slaid karya agung kumpulan (1)

60
* HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA NAMA NO MATRIK SUPARDI BIN LASUPU D20131063328 NURUL RAFINA BT RUZUWAN D20131063329 NUR FATIN BT MOHD ZALI D20131063291 NORERMA FARHANA BT ABD KADIR D20131063264 NIK NUR AMIRA BT NIK RAZALI D20131063229

Upload: nurul-rafina-ruzuwan

Post on 09-Jul-2016

183 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

*HIKAYAT MERONG

MAHAWANGSANAMA NO MATRIKSUPARDI BIN LASUPU D20131063328NURUL RAFINA BT RUZUWAN D20131063329NUR FATIN BT MOHD ZALI D20131063291NORERMA FARHANA BT ABD KADIR D20131063264NIK NUR AMIRA BT NIK RAZALI D20131063229

Page 2: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)
Page 3: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

• Karya agung ialah karya klasik atau ulung yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, pemikiran, pandangan, falsafah hidup serta nilai budaya dan sosial yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. •Hikayat pula merupakan karya agung yang dihasilkan melalui penulisan oleh pengarang pada masa sekarang dan diadaptasi melalui penceritaan secara lisan dan tulisan pada zaman dahulu.• Hikayat Merong Mahawangsa dikarang untuk menceritakan pembukaan beberapa negeri dan memperlihatkan kemasukan Islam ke negeri Melayu.•Karya ini ditulis bagi memenuhi suruhan sultan, iaitu Sultan Muadzam Syah yang dipercayai sebagai sultan Kedah kedua daripada jurai keturunannya yang beragama islam.

*PENGENALAN

Page 4: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

*PEMIKIRAN DALAM HIKAYAT MERONG

MAHAWANGSA

Page 5: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

KONSEP•Dalam bidang sastera, pemikiran ini selalunya dimulakan dengan idea yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya diolah oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah fikiran yang bernas.

•Secara mudahnya, pemikiran dapat dikaitkan dengan perkara utama atau tema dan persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya.

•Pemikiran juga dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah karya.

Page 6: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

PEMIKIRAN DALAM PEMBUKAAN NEGERI KEDAH

*Segala-galanya bertitik tolak kepada peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara Raja Rom dan Raja China dengan mengahwinkan anak-anak mereka. *Raja Merong Mahawangsa telah memberikan takhtanya kepada

puteranya iaitu MerongMahadipusat untuk memerintah Langkasuka.

“… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

Page 7: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

PEMIKIRAN DALAM PEMERINTAHAN RAJA

• Sebelum keberangkatan Raja Merong Mahawangsa menghadap anak Raja Rom, baginda telah memberikan beberapa wasiat kepada anakandanya, iaitu Raja MerongMahadipusat.

• Raja Merong Mahawangsa menitahkan anakandanya untuk membesar empayar pemerintahannya dengan meminta anakanda-anakanda Raja MerongMahadipusat membuka kerajaan-kerajaan baru.

“Serta titahnya, ‘hai anakku Raja Merong Mahawangsa Mahadipusat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

Page 8: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

*-

PEMIKIRAN DALAM HUBUNGAN ANTARA RAKYAT DAN RAJA

•Raja Kedah berasal daripada Raja Merong Mahawangsa dari Rom dan sangat perkasa sehinggakan burong Garuda tidak dapat mengalahkannya.

•Semuanya baik-baik kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria atau Raja Bersiung yang kejam dan zalim kerana suka minum darah rakyatnya.

•Permaisurinya dan menteri keempat melakukan rancangan untuk memberontak.

•Pengarang telah menghilangkan Raja Bersiung dalam buluh semasa melarikan diri bagi menunjukkan bahawa raja mempunyai tempat yang tinggi berbanding rakyat.

Page 9: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

“Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan pedangnya serta bertitah, ‘Baiklah, lalu berangkat keluar ke balai rong bertitah, ‘Mana penghulu biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu, isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 46 &47)

Page 10: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

PEMIKIRAN DALAM SOAL AGAMA•Kedatangan Islam yang merangkumi pemelukan raja dan rakyat.

•Syeikh Abdullah yang mengikuti Penghulu Syaitan Iblis untuk melakukan kejahatan dan kesesatan.

•Penghulu Syaitan Iblis cuba menyesatkan Raja Phra Ong Mahawangsa dengan arak dan air kencingnya, menyebabkan Syeikh Abdullah menghalangnya.

•Syeikh Abdullah telah menerangkan segala-galanya kepada baginda.

•Baginda dibukakan hati untuk menerima ajaran islam.

Page 11: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

“Maka kata Raja Phra Ong Mahawangsa, ‘Jikalau demikian hendaklah tuan hamba tolong hamba sekalian ini, ajarkan agama Islam yang sebenar itu.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 100)

Page 12: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

* FALSAFAH DALAM HIKAYAT MERONG

MAHAWANGSA

Page 13: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

KONSEP

• Menurut Hashim Hj. Musa (1994), falsafah merupakan kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Berdasarkan pendapat pendapat yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu falsafah ialah ilmu yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logikal yang merupakan hakikat benda benda kejadian di alam semesta.

• Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan mendapatkan kebenaran.

• Dalam Hikayat Merong Mahawangsa terdapat beberapa falsafah yang telah diketengahkan di dalam karya tersebut. Antaranya ialah :

Page 14: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

FALSAFAH KEKUASAAN

• Falsafah hidup ini dapat dilihat dalam diri Raja Kelana Hitam.

• Baginda berminat untuk menjadi raja negeri Kedah memandangkan sebelum ini terdapat perkhabaran bahawa negeri tersebut tidak beraja sampailah mereka menemukan anak Raja Bersiung dan menabalkannya menjadi raja.

Page 15: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

Demi didengar oleh Raja Kelana Hitam, maka naik marahlah ia, mukanya merah seperti bunga raya, serta titahnya, ‘Main yang mana kamu tewas dan peperangan yang mana kamu sudah alah, tiada patutkah aku menjadi raja didalam negeri Kedah? Jika tiada boleh aku menjadi raja dengan baik, maka kuambil juga dengan senjataku. Maka hendaklah kamu katakan pada penghulu engkau itu, jikalau ia hendak menggalang-galang dan menyekat kami sekalian ini hendak pergi ke negeri Kedah itu, keluarlah ia ke medan peperangan melihatkan pertikaman kami, baik esok atau sekarang ini, itupun yang mana jadi keseukaan kamu.’(halaman 70)

Page 16: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

FALSAFAH PENDIRIAN

• Anak tengah Raja Merong Mahapudisat disuruh ayahandanya mencari bumi yang baik untuk membina negeri baru. Baginda bertemu dengan beberapa pulau yang cantik dan sesuai dijadikan penempatan. Oleh hal demikian, baginda mengambil keputusan untuk memilih sebuah pulau sahaja yang terkena dengan anak panahnya itu.

Maka diambilnya sebiji anak panahnya daripada perak yang amat putih, lalu dikenakannya kepada busurnya yang bernama Panah Indera Sakti, katanya, ‘Hai Indera Sakti, jatuhlah engkau kepada bumi pulau tiga empat biji tu. dimana engkau jatuh sekarang, disitulah aku perbuat negeri dan kota parit tempat aku diam.’ Maka ditariknya busurnya itu serta memanahkan ke udara berdengung-dengung bunyinya seperti kumbang menyering bunga lakunya, hilang ghaib. Seketika datanglah jatuh pada suatu tempat pulau; dengan sebab itulah dinamakan Pulau Indera Sakti.(halaman 38)

Page 17: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

FALSAFAH KEKELUARGAAN

• Dalam hikayat ini, Raja Seri Mahawangsa berfikir dan berharap akan hubungan baik antara dia dan adik beradiknya akan berkekalan sampai anak cucunya.

‘Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak saudaraku itu,’ dengan tilik nazarnya dan fikirnya yang putus didalam hatinya, biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak chuchu jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja2 dan pada khalayak sekalian.’

(halaman 42)

Page 18: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

FALSAFAH KASIH SAYANG•Falsafah hidup ini diceritakan oleh menteri Kelahum kepada Raja Phra Ong Mahapudisat supaya baginda berpegang kepada falsafah tersebut dalam pemerintahannya.

•Dia mengajar dan menasihati Raja Phra agar sentiasa memiliki kasih kepada rakyat jelatanya. Dengan kasih, baginda pasti dapat memerintah dengan bijaksana dan menjadi pemerintah yang disayangi oleh rakyat.

Page 19: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

Setelah itu lalu diperjamukan makan minum pula kepada sekaliannya itu serta dengan memalu bunyi-bunyian dan mengajarkan Raja Phra Ong Mahaputisat itu sharat orang menjadi raja: ‘Mahulah baik2, menaruh sabar dan mengasihani diatas segala rakyat bala dan daripada hamba sahaya sekalipun mahulah dengan adil dan murah hati dengan memberi derma kurnia sedekah akan fakir miskin dan yang patut dibunuh sehari itupun hendaklah ditaruh sampai tiga empat hari supaya dihalusi baik2 baru dibunuh dan yang mana menjadi raja didalam negeri Kedah bumi tanah itupun jangan duduk setempat buat kota parit tempat yang diam itu dan mahulah ada seorang raja yang memegang negeri mahulah suatu kota. Maka menjadi ramailah orang bumi tanah Kedah ini. Adapun tanah bumi ini baharulah sangat menjadi daratan tempat kita duduk inipun baik tempat bumi tanah yang baik dengan daratan boleh diperbuat seperti kota parit akan tempat segala raja2 hendak dibuat negeri duduk itu.’

(halaman 78)

Page 20: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

*NILAI BUDAYA & PANDANGAN

HIDUP

Page 21: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

KONSEP NILAI BUDAYA• Manusia diciptakan sebagai makhluk yang unik

(mempunyai budaya).• Budaya membezakan manusia dengan hidupan lain.• Budaya :*Berasal daripada bahasa Sanskrit buddayah yang

diinovasikan daripada kata jamak buddhi (membawa maksud budi pekerti dan akal manusia).

• Dalam BI :*Disebut sebagai culture yang diambil daripada perekataan

Latin colere, membawa maksud menanam atau mengerjakan.

• Edward Burnett Tylor – budaya atau kebudayaan adalah keseluruhan dari yang rumit atau kompleks yang dalam telah terkandung kesenian, adat, hukum, kepercayaan, pengetahuan, dan berupa yang diterima untuk menjadi anggota masyarakat.

Page 22: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

KETAATAN KEPADA RAJA DAN PEMIMPIN•Perbuatan menghormati raja sudah diamalkan sejak dahulu lagi sehingga sekarang.

• Jika sesiapa melanggar titah ataupun peraturan raja akan dikenakan tulah ataupun nasib yang buruk. Cth:

“....Maka sembah Raja Merong Mahawangsa, “ Baiklah, tuanku, barang yang dititahkan itu patik kerjakan,

tuanku.”....”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 7)

Page 23: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

•Dalam petikan tersebut, dapat dijelaskan bagaimana menghormati pemimpin dalam hikayat ini.

•Raja Merong Mahawangsa(R.M.M) telah menerima tugas yang diberikan oleh Raja Rom dengan senang hati.

•Raja Rom menggantikan R.M.M ke Benua China untuk sampaikan hasratnya mengahwinkan anakandanya dengan puteri raja Benua China.

•Menunjukkan sikap taat kepada raja dan pemimpin.

Page 24: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

BERPEGANG TEGUH KEPADA ADAT RESAM• Masyarakat Melayu amat berpegang teguh kepada tradisi

yang diamalkan dalam kehidupan seharian.• Sangat menjaga adat resam termasuklah pantang larang

dan adat istiadat yang diwarisi.• Dalam Hikayat Merong Mahawangsa (H.M.M), ditunjukkan

penggunaan sirih dan pinang sebagai adat dalam upacara, adat resam dan budaya semasa oleh masyarakat pada ketika itu.

• Sirih dan pinang digunakan semasa upacara menyambut tetamu.

• Cth :“...setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk sekalianya itu berjabat

tangan. Maka raja China pun menyorongkan puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makalah sirih hai

saudaraku Raja Harman Syah,” serta menyuruh keluaria itu....”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 26)

Page 25: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

MEMULIAKAN ORANG TUA• Dari sudut Islam, adat ini merupakan tuntutan mulia kepada

dalam kehidupan masyarakat.• Dalam H.M.M, adat ini ditunjukkan oleh anak Raja Rom.• Walaupun anak Raja Rom dalam keadaan yang sakit akibat

bahteranya dimusnahkan oleh burung Geroda, namun beliau tetap mengucapkan kata-kata sopan kepada Mak Inang.

• Anak Raja Jom masih lagi menggunakan panggilan ‘ibu’ kepada Mak Inang.

• Cth :Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan, “ Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia juga. Betalah anak raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri anak raja Benua

China dengan beberapa buah bahtera…

(Hikayat Merong Mahawangsa, hlm 16)

Page 26: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

BELAS KASIHAN• Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan.

• Cth :“Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalulah belas kasihan hatinya

mendengarkan hal anak raja Rom itu lalu ia pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu sekalianya dengan suka tertawanya.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 14)

• Dapat dilihat bahawa Mak Inang dan Tuan Puteri mempunyai sifat belas kasihan dan untuk menolong anak raja Rom yang berada dalam kesusahan.

• Walaupun pada mulanya mereka tidak mengenali anak Raja Rom, namun mereka tetap menolongnya.

Page 27: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ADAT PERKAHWINAN

• Adat ini dilaksanakan semasa perkahwinan Raja Merong Mahadipusat.• Persiapan perkahwinan dilaksanakan selama 40 hari 40 malam.• Dimeriahkan dengan bunyi-bunyian, hidangan makanan dan disambut dengan penuh

meriah oleh para menteri, hulu balang dan orang ramai. (Kini dikenali sebagai rewang).• Cth :

“Maka Raja Merong Mahawangsa pun berangkatlah masuk ke istana diiringkan oleh anakanda baginda itu serta menyuruh memulai kerja berjaga-jaga mengerjakan anakanda baginda itu, dengan makan minum dan

bersuka-sukaan dengan beberapa banyak perburuan yang disembelih jadi tambul ornag berjaga-jaga itu, serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri, harbab, kecapi, dandi, muri, kopak,

ceracap, serdam, bangsi, nahara, menjadi empat puluh hari empat puluh malam yang berjaga makan minum dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian, terlalulah ramainya. Setelah genaplah empat

puluh hari, maka pada hari yang baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan anakanda baginda itu dengan seorang anak raja perempuan, serta direncanakan gelarnya bernama Raja Merong

Mahapudisat, serta diambil segala anak menteri yang ada sedia ibu bapanya yang tua-tua duduk bersama-sama dengan ayahanda baginda Raja Merong Mahawangsa itulah jadi ganti ibu bapanya jadi menteri,

hulubalang, para pengawanya.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 29)

Page 28: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

KONSEP PANDANGAN HIDUP• Merupakan pendapat atau pertimbangan yang dijadikan

pegangan, pedoman, arahan, petunjuk manusia yang hidup di muka bumi.

• Hasil daripada pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya.

• Pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas (1972) memberikan pandangan bahawa hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat.

• Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu yang bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan Tuhan, manusia dan alam.

Page 29: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

MENGHORMATI AUTORITI•Dapat dilihat pandangan hidup burung Geruda yang tetap menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan yang berkuasa di dunia pada waktu itu.

•Walaupun burung Geruda merancang kejahatan dengan berniat memisahkan Raja Rum dengan puteri Benua China, tetapi dia tetap bertanya kepada Nabi Allah Sulaiman untuk memberitahu akan rancangannya itu.

Page 30: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

• Contoh :

“Maka kata burung garuda kepada burung rajawali: ‘Dimana dapat ia sekalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada boleh jadi,

tetapi nantilah dahulu, aku hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman karena ia itu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau sudah ada seperti yang

demikian itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu’”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 3)

Page 31: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

PERCAYA KEPADA TAKDIR

• Pandangan hidup ini dapat dilihat dalam diri Nabi Allah Sulaiman.

• Baginda sangat percaya kepada takdir.• Hal ini dapat dilihat dalam kepercayaan baginda mengenai

jodoh pertemuan yang tidak dapat dipisahkan.• Cth :

“Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai burung garuda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodo pertemuan itu didalam batu atau didalam

kayu sekalipun tiada yang dapat mencheraikan dia’”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 3)

Page 32: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

BERPEGANG KEPADA JANJI

•Meskipun burung Geruda berniat jahat terhadap Raja Rum dan Puteri Benua China, namun dia seorang yang berpegang akan janjinya.

•Burung Geruda telah berjanji kepada Nabi Allah Sulaiman bahawa sekiranya dia tidak dapat menggangu kedua-dua anak raja tersebut dan tidak dapat memisahkan mereka, maka dia akan mengundurkan dirinya.

• Janji burung Geruda ini ditepati dan dia pergi membawa diri ke laut Kalzum yang jauh dari manusia.

Page 33: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

• Contoh :

“Maka burung garuda itupun berdatang sembah, ‘Ya Nabi Allah, hambamu pohonkan ampun banyak2 diatas nyawa badan hambamu daripada kesalahan hambamu yang telah lalu itu. ya Nabi Allah, mohonlah hambamu pada tahun,

bulan, hari ini, hendak pergi keluar daripada bawah langit dan bumi ini, barang kemana hambamu bawa diri, hambamu diberi izin oleh Nabi Allah

diatas hambamu ini.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 21)

Page 34: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

MENGAGUNGKAN DAN MEMPERCAYAI KEKUASAAN TUHAN• H.M.M memperlihatkan betapa Nabi Allah Sulaiman

sangat mengagungkan dan mempercayai akan pekerjaan dan kekuasaan Tuhan.

• Baginda percaya, Tuhan mempunyai kuasa atas segala makhluk di muka bumi ini.

• Manusia atau makhluk Tuhan tidak dapat menentukan sesuatu perkara sekalipun.

• Percaya akan janji dan kekuasaan Tuhan.• Dapat dilihat melalui ucapan beliau dalam

memberikan pengajaran dan teladan kepada raja-raja dan menteri-menteri berkenaan tindakan burung Geruda yang mencabar kuasa Tuhan. (memisahkan manusia yang telah ditetapkan olehnya.

Page 35: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

• Contoh :

“Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai segala raja2 dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala makluknya, dalam empat perkara ini hendaklah

jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama rezki, sedikit atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala makluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya juga. Kedua, perkara yang memutuskan rezkinya, seperti yang akan datang mara dan maut, hendak mengetahuikan dia dan

hendaklah jangan kamu tentukan bumi tempat kematiannya, melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua. Ketiga, perkaranya jodo pertemuan satu2 makluknya; jikalau

berhimpunlah seisi alam dunia ini daripada segala bangsa yang dijadikan Allah Ta’ala, hendak mencheraikannya, melainkan dengan kehendak Tuhan yang menjadikan sekalian alam jua, dengan janjinya. Keempat, perkara pencheraian yang sudah sampai

waktu, saat harinya, tiada akan dapat hendak menantikan esok harinya, tiadalah boleh, melainkan dengan sekaliannya itupun dengan janjinya jua.’”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 20)

Page 36: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

*ESTETIKA DAN KEPENGARANG

AN

Page 37: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

PENGGUNAAN BAHASA• Dalam hikayat ini pengarang menggunakan unsur bahasa yang menarik seperti penggunaan istilah bahasa Arab. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan ayat :

*KEPENGARANGAN

i. sa-bermula maka tersebut-lah perkataan Baghadad itu sa-lama peninggal nabi Muhammad Rasulullah Sallahu’Alahi

Wassalam. (HMM:111)

Page 38: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

TEKNIK PEMERIAN• Teknik ini hadir ketika pengarang melakukan penjelasan atau

huraian berkaitan sesuatu idea. Pengarang banyak menggunakan teknik ini bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas. Sebagai contoh:

Hatta pada suatu hari Raja bersiong dudok di balai rongnya sa-telah datang-lah tengah hari rembang maka Raka Bersiong pun masok-lah ka-istana pergi mandi. Maka tatkala itu gerau

yang di-dapor itu pun tengah memotong sayur bayam dengan gopoh-nya hendak di-perbuat gulai lechek makan terleka-lah mata-nya sedikit, makan tersayat-lah hujung jari-nya dengan

pisau. Maka pada sangkanya tiadalah keluar darah itu. (HMM:67)

Page 39: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

TEKNIK PEMUJUKAN• Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik pemujukan

dalam hikayat ini. • Teknik ini untuk menarik perhatian seseorang sama ada

untuk ke arah kebaikan atau keburukan. • Teknik ini dapat dilihat ketika nenek burung garuda ingin

mendapatkan pakaian buat Puteri Benua China. Nenek cuba memujuk puteri untuk memberitahu keberadaan pakaian bagi persalinan puteri. Contoh dalam hikayat:

“Hai chuchuku, tiada apa-apa-nya nenek hendak berbuat di-atas chuchu-ku yang tiga berhamba ini, hanya nenek menanti janji dengan

Nabi Allah Sulaiman jua: tiada berapa lam-nya nenek hendak kembalikan chuchu-ku kepada bonda chuchu-ku jua. Maka sekarang ini di-mana jua tempat-nya segala pakaian chuchu-ku di-dalam istana

ayah bonda chuchu-ku di Benua China itu-kah ada atau kepada tempat yang lain-kah? Hendaklah chuchu-ku katakan kepada nenek supaya

boleh nenek pergi ambil beri akan chuchu-ku. (HMM:23)

Page 40: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

TEKNIK PERCONTOHAN• Teknik ini digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara

dengan memberikan contoh yang sesuai. Contoh petikan dari hikayat:

“Sa-telah sudah itu maka di-nama-nya akan dia Langkasuka kerana mengerjakan itu dengan makan minom dan bersuka-sukaan dengan beberapa binatang jenis-nya daripada rusa,

kijang, pelandok, napoh, sapi dengan segala perburuan yang di-makan oleh sakalian-nya; terlalu-lah amat kesukaan-nya

serta dengan tepok tarinya..” (HMM:19)

Page 41: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

TEKNIK ANALOGI• Pengarang juga menggunakan teknik analogi untuk menjelaskan

secara terperinci tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Contoh dalam hikayat:

Sa-telah demikian itu maka di-kerjakan orang lima ratus itu dengan tempek sorak-nya terlalu ramai-nya seperti akan

terchabut kota itu daripada kebanyakan tentera yang melanggar empat penjuru kata itu. Jikalau guroh halilintar di

langit sa-kali pun tiada kedengaran lagi daripada sangat banyak azamat bunyi itu. (HMM:76)

Page 42: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

GAYA BAHASA•Gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. •Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.

*ESTETIKA

Page 43: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ANTITESIS• Antitetis merupakan peletakkan dua ayat atau kata

yang bertentangan dalam kedudukan berdampingan. Contoh dalam hikayat:

“Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali,

supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada ini, serta dikurniai dengan sejarahnya.”

(HMM:1)

Page 44: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ANAFORA • Anafora merupakan pengulangan perkataan yang sama

pada permulaan klausa. Contoh dalam ayat:

“Maka burung geroda itulah yang diam di pulau mencari makan. Maka burung itu pun pada masa zaman Seri Rama dan Anduman biasa masuk perang, banyak juga kesaktiannya dan

banyak juga segala binatang yang terbang yang berjalan di bumi takut akan dia.” (HMM:2)

Page 45: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ASONANSI• Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal.

Contoh dalam hikayat:

“…bedil meriam yang dipasang itu seperti bunyi guruh dan tagar, terlalu gempita, alamat di laut itu

tiadalah.” (HMM:6)

Page 46: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ALITERASI• Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan. Contoh dalam

hikayat:

“...dilihat oleh burung geroda terlalu banyak alat senjata yang datang hendak mengenai dia, maka ia pun tiada ambil tahu  kerana tiada memberi guna kepada burung geroda itu, …”(HMM:7)

Page 47: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

EPISTROP• Pengulangan perkataan yang sama pada akhir klausa yang

berturutan. Contoh dalam hikayat:

“Maka kata menteri Rom, “Maka inilah hamba sekalian datang mari hendak mencarikan raja tuan hamba itu, dengan penyuruh anak raja Rom juga,

kerana ia sudah ada di dalam Benua China dengan seorang dirinya juga.” (HMM:27)

Page 48: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ANTIKLIMAKS• Penyusunan kata-kata atau frasa atau klausa dalam urutan

kepentingan yang menurun. Contoh dalam hikayat:

“Maka adalah antara sepuluh lima belas hari lamanya Raja Ong Maha Perita Deria bermain di

dalam hutan rimba itu, lalu dihantarkan oleh gajah itu akan rajanya ke kota hingga sampai ke balairung, ia menerumkan…” (HMM:44)

Page 49: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

POLISINDETON• Polisindeton merupakan pengulangan kata hubung. Contoh

dalam hikayat:

“Maka segala menteri hulubalang, rakyat sekalian pun berhentilah masing-masing membuat istana dan

kota parit serta menghimpunkan sekalian orang yang ada pada segala jajahan yang dekat dan yang

jauh, sekalian pun habis datang mengadap serta membawa persembahan akan raja perempuan itu.”

(HMM:36)

Page 50: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

*NILAI ILMU

Page 51: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

KONSEP •Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa ( HMM), terdapat beberapa nilai ilmu yang boleh dikaitkan dalam aspek ilmu. Menurut Mana Sikana (1996) bidang falsafah terbahagi kepada enam nilai ilmu iaitu ilmu teologi, ilmu etika, ilmu estika, ilmu mantik, ilmu metafizika,dan ilmu kosmologi.

Page 52: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ILMU TEOLOGI• Istilah teologi berasal daripada perkataan ‘Theos’ (Yunani)

yang diertikan sebagai ‘Tuhan’ dan ‘Logos’ yang memberi maksud ‘ilmu’. Jadi, ilmu teologi dapat diinterprestasikan sebagai ilmu tentang Tuhan atau ilmu ketuhanan. Ilmu teologi berkisar tentang Tuhan dan hubungannya dengan manusia, sama ada berdasarkan kebenaran wahyu ataupun penyelidikan akal murni. Ilmu teologi berfungsi untuk memantapkan kepercayaan-kepercayaan dan keimanan bagi menghilangkan pelbagai keraguan dari sudut Islam.

• Berdasarkan HMM, terdapat ilmu teologi yang menunjukkan unsur kepercayaan kepada Tuhan di dalam karya tersebut :

“Maka sangatlah Shekh Abdullah Amani menghafaz Quran itu. Maka ia membaca tafsir.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 78)

Page 53: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ILMU ETIKA• Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari

sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal merupakan ilmu etika. Kata etika berasal daripada kata ethos yang bermaksud adat kebiasaan. Etika berbeza dengan pengertian moral. Moral merupakan tindakan manusia yang baik dan wajar, manakala etika pula lebih bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk. Jadi, moral ini sebenarnya dibentuk daripada etika yang lahir hasil daripada budaya manusia.

• “Maka Raja Merong Mahawangsa pun duduk di dalam negeri yang yang baharu diperbuatnya itu, hingga sampai beroleh seorang putera laki-laki, terlalu baik rupa parasnya, serta dengan besar, panjang nipis, agung-agungan, ditakuti oleh orang sekalian.”

* (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 25)

Page 54: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ILMU ESTETIKA• Ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan

kesenian disebut sebagai estetika. John Cohn(1869-1967), seorang ahli falsafah Jerman mendefinisikan estetika sebagai teori tentang keindahan dan seni, manakala Maz Dessoir yang hidup pada zaman yang sama juga mengatakan bahawa lapangan estetika jauh lebih luas daripada bidang keindahan.

• Ruang lingkup estetika merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan sedih dan lucu, yang bergaya dan yang mulia, bahkan yang buruk atau busuk pun dapat dikaitkan dengan keindahan, keindahan yang relatif. Konsep keindahan yang dikenali sebagai al-jamal terdapat dalam Islam. Antara nilai ilmu estetika yang terdapat dalam HMM adalah seperti contoh-contoh di bawah:

Page 55: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

“Adapun pelayaran angkatan anak Raja Rum hendak pergi kahwin ke Benua Chinaitu adalah seperti burung terbang ke sarang, dan tiangnya seperti batang pepara lakukannya, barang di mana berlabuh dan berhenti itu sperti pulau yang besar…”

(Hikayat Merong Mahawangsa,

halaman 6)

Page 56: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ILMU METAFIZIKA• Aristotle menyatakan bahawa ilmu metafizika

merupakan ilmu agama kerana beliau percaya dengan kewujudan Tuhan, dan itu sebagai tanda alam daripada segala yang wujud. Manakala Al-Kindi pula memandang metafizika itu sebagai falsafah yang membahaskan tentang makluk dan alam abstraknya. Ibn Sina menyatakan tentang argumentasi ontology yang berkisar tentang pemikiran tentang ilmu kejadian dan hakikatnya. Falsafah ini berbicara tentang tiga subjek yang menjadi perbincangan iaitu Tuhan, manusia dan benda-benda yang tidak berakal seperti pohon, air dan lain-lain.

Page 57: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

Berdasarkan HMM, terdapat beberapa contoh yang menunjukkan unsur ilmu metafizika, antaranya :

“Selama peninggal perang Seri Rama dan Anduman jadi sunyilah pulau itu. Tiada siapa-siapa duduk; maka datanglah seekor burung geroda yang amat besarnya. …Maka burung geroda itu pun pada masa zaman Seri Rama dan Anduman biasa masuk perang, banyak juga kesaktiannya dan banyak juga segala binatang yang terbang dan berjalan di bumi takut akan dia.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman

2)

Page 58: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

ILMU KOSMOLOGI• Falsafah yang mengkaji tentang hal-hal yang

berhubung dengan alam disebut sebagai kosmologi.

• Antara ilmu kosmologi yang terdapat dalam HMM ialah seperti contoh di bawah :

“…hamba menceraikan anak raja kedua itu nescaya hamba undurlah daripada bawah langit dan atas bumi daerah tempat kediaman segala manusia sekalian ini.”

(Hikayat Merong Mahawangsa,

halaman 3)

Page 59: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

KESIMPULANTuntasnya, melalui karya ini masyarakat dapat mengetahui nilai budaya dan pegangan hidup yang diamalkan oleh masyarakat pada masa dahulu. Nilai yang diamalkan pada masyarakat ketika itu telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu telah mempunyai satu komposisi kehidupan yang pelbagai. Selain itu, masyarakat pada zaman Merong Mahawangsa juga turut mengamalkan ilmu yang pelbagai untuk meneruskan kehidupan. Ilmu ini disebarkan kepada semua dan kebanyakannya melibatkan dengan alam semulajadi. Seterusnya, penghasilan penulisan karya ini juga dilihat menarik dengan penggunaan beberapa teknik yang telah diguna pakai oleh penulis. Penulisan dngan gaya bahasa yang menarik dan teknik yang menarik mampu melahirkan cerita yang dilihat secara realiti.

Page 60: Slaid Karya Agung Kumpulan (1)

RUJUKAN

Siti Hawa, 1998. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbitan Universiti Malaya.

Hassan Ahmad, 2000. Pengenalan  Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussain Othman (2011). Konsep Pensejarahan Melayu: Perspektif Kosmologi.Johor: Penerbit UTHM.

Mustafa Mohd Isa (1999). Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.