bab 2

8
2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian dalam kajian tindakan diperolehi daripada refleksi saya ke atas pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini memfokuskan tinjauan dan analisis masalah yang dihadapi. 2.1 Tinjauan dan analisis masalah Kemahiran membahagi merupakan tunjang kepada pencapaian baik dalam Matematik selain daripada kemahiran operasi tambah, tolak dan darab. Ini kerana empat kemahiran ini adalah asas untuk tajuk-tajuk seterusnya. Topik bahagi ini sememangnya merupakan topik yang penting kerana berdasarkan sukatan pelajaran, murid didedahkan dengan operasi bahagi seawal dari Tahun 2. Saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah empat orang murid Tahun 4 Intelek yang tidak dapat menguasai kemahiran membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat membahagi dengan baik kerana tidak memahami konsep dan algoritma bahagi. Maka saya telah menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik baru yang saya namakan sebagai Kaedah Tetulang telah digunakan bagi membantu mereka membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Menggunakan 4 orang murid Tahun 4 Intelek sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Matematik

Upload: alongysy

Post on 18-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kajian matematik

TRANSCRIPT

2

2.0FOKUS KAJIAN

Fokus kajian dalam kajian tindakan diperolehi daripada refleksi saya ke atas pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini memfokuskan tinjauan dan analisis masalah yang dihadapi.2.1Tinjauan dan analisis masalah

Kemahiran membahagi merupakan tunjang kepada pencapaian baik dalam Matematik selain daripada kemahiran operasi tambah, tolak dan darab. Ini kerana empat kemahiran ini adalah asas untuk tajuk-tajuk seterusnya. Topik bahagi ini sememangnya merupakan topik yang penting kerana berdasarkan sukatan pelajaran, murid didedahkan dengan operasi bahagi seawal dari Tahun 2. Saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah empat orang murid Tahun 4 Intelek yang tidak dapat menguasai kemahiran membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat membahagi dengan baik kerana tidak memahami konsep dan algoritma bahagi. Maka saya telah menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Teknik baru yang saya namakan sebagai Kaedah Tetulang telah digunakan bagi membantu mereka membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Menggunakan 4 orang murid Tahun 4 Intelek sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Matematik mereka, saya dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan kaedah yang saya perkenalkan ini. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soal selidik telah dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data yang diperolehi dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang telah dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit2.2Isu Kajian

Setelah membuat keputusan tentang fokus kajian yang ingin dijalankan, saya harus mempertimbangkan semula fokus kajian supaya kajian yang akan dijalankan benar-benar dapat menangani masalah yang dihadapi oleh empat orang murid yang tidak boleh menyelesaikan soalan bahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Saya harus mempertimbangkan beberapa criteria pemilihan fokus kajian seperti berikut:a. Kebolehtadbiran

Saya berpendapat bahawa fokus kajian iaitu masalah menguasai kemahiran bahagi dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek boleh diatasi dengan penggunaan Kaedah Tetulang. Saya juga yakin untuk menggunakan kaedah ini kerana faham dan telah menguasai algoritma bahagi menggunakan Kaedah Tetulang. Pelaksanaan sesi intervensi ini juga mudah dilaksanakan kerana murid yang terlibat adalah murid daripada kelas yang sama. Oleh itu, kajian yang dijalankan dilihat mampu dipraktikkan di sekolah.

b.Kepentingan

Kajian ini adalah penting untuk mengukuhkan kemahiran membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek. Kemahiran ini merupakan kemahiran tunjang kepada pencapaian baik dalam Matematik selain daripada kemahiran operasi tambah, tolak dan darab. Ini kerana empat kemahiran ini adalah asas untuk tajuk-tajuk seterusnya. Sekiranya murid tidak menguasai kemahiran membahagi, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran Matematik

c. Kebolehgunaan

Hasil kajian ini dapat membantu guru untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam kemahiran membahagi. Ini adalah kerana murid-murid diberikan dua kaedah pilihan menyelesaikan soalan oeprasi bahagi iaitu menggunakan kaedah algoritma panjang ataupun menggunakan Kaedah Tetulang. Kaedah ini juga boleh dikongsi bersama-sama guru-guru atau rakan sejawat yang lain pada masa akan datang dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

d.Kawalan

Skop kajian ini adalah kecil. Sampel kajian merupakan murid saya sendiri dan tidak melibatkan murid dari kelas lain. Saya juga menjalankan sesi intervensi selama 10 minit pada masa pengajaran dan pembelajaran saya dan tidak mengganggu masa interaksi guru lain bersama Tahun 4 Intelek. Bahan yang dipilih juga amat mudah disediakan, bersesuaian dengan tahap dan kebolehan murid serta tidak melibatkan kosa yang tinggi.e.Kolaborasi

Pelbagai usaha kolaboratif dijalankan bersama-sama semua guru Matematik. Contohnya, pada awal pertemuan dengan pihak pentadbir sekolah, saya telah meminta kebenaran untuk menjalankan kajian ini ke atas murid-murid dalam kelas yang terpilih. Rakan sejawat juga meberikan kerjasama dalam pembentukkan satu jawatankuasa. Melalui usaha kolaboratif ini, pengumpulan data untuk kajian tindakan ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan. f. Kerelevanan

Fokus kajian ini memberi faedah kepada pihak sekolah terutama kepada guru-guru Matematik. Kaedah yang digunakan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dan meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah khasnya dalam mata pelajaran Matematik.

2.3Tinjauan Literatur

Menurut Effandi Zakaria (2007), mengajar matematik adalah satu tugas mengajar dan kompleks. Peranan guru adalah faktor penting dalam kejayaan murid yang mempunyai masalah pembelajaran matematik. Bagi meningkatkan kemahiran matematik murid ini, pendekatan yang harus diambil adalah pendekatan yang pelbagai. Sandra F. Rief (2008), menyatakan bahawa Penilaian Perkembangan Pendidikan Kebangsaan melaporkan bahawa pelajar amat lemah dalam matematik yang memerlukan kemahiran dan pemahaman kognitif peringkat tinggi untuk menyelesaikan masalah yang lebih sukar dari biasa. Pengajaran prosedur pembahagian panjang sering dilihat sebagai contoh bagi kesilapan penekanan pemahaman kerana hanya melibatkan murid menghafal prosedur pembahagian panjang. Oleh itu, murid menjadi kurang berminat dalam mempraktikkan soalan-soalan yang berkaitan dengan pendaraban dan pembahagian berbanding dengan operasi yang melibatkan penambahan dan penolakan. Hal ini akan menyebabkan murid menjadi kurang mendapat pemahaman dan penguasaan yang cukup terhadap operasi-operasi yang melibatkan pendaraban dan pembahagian.

Menurut Robinson (2006), pembelajaran mengenai pendaraban dan pembahagian adalah lebih lambat daripada penambahan dan penolakan. Operasi pendaraban dan pembahagian yang lebih kompleks juga telah menyebabkan hubungan inverse antara pendaraban dan pembahagian adalah lebih sukar difahami berbanding dengan penambahan dan penolakan. Murid perlu mengambil masa yang lebih lama untuk membina struktur idea yang baru dalam mengaitkan hubungan antara operasi darab dan bahagi.Bahagi merupakan antara empat operasi asas yang terdapat dalam kemahiran matematik. Ia merupakan satu prosedur yang paling sukar untuk dikuasai oleh semua murid Garella (2009). Oleh sebab itu, operasi bahagi diletakkan sebagai operasi yang keempat harus dipelajari oleh murid setelah operasi tambah, tolak dan darab. Menurut Peh Kheng Sat (2013), bahagi adalah proses pengumpulan sama banyak atau perkongsian sama rata dan merupakan songsangan bagi proses pendaraban. Hal ini jelas dibuktikan dalam konsep bahagi yang mewakili tiga perwakilan iaitu perkongsian, pengumpulan sama banyak dan songsangan darab.

Berdasarkan kepada konsep bahagi tersebut, Troutman & Liehtenberg (2003) menyatakan ianya menunjukkan bahawa operasi bahagi berkait rapat dengan operasi darab dan tidak mungkin untuk memisahkan kedua-dua operasi tersebut. Bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid berkaitan operasi bahagi ini, terdapat beberapa kaedah baru yang diperkenalkan. Antara kaedah yang telah diterapkan kepada murid secara meluas ialah dengan membuat operasi bahagi menggunakan kaedah teknik sifir ikan dan bentuk lazim yang lebih pendek seperti dalam kajian oleh Alina Jamalukhair (2012) menggunakan kaedah Face Method yang menggunakan kaedah pengasingan nilai bahagi ke dalam bentuk yang ditetapkan.

Guru perlulah memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran atau fakta asas dalam tambah, tolak dan darab sebelum mengajar tajuk bahagi. Menurut Sgroi & Sgroi (1993), murid perlu memahami mengenai konsep pembahagian sebelum mereka diperkenalkan kepada mana-mana algoritma bahagi. Proses pembahagian boleh diajarkan dengan dua cara kepada pelajar iaitu dengan cara proses perkongsian sama banyak ataupun sebagai penolakan berulang menggunakan pelbagai model.Rumusannya, guru perlu mengubah teknik dan amalan pengajaran yang lebih efisyen dengan mempelbagaikan cara pendekatan, membimbing serta memotivasikan minda serta sikap murid untuk belajar. Setiap kaedah atau teknik yang ingin dipilih perlulah disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid. Kemahiran bahagi pula merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh semua murid. Oleh kerana itu, saya telah memilih untuk membuat kajian tindakan bagi mengatasi masalah membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek.