karya agung melayu (interlok)

57
BMS3022 Karya Agung Melayu Disediakan oleh: Hitrah binti Jusaan D20121058050 Norasyikin binti Latip D20121058054 Norwana binti Siro D20121058055 Zaidatol Akmaliah binti Zulkiflly D20121058058 Mohammad Nizam bin Humdanni D20121058065 Kumpulan C (4) Analisis karya moden: Novel Interlok (Abdullah Hussain)

Upload: zaidatol-zulkiflly

Post on 11-Apr-2017

154 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karya Agung Melayu (Interlok)

BMS3022 Karya Agung Melayu

Disediakan oleh:

Hitrah binti Jusaan D20121058050Norasyikin binti Latip D20121058054Norwana binti Siro D20121058055Zaidatol Akmaliah binti Zulkiflly D20121058058Mohammad Nizam bin Humdanni D20121058065

Kumpulan C (4)

Analisis karya moden:Novel Interlok(Abdullah Hussain)

Page 2: Karya Agung Melayu (Interlok)

Pengenalan • Novel Interlok adalah hasil karya Sasterawan Negara

Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1971 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang merupakan satu usaha untuk membangkitkan nilai perpaduan, kekitaan antara kaum Melayu, Cina dan India.

• Novel ini memaparkan keadaan masyarakat pada awal abad ke-20 iaitu zaman kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu, orang India dari selatan benua India dan orang Melayu yang menjadi penghuni asal Tanah Melayu

Page 3: Karya Agung Melayu (Interlok)

Sinopsis Novel InterlokNovel ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang terdiri daripada tiga suku kaum yang hidup penuh konflik akibat hidup di bawah penjajahan Jepun, Komunis dan Inggeris. Pengarang dalam novel ini menggunakan teknik mozaik dalam penceritaannya iaitu mengandungi empat petak dengan jalinan plot yang kemas dan rapi (Misran Rokimin, 2013).

• Kisah keluarga Seman.• Pak Musa membuat perjanjian dengan Cing Huat iaitu apabila

Pak Musa meninggal, sawah dan tanah dusun yang dibelinya akan menjadi milik Cing Huat.

• Seman dan ibunya, Mak Limah diarah keluar dari rumah yang juga tanah milik Cing Huat.

• Seman tidak tahu membaca.• Seman dan ibunya meninggalkan kampung Nyior Chondong.

Buku 1

Page 4: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Mengisahkan keluarga Cing Huat.• Cing Huat datang ke Rantau Selatan bersama ayahnya, Kim Lock

untuk mencari rezeki kerana faktor penolakan negara mereka dan Kim Lock sendiri yang terpengaruh dengan kata-kata Paman Kok Leng bahawa mudah untuk mendapatkan wang di Rantau Selatan.

• Setelah dua minggu belayar ke Rantau Selatan, sampailah mereka di Singapura.

• Di Singapura, Kim Lock bekerja sebagai kuli di pelabuhan sebelum menjadi penarik lanca, manakala Cing Huat menjadi pelayan di kedai kopi.

• Kemudian, Kim Lock pergi ke Melaka, Lukut, Pulau Pinang dan akhirnya di Simpang Empat, sebuah daerah kecil di Kedah.

• Di situ, Kim Lock membuka kedai runcit yang kini diwarisi oleh Cing Huat setelah ayahnya, Kim Lock meninggal dunia.

• Kim Lock sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki iaitu Yew Seng dan Yew Hock, dan dua perempuan iaitu Poh Eng dan Poh Kheng.

Buku 2

Page 5: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Mengisahkan Maniam yang datang ke Rantau Selatan atas desakan mencari rezeki.

• Maniam meninggalkan isteri di kampung dan berjanji untuk mengirimkan wang untuk isterinya.

• Maniam yang sudah bekerja di Rantau Selatan mengirimkan wang kepada isterinya melalui Pillay yang tidak menyampaikan wang tersebut malah mempengaruhi isteri Maniam untuk hidup bersamanya.

• Maniam yang mendapat tahu hal itu kecewa dan membawa diri ke Bagan Tuan Kecil dan bekerja di estet getah dan kemudiannya berpindah pula di kebun getah lain di Cangkat Lima.

• Maniam merupakan pekerja yang baik dan rajin, disukai oleh Perumal, tandil estet tersebut yang akhirnya mengahwinkan Maniam dengan anaknya, Malini.

Buku 3

Page 6: Karya Agung Melayu (Interlok)

sambungan..

• Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila tersebarnya berita bahawa Maniam sudah beristeri dan Maniam yang tidak tahan dengan sindiran pekerja lain mengambil keputusan meninggalkan isterinya yang hamil anak pertama.

• Semasa meninggalkan estet Cangkat Lima, Maniam diserang sehingga pengsan oleh orang yang memusuhinya.

• Maniam hanya tersedar selepas seorang Melayu, iaitu Musa menyelamatkannya.

• Maniam dan Musa bersahabat baik dan bekerja di Kebun Cangkat Janggus sehinggalah Musa mengambil keputusan balik ke kampung dengan alasan mahu berkahwin.

Page 7: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Seman sampai di Cangkat Janggus berjumpa dengan Maniam yang menjadi tandil di situ untuk mencari pekerjaan.

• Maniam yang mendapat tahu bahawa Seman ialah anak sahabatnya menerima Seman bekerja di situ.

• Seman berkahwin dengan Gayah.• Mengisahkan pendudukan Jepun di Kedah.• Jepun mencari individu yang terlibat dengan Bintang Tiga.• Ibu Seman, Poh Eng, Maniam ditangkap.• Maniam mendapat tahu Ramakrisynan ialah anaknya bersama Malini semasa

sesi soal siasat dijalankan.• Ibu Seman, Poh Eng, Maniam kemudian dilepaskan atas bantuan Inspektor

Ramakrisynan• Jepun berundur, Inggeris menubuhkan Malayan Union yang ditentang oleh

Melayu dan gerakan Parti Komunis masih berjalan.• Ramakrisynan mengetuai serangan khemah Komunis Bintang Tiga.• Komunis dapat dikalahkan dan di akhir cerita, masyarakat berbilang kaum di

Simpang Empat akan turun untuk menyambut hari kemerdekaan.

Buku 4

Page 8: Karya Agung Melayu (Interlok)

Pemikiran dalam

Novel Interlok Soal Politik Soal Agama

Soal Ekonomi Soal Pendidikan Soal Perpaduan

Page 9: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Pengarang mengaitkan pemikirannya tentang politik dalam novel melalui tiga kuasa penjajah, iaitu Jepun, Bintang Tiga atau komunis dan juga Inggeris.

Soal Politik

Tiba-tiba keadaan politik berubah, orang Melayu bangun menentang Malayan Union yang mahu disugukan oleh kerajaan Inggeris. Mereka menganggap perlembagaan baharu itu sebagai penghinaan. Lazim menjadi ketua di daerah itu, dia bergerak cergas memimpin orang-orang kampung itu ikut serta dalam kempen menentang Malayan Union.

(Interlok, 2005: 388)

Contoh:

Page 10: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Soal agama dalam novel ini menunjukkan sebagai orang yang beragama, adalah wajib untuk melaksanakan kewajipan dalam agama seperti beribadah, memohon doa, menyesali perbuatan yang salah dan sebagainya.

• Ditunjukkan melalui watak Seman. Seman mula menjadi seorang yang lebih beragama setelah kematian ayahnya.

Soal Agama

“Sejak bapanya meninggal, Seman cukup kuat beribadat. Cukup banyak dia meminta doa kepada Tuhan supaya dia diberi perlindungan dan pertolongan. Dia masih takut dan bimbang pada Cina Panjang itu, seolah-olah Cina Panjang itulah sekarang yang menentukan nasibnya.”

(Interlok, 2005: 298)

Contoh:

Page 11: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Soal ekonomi dalam novel ini merujuk kepada wujudnya aktiviti jual beli, perdagangan, pekerjaan untuk mendapatkan wang dan sebagainya yang berkaitan perniagaan.

• Soal atau pemikiran berkaitan ekonomi dapat dilihat dalam novel melalui tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India.

Soal Ekonomi

“Pak Musa membeli tanah dan binatang itu daripada duit yang diberikan oleh Cina Panjang. Siapa yang dapat menahan dia daripada membeli tanah-tanah itu? Dia anak negeri ini. Siapa yang berani bertanya dari mana dia dapat wang? Tak ada siapa.” Penghulu Talib menggeleng. “Jual beli yang Pak Musa lakukan dengan tuan tanah itu memang sah menurut undang-undang . Tapi, sesudah itu dia dan Cina Panjang membuat pula perjanjian lain yang mengikat Pak Musa daripada menguasai tanah itu sebagai miliknya yang mutlak. Itulah surat pinjam wang yang Seman tengok tu!”

(Interlok, 2005: 84)

Contoh:

Page 12: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Pendidikan merupakan sesuatu keperluan yang amat penting sejak dahulu lagi.

• Berdasarkan novel Interlok, terdapat watak yang meremehkan soal pendidikan.

• Pak Musa tidak menghantar anaknya ke sekolah menyebabkan Seman buta huruf, tidak tahu mebaca.

Soal Pendidikan

Page 13: Karya Agung Melayu (Interlok)

“ ... Waktu itu guru besar Sekolah Menengah Simpang Empat dengan beberapa orang guru lain sedang berkeliaran di dalam kampung mencari pemuda-pemuda untuk diajak belajar di sekolah. Mak Limah dan Pak Musa menyorok Sema di dalam kelambu.“Menurut daftar saya ini, Pak Musa ada anak lelaki yang sudah berumur sebelas tahun, mana dia budak tu?”, tanya guru besar itu ketika dia sampai di depan tangga rumah Pak Musa. Pak Musa dan Mak Limah duduk di muka pintu. Mak Limah tidak henti-henti mengunyah sirih untuk menahan darah gemuruhnya. Pak Musa pura-pura membalut rokok daun. Tidak diajak guru itu naik ke rumah. Takut kalau-kalau mereka melihat Seman.“Tak ada di rumah, cikgu. Dia sudah pergi ke rumah Pak Ciknya di Kampung Nibung sudah sebulan lamanya”, jawab Pak Musa dengan wajah yang kering.”

(Interlok, 2005: halaman 37-38)

Contoh:

sambungan…

Page 14: Karya Agung Melayu (Interlok)

sambungan…

• Namun begitu, masih terdapat watak yang mementingkan pendidikan yang ditunjukkan dalam novel ini. Watak yang ditunjukkan sebagai seorang yang berpendidikan dalam novel ini ialah watak Lazim yang merupakan bekas pelajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan telah menjadi seorang guru. Lazim ialah rakan kepada Seman dan anak kepada Pak Usuh.

“Bapanya juga orang miskin, tetapi sekarang, kerana dia bekerja sebagai guru, maka martabat bapanya di kalangan orang-orang kampung itu naik satu darjat. Mereka pun mengubah panggilan terhadap Pak Usuh bapa Cikgu Lazim. Lazim tahu bapanya sudah tidak menyesal lagi kerana dia telah diseret ke sekolah oleh guru besar. Malah sudah berapa kali Pak Usuh menyatakan terima kasih kepada guru besar itu yang telah menyebabkan anaknya itu kini menjadi guru dan dia menjadi bapa guru.”

(Interlok, 2005: 95-96)

Contoh:

Page 15: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Perpaduan merupakan pemikiran penting yang ingin dibawa oleh pengarang dalam novel.

• Di awal cerita, pengarang menggambarkan suasana masyarakat berbilang kaum yang hidup penuh konflik di bawah jajahan Jepun, Komunis dan Inggeris.

• Tetapi, di akhir cerita, ditunjukkan bahawa dalam mencapai kemerdekaan dan bebas daripada penjajah, bersatu padu antara ketiga-tiga kaum ini adalah perlu.

Soal Perpaduan

Waktu Yew Seng masih di dalam rumah sakit beberapa tahun yang lalu, mereka dari pekan itu dan dari kampung sekitarnya telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu tersebut, tetapi Cing Huat berkeras menolaknya, dia mahu memberi sendiri. Dia ada wang. Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu. Tetapi, Lazim dan Raman pun berkeras pula, mereka juga mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diserahkan kepada Yew Seng, dan dia memilih kaki kayu yang akan diserahkan oleh masyarakat Melayu dan India, masyarakat Cina di pekan itu ikut sama kemudian. Itulah kaki kayu yang digunakan oleh Yew Seng sekarang.

(Interlok, 2005: 424)

Contoh:

Page 16: Karya Agung Melayu (Interlok)

Falsafah dalam Interlok

Page 17: Karya Agung Melayu (Interlok)

Sejarah

Politik

EkonomiSosial

Metafizika

Page 18: Karya Agung Melayu (Interlok)

Falsafah Sejarah

• Karya ini ingin menjelaskan kepada orang ramai mengenai sejarah dan titik tolak kedatangan awal orang Cina dan India ke Tanah Melayu.

• Menerangkan faktor penolak dan penarik kedatangan mereka ke Tanah Melayu

• Peristiwa yang dapat dijadikan panduan orang ramai untuk mengenali asal-usul negara ini.

• Peristiwa itu juga menjawab persoalan mengenai sebab Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Daripada karya ini, generasi kini secara tidak langsung berpeluang untuk mengetahui asal-usul wujudnya tiga kaum terbesar di negara ini.

Sejarah kedatangan awal kaum lain di Tanah Melayu

Page 19: Karya Agung Melayu (Interlok)

 

Dalam bulan Julai 1910, di dalam sebuah kapal penumpang yang belayar meninggalkan pelabuhan Nagapattam menuju ke Pulau Pinang, terdapat seorang penumpang bangsa Tamil dari sebuah desa yang terletak di dekat Tricur, Kerala, sebuah negeri di pantai Barat India Selatan. Sudah dua hari sejak dia meninggalkan kampungnya, dengan menumpang berbagai-bagai jenis kenderaan, akhirnya dia sampai di Madras. Dari situ dia menumpang bas ke Nagapattam, kota pelabuhan yang akan menghubunginya dengan Negara Emas.

Di dalam kapal itu ada kira-kira 120 orang penumpang di atas dek. Mereka datang dari berbagai-bagai daerah - Pondicerry, Pulikat, dan Madras; dan ada juga dari Malabar, Kerala dan Hyderabad. Ada yang sudah tentu pekerjaannya, kerana mereka berangkat melalui kangani - wakil yang mencari buruh untuk kebun dan ladang getah di Malaya.

Interlok, 2005:215

Page 20: Karya Agung Melayu (Interlok)

Falsafah Metafizika•Ketenangan yang diperoleh selepas mendekatkan diri kepada Tuhan.

•Falsafah ini dapat dilihat menerusi watak Seman yang cukup kuat beribadat selepas kematian bapanya.

•Dikatakan bahawa Seman beroleh ketenangan dan kelapangan dada setelah dia menunaikan solat secara kusyuk tanpa dibebani dengan masalah-masalah duniawi.

Seman sampai di depan surau ketika orang-orang mahu sembahyang Isyak. Dia terus mengambil wuduk dan berdiri di saf yang kedua di sebelah Mail Jambul. Dia tahu Mail Jambul menjelingnya, tetapi ia tidak peduli. Setelah Lebai Man mengangkat takbir sebagai imam, Seman pun membulatkan fikirannya, mengangkat takbir sebagai makmum. Beberapa kali dia cuba membetulkan fikirannya yang mahu menyeleweng; dan akhirnya apabila sembahyang itu selesai, dia berasa telah menang. Lapang dadanya, baru kali inilah dia berasa dirinya benar-benar dekat dengan Tuhan.

Interlok, 2005 : 299

Page 21: Karya Agung Melayu (Interlok)

Falsafah Sosial

Kemunduran sesuatu kaumSeman merupakan seorang anak kampung yang tidak berpendidikan kerana peluang pendidikan sangat terhad dan terbatas.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan Pak Musa yang menyembunyikan Seman daripada dihantar ke sekolah Melayu.

Sikap yang ditunjukkan oleh Pak Musa seperti contoh di atas merupakan sikap orang Melayu setelah jiwa dan hati mereka dilumpuhkan oleh sistem pengasingan (isolation) dan peminggiran (marginalisation) British (SM. Zakir, 2011).

Hasil daripada sistem itu, hampir seluruh orang Melayu pada ketika itu tidak berpendidikan, terasing daripada modeniti dan terpinggir daripada mobiliti sosial.

Page 22: Karya Agung Melayu (Interlok)

Pak Musa memandang Cina Panjang ketika Pak Kadim bercerita itu. Dia nampak senyuman panjang pada muka sembap orang Cina itu, tetapi dia tidak tahu apa ertinya senyuman itu. Pak Musa tahu anak-anak Cina Panjang bersekolah. Anak perempuannya, Poh Eng juga bersekolah. Kalau petang-petang becok mulut anak-anak itu membaca buku sekolah, macam orang berdikir. Tetapi orang Cina lain, tidak boleh sama dengan orang Melayu. Orang Cina berniaga, mereka mesti tulis nama barang yang mereka beli, kalau tidak tulis takkan mereka ingat beribu-ribu jenis barang yang ada di dalam kedai mereka. Lagipun kalau ada orang berhutang, mereka kena tulis juga. Siapa yang berhutang, berapa banyak hutangnya. Tetapi orang Melayu buat apa sekolah. Mengaji Quran sudah. Tahu sembahyang, tahu baca doa sedikit, cukup untuk bekalan, fikir Pak Musa.

Interlok, 2005 : 39

Page 23: Karya Agung Melayu (Interlok)

"Tapi apa? Lu mahu ikut macam Huan Na (Melayu). Malas, tat tahu cari duit. Gua tak mahu lu jadi macam mereka."

"Itulah lu, suka manjakan anak-anak. Gua tak suka mereka ikut macam Huan Na itu. Lu tengok apa ada pada mereka. Kalau kita tak datang ke sini, gua tak tahu bagaimana mereka boleh hidup." Cing Huat memandang Poh Kheng yang duduk terbenam di kerusi, dagunya separas meja.

Interlok, 2005 : 199

Antagonisme Antara KaumAntagonisme kaum dapat dilihat melalui pembentukan stereotaip antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Keadaan ini dapat dilihat apabila Cing Huat melarang anaknya Yew Seng daripada berkawan dengan anak-anak orang Melayu kerana tidak ingin anaknya itu menjadi seorang yang pemalas seperti orang Melayu.

British membentuk stereotaip dan mencipta jurang yang menjarakkan satu kaum dengan kaum yang lain bagi mengembangkan lagi perasaan curiga dan prasangka yang tidak berkesudahan antara kaum-kaum tersebut.

Page 24: Karya Agung Melayu (Interlok)

"Kita tak boleh berdiam diri saja melihat kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Kita tak boleh biarkan nama kita rosak kerana tindakan liar yang dilakukan oleh orang komunis yang sedang berperang dengan tentera kerajaan di dalam hutan. Kita tak boleh membiarkan nama kita busuk kerana perbuatan mereka itu. Kita mesti bersatu dalam persatuan bangsa kita dan bekerjasama dengan orang Melayu dan orang India untuk menjadikan negeri ini negeri kita semua. Kita tak akan balik lagi ke negeri Cina. Kita tak tahu lagi bagaimana negeri itu dan apa yang terjadi di sana."

Interlok, 2005 : 403

Penyatupaduan KaumDilihat menerusi bab empat karya ini yang bertajuk Interlok. Istilah Interlok itu didefinisikan sebagai perbuatan yang menghubungkan sesuatu dengan seuatu atau dengan erti kata lain menjadikan sesuatu itu bersatu atau bergandingan (Kamus Webster, 2005).

Penyatupaduan tiga kaum besar ini dapat dilihat setelah Cing Huat menubuhkan satu persatuan orang Cina yang memerlukan penglibatan dan kerjasama orang Melayu dan orang India dalam usaha untuk menjadikan tanah yang diduduki mereka itu milik bersama.

Page 25: Karya Agung Melayu (Interlok)

Falsafah EkonomiKemiskinan dan kesusahan yang dialami oleh seseorang demi sesuap nasi.

Kehidupan Maniam yang digambarkan dalam cerita ini adalah amat sukar.

Maniam berasa sangat sukar untuk mencari makan kerana saingan yang terpaksa dihadapinya di samping dia juga tidak memiliki sebarang tanah di desanya itu.

Disebabkan itu, Maniam mengambil keputusan untuk menerima tawaran pihak British yang memerlukan buruh untuk bekerja di kebun getah mereka. Keadaan penghidupan di desanya itu amat sukar. Mereka tidak

punya tanah. Setiap tahun orang bertambah. Penduduk sudah padat dan Maniam berasa sudah terlalu sempit baginya untuk mencari makan. Dia mengambil upah mengerjakan tanah orang lain, upahnya dengan beras, tetapi hanya cukup untuk beberapa bulan. Lepas itu, dia terpaksa mencari kerja lain.

Interlok, 2005 : 219

Page 26: Karya Agung Melayu (Interlok)

Falsafah PolitikKesedaran dan kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

Kebangkitan dan kesedaran ini berlaku akibat penubuhan perlembagaan Malayan Union yang dianggap telah menghina orang Melayu.

Kaktor-faktor itu menjadi pendorong dan pemangkin semangat masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union pada ketika itu.

 Tiba-tiba keadaan politik berubah, orang Melayu bangun menentang Malayan Union yang mahu disugukan oleh kerajaan Inggeris. Mereka mengangga perlembagaan baharu itu sebagai suatu penghinaan. Lazim menjadi ketua daerah itu, dia bergerak cergas mempimpin orang-orang kampung itu ikut serta dalam kempen menentang Malayan Union.

Interlok, 2005 : 388

Page 27: Karya Agung Melayu (Interlok)

NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

Page 28: Karya Agung Melayu (Interlok)

DEFINISI

Menurut Seri Lanang Jaya et al. (2016: 117), nilai budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam (Seri Lanang Jaya et al. 2016: 117).

Page 29: Karya Agung Melayu (Interlok)

Menghormati Orang Tua

Menurut Seri Lanang Jaya et al. (2016), sikap menghormati orang tua merupakan salah satu nilai Melayu yang sangat ditekankan sejak dahulu lagi.

Berdasarkan novel Interlok dapat dilihat nilai menghormati golongan tua

diamalkan oleh watak Seman. Watak Seman merupakan watak yang baik

sehingga dirinya digelar sebagai anak yang taat kepada ibu bapa. Contohnya,

dapat dilihat seperti petikan di bawah

Page 30: Karya Agung Melayu (Interlok)

“Seman seorang anak yang tidak pernah melawan orang tua. Sejak kecil lagi

dalam dirinya telah ditanam kesedaran tentang kuasa orang tua ke atas anaknya”.

(Interlok, 2005: 15)

Berdasarkan nilai menghormati orang tua ini dapat dilihat prinsip yang dipegang oleh masyarakat pada waktu itu ialah ‘Yang tua dihormati, yang muda disayangi’.

Melalui pandangan hidup ini telah meningkatkan nilai mulia seperti menghormati orang tua serta menyayangi warga emas dalam kalangan masyarakat.

Page 31: Karya Agung Melayu (Interlok)

Mementingkan Ilmu

Ilmu amat penting kepada semua manusia.

Ilmu boleh diumpamakan seperti pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia.

Berdasarkan novel Interlok dilihat watak-watak didalamnya yang mementingkan ilmu.

 

“Saya tidak keberatan kalau budak-budak lelaki itu disuruh mengaji di sekolah.

Memang kita semua mesti menuntut ilmu, di mana saja ilmu itu ada”.

 (Interlok, 2005: 40)

Page 32: Karya Agung Melayu (Interlok)

“Penduduk-penduduk Cina yang kira-kira lima belas keluarga itu berasa sudah sampai

masanya mereka mendirikan sebuah sekolah untuk mengajar anak-anak mereka

membaca dan menulis bahasa kebangsaannya”.

(Novel Interlok, halaman 221)

Pandangan hidup masyarakat Interlok ialah ‘Ilmu pelita hidup’.

Bagi masyarakat Interlok ilmu penting dalam menerangi kehidupan mereka pada masa depan

Hal ini dibuktikan oleh masyarakat Cina di dalam Interlok yang menginginkan anak-anaknya belajar bahasa ibundanya.

Namun, berlainan pula dengan Pak Musa yang menyembunyikan Seman, demi untuk mengelakkan daripada terpaksa menghantar anaknya ke sekolah, kerana pada pandangannya mengaji al-Quran dengan Pak Lebai Man sudah merupakan bekalan yang cukup bagi seorang petani.

Page 33: Karya Agung Melayu (Interlok)

Tolong-menolong

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), tolong menolong bermaksud bantu-membantu dan saling membantu.

Nilai tolong-menolong membolehkan masyarakat bangun untuk membela dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli masyarakat yang memerlukan bantuan serta pertolongan.

“Waktu di sekolah dia membicarakan hal ini dengan teman-temanya di kalangan guru. Mereka bersetuju mengeluarkan derma sedikit banyak untuk membantu Seman”.

“Petang itu, beberapa orang menawarkan barang-barang yang perlu bagi membangunkn sebuah rumah untuk Seman dan ibunya di atas tanah Pak Usuh. Lebai Man memberikan atap, Mat Ranggi memberikan papan dan yang lain-lain akan menolong mendirikannya”.

(Interlok, 2005: 99)

Page 34: Karya Agung Melayu (Interlok)

Berdasarkan nilai tolong-menolong tersebut menunjukkan bahawa masyarakat pada ketika itu berpegang kepada pribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Pegangan tersebut terbukti apabila masyarakat kampung mendapatkan derma dan memberi pelbagai bahan binaan untuk membina sebuah rumah baru untu Seman dan ibunya. Mereka juga bersama-sama mendirikan rumah baharu untu Seman dan ibunya.

Kerajinan

Menurut Hashim Musa (2008: 68), nilai kerajinan merupakan sikap sentiasa berusaha secara berterusan, tekun dan bersungguh-sungguh dalam memenuhi matlamat, sasaran, cita-cita demi mencapai sebuah kejayaan.

Hal ini dapat dilihat pada watak Kim Lock dan Cing Huat. Kedua-dua mereka sangat rajin dan tekun dalam berniaga. Kesungguhan dan kerajinan mereka telah membolehkan perniagaan mereka semakin berkembang.

Page 35: Karya Agung Melayu (Interlok)

“Dia sudah hampir sama pandai dan sama cekap tawar-menawar. Dia sudah hampir sama pandai dan sama cekap dengan bapanya. Berkat rajin dan bersungguh-sungguh, maka dalam beberapa bulan saja mereka sudah punyai sebuah kedai barang runcit yang lengkap. Orang dua beranak ini sangat rajin bekerja, sejak pagi-pagi buta mereka sudah bangun menjemur pinang yang dibelah, kelapa kering yang dikopek, membuka kedai, menyusun barang-barang”.

(Interlok, 2005: 171)

Masyarakat dalam Interlok amat berpegang teguh kepada peribahasa ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’ dalam kehidupan mereka.

Kebanyakan, masyarakat dalam Interlok adalah pekebun kecil yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Oleh itu, dapat dilihat kegigihan dan kesungguhan mereka dalam pelbagai hal demi menjamin kehidupan yang baik.

Page 36: Karya Agung Melayu (Interlok)

Kerjasama

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), kerjasama bermaksud kerja atau usaha bersama-sama atau saling membantu antara dua pihak atau beberapa pihak.

Contohnya, nilai kerjasama dapat dilihat ketika majlis perkahwinan Maniam dan Malini berlangsung.

Pada ketika itu, semua kuli-kuli perkebunan kelapa dan orang putih juga turut serta dalam aktiviti gotong-royong majlis perkahwinan Maniam dan Malini.

“Enam bulan kemudian Maniam pun dikahwinkan dengan Malini. Pada hari itu, kuli-kuli di perkebunan kelapa itu bergotong-royong merayakannya dengan satu pesta yang meriah. Orang putih, tuan kebun itu pun ikut sama menyaksikan perkahwinan anak tandilnya”.

(Interlok, 2005: 231)

Page 37: Karya Agung Melayu (Interlok)

Perpaduan yang terjalin antara kaum dapat dilihat melalui sikap kerjasama dan saling bantu-membantu pada majlis perkahwinan Maniam dan Malini.

Hal ini selaras dengan pegangan hidup yang diamalkan oleh mereka iaitu ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Walaupun, berlainan bangsa dan agama mereka bersama-sama berkerjasama dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan Maniam dan Malini

Adat Perkahwinan

Kepelbagaian kaum di Malaysia telah mempelbagaikan adat perkahwinan di

Malaysia.

Berdasarkan novel Interlok ini telah memaparkan adat perkahwinan bagi masyarakat

India. Buktinya, dapat dilihat ketika majlis perkahwinan Maniam dan Malini.

Page 38: Karya Agung Melayu (Interlok)

“Pegantin itu kemudian menjalankan upacara purana-kunbham yang melambangkan kemewahan dan kesuburan, diikuti dengan upacara nalanku iaitu pengantin lelaki dan perempuan berganti-ganti menyapu minyak cendana, kuma-kuma dan kunyit kepada satu sama lain. Perbuatan ini ada hubungannya dengan kebaikan dan keuntungan yang terkandung dalam perkataan nalam itu sendiri”.

(Interlok, 2005: 232-233)

Berdasarkan nilai budaya ini dapat dilihat bahawa pandangan hidup masyarakat Interlok ialah berpegang teguh kepada adat resam.

Contohnya, Malini dan Maniam masih mengamalkan adat-adat semasa perkahwinannya.

Page 39: Karya Agung Melayu (Interlok)

Cinta akan Tanah Air

Setia

Kasih Sayang

Nasihat-menasihati

Mentaati Suami

Page 40: Karya Agung Melayu (Interlok)

Estetika dan Kepengarangan

dalam Novel Interlok

Page 41: Karya Agung Melayu (Interlok)

Konsep• Estetika dan kepengarangan merupakan salah satu ciri terpenting

dalam sesebuah karya agung. • Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani (2016: 91), estetik berhubung

dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan.

• Dalam erti kata lain, estetik dalam sesebuah karya merupakan seni keindahan yang berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan.

• Kepengarangan pula merupakan mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.

• Sifat kepengarangan dan keunggulan seseorang pengarang dapat dibina melalui seni sastera ataupun nilai estetika yang terdapat dalam karya pengarang itu sendiri.

Page 42: Karya Agung Melayu (Interlok)

Unsur flora dan fauna

• Flora merujuk kepada semua jenis tumbuhan yang hidup di sesuatu kawasan.

• Fauna merujuk kepada semua jenis haiwan.

• Penggunaan unsur flora dan fauna untuk menunjukkan keindahan persekitaran masyarakat yang diceritakan oleh pengarangnya, iaitu masyarakat kampung sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Matahari telah mulai tinggi. Panas sudah mulai menyucuk ke dalam kulit. Di langit biru awan halus berarak dari timur ke barat. Di dalam sawah di kiri kanan batas ban itu, rumput sudah mulai menghijau. Kerbau dan lembu yang dilepas, berkumpul di sana sini bagai pulau-pulau kecil, di tengah-tengah lautan hijau. Burung bangau terbang berkawan-kawan, hinggap dan terbang di sekitar kumpulan lembu dan kerbau itu. Seekor burung gagak terbang dengan bunyi yang riang arah ke selatan.

(Interlok: 90)

Page 43: Karya Agung Melayu (Interlok)

Unsur Saspens

• Peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita.

• Membuatkan para pembaca ingin tahu perkara sebenarnya yang berlaku.

Dapat dilihat semasa peristiwa kematian Pak Musa yang merupakan ayah Seman yang ingin menyampaikan sesuatu kepada Seman mengenai harta mereka. Namun, belum sempat Pak Musa menceritakan hal sebenarnya kepada Seman, dia telah meninggal dunia dan Pak Musa hanya sempat menyampaikan setengah sahaja pesanannya.

Page 44: Karya Agung Melayu (Interlok)

Teknik Pencerita

an

1. Teknik dialog Perbualan antara satu

watak dengan watak yang lain yang digarap oleh

pengarang dalam menghasilkan karyanya

“Di mana kau tahu semua ni, Seman? Siapa yang ajar kau?” “Cina Panjang yang beri tahu, mak. Bapa ada pinjam duit pada dia. Ada sekali lima ribu, ada sekali dua ribu, dua kali satu-satu ribu. Dan tanah itu semuanya digadainya pada tauke Cina tu,” kata Seman. “Betulkah ni, Seman?” tanya Mak Limah. “Kau tak tahu baca. Kau tak pernah pergi sekolah. Takah tauke Cina itu sengaja nak tipu kau? Tak patut kau tuduh bapa kau begitu. Bangkit mayat bapa kau itu di dalam kubur, Seman!”

(Interlok, 1996: 77)

Page 45: Karya Agung Melayu (Interlok)

2. Teknik monolog • Teknik ini merujuk

kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian.

• teknik untuk pengarang menggambarkan pergolakan jiwa seseorang watak dalam karyanya.

Tadi waktu Seman belum datang ke tempat itu mereka bercakap riuh macam makan kenduri. Mereka tidak sedar bapaku terbujur di atas rumah, fikir Seman. Mereka sangka bapaku akan kahwin lain agaknya. Sekarang mereka menaruh simpati melihat aku, seolah-olah aku yang mati. Orang mati itu tidak mati, orang hidup itulah yang mati, kata hati Seman, mengambil kata-kata Lebai Man waktu mengajarnya mengaji.

(Interlok, 1996: 56)

Page 46: Karya Agung Melayu (Interlok)

3. Teknik imbas kembali • Teknik penceritaan yang

digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku.

• Pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.

...Dia teringat ketika kecil-kecil dahulu bapanya selalu membawanya kepada Si Panjang, orang Cina yang punya kedai besar di tepi sungai di pekan Simpang Empat. Si Panjang itu sangat baik terhadap bapanya, juga terhadapnya. Dia selalu memberikan gula-gula, coklat dan biskut. Kalau hari raya dia selalu mendapat duit dan mercun. Kalau hari raya Cina dia selalu mendapat mercun dan duit dalam bungkusan kertas merah. Apakah Si Panjang itu tuan punya ‘harta’ mereka?

(Interlok, 1996:18)

Page 47: Karya Agung Melayu (Interlok)

4. Teknik imbas muka

Teknik penceritaan yang digunakan untuk

memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa

atau perkara yang akan berlaku dan masih belum

berlaku lagi.

…Dahinya berkerut ketika, ketika dia ingatkan perkara yang akan dicakapkan kepada bapa Upik. Kalau Upik dengar tentulah Upik tidak mahu lagi kepadanya, dia tidak punya apa-apa sekarang ini. Dia miskin tulangnya yang empat kerat itu sahaja yang ada.

(Interlok, 1996:85)

Page 48: Karya Agung Melayu (Interlok)

5. Teknik pemerian • Untuk menerangkan atau

menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung.

• Pemerian juga berbentuk penjelasan dan huraian mengenai sesuatu idea untuk menyampaikan sesuatu fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembacanya.

Kemudian dukun itu mengeluarkan bungkusan kuning dari dalam sakunya, daripada bungkusan kuning yang sudah kumal itu diambilnya seketul kemenyan sebesar ibu kaki, lalu dipecah-pecahkan dengan ibu jarinya. Serpihan kemenyan yang jatuh ke atas bara itu menimbulkan asap yang wangi. Sebentar kemudian seluruh ruangan rumah ibu itu telah dipenuhi oleh bau kemenyan. Pak Utih meletakkan ketul kemenyan itu k atas tikar. Kedua-dua telapak tangannya ditelengkupkan di atas asap, sambil membaca mantera dia menyapu telapak tangan yang sudah diasapkan itu ke mukanya tiga kali berturut-turut.

(Interlok, 1996: 26)

Page 49: Karya Agung Melayu (Interlok)

Gaya bahasa

1. Hiperbola

Contoh: …Sekarang baru dia berasa letupan yang kuat dalam hatinya, rasanya dunia ini sudah hancur musnah kerana letupan itu.

(Interlok : 264)

2. Personifikasi

Contoh: …Dia melihat pohon kelapa melambai-lambai di tepi pantai dan warna hijau menutupi sebahagian besar daratan pulau itu.

(Interlok: 257)

3. Simile

Contoh: …Ajaib juga dia melihat ketenangan Seman yang begitu tiba-tiba dibandingkan dengan kelakuannya yang seperti orang gila sebentar tadi.

(Interlok : 75)

4. Repetisi

Contoh: Orang mati itu tidak mati, orang hidup itulah yang mati, kata hati Seman, mengambil kata-kata Lebai Man waktu mengajarnya mengaji.

(Interlok, 1996: 56)

Page 50: Karya Agung Melayu (Interlok)

Gaya bahasa

5. Disfemisme

Contoh: Dia orang betina, tak perlu tahu kerja orang jantan.

(Interlok, )

6. Sarkasme

Contoh: “Mari sini anjing!” pekik orang putih itu, marahnya naik.

(Interlok, 1996: 305)

7. Sinkope

Contoh: “Aku ni kawanmu, Seman,” kata Mamat Labu kemudian apabila Seman terus menerus diam. “Kalau ada yang boleh kutolong, kaukatakanlah saja. Aku tolong.”

(Intelok, 1996:85)

8. Peribahasa

Contoh: … Tetapi sekarang cita-citanya itu hancur lebur bagai kaca terhempas ke batu.

(Intelok, 1996:377)…Dia buat kau sulu macam anjing kurap.

(Interlok, 1996: 405)

Page 51: Karya Agung Melayu (Interlok)

Nilai Ilmu Dalam Novel

Interlok

Page 52: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Menghantar anak-anak untuk mengaji, asalkan anak-anak tahu membaca Al-Quran dan solat, itu sudah cukup bagi mereka.

• Di sebabkan oleh kurangnya pengamalan ilmu agama dalam diri tidak mantap, amalan dan kepercayaan karut seperti penggunaan tengkorak serta mentera-mentera yang bercanggah dengan agama Islam untuk tujuan perubatan masih diamalkan.

Ilmu Agama

Page 53: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme.

• Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun, pawang atau bomoh diperlukan.

Ilmu Perdukunan

Page 54: Karya Agung Melayu (Interlok)

Contoh yang dapat dilihat dalam novel Interlok ialah apabila bapa Seman, Pak Musa batuk tidak berhenti, emaknya telah menyuruh Seman memanggil dukun iaitu Pak Utih. Pak Utih adalah dukun yang terkenal di kampung itu. Pak Utih telah menggunakan kemenyan dan beberapa lagi benda lain seperti sirih dan tangkai. Ini menunjukkan bahawa pada masa itu, masyarakat melayu masih lagi menggunakan khidmat dukun. Pak Utih sempat berbual bersama Seman dan memberitahu bahawa untuk menjadi dukun bukannya satu perkara yang senang. Dukun perlu melalui dan mempelajari banyak perkara. Pak Utih memberitahu Seman bahawa dia boleh bercakap dengan tengkorak. Ini menunjukkan satu kepercayaan animism yang terdapat dalam kalangan masyarakat tersebut.

Page 55: Karya Agung Melayu (Interlok)

• Menurut Misran, Mawar dan Che Abdullah (2011), Keluarga Cing Huat amat menekankan aspek ilmu perniagaan dan alam kehidupan agar dapat mengubah kehidupan yang lebih baik.

• Hal ini terbukti apabila Cing Huat dan ayahnya Kim Lock pernah bekerja sebagai kuli mengangkat barang di pelabuhan, kemudian bertukar menjadi penarik lanca, bekerja sebagai pelombong dan dengan wang simpanan, mereka berjaya membuka kedai runcit.

• Akhirnya, kedai runcit mereka di Simpang Empat menjadi bertambah besar dan maju kerana menjadi tumpuan para petani dan pekerja estet di daerah tersebut.

Ilmu Perniagaan

Page 56: Karya Agung Melayu (Interlok)

Kesimpulan• Meskipun novel Interlok ini dikaitkan dengan kontroversi yang

melibatkan sentimen perkauman, tidak dapat dinafikan bahawa karya Sasterwan Negara Abdullah Hussain ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

• Penekanan yang cuba digarap oleh beliau ialah intergrasi tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan untuk terus hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang bebas dan bermaruah.

• Di samping itu, aspek pemikiran, falsafah, nilai budaya dan pandangan hidup, estetika dan nilai ilmu merupakan elemen-elemen yang mengayakan lagi novel ini lalu diangkat menjadi sebuah karya agung Melayu.

Page 57: Karya Agung Melayu (Interlok)

BibliografiAbdullah Hussain (1996). Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdullah Hussain (2005). Interlok Edisi Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjung Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Bluntschli, J. R. (2000). The Theory of The State. Canada: Batoche Books.Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.Merriam-Webster Dictionary (2005). Springfield: Turtleback Books.Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd. Rashid Md. Idris (2016).

Karya Agung Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.S.M. Zakir (2011). Interlok dan Kritik Sosial. Semangkuk Interlok. Kuala Lumpur:

Matahari Books.