karya agung topik 1 sejarah

22
KRB 3063 (PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU) Tajuk 1 : Sejarah Karya Agung – Sejarah awal persuratan Melayu & zaman Melayu Melaka.

Upload: hasnah-bukini

Post on 27-Jun-2015

224 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Nota kursus Karya Agung Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KRB 3063 (PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU)

Tajuk 1 : Sejarah Karya Agung – Sejarah awal persuratan Melayu & zaman Melayu Melaka.

Page 2: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

PENGENALAN

Tamadun sesuatu bangsa dapat dikenali dan dipelajari menerusi hasil kesusasteraan yang terhasil pada zaman tersebut.

Kesusasteraan merupakan ekspresi tertinggi masyarakat yang mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan, kebudayaan, kesenian dan kehidupan bagi sesebuah bangsa.

Page 3: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU

Terbahagi kepada sastera Melayu tradisional dan sastera Melayu moden.

1800 merupakan batas pemisah antara sastera dua zaman tersebut.

Karya sastera yang dihasilkan sebelum tahun 1800 dianggap sebagai karya Melayu tradisional, manakala penghasilan karya selepas tahun 1800 dianggap sebagai sastera Melayu moden.

Page 4: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

SASTERA TRADISI VS SASTERA MODEN

Isi – Karya tradisional lebih berpusatkan kepada cerita sekitar istana dan raja Melayu.

ceritanya sering memaparkan unsur-unsur kesaktian, khayalan & ketokohan wira dan wirawati golongan bangsawan.

Manakala karya sastera moden telah berpijak di dunia nyata, iaitu berkisar kehidupan sosial masyarakat Melayu.

Sastera tradisi Sastera moden

Page 5: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

SAMBUNGAN

Bentuk – bentuk sastera Melayu tradisional terikat dengan bentuk-bentuk lama seperti cerita penglipur lara, syair, pantun, cerita berbingkai dan mitos.

Manakala bentuk sastera moden ditandai dengan penghasilan novel, cerpen, sajak, dama dan karya biografi.

Sastera tradisi

Sastera moden

Page 6: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

SAMBUNGAN

Audien – karya sastera Melayu tradisional dinikmati secara komunal iaitu bersama kerana masyarakat Melayu lama berpegang kepada budaya partisipatoris. Ini dapat dijelaskan dengan baik melalui penghasilan dan penikmatan terhadap hasil sastera tradisional seperti penglipur lara.

Manakala karya moden lebih dinikmati secara individu.

Sastera tradisi Sastera moden

Page 7: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KARYA AGUNG Karya agung merupakan karya klasik yang telah

meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa.

Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu.

Karya agung sering menjadi rujukan dan bahan kajian sarjana bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi & sosiologi.

Page 8: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KARYA AGUNG & TAMADUN BANGSA

Setiap tamadun bangsa, mempunyai karya agungnya yang tersendiri.

Tamadun Melayu - Hikayat Hang Tuah & Sejarah Melayu.

Tamadun India – epik Ramayana & Mahabrata.

Tamadun Yunani - epik agungnya Illiad & Odyssey.

Page 9: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KARYA AGUNG & TRADISI SASTERA ISTANA

Karya-karya agung ini merupakan warisan silam tradisi sastera istana.

Hal ini kerana, kisahnya berlatarkan istana dan berkisar tentang golongan raja bangsawan yang diberi perlukisan sebagai manusia serba agung dan sempurna.

Page 10: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KESULTANAN MELAYU MELAKA (KMM) Diasaskan oleh Parameswara, seorang putera

Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang antara tahun 1400 hingga tahun 1403.

Melaka mendapat nama sempena sebatang pokok ‘Melaka’ di muara Sungai Bertam yang dijadikan tempat berteduh oleh Paramewsara dan pengikutnya semasa berburu.

Parameswara juga telah menyaksikan bagaimana anjing buruannya telah ditendang oleh seekor pelanduk.

Page 11: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KESULTANAN MELAYU MELAKA

•Sultan Iskandar Shah 1400 - 1424 •1414 - Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau menukarkan namanya kepada Sultan Iskandar Shah.

•Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444 •Dikatakan menulis buku Hukum Kanun Melaka.

•Sultan Abu Syahid 1444 – 1445

•Sultan Muzaffar Shah 1445 – 1459 •Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka •Menyusun semula buku Hukum Kanun Melaka

•Sultan Mansur Shah 1459 – 1477 •Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China. •Ketokohan laksamana Hang Tuah

•Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488 •Memerintahkan Tun Sri Lanang untuk menyusun Sejarah Melayu

•Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511 •24 Ogos 1511 -Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque •Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir.

Page 12: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Abad ke-15 & 16 menyaksikan kebangkitan empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Kedudukan pelabuhan Melaka yang strategik kerana terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut merupakan faktor utama yang membantu kemunculan Melaka sebagai sebuah empayar agung.

Melaka menjadi pusat perdagangan terutamanya perdagangan rempah, pusat penyebaran agama Islam dan pusat perkembangan Bahasa Melayu.

Page 13: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KARYA AGUNG KMM

Dua karya besar yang lahir dari warisan tradisi sastera Kesultanan Melayu Melaka ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Hukum kanun Melaka (Undang-Undang Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka (Undang-undang Maritim Melaka) - genre undang-undang.

Karya kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab telah dihasilkan seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Nabi Bercukur.

Page 14: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KEJATUHAN KMM Kegemilangan empayar Kesultanan Melayu

Melaka berakhir apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Walaupun kerajaan Melayu-Melaka tewas, namun kegemilangan Bahasa Melayu diteruskan oleh kerajaan Aceh dan seterusnya kerajaan Johor-Riau.

Page 15: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KRB 3063 - 5 KAJIAN TEKS

1. Sulalat as-Salatin 2. Hikayat Hang Tuah 3. Bustan al-Katibin 4. Tuhfat an-Nafis 5. Hikayat Abdullah

Page 16: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

SULALAT AS-SALATIN

Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskah tertua ini pernah ditemui dikarang di

Johor pada tahun 1612. Disusun oleh Bendahara Paduka Raja Tun Seri

Lanang atas titah Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488.

Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

Page 17: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

HIKAYAT HANG TUAH Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan,

dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman.

Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan luar yang menjalin hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Page 18: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

BUSTAN AL-KATIBIN Merupakan karya paling awal tentang bahasa

Melayu yang disusun oleh ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji.

Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. Menekankan bahawa perkara paling utama yang

harus dipelajari oleh orang Melayu ialah ilmu bahasa.

Bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah.

Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.

Page 19: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

TUHFAT AN-NAFIS Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga,

sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Melaka.

Karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20.

Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19.

Dari segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.

Page 20: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

HIKAYAT ABDULLAH Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung

Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik dan budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah).

Buku ini bersifat autobiografi dan jurnalistik kerana mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka dan Singapura.

Buku ini merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.

Abdullah Munsyi dalam hikayat ini cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif.

Page 21: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

KESIMPULAN Era kesusasteraan Melayu tradisional telah

menghasilkan banyak karya agung Melayu yang masih dibaca, diteliti dan dikaji oleh para sarjana tempatan dan barat.

Hal ini kerana karya-karya agung tersebut sering dijadikan dokumen untuk mengkaji sejarah masyarakat, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga kajian bahasa Melayu.

Manuskrip-manuskrip ini membuktikan bahawa tamadun Melayu sudah lama berkembang dan mempunyai kebudayaan dan sejarah yang panjang.

Page 22: KARYA AGUNG Topik 1   sejarah

Sekian.