tugasan karya agung

23
KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengertian Karya Agung - 2- 2.0 Ciri-ciri Karya Agung Melayu -4- 3.0 Tokoh Karya Agung 3.1 Tun Sri Lanang -5- 3.2 Raja Haji Ali - 7- 3.3 Munsyi Abdullah -8- 3.4 Hamzah Fansuri -11- 4.0 Analisis Karya Agung 4.1 Salalatus Salatin - 12- 4.2 Hikayat Hang Tuah - 15- 5.0 Rujukan -18- TL 30203 Penghayatan Karya Agung 1

Upload: faridah-ani

Post on 19-Jul-2016

157 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

karya agung

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Karya Agung

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengertian Karya Agung -2-

2.0 Ciri-ciri Karya Agung Melayu -4-

3.0 Tokoh Karya Agung

3.1 Tun Sri Lanang -5-

3.2 Raja Haji Ali -7-

3.3 Munsyi Abdullah -8-

3.4 Hamzah Fansuri -11-

4.0 Analisis Karya Agung

4.1 Salalatus Salatin -12-

4.2 Hikayat Hang Tuah -15-

5.0 Rujukan -18-

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

1

Page 2: Tugasan Karya Agung

1.0 PENGERTIAN KARYA AGONG

“Maka Tun Tuah melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya, ‘Akulah

hulubalang Raja Melayu, syahdan akulah yang bernama Laksamana, hulubalang

pada Tanah Melayu;……”

( Hikayat Hang Tuah, hlm 155 )

Petikan di atas merupakan sedutan daripada sebuah Karya Agung Melayu

yang terkenal iaitu Hikayat Hang Tuah. Pepatah, pantun, lipur lara dan lain-lain lagi

merupakan bentuk Karya Agung Melayu. Karya-karya Agung ini boleh dihasilkan

dalam bentuk penulisan atau diungkapkan secara lisan sahaja. Karya agung

merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran,

pandangandan falsafah yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa.

“Karya” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud buatan

atau ciptaan sesuatu. Manakala “Agung” pula membawa maksud paling besar,

terutama, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Daripada definisi di atas boleh

dikatakan Karya Agung bererti sebagai ciptaan atau buatan yang terutama, tertinggi

dan teristimewa daripada seseorang pengarang.

Karya Agung Melayu merupakan karya yang melambangkan keunggulan

daya cipta atau hasil kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu pada

zaman dahulu1. Penulisan Karya Agung ini menggambarkan idealisme, nilai

pandangan hidup, adat, budi, kesedaran dari segi rohani atau agama serta moral.

Hasil dalam Karya Agung juga menggambarkan visi bangsa dan masyarakat Melayu

melalui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya. Penghasilan sesebuah

Karya Agung mampu meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya dan falsafah

yang berkekalan sepanjang zaman dan mempengaruhi budaya masyarakat Melayu.

Secara amnya, ketamadunan Melayu sangat dipengaruhi dan dibentuk oleh tradisi

sastera itu sendiri.

Sesebuah karya adalah cerminan bangsa yang menjadi latar dalam karya

tersebut pada

1 Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ke-4 . hal 1583

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

2

Page 3: Tugasan Karya Agung

masa dan waktu karya itu dihasilkan. Sebuah karya adalah seperti rakaman yang

mencatatkan perihal budaya masyarakat dan perlakuannya. Tujuan karya-karya

seperti ini dihasilkan pada ketikanya mungkin bertujuan untuk hiburan, sebagai hobi

penulis dan juga tujuan ilmiah iaitu sebagai rujukan pada masa hadapan bagi

panduan generasi muda. Kerana apabila sesebuah masyarakat tidak wujud atau

mengalami berubahan budaya, hanya karya yang menjadi tinggalan sebagai bukti

kewujudan mereka serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Lazimnya,

sesebuah karya akan merakam kehidupan sesebuah masyarakat walaupun tidak

secara khusus tetapi cukup untuk mengidentitikan masyarakat tersebut. Karya-karya

hebat akan bertahan dalam jangka masa yang lama sehingga boleh diteliti oleh

generasi yang akan datang. Karya-karya hebat seperti inilah disebut sebagai karya

agung.

Karya-karya agung yang dihasilkan pada zaman dahulu juga

mengungkapkan pelbagai perkara termasuklah ilmu pengetahuan dalam pelbagai

bidang. Kebanyakkan karya agung yang ada pada hari ini dikaji untuk diketahui isi

kandungannya dan ada di antara isi kandungan itu masih berguna sehingga hari ini

dan dipelajari. Keadaan ini membuktikan bahawa karya agung itu adalah satu hasil

penulisan yang berkualiti dan ditulis oleh orang-orang yang berilmu pengetahuan

tinggi, perpendidikan dalam masyarakat tersebut.

Antara karya-karya Agung Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau

juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Karya agung ini telah dihasilkan oleh seorang

tokoh yang berilmu pada zamannya iaitu Tun Sri Lanang. Ia merupakan naskhah

tertua yang pernah ditemui dan dikarang di Johor pada tahun 1612 atas titah raja.

Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang

keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah

yang melibatkan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya. Hikayat Hang Tuah

dikarang sekitar tahun 1736 dan merupakan satu-satunya epik Melayu yang mewakili

bangsa melayu tentang cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu

zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang

kekal dalam minda Melayu hingga ini iaitu “Takkan Melyu Hilang di Dunia”.

Contoh karya-karya agung yang lain adalah seperti Tuhfat al-Nafis, Hikayat

Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Abdullah, Syair

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

3

Page 4: Tugasan Karya Agung

Ken Tambuhan, Bustan al-Katibin, Hikayat Inderaputera dan Pantun Melayu :

Bingkisan Permata.

2.0 CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU

Ciri utama yang terdapat dalam karya agung ialah penggunaan

perbendaharaan kata yang sangat menarik. Hal ini dapat dilihat apabila penulis atau

penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan perbendaharaan kata yang

hebatdan tinggi maksudnya. Walaupun sesebuah karya tersebut telah diubah atau

versi barunya telah dtulis oleh pengarang lain, namun penulis masih mengekalkan

perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks terawal.

Dalam karya Sulalatus Salatin, perkataan melayu kuno masih dikekalkan

penggunaannya seperti beberapa perkataan ‘nyiah, lasa, semakuk, bubung’ dan

sebagainya. Malah karya Sulalatus Salatin juga ditulis dengan memasukkan

beberapa perkataan bahasa Arab yang tidak melibatkan sebarang proses asimilasi.

Antara perkataan bahasa Arab yang terkandung dalam Salalatus Salatin ialah kadhi,

fikir dan khoja.

Karya Agung biasanya merupakan karya yang mengandungi cerita yang

sarat dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia maklum,

masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang

lainadalah melalui pelbagai medium seperti nyayian, syair, pantun serta bertulis

melalui karya agung. Ini adalah kerana masyarakat melayu mengamalkan budi

bahasa yang halus dan bersopan. Antara contoh kisah yang terkandung dalam karya

Salalatus Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu

terdahulu. Pengajaran yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang

yang ingin menjadi pemimpin hendaklah adil dan tidak menganiaya golongan

bawahan. Selain itu, rakyat atau golongan bawahan juga hendaklah akur kepada

perintah raja. Hal ini demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah,

negara menjadi aman damai.

Ciri Karya Agong yang lain ialah karya ini cukup unik berbanding karya

moden. Karya agung banyak mengandungi kisah benar daripada peristiwa pemimpin

atau orang besar pada zaman silam. Selain itu, karya agung juga merupakan

himpunan cerita tentang kehebatan pahlawan, asal-usul nama sesebuah tempat dan

banyak lagi. Karya agung yang sedia ada lazimnya meninggalkan pelbagai impak

positif dalam kalangan pembaca, seperti kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

4

Page 5: Tugasan Karya Agung

sosial yang boleh dijadikan panduan dan nasihat kepada pembaca yang terdiri dalam

kalangan generasi muda masa kini. Setiap karya ditulis terutamanya karya agung

memiliki ciri atau sifat yang tersendiri yang membezakan ia dengan karya moden

yang makin banyak masa ini.

3.0 TOKOH KARYA AGONG

Dalam tugasan ini, terdapat beberapa tokoh-tokoh penulisan Karya Agong

Melayu yang akan dibicarakan antaranya ialah Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Munsyi

Abdullah bin Abdul Kadir dan Hamzah Fansuri.

3.1 Tun Sri Lanang

Tun Sri Lanang lahir dalam tahun 1565M di Seluyut, Johor Lama. Tun Sri

Lanang merupakan Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615.

Beliau menjadi Bendahara kepada dua sultan iaitu Sultan Jalla Abdul Jalil Shah II

(1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597 – 1616M) . Beliau merupakan

moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu. Tun Sri Lanang juga menjadi

Uleebalang Kenegerian Samalanga, iaitu pemerintahan otonomi di sebuah jajahan

Kesultanan Aceh. Di Aceh Tun Sri Lanang bergelar Orang Kaya Dato’ Bendahara

Seri Paduka Tun Seberang.

Bangsa Melayu mengenang Tun Sri Lanang sebagai seorang tokoh sejarah

dan pujangga Melayu yang agung. Karya Agongnya iaitu Sulalatus Salatin atau

nama jolokan Sejarah Melayu menjadi rujukan dan kajian sehingga hari ini. Dengan

itu Tun Sri Lanang telah dimahkotakan sebagai Pujangga Agung Nusantara.

Sumbangan terbesar yang dibuat oleh Tun Sri Lanang sebagai mengikut titah

Yang Dipertuan di Hilir (Raja Abdullah, kemudian menjadi Sultan Abdullah Maayah

Shah Johor 1615-1623) dalam menyusun teks Sulalatus Salatin ialah:

“Mengetengahkan serta memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa

bangsa Melayu adalah Bertamadun setaraf dengan tamadun-tamadun dunia lainnya

waktu itu”

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

5

Page 6: Tugasan Karya Agung

dalam hal ini, Tun Sri Lanang bu2kan sahaja telah meninggalkan jasa yang besar

kepada bangsa melayu sebagai pengarang, malahan dalam peranan sebagai

Uleebalang Kenegerian Smalanga di Aceh dengan memberi sumbangan kepada

pemertabatan agama dan bangsa di sana.

Salasilah kehidupan Tun Sri Lanang adalah seperti berikut;

Pada tahun 1565M Tun Muhammad atau Tun Sri Lanang Lahir Di Seluyut

dalam Kesultanan Johor Lama. Sekitar 1575-1613 M Beliau menjadi Bendahara

kepada dua sultan Johor Lama. Mei 1612, Tun Sri Lanang menerima titah Raja

Abdullah untuk mengarang kitab Salalatus Salatin. Mei 1613, Sulatan Aceh

Darussalam yang terkenal iaitu Sukatan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636

M) telah membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri Melayu termasuk Johor

Lama, Pahang Lama, Perak dan lain-lain sebagai strategi untuk mengahmbat

pengaruh dan kuasa Portugis dari kepualauan Melayu serta meluaskan kepentingan

kerajaannya yang besar.

Antara serangan itu termasuklah Perang Batu Sawar yang menjadikan Sultan

Johor iaitu Sultan Alaudin, Raja Abdullah, dan Bendahara Tun Sri Lanang telah

ditawan dan dibawa balik ke negeri Aceh. Sulatan Johor dikembalikan ke Johor,

sementara Tun Sri Lanang terus menetap di situ sehingga mangkat. 1613, Sulatan

Iskandar Muda Mahkota Alam melantik Tun Sri Lanang sebagai Uleebalang

Kenegerian Samalanga.

Sehingga 1659 M, Tun sri Lanang juga telah dilantik sebagai penasihat

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dengan gelaran Orang Kaya Dato’ Bendahara

Seri Paduka Tun Seberang. Tun Sri Lanang sempat bertemu Syeikh Nuruddin Ar-

Raniry pengarang kitab mashur Bustanus Salatin. Mereka saling bertukar ilmu

pengetahuan tentang agama dan bahasa sastera. Pada masa itu Tun Sri Lanang

mula menulis kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesulatanan Johor Lama dalam

tahun 1612 M dan telah meneruskan penulisannya sepanjang kehidupannya sebagai

Uleebalang Samalanga Aceh. Peranan beliau sebagai Bendahara dan Uleebalang

banyak memberi pendedahan kepada kehidupan istana dua kerajaan Melayu

terbesar. Hal ini memberi manfaat dalam penulisan karya agungnya. Pada tahun

1659M Tun Sri Lanang meninggal dunia di Samalanga, Aceh. Zuriatnya berterusan

menjadi pemerintah otonomi di sana sedangkan sebahagian lagi zuriatnya kembali

ke Johor lalu ditakdirkan menjadi raja-raja Melayu khususnya di Pahang,

Terengganu dan Johor Moden sehingga hari ini. Makan Tun Sri Lanang telah dipagar

2 http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

6

Page 7: Tugasan Karya Agung

dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat

dan pengkaji sejarang dari Malaysia dan Indonesia.

3.2 Raja Ali Haji

Raja Ali Haji bin Raja Ahmad atau nama lengkapnya Tengku Haji Aku al-Haj

bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji Asy-Syahidu fi Sabillah bin Upu Daeng Celak.

Beliau lebih masyhur dengan sebuatan Raja Ali Haji sahaja. Raja Ali Haji dilahirkan

di Pulau Penyengat Indera Sakti yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-

Lingga-Johor dan Pahang. Ibunya Hamidah binti Panglima Malik, dan tercatat tahun

lahirnya pada 1809. Mahakaryanya Gurindam Dua Belas diterbitkan pada tahun

1847 telah menjadi fenomena sastera pada zamannya. Raja Ali Haji berpendidikan

Arab, namun penulisannya masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak

dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.

Raja Ali Haji merupakan seorang ulama, ahli sejarah serta tokoh yang

terkenal dalam arena bahasa. Minat beliau dalam bidang penulisan ini diwarisi oleh

ayahanda beliau Raja Ahmad. Raja Ahmad merupakan anak sulung kepada Raja

Haji. Beliau sangat minat bidang sejarah dan pernah menghasilkan sebuah karya

yang berbentuk syair iaitu Syair Perang Johor yang menceritakan peperangan yang

berlaku di antara Kesultanan Johor dan Kesultanan Aceh pada abad ke 17. Bakat

dan minat menulis Raja Ahmad ini telah diwarisi oleh Raja Ali Haji.

Sekitar tahun 1827M Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke

Makkah. Raja Ali dan Raja Ahmad adalah di antara anak Raja Riau yang pertama

menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal di Makkah agak lama bagi

mempelajari ilmu agama. Beliau bergaul dengan Syikh Daud bin Abudullah al-

Fathani yang pada ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji. Ketua Syeikh Haji

merupakan orang yang berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Makkah.

Sebelum kembali ke Riau Raja Ali Haji dan bapanya Raja Ahmad sempat berkunjung

ke Mesir.

Raja Ali Haji memiliki pengetahuan yang sangat luas dalam bidang agama

Isla serta ilmu pentadbiran. Hal ini demikian kerana beliau rajin mempelajari ilmu

agama daripada ulama tempatan dan luar negeri. Kebetulan pada masa itu terdapat

ramai ulama di kerajaan Riau-Johor. Memiliki ilmu pengetahuan yang banyak dalam

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

7

Page 8: Tugasan Karya Agung

bidang agama, menjadikan Raja Ali Haji sebagai guru agama an bahasa Arab di

kawasan penempatan beliau. Ramai anak muda tempatan berguru dengan beliau.

Raja Ali Haji mempunyai ilmu dalam bidang pentadbiran sejak umur 20 tahun lagi.

Pada masa itu beliau sudah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab

menjaga hal ehwal kenegaraan. Beliau juga memiliki ilmu yang mendalam dalam

bidang bahasa, sastera, sejarah serta undang-undang. Raja Ali aji meninggal dunia

di Riau sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia

sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.

3.3. Munsyi Abdullah

Munsyi Abdullah dilahirkan pada tahun 1796 di Kampung Masjid yang

dikenali sebagai Kampung Pali ketika itu. Beliau merupakan anak bongsu daripada

empat beradik. Beliau berketurunan Arab Yaman. Pada usia baru menjangkau 11

tahun, kepintaran Munsyi Abdullah dalam banyak bidang ilmu menyebabkab beliau

sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka

yang lebih berumur daripadanya. Beliau membesar sebagai manusia yang

berpengatahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai

‘Abdullah Munsyi” menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan

dikagumi oleh penjajah Inggeris.

Bapa Munsyi Abdullah, Abdul Kadir merupakan ilmuwan dalam bidang

bahasa Tamil dan Arab serta ilmu kira-kira. Oleh sebab itu Abdul Kadir dilantik

menjadi penulis surat Sultan dan mengajar bahasa asing, Tuan Marsden berbahasa

Melayu, seterusnya menjadi Syahbandar, utusan Inggeris ke negeri Melayu seta juru

bahasa dan juru tulis. Ibarat ‘kuah tumpah ke nasi’, Munsyi Abdullah sangat cintakan

ilmu dari kecil lagi. Beliau menjadi orang pintar dan kratif berbanding kanak-kanak

lain, hasil didikan tegas bapanya. Munsyi Abdullah cepat matang sehingga di usia

kanak-kanak beliau sudah mula menjual layang-layang, melukis, menulis surat dan

menyalin al-Quran untuk memperoleh wang. Gelaran ‘Munsyi” yang bermaksud

‘guru’ diberikan kepadanya ketika berumur 11 tahun lagi. Abdullah adalah seorang

pelajar yang gigih. Beliau paling minat meluaskan pengetahuan mengenai bidang

bahasa dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan dan ilmu bahasa.

Selain itu beliau turut mempelajai bahasa Tamil, Arab dan Inggeris.

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

8

Page 9: Tugasan Karya Agung

Munsyi Abdullah bin Kadir dikatakan sebagai bapa sastera moden. Beliau telah

bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles. Pada masa yang

sama beliau telah menterjemaah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk

pergerakkan-pergerakkan mubaligh Kristian di Singapura dan Melaka. Dalam riwayat

beliau iaitu Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran jelas mengenai

pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke Tanah Melayu. Beliau

merupakan penulis agung pertama yang telah lari dari corak penulisan tradisional

atau klasik. Banyak diantara karya beliau mengandungi unsur mengkritik pemimpin

Melayu, etika bahasa dan budaya Melayu. Beliau cuba mengetengahkan idea

barunya dalam bentuk penulisan sedemikian. Abdullah Munsyi telah menghasilkan

karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan

sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu melalui karya sasteranya,

malah ia juga menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

Munsyi Abdullah berkahwin pada usia 34 tahun dan dikurniakan seorang

anak perempuan bernama Siti Lela. Pada masa Singapura dibuka, Munsyi Abdullah

meninggalkan anak isterinya di Melaka untuk bertugas sebagai penulis undang-

undang Singapura. Sepanjang hidupnya Munsyi Abdullah banyak mengembara ke

England, Pahang, Terengganu dan Kleantan dalam manjalankan tugasnya. Namun

ketika diserang demam kepialu, beliau kembali kepangkuan keluarganya di Melaka.

Selepas isterinya meninggal dunia , Munsyi Abdullah menjual rumah meraka di

Melaka dan terus menetap di Singapura. Pada tahun itu juga, Munsyi Abdullah

menulis cerita kapal asap bernama ‘Sistosis’. Beliau juga menyelesaikan “Hikayat

Abdullah” pada Mei 1843, buku itu bagaimana pun diterbitkan hanya kira-kira 40

tahun selepas kematiannya. Munsyi Abdullah meninggal dunia pada tahun 1854iaitu

ketika dalam perjalanan ke Makkah ketika berusia 58 tahun. Kisah perjalanannya ke

Makkah dicatatkan dalam “Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah” tetapi gagal

disiapkan namun buku ini tetap diterbitkan Balai Pustaka, Jakarta pada 1920.

Berikut merupakan antara beberapa karya Munsyi Abdullah;

1. Syair Singapura Terbakar (1847)

2. Hikayat Kalilah Wa Daminah ( Terjemahan Tamil 1835)

3. Kita Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)

4. Dawai-Kulub (1838)

5. Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)

6. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

9

Page 10: Tugasan Karya Agung

7. Hikayat Abdullah (1849)

8. Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi dari Singapura ke Kelantan

(1838)

9. Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi dari Singapura ke Makkah

(1838-9)

10. Syair Kampung Gelam Terbakar

11. Ceretera Kapal Asap (1843)

12. Ceretera Haji Sabar Ali (1851)

13. Bahwa ini Hikayat Binatang.

3.4 Hamzah Fansuri.

Hamzah Fansuri merupakan seorang penyair yang dipercayai dilahirkan pada

akhir abad ke 16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Pada tahun 1726, Francois

Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie ( Hindia Timur Lama dan Baharu)

pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair

yang dilahirkan di Fansur. Sepanjang hidupnya Hamzah Fansuri telah mengembara

ke pelbagai tempat untuk menuntut ilmu mengetahuan termasuk lah ke Makkah,

Madinah, Bahgdad, Pahang ( Tanah Melayu ) dan Kudus di Pulau Jawa. Beliau

menguasai Bahasa Arab dan Parsi disamping bahasa Melayu iaitu bahasa

ibundanya.

Hamzah Fansuri merupakan seorang pendakwah Tarekat Wujudiyah iaitu

fahaman yang beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana

wujud daripada zat Allah. Hamzah Fansuri terpengaruh dengan fahaman Ibn Arabi

iaitu ahli tasauf yang masyhur pada akhir abad ke 12 dan awal abad ke 13. Ulama

Nuruddin ar-Raniri menentang hujah Hamzah Fansuri ini dengan menyatakan Tuhan

itu kekal dan tidak terjejas dari ciptaannya.

Syair Perahu yang dikarang oleh Hamzah Fansuri berbunyi ;

Inilah gerangan suatu madah

Mengarangkan syair terlalu indah

Membetuli jalan tempat berpindah

Di sanalah I’tikad diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

10

Page 11: Tugasan Karya Agung

Ialah perahu tamsil tubuhmu

Tiadalah berapa lama hidupmu

Ke akhirat jua kekal diammu

Hai muda arif budiman

Hasilkan kemudi dengan pedoman

Alat perahumu jua kerjakan

Itulah jalan membetuli insan

Dengan penggunaan bahasa yang indah dan perumpamaan yang sederhana, Syair

perahu ini pada suatu masa menjadi sebutan orang ramai. Ia digunakan oleh ibu

bapa untuk menasihati anak mereka agar mentaati ajaran Islam. Antara karya-karya

Hamzah Fansuri adalah seperti berikut ;

1. Asrar al-Arifin ( Rahsia Orang yang Bijaksana )

2. Sharab al-Asyikin ( Minuman Segala orang yang Berahi )

3. Zinat al-Muwahidin ( Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan )

4. Si Burung Punyai

5. Si Burung Pungguk

6. Sidang Fakir

7. Syair Dagang

8. Syair Perahu.

4.0 ANALISIS KARYA AGUNG

Dalam tugasan ini saya akan mengupas analisis mengenai dua Karya Agong

yang terkenal iaitu Salalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

4.1 Salalatus Salatin

Karya Salalatus Salatin ini banyak mengetengahkan aspek budaya,

perpaduan dan mobiliti. Budaya yang dimaksudkan ialah budaya yang memathui

peraturan hidup di istana yang telah ditetapkan oleh golongan kerabat. Karya ini

sarat dengan gaya hidup pembesar yang berkuasa menetapkan peraturan kepada

rakyat jelata. Sebagai contoh pada masa dahulu warna kuning hanya boleh dipakai

oleh golongan raja, rakyat adalah dilarang memakai warna kuning. Perpaduan juga

ditekankan dalam karya ini iaitu perpaduan dipercayai mewujudkan keamanan dan

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

11

Page 12: Tugasan Karya Agung

kedamaian dalam hidup. Karya ini banyak menceritakan perpaduan penduduk

tempatan dan penduduk luar seperti hubungan negeri Melaka dan Sulawesi melalui

hubungan diplomatik. Aspek mobiliti berlaku disebabkan perkahwinan. Perkahwinan

antara Tun Fatimah anak bendahara dengan Sultan Mahmud Shah. Tun Fatimah

diangkat menjadi Raja Perempuan Besar Malayu, mengubah taraf kedudukan

seseorang melalui perkahwinan.

Ciri-ciri pengarangan dalam Salalatus Salatin adalah seperti;

1. Penggunaan Banyak perbandingan Melampau ( Hiperbola )

Berdasarkan Hikayat Sejarah Melayu ini, pengarang Salalarus Salatin banyak

menggunakan unsur hiperbola yang dapat menarik minat dan perhatian pembaca.

Unsur ini adakalanya dilihat tidak logik tetapi unsur yang menarik itu dapat melihat

bagaimana pengarang berjaya mengaplikasikan unsur-unsur persekitaran dalam

karya penulisan mereka. Sebagai contoh petikan dalam Salalatus Salatin;

“Daripada kebanyakan ra’yat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi

padang, bumi pun bergetar seperti gempa, gunung-gunung pun bergerak, runtuh

kemuncaknya. Mala, segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi raya,

segala sungai yang besar-besar pun menjadi kering, jadi darat.”

( Salalatus Salatin, 1997: 15 )

2. Sesuatu Perkara Diulas Dengan Mendalam.

Penulis karya aging pada zaman dahulu cenderung mengulas sesuatu perkara

dengan sangat terperinci. Hal ini jarang berlaku pada penulisan masa kini. Sebagai

contoh penulis karga agung masa lalu mengupas salasilah keturunan sesebuah

keluarga. Keadaan ini dapat dilihat dalam contoh dibawa;

“…..umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun lamanya Raja

Iskandar. Maka Raja Arasythun Syah berpeindahlah ari negeri yang fana ke negeri

yang baqa. Maka, anakanda Raja Afdhuslah naik raja dalam negeri Hindi. ‘Umur

baginda atas kerajaan seratus dua puluh tahun. Setelah sudah baginda hilang maka

Raja Askainat namanya naik raja; umur bagindan di atas kerajaan tiga tahun.

Setelah itu bagind3a…….”

( Salalatus Salatin , 1997:8 )

3. Mempamerkan Unsur Moral Kepada Pembaca.

3 Bendahara Paduka Raja dan Uleebalang Tun Seri Lanang Kesultan Johor Lama dan Samalang; 2012, http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

12

Page 13: Tugasan Karya Agung

Melalui Salalatus Salatin atau Hikayat Melayu ini, penulisnya Tun Sri Lanang

mengetengahkan pelbagai unsur dan nilai pengajaran yang dapat diperoleh. Nilai-

nilai murni secara tidak langsung akan dapat memberi kesan kepada pembaca.

Pembaca akan mengkaji dan menghayati hikayat ini secara tidak langsung akan

membandingkan watak-watak yang digarap pengarang dengan diri mereka sendiri.

Secara tidak langsung, sedikit sebanyak nilai-nilai positif dan pengajaran dapat

diserap ke dalam diri membaca. Sebagai contoh petikan di bawah;

“Hai anakku, jangan berbanyak tama’ kamu akan segala arta orang, dan jangan

kamu ingin akan isteri anak hamba kamu-kamu kedua ini, muafakat dua bersaudara

dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara.”

( Salalatus Salatin, 1997: 48 )

4. Menekankan Aspek Agama

Dalam aspek agama pula, kita dapat melihat bagaimana pengarang cuba

menerapkan aspek agama ke dalam diri pembaca. Keadaan ini dapat dilihat dalam

watak seorang fakir yang cuba menjejak seseorang yang dimaksudkan oleh Nabi

Muhammad SAW dalam mimpinya. Fakir ini cuba mengikut petunjuk yang

disampaikan dalam mimpinya untuk mengislamkan pemimpin dan penduduk

berdasarkan mimpinya tersebut. Keadaan ini ditulis dalam petikan dari Salalatus

Salatin seperti berikut;

“Setelah esok hari maka fakir itu pun naiklah ke darat membawa Qur’an. Maka

disuruhnya baca pada orang isi 4negeri Fansuri, seorang pun tiada dapat membaca

dia. Maka kata fakir itu dalam hatinya, “Bukan negeri ini yang seperti sabda nabi kita,

Muhammad Rasullah sallallahu ‘alaihi wasallam.”

( Salalatus Salatin, 1997:5 )

4.2 Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tauh hidup sebagai sebuah hasil sastera Melayu lama yang

mempunyai keindahannya. Pengarang Hikayat Hang Tuah telah mengambil watak

Hang Tuah dari manusia sejarah Hang Tuah dan ketika membina watak ini, ia

disenyawakan dengan aspirasi dan perasaan, sifat dan keadaan-keadaan dalam

4 Bendahara Paduka Raja dan Uleebalang Tun Seri Lanang Kesultan Johor Lama dan Samalang; 2012, http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

13

Page 14: Tugasan Karya Agung

masyarakat Melayu zamannya. Hikayat Hang Tuah Menggambarkan zamannya dan

watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah adalah model-model manusia zamannya.

Watak Hang Tuah mengetengahkan tema kesetiaan, kesanggupan dan

kejayaan masyarakat Melayu yang ditulis dengan mesra dan sebati dengan watak.

Hikayat Hang Tuah adalah sebuah roman sejarah bercorak kebangsaan yang

mempunyai seni dalam erti ia menyuarakan perasaan dan kesanggupan dan

kedayaan bangsa Melayu zamannya. Tema kesetiaan, kesanggupan dan kedayaan

bangsa Melayu adalah dalam bentuk sindiran atau kiasan. Sindiran dan kiasan di sini

adalah untuk membaiki, memberi moral dan alasan kepada sesuatu kejadian.

Hikayat Hang Tuah dikarang berdasarkan watak Hang Tuah yang pernah menjadi

hulubalang Melaka. Kegigihan dan kesetian Hang Tuah digambarkan dalam satu

seni yang indah. Hang Tuah diangkat sebagai Adiwira Melayu. Sifat kewiraan ini

sebagai pemangkin kepada sifat lemah moral di kalangan bangsa Melayu pada

masa dahulu dengan menaman kepercayaan dan pegangan bahawa pada suatu

masa dahulu bangsa Melayu gagah, setia dan punya kesanggupan.

Hikayat Hang Tuah diklasifikasikan sebagai ‘sastera untuk masyarakat’

kerana ia membakar semangat masyarakat melayu dengan mengagungkan sifat

positif dalam watak Hang Tuah untuk mereka teladani. Pada hemat membaca zaman

sekarang, masyarakat mungkin menilai Hang Tuah sebagai gagal, kerana konsep

keadilan, kesetiaan soal nyata dan khayalan berlainan sekali antara dahulu dan

sekarang. Jika kita hendak memamhami dan menilai Hikayat Hang Tuah dengan

sewajarnya, kita mestilah memahami latar belakang pegangan bangsa Melayu pada

zaman itu. Konsep kesetiaan bangsa Melayu pada masa itu aalah terhadap raja

yang memerintah. Konsep khayalan yang berasaskan masyarakat zaman Hang

Tuah dan bukan khayalan masyarakat pada zaman sekarang.

Setiap hikayat lama menggambarkan kebahagian untuk heronya pada

penghujung cerita. Keistimewaan hikayat Hang Tuah ialah Hang tuah, Raja Melaka

dan Bendahara Paduka Raja dikekalkan dan tidak ditamatkan riwayat mereka.

Berbalik kepada gambaran kejayaan dan kesanggupan masyarakat Melayu, kita

dapati bahawa dalam simbolisnya hero-hero zaman Melaka dan kebesaran Melayu

tidak akan lenyap dari sejarah. Mereka merupakan lambang perjuangan Melayu.

Mungkin manusia Hang Tuah sudah mati, namun bangsa Melayu yang

dilambangkan dalam sifat Hang Tuah akan terus hidup.

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

14

Page 15: Tugasan Karya Agung

Pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai idealisme untuk

mengankat martabat bangsa Melayu setinggi mungkin. Pengarang banyak

menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa

pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat Melayu

termasuklah sistem sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota

masyarakat dan agama. Watak-watak lain yang diceritakan dalam Hikayat Hang

Tuah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja menunjukkan keasliannya dan

meggambarkan watak-watak bangsa melayu yang mewakili zamannya. Dalam teks

ini, watak Hang Tuah membawa lambang kesempurnaan bangsa Melayu yang dapat

dijadikan sebagai contoh oleh generasi yang terkemudian. Hal ini demikian kerana,

seriap perlakuan serta perbuatan Hang Tuah melambangkan keperibadian bangsa

melayu itu sendiri.

Menurut Hasan Ahmad (1997), penonjolan jati diri melayu menerusi watak

Hang Tuah bersesuaian dengan kehendak atau ciri-ciri karya tersebut yang dianggap

oleh kebanyakan sarjana sebagai salah sebuah karya agung bangsa Melayu. Hal ini

ternyata sekali jika merujuk mengenai persoalan pengorbanan untuk raja, agama

serta bangsa seperti yang telah ditunjukkan melalui watak Hang Tuah dalam hikayat

ini. Dalam hikayat ini dipaparkan bagaimana Melaka dan Majapahit yang merupakan

dua bangsa yang mewakili bangsa Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri demi

mempamerkan kejaguhan dan keagungan bangsa masing-masing. Dalam Hikayat

Hang Tuah juga turut digambarkan bahawa masyarakat Melayu yang diwakili Hang

Tuah sering disaingi serta diancam dengan penampilan watak nagatif Jawa.

Pahlawan Jawa mencuba untuk menggugat kedudukan kerajaan Melayu Melaka dan

mencabar kepahlawanan Hang Tuah. Ketika Hang Tuah berada di Majapahit, dapat

dikesan penegasan dan penonjolan istilah Melayu atau bangsa Melayu. Contoh

petikan yang menggambarkan perkara diatas ialah;

“ Maka kata Patih Gajah Mada, bukan engkau sekalian aku hendak menyuruh

mengalahkan negeri. Engkau hendak kusuruhkan mencuba hulubalang Melayu yang

datang itu…”

( Hikayat Hang Tuah, hlm. 115 )

Sehubungan itu, penambilan Hang Tuah bukan sekadar untuk menyedapkan

penceritaan tetapi pengarang berhasratuntuk menjadikan watak tersebut sebagai

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

15

Page 16: Tugasan Karya Agung

lambang keagungan bangsa Melayu. Hal ini dapat dilihat pengulangan istilah Melayu

dalam Hikayat hang Tuah seperti berikut;

5.0 Rujukan

Ali Ahmad (1995). Epik Pengaruh Hindu, Epik Warisan Islam, Epik Peribumi: Satu

Kajian Perbandingan. Universiti Sains Malaysia.

A.Samad Ahmad (1979). Salalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu, Satu KajianDaripada Aspek Pensejarahan

Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2001. Ed. Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dab

Pustaka

Kasim Ahmad(pngr). 1975. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mohamad Daud Mohamad (1987) Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik. Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Mansur Adullah. 1984. Kesussasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur :

penerbitan Tratra

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html.

http://www.yayasankaryawan.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=1

http://gwasastra.blogspot.com/p/definisi.html

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

16

Page 17: Tugasan Karya Agung

TL 30203 Penghayatan Karya Agung

17