bab 2

14
GURU DAN CABARAN SEMASA: BAB 2: GURU DAN PERUNDANGAN 1)Pendahuluan Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. 2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)

Upload: manasu

Post on 07-Aug-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2

GURU DAN CABARAN SEMASA:

BAB 2: GURU DAN PERUNDANGAN

1)Pendahuluan

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa

dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan

dihormati.

Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan

kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan.

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya

peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya

pada  2002.

Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti

demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

2)    Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 

(pindaan 2002)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

(Pindaan) 2002 dan mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.

Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut

Page 2: Bab 2

“Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap

peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan

Perkhidmatan Awam amnya.

Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi

menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana

peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa

hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada

orang lain.

3)    Rasional Peraturan Tatatertib ini dilaksanakan adalah untuk memastikan

pegawai awam;

melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;

meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka

sendiri;

menjaga imej perkhidmatan awam; dan

yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.

4)    Faktor penurunan kes ini adalah seperti yang berikut;

Program Latihan dan Taklimat

Perkhidmatan Kaunseling

Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

Page 3: Bab 2

5)    Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,

(Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada

20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah

seperti yang berikut;

Jenis-Jenis Kesalahan Yang Membolehkan Diambil Tindakan Tatatertib.

Jenis-Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Diambil Terhadap Pegawai

Yang Melakukan Kesalahan

Hukuman Tindakan Tatatertib PERATURAN 3A

Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai

yang ingkar

PERATURAN 3B

Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang

diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176)

Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan

PERATURAN 3C

Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan

dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan

mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai

yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini

Page 4: Bab 2

Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal

mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar

mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan

cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan

tatatertib.

Peraturan  4 (1)

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya

kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan

kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang- undang

serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran

peraturan 4(1) adalah seperti berikut;

•      Bersubahat dengan musuh negara

•      Membocorkan rahsia Kerajaan.

•      Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan

Kerajaan.

•      Menjadi Anggota Jemaah Islamiah

•      Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

6)    Peraturan 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh ;

membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;

berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan

kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya);

Page 5: Bab 2

berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang

munasabah bahawa;

Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh

memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam;

Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha;

Seseorang pegawai tidak boleh  tidak jujur atau tidak amanah;

Seseorang pegawai tidak boleh  tidak bertanggungjawab;

membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan

luar

Membantah atau melawan pegawai atasan;

cuai dalam melaksanakan tugasnya;

7)    PERATURAN 7: Menyalahgunakan Dadah,Perkhidmatan Pegawai Boleh

ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49] sekiranya Pegawai

Mencapai Umur Persaraan Pilihan. Contoh Pelanggaran Peraturan 7 adalah

menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.

8)   PERATURAN 9 : MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN;

Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian

sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi

kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula

adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga

tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].

9)   PERATURAN 11 : Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/

Pendapatan Yang Sah.

Page 6: Bab 2

Seseorang pegawai tidak boleh;

menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.

menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak

seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang

sah.

10) PERATURAN 12 : meminjam wang/ menjadi penjamin tidak boleh

meminjam wang / menjadi penjamin kepada mana-mana orang.

11)PERATURAN 13: Keterhutangan Kewangan yang Serius;

12)PERATURAN 16 : Tidak boleh terlibat dalam pasaran hadapan

13)PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya;

Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah

atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH

PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku

dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan

sulit).

14)PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal

Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/

majalah/jurnal kecuali, penerbitan;

Jabatan

Profesional

Page 7: Bab 2

pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik

diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

15)PERATURAN 6 - PAKAIAN

Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;

Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar

Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

16) Rumusan Peraturan;

Tingkatkan mutu perkhidmatan

Halng penyelewengan

Haling rasuah

Banyak beri pengajaran

Langkah pencegahan

17) Akta Pendidikan 1996

merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.

bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan

kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan

pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956

yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Page 8: Bab 2

Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan

daripada Akta Pelajaran 1961.

18) Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk;

memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai

pendidikan.

Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi

muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai

pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang

pendidikan.

mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap

pendidikan tinggi  termasuk kerajaan dan sawasta.

memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa

pengantar utama.

penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui

kurikulum kebangsaan.

menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

Page 9: Bab 2

Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.

memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.

mempertingkatkan pendidikan teknikal.

memperkukuhan latihan perguruan.

pendidikan swasta yang lebih sistematik.

memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

19) Antara kandungan Akta Pendidikan 1996;

Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia,

tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh

menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi

dan sebagainya.

Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata

pelajaran wajib di semua sekolah.

seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut

kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

Page 10: Bab 2

Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar

untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan

menyenggara tadika.

Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan

kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau

lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi

pendidikan lain.

seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan)

mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan

mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi

pendidikan tinggi lain.

seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan

khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau

menengah.

Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar

di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih

pelajar Islam.

Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu

mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.

Page 11: Bab 2

Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang

menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat

kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.