sinopsis artikel

24
SINOPSIS ARTIKEL Artikel Seksa Jadi Guru merupakan artikel yang ditulis oleh Khairul Azran Hussin iaitu penulis artikel Berita Harian. Artikel pendidikan ini diterbitkan oleh surat khabar Berita Harian pada 1 April 2010. Penulis menggarapkan mengenai tekanan hidup yang dialami oleh guru dengan melakukan kerja yang berlebihan. Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pengawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ditubuhkan untuk mengkaji beban tugas guru yang berlebihan selain daripada tugas mendidik pelajar. Penulis juga menekankan aspek psikologi guru yang mana menurut pekeililing yang dikeluarkan, guru diberikan bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali sebulan tanpa sebarang kerja. Namun, ada kebanyakkan sekolah tidak mengikuti panduan yang telah diberi sehinggakan aduan terpaksa dibuat. Kesannya, guru dapat merasakan diri mereka sukar untuk meluangkan masa terutamanya guru-guru yang sudah mempunyai keluarga sendiri menyebabkan hubungan sesama mereka menjadi renggang. Selain itu, tugas hakiki guru sebagai pendidik tidak boleh diganggu tambah- tambah lagi disebabkan pelbagai beban tugas yang terpaksa dilakukan. Tanggungjawab utama guru ialah mendidik pelajar bukannya tugas-tugas yang lain perlu diutamakan terlebih dahulu. Jika tugas utama guru menjadi minoriti, kesannya guru mengalami tekanan dan tidak dapat memberikan sumbangan 100 peratus untuk mendidik pelajar menyebabkan pelajar tidak dapat menimba pelajaran dengan sebaik mungkin di samping penghayatan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri mereka kurang dititikberatkan. Tuntasnya, idea-idea para pemimpin dan langkah alternatif daripada jawatankuasa khas diperlukan supaya guru tidak mengalami tekanan disebabkan bebanan tugas-tugas yang lain selain mendidik.

Upload: melvynhmw

Post on 19-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sinopsis Artikel

TRANSCRIPT

SINOPSIS ARTIKELArtikel Seksa Jadi Guru merupakan artikel yang ditulis oleh Khairul Azran Hussin iaitu penulis artikel Berita Harian. Artikel pendidikan ini diterbitkan oleh surat khabar Berita Harian pada 1 April 2010. Penulis menggarapkan mengenai tekanan hidup yang dialami oleh guru dengan melakukan kerja yang berlebihan. Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pengawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ditubuhkan untuk mengkaji beban tugas guru yang berlebihan selain daripada tugas mendidik pelajar. Penulis juga menekankan aspek psikologi guru yang mana menurut pekeililing yang dikeluarkan, guru diberikan bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali sebulan tanpa sebarang kerja. Namun, ada kebanyakkan sekolah tidak mengikuti panduan yang telah diberi sehinggakan aduan terpaksa dibuat. Kesannya, guru dapat merasakan diri mereka sukar untuk meluangkan masa terutamanya guru-guru yang sudah mempunyai keluarga sendiri menyebabkan hubungan sesama mereka menjadi renggang. Selain itu, tugas hakiki guru sebagai pendidik tidak boleh diganggu tambah-tambah lagi disebabkan pelbagai beban tugas yang terpaksa dilakukan. Tanggungjawab utama guru ialah mendidik pelajar bukannya tugas-tugas yang lain perlu diutamakan terlebih dahulu. Jika tugas utama guru menjadi minoriti, kesannya guru mengalami tekanan dan tidak dapat memberikan sumbangan 100 peratus untuk mendidik pelajar menyebabkan pelajar tidak dapat menimba pelajaran dengan sebaik mungkin di samping penghayatan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri mereka kurang dititikberatkan. Tuntasnya, idea-idea para pemimpin dan langkah alternatif daripada jawatankuasa khas diperlukan supaya guru tidak mengalami tekanan disebabkan bebanan tugas-tugas yang lain selain mendidik.SEBAB-SEBAB TERJADINYA ISU Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada matlamat kerajaan di mana semua hasrat keraan bermula dalam bidang pendidikan. Semasa dalam bidang pendidikan ini, organisasi pendidikan tidak akan terlepas dengan pelbagai perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan. Khususnya, bila disebut tentang pendidikan, pemikiran manusia terus melibatkan profesion keguruan. Golongan ini adalah tunggak dalam proses pendidikan negara. Jadi, sebarang perubahan atau pembaharuan yang dilaksanakan, secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada guru seterusnya dalam bidang pendidikan negara ini. Jika dilihat pada isu tekanan, sememangnya berlaku dalam setiap profesion. Namun, isu tekanan profesion perguruan dapat dititikberatkan kerana kadar pengaruhnya yang amat tinggi dalam bidang pendidikan. Kebanyakkan masyarakat memandang remeh tentang ini dan menganggap sudah menjadi lumrah bagi pengorbanan besar seorang guru. Namun, pada zaman kini, anggapan sebegini sudah tidak bersesuaian dan tidak relevan jika dibandingkan dengan masa terdahulu. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi perhatian dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini supaya misi dan visi bidang pendidikan dapat dijalankan dengan lancar.Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978), tekanan kerja guru ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya kemarahan,keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai ancaman terhadap psikologi dan fizikal. Berkaitan dengan isu yang telah dipilih iaitu Seksa Jadi Guru menyatakan keseksaan yang dialami guru kerana guru dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Antara tugas guru bukan sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid, pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Jelaslah di sini bahawa guru masa kini memikul tugas yang berat dan guru yang mengalami tekanan sudah pasti tidak mampu untuk mengutamakan tugasnya. Terdapat beberapa sebab yang berkaitan dengan beban tugas guru dan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi yang kurang stabil. Pertamanya ialah melibatkan guru dengan ibu bapa. Contohnya, isu ibu bapa kurang berkeyakinan dan kurang kepercayaan terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan hal-hal yang berurusan dengan ibu bapa pelajar. Secara amnya, ibu bapa mana yang mahukan anak mereka menemui kegagalan? Ibu bapa yang mana anaknya kurang pandai? Sudah semestinya para ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya. Justeru itu, ibu bapa sememangnya akan meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru untuk merealisasikan hasrat mereka untuk melihat anak mereka cemerlang dalam bidang akademik khususnya. Namun, adakala harapan ibu bapa terhadap guru dikatakan tidak realistik sehingga menyebabkan guru berada dalam tekanan emosi. Ini kerana harapan ibu bapa itu kadang-kadang melampaui batas dan kemampuan guru dan anak-anak mereka. Apa yang penting bagi mereka cuma ingin melihat anak-anak mereka berjaya tanpa mengenalpasti tahap kemampuan anak-anak mereka terutamanya. Kesannya, jika ibu bapa tidak memahami hal ini, mereka akan terus menyalahkan guru sekiranya berlaku salah laku atau pencapaian akademik anak-anak mereka rendah. Selain itu, pada masa kini, ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka dengan menurut segala kemahuan dan keinginan mereka contohnya keinginan mereka untuk memiliki gajet-gajet yang berteknologi tinggi untuk bersosial. Segala kemahuan mereka akan dikuti ibu bapa. Ini kerana ibu bapa terlalu menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku mereka. Kesannya, ibu bapa akan mempertikaikan tindakan guru apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini di sekolah terutamanya apabila melibatkan anak mereka sendiri. Tambahan pula, ada juga ibu bapa yang tidak mahu hadir ke sekolah untuk berbincang tentang masalah anak-anak mereka. Justeru itu, hal-hal sebegini akan menganggu tugas utama guru yang perlu melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping menyebabkan tekanan emosi yang dialami guru.Selain itu, isu beban tugas yang seterusnya melibatkan guru itu sendiri. Secara amnya, sekolah akan menerima jumlah murid yang bertambah untuk setiap tahun. Setiap pengambilan jumlah murid-murid yang baru pada setiap tahun akan bertambah dan menyebabkan perubahan dan pembaharuan yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ini penting supaya murid-murid di sekolah dapat menerima pengajaran dan didikan dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Contohnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, suasana bilik darjah apabila murid-murid yang bertambah akan menyebabkan kapasiti berlebihan daripada yang sepatutnya. Kesannya, murid-murid tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Selain itu, ada sesetengah sekolah juga mempunyai bilangan guru yang tidak mencukupi juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban guru-guru sedia ada di sekolah tersebut. Apa tidaknya, sekolah yang mempunyai ramai murid memerlukan kawalan yang rapi daripada guru-guru sekolah tersebut. Namun, apabila guru tidak mencukupi untuk mengawal murid yang ramai, jelaslah di sini beban seorang guru akan bertambah dan menyebabkan prestasi seseorang guru terjejas dan guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Akibat terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan alat bantu mengajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Menurut Mok Soon Sang (1991), Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, alat ini dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih lancar dan berkesan. Namun, berbekalkan beban tugas yang dimiliki guru masa kini, sukar bagi guru untuk mempersiapkan perancangan pengajaran yang lebih baik disebabkan masa yang begitu terhad yang perlu ditempuhi guru. Akhir sekali, beban yang perlu dipikul berkaitan dengan tugas guru di sekolah. Kebiasaanya, setiap orang guru akan diberi tanggungjawab untuk mengajar lima hingga enam kelas pada setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan untuk mengajar, menyemak buku-buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan, permainan, kelab dan sukan. Tambahan pula, bagi melahirkan guru-guru yang berkualiti dan proaktif serta ikhlas dalam bidang profesionalisme perguruan ini, guru-guru perlu menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan yang terlalu kerap ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan mendidik seterusnyaakan mendatangkan tekanan emosi kepada para guru. Sebagai contoh, kesibukan gru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru terbabit.Kesimpulannya, isu tekanan emosi yang dialami guru melibatkan diri dan tugas guru serta penglibatan guru dengan ibu bapa. Walau bagaimanapun, tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya para guru menghadapi beban tekanan yang berlebihan menyebabkan guru menghadapi tekanan emosi yang kurang stabil jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

IMPLIKASI ISUBeban tekanan tugas guru mendatangkan pelbagai implikasi kepada guru dan juga bidang pendidikan itu sendiri. Tugas seorang guru bukan sahaja di dalam bilik darjah sahaja, namun pada masa kini, guru-guru diperlukan untuk melakukan pelbagai perkara. Antaranya ialah menjadi kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip, juruhias dan sebagainya. Sebagai informasi, bagi sesebuah sekolah yang yang mendapat pengiktirafan kualiti persekolahan daripada pihak pendidikan seperti tawaran baru (new deal), guru-guru di sekolah tersebut mempunyai tugasan yang lebih berbanding guru-guru di sekolah yang biasa. Selain daripada menguruskan fail-fail serta melakukan persediaan pengajaran yang lengkap, keadaan fizikal sekolah juga diambil kira seperti sudut-sudut pembelajaran, keceriaan di dalam kelas dan luar kelas, kebersihan, keselamatan serta sikap-sikap guru dan staff sokongan. Kesemuanya diambil kira oleh pihak nazir yang datang menilai untuk memberikan tawaran baru kepada sekolah yang terpilih. Khususnya, gred purata sekolah yang paling menjadi keutamaan bagi sekolah yang terpilih untuk mendapat tawaran baru ini. Keadaan ini menyebabkan guru memerlukan masa yang berlebihan untuk melakukan persiapan termasuklah perlu bekerja pada hari cuti minggu Sabtu dan Ahad. Saya berani menyatakan informasi ini kerana saya pernah merasai pengalaman ini bersama-sama dengan guru sekolah ketika saya praktikum di sekolah berkenaan. Implikasi dapat kita lihat apabila memetik kata-kata Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu dalam kalangan pelajar. Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, hanya memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan sahaja. Dalam katanya lagi, beliau menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core business iaitu mmengajar. Bagaimanapun katanya, guru lebih menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah. Lok menambah, guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja pengkeraniaan dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan pesediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar. Kesannya, guru kurang masa untuk berehat dan melakukan tugas-tugas utama mereka disebabkan beban tugas guru yang berlebihan. Ekoran daripada bebanan tugas yang berlebihan terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur dan dimarahi oleh majikan . Lantaran itu, situasi ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress. Stres merujuk kepada sebarang gangguan sama ada dari segi fisologi seperti keletihan dan tekanan darah tinggi mahupun psikologi seperti perasaan marah, kecewa, murung, sedih, dan rasa tidak puas hati merupakan kesan daripada menjalankan tugas sebagai seorang guru. Gangguan-gangguan ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan guru untuk memenuhi kehendak atau permintaan ke atas dirinya dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah. Selain itu juga, guru yang mengalami tekanan ini juga akan menhadapi ketegangan dalam hidup mereka secara berpanjangan. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mempengaruhi psikologi mereka seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Apabila mereka mengalami keadaan yang sebegini, mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas-tugas utama mereka. Adakalanya, tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh guru besar atau guru-guru lain, hasilnya kurang berkualiti disebabkan daya konsentrasi mereka terhadap sesuatu tugas menjadi berkurang, tidakupayaan untuk menyelesaikan tugasan dengan sebaik mungkin dan mudah berasa marah apabila terdapat kesilapan-kesilapan walaupun kesilapan yang kecil ketika sedang melakukan tugasan yang diberikan. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Disebabkan bebanan yang berlebihan yang telah diberikan telah mempengaruhi keletihan emosi guru. Itulah sebab mengapa guru-guru mudah untuk berputus asa, kurang berusaha, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasannya dan mudah untuk meradang.Menurut Blases (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga mereka tidak digunakan dalam tugas utama mereka iaitu berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya disalahguna dengan melepaskan tenaga mereka secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru tehadap pelajar terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Dalam kata lain, guru ingin melahirkan rasa ketidaksenangan mereka dengan melakukan penderaan terhadap pelajarnya supaya dapat memuaskan hati guru tersebut. Hukuman boleh diberi tetapi perlu setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Guru tidak boleh sesuka hati untuk memberi hukuman kepada pelajar tanpa usul periksa terlebih dahulu. Di sekitar bulan Julai 2005 yang lalu, seorang bapa kepada seorang pelajar sekolah mendakwa anaknya pelajar tahun satu telah patah tulang tapak tangannya selepas dipukul oleh seorang guru kerana bising di dalam kelas. Demikian menunjukkan bagaimana sikap kerja seorang guru yang mengalami tekanan kerana suasana kebisingan dalam kelas. Akhirnya tekanan tersebut memberi kesan terhadap tindakan silap guru tersebut. Melalui peristiwa ini, kita dapat menilai bahawa guru tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dengan melanggar kod etika profesional keguruan iaitu tanggungjawab terhadap pelajar dengan melakukan penderaan atau hukuman sedemikian. Namun, di sebalik kejadian yang belaku ini, tidak adil bagi kita untuk menilai dari segi tindakan guru itu, tetapi dari sudut mengapa kejadian ini berlaku perlu diambil kira. Berdasarkan peristiwa yang berlaku ini, dapat dikenalpasti bahawa tekanan yang berlebihan yang diberikan kepada guru tersebut sehingga guru tersebut bertindak di luar kawalan dan tidak dapat mengawal emosinya yang sedang marah dan ketidakpuasan hati. Selain itu juga, ada sesetengah orang guru yang tidak melepaskan geram pula bertindak dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung dapat memberikan masalah kepada guru-guru lain yang perlu mengantikan kelas yang diajar serta melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada guru tersebut. Ini dapat memberikan bebanan yang lain pula kepada guru-guru yang lain yang mana masing-masing sudah mempunyai tugasan yang dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakannya. Kesimpulannya, pelbagai implikasi yang dapat dikenalpasti apabila terjadinya isu bebanan kerja yang berlebihan yang mana menyebabkan tekanan emosi yang dialami guru. Antaranya ialah, guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk berehat dan melaksanakan persiapan untuk mengajar, hasil tugasan yang diberikan oleh majikan tidak berkualiti dan tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan dan penyalahgunaan kuasa disebabkan guru gagal untuk mengawal emosi sehinggakan guru sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan yang mana menyalahi kod-kod etika sebagai seorang guru. Berdasarkan implikasi yang telah dibincangkan, jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan adalah sukar dan meletihkan (Faridah Karim, Zubaidah Aman, 1998).

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI ISUIsu beban tugas guru bukanlah satu perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja menganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja yang berlebihan. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun, setiap masalah yang timbul, ada cara untuk mengatasinya. Begitu juga dengan masalah isu yang seringkali diperdebatkan dan menjadi hangat pada dada-dada akhbar sehinggakan ada yang menjadi tajuk utama bagi akhbar tersebut. Oleh kerana tanggungjawab dan tugas guru di sekolah yang terlalu banyak, maka setiap pihak perlulah memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberi tanggungjawab untuk disempurnakan agar tugas tersebut tidak menjadi bebanan yang tidak mampu dipikul oleh guru. Pelbagai cadanagn serta cara disarankan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengurangkan masalah isu ini.Salah satunya ialah cadangan yang disarankan oleh pihak kementerian yakni telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMITBTG). Jawatankuasa ini telah mencadangkan sebanyak 28 perakuan bagi menangani isu ini. Salah satu perakuannya ialah bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh kementerian untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan Bkerja Lima Hari Seminggu. Secara tidak langsung, berikutan rungutan para guru berkaitan tidak cukup rehat kerana terpaksa bertugas setiap hari Sabtu secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan melegakan para guru kerana guru bukan sahaja mempunyai tugas di sekolah malahan juga perlu menguruskan keluarga serta memerlukan masa untuk bersama keluarga masing-masing.Berdasarkan skop proforma EDU 3093, Guru dan Cabaran Semasa iaitu tajuk Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru, terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah isu tekanan ini. Salah satunya ialah melakukan aktiviti beriadah. Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan terutamanya di sekolah. Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah ini untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan beriadah ialah aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara aktiviti-aktiviti beriadah yang boleh dijalankan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman reksreasi dan berjalan-jalan. Kepenatan dapat dirasakan apabila peluh mengalir membasahi tubuh setelah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Selepas mandi dan membersihkan diri, kita perlu berehat buat sementara waktu untuk melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila kita dapat melelapkan waktu juga buat seketika. Oleh sebab kepenatan melakukan aktiviti beriadah, kita akan dapat tidur dengan lena. Kita dapat merasakan kehilangan sebentar masalah yang membelenggu diri membolehkan kita menghindarkan tekanan dan akhirnya fikiran kita akan menjadi lapang dan tenang. Di samping itu juga, kita boleh melakukan aktiviti beriadah ini bersama-sama keluarga mahupun sahabat handai . Peluang keemasan ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk melakukan perbincangan dan perkongsian sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah tekanan semasa bertugas. Kita sebagai guru, perlu mengambil masa yang terluang setelah melakukan pelbagai jenis tugasan dengan mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Lantaran itu, kegiatan riadah dapat membantu guru untuk mengurangkan tekanan emosi dalam diri di samping dapat meningkatkan ksihatan diri.Selain itu, cara kita berfikir juga dapat mempengaruhi kesihatan diri terutamanya kesihatan mental dan emosi. Lantas, bagi memastikan kita memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, kita perlu sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Contohnya, semasa kita kita diberi kritikan dan teguran, kita perlu menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka dan menganggapnya sebagai satu kritikan yang membina. Di sebalik kritikan yang diterima itu, kita perlu melakukan muhasabah diri lalu memperbaiki segala kekurangan yang ada agar kita tidak menerima kritikan yang sama pada masa yang lain pula. Sekiranya kita tidak dapat menerima kritikan dan teguran tersebut, fikiran kita akan menjadi tidak menentu dan kusut lalu menyebabkan kita akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Contohnya yang berlaku kepada guru yang tidak dapat mengawal emosinya lalu memukul tapak tangan muridnya sehingga patah tulang tersebut. Berdasarkan peristiwa yang berlaku ini, kita sebagai guru perlu mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dengan mengaplikasikan langkah yang telah dibincangkan ini supaya kita mudah untuk mengawal emosi kita daripada melepaskan geram kepada orang lain. Natijahnya, kita perlu menghadapi tekanan dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa positifkan diri.Akhir sekali, muzik dapat mencetuskan perasaan gembira dan ceria walaupun terdapat muzik yang mengundang kesedihan dan kedukaan. Oleh kerana itu, muzik yang bersesuaian perlu dipilih supaya sesuai dengan emosi yang dialami. Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efisien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, kita seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan. Seni katanya yang penuh bermakna akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah kita turut merasakan perasaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Tekanan emosi yang dihadapi kita tanpa disedari kita telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Ketika berada di sekolah, kita boleh mengaplikasikan cara ini ketika terdapat masa-masa yang senggang iaitu ketika guru sedang menanti untuk masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, guru dapat melepaskan emosi tegangnya melalui terapi muzik supaya dapat memberi ketenangan untuk memulakan sesi pengajarannya. Selain itu juga, guru boleh menggunakan terapi muzik ini untuk diterapkan dalam sesi pengajaran guru supaya dapat membina suasana yang gembira bersama-sama dengan murid. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki magis yang beruapaya mengurangkan tekanan yang dihadapi guru seiring dengan perubahan dan pembaharuan dalam bidang pendidikan yang dihadapinya.Konklusinya, profesion guru adalah satu tugas yang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Sememangnya ternyata bahawa tekanan emosi daripada bebanan tugasan kerja yang berlebihan akan menganggu gaya hidup seseorang guru itu. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya dapat memberikan masalah kepada guru untuk menunjukkan prestasi kerja yang berkualiti dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Namun, sebagai seorang guru, perlu mempunyai sikap yang sentiasa inginkan kejayaan dan menanamkan sikap yang sentiasa positif dalam diri supaya dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan yang seringkali mengalami perubahan dan pembaharuan. Keadaan ini dapat membantu guru untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan emosi yang negatif dan tidak menjejaskan profesionnya sebagai seorang guru. Bagi merealisasikannya, bantuan dan sokongan daripada segenap pihak amatlah diperlukan bagi mengurangkan bebanan tekanan tugas yang dihadapi oleh guru.

PENULISAN REFLEKTIFPELAN TINDAKANJANGKA MASAPERKARA TINDAKAN

Awal Tahun (Januari)Pelan Tindakan 1

Berdasarkan isu yang telah dipilih, guru berada dalam tekanan apabila diberi tugasan yang berlebihan berbanding dengan tugas hakiki sebagai seorang guru. Kebiasaannya, guru kelas adalah guru yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia menjadi paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya, tetapi dibebani dengan tugas yang lain seperti mengutip yuran, sediakan buku kedatangan, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan pelajar. Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru keran telah menganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Jika dilihat pada keadaan ini, kewujudan guru pembantu dapat meringankan beban guru. Akan tetapi, hasilnya mungkin memerlukan jangka masa yang lama untuk membawa kepada peningkatan di dalam prestasi pelajar. Proses keadaan ini berlaku apabila beban guru semakin berkurang, maka guru sudah tentu mempunyai masa dan ruang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki mereka iaitu mengajar.

Tindakan daripada guru kelas, guru pembantu dan Guru Besar

Mac - AprilPelan Tindakan 2

Isu bebanan tugas guru sudah wujud sekian lama. Namun, seiring dengan perubahan dan pembaharuan yang dihadapi, tugas guru zaman kini sudah tidak realistik kerana tugas utama sebagai seorang guru tidak menjadi perhatian yang utama. Dalam bidang ko-kurikulum termasuklah sukan dan permainan, para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar persekolahan. Kesannya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di dalam bilik darjah. Melihat kepada keadaan ini, salah satu cara yang boleh dilaksanakan ialah mewujudkan jurulatih luar untuk melatih atlet-atlet sekolah supaya meringankan beban guru dan memberi peluang kepada guru untuk mengutamakan tugas mereka untuk mengajar di dalam bilik darjah. Di samping itu juga, kerjasama dengan para ibu bapa pelajar boleh dilaksanakan sewaktu mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti merentas desa, hari sukan sekolah dan aktiviti-aktiviti membersih dan menceriakan suasana sekolah. Tugas yang boleh dibantu oleh para ibu bapa seperti mengawal keadaan pelajar, menguruskan aktiviti-aktiviti dan merancang proses perjalananan aktiviti yang hendak dilakukan.

Tindakan daripada guru Pendidikan Jasmani, guru-guru, jurulatih luar, ibu bapa dan Guru Besar

Sepanjang TahunPelan Tindakan 3

Kekurangan kemudahan di sekolah merupakan salah satu punca peningkatan beban kerja guru. Hal ini kerap kali berlaku setelah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Beban yang paling utama adalah dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar disebabkan alatan yang terdapat di storsukan adalah terhad. Ini kerana Pengajaran Pendidikan Jasmani merupakan sebuah matapelajaran yang menggunakan pelbagai jenis alatan. Sejajar dengan konsep pengajaran KSSR yang lebih menumpukan kepada aktiviti permainan kecil/mini. Alatan yang biasa digunakan adalah melibatkan alatan yang telah di ubahsuai untuk memastikan ia sesuai dengan permainan yang dicipta. Langkah pertama, guru boleh menggunakan kemahiran yang dimiliki unruk membuat ubahsuai alatan seperti membuat bola daripada kertas. Seterusnya, guru akan melibatkan murid untuk bersama-sama mengubahsuai alatan yang diperlukan bagi menghasilkan alatan itu dalam jumlah yang banyak. Ia secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan pemikiran kreatif serta melatih kemahiran motor halus murid di samping dapat mengurangkan beban guru untuk menghasilkan alatan dalam jumlah yang banyak. Selepas itu, alatan yang diubahsuai ini akan disimpan di dalam stor sukan untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Tindakan daripada guru-guru Pendidikan Jasmani

Sepanjang TahunPelan Tindakan 4

Berdasarkan isu yang dipilih, golongan guru dilihat memperuntukkan jam waktu bekerja melebihi daripada pekerjaan yang lain sehinggakan membatasi masa bersama keluarga di rumah. Langkah pertama, guru perlu didedahkan dengan pengurusan masa yang berkesan di mana sama ada dengan berjumpa kaunselor atau menghadiri seminar. Pengurusan masa berkesan ini penting untuk guru membahagikan masa dengan tepat dalam melakukan urusan kerja dan menjalani kehidupan seharian. Seterusnya, guru harus mempraktikkan amalan pengurusan masa yang berkesan di dalam kehidupan mereka. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa seandainya terdapat kelemahan di dalam pengurusan masa yang telah dilaksanakan. Seterusnya, pihak pengurusan sekolah perlu membagikan tugas dengan adil mengikut tenaga kerja yang terdapat di dalam sesebuah sekolah dengan melibatkan semua ahli. Ini kerana, pembahagian kerja yang tidak sistematik akan mengakibatkan sesetengah guru mendapat lebihan kerja yang menyebabkan dia terbeban dari segi masa dan tenaga.

Tindakan daripada piahk sekolah dan guru

Awal dan Pertengahan TahunPelan Tindakan 5

Berdasarkan isu yang dipilih, kekurangan bilangan guru di sekolah merupakan faktor bebanan kerja guru bertambah. Hal ini mengakibatkan pembahagian kerja guru menjadi banyak. Guru-guru terpaksa memikul beban waktu pengajaran yang lebih dari yang sepatutnya. Selain itu, guru juga perlu mengajar banyak subjek dan ada di antaranya bukan opsyen sebenar guru tersebut. Perkara ini sememangnya beban kepada guru kerana mereka perlu membuat banyak rujukan dan menghabiskan masa menelaah input dan maklumat berkaitan subjek baru untuk diajarkan kepada murid. Tambahan pula, kekurangan guru juga mengakibatkan guru perlu mengajar murid yang ramai pada sesebuah kelas. Langkah yang harus diambil ialah pihak kementerian perlu menempatkan lebih ramai guru bagi mengisi kekosongan yang ada di sesebuah sekolah. Hal ini bagi menampung bilangan kapasiti murid-murid di sekolah. Selain itu juga, ia akan mengurangkan beban yang dipikul oleh guru dimana pembahagian tugas dapat dilakukan dengan baik dan positif. Pihak sekolah perlulah memainkan peranan penting terutamanya guru besar atau pengetua di mana mereka perlulah memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing berkaitan kekurangan guru di sekolah. Selain itu, kekurangan dan lebihan guru bagi opsyen tertentu juga haruslah dilaporkan supaya tidak berlaku lebihan tenaga dan pembahagian guru-guru mengikut opsyen yang diperlukan di sekolah dapat diselaraskan dengan baik. Hal ini akan membantu dalam mengurangkan beban tugas guru dan dapat menghasilkan kualiti pembelajaran guru yang baik. Selain itu juga, ia dapat mengelakkan guru daripada mengajar subjek yang menyimpang dari opsyen sebenar guru. Perkara ini dipandang sirius kerana guru tersebut tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab mengajar subjek itu dengan berkualiti kerana kekurang ilmu pengetahuan tentang subjek baru itu. Contohnya guru matematik terpaksa mengajar subjek pendidikan jasmani. Kedua-dua subjek ini jelas mempunyai teras dan tunjang pembelajaran yang sangat berbeza. Jadi guru tersebut tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik malah memberikan tekanan kepada dirinya. Berdasarkan isu yang dipilih, kekurangan bilangan guru di sekolah merupakan faktor bebanan kerja guru bertambah. Hal ini mengakibatkan pembahagian kerja guru menjadi banyak. Guru-guru terpaksa memikul beban waktu pengajaran yang lebih dari yang sepatutnya. Selain itu, guru juga perlu mengajar banyak subjek dan ada di antaranya bukan opsyen sebenar guru tersebut. Perkara ini sememangnya beban kepada guru kerana mereka perlu membuat banyak rujukan dan menghabiskan masa menelaah input dan maklumat berkaitan subjek baru untuk diajarkan kepada murid. Tambahan pula, kekurangan guru juga mengakibatkan guru perlu mengajar murid yang ramai pada sesebuah kelas. Langkah yang harus diambil ialah pihak kementerian perlu menempatkan lebih ramai guru bagi mengisi kekosongan yang ada di sesebuah sekolah. Hal ini bagi menampung bilangan kapasiti murid-murid di sekolah. Selain itu juga, ia akan mengurangkan beban yang dipikul oleh guru dimana pembahagian tugas dapat dilakukan dengan baik dan positif. Pihak sekolah perlulah memainkan peranan penting terutamanya guru besar atau pengetua di mana mereka perlulah memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing berkaitan kekurangan guru di sekolah. Selain itu, kekurangan dan lebihan guru bagi opsyen tertentu juga haruslah dilaporkan supaya tidak berlaku lebihan tenaga dan pembahagian guru-guru mengikut opsyen yang diperlukan di sekolah dapat diselaraskan dengan baik. Hal ini akan membantu dalam mengurangkan beban tugas guru dan dapat menghasilkan kualiti pembelajaran guru yang baik. Selain itu juga, ia dapat mengelakkan guru daripada mengajar subjek yang menyimpang dari opsyen sebenar guru. Perkara ini dipandang sirius kerana guru tersebut tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab mengajar subjek itu dengan berkualiti kerana kekurang ilmu pengetahuan tentang subjek baru itu. Contohnya guru matematik terpaksa mengajar subjek pendidikan jasmani. Kedua-dua subjek ini jelas mempunyai teras dan tunjang pembelajaran yang sangat berbeza. Jadi guru tersebut tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik malah memberikan tekanan kepada dirinya.

Tindakan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, guru besar dan sekolah

Awal TahunPelan Tindakan 6

Tindakan seterusnya ialah bagi menangani isu kekurangan staff perkeranian bagi membantu tugasan di sekolah. Kekurangan staf perkeranian di sekolah memaksa guru-guru untuk melakukan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan menguruskan kewangan. Hal ini menyebabkan masa kerja guru semakin bertambah dan menjadi beban kepada guru.

Sebagai guru besar atau pengetua, mereka perlu mengambil langkah dengan memohon staf perkeranian dan pembantu guru serta mengiklankan kepada umum mengenai keperluan staf yang mahir bagi membantu urusan pentadbiran sekolah. Dengan adanya penambahan staf ini, guru-guru tidak lagi perlu memikirkan mengenai tugas-tugas pentadbiran seperti urusan kewangan dan surat-menyurat sebaliknya boleh menumpukan lebih perhatian terhadap tugas mereka dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kemudiannya, staf yang dilantik haruslah mempunyai kemahiran yang sesuai dengan tugas yang akan diberikan. Contohnya pembantu guru atau staf yang bertugas membantu guru di makmal sains perlulah mempunyai pengetahuan tentang sains seperti bahan-bahan dan alatan-alatan yang ada di makmal. Hal ini bagi memudahkan mereka membantu guru ketika pengajaran seperti menyediakan bahan dan alat yang guru perlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara langsung membantu meringankan beban guru kerana guru tidak lagi perlu memikirkan mengenai pentadbiran dan penjagaan makmal atau bilik-bilik panitia di sekolah.

Tindakan daripada pihak guru besar, guru-guru dan sekolah