bab 2

7
BAB 2 Sel Sebagai Unit Kehidupan

Upload: bawani-varatharaju

Post on 01-Feb-2016

219 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2

BAB 2

Sel Sebagai Unit Kehidupan

Page 2: BAB 2

2.1 Apa itu sel?

Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel' (cells).

Penemuan Robert Hooke. Beliau memperkenalkan istilah 'sel' yang juga bermaksud 'bilik kecil' dalam bahasa Latin

Page 3: BAB 2

 Sel merupakan unit asas bagi semua organisma.

Sel juga boleh wujud dalam bentuk dan saiz yang berbeza.

Oleh sebab saiz sel yang sangat kecil, jadi sel hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.

Sel boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu SEL HAIWAN dan SEL TUMBUHAN.

• Terdiri daripada nukleus, sitoplasma, membran sel, dinding sel, vakuol, kloroplas

• Mempunyai bentuk yang tetap• Saiz yang lebih besar• Contoh sel : Sel Bawang  

• Terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran sel

• Mempunyai bentuk yang tidak tetap

• Saiz yang lebih kecil• Contoh sel : Sel pipi manusia

Page 4: BAB 2

Bagaimana menggunakan mikroskop?

1. Letakkan mikroskop diatas meja dengan bahagian lengan mikroskop menghala kearah anda.

2. Putarkan kanta objek kuasa rendah sehinga anda mendengar bunyi ‘klik’. Pastikan kanta objek berada betul-betul di atas lubang pada pentas.

3. Letakkan diafragma dan cermin supaya jumlah cahaya yang masuk adalah maksimum.

4. Letakkan slaid yang mengandungi spesimen di atas pentas mikroskop dan kepitkan dengan klip mikroskop

Page 6: BAB 2

MIKROORGANISMA UNISEL• Terdiri daripada hanya satu sel sahaja• Selalunya hidup dalam air dan tempat yang

lembap

Page 7: BAB 2

MIKROORGANISMA MULTISEL• Terdiri daripada banyak sel dengan fungsi

berbeza• Kebanyakkan hidup dalam air, sesetengahnya

boleh hidup di atas roti lembap

# Perlu diingat bahawa sekalipun

organisma unisel hanya terdiri daripada satu sel sahaja, namun organisma tersebut masih dapat melakukan semua aktiviti seperti organisma multisel. Contohnya, membiak, respirasi dan bergerak.