab Bustanus Salatin karangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri ini juga dilihat berada

dalam kelas yang sama dengan sastera-sastera agama yang lainnya di alam Melayu

pada ketika itu termasuklah Taj’us Salatin (Mahkota Segala Raja) karangan Bukhari

al-Jauhari dan Thamarat al Muhimmah karangan Raja Ali Haji.

Berikut adalah isi kandungan Bustanus Salatin:

BAB PERTAMA:

Menyatakan tentang kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Bab pertama

terdiri daripada 10 Fasal.

BAB KEDUA:

Menyatakan tentang segala nabi-nabi dan raja-raja. Di dalamnya ada 13 Fasal.

Page 29: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

29

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Fasal-fasal itu termasuklah:

Fasal Pertama - menceritakan segala nabi, dari Nabi Allah Adam sampailah

kepada Nabi Muhammad SAW;

Fasal Kedua hingga Kesepuluh - menceritakan tentang raja-raja Farsi,

Byzantium, Mesir dan Arab;

Fasal Kedua Belas - menceritakan tentang raja-raja Melakadan Pahang yang

bahannya diambil dari Sejarah Melayu;

Fasal Ketiga Belas - menceritakan kebesaran Sultan Iskandar Thani serta

ulama-ulama Acheh yang terkenal;

BAB KETIGA:

Menyebut tentang segala raja-raja yang adil dan wazir yang berakal, di dalamnya

ada enam fasal.

BAB KEEMPAT:

Menyebut tentang segala raja-raja yang bertapa dan wali-wali yang salih. Di

dalamnya ada dua fasal.

BAB KELIMA:

Menyebut tentang segala raja-raja yang zalim dan segala wazir yang aniaya. Di

dalamnya ada dua fasal.

BAB KEENAM:

Menyebut tentang segala orang yang murah hati lagi mulia dan segala orang yang

berani lagi besar. Di dalamnya ada dua fasal. Isinya tentang perang sabil yang

dilancarkan terhadap raja-raja kafir yang derhaka.

Page 30: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

30

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB KETUJUH:

Membicarakan tentang akal, ilmu firasat, ilmu ketabiban, dan segala sifat perempuan

serta hikayat yang ajaib dan ghaib.

Penulisan Bustanus Salatin dilihat cuba untuk mengagung-agungkan Sultan Iskandar

Thani, oleh itu, sastera ini masih dianggap bersentrikkan istana.

Dalam penceritaan terhadap sejarah Acheh, naratif tertumpu kepada dua pokok

cerita yang utama iaitu pertamanya cerita yang berkait dengan asal usul Raja-raja

Acheh dan keduanya pula iaitu hal ehwal yang berlaku di kalangan kerabat diraja

Acheh termasuklah kelahiran, kemangkatan, sambutan perayaan, membina istana

dan taman, perarakan, dan berbagai lagi.

Syeikh Nuruddin turut menceritakan tentang ulama-ulama yang datang ke Acheh dan

pengajaran mereka dalam pelbagai cabang ilmu Islam serta sikap raja-raja yang

memerintah Acheh pada sesuatu zaman.

Page 31: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

31

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

SINOPSIS MISA MELAYU

Karya Misa Melayu merupakan karangan Raja Chulan yang merupakan seorang

pujangga istana di Perak ketika pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain.

Baginda yang merupakan kerabat diraja Perak diberi gelar Raja Kecil Besar dan

ditabal menjadi Raja Bendahara Perak dan Raja Muda Perak pada 1773. Belum

sempat menjadi Sultan, beliau terlebih dahulu mangkat pada tahun 1787.

Penulisan Misa Melayu karya Raja Chulan memuatkan penceritaan berkenaan raja-

raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700-1780-an. Hal ini

bermakna, sebahagian daripada kisah-kisah yang terkandung dalam Misa Melayu

yang dicatatkan oleh Raja Chulan dalam karyanya adalah merupakan kisah yang

berlaku pada zaman kehidupannya sendiri.

Oleh itu, maka tidak hairanlah susunan penceritaan dalam teks sejarah ini dilihat

agak teratur menurut kronologinya.

Uniknya, bentuk penulisan Raja Chulan dalam Misa Melayu adalah berbentuk prosa

dan puisi dan ditulis dalam tulisan Jawi, sebelum dirumikan oleh R.O Winstedt pada

awal abad ke-20.

Antara kandungan penceritaan yang terdapat dalam Misa Melayu tulisan Raja

Chulan termasuklah:

Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung,

Raja Iskandar Zulkarnain. Jurai keturunannya hingga kepada Raja

Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan (Raja Chola) yang

memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu.

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak,

orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah

di Pengkalan Halban, kawasan yang berhampiran dengan muara Sungai

Kinta - Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti setelah

mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah

Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja

Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri Perak.

Kisah Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran

dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai

Page 32: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

32

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu

Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting

seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain.

Penceritaan mengenai istiadat melenggang perut permaisuri Raja

Iskandar.

Kisah Sultan Muhammad (waris yang muda) menyelesaikan masalah

perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua).

Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda.

Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja

Muda. Akhirnya , puteri Sultan Muzaffar Syah yang bernama Raja Budak

Rasul dikahwinkan dengan Raja Muda.

Kisah Sultan Muhammad Syah (1744-1750) mengorbankan

kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula

di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan

Muzaffar Syah.

Selain itu, antara kisah yang diceritakan Raja Chulan dalam Misa Melayu

termasuklah:

1. Latar Sosial Masyarakat di Perak:

Dalam Misa Melayu, terdapat pelbagai bangsa dan suku kaum selain orang Melayu

yang tinggal di sepanjang Sungai Perak termasuklah Rawa, Minangkabau, India dan

Cina terutamanya di Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar, termasuklah di Pulau

Juar, Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Teluk Memali hinggalah ke

Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah.

2. Adat Istiadat yang Diamalkan:

Antara adat dan istiadat yang diamalkan di Perak pada masa tersebut termasuklah

adat bertindik, berinai, lenggang perut, istiadat perlantikan dan pertabalan Raja,

istiadat perarakan keberangkatan raja, istiadat menjunjung duli, istiadat berkabung,

Page 33: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

33

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

istiadat menurun tambak dan batu nisan serta istiadat membayar kaul (tunai hajat).

Adat Istiadat Perkahwinan Diraja Perak

o Dalam Misa Melayu, diceritakan mengenai kisah perkahwinan Raja Muda

Perak, Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul, puteri kepada Sultan

Muzaffar Syah iaitu Sultan Perak.

o Dalam istiadat perkahwinan diraja ini, Raja Alauddin dan Raja Chulan telah

diminta merisik dan meminang Raja Budak Rasul dengan membawa emas

sekati.

o Ketika upacara pernikahan pula, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10

pasang hamba (orang Jawa) dan 1000 keping timah. Akad nikah dimulakan

dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram.

Adat Istiadat Pertabalan Sultan di Perak

o Ketika kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III, upacara pertabalan Sultan

Baru telah dibuat di mana Raja Muda Perak, Raja Iskandar Syah telah diberi

pakai segala alat kebesaran kerajaan.

o Baginda ditabal menjadi Sultan Perak dengan memakai gelar Paduka Seri

Sultan Zulkarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam.

o Baginda juga ditabalkan sebelum jenazah almarhum Sultan sebelumnya

dikebumikan.

o Dalam setiap adat pertabalan ataupun adat menjunjung duli di Istana Perak,

upacara ini akan disertai dengan paluan gendang nobat Ibrahim Khalil atau

disebut “bermahalil”.

Adat Melenggang Perut di Istana Perak

o Ketika permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah sarat mengandung tujuh

bulan, satu temasya melenggang perut telah diadakan di Balai Panca

Persada selama 40 hari 40 malam.

Page 34: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

34

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

o Seluruh rakyat Perak termasuk masyarakat Cina, India dan Belanda datang

mempersembahkan hadiah kepada Sultan.

o Selai itu, persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri Indera dan

Nakhoda Jumaat turut dipersembahkan dalam istiadat melenggang perut ini.

Istiadat Membayar Kaul

o Pada suatu ketika, Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti telah jatuh gering.

Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik berjaga-jaga, menurun jin, titik

dan perdikiran.

o Akhirnya, Raja Muda dan rakyat telah bernazar agar baginda sembuh.

o Sultan Iskandar telah dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau

Indera Sakti dengan perahu.

3. Ekonomi di Perak:

Dalam Misa Melayu, Raja Chulan turut memperincikan mengenai hasil

ekonomi yang terdapat di Perak pada masa tersebut terutamanya yang

datang daripada aktiviti perekonomian di Sungai Perak.

Antaranya, pihak Belanda telah dibenarkan untuk membina gudang bijih

timah di Pengkalan Halban yang terletak berhampiran Pulau Indera Sakti,

di muara Sungai Kinta dan Sungai Perak.

Dalam satu peristiwa, Raja Chulan menceritakan bagaimana kompeni

Belanda di Betawi mengiringi tujuh buah kapal perang ke Perak ekoran

fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang hampir mencetuskan

perang di antara Perak dan Belanda.

Akhirnya, rundingan serta perjanjian semula Perak dan Belanda

menyebabkan Belanda berjaya memonopoli perdagangan timah di Perak

dan membeli 500 bahara timah dari Perak.

Di dalam hutan negeri Perak juga terdapat banyak gajah sehingga

terdapat sebuah kampung yang digelar Kampung Gajah.

Page 35: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

35

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Namun, hanya baginda Sultan Perak sahaja yang dibenar untuk berniaga

gajah di negeri Perak.

Di Pulau Indera Sakti pula, para peniaga Cina telah membuka toko-toko

mereka dan sebahagian daripadanya menjual emas.

Selain Belanda, pedagang India, Cina, Jawa dan Siam turut melakukan

perdagangan dengan Perak. Antaranya termasuklah perdagangan

pakaian, garam, tembakau, gambir, pinggan mangkuk tembikar Cina, dan

alatan senjata seperti parang dan keris, benang emas, rempah dan

candu.

4. Perihal Masjid Pulau Indera Sakti:

Ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, Raja Chulan telah

menceritakan dalam Misa Melayu mengenai titah baginda Sultan agar

sebuah masjid dibina di Pulau Indera Sakti yang belum mempunyai masjid

bagi menyambut kedatangan Hari Raya Haji.

Page 36: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

36

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat Abdullah dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, seorang pemikir

dan intelektual Melayu pada zaman kolonial Inggeris di Tanah Melayu.

Beliau mengarang hikayat ini dengan tujuan untuk menceritakan mengenai kisah

hidupnya setelah diminta oleh seorang rakan, namun kisah yang diceritakan nyata

lebih luas dari ruang lingkup peribadi dirinya.

Hikayat Abdullah yang terdiri daripada 23 bab menceritakan pelbagai kisah sejarah

bermula daripada kemasukan Inggeris ke Melaka, peristiwa perobohan Kota Melaka,

kedatangan William Farquhar dan Sir Stamford Raffles, kisah pembukaan Singapura

oleh Raffles dan kehidupan Abdullah di Melaka dan Singapura sebagai seorang

jurutulis kepada Raffles.

Selain itu, karya Abdullah dianggap mendahului zamannya kerana terkeluar daripada

kesusasteraan Melayu pada masa itu yang terikat kepada unsur mitos, lagenda dan

cerita-cerita yang berlegar dalam ruang istana. Karya Abdullah dilihat terbuka dan

berani termasuklah dengan mengkritik nasib bangsa Melayu, kedudukan bahasa

Melayu serta keadaan raja-raja Melayu yang dianggap zalim kepada rakyat.

Karya Abdullah juga penuh dengan nasihat kepada orang Melayu serta cita-citanya

yang tinggi dalam memartabatkan bangsa dengan kepentingan ilmu pengetahuan

serta memperkasakan pengetahuan bahasa Melayu dalam kalangan bangsa Melayu

itu sendiri.

Daripada 23 bab dalam Hikayat Abdullah, berikut adalah sinopsis ringkas mengenai

Hikayat Abdullah:

BAB SATU

Menceritakan perihal hidup beliau termasuklah mengenai keturunannya iaitu

datuknya yang berketurunan Arab Yaman, neneknya Peri Achi yang

berketurunan India Muslim serta ibunya, Salamah yang merupakan seorang

wanita India Hindu dari Kedah yang kemudiannya memeluk Islam.

Page 37: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

37

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Abdullah menceritakan zaman kecilnya yang sering berada bersama

neneknya yang merupakan seorang Guru Besar di Kampung Pali, Melaka

yang mengajar al-Quran dan membaca kepada kanak-kanak setempat.

BAB DUA:

Mengisahkan akan kasih sayang ibunya, Salamah kepada beliau.

BAB TIGA:

Mengisahkan tentang Abdullah yang berguru dengan guru-gurunya dalam

mendapat ilmu pengetahuan termasuklah Datuk Sulaiman dan Datuk Astur

yang mengajar beliau tentang ilmu nahu bahasa Melayu serta sepai Inggeris

yang mengajarnya bahasa Hindustan.

BAB EMPAT:

Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai

penduduknya. Abdullah memerikan kerja-kerja merobohkan tembok-tembok

kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan dengan

menggunakan bom.

Abdullah juga mengkritik kepercayaan tahyul masyarakat yang kononnya

kota itu sukar dirobohkan akibat mempunyai puaka dan penunggu, selain

mengkritik Inggeris yang memusnahkan sebuah kota yang sangat baik dari

segi binaan dan pertahanannya.

BAB LIMA:

Menceritakan kepercayaan karut orang Melayu yang mempercayai kononnya

gajah boleh dijinakkan melalui ilmu gajah.

Page 38: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

38

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Salah satu episod betapa bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya

seekor sahaja yang hidup daripada puluhan yang ditangkap. Abdullah

memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula hingga akhir.

BAB ENAM:

Menceritakan pandangan Abdullah terhadap Tuan Raffles.

Menurut pandangan Abdullah, Raffles amat mementingkan ilmu. Banyak

kajian tentang alam dan budaya orang-orang Melayu dijalankan Raflles

denan megerahkan sebilangan orang bawahannya. Selain tu, banyak kitab

dan khazanah bangsa Melayu dapat Raffles kumpul dengan imbalan yang

sungguh besar.

BAB TUJUH:

Abdullah memerikan ketokohan Lord Minto, Gabenor Inggeris di India

sewaktu pegawai Inggeris itu berkunjung ke Melaka. Daripada salah satu

lawatannya, Lord Minto mengusulkan Abdullah, salah seorang juru tulis dan

penyalin kitab-kitab lama yang mahir, belajar bahasa Inggeris.

Seperti Raffles, Abdullah mendapati Lord Minto seorang pegawai tertinggi

Inggeris yang amat merendah diri terhadap semua orang.

BAB LAPAN:

Rahsia penipuan Tengku Panglima Besar yang menyuruh Pengiran menulis

surat yang didakwanya datang dari Susuhunan Mataram yang memohon

bantuan tentera Inggeris di Singapura melanggar tanah Jawa. Kejahatan

yang didalangi oleh Tengku Panglima Besar terbongkar setelah Pengiran

mengakui sendiri surat tersebut dan bukan Susuhunan Mataram.

Diperikan juga keengganan bonda Abdullah melepaskannya menuruti Raffels

ke tanah Jawa. Tempat Abdullah diganti Ismail Lebai, bapa saudara Abdullah

sendiri.

Page 39: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

39

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB SEMBILAN:

Diperikan Abdullah belajar bahasa Inggeris daripada seorang paderi yang

bernama Tuan Milne dan Tuan Morrison. Sebaliknya, Abdullah pula diminta

untuk mengajar mereka bahasa Melayu.

Abdullah menulis sedikit mengenai kebodohan orang-orang yang

mempercayai akan beberapa fahaman tahyul. Diberikannya penerangan

secara bertulis kepada Tuan Milne perihal penanggalan dan polong.

Dengan kesedaran kepentingan ilmu, Abdullah memujuk anak-anak Melayu

belajar daripada orang-orang putih. Namun sebilangan besar menuduhnya

sudah sesat daripada agaa Islam, mengadu kepada ayahnya.

Berlakulah pertengkaran antara anak dan bapa. Sebagai anak yang

menghormati orang tua, Abdullah dapat memujuk bapanya dengan

mengemukakan alasannya yang dapat diterima.

Hal tersebut ketahuan oleh Tuan Milne dan Tuan Thomson yang peri bertemu

ayah Abdullah. Kedua-dua paderi itu berjaya meyakinkannya bahawa

Abdullah akan mendapat manfaat yang besar dengan menguasai bahasa

Inggeris.

Abdullah juga berjaya membantu Tuan Milne membuat senarai kosa kata

bahasa Melayu dengan padanan kosa kata bahasa Inggeris.

Diperikan juga majlis pernikahan Abdullah. Kasih Abdullah akan isterinya

teramat besar. Abdullah menemani Tuan Milne yang kesakitan itu ke laut

untuk berubat bagi penyakit batuk keringnya. Kematian isteri Tuan Milne

ditangisi Abdullah dan kasihnya Abdullah akan Tuan Milne ibarat seperti ayah

kandungnya.

Diperikan juga akan tugas Abdullah menyalin Kitab Injil Matius Holanda

karangan berbahasa Melayu Tanah Jawa. Usahanya itu tidak disenangi

kerana Abdullah membantah penggunaan istilah dan ayat yang tidak tepat.

Semua pendapat Abdullah tidak diterima oleh pegawai Inggeris yang

bertanggung jawab.

Page 40: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

40

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB SEPULUH:

Perihal peralihan kuasa Inggeris pada penguasa Belanda mentadbir Melaka.

Hal tersebut mendukacitakan Abdullah. Peralihan kuasa itu berlaku setelah

Inggeris berjaya memeroleh Singapura daripada Tengku Long.

BAB SEBELAS:

Perihal Farquhar membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman,

orang kepercayaan Tengku Long, untuk membenarkan Kompeni Inggeris

membuka negeri di Singapura.

Ramai orang laut yang pada mulanya takut dengan rombongan Farquhar

mula berniaga ikan dan bahan-bahan makanan yang lain. Farquhar mendaki

Bukit Larangan dan mendirikan tiang untuk mencacakkan bendera Inggeris.

Perihal tikus yang banyak dihapuskan dengan ganjaran wang dicatat

Abdullah juga. Kisah seekor kucing yang diserang enam ekor tikus besar dan

arahan untuk menghapuskan tikus; setiap seekor yang tertangkap akan

diberikan ganjaran wang. Nama peralatan menjerat tikus yang aneh-aneh

turut dicatatkan Abdullah dalam catatannya ini.

BAB KEDUA BELAS:

Abdullah menceritakan mengenai kekejaman Belanda di Melaka yang

mengakibatkan kesengsaraan masyarakat di Melaka.

Peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan di Singapura menarik

penghijrahan orang-orang Melaka ke sana. Pihak Belanda di Melaka

menghalang orang-orang Melaka yang hendak ke Singapura.

Mereka yang berbuat demikian ditangkap dan semua harta kepunyaan

mereka dirampas ketika cuba belayar keluar dari Selat Melaka.

Diperikan juga perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi

harganya. Kesengsaraan di Melaka mereda apabila Gabenor Van Goor mati.

Hartanya dirampas masyarakat tempatan.

Page 41: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

41

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB KETIGA BELAS:

Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai. Banyak

peuang ekonomi memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke

Singapura untuk mengadu nasib mereka. Singapura pula bertambah makmur

dengan bertambahnya urusan perniagaan.

Diceritakan juga tentang perjanjian Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman

mengenai kedudukan penguasa Inggeris di Singapura. Raffles dengan

bijaknya memuat perjanjian mengangkat Tengku Long menjadi Sultan di

Singapura tanpa pengetahuan pihak penguasa Belanda.

Diceritakan juga keengganan Tengku Long berniaga seperti yang diusulkan

Raffles. Tengku Long yang mengadu akan kekurangan belanja pada mulanya

diputuskan Raffles menerima belanja tetap sebanyak seribu ringgit besar

setiap bulan dan Temenggung Abdul Rahman mendapat tujuh ratus ringgit.

Penemuan sebongkah batu besar bekas pahatan huruf Arab di hujung

Tanjung Singapura di Lorong Tabungan. Batu itu dipecahkan oleh Tuan

Coleman, seorang jurutera Inggeris sesudah itu. Abdullah mencatatkan sikap

kurang senang dengan langkah terburu-buru itu.

Kawasan itu diterangkan dan dibuka kawasan perniagaan. Raffels

mengusulkan Abdullah membeli beberapa bidang tanah di situ tetapi

Abdullah enggan. Abdullah bimbang akan dibebani hutang jika usul Raffles

itu diturutinya. Tindakannya itu di kesal apabila didapatinya harga tanah-

tanah di situ melambung tinggi harganya sesudah itu.

Raffles yang membina kediaman di puncak Bukit Larangan meneruskan

kajiannya mengumpul pelbagai perkara dan barang mengenai alam sekeliling

di Singapura. Menurut Abdullah, usaha Raffles itu semakin guat dan berjaya

yang sudah dimulakan sejak di Melaka sebelum itu.

Sungai Rocoh yang didiami buaya dikepung. Setiap buaya yang ditangkap di

sana dibunuh, Bangkai-bangkai buaya itu digantung di tepi Sungai Beras

Basah.

Page 42: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

42

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB KEEMPAT BELAS:

Pertelingkahan antara peniaga-peniaga Sayid Yasin dan Pengiran Sharif

Umar berakhir dengan Kolonel Farquhar tertikam. Raffles begitu marah

dengan pegawai-pegawainya. Mujur Kolonel Farquhar tidak menemui

ajalnya.

Persengketaan orang-orang Temenggung dengan orang-orang Melaka.

Kolonel Farquhar dapat menghalang terjadinya pertempuran kedua-dua pihak

itu dengan menghantar ketumbukan supai yang bersenjatakan senapang.

Dari peritiwa itu, keluarlah arahan menghalang sebilangan besar orang-orang

awam bersenjata. Walaupun berasa hampa, pihak Inggeis berjaya

menguatkuasakan arahan tersebut demi menghalang kejadian serupa pada

masa-masa mendatang.

Raffles yang sudah mengusulkan agar Temenggung berpindah ke Teluk

Belanga. Temenggung berlengah-lengah namun terpaksa bergegas dalam

urusan berpindah itu setelah digesa oleh Raffles dengan bijaknya.

Perihal pendidikan putera Tengku Long yang dibantah keluarga diraja itu

menurut Abdullah amat merugikan.

BAB KELIMA BELAS:

Raffles mengusulkan agar sebuah sekolah didirikan untuk pendidikan anak-

anak di Singapura. Setelah mendapat persetujuan, walaupun dibantah secara

senyap oleh orang-orang Melayu, dibina sebuah sekolah yang bergelar

„Institution‟.

Diceritakan oleh Abdullah perihal perdagangan hamba yang amat menyayat

hati. Hal sedemikian juga telah diketahui oleh penguasa Inggeris dan usaha-

usaha dijalankan untuk menghapus kegiatan yang tidak berperikemanusiaan

itu.

Page 43: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

43

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB KEENAM BELAS:

Raja Siam yang diperikan sebagai angkuh mengirim sepucuk surat untuk

menjalin persahabatan. Namun, surat yang dikirim pada pihak Inggeris

dikoyakkan pada satu penjuru.

Abdullah diminta menulis surat jawapan dengan sebuah cerita kiasan

mengenai cerita seekor ayam. Surat balasan yang Abdullah buat dengan

segera itu amat menyukakan hati Raffles. Surat itu diutus setelah dibunkus

dengan baik-baik dalam lapik sehelai kain kuning.

Pembinaan Masjid Kampung Gelam dengan bantuan wang pihak Inggeris

didapatkan Sultan Hussain Syah.

BAB KETUJUH BELAS:

Perihal usaha menyediakan undang-undang di Singapura Abdullah buat

dalam bahasa Melayu setelah disalin daripada bahasa Inggeris. Kerja itu

Abdullah segerakan dengan menggunakan mesin dan siap pada jam tiga

pagi tahun baru Inggeris. Undang-undang yang diwartakan menerima reaksi

yang pelbagai-bagai daripada masyarakat tempatan.

Abdullah memerikan peranan juru tulis yang tersangat penting dalam urusan

perniagaan masyarakat pada waktu itu.

Abdullah memerikan kesilapannya dalam menguruskan perbelanjaan harian

dan hartanya.

BAB KELAPAN BELAS:

Kepulangan Tuan Raffles dan isterinya amat mendukacitakan Abdullah.

Abdullah memerikan kenangan mengenai kebaikan Raffles dan isteri

terhadapnya dan para pekerja mereka yang lain.

Abdullah berasa sungguh sedih mengenangkan berita kapal yang Raffles

naiki itu terbakar sewamtu berada di Bangkahulu. Semua muatan kapal itu

hangus. Muatan kapal itu, menurut apa yang Abdullah tahu, termasuk kitab-

kitab Melayu yang dia sendiri masukkan ke dalam peti-peti menurut arahan

Reffles sebelum berangkat.

Page 44: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

44

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB KESEMBILAN BELAS:

Bagi Abdullah, Farquhar tidak kurang hebatnya darupada Raffles. Kebaikan

Farquhar yang hendak pulang ke England juga amat berkesan di hati

Abdullah. Diperikannya suasana kapal kenaikan Farquhar berlepas dari

pelabuhan yang dirai oleh segenap lapisan masyarakat majmuk Singapura.

BAB KEDUA PULUH:

Abdullah sudah menghidap penyakit pasang-pasang sekian lamanya. Dia

pada mula amat takut apabila seorang doktor yang bertamu di rumah Tuan

John Morgan. Setelah bertimbang-timbang, akhirnya Abdullah bersetuju

untuk menjalani pembedahan kecil.

Hasilnya, penderitaan Abdullah sebelum itu berkurangan. Abdullah perlu

menjalani pembedahan serupa pada masa yang ditetapkan dan mendapat

sepucuk surat untuk doktor yang akan merawatnya kelak. Doktor yang tidak

diketahui namanya itu berangkat beberapa hari sesudah itu.

Perihal kejayaannya berubat itu tersebar luas hingga sampai di Kota Melaka.

Para pesakit yang datang menemui Abdullah tanpa dikhabarkan terlebih

dahulu berasa hampa untuk mendapatkan rawatan bagi diri mereka sendiri.

BAB KEDUA PULUH SATU:

Perihal kongsi gelap Ten Thien Hoe yang bermaharajalela mendapat catatan

yang menyeluruh dalam bab ini. Abdullah sendiri mendapatkan bantuan

seorang kenalannya.

Diceritakan juga betapa kumpulan kongsi gelap ini melakukan onar di

Singapura dengan merompak, membunuh dan menyeksa mangsa-mangsa

mereka. Usaha penguasa Inggeris untuk membanteras aktiviti kongsi gelap

ini mendapat tentangan besar.

Page 45: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

45

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

BAB KEDUA PULUH DUA:

Perihal Sultan Hussain yang tidak mendapat perbelanjaan selama 3 bulan

daripada Crawfurd hingga surat tanda tangan penyerahan kuasa Sultan dan

Temenggung kepada kuasa Inggeris diperikan dalam bab ini. Dengan

langkah liciknya itu, Crawfurd mendapat kuasa penuh melakukan

pembangunan di Singapura.

Pada masa yang sama, ramai orang-orang muda Inggeris datang ke

Singapura dan mereka berguru dengan Abdullah, mempelajari bahasa

Melayu. Seorang muridnya, Tuan Douglas yang dikatakan bijak dan cepat

mengikuti pelajarannya didapati telah mati sepulangnya dari Melaka untuk

beberapa ketika. Semasa hayatnya, dikatakan Abdullah Tuan Douglas

memiliki ciri-ciri seorang murid yang baik serta amat menghormati gurunya.

Dalam bab ini, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu adalah

sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri.Bahasa Melayu

baginya adalah bahasa yang mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan

bangsa Melayu yang selalu dipandang remeh dan dianggap sebuah bahasa

yang mudah. Abdullah secara halus mengkritik orang-orang yang menyangka

bahasa Melayu tidak berwibawa. Oleh yang demikian, mereka selalu

memandang remeh akan kepersisan penggunaan bahasa Melayu dalam

memberikan makna dalam hal-hal ilmu. Oleh kerana keangkuhan bangsa

penjajah, maka disangkanya cukup menggunakan bahasa pasar bagi tujuan

pemerintahan. Namun, yang demikian adalah satu tindakan yang silap bagi

sebahagian besar pegawai-pegawai Inggeris.

Abdullah pulang ke Melaka untuk berkhidmat semula di College. Namun,

Abdullah masih mengenangkan kelebihan yang dia dapati semasa

berkhidmat di Singapura.

BAB KEDUA PULUH TIGA:

Abdullah memerikan usaha pengumpulan dana untuk membina chaple di

Melaka. Setelah mendapat persetujuan Tuan Kidd dan Collie, Abdullah

kembali semua ke Singapura.

Page 46: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

46

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

Diceritakan berita mengenai kapal asap yang masyhur pada waktu itu

sewaktu Tuan Maxwell bertugas di Singapura. Diperikan juga kepercayaan

masyarakat tempatan yang majmuk mengenai gerhana bulan yang popular

pada waktu itu. Diceritakan mengenai kematian yang banyak berlaku di

Melaka akibat wabak ketumbuhan.

Pada masa yang sama, Abdullah berkawan dengan seorang tukang melukis

peta dunia yang bernama Smith. Daripada persahabatan itu, pelbagai

makluman dan pengetahuan yang salin dikongsi kedua-dua Abdullah dan

Smith. Sewaktu berpisah, mereka saling bertukar-tukar hadiah. Dinyatakan

betapa Abdullah amat mengagumi Smith yang banyak pengetahuannya

mengenai peta. Smith pun kagum dengan kepetahan Abdullah yang tentunya

dapat berbahasa Inggeris dalam persahabatan mereka itu.

Dalam bab ini, Abdullah menceritakan betapa segala-gala kepunyaannya

yang hendak dibawa pulang musnah dijilat api dalam sebuah kejadian

kebakaran yang sungguh besar. Dengan sehelai sepinggang, Adullah berjaya

menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kebakaran besar itu.

Daripada peristiwa itu, Abdullah mengarangkan „Syair Singapura Terbakar‟.

Kesusahan Abdullah diketahui oleh saudara-aranya yang menjemputnya

pulang ke Melaka semula.

Pada tahun 1983, pemerintahan Melaka beralih daripada kuasa Belanda

kepada Inggeris. Usaha menanam padi digalakkan dalam kalangan

penduduk Melaka, bagi mengantikan sumber beras yang sebelum itu datang

dari tanah Jawa, yang masih dikuasai Belanda.

Setelah kedudukan Abdullah pulih semula, dia pulang semula ke Singapura

dan diceritakan betapa penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga

keamanan Singapura demi memakmurkan kota perdagangan. Oleh kerana

pelaksanaan undang-undang di Singapura amat tegas, maka masalah yang

menggugat pertumbuhan ekonominya berkurangan.

Abdullah menyatakan hasratnya mengkaji dan menyusun bahasa Melayu

bagi manfaatn masyarakatnya sendiri.

Diperikan ekspedisi Tuan Newbold mengkaji mengenai orang-orang Jakun

yang terdapat di persekitaran Gunung Panchor. Abdullah membuat catatan

Page 47: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

47

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

wawancaranya dengan orang-orang Jakun itu mengenai adat istiadat dan

kepercayaan mereka. Ternyata usaha Abdullah dalam ekspedisi itu

memberikannya pemahaman betapa luasnya alam yang Allah cipta ini

dengan segala kelebihan-Nya.

Tercetuslah khabar perang antara Inggeris dengan Penghulu Naning.

Diperikan bahawa ketumbukan Penghulu Naning telah mengatasi kekuatan

tentera Inggeris dalam peperangan itu.

Page 48: Bab-2- Sinopsis-karya-agung

48

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

hazmanazhar© 2013

SINOPSIS TUHFAT AL-NAFIS

Tuhfat al-Nafis atau dalam bahasa Melayunya bermaksud “Hadiah yang Bernilai”

merupakan sebuah sastera sejarah karangan Raja Ali Haji yang dikarang pada akhir

abad ke-19.

Raja Ali Haji ataupun nama sebenarnya Raja Ali bin Raja Haji Ahmad bin Raja Haji

bin Daeng Celak bin Daeng Relaka merupakan seorang pujangga di istana Riau

pada era perpecahan Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Beliau juga merupakan

seorang kerabat istana yang berketurunan Bugis yang menguasai pentadbiran di

Istana Riau pada ketika itu.

Karya Tuhfat al-Nafis dilihat sebagai sebuah penulisan yang bersifat Bugis-centric, di

mana pengarangnya Raja Ali Haji dilihat begitu mengagung-agungkan suku Bugis

dalam penceritaannya.

Secara keseluruhannya, penulisan Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis mencakupi

salasilah raja-raja Bugis, salasilah raja-raja Melayu, asal usul kedatangan Bugis ke

alam Melayu dan pelbagai peristiwa yang berlaku di alam Melayu pada ketika zaman

Kesultanan Johor-Riau.

Antara bab yang terdapat dalam Tuhfat al-Nafis termasuklah:

Raja-raja Melayu Pertama dan Silsilah Melayu

Raja-raja Siak dan Silsilah Mereka

Silsilah Bugis

Raja Kechil

Bugis di Mempawah

Perbalahan di antara Perak dan Selangor

Belanda Menetap di Tanjung Pinang

Tengku Husin menjadi Sultan Singapura