sinopsis azfa hanani

48
Join Multiply to get updates from Guru Melayu HomeBlogPhotosVideoMusicCalendarReviewsLinks Kem Media Kelab Obor Nov 3, '09 3:24 AM for everyone Berita Harian akan mengadakan Kem Media bagi pelajar-pelajar Kelab Obor. Tarikh: Isnin 23 November - Rabu 25 November Masa: 830 pagi - 5 petang Tempat: Auditorium SPH, Toa Payoh North - Berhampiran Hab Islam - Lima minit berjalan kaki dari stesen MRT Braddel Jumlah pelajar: Empat pelajar dari setiap sekolah (Sila berikan peranan kepada pelajar anda - Editor, Wartawan, Jurufoto dan Pereka Hias) Tarikh tutup pendaftaran: Isnin, 16 November Lain-lain maklumat: - Baju seragam sekolah dan kasut. - Kem percuma - Makanan dan minuman disediakan - Setiap kumpulan wajib membawa sekurang-kurangnya satu kamera digital sendiri dan kabel/pembaca kad untuk muat turun gambar - Kemudahan solat disediakan - Guru tidak perlu hadir gurumelayuzs s Photos of Guru Melayu Personal Message RSS Feed [?] Report Abuse

Upload: amirkill9401835

Post on 18-Jun-2015

1.701 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: sinopsis azfa hanani

Join Multiply to get updates from Guru Melayu

HomeBlogPhotosVideoMusicCalendarReviewsLinks

Kem Media Kelab Obor Nov 3, '09 3:24 AMfor everyone

Berita Harian akan mengadakan Kem Media bagi pelajar-pelajar Kelab Obor.

Tarikh: Isnin 23 November - Rabu 25 November

Masa: 830 pagi - 5 petang

Tempat: Auditorium SPH, Toa Payoh North- Berhampiran Hab Islam- Lima minit berjalan kaki dari stesen MRT Braddel

Jumlah pelajar: Empat pelajar dari setiap sekolah(Sila berikan peranan kepada pelajar anda - Editor, Wartawan, Jurufoto dan Pereka Hias)

Tarikh tutup pendaftaran: Isnin, 16 November

Lain-lain maklumat: - Baju seragam sekolah dan kasut.- Kem percuma- Makanan dan minuman disediakan- Setiap kumpulan wajib membawa sekurang-kurangnya satu kamera digital sendiri dan kabel/pembaca kad untuk muat turun gambar- Kemudahan solat disediakan- Guru tidak perlu hadir- Guru bebas memilik pelajar dari Mgh 1 - 5

**Siapa yang berminat sila emel cikgu Is di

gurumelayuzss

Photos of Guru Melayu Personal Message RSS Feed [?] Report Abuse

Page 2: sinopsis azfa hanani

[email protected] selewat-lewatnya 6 Nov 2009.0 comments share

Karya Muhd Hadi Sep 30, '09 1:16 AMfor everyone

“Kau jalan dahululah. Aku sudah tidak tahan hendak kencing,” aku berkata sambil berlari ke arah tandas awam yang berdekatan denganku.

      “Ya la, tetapi cepat sedikit. Wayang yang kami hendak menonton itu hampir bermula,” jawab Ramli.

      Tiba di tandas awan tersebut, aku berasa agak terperanjat kerana ada ramai orang beratur untuk menunggu giliran mereka untuk menggunakan tandas awan itu.  Disebabkan ada ramai orang di sana, ada yang kurang sabar pun keluar dari tandas itu dan mencari tandas yang lain dan ini menyebabkan aturan yang panjang itu menjadi pendek.   

      Tiba-tiba, seorang remaja lelaki yang bercermin mata hitam, berkulit hitam dan juga berambut hitam memasuki tandas awam itu. Oleh kerana belum lagi gilirannya untuk menggunakan tandas itu, dia mengeluarkan sesuatu kotak dari koceknya. Ia adalah sekotak rokok. Dia pun mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok itu lalu merokok. Salah seorang pemuda yang juga menunggu giliran untuk menggunakan tandas menegurnya supaya jangan merokok di tandas tetapi ramaja itu tidak layan pemuda itu.

      Selepas itu, seorang pekerja pembersihan menghadapinya selepas dia selesai mencuci tandas. “Maaf, kalau encik hendak merokok, sila merokok di tempat yang dibenarkan merokok. Anda tidak nampak papan yang menunjukkan bahawa dilarang merokok di tandas?” tegur pekerja itu.

      Teguran itu tidak diterima oleh remaja itu. Mukanya terus berubah dan kelihatan sangat bengis. Akibat terlalu marah, dia menumbuk pekerja itu. Aku tahu aku tidak tahan hendak kencing dan ia sudah tiba giliran aku untuk menggunakan tandas tetapi aku harus membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. 

      Remaja itu tidak berhenti menumbuk pekerja itu, jadi aku rasa

Page 3: sinopsis azfa hanani

cara yang terbaik adalah untuk menggunakan kata-kata yang lembut. Bak kata pepatah, air yang dingin juga boleh memadami api. Aku pun mula menegurnya dan tiba-tiba, remaja itu mula menangis.

      Aku tidak tahu kenapa dia menangis lalu aku betanya kepadanya. Dia pun berkata teguranku sama macam teguran arwah neneknya dahulu. Teguranku mengimbas kembali kenangan-kenangannya bersama neneknya. Pekerja itu berterima kasih denganku kerana menolongnya manakala remaja itu meminta maaf kepada semua orang kerana mengganggu ketenteraman mereka. 

      Selepas itu, aku terus membuang air dan kawanku memarahiku sebab kami sudah terlambat untuk menonton wayang itu.   

Dibuat oleh: Muhammad Hadi Bin Muhammad

Kelas: 2E2

0 comments share

Karangan Arisha Melati Sep 30, '09 1:14 AMfor everyone

   Aku tersentak buat seketika dan mataku tajam memandang ke arah remaja itu.Aku masih bingung kerana masih tidak tahu bagaimana caranya untuk bertindak.Kejadian ini berlaku di depan mataku dan aku juga seorang remaja.Aku dapat melihat perubahan reaksi di raut muka pekerja pembersihan itu.Itulah saatnya remaja itu menunjukkan kemarahannya terhadap pekerja pembersihan itu.

   Kata-kata yang kotor keluar dari mulut remaja itu dan ini membuat keadaan semakin tegang.Orang ramai yang berada di situ semuanya berkumpul di situ dan hanya melihat pergaduhan di antara remaja itu dan pekerja pembersihan itu.Mereka semakin hebat bertengkar dan tidak hiraukan orang-orang yang sedang melihat mereka.

   Apa yang aku kesalkan ialah,remaja itu sudah tentu tahu tentang undang-undang merokok yang sudah diketatkan dalam negara ini tetapi dia merokok seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang.Kasihan juga aku melihat pekerja pembersihan itu dimarahi remaja itu kerana dia seorang nenek yang sudah lanjut umur.Aku sudah tidak tahan lagi dengan sikap remaja itu sehingga aku harus menghentikannya.Aku memberanikan diriku untuk menentang remaja

Page 4: sinopsis azfa hanani

itu akan perbuatannya yang tidak bertimbang rasa itu.

  "Awak sepatutnya mematuhi undang-undang merokok dan memerima teguran pekerja pembersihan ini," sapaku dengan tegas.

  "Eh,kau tidak berhak memasuk campur campur urusan aku degan orang tua ni!" remaja itu berkata dengan nada yang tinggi. 

  Aku masih menahan kesabaran di hatiku ini dan menegaskan kepada remaja itu bahawa ini tandas awam dan dia harus bertimbang rasa dengan pengguna-pengguna tandas ini.Aku juga menegaskan kepadanya lagi bahawa sebagai seorang pekerja pembersihan di tandas itu,nenek itu harus mengambil tindakan.Ini kerana,ada sesetengah para pengguna tandas yang sensitif terhadap bau asap rokok dan ini boleh membuat mereka pengsan.

  "Maaf jika saya berlebihan cakap tetapi saya hanya menasihati awak," aku berkata dengan lembut.

  Pekerja pembersihan itu menganggukkan kepalanya menandakan bahawa dia setuju dengan kata-kataku tadi.Aku masih menunggu remaja itu untuk bercakap tetapi aku dapat melihat perubahan di wajahnya.Dia kelihatan serba salah lalu membuang rokok yang dihisapnya itu ke tempat membuang rokok di sampah.

  "Maafkan aku," remaja itu tiba-tiba berkata sambil memandang ke arahku lalu ke arah pekerja pembersihan itu.

  Remaja itu terus angkat kaki dari tandas itu.Mungkin dia terlalu malu untuk mengatakan apa-apa lagi.Orang ramai yang sedang menonton kejadian itu pun beredar dari tandas itu.Aku tersenyum menghela nafas lega kerana semuanya sudah berakhir.Pekerja pembersihan itu mengucap terima kasih kepadaku kerana menolongnya menyelesaikan masalah ini.

Arisha 2e2 0 comments share

Peraduan Mengarang Pena Emasku 2009 May 21, '09 9:56 PMfor everyone

Ini adalah emel mengenai Peraduan Mengarang Pena Emasku. Bagi sesiapa yang berminat, sila berjumpa dengan Cikgu Isnani untuk mendapatkan borang. Karangan pelajar harus dihantar kepada Cikgu Isnani dalam bentuk emel

Page 5: sinopsis azfa hanani

selewat-lewatnya 15hb jun 2009, jam 5 petang.

Bayaran $12 setiap pelajar akan dibuat oleh pihak sekolah. Pelajar tidak perlu membayar apa-apa.

Alamat emel: [email protected]

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peraduan mengarang “Pena Emasku” kembali lagi.

Di sini kami sisipkan borang penyertaannya.

Tarikh Tutup: 30hb Jun 2009

 

Peraduan ini dianjurkan demi memperbanyakkan aktiviti-aktivi bahasa agar pelajar-pelajar kita berpeluang mengambil bahagian dan merasa keseronokan mempelajari bahasa Melayu.

 

Marilah sokong aktiviti ini.

Sila galakkan pelajar-pelajar cikgu mengambil bahagian kerana bagi kami semua pelajar-pelajar yang mengambil bahagian adalah pemenang!

 

Mereka menang kerana..

  berjaya menghasilkan satu karya tersendiri

  menggunakan ilmu & teknik menulis yang telah dipelajari di sekolah

  mengambil bahagian & mewakili sekolah

  meyakinkan diri...boleh mengarang dengan baik  

  meraih pengalaman memasuki suatu peraduan

 

Page 6: sinopsis azfa hanani

Sila kumpulkan karya-karya mereka dan hantar kepada kami.

Salam hormat,

Azmi

S.N.Azmi

Riang Ria Club / EDN Media

Membina Generasi Cemerlang, Berilmu & Berbakti Kepada Masyarakat

Kini Pembelajaran Bahasa Seronok, Inovatif & Kreatif

Attachment: 2009 - Sec - Peraduan Mengarang Pena Emasku (pelajar).docTags: karangan, pena, edn, mengarang, emasku, peraduan0 comments share

Langkah-langkah menangani gejala buli - Nurul Atikah 4E2May 5, '09 11:39

PMfor everyone

Buli ialah perbuatan mendera, yang biasanya dilakukan kepada orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, dan menakutkan orang yang berkenaan. Gejala buli di kalangan pelajar sekolah yang semakin berleluasa pada masa kini menjadi kebimbangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Justeru, langkah- langkah yang efektif harus diambil untuk mengatasi masalah ini. 

Pertama sekali, pihak sekolah haruslah mempunyai sistem pendisplinan yang berkesan. Ini akan mencetuskan rasa gentar di dalam diri pelajar, lebih- lebih lagi si pembuli, kerana mereka tahu akibat yang akan mereka hadapi jika mereka membuli. Disiplin yang ketat juga tidak akan membuat si mangsa berasa teragak- agak untuk melaporkan perkara itu kepada guru. Ini kerana, mereka tahu bahawa pihak sekolah akan melakukan sesuatu dan tidak akan berdiam diri. Si pembuli juga harus menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejinya itu, supaya dia tidak akan mengulanginya lagi. 

Ceramah tentang kes- kes buli juga patut diadakan di sekolah- sekolah. Ini akan meningkatkan kesedaran para pelajar tentang betapa seriusnya kes buli, dan kesan buruk yang dihadapi si mangsa. Mungkin para pelajar tidak tahu bahawa buli

Page 7: sinopsis azfa hanani

boleh mengakibatkan si mangsa untuk hilang kepercayaan diri- tidak akan bercampur dengan masyarakat, kehidupan sehariannya akan terjejas, fikiran yang sering terganggu, dan yang lebih teruk lagi, hilang daya ingatan. Selalunya, perkara ini terjadi apabila si mangsa menghidapi kecederaan yang teruk pada bahagian kepala. Justeru, langkah ini harus diambil kerana masih rama yang tidak sedar akan bahaya membuli. 

Program- program untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri pelajar juga boleh dibuktikan berkesan. Dengan ini, para pelajar akan dididik untuk melakukan perkara yang baik, dan menjauhkan diri dari perkara yang kurang elok. Selalunya, si pembuli tidak mempunyai akhlak yang baik, dan ini menjadi punca utama mereka membuli, dek kekurangan didikan, baik dari rumah ataupun sekolah. Oleh itu, sikap- sikap yang mulia boleh dipupuk dalam diri pelajar, untuk mengelakan perkara buli ini dari terus berlaku. 

Akhir sekali, di dalam masyarakat yang mementingkan hubungan kekeluargaan, pihak sekolah haruslah menjana sebuah hubungan yang baik bersama ibu bapa. Kerjasama dan sokongan daripada kedua- kedua pihak ini amat penting untuk seseorang pelajar sekolah itu, kerana dengan mempunyai perhatian yang mencukupi dari rumah hinggalah ke sekolah, kemungkinan besar dia tidak akan terjebak dalam perbuatan yang buruk, seperti membuli. Ini sekali lagi, dapat mengatasi masalah sedemikian.

        Oleh itu, langkah- langkah yang efektif lagi berkesan inilah, dapat mengatasi masalah buli ini. Nilai moral yang tinggi yang terdapat dalam diri pelajar itu, akan mencegahnya untuk melakukan perkara yang sedemiakan. Pemikiran para pelajar bahawa buli itu ialah sebuah benda yang remeh, haruslah diubah, kerana buli boleh mendatangkan kesan buruk yang serius. 

0 comments share

Selamat Maju Jaya!! Apr 30, '09 12:01 AMfor everyone

Assalamualaikum Pelajar-Pelajar Bahasa Melayu Sekolah Menengah Zhenghua

Page 8: sinopsis azfa hanani

Di sini, cikgu-cikgu ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua para pelajar untuk peperiksaan pertengahan tahun ini. Semoga para pelajar semua dapat meraih kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan ini dengan usaha yang gigih. Ingat, kemenangan itu sukar dikecapi tanpa usaha yang gigih. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, di manakan dapat

sagunya. SELAMAT MAJU JAYA!!! 0 comments share

Berlalunya Episod Kesedihan Itu - Nabilah 4E2 Apr 29, '09 11:57 PMfor everyone

Keheningan malam sungguh terasa di kala hatinya di serang kepiluan peristiwa semalam. Julia Aziz masih merenung jauh ke langit. Melihat kerdipan bintang-bintang yang bergemerlapan menghiasi dada langit. Sungguh tertegun melihat kebesaran Ilahi. Julia bertasbih di dalam hati, mengucapkan puji-pujian kepada Yang Maha Esa. Biarpun begitu, dia terimbau kenangan lalu yang seringkali menghantuinya. Mengingati peristiwa itu bagaikan menyiat-nyiatkan hatinya. 

Ia berlaku sekitar setahun yang lalu. Waktu itu, Julia Aziz berusia enam belas tahun. Dia telah menduduki peperiksaan yang penting iaitu peperiksaan GCE peringkat O di Sekolah Menengah Evergreen. Julia Aziz merupakan pelajar sederhana, bermaksud, dia tidak begitu bijak dalam bidang pelajaran. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah mengenal erti menyerah kalah tanpa berjuang berhabis-habisan. Dia tetap berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang dalam kelas.  

Acap kali dia seorang ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan mengenai subjek yang kurang difahami. Julia juga seorang pelajar yang rajin berusaha dan tekun belajar bersungguh-sungguh. Dengan berkat kesabaran dan ketabahan, dia berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh mendapat pencapaian tersebut seperti orang lain. 

Setelah berbulan-bulan belajar secara keselaraskan, akhirnya, tiba hari peperiksaan. Julia tidak menunjukkan riak cemas atau risau kerana dia pasti dia boleh menghadapinya dengan tabah. Dengan keyakinan, dia melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Walaupun sedikit gementar, namun, dia pandai menyembunyikannya. 

“Baiklah, kamu semua boleh mula sekarang”. Umum Cikgu Nafiel. 

Sebelum membuka kertas, Julia sentiasa membaca doa agar Allah

Page 9: sinopsis azfa hanani

permudahkan segala urusannya. Hari demi hari, Julia semakin yakin bahawa dia telah melakukan yang terbaik dan dengan izin Allah, dia lulus dengan cemerlang. Hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan dijalankan. 

Walaupun dia berasa syukur kerana telah tamat peperiksaan penting itu, tetapi, dia tidak terlalu gembira. Oleh sebab baginya, keputusan adalah yang menentukan arah tujuannya. Dia tidak mahu mendapat markah yang kurang memuaskan. Dek itu, dia selalu berdoa siang dan malam supaya Tuhan permudahkan jalan hidupnya dan memperoleh markah cemerlang bagi membahagiakan kedua ibu bapanya. 

Saat yang dinanti-nantikan sudah tiba. Julia tidak putus-putus memanjatkan doa agar dimakbulkan permintaannya. 

“Pelajar yang mendapat markah tinggi ialah.. Julia Binte Aziz!” Ujar Pengetua Sekolah. 

Serentak itu, Julia memanjatkan kesyukuran kerana doanya termakbul oleh Ilahi. Apabila mengetahui keputusan cemerlang Julia, Puan Aina dan Encik Hairi tersenyum bangga melihat kejayaan puterinya itu. Mereka pun berjanji untuk bercuti ke New York sempena meraikan kemenangan Julia. 

Mereka sekeluarga bercuti enam hari lima malam. Julia sungguh teruja melihat negeri tersebut. Sepanjang berada di sana, dia asyik menangkap gambar-gambar untuk dibuat kenangan. Julialah paling gembira kerana ia adalah kali pertama dia mengunjungi negeri bersalji. Senyuman tidak pernah lekang di bibir nipisnya itu. Puan Aina dan Encik Hairi menganggap ini sebagai sebuah percutian untuk menenangkan fikiran dan jauh dari pekerjaan yang membosankan. 

Pada hari kelima, Puan Aina berasa kurang sihat kerana mengalami selesema. Biarpun begitu, dia tidak mahu menghampakan Julia dan gagahkan dirinya untuk bersiar-siar, melihat tempat menarik di sana. 

Julia begitu terpegun melihat betapa indahnya tempat itu sehingga dia tidak perasaan bahawa Puan Aina ditinggalkan. Sedang dia asyik menikmati pandangan tersebut, sebuah kereta Toyota Vios berona hitam yang dipandu dengan laju melanggar Puan Aina. Julia hanya sedar Puan Aina tidak berada disisi beberapa minit kemudian. Dia terus mencari-cari ibunya dan terlihat ramai orang mengerumuni seseorang. 

Terdetik di nalurinya untuk melihat siapa mangsa tersebut. Sebaik sahaja terpandang sekujur tubuh yang berlumuran dengan darah, Julia terlopong. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa ibunya ialah mangsa kemalangan. 

Page 10: sinopsis azfa hanani

“Ibu! Ibu! Bangun, Ibu!” Julia jerit memanggil ibunya. Namun, sepi sahaja. Saat itu, dia tahu bahawa ibunya sudah pergi menyahut panggilan Ilahi. 

“Innalillahiwainnailaihirojiun,” terpacul perkataan itu. 

Julia tidak dapat membendung air matanya yang kian deras mengalir. Dia membiarkan sahaja air matanya tumpah ke bumi. Orang sekeliling turut bersimpati dengan kehilangan orang yang tersayang. Encik Hairi yang tadinya pergi membeli makanan terjelepok di atas jalan raya. Habis semua makanan terburai. 

Dengan segera, dia memeluk Julia dengan sekuat hatinya. Dia tahu bahawa Julia tentu berasa sungguh kehilangan kerana dia memang akrab dengan isterinya. 

Mereka mempercepatkan tiket penerbangan mereka untuk pulang ke Singapura. Sepanjang perjalanan, air mata menjadi teman setia Julia. Encik Hairi cuba untuk menenteramkan anaknya. 

“Sudahlah tu, Julia. Yang pergi, biarkan ia pergi. Tidak baik meratapi begini. Tentu arwah ibu tidak tenteram di sana,” pujuk Encik Hairi. 

Lama kelamaan, Julia belajar menerima takdir. Ia memang sudah tersurat di lohmahfuz ibunya telah pergi bust selama-lamanya. 

Lamunan Julia terhenti pabila tubuhnya dipeluk kemas oleh bapanya. Dia tidak sedar bahawa air matanya laju mengalir, membasahi pipi gebunya. 

“Julia teringat Ibu, ya? Jangan berduka, sayang. Kalau teringat, sedekahkan Surah Al-Fatihah buatnya. Berdoa supaya ibu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insya-Allah. Amin,” pujuk Encik Hairi. 

“Ya, ayah. Julia rindu ibu. Nanti, Julia mahu sedekahkan Surah Yassin. Kita baca bersama ya,” kata Julia dengan lirih. 

Encik Hairi hanya mengangguk. Dia mengerti perasaan anak gadisnya itu. Akan tetapi, kita sebagai manusia, harus redha dengan ketentuan-Nya.

0 comments share

Dialog Warga Tua Bekerja - Nur Habarinah 4N1 Apr 28, '09 2:26 AMfor everyone

Tempat: Pusat MakananMasa: MalamPelaku 1: Mansor

Page 11: sinopsis azfa hanani

Pelaku 2: Maimon   Mansor dan Maimon sedang menikmati makanan mereka di sebuah pusat makanan. Tiba-tiba, mereka terlihat seorang nenek tua sedang membersihkan meja-meja yang kotor di sebuah pusat makanan. Mansor: Kasihan aku lihat nenek itu. Tua-tua masih bekerja. Warga tua ini seharusnya dijaga oleh anak-anak mereka dan anak-anak mereka harus menyara hidup mereka. Maimon: Apa sahajalah kau ini. Biarlah warga tua bekerja. Supaya mereka boleh berdikari dan tidak bergantung pada orang lain. Mansor: Aku tidak setuju. Warga tua boleh bergantung pada wang CPF mereka. Mereka juga tidak harus bekerja kerana jika mereka bekerja, ini akan membawa     tekanan pada diri mereka dan mereka akan jatuh sakit. Warga tua juga sepatutnya berehat dan berseronok. Bukannya bekerja. Maimon: Biarlah mereka bekerja. Ini supaya mereka sentiasa aktif. Jika mereka aktif, otak mereka akan cerdas, badan cergas. Mereka akan lebih sihat dan tidak mendapat penyakit seperti penyakit nyanyuk. Mansor, untuk pengetahuan awak, wang CPF sudah dinaikkan had umur. Iaitu, 60 tahun. Warga tua juga bekerja untuk mengisi masa lapang mereka. Mansor: Mengisi masa lapang dengan bekerja? Tidak masuk akal betullah awak ini. Mereka boleh mengisi masa lapang dengan cucu, bersenam dan banyak lagi. Warga tua juga sukar dilatih jika bekerja kerana otak merekasudah lembab. Maimon: Saya bangkah bulat-bulat. Warga tua lebih berpengalaman dan mereka juga dapat sedikit-sebanyak menyumbang kepada ekonomi. Mansor: Bukankah orang muda juga dapat menyumbang kepada ekonomi? Maimon: Sudahlah Mansor. Suka hati awaklah. Saya tetap dengan pendirian saya.   Mereka pun menghabiskan makanan mereka.                                         0 comments share

Dialog Warga Tua Bekerja - Siti Nurbaya 4N1 Apr 28, '09 2:25 AMfor everyone

Tempat : Pusat makananMasa : Tengah hariPelaku 1 : AliPelaku 2 : Ahmad  Ali dan Ahmad sedang bersembang di pusat makanan apabila mereka ternampak seorang nenek tua dan mereka juga memerhatikannya membersihkan meja-meja yang kotor. Ali : Ahmad , awak setuju tidak dengan kehadiran warga tua dalam industri pekerjaan? 

Page 12: sinopsis azfa hanani

Ahmad : Ya , saya setuju kerana pada pendapat saya , ia boleh menjadi seorang yang berdikari dan mereka juga tidak perlu bergantung pada orang lain . Dengan itu , mereka boleh mendapat gaji sendiri untuk menyara hidup . Ali : Namun,warga tua seharusnya dijaga oleh anak-anak mereka dan sebagai anak , dia harus menyara hidup mereka . Mereka juga boleh bergantung pada wang CPF sahaja . Ahmad : Saya rasa awak kurang tepat dengan apa awak kata .Had umur untuk mengeluarkan wang CPF sudah ditingkatkan kepada 60 tahun dan jumlahnya harus pada sekurang-sekurangnya $30,000.Maka dari itu , mereka harus bekerja terutama untuk warga tua yang hanya sebatang kara sahaja dan yang tidak dijaga oleh anak-anak mereka . Ali: Saya tidak setuju langsung dengan pendapat awak itu kerana jika mereka bekerja , mereka akan jatuh sakit dan boleh ade tekanan yang berat . Ahmad : Saya sangkal bulat-bulat segala pendapat awak . Dengan warga tua bekerja ,mereka boleh menjadi aktif dan otak dan badan mereka akan cergas . Dari itu juga ,mereka dapat menjauhi daripada penyakit-penyakit seperti penyakit nyanyuk . Ali : Bukankah pada usia mereka , mereka seharusnya berehat dan berseronok? Jika mereka bekerja ,mereka akan dapat kesusahan dalam pekerjaannya kerana mereka sudah tua dan sukar dilatih . Mereka juga boleh menjadi pelupa dan membuat kerja lambat . Ahmad :Saya tidak setuju dengan awak kerana selalunya ,warga tua ini sudah ada cukup pengalaman dan dari itu , mereka mudah dilatih dan mudah bekerjasama . Mereka juga dapat mengisi masa lapang mereka . Ali : Lontaran kata-kata awak itu kurang bernas sama sekali kerana mereka boleh mengisi masa lapang mereka dengan menjaga cucu-cucu mereka sementara anak mereka bekerja untuk menyumbang kepada ekonomi . Tiba-tiba , makanan mereka yang dipesan pun tiba . Ahmad : Ikut suka awaklah Ali . Saya mempunyai pendapat saya sendiri dan awak mempunyai pendapat sendiri bak pepatah rambut sama hitam tetapi hati lain-lain . Mereka pun mula makan makanan itu . 0 comments share

Surat Rasmi - Usaha Meningkatkan Tahap Kebersihan Di Sekolah (Aswadi 4E1)

Apr 28, '09 2:24 AM

for everyone

Hamid Bin AhmadBlk 496 Punggol Circle Ave 8#05-245Singapura 206496 

9 April 2009 

Page 13: sinopsis azfa hanani

PengetuaSekolah Menengah Punggol12 Punggol CresentSingapura 206732

Tuan/Puan

Melibatkan Para Pelajar Dalam Usaha Untuk Meningkatkan Tahap Kebersihan Di Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku ketua darjah sekolah, mendapati bahawa pelajar-pelajar di sekolah ini kurang menjaga kebersihan sekolah. Ini harus dikawal. Jika tidak,keadaan untuk belajar di sekolah tidak amat sesuai bagi pelajar-pelajar dan mereka tidak dapat focus.

Sebagai seorang ketua darjah, saya ingin menyarankan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk melibatkan para pelajar dalam usaha untuk meningkatkan tahap kebersihan di sekolah.

Pertama,saya sarankan bahawa para pelajar melatih menjaga kebersihan diri, tidak kira di dalam ataupun di luar kelas. Mereka juga tidak akan berasa selesa untuk belajar di kelas yang kotor. Contohnya, guru-guru boleh menyuruh para pelajar mengutip sampah disekeliling kelas darjah sebelum mula mengajar. Ini akan menyedarkan semua pelajar bahawa pentingnya kebersihan. Lama-kelamaan, pelajar-pelajar akan menjadi biasa dengan kegiatan ini. Ini akan membuat suasana di dalam kelas lebih selesa. Tambahan pula, pelajar-pelajar dapat mengamalkan kebersihan bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di rumah.

Kedua, saya sarankan bahawa pihak sekolah akan mendenda pelajar-pelajar yang didapati bersalah seperti membuang sampah sembarangan ataupun makan di dalam kelas. Ini akan mendatangkan serangga-serangga seperti lipas dan semut. Justeru, ini akan membuat pelajar-pelajar berasa kurang selesa. Saya juga ingin menyarankan bagaimana pesalah harus didenda. Mereka harus mengutip sampah sarap di sekeliling sekolah selama tiga hari berturut-turut. Denda ini hanya boleh dijalankan selepas sekolah agar pelajarannya tidak terganggu. Namun, ini akan membuat pelajar sedar akan pentingnya kebersihan.

Ketiga, saya sarankan bahawa guru-guru mengadakan sebuah aktiviti ataupun pertandingan antara kelas-kelas lain. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan sebuah pertandingan yang akan menentukan bahawa kelas siapa yang lebih bersih. Pemenang tersebut akan mendapat cenderahati. Ini

Page 14: sinopsis azfa hanani

juga akan membuat pelajar berasa seronok. Guru-guru juga boleh mengambil bahagian. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat berseronok sambil memenuhi objektif mereka iaitu menjaga kebersihan.

Dengan ini, saya harapkan bahawa tahap kebersihan di sekolah akan meningkat dan dijaga dengan rapi agar pelajar-pelajar berasa selesa dan gembira apabila belajar.

Saya mengahrapkan tuan/puan dapat mempertimbangkan saranan saya. Sama-sama kita meningkatkan tahap kebersihan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Hamid

(Hamid Bin Ahmad)Ketua darjah

0 comments share

Laporan Lawatan Ke Kampung Buangkok - Pemenang Apr 22, '09 9:01 PMfor everyone

Lawatan Ke Kampung Buangkok  

Baru-baru ini kelas Bahasa Melayu kami telah menganjurkan lawatan ke kampung terakhir Singapura. Nama kampung ini ialah Kampung Buangkok yang terletak di Lorong Buangkok, berdekatan dengan kawasan Hougang. Kampung ini dibina pada tahun 1954.  

 

Kampung ini diberi gelaran   Kampung Selak Kain   kerana dahulu kala pada musim tengkujuh, kampung ini selalu dilanda banjir. Penduduk kampung

Page 15: sinopsis azfa hanani

harus menyinsing kain mereka untuk melintas jalan menuju ke destinasi mereka.    

             

Kebanyakan rumah-rumah kampung di situ diperbuat daripada kayu dan beratapkan zinc.  

 

Kami dapat menemu-ramah seseorang dari kampung itu. Dia berkata bahawa dia datang sekali-sekala untuk mengemas kawasan kampungnya. Dia menanam pelbagai jenis buah-buahan seperti rambutan, cempedak, nangka, betik dan sebagainya.  

 

Rumahnya tidak begitu besar tetapi halamannya luas. Di kampung itu juga ada pelbagai jenis bunga berwarna-warni. Salah satu daripada penduduk kampung itu telah membina sebuah taman kecil yang mempunyai pelbagai jenis bunga dan buah-buahan.  

Page 16: sinopsis azfa hanani

     

Terdapat banyak anjing liar di situ. Walaupun kepunyaan orang, mereka membiarkan anjing mereka berjalan-jalan di serata kampung. Apabila kita lalu, pasti ada beberapa ekor anjing yang menyalak ke arah kami.  

 

Sayangnya, kampung terakhir di Singapura ini akan dirobohkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah-rumah pangsa. Pasti kita akan rindu kampung ini.

Page 17: sinopsis azfa hanani

Oleh: Muhd Muslimin

Kumpulan: Muhd Muslimin, Muhd Farid Khamis (4E), Muhd Arif (4T)

0 comments share

Cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan - Nurul AtikaApr 22, '09 8:59

PMfor everyone

Keluarga merupakan institusi yang penting di dalam sebuah masyarakat. Keutamaan dan sikap tanggungjawab harus dipupuk dalam diri setiap individu, dan ini

selalunya bermula di dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Namun, pada zaman yang moden ini, hubungan kekeluargaan didapati menjadi semnakin renggang dek tuntutan pekerjaan dan pelajaran.

Komunikasi juga memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah hubungan. Ia bagaikan tunggak keluarga. Komunikasi yang baik antara satu sama lain dapatmengelakkan sebarang salah faham dan secara tidak langsung, dapat mengukuhkan hubungan.

Kini, bukan para ibu bapa sahaja yang tidak dapat meluangkan masa untuk anak- anak, malah si anak juga sibuk dengan tanggungjawab di sekolah. Dengan itu,ianya amat penting buat kedua- dua pihak untuk meluangkan masa. Ibu bapa boleh membawa anak- anak mereka untuk membuat aktiviti- aktiviti kekeluargaan pada hari cuti umum ataupun hujung minggu. Contohnya, mereka boleh melakukan aktiviti sukan bersam, ataupun pergi berkelah di tepi pantai yang indah. Ini boleh memupuk hubungan kekeluargaan yang lebih rapat lagi. 

Seterusnya, sesebuah keluarga juga harus mengutamakan untuk makan bersama. Dengan cara inilah, setiap ahli keluarga dapat berkongsi tentang apa yangmereka lalui pada hari itu dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan. Keluarga yang selalunya tidak makan bersama, akan menjadi lebih renggang kerana ada suatu keruntuhan dari segi komunikasi.

Akhir sekali, sebagai keluarga yang beragama Islam, ahli keluarga sepatutnya sembahyang berjemaah di rumah. Pada waktu Subuh, sebagai permulaan hari, waktu

Page 18: sinopsis azfa hanani

Maghrib, selepas semuanya pulang dari sekolah dan tempat tugas masing- masing, dan pada waktu Isyak, selepas selesai makan malam. Dengan ini, hubungan kekeluargaan dapat diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa. 

Justeru, kerjasama antara ahli keluarga amat penting untuk mengeratkan hubungan. Masa bukan lagi penyebab atau alasan di mana seseorang itu tidak dapat meluangkan masa buat keluarga. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dapat dirapatkan semula jika semua memberikan keutamaan pada keluarga masing- masing. 

Nurul Atika 4E20 comments share

Dialog - Peranan Tekanan Dalam Kehidupan Apr 22, '09 8:58 PMfor everyone

Masa:Lepas waktu sekolahTempat: Perpustakaan sekolahPelaku 1: AisyahPelaku 2: Nadiah

   Aisyah dan Nadiah sedang membelek- belek akhbar di perpustakaan sekolah mereka, apabila mereka terbaca sebuah artikel tentang kadar peningkatan     di kalangan rakyat Singapura yang menghadapi tekanan. 

Aisyah: Nadiah, awak lihat ni, rakyat Singapura yang menghidapi tekanan pada masa ini semakin meningkat. Saya rasa, peranan tekanan dalam hidup seseorang akan    membawa kesan lebih buruk daripada baik.

Nadiah: Mengapa pula awak berkata begitu, Aisyah?

Aisyah: Yelah, lihat saja laporan di akhbar ini. Peningkatan tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan kes bunuh diri. Ada juga yang hilang daya ingatan akibat   tekanan yang serius.

Nadiah:Akan tetapi, saya rasa hadirnya tekanan dalam kehidupan seseorang itu amat penting. Ia bukan saja dapat meningkatkan prestasi pekerjaan seseorang itu, malah  ia akan membuat seseorang itu menjadi lebih matang.

Aisyah: Matang awak cakap? Sehingga bunuh diri dan hilang daya ingatan itu semua perkara yang baik?

Nadiah: Itu semua terjadi kerana mereka tidak dapat mengawal tekanan masing- masing. Mereka tidak meminta bantuan untuk memperbaiki keadaan. Semua orang   memerlukan tekanan di dalam hidup mereka, Aisyah.

Aisyah: Saya sangkal bulat- bulat pendapat awak itu. Saya rasa semua orang tidak memerlukan tekanan untuk menjadi lebih matang. Prestasi pekerjaan juga tidak   semestinya meningkat dek adanya tekanan. Bagi saya, kehadiran tekanan dalam kehidupan seseorang akan hanya menyekat perjalanan hidup mereka.

Nadiah: Awak boleh berkata begitu, tetapi apa yang awak tidak tahu ialah selama ini, tekanan yang mendorong awak untuk pergi lebih jauh. Tanpa tekanan,   semua orang akan mengambil perkara- perkara penting sambil lewa sahaja.

Page 19: sinopsis azfa hanani

Contohnya, jika awak tidak berasa tertekan apabila hari peperiksaan hendak   tiba, sudah pasti awak tidak akan melakukan yang terbaik.

Aisyah: Suka hati awaklah Nadiah. Awak dengan pendirian awak, saya dengan pendirian saya. Lagipun, hari sudah lewat ni, mari kita pulang. 

   Kedua- dua sahabat itu pun mengatur langkah untuk pulang.Nurul Atika 4E2

0 comments share

Dialog - Izdihar Apr 22, '09 8:57 PMfor everyone

Dua orang sahabat sedang berdebat tentang peranan tekanan dalam hidup seseorang. Tekankan perbezaan antara mereka dalam dialog tersebut. 

Tempat: Kantin di sekolah

Masa: Waktu rehat

Pelaku 1: Ali

Pelaku 2: Nur

Ali dan Nur sedang makan sambil berbincang tentang peranan tekanan dalam hidup seseorang.

Ali: Saya berpendapat bahawa manusia memerlukan tekanan di dalam kehidupan kerana tekanan adalah motivasi yang terkuat bagi kita untuk membuat sesuatu dengan lebih cepat dan lebih bermutu. Contohnya, tekanan semasa peperiksaan akan memberikan kami semangat untuk menyelesaikan peperiksaan itu di dalam masa suntuk yang telah diberikan.

Nur: Saya tidak setuju dengan pendapat kamu. Sebaliknya, saya merasakan bahawa tekanan membuat manusia lalai atau pun menggangu perjalanan fikiran seseorang. Oleh itu, semasa peperiksaan, seorang pelajar yang ditimpa tekanan tidak boleh berfikir dengan wajar kerana terlalu tertekan dengan menyelesaikan peperiksaan dalam masa yang diberikan.

Ali: Pada pendapat saya, tekanan ini penting di dalam era globalisasi

Page 20: sinopsis azfa hanani

sekarang ini,di mana sebuah negara harus sentiasa meningkatkan diri dan bertanding dengan negara-negara yang lain. Tanpa tekanan, kami akan mengambil lewa dan malas untuk bekerja dengan keras. Negara yang penuh dengan rakyat pemalas akan berhenti menjadi relevan di mata dunia. Oleh itu, tekanan penting kerana ia membuat kami semua prihatin tentang isu-isu dunia.

Nur: Saya merasakan bahawa tekanan menimbulkan banyak masalah terutama sekali, masalah kesihatan. Banyak penyakit berpunca daripada tekanan. Contohnya, ramai orang yang berhadapan dengan tekanan dari kerja atau keluarga selalunya menghidapi penyakit tekanan darah tinggi. Oleh itu, tekanan berbahaya dan boleh membawa maut juga. Orang yang tertekan juga akan membuat aktiviti yang kurang sihat seperti minum arak untuk melepaskan tekanan.

Ali: Dengan adanya tekanan, ia akan membuat hubungan seseorang dengan orang sekelilingnya untuk menjadi lebih erat. Misalnya, apabila diberikan kerja kumpulan untuk diselesaikan dalam masa yang suntuk, ia akan merapatkan ahli – ahli kumpulan itu. Anggota kumpulan itu akan bekerjasama kerana semua tertekan untuk menghabiskan projek tersebut dalam masa yang diberikan. Dalam proses itu, ia akan merapatkan ahli-ahli kumpulan itu.

Nur: Saya berpendapat lain daripada kamu. Saya merasakan bahawa tekanan menghancurkan hubungan. Contohnya, seorang bapa yang tertekan kerana pekerjaannya akan pulang ke rumah dan membantai anak atau isterinya untuk melepaskan tekanan dan dengan itu, menimbulkan perasaan benci di dalam keluarganya.

Ali: Kami berdua mempunyai pendirian yang berlainan. Maklumlah, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Mari pulang ke kelas, loceng sudah pun berdering.  

Perbincangan antara Ali dan Nur pun akhir dan mereka pulang ke kelas masing-masing.

Nur Izdihar 4E1

Page 21: sinopsis azfa hanani

0 comments share

Perpisahan Yang Menyiksakan - Nabilah Apr 22, '09 8:56 PMfor everyone

Aroma kopi yang baru sahaja aku bancuh sungguh membuka seleraku. Dengan perlahan, aku meneguknya sedikit demi sedikit.  

“Sungguh nyaman udara di pagi hari,” kataku dalam hati. 

Sambil menghirup kopi, aku membaca surat akhbar. Sudah jadi kelaziman aku membacanya. Sedang aku membelek muka surat demi muka surat, mataku tertarik pada sebuah artikel yang bertajuk “Dua Orang Adik-beradik Terpisah Dek Pertengkaran”. 

Serta-merta, ingatanku terimbau kisah Adam dan Tasha yang mempunyai nasib yang sama. Adam dan Tasha merupakan adik-beradik. Hubungan mereka sangat akrab. Mereka sering berkongsi apa jua bersama-sama. Aku pernah mencemburui mereka kerana hubungan aku dengan adik-beradikku tidak seperti mereka. Biarpun aku hanya saudara kepada mereka, mereka tidak pernah melupakan aku Ketika bermain di taman permainan. 

Pakcik Norman dan Makcik Ana memang boleh diibaratkan seperti pinang dibelah dua. Walaupun mereka sudah melayari bahtera rumah tangga selama sepuluh tahun, kasih sayang mereka tetap teguh ibarat Tembok Besar Cina yang tersergam indah itu. Cinta mereka tiada tandingannya. Namun, seperti kata orang, betapa hebatnya cinta itu, jika ada orang ketiga, ia boleh hancur dengan sekelip mata. 

Suatu hari, Pakcik Norman dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kewangan di syarikat Syaheed & Co. Memang itu yang diimpikan olehnya. Setelah dua minggu menjawat jawatan tersebut, pembantu peribadi, Lisa, terpaksa berhenti kerja kerana tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Bakal suaminya pula, tidak mengizinkan dia bekerja. Jadi, hendak atau tidak, Lisa harus meletak jawatan. 

Setelah beberapa hari mengiklankan di surat khabar bahawa syarikatnya memerlukan seorang pembantu peribadi, akhirnya ada beberapa orang yang telah ditemuduga. Akhirnya, Tuan Rashid dan beberapa rakan kongsi sebulat suara untuk mengambil Nurul Shazirah Bte Ridhuan bekerja. 

Pertama kali bertemu Shazirah, Pakcik Norman terpegun dengan kejelitaannya biarpun solekan Shazirah amat tipis. Dia sekadar mencalit gincu berona merah dan memakai bedak tipis. Pakcik Norman cuma untuk berlagak biasa. Namun, hari berganti hari, dia merasakan bahawa dia sudah jatuh cinta pada Shazirah. Biarpun berkali-kali menidakkan perasaan yang baru bercambah di nalurinya,

Page 22: sinopsis azfa hanani

Pakcik Norman tidak dapat membohongi dirinya sendiri. 

Shazirah juga sama seperti Pakcik Norman. Dia tertarik padanya kerana Pakcik Norman berkarisma dan masih segak lagi walaupun berusia empat puluh tahun. Masa silih berganti dan hubungan mereka semakin rapat. Sehinggalah pada suatu hari, Makcik Ana terbaca khidmat pesanan ringkas di dalam telefon bimbit suaminya ketika dia sedang mandi. 

“Sayang, I rindu you!” Kata-kata itu terpacul dari mulut Makcik Ana. Secara tiba-tiba perasaan marah bercampur aduk dengan geram membuka-buak di dalam hatinya. Sungguh tidak dia sangka bahawa suami yang sering dihormati dan disanjungi berlaku curang terhadap dirinya.  

Apabila Pakcik Norman keluar dari kamar mandi, wajah Makcik Ana saling tidak tumpah seperti seekor harimau yang akan menyerang mangsanya pada bila-bila masa sahaja.  

“Abang! Siapa Shazirah? Kenapa dia menghantar SMS begini kepada Abang?” Dengan suara yang tertahan-tahan, Makcik Ana bertanya. Muka Pakcik Norman tiba-tiba pucat lesi bagaikan ditoreh tiada darah mengalir. Terkedu Pakcik bila disoal begitu. 

“Er.. Shazirah itu pembantu peribadi Abang di pejabat. Alah, sayang tidak perlu risau. Mungkin dia tersilap hantar agaknya,” jawab Pakcik Norman tergagap-gagap. Makcik Ana tidak dapat menerima penjelasan itu kerana dia sedia maklum bahawa mereka pasti ada hubungan apabila membaca mesej-mesej yang dahulu. 

Butir-butir mutiara mengalir dari tubir matanya. Hancur punah segala kebahagiaan Makcik Ana bersama Pakcik Norman. Sewaktu mereka bertengkar, aku, Adam dan Tasha sedang bermain di ruang tamu. Oleh kerana ruang tamu tidak jauh dari bilik mereka, kami terdengar semuanya. Kami baru sahaja berusia sekitar enam tahun. 

Makcik Ana tidak dapat menerimanya dan menyuruh Pakcik Norman menceraikannya. Dengan berat hati, Pakcik pun melafazkan kata-kata tersebut. Walaupun pedih, Makcik Ana cekalkan hati dan mengemas pakaiannya. Dia terus melangkah keluar tanpa mempedulikan kami semua.  

Selepas permohonan cerai difailkan di Mahkamah Syariah, Makcik Ana harus menunggu selama tiga bulan lagi sebelum dia tahu siapa yang layak menjaga anak-anaknya. 

Masa berlalu begitu pantas sekali dan keputusan telah pun dibuat. Pakcik Norman dapat hak menjaga Tasha sementara Makcik Ana pula dapat hak

Page 23: sinopsis azfa hanani

menjaga Adam. Dek masih terkenangkan peristiwa itu, Makcik Ana membuat keputusan untuk berhijrah ke London, di mana tempat kelahirannya. Dia juga akan membawa Adam bersama.  

Pabila mengetahui hal itu, Adam berkeras tidak mahu pergi kerana dia tidak mahu berpisah dengan adik kesayangannya.  

“Tidak! Adam tidak mahu ikut Mama!” Adam menjerit sambil menghentak-hentak kakinya. 

“Adam harus ikut Mama! Jangan lawan cakap Mama!” Jawab Makcik Ana sambil meninggikan suara. 

Mahu tidak mahu, Adam mengikut Makcik Ana ke London. Sepanjang perjalanan, air mata menjadi teman setianya. Setelah beberapa bulan, barulah Adam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.  

Lamunanku terhenti pabila terasa bahu aku disentuh lembut. Aku sekadar memberi senyuman sahaja padanya. Sehingga kini, Adan dan Tasha masih belum bertemu. Aku hanya dapat berdoa agar mereka berkesempatan untuk berjumpa lagi.

Nabilah Abdul Fitrey

0 comments share

Baik buruk makan di luar Apr 22, '09 8:55 PMfor everyone

Makan di luar sudah menjadi perkara yang biasa bukan sahaja di dalam masyarakat Melayu tetapi seluruh masyarakat di Singapura. Maksud makan di luar bererti kita membeli makanan di kedai lalu duduk di dalam kedai itu untuk menjama makanan.Ramai orang lebih suka makan di luar daripada memasaknya sendiri kerana geranggapan ia lebih senang, cepat dan mudah.Namun, makan di luar bukan sahaja ada kebaikannya tetapi ada

Page 24: sinopsis azfa hanani

keburukannya lalu mari kita bincankan baik dan buruknya makan di luar.

           Dengan makan di luar, kita tidak perlu membazirkan masa untuk menyiapkan makanan tersebut dari mula.Kita hanya perlu memilih makanan itu lalu duduk untuk menghabiskan makanan itu.Makan di luar lebih senang dan mudah kerana makanan yang dikehendaki telah pun tersedia di gerai tersebut apatahlagi makanan yang dikehandaki amat rumit untuk memasaknya kerana pengalaman dan kemahiran kita tidak mencukupi lalu akan mengambil masa yang lama jika kita mahu mencoba masakan tersebut.

           Selain itu, kita dapat memilih beraneka makanan yang tersedia di kedai kerana ada resipi makanan yang kita hendak masak susah untuk mencari bahan – bahannya ataupun ingin memasaknya. Mungkin makanan itu makanan dari negara lain. Sebuah kedai akan menjual pelbagai makanan sebagai daya tarikan untuk menarik lagi ramai orang untuk membeli makanan di keadai mereka. Jika kita makan di rumah kadang kala makanan yang dihidangkan mungkin terhad kerana kita tidak tahu cara yang betul untuk menyiapkan makanan yang lain lalu kita akan memasak makanan yang kita tahu pada setiap hari.

Makan di luar juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain kerana kita sering akan mengajak anggota keluarga jika kita mahu makan di

Page 25: sinopsis azfa hanani

luar kerana kita tidak memasak di rumah. Apabila kita makan di luar, kita akn duduk bersama lalu akan berbual antara satu sama lain kerana mungkin hanya masa itu yang seluruh keluarga dapat bersama lalu pada masa lain ada seseorang anggota keluarga yang sibuk dengan kerja, sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Masa makan di luar kamu sekeluarga dapat rehat dan berbual santai dengan yang lain lantas ia merapatkan lagi hubungan keluarga.

          Kesimpulannya, makan di luar memberi anda lebih masa untuk membuat aktiviti yang lain daripada menghabiskan masa yang banyak untuk menyiap sesuatu makanan. Kedua, memberi kita banyak pilihan makanan dan terakhir dapat mengeratkan hubungan keluargaan. Namun begitu, makan di luar juga ada keburukannya yang akan dikupas sekarang....

          Keburukan makan di luar ialah ia membazirkan wang kita. Apabila kita memasak di rumah, kita boleh membeli bahan-bahan untuk memasak makanan dengan harga yang murah dan juga beli dengan banyak namun harga makan di luar lebih mahal mungkin sebab keadaan yang berhawa dingin dan layanan yang baik.Contohnya, jika kita mahu makan hidangan laksa untuk empat orang yang berharga $3.50 setiap orang. Jika, kita jumlahkan harga keseluruhannya ialah mahal berbanding dengan memasaknya sendiri kerana kita boleh beli bahan-bahannya dengan banyak dan

Page 26: sinopsis azfa hanani

murah. Ia lebih menjimatkan apatahlagi jika kita mempunyai keluarga yang besar.

           Di samping itu, makanan di luar tidak berkhasiat kerana penjual mungkin meletakkan bahan perasa tiruan untuk menambahkan lagi rasa makanan yang dijual. Penjual juga ingin menjimatkan kos jadi mereka tidak mengunakan bahan yang segar dan sihat ataupun minyak masak yang lebih sihat. Mungkin harga minyak masak yang lebih sihat lebih mahal daripada yang biasa. Penjual juga lebih memilih untuk menggoreng daripada merebus sesuatu bahan makanan itu kerana menggoreng lebih cepat dan senang. Sewaktu kita memasak di rumah  kita boleh membeli bahan yang segar dan menggunakan cara yang sihat untuk menyiapkan hidangan. Kita tidak boleh pasti adakah penjual mengunakan cara dan bahan yang sihat kerana bukan kita yang memasaknya.

          Yang terakhir sekali, kebersihan menyiapkan makanan yang dijual tidak terjamin kerana kadang kala penjual malas untuk membersihkan kedainya lalu ada binatang yang akan tinggal di sudut-sudut kedai itu lalu akan mengotori perkakas-perkakas masak. Bahan-bahan mungkin tidak dicuci bersih kerana mereka kelam-kabut untuk menyiapkan makanan tersebut. Tukang masak juga mungkin tidak memakai sarong tangam apabila diperlukan. Kebersihan sesuatu makanan itu penting kerana kita boleh menjatuh sakit apabila memakan makanan

Page 27: sinopsis azfa hanani

yang kotor. Jika kita memasak sendiri, kita boleh menjamin tahap kebersihan yang tinggi kerana kita tidak mahu diri kita sendiri jatuh sakit. Memang susah untuk mengetahui makanan yang dijual itu bersih atau tidak kerana kita tidak ada semasa tukang masak itu menyiapkan makanan yang dijual.

            Secara ringkas, makan di luar ada baik dan buruknya.Pokoknya, ia terpulang pada kita sama ada kita lebih suka makan di luar atau sebaliknya bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. Nasihat saya kepada orang ramai tidak kira makan di luar ataupun tidak janji ‘Perut Kenyang, Hati Pun Senang ‘. Berpada- padalah makan, jangan lupa diri.

0 comments share

Suatu Perpisahan - Muhd Afiq Apr 22, '09 8:54 PMfor everyone

“ Encik Afiq, maaf mengganggu, tetapi ini fail yang Encik pesankan tadi,” suara Ayu yang sememangnya ayu mata memandang mengalihkan perhatianku dari skrin komputer. 

            “ Teriama kasih, Ayu,” jawapan yang ringkas aku beri lalu mencapai fail yang setebal Al-Quran itu. 

             Ayu adalah pembantu aku yang sudah bertahun-tahun bekerja denganku. Tidak pernah terlintas di fikiran aku ingin memecatnya walaupun ketika keadaan ekonomi yang sedang gawat ini. Wajahnya ayu seperti namanya sendiri. Dengan bertudung, dia kelihatan manis dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Paras tubuh dan perwatakannya lemah lembut memang saling tidak tumpah seperti adikku sendiri, Syakilla. Namuun nama Syakilla semakin luput di ingatanku. Aku memandang balik ke skrin komputer dan tatkala itulah memori pahit kian menusuk jiwa kembali sedikit demi sedikit. Gambar aku bersama adikku ketika di Australia terpampang di skrin. Aku mula sebak.

Page 28: sinopsis azfa hanani

           “ Hmmm… Di mana kau Syakilla, masih berdendamkah dengan ku ? ” bisikku di dalam hati. 

*  * *

              “ Abang! Tengok ini, adik sudah mendapat kerja tau! Jangan main-main, gajinya lebih tinggi daripada abang! ” Teriak adikku, Syakilla dengan megah. 

              Memang sejak kecil lagi, adikku pasti akan selalu mendahului aku. Tidak kisah dari segi apa sekalipun. Baik pelajaran, mahupun kegiatannya yang lain. Semuanya pasti dia akan menang. Namun, Hubungan kami tetap rapat seperti isi dan kuku. Susah dan senang kami akan sentiasa harungi bersama. Boleh dikatakan dialah seorang adik yang aku sayangi selalu. 

              Aku gembira mendengar berita itu. Seorang abang harus bangga dengan kejayaan adiknya sendiri. Aku mula menyuruhnya supaya bekerja keras dan sentiasa mengingati aku. 

             “ Adik janji, suatu hari nanti, bila adik dah mendapat kewangan yang mantap, adik akan bawa keluarga kita ke Tanah Suci. Abang tunggu sahaja nanti,” kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga seolah-olah dia baru sahaja memberitahuku. Namun, janji hanya tinggal janji… 

             Setelah kematian ibu akibat serangan jantung, kami hidup berdua sahaja. Bapa sudah lama meninggal dan kini ibu pula. Ketika itulah kami semakin renggang dan ia berpunca dari peninggalan harta.. 

            “ Abang! Ibu dan Ayah ada harta! Saya mahu kesemuanya! Hutang Syakilla semakin bertambah! Syakilla perlu banyak duit! Lagipun abangkan sudah berjaya! ” adikku menuntut haknya. 

            “ Adik… Mengikut wasiat, harta harus dibahagikan sama rata. Takkan adik hendak bolot semua. Siapa suruh adik berhutang? Salah adik sendiri! ” Aku mula emosi sedikit oleh kerana adikku yang baik menjadi degil ini. 

            “ Baik, kalau abang taknak serahkan mulai hari ini, kita putus saudara! ,” dia menengking pada aku, abang kandungnya sendiri. 

             Aku mula hendak mengalah dan menyerahkan semua tetapi sudah terlambat. Pintu sudah pun dihempas. Itulah kali terakhir aku

Page 29: sinopsis azfa hanani

dapat melihat wajah Syakilla. Sejak itu dia menghilangkan diri entah ke mana. Aku sudah cuba menghubunginya tetapi gagal. 

             Aku tersentak dari lamunan. Peristiwa tadi ibarat wayang lama dimainkan. Aku masih menatap wajah Syakilla di skrin komputer. Hanya Allah sahaja tahu di mana dia. Walauapapun, aku sentiasa mendoakan keselamatannya. Aku menghirup secawan kopi yang panas untuk mengalihkan tumpuan dari kisah itu. Kopi adalah minuman kegemaran Syakilla. Tetapi apa nak dikata, hidup perlu diteruskan…  

Karya oleh: Muhd Afiq

                    Menengah 4E4

                    Sekolah Menengah Zhenghua

0 comments share

Satu Keinsafan - Nur Faiqah Apr 22, '09 8:53 PMfor everyone

Sidiq Bin Mahmud. Namanya sahaja membuat hatiku terbakar. Perasaanku bertimbun marah dan dibelenggu dendam dan kecewa terhadap satu-satunya adik kandungku itu. 

      Adakalanya, aku merasakan bahawa orang tuaku juga harus dipersalahkan,

Pengagihan kasih sayang yang berat sebelah telah membuatnya menjadi insan yang bersikap biadap dan gemar melawan cakap orang tua. Sebagai anak perempuan yang sulung,ibu bapaku senantiasa mencurahkan kasih sayang dan perhatian kepadaku tetapi Sidiq sebagai anak lelaki dibiarkannya. Sidiq yang dahagakan kasih sayang dan perhatian sering menimbulkan masalah demi masalah semasa di bangku sekolah.  Ternyata ibu bapaku tetap merasa bahawa anak lelaki harus kuat semangat dan berdikari. 

      Pada suatu hari, Sidiq tampil dengan perubahan yang drastik.

    “ Ibu, Sidiq ingin memulakan bisnes dengan kawan dan mahu meminjam wang untuk perlaburan”, tutur Sidiq, suarannya lunak sekali. 

      Sidiq membuat pengakuan bahawa dia telah insaf dan bersedia untuk mengubah hidupnya menjadi usahawan yang sukses. Dia ingin keluar daripada kehidupannya yang sering berfoya-foya sebelum ini. Perkataaan yang keluar

Page 30: sinopsis azfa hanani

dari bibirnya sangat menyejukkan hatiku dan orang tuaku. 

      Aku mengukir senyum senang; bangga melihat adikku akhirnya pandai menguruskan diri dan berfikiran matang. Aku mengambil keputusan untuk membantunya dengan meminjamkan wang sebanyak dua ratus ribu dolar sebagai kapital. Sidiq bersumpah akan menggunakan wang pinjaman itu dengan bijak tetapi menolak bimbinganku dengan alasan bahwa dia ingin membuktikan kesungguhan dan kebijaksanaan sebagai anak lelaki. Aku akur akan keputusan yang diambilnya itu. 

       Bau harum deodoran menusuk ke dalam hidungku. Sidiq kelihatan segak bergaya dalam pakaian koporatnya. Kereta yang dipandu menjalar di tempat letak kereta. Ibu senyum bangga kerana nampaknya bisnes Sidiq ‘menjadi’. 

      Selang beberapa bulan tubuh sasa Sidiq mula kelihatan susut. Dia kelihatan lemah dan lesu. Matanya cengkung dan dia selalu sahaja terbatuk-batuk. Aku mula khuatir akan kesihatannya dan mencadangkan agar dia mendapatkan rawatan doktor dengan segera. 

      Pagi itu, tiba-tiba Sidiq tidak bangun awal seperti biasa. Ibu melangkah masuk ke kamar dan mendapati Sidiq terkulai di tepi katil dengan mulutnya berbuih. Nafas di dadanya lemah sekali. Ibu panik tetapi sempat bergegas menelefon ambulan. Tangan ibu yang tua terketar-ketar sambil memberitahu butiran yand diperlukan menerusi ganggang telefon. Aku pula terus membongkar almari untuk mencari kad pengenalan adikku. Bebola mataku tertumpu kepada beg sandang berwarna hitam. Sukses!! Kad pengenalan ada dalam gengamanku. Tunggu! Aku terlihat sesuatu yang mencurigakan;bahan misteri yang tersorok di salah satu kompartmen begnya. Ia berupa beg plastik kecil yang sarat dengan pil berwarna putih. 

      Aku mengalihkan fokus kepada Sidiq yang seakan nyawa-nyawa ikan. Siren dan paramedik tiba dan Sidiq dibawa masuk ke dalam ambulan. Ambulan mula pecut laju, selaju itu juga degupan jantung ibu dan ayahku. Kasihan mereka seperti dalam kebingungan pada saat itu. Setiba aku di hospital Queens, aku lihat adikku di tolak ke dalam bilik kecemasan. Aku tunggu dengan penuh rasa cemas. Sebaik sahaja doktor yang merawat Sidiq keluar, aku terus mendapatkannya. 

     Sidiq didiagnos ketagihan dadah hingga menyebabkan sistem daya tahanannya lemah. Dadah yang diambilnya telah meracuni dirinya dan menyebabkan sistem penafasannya menjadi kronik. 

      Pihak hospital telah membuat laporan polis dan Sidiq didapati bersalah kerana terlibat dalam komplot pengedaran dadah. Atas siasatan polis dia juga

Page 31: sinopsis azfa hanani

adalah ketua kumpulan pengedar dadah yang dicari-cari selama ini. 

     Berita yang kami dengar sangat memeranjatkan dan memedihkan hati. Apabila terdengar berita bahawa Sidiq akan dipertanggungjawabkan nanti di mahkamah setelah keluar dari hospital, tubuh ibuku terjelepuk di lantai. Perasaanku pula bercampur baur antara marah dan kecewa. Hasil titik peluhku habis lenyap begitu sahaja. Kami semua ditipu! Sampai hati Sidiq membuat mereka yang menyayanginya hampa dan kecewa. Mujurlah dia hanya dihukum penjara seumur hidup. 

     “Sidiq kenapa kau sanggup menipu kami semua dik”, detik hatiku sambil mengusap rambutnya. Adikku tidak menjawab, dia terbaring lesu di atas katil hospital. Biarlah dia menerima padah atas kesalahannya. Aku lega dan jauh di lubuk hatiku biarlah adikku itu mempelajari erti keinsafan yang sebenar-benarnya. 

Nur Faiqah Bte Anuar 4E1

0 comments share

Cabaran-cabaran Remaja Hari Ini - Atika 4E2 Apr 22, '09 8:52 PMfor everyone

Remaja ialah golongan yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun. Golongan ini bertenaga dan 

mempunyai semangat juang yang tinggi. Sumbangan daripada golongan ini amat diperlukan, lebih- lebih lagi di Singapura, sebuah negara yang bergantung pada tenaga manusianya. Namun, sebagai seorang remaja, pelbagai cabaran harus diharungi pada hari ini. 

Sebagai sebuah negara yang kian pesat membangun, Singapura kini menjadi lebih maju, dan sering bersaing untuk mendapatkan yang terbaik. Bukan dari segi politik, ekonomi, ataupun tenaga pekerjaan sahaja. Malah, para remajanya juga giat bersaing di dalam bidang sukan dan pelajaran. Pelajaran kini sudah menjadi salah satu cabaran buat remaja masa kini kerana semuanya inginkan yang terbaik. Sukatan mata pelajaran yang semakin rumit meningkatkan lagi daya pemikiran para pelajar. Walaupun pada mulanya ia agak sukar buat mereka untuk menyelaraskan mata pejalaran tersebut, akhirnya, kebanyakan remaja Singapura telah membuktikan yang sebaliknya, dengan menempah kejayaan di persada dunia.

Selain itu, para belia juga harus meningkatkan diri mereka. Perkara ini bukan hanya dihadkan bagi para pekerja yang berumur dalam lingkungan 30- an tahun sahaja, tetapi, remaja juga harus memupuk sikap sedemikian. Maksud peningkatan diri yang paling bersesuaian dengan para remaja ialah teknologi. Ini kerana, pada zaman yang serba- serbi moden, teknologi merupakan kunci bagi kebanyakan bidang kerjaya. Jika seseorang remaja itu tidak tahu- menahu tentang teknologi, maka ia sama jika diibaratkan bagai seekor katak di bawah tempurung. Dengan itu, teknologi merupakan salah satu

Page 32: sinopsis azfa hanani

cabaran yang harus diharungi remaja pada masa kini. 

Persaingan antara golongan remaja tempatan dan bakat asing juga merupakan satu cabaran pada masa kini.Peningkatan dalam bilangan bakat asing yang berhijrah ke Singapura menjadi satu keadaan yang agak membimbangkan. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang, dan ini menggugat kedudukan para belia tempatan untuk mendapat pekerjaan. Peluang pekerjaan yang semakin berkurangan akan menjejas kehidupan mereka, kerana jika pekerjaan tidak boleh didapati di negara sendiri, mana lagi rakyat Singapura harus pergi untuk mendapatkan pekerjaan.

Justeru, golongan remaja mesti menyiapkan diri setiap masa untuk menghadapi cabaran- cabaran yangmendatang. Insan yang berilmu dan berpengetahuan tidak mudah terpengaruh dengan nilai moral yang buruk. Maka itu, cabaran yang dihadapi haruslah diharungi dengan minda yang positif untuk menjana sebuah negara yang majmuk pada masa akan datang. 

Atika 4E22 comments share

Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna - Nabilah 4E2

Apr 22, '09 8:50 PM

for everyone

Awan mendung yang berarak menandakan bahawa sebentar lagi hujan akan turun. Anis Ayuni menghirup segelas coklat panas sedikit demi sedikit. Terasa lega apabila membasahkan tekaknya dengan minuman sedemikian apatah lagi cuaca semakin kelam. Hujan renyai-renyai mula turun. Semakin masa berlalu, semakin lebat jadinya. 

        Anis sangat gemar melihat titisan hujan. Sedang dia menikmati suasana yang sunyi disertakan kilat sabung-menyabung, dia teringat peristiwa yang terjadi kira-kira enam bulan yang lalu. 

        “Mama, nanti Anis hendak keluar bersama Aisha dan Sofea. Kita hendak ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan bagi projek Sejarah. Boleh ya,Ma?” Anis menyatakan hasratnya untuk keluar kerana dia berasa bosan duduk di rumah. 

        “Hmm, iyalah. Jangan pulang lewat, ya sayang,” kata Cik Salbiah sambil menghulurkan dua keping not sepuluh dolar kepada puterinya. 

        “Terima kasih, Mama. Anis sayang Mama,” ujar Anis lalu mengulum senyuman yang manis bak madu. Di dalam hati, dia melonjak kegembiraan kerana diberi keizinan untuk keluar. Sebenarnya, dia bercadang untuk menonton wayang filem ‘Cicakman 2: Planet Hitam’ di panggung wayang di VivoCity. Dia mengatakan hendak ke perpustakaan kerana itulah alasan yang munasabah untuk meyakinkan Cik Salbiah. Dengan segera, Anis

Page 33: sinopsis azfa hanani

menghubungi Aisha. 

        “Aisha, Mama aku izinkan aku pergi. Aku jumpa kau di sana nanti, ya. Aku hendak siap sekarang,” kata Anis bersungguh-sungguh. 

        “Baiklah. Jumpa nanti.” Aisha mengakhiri perbualannya.  

         Sejurus itu, Anis mengeluarkan sehelai kemeja T berwarna biru yang dipadankan dengan seluar jeans berona hitam. Anis menyalit sedikit gincu di bibir yang mugil agar kelihatan berseri. 

          Setelah bersalaman dengan Cik Salbiah, Anis segera keluar. Dia menaiki bas nombor 963. Perjalanan memakan masa empat puluh lima minit. Semasa di dalam perjalanan, Anis mendengar alat pemain muziknya. 

          Setibanya di pintu gerbang VivoCity, Anis menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Aisha, memaklumkan bahawa dia sudah sampai. Sebentar kemudian, kelibat Aisha dan Sofea kelihatan. Mereka menuju ke kaunter panggung wayang dan membeli tiket. Sambil itu, Anis beratur untuk membeli bertih goreng dan minuman Pepsi. 

          Ketika mereka memasuki panggung wayang, Anis terlihat kelibat Zarief Annas yang kebetulan asyik memerhatikannya. Dia menundukkan wajah kerana tidak tahan dengan pandangan Zarief. Seolah-olah ingin menembusi ke dasar hati gadis yang mencuri hatinya. Sejak kehadiran Anis Ayuni dalam hidup Zarief Annas, kehidupannnya bagaikan tidak tentu arah kerana gadis itu berjaya menghuru-harakan kedamaian hatinya.

          Semasa menonton, mata Zarief tidak tertumpu pada skrin tetapi dia tidak lepas memandang Anis. Dia tertarik pada perwatakan gadis itu. Yang paling disukainya adalah senyuman manis yang berjaya mencairkan hati lelakinya. Apabila filem itu tamat, Anis Ayuni tergesa-gesa hendak keluar.  

          “Sofea, kenapa dengan kawan kita itu? Kelam-kabut semacam sahaja,” bisik Aisha.  

          “Entah. Aku pun tidak tahu,” ucap Sofea lalu mengangkat bahunya. Mereka pun mengekori Anis. Apabila ditanya, Anis hanya berdiam diri. Aisha mula bosan lalu mengajak mereka keluar dari VivoCity. Aisha mengajukan sebatang rokok ke arah Anis. 

           “Kau cuba benda ini. Bila hisap, pasti masalah atau stress kau hilang. Ambillah,” Aisha cuba untuk memancing Anis dengan kata-kata manis.  

            Pada mulanya, Anis agak keberatan tetapi mengambil juga setelah

Page 34: sinopsis azfa hanani

dipujuk-rayu oleh rakan-rakannya. Mereka bagaikan lupa daratan apabila merokok. Mereka ketawa terbahak-bahak dan bergembira. Sedang mereka asyik menghembuskan asap rokok, tiba-tiba, datang dua orang polis.  

            “Boleh saya lihat kad pengenalan kamu bertiga?” tanya Inspektor Fairuz. Anis Ayuni, Aisha dan Sofea menunjukkan kad pengenalan mereka. Mereka tahu bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar.  

             “Sila ikut kami ke balai. Kami akan menghubungi ibu bapa kamu bertiga untuk mengambil kamu,” Inspektor Ezad menokok. 

             Sepanjang perjalanan, mereka diam seribu bahasa. Tiada siapa yang berani membuka mulut. Hanya penyesalan jelas terpancar di raut wajah mereka.  

             Pabila Mama Anis tiba, mukanya merah padam menahan marah. Sedikit pun Anis tidak mengangkat wajah kerana tidak tega menatap sepasang mata Mamanya yang tajam kerana perbuataannya yang menconteng arang di muka.  

             “Maafkan Anis, Mama. Anis janji perkara sebegini tidak akan berulang lagi. Maafkan Anis, Ma,” Anis menangis tersedu-sedan sambil menggengam tangan Cik Salbiah. 

              Setelah merayu dan memujuk, akhirnya Cik Salbiah memaafkan anak gadisnya kerana air yang dingin juga yang dapat memadamkan api.  

               Anis Ayuni tersentak dari lamunan apabila terasa bahunya disentuh lembut.  

               “Eh, Mama. Terkejut Anis,” Anis tersenyum memandang ibunya.  

               “Jauh sungguh Anis mengelamun. Sudahlah, tutup tingkap itu. Nanti, Anis demam pula,” bicara Cik Salbiah . Sungguh tidak Anis Ayuni sangka bahawa perbuatannya yang sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri membawa padah pada dirinya. Biarpun begitu, sesal juga tiada gunanya kerana perkara itu sudah terjadi.  

Nabilah 4E2

0 comments share

Pages:123

Page 35: sinopsis azfa hanani

© 2010 Multiply   About · Blog · Terms · Privacy · Corporate · Advertise · Translate · API · Contact · Help