topik 1 (rma) sgrm3037 penghayatan karya agung

32
SGRM3037 PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU Topik 1 Pengenalan Karya Agung

Upload: ariezanari

Post on 28-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

SGRM3037 PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Topik 1Pengenalan Karya Agung

Page 2: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Makna kesusasteraan

ke + su + sastera + an /su/ bermaksud indah, cantik, molek Sastera (castra) adalah karya atau

kumpulan karya sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau elektronik yang mempunyai nilai keindahan, mesej dan pemikiran.

Page 3: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Melayu

Ismail Hamid (1988) merumuskan bahawa bangsa Melayu dilihat dalam konteks sosial dan budaya mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia, dan kepulauan Nusantara.

Bangsa Melayu erat dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Page 4: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Prasejarah Melayu

Zaman prasejarah Melayu- bangsa Melayu sudah mempunyai sistem kepercayaan yang disebut animisme; percaya hal-hal ghaib, hantu, dewa-dewi, penunggu (Ismail Hamid, 1988).

Dalam hal sistem politik, dan sastera tidak jelas.

Page 5: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Kerajaan Melayu

Sastera dan bahasa Melayu berkembang semasa munculnya kerajaan Melayu di alam Nusantara; misalnya kerajaan Seriwijaya (abad ke-7 hingga ke-13), kerajaan Majapahit (abad 13 dan 14), kerajaan Pasai (abad 13 dan 14), kerajaan Patani (abad 13 dan 18), kerajaan Melaka (abad 15), dan kerajaan Johor-Riau (abad 16 dan 19)

(Ismail Hamid, 1988).

Page 6: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Bahasa dan Sastera Melayu

Kemunculan kedua-dua unsur kebudayaan ini tidak dapat dipisahkan, dan ia berkembang selari mengikut zaman.

Bahasa sebagai wahana sama ada secara lisan, tulisan atau elektronik adalah untuk menyampaikan mesej dan pemikiran manusia yang menyerlahkan tamadun bangsa.

Page 7: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Bentuk asal sastera Melayu Lisan – tersebar dari mulut dari mulut, dan

diwarisi dari generasi ke generasi. Sastera lisan adalah milik kolektif atau

milik bersama masyarakat Melayu. Justeru, karya sastera tiada pencipta/ pengarangnya.

Mempunyai nilai teladan, moral, dan didaktik.

Genre puisi tradisional; pantun, peribahasa, mantera, seloka, dikir atau zikir.

Page 8: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Asal bahasa Melayu

Bahasa Melayu berasal daripada bahasa Austronesia (bahasa Malay-polinesia) yang terbahagi kepada kelompok besar; Nusantara (Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagaskar), Melanesia (Irian, Karolina dan Salmon), dan Polinesia (Maori, Hawai) (Ismail Hamid, 1988).

Bahasa Melayu berkembang semasa kemunculan kerajaan Melayu Jambi dan kerajaan Melayu Melaka.

Page 9: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Pengaruh Hindu dan bahasa Sanskrit

Kedatangan orang India membawa bersama agama dan budaya Hindu, memunculkan kerajaan Hindu di alam Melayu; kerajaan Langkasuka, dan Seriwijaya.

Muncul bahasa Sanskrit (bahasa India Tua) yang digunakan dalam kitab Veda.

Bahasa Melayu kuno mengalami perubahan apabila muncul bahasa Sanskrit.

Page 10: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Samb.

Tulisan dalam bahasa Sanskrit pada batu bersurat mempunyai nilai seni/ sastera. Contoh Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M);

di asannakala di antara margalai temu muwah ya aharadgan air diminumnyasawanyanya wuatnya humaparlak mancak muwah yamenghidupi pasu prakaramarhulun tuwi werddhisamanyaknya yang upasargapidana swadpanwigna.

Page 11: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Samb.

Terjemahannya:

Apabila mereka lapardi tempat perhentian atau di tengah-tengahperjalanan, haruslah merekamendapatkan makanan adanair minumanmoga segala perhumaan dan kebun-kebunyang mereka perbuat akan memberihasil yang banyakMoga selamatsegala macam ternak dansekalian hamba sahaya merekaditimpa oleh sesuatu malapetaka atau diseksa olehpenyakit tak dapat tidur.

(Ismail Hamid, 1988, h. 19)

Page 12: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Konsep Karya Agung

Rosnah Baharudin (1997) menyatakan bahawa istilah lain dalam maksud yang sama bagi karya agung adalah magnum opus, kanon, karya klasik atau mahakarya.

Dalam bahasa Inggeris disebut great works Mahakarya adalah karya besar atau karya agung yang

lahir pada sesuatu zaman; karya seni yang unggul dan mengagumkan negara penciptanya; karya terbaik yang tercipta daripada daya intelek dan daya kreativiti dan intelek yang tinggi; karya terbaik oleh sasterawan atau karyawan dan merupakan puncak kreativitinya; karya yang menjadi contoh paling unggul dari segi penciptaannya (Glosari Istilah Kesusasteraan, 1988, h. 184)

Page 13: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Samb.

Hassan Ahmad (dalam Rosnah, 1997) menyatakan bahawa karya agung adalah karya yang membentuk warisan budaya bangsa, ilmu, persuratan, falsafah dan nilai atau pandangan sejagat bangsa.

Pemikiran dan daya intelek pengarang merentasi kerangka masa, dan bersifat kontemporari/ semasa/ sezaman.

Page 14: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Karya agung dianggap sebagai karya yang dapat membentuk jati diri sesuatu bnagsa, sehingga dapat memantulkan kembali ketamadunan bangsa tersebut pada bila-bila masa sebagaimana kita mengenal tamdun Greek, Yunani, Cina, India dan Mesir.

Menjadi landasan kemajuan sesuatu bangsa.

Page 15: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Samb.

Secara harafiahnya diertikan sebagai:Karya yang mempunyai cerita dan penulisan yang hebat, meliputi segala bentuk penataran peristiwa, bahasa, keindahan, olahan, fikiran dan perasaan yang terkandung dalamnya.

Sering dikaitkan dengan cerita hikayat daripada teks sastera tradisional atau klasik.

Page 16: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Jenis karya agung

Tiga jenis karya sastera Melayu yang layak diangkat sebagai karya agung:

1. Sastera lisan yang boleh bertahan sampai kini; pantun, syair, gurindam dan peribahasa Melayu.

2. Teks klasik yang telah diuji zaman, dan jadi bahan kajian sarjana hingga kini; Sejarah Melayu, dan Hikayat Hang Tuah.

3. Teks sastera moden, dan kontemporari yang avant-garde; novel dan drama – Salina, Ranjau Sepanjang Jalan, Tikus Rahmat.

Page 17: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Teks-teks yang boleh diangkat sebagai karya agung yang lain

Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Raja-Raja Pasai

Hikayat Inderapura Hkayat Muhammad

Hanafiah Hikayat Amir Hamzah Hikayat Iskandar

Zulkarnaian Tuhfat al-Nafis

Syair Siti Zubaidah Syair Seribu Siti Syair Bidasari Syair Dandan Setia Syair Perahu

Hamzah

Syair Burung Pingai Fansuri

Page 18: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Karya Agung Melayu

Ditulis menggunakan bahasa Melayu, sama ada berdialek Melayu Semenanjung atau daerah Melayu di tempat lain seperti Sumatera, Sulawesi, Kalimantan, Sumbawa dan Lombok (daerah2 ini dikenali sebagai “Nusantara”- Mohd Taib Osman, 1997)

Ditulis menggunakan tulisan Jawi (aksara Arab berbahasa Melayu) yang mencakupi pelbagai bidang – pemikiran, falsafah dan pandangan hidup yang diguna pakai turun temurun.

Page 19: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Sumber Karya Agung Bahasa Melayu kuat setelah kedatangan

Islam. Timbul usaha memartabat bahasa Melayu

oleh beberapa institusi dan masyarakat dengan menampilkan idea bernas mencakupi pelbagai bidang.

Karya agung muncul dari institusi beraja/istana yang memaparkan sistem pemerintahan beraja.

Muncul pengarang seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abd. Rauf Singkel dan Raja Ali Haji.

Page 20: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Ciri-ciri Karya Agung

1. Lambang dan pesanan yang hendak disampaikan.

2. Nilai budaya dan pandangan hidup.3. Nilai ilmu.4. Teknik kepengarangan.5. Seni bahasa.

(Hassan Ahmad, 2000:20)

Page 21: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

1. Lambang dan pesanan

Mengungkap hasrat bangsa melalui pengarang atau penyusun karya.

Ungkapan ini dapat dilihat pada mukadimah Sejarah Melayu/Sulalatus al Salatin:

“… diperbuatkan hikayat didengar oleh anak cucu kita yang kemudian draipada kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya..”

(Sulalatus al Salatin edisi karya agung, 1997-3-4)

Page 22: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Teks Sejarah Melayu- selain kegemilangan Melaka, diselitkan pelbagai cerita ibarat dan ketinggian Melayu sehingga Melayu dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa besar lain di dunia.

Perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun

Peristiwa Singapura dilanggar Todak Peristiwa peminangan Puteri Gunung

Ledang Dsbnya..(rujuk teks Sejarah Melayu)

Page 23: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

2.Nilai budaya dan pandangan hidup Karya yang memuatkan amanat pembangunan

negara. Contoh wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya:

“ Ketahui olehmu anakku, bahawa yang di dunia ini tidak akan kekal adanya. Yg hidup itu sedia akan mati juga sudahnya. Iman yang sempurna dan pekerti yang baik itulah yang kekal, disebut orang selama2nya. Adapun peninggalanku ini hendaklah engkau bersabar, serta adil sangat2, dan jangan tamakkan harta, kerana makan hak sama Islam terlalulah besar dosanya tiada diampuni Allah melainkan dgn izin tuannya…”

(Sejarah Melayu, 1967:126)

Page 24: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

3. Nilai ilmu

Menampilkan mesej berat tentang kepentingan ilmu pelbagai bidang dalam kehidupan;

Contoh teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah..

Hang Tuah mengusai 12 bahasa dunia (HHT)

Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan ulama (SM)

Page 25: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Nilai ilmu bersangkutan soal kehidupan berbudaya; berpanggilan;mentadbir negara; hukum hakam; cukai pendapatan dsbnya (rujuk SM)

Akal budi Melayu turut ditekankan dalam peribahasa Melayu seperti:

Harimau mati meninggalkan belangManusia mati meninggalkan nama

biarlah seperti ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.

Jangan jadi gendang ksoong, berbunyi kuat, berisi tidak.

Page 26: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

4.Teknik kepengarangan, Pengarang / Penyalin

Penulis / penyusun / penyalin Bebas menokok tambah / mengarang isi teks Contoh versi SM ada pelbagai; Shellabear, Raffles dan

A.Samad Ahmad SM: Tun seri Lanang diberi tugas memikul

tanggungjawab. Memperkenalkan diri sebagai: “Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas

anggota fakir allazi huwa murakkabun a’la’l-jahli Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangannya, Paduka Raja gelarannya Bendahara anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu BENdahara Seri Maharaja…Melayu bnagsanya dari Bukit Siguntang Mahamiru.” (SM, 1967:2)

Page 27: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Menggambarkan kerendahan hati pengarang “fakir” –melambangkan kerendahan hati –

menjadi suatu gaya penulisan pada ketika itu.

Dalam syair misalnya:Dengarkan tuan segala madahDikarangkan fakir berhati gundahSungguh rencana tiada indahMembaca mendengarnya banyak faedah.

Memperlihatkan seolah-olah pengarang sebagai pengantara antara raja dengan rakyat.

Pengarang tidak bernama- karya dianggap milik bersama.

Page 28: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

5.Seni bahasa

Karya agung dipersembahkan dalam wadah bahasa yang berat, penuh dengan pemikiran kritis pengarang.

Disampaikan secara halus dan bersahaja. Dalam karya terdapat pelbagai seni bahasa

seperti peribahasa, gurindam, syair, pantun,seloka, bahasa berirama dsb.nya. Contoh:

“Minum air berbayang-bayangSantap sirih berkaca-kacaJika bersandar ditiang, tiang terus oleh cahayanyaTiadalah tolok bnadingnya kepada zaman ini”

(Hikayat Malin Deman:3)

Page 29: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Tengah malam sudah terlampau

Dinihari belum lagi tampak

Budak-budak dua kali jaga

Orang muda pulang bertandang

Orang tua berkalih tidur

Embun jantan rintik-rintik

…………………

Itu alamat hari nak siang.

(Hikayat Malin Deman:4)

Menceritakan suasana hari hampir siang. Berdasarkan gambaran alam semulajadi.

Page 30: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Segala-galanya memaparkan keagungan, kepintaran dalam menyulam kata sehingga menonjolkan ikatan makna yang hanya difahami oleh masyarakat yang mewarisinya.

Pengarang bukan sahaja mahir dalam penggunaan bahasa tetapi mahir dalam kreativiti khayalan –eksploitasi imaginasi untuk menarik khalayak.

Page 31: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Kesimpulan

Karya agung ialah karya yang dapat meninggalkan kesan positif kepada bangsanya dalam pelbagai perspektif sama ada pemikiran, faksafah kehidupan, kepintaran dalam segala pembinaan dan sealur dengan akal budi yang menjadi landasan mewujudkan jati diri bangsa bermaruah.

Page 32: Topik 1 (Rma) Sgrm3037 Penghayatan Karya Agung

Sekian, terima kasih