semester 6. tugasan ind karya agung

Upload: khalik-bin-masjaya

Post on 07-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Karya Agung

TRANSCRIPT

SEMESTER 6KRB 3063PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK

TUGASAN INDIVIDUSOALAN 1,2 DAN 3

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKNO. TELEFON

KHALIK BIN MASJAYA740930-13-5467PPG/BM/08/00901/2012/2/KIC019-8748835

PENSYARAH : ENCIK MICHEAL BELEKUM TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGANHALAMANSoalan 11.0 Pengenalan2.03.03.13.23.3

Soalan 11.0 PengenalanDalam sesuatu karya sastera khususnya karya agung, idealisme dan falsafah merupakan elemen yang amat popular digunakan oleh para pengkarya satu ketika dahulu. Kedua-dua elemen sastera ini saling bertentangan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010:558). W.F Hocking menjelaskan bahawa idealisme sebagai realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau kebendaan. Berdasarkan definisi tersebut, jelas menunjukkan bahawa idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu karya sastera berkualiti.Falsafah pula didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:406). Ilmu yang dimaksudkan adalah pengetahuan yang luas terhadap sesuatu bentuk hakikat yang mendasari kepada semua ilmu berkaitan dengan hal tersebut. Menurut Hashim Hj. Musa, falsafah disifatkan sebagai kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi perkara utama bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh sastera mengadaptasikan kedua-dua elemen ini ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang hendak disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian kerana, elemen idealisme dan falsafah amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak pembaca. Para pengkarya juga menerapkan kedua-dua elemen ini supaya para pembaca dapat membuat analisis tentang sesuatu karya tersebut dengan lebih mudah. Oleh itu, pelaksanaan ini menumpukan kepada empat iaitu idealisme bersumberkan alam, falsafah bahasa, falsafah Islam dan falsafah Melayu.1.2. Idealisme Bersumberkan AlamSesebuah karya sastera seharusnya memiliki falsafah, pemikiran dan persoalan yang agung dan penting. Hal ini sering diperkatakan oleh tokoh-tokoh pengkritik karya sastera negara. Dalam sesebuah karya sastera, terutamanya karya agung sudah pasti memiliki ciri-ciri pemikiran tertentu yang disebut idealisme. Seterusnya, idealisme yang dibincangkan dalam karya agung Melayu adalah idealisme karya yang bersumberkan alam. Idealisme ini dapat dikategorikan kepada beberapa pecahan, misalnya berkenaan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan sebagainya. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia dikaitkan dengan alam ciptaan tuhan tidak kira dari segi tumbuhan, haiwan, angkasa, lautan dan juga hubungan antara masyarakat. Hal ini banyak diungkapkan dalam karya-karya agung Melayu klasik. Menurut Mortimer Jerome Adler, berdasarkan kaitannya dengan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia sebagai bentuk hidupan yang ada kesinambungannya atau jelas berbeza. Bukan sahaja pada satu bahagian, malah semasa menulis manusia juga tidak dapat lari dari dikaitkan dengan unsur alam. Antara contoh karya agung yang memaparkan penulisan, pemikiran atau idealisme berhubungkait dan bersumberkan alam ialah Sulalat al-Salatin yang berkaitan dengan lautan. Contohnya :Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut begaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut supaya aku ketahui betapa halnya. (Sulalat al-Salatin. 2003:14)Petikan ini memperlihatkan bahawa penulis berasa perlu untuk menyelitkan unsur alam dalam karyanya meskipun kadangkala dilihat hal itu tidaklah begitu penting. Ini membuktikan bahawa kaitan antara manusia dan alam adalah sesuatu yang dianggap sebagai keperluan. Dalam karya agung Hikayat Abdullah, 2004:15, unsur alam iaitu api dan air turut dipaparkan. Contohnya,Bahawa demikianlah susahnya aki ini dipeliharakan oleh ibu bapaku seperti meniup api dalam air, adanya.(Hikayat Abdullah, 2004:15)Petikan ini pula menunjukkan adanya perumpamaan yang berkaitan dengan kehidupan manusia melalui pengarangan kisah hidup Abdullah yang ditulis oleh beliau sendiri. Seterusnya perkaitan sumber alam antara manusia yang terdapat dalam karya agung Hikayat Abdullah. Contohnya,Maka sebab itulah kata arif: Apabila engkau dapat wang, belikan emas; maka jualkan pula emas itu, belikan pula intan; maka jualkanpula intan itu, belikan manikam; jualkan pula manikam itu, belikan ilmu. Maka demikianlah besar kemuliaannya itu serta dengan teguh setianya k epada orang yang mendapat dia itu.(Hikayat Abdullah, 2004: 20). Dalam penulisan karya ini, Abdullah Munshi turut memasukkan kata-kata dari bijak pandai yang menunjukkan bahawa beliau mengambil tahu hal ini daripada orang yang lebih arif. Biasanya, hal ini merujuk kepada orang yang berilmu dan lebih tua kepada orang muda. Penjelasan di atas memperlihatkan idealisme bersumberkan alam berkaitan hubungan sesama manusia dalam hidup bersosial.3.1 Falsafah Bersumberkan IslamFalsafah karya agung Melayu turut diilhamkan oleh para pengkarya melalui agama Islam yang menjadi pegangan agama hampir semua bangsa Melayu. Ini dibuktikan melalui sebuah buku daripada Yayasan Karyawan (2000: 13) yang menyenaraikan tiga faktor utama terhasilnya karya agung Melayu. Faktor yang pertama ialah kekuatan bahasa Melayu, kedua pengaruh Islam dan ketiga peranan istana dan sekolah pondok. Ini membuktikan bahawa falsafah berumberkan Islam juga terdapat dalam karya agung Melayu.Kemunculan Islam di alam Melayu sekitar abad ke-12 dan ke-13 telah menyebabkan pengaruh agama Hindu semakin pudar dalam kalangan masyarakat Melayu. Pada ketika itu juga beberapa buah kerajaan Melayu-Islam telah ditubuhkan di Perlak (Pasai). Hal ini menyebabkan pengaruh Hindu dalam kerajaan Melayu-Srivijaya berakhir. Agama Islam disebar secara meluas dalam kalangan alim ulama dan rakyat biasa.Pengaruh Islam semakin kukuh di alam Melayu apabila masyarakat Melayu sudah mula mempelajari abjad Arab untuk menulis bahasa Melayu. Dengan perkembangan tulisan ini, maka bermulalah suatu zaman baru dalam dunia Melayu, iaitu zaman perkembangan ilmu dan pemikiran berasaskan kepada ajaran tauhid dan pandangan Islam sejagat. Hal ini dapat dikaitkan dengan istana kerajaan Melayu-Islam ketika itu yang mendukung kepada kegiatan penulisaan yang berbentuk warisan bangsa.Al-quran merupakan sumber utama kepada falsafah Islam kerana al-quran adalah kitab petunjuk dan rahmat buat sekalian alam. Menurut Mohd. Rashid Md Idris, al-quran adalah kitab yang Haq dari yang maha Haq, tiada keraguan, tiada kebengkokan, tiada kesilapan dan kesalahan, tiada percanggahan dan pertentangan, kitab yang terpelihara, kitab yang diberkati, kitab yang menjadi cahaya dan penghidup jiwa, kitab yang menjadi penjelas dan penerang, kitab yang menjadi penawar dan pengubat jiwa, dan kitab yang menjadi pemutus kata (2007: 53). Hal ini menjelaskan bahawa Islam dan falsafahnya memberi sepenuh keyakinan kepada penganut agamanya. Maka, tidak hairanlah di dalam penulisan pengkarya klasik dahulu kala terutamanya yang beragama Islam seperti Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Munshi Abdullah, Nuruddin al-Raniri dan tokoh-tokoh yang lain gemar mengadaptasikan pemikiran berasaskan falsafah Islam dalam karya masing-masing.Dalam penghasilan karya Sulalat al-Salatin oleh Tun Sri Lanang. Agama Islam menyarankan agar seseorang rakyat mentaati pemerintahnya selagi pemerintah tersebut tidak berlaku zalim. Kesetiaan seorang rakyat terhadap sultan ini dibuktikan melalui penghasilan karya Sulalat al-Salatin yang merupakan titah perintah sultan kepada seorang pengarang, iaitu Tun Sri Lanang. Titah sultan tersebut berbunyi :diperbuatkan hikayat [] pertuturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya (Sulalat al-Salatin,edisi Karya Agung, 1993:3).Pengarang menunjukkan taat setia dengan menjunjung perintah sultan yang membawa kepada keberlanjutan warisan sejarah bangsa kepada generasi terkemudian. Ini dapat dibuktikan melalui tulisan pengarang dalam kitab ini juga yang berbunyi :Maka fakir karanglah hikayat ini [] dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukai duli hadhrat baginda (Sulalat al-Sulatin, edisi Karya Agung, 1993:4).Selain itu, terdapat juga karya-karya agung lain yang menerapkan unsur keislaman. Misalnya dalam Hikayat Abdullah karya Abdullah Abdul Kadir Munshi, pendidikannya sejak dari kecil sangat menitikberatkan hal-hal keagamaan dan keilmuan. Ini dapat dilihat berdasarkan petikan karya tersebut yang berbunyi : Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat kekayaan, dan kekayaan itu membawa kepada kebesaran. Maka bahawasanya segala benda yang dijadikan Allah dalam dunia itu masing-masing adalah dengan harganya, iaitu dapat dinilaikan oleh manusia melainkan ilmu itulah sahaja yang tiada ternilai oleh manusia akan harganya. (Hikayat Abdullah, 2004:19) Petikan ini jelas bercirikan falsafah Islam apabila segala yang dinyatakan berbalik kembali kepada kepercayaan dan kepatuhan terhadap Allah. Selain itu, menuntut ilmu juga adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam.3.2 Falsafah Bersumberkan MelayuKehidupan masyarakat Melayu ketika dahulu begitu mementingkan peraturan dan disiplin. Oleh itu, pengkarya turut menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya, mereka menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi ini meliputi lima perkara iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi dan akal budi (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011:63).Budi bahasa dan budi bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang sopan, manis, positif, bernas dan penuh pengajaran serta memberi sumbangan kepada pendengar (Mohd Rashid Idris, 2011:64). Penerapan unsur ini dapat dilihat dalam karya agung yang berbunyi, Pada masa itulah wafat Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani iaitu pada malam Isnin 12 haribulan Rejab, pada Hijrah 1039 tahun, bahawa Syeikh itu alim pada segala ilmu tasawuf dan beberapa kitab yang ditaklifkannya. (Sumber :Bustan al-Salatin, 1992)Ungkapan yang dinyatakan oleh Naruddin ini adalah satu pengiktirafan beliau terhadap kewibawaan ulama tersebut. Ini kerana beliau adalah seorang individu yang berbudi bahasa. Budi pekerti pula lebih terarah kepada akhlak seseorang, Namun, unsur kesatunan masih menjadi intipati kepada setiap perlakuan seseorang. Kelakuan tersebut meliputi kelakuan yang sopan santun, tertib dan sebagainya. Ini dapat dilihat dalam Syair Ken Tambuhan.Konsep budi bicara pula lebih menjurus kepada unsur toleransi dan tolak ansur dalam setiap perbuatan. Kehidupan masyarakat yang mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana harmoni dan aman damai. Hal ini juga dinyatakan dalam karya agung Syair Ken Tambuhan.Kebiasaan dalam masyarakat dahulu, pertimbangan akal budi sangat dipentingkan dalam kehidupan seharian. Nilai ini mampu menjadikan seseorang itu bertanggungjawab dalam mengurus diri, keluarga dan masyarakat. Nilai ini turut diselitkan dalam karya agung klasik. Iaiatu dalam Syair Ken Tambuhan, 2005: 5.3.3 Falsafah BahasaDalam falsafah bahasa, aspek yang diteliti adalah berasaskan falsafah pengetahuan iaitu ilmu dalam bentuk konsepsi yang wujud dalam fikiran secara ilmu, logikal, dan sebagainya. Secara umumnya, aspek ini menitikberat tentang aspek tatabahasa dan makna ketika seseorang penutur itu berbahasa. Hal ini dapat dilihat dalam karya agung Melayu yang menggunakan bahasa untuk menyatakan seseuatu gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu. Malah sejarah Melayu telah menceritakan tentang kemasukan agama Islam ke Melaka. Contohnya, Hatta, maka hari pun asarlah; maka datanglah kapal dari Judah. Serta ia lalu ia bersembahayang di pantai Melaka itu. (Haron Daud, 1989:45). Penulis memfokuskan kepada makna yang sempurna daripada petikan ayat tersebut bagi menggambarkan perlakuan tersebut untuk menyedarkan kepentingan solat. Kesimpulannya, kebanyakan tokoh-tokoh sastera mengadaptasikan kedua-dua elemen ini ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang hendak disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian kerana, elemen idealisme dan falsafah amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak pembaca.

Soalan 21.0 PendahuluanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), perkataan nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai didefinisikan dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Nilai mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai dan menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia. Ini kerana nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah. Kehidupaan masyarakat Melayu sememangnya tidak lari daripada peraturan yang perlu dipatuhi. Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat dan seterusnya menjamin kesejahteraan dalam kehidupan.Nilai dan etika masyarakat Melayu cukup sinonim dengan agama Islam yang diterima dengan meluas dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara. Ketinggian dan kesucian nilai dan etika dalam pengaruh agama Islam memberi pengaruh yang besar terhadap akal budi masyarakat Melayu sehingga kekal pada hari ini. Misalnya, dalam Cerita Lipur Lara, banyak nilai Melayu yang diterapkan oleh penulisnya.2.0 Nilai Menghormati Orang TuaMenghormati orang tua merupakan salah satu nilai Melayu yang begitu ditekan sejak dahulu lagi. Dalam karya agung Melayu seperti Cerita Lipur Lara, pengarang menerapkan sikap menghormati orang tua, iaitu anak yang menghormati ibu bapanya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila si anak menurut sahaja kehendak ayah dan ibu walaupun terdapat perintah tersebut begitu sukar dan mendatangkan risiko. Sebagai contohnya boleh dilihat dalam petikan berbunyi : Baiklah, kerana hamba fikir itulah yang patut tempat hamba, kerana hamba ini suatu kera, tiada patut duduk kepada tempat medan, majlis segala raja-raja. Itulah yang patut tempat hamba, di dalam rimba banat. Maka hamba berkirim sembah kepada ayahanda dan bonda hamba, janganlah ayah dan bonda bermasyghul hati.(Cerita Lipur lara : 27)2.1 Nilai KemesraanKemesraan bermaksud hal yang menggambarkan keadaan sangat erat atau karib. Kemesraan juga bersumber dari cinta kasih dan merupakan realisasi nyata. Ringkasnya, kemesraan dapat diertikan sama dengan keakraban yang dilandasi rasa cinta dan kasih. Dalam Cerita Penglipur Lara, kemesraan hubungan antara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar semasa upacara tertentu. Misalnya, semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kendara diadakan di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kecil, besar, tua dan muda. Hal ini digambarkan melalui petikan puisi berikut :Yang capik datang bertongkat,Yang buta datang berpimpin,Yang tuli datang bertanya,Yang kurap datang mengibar.(Cerita Lipur Lara: 21)Puisi di atas menjelaskan kemesraan pemerintah dan rakyat apabila berlakunya sesuatu majlis atau peristiwa. Segenap lapisan masyarakat datang untuk memeriahkan majlis tersebut walaupun keadaan kesihatan kurang mengizinkan. Sebagai tanda sokongan, mereka berusaha untuk hadir ke sesuatu majlis yang dianjurkan. Keadaan ini menunjukkan kemesraan dan keharmonian antara pemerintah dan rakyat.2.2 Kasih SayangKasih sayang dapat diertikan sebagai cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada seseorang yang lain atau benda-benda dan makhluk lain. Kasih sayang merupakan sifat semula jadi dan ada yang bersifat aradhi (mendatang). Terdapat beberapa perkara yang menarik hati manusia kepada manusia lain seperti kecantikan, ilmu, kepimpinan, jasa, hubungan darah, kekuatan, akhlak dan sebagainya. Dalam Cerita Lipur Lara, nilai kasih sayang diterapkan oleh pengarangnya dan dapat dilihat melalui hubungan ibu dan ankecikak. Contohnya :Ya tuk temenggung, apalah halnya hamba, sifat anak perempuan, hendak menaruhnya Kera Imam Tergangga, kerana ayahandanya hendak membuangkannya. Tetapi sungguhpun terbuang, anak hamba juga dari dunia sampai ke akhirat.(Cerita Lipur Lara : 25)Petikan di atas memperlihatkan kepada kita bagaimana kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya walaupun anak yang dilahirkannya seekor kera. Hal tersebut tidak menghilangkan rasa sayangnya. Bagaimanpun, Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai terpaksa menerima keputusan sumainya untuk membuang anak yang dilahirkan kerana rasa malu mendapat anak seekor kera. Walaupun sayang kepada anaknya, namun kehendak suaminya terpaksa diturutkan.2.3 Nilai BekerjasamaBekerjasama bermaksud kerja bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak). Dalam masyarakat Melayu, nilai ini sentiasa disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Mereka sentiasa membuat sesuatu pekerjaan dengan bekerjasama antara satu sama lain, sebagai contoh kenduri perkhawinan iaitu denan mengadakan rewang. Dalam Cerita Lipur Lara, nilai bekerjasama banyak ditonjolkan oleh pengarangnya, misalnya :Maka hamba rakyat pun junjunglah titahnya itu dengan seboleh-bolehnya di atas batu kepala kita, amak kita kerjakanlah seisi negeri beramai-ramai menyampaikan kehendak tuan kita itu.(Cerita Lipur Lara : 9)Petikan ini menjelaskan kepada kita bagaimana pembesar-pembesar dan rakyat jelata bekerjasama untuk menyiapkan kehendak raja, iaitu membuat tujuh buah perahu laut dalam masa tujuh hari kerana raja hendak membawa anaknya Tuan Puteri Setangkai balayar ke slut, berpukas-pukas mencari pelbagi karangan laut dan pelbagai makanan laut.Oleh hal yang demikian, semua rakyat bekerjasam untuk menyempurnakan perintah raja tersebut.2.4 Nilai BerdikariBerdikari merupakan siingkatan daripada frasa berdiri di atas kaki sendiri. Orang yang berdikari tidak bergantung hidup kepada orang lain dan tidak mengharapkan pertolongan. Sifat berdikari selalu sahaja terdapat dalam watak utama, iaitu mereka akan berdikari sehingga mereka memperolehi perkara yang diinginkan. Nilai ini juga diterapkan oleh pengarang Cerita Lipur Lara yang berbunyi :Maka Tuanku Malim Demam pun menanggalkan pakaian-pakaian itu lalu didukungnya, hanyalah tinggal sebentuk ciincin dan sebilah dan sebilah keris dengan sebilah pedang sahaja di badannya. Hatta, amak ia pun duduklah di dalam hutan dengan anjingnya, Si Kumbang itu.(Cerita Lipur lara : 202-203)Petikan ini memperlihatkan bagaimana Tuanku Malim Deman berdikari meneruskan pengembaraannya setelah semua pengikutnya meninggal dunia. Beliau meneruskan pengembaraan seorang diri dan ditemani seekor anjing. Pengembaraan untuk encari Puteri Bongsu seperti dalam mimpinya diteruskan walaupun baginda hanya memiliki sebentuk cincin dan sebilah keris pada ketika itu dan pakaian-pakaian ditanggalkan kerana sudah koyak terkena duri.2.5 Nilai Nasihat-MenasihatiMenurut Muhamad bin Nasr al- Maruzi di dalam kitabnya (Taziim Qadr as-Solat), sesetengah ahli cerdik pandai berpendapat bahawa sebaik-baik terjemahan kepada nasihat ialah bimbingan serta didikan yang baik terhadap seseorang tanpa mengira bentuk bimbingan dan tunjuk ajar tersebut. Nasihat yang dimaksudkan meliputi perkara solat, puasa dan semua hal dalam kehidupan manusia. Ia termasuklah memberi kata-kata perangsang, motivasi, semangat dan sebagainya bertujuan mendapatkan kesejahteraan hidup sesama manusia. Nilai ini juga diterapkan oleh pengarangnya dalam Cerita Lipur Lara yang berbunyi :Aduhai adinda adik bongsu, janganlah adinda bersuka-sukaan sangat, kerana ada kata orang tua-tua dahulu kala, Tiap-tiap suka itu duka kesudahannya. Kepada fikiran kakanda janganlah adinda bersuka sangat, hari pun hampir petang. (Cerita Lipur Lara : 211)Petikan ini menerangkan Tuan Puteri enam menasihati adindanya yang bongsu supaya tidak terlalu gembira kerana bimbang jika akhirnya akan bersedih seperti kata-kata orang tua dahulu dan hari pada ketika itu juga sudag hampir ke petang. Selain daripada nilai-nilai yang telah dijelas di atas, terdapat beberapa nilai hidup orang Melayu yang sinonim dengan agama Islam dan adat yang masih berpengaruhi dalam masyarakat Melayu Nusantara. Antara nilai-nilai tersebut ialah kesetiaan, tolong-menolong, akidah Islam, meraikan tetamu, berpegang teguh kepada adat resam, bertimbang rasa, saling menghormati, bersopan santun, mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim, bekerja bersungguh-sungguh dan mengormati suami. Nilai-nilai ini banyak ditonjolkan oleh pengkarya dalam Karya Agung Melayu seperti dalam Cerita Lipur Lara.Sesungguhnya nilai bahasa dan budaya begitu penting dalam pembentukan negara bangsa. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi membentuk temadun Malaysia hingga kini. Seperti yang telah dihuraikan, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu amat mendalam sekali. Nilai utama Islam yang berasaskan akidah telah membentuk nilai ketaatan dan keimanan kapada Allah S.W.T dan membentuk nilai-nilai baru dalam budaya Melayu.

Soalan 3 1.0 PendahuluanKarya Agung Melayu merupakan salah satu warisan Melayu yang harus dipelihara dengan baik. Secara umumnya karya agung Melayu juga berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya. Hal demikian kerana Karya Agung Melayu dianggap cerminan yang dapat menceritakan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu khususnya ketika zaman pemerintahan Melayu Melaka. Penelitian terhadap kandungan Karya Agung Melayu dapat membantu kita mengenali dengan lebih dekat berkenaan struktur sosial, budaya, agama, dan nilai atau norma-norma kehidupan yang diamalkan masyarakat Melayu ketika itu.Penelitian tentang nilai ilmu dalam sesebuah karya agung membolehkan kita menjejaki cara hidup nenek moyang kita pada waktu dahulu. Contohnya seperti ilmu jampi, ilmu pengasih, dan ilmu pendukunan yang sudah sebati dalam masyarakat terdahulu. Jika dilihat pada masa sekarang, kebanyakan nilai ilmu yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulu ditinggalkan kerana ada diantaranya yang bertentangan dengan agama Islam, malahan tidak lagi relevan pada masa kini. Namun, itulah hakikat yang perlu kita ketahui dan selami kerana nilai-nilai ini telah lama meresap dalam diri seorang Melayu.2.0 ILMU FIRASATMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:412) ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka iaitu anggota badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Ilmu firasat dapat dikatakan sebagai ilmu yang boleh menilik nasib seseorang. Sesiapa yang mempunyai ilmu ini dapat membaca fikiran, melihat dan mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan orang lain. Ini penting terutama bagi pahlawan-pahlawan kerana dengan itu ia boleh membantu mereka menewaskan musuh.Dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan tentang penggunaan ilmu firasat. Antaranya ialah berdasarkan kepada peristiwa mimpi yang telah di alami oleh Hang Mahmud. Maka pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit; maka cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud pun terkejut lalu bangun daripada tidur, lalu diribanya anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh tubuh.(Hikayat Hang Tuah : 23)Berdasarkan contoh di atas, Hang Mahmud telah bermimpi tentang bulan yang turun dari langit dan cahaya bulan tersebut telah mengenai Hang Tuah. Melalui peristiwa tersebut, Hang Mahmud berpendapat bahawa sesuatu akan berlaku kepada Hang Tuah. Dengan itu, beliau telah berpesan kepada isterinya iaitu Dang Merdu supaya sentiasa menjaga Hang Tuah. Hang Mahmud juga berfikir bahawa Hang Tuah patut diberikan ajaran yang sempurna. Namun, disebabkan keadaan di Kampung Sungai Duyung tidak mempunyai tempat pengajian yang sesuai untuk Hang Tuah, maka Hang Mahmud berpendapat mereka haruslah berpindah ke Bentan. Di Bentan, Hang Tuah telah diserahkan kepada seorang lebai untuk diajarkan mengaji al-Quran.Dalam Hikayat Hang Tuah juga disebutkan tentang pengamalan ilmu firasat. Amalan ilmu firasat ini dapat dilihat menerusi petikan yang berbunyi : Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya ini. Jikalau demikian, apa jua kehendaknya? Baiklah kuperdayakan. (Hikayat Hang Tuah : 155)Menerusi peristiwa yang berlaku tentang rahsia Keris Taming Sari. Hang Tuah berfirasat bahawa jika seseorang itu mempunyai keris Taming Sari, badannya tidak akan lut jika ditikam. Dengan menggunakan kebijaksanaannya, Hang Tuah telah berjaya merampas keris tersebut dari tangan Taming Sari. Firasat awal Hang Tuah tentang keris tersebut sememangnya betul, kerana sepanjang beliau menggunakan keris tersebut, beliau tidak pernah tercedera dalam pertarungan. Dalam Hikayat Hang Tuah juga dinyatakan tentang penggunaan ilmu firasat dan dapat dilihat semasa Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri negeri tersebut. Masa yang dipilih oleh Raja Melaka dipersetujui oleh Hang Tuah kerana menurutnya ketika itu (hari Ahad malam Isnin) adalah waktu yang geroda ditewaskan oleh seekor ular. Kiasan itu memberi makna, pihak yang kuat dan besar dapat dikalahkan oleh orang atau pihak yang lebih kecil. Jangkaan Hang Tuah ternyata tepat apabila beliau dan rombongan beroleh kejayaan di Majapahit.Kepercayaan kepada ilmu firasat boleh dikaitkan dengan konsep memilih waktu dalam kalangan masyarakat Melayu. Contohnya dalam seminggu tedapat hari-hari tertentu yang baik dan buruk serta mendatangkan sial. Begitu juga dengan bulan-bulan tertentu dalam masa setahun. Hal yang demikian, menyebabkan mereka memilih waktu yang baik untuk memulakan sesuatu pekerjaan seperti mendirikan rumah, mengerjakan sawah dan memulakan perjalanan untuk merantau. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya malapetaka atau sebarang keburukan.2.1 ILMU PENDUKUNAN

Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa dukun merupakan orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. Perdukunan pula didefinisikan sebagai sesuatu yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun. Terdapat beberapa istilah digunakan untuk orang yang mengamalkan ilmu perdukunan ini. Antaranya ialah kahin, arraf, rammal, munajjim atau ahli nujum, sahir atau tukang sihir dan lain-lain. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringakt awal adalah berbentuk animisme. Mereka percaya dan menganggap benda-benda mempunyai semangast dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah akiviti pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-gunung dan fenonema lain. Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun, pawang atau bomoh diperlukan. Dukun atau bomoh juga mampu menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutamanya binatang liar dan bisa. Mereka mampu melemahan binatang-binatang tersebut dengan jampi. Di Melaka, terdapat seorang yang arif tentang gajah, bergelar Penghulu Gajah. Antarnya adalah Seri Wak Raja. Hal ini diceritankan dalam petikan berbunyi : Sekalian orang pun melihat tahunya Seri Wak Raja, gajah penakut jadi beraninya.(Sulalatus Salati : 209)Terdapat juga golongan istana yang menggunakan dukun atau nujum terutama sebelum kedatangan Islam. Peranan ahli nujum agak berbeza dengan bomoh. Ahli nujum lebih kepada membuat ramalan. Dalam karya agung Hikayat Merong Mahawangsa, keturunan raja Kedah yang memerintah Siam mengarah ahli nujumnya mencari pengganti raja Kedah setelah Raja Bersiung hilang dalam perdu buluh betung. Ahli nujum tersebut melepaskan gajah sakti untuk mencari raja yang baru.2.2 ILMU JAMPI Menurut Kamus Dewan (2010), jampi bermaksud kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Orang Melayu sangat dekat dunianya dengan spiritual. Ini mungkin juga disebabkan oleh Islam yang menjadi agama rasmi orang Melayu, agama Hindu dan Buddha juga pernah mempengaruhi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Jika dilihat pada zaman dahulu, hampir kesemua aktiviti akan diikuti dengan jampi. Ilmu jampi atau perdukunan ini dapat dilihat dalam teks Sulalatus Salatin pada bab 3 yang ada menyentuh tentang Badang beroleh gagah. Dalam bahagian ini, Badang merupakan seorang hamba yang tinggal di Sayung dan mengerjakan sebuah huma milik tuannya. Badang juga mempunyai aktiviti lain iaitu gemar menahan lukah. Namun apa yang menghairankan ialah lukahnya tidak pernah dimasuki ikan dan dia hanya menjumpai tulang ikan sahaja berhampiran lukahnya itu. Maka, pada suatu hari Badang mengintip kawasan lukahnya untuk mengetahui siapakah yang telah memakan ikan-ikan di lukah yang ditahan itu. Badang berasa terkejut apabila melihat seekor hantu yang berbadan besar dan panjang, bermata merah seperti matahari terbit, dan rambutnya dikatakan mencecah pusat. Dengan berbekalkan parang dan kapak, maka Badang menerpa ke arah hantu itu dan memegang janggutnya dan mengugut mahu membunuhnya. Akibat ketakutan, hantu itu memberikan beberapa tawaran dan Badang memilih untuk menjadi kuat. Untuk menjadi kuat, hantu itu mengarahkan Badang supaya memakan muntahnya. Berikut adalah kata-kata hantu tersebut :Jikalau engkau hendakkan gagah, makanlah muntahku. Setelah itu oleh Badang dicubanya segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah. ( Hikayat Hang Tuah: 48-49 ) Dalam Islam, terdapat juga unsur-unsur jampi. Namun demikian, ayat-ayat yang dibacakan dalam jampi tersebut adalah ayat-ayat al-Quran dan bergantung kepada keizinan Allah untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau tidak. Pada hari ini, ramai yang terkeliru antara jampi yang diamalkan pengamal ilmu hitam dengan pengamal al-Quran. Tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa jampi yang menggunakan ayat al-Quran ini adalah syirik kerana menyekutukan Allah. Di sini terdapat percanggahan pendapat kerana dari segi syarak itu sendiri, Islam membenarkan umatnya untuk berubat selagi mana cara perubatan itu tidak menyekutukan Allah dan tidak membuatkan individu itu terpesong kepercayaannya.2.3 ILMU PENGASIHMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi, azimat, atau guna-guna untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu yang dikehendaki. Ilmu pengasih boleh difahami sebagai salah satu ilmu kebatinan yang digunakan sebagai satu usaha untuk menakluki dan memiliki sekeping hati yang dimiliki individu yang dihajati atau dicintai secara halus atau ghaib. Ilmu ini hanya akan berkesan kepada individu yang dimaksudkan sahaja dan tidak akan memberi kesan kepada orang yang terdekat dengannya. Ilmu pengasih dibuat dalam berbagai jenis, kaedah serta nama. Contohnya minyak dagu, pengasih purnama, pengasih arjuna, pengasih jiwa dan banyak lagi. Ilmu pengasih boleh dilakukan dengan menggunakan minyak pengasih yang diperbuat daripada bahan tertentu, makanan dan minuman, minyak wangi, tenungan mata, hikmah suara, hikmah seri wajah dan sebagainya. Hakikatnya, ilmu pengasih ini telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Keadaan ini turut digambarkan dalam karya-karya warisan Melayu. Dalam Hikayat Hang Tuah turut diceritakan perihal Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih bagi mendapatkan Tun Teja.Contohnya petikan berbunyi :Maka Tun Tuah pun bermohonlah lalu pulang ke rumahnya. Maka Tun Tuah pun mandi dan berlangir. Maka Tun Tuah pun duduklah membuka pustakanya. Setelah sudah dilihat dalam pustakanya, maka Tun Tuah pun tersenyum, seraya dikucupinya pustakanya itu. (Hikayat Hang Tuah: 216)Setelah Tun Tuah berolah jebat itu, maka Tun Tuah pun kembalilah ke rumahnya berbuat suatu guna pengasih namanya. Setelah sudah diperbuat guna itu, maka pada malam itu juga Tun Tuah berjaga membaca pustakanya datang siang. (Hikayat Hang Tuah: 217)Demi berpalit gunanya itu maka Tun Teja pun terkejut seperti disentap orang kakinya. Maka Tun Teja pun bangun, seraya berkata, Rindunya aku akan Mak Inang Janganlah inangda takut. Mana Tun Tuah itu sekarang?(Hikayat Hang Tuah: 218)Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan Raja Melaka terhadapnya. Hang Tuah telah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya. Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun Teja untuk Raja Melaka, demi menebus kesalahan dirinya. Hang Tuah menggunakan tipu muslihat bagi meyakinkan Tun Teja untuk mengikutnya pulang ke Melaka. Hang Tuah menyatakan bahawa dia ingin memiliki Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja amat marah akan perkhabaran yang dibawa oleh inangya itu. Oleh sebab itu Hang Tuah mengambil jalan untuk menggunakan ilmu pengasih terhadap Tun Teja dengan menggunakan jebat yang diperoleh daripada seorang perempuan tua. Hang Tuah membuka pustakanya iaitu kitab atau buku lama yang mempunyai ilmu tentang cara-cara membuat ilmu pengasih dan terus keluar mencari jebat iaitu wangi-wangian yang dijual oleh seorang perempuan tua bagi menghasilkan ubat guna-guna tersebut. Hang Tuah bersepakat dengan inang Tun Teja untuk mencalitkan guna-guna tersebut pada Tun Teja yang sedang tidur. Sebaik sahaja jebat itu dicalitkan pada Tun Teja, beliau segera bangun dari tidur dan mencari inangnya. Tun Teja menyatakan bahawa beliau teringin untuk berjumpa dengan Hang Tuah. Ketika itulah Hang Tuah memasang jerat dengan menyatakan bahawa beliau akan berangkat ke Melaka. Tun Teja berasa sedih untuk berpisah dengan Hang Tuah dan menyebabkan beliau bersama-sama Hang Tuah berangkat ke Melaka beserta semua dayang-dayang. Keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa Hang Tuah telah menggunakan ilmu pengasih bagi memikat Tun Teja untuk di bawa ke Melaka dan dikahwinkan dengan Raja Melaka. Ilmu pengasih yang dibuat Hang Tuah ternyata berkesan apabila Tun Teja segera memanggil inangya dan bertanyakan tentang Hang Tuah sejurus selepas dicalitkan ubat pengasih tersebut. Hang Tuah juga digambarkan telah mempunyai ilmu tersebut kerana beliau mempunyai pustaka atau kitab tentang ilmu pengasih. Kitab inilah yang dirujuk beliau sebelum mencari bahan bagi menghasilkan ubat pengasih atau guna-guna tersebut. Namun, sebagai umat Islam kita wajib menjauhi perkara yang dilarang Allah SWT. Setiap perkara yang tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah dikira sebagai perkara Bidah iaitu perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau Sunnah dan turut dianggap sesat. Peredaran masa serta meningkatnya tahap mentaliti dalam kalangan masyarakat sekarang menjadikan amalan-amalan sebegini tidak lagi di amalkan kerana masyarakat kini telah pandai memilih dan membezakan antara yang buruk dan baik.3.0 RumusanSecara ringkasnya, sesuatu karya agung itu wajar dianggap sebagai warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili minda dan pengalaman bersama (kolektif) bangsa itu sepanjang zaman. Hal ini sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, ilmu, adat, bahasa, seni dan pekerti budaya dan social yang membentuk citra atau identiti ketemadunan bangsa itu.

RUJUKANAbdullah Abdul Kadir Munsyi (2004). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.Awang Sariyan (2010). Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam. KualaLumpur: Penerbitan Ilham Baru.Dewan Bahasa Dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Mohd Rahsid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa :Teori Rashid. Perak: Universiti SultanIdris.Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tun Seri Lanang (1997). Sulalat al-Salatin yani pertuturan segala raja-raja (Sejarah Melayu).Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.20