assignment semantik

16
Dalam semantik leksikal , makna perkataan diberi dengan meninjau hubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. a)Dengan memberikan contoh-contoh huraikan maksud sinonim dan jenis-jenis sinonim. Sinonim merupakan Dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama, tetapi berlainan bentuknya, disebut sinonim. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah ‘onoma’ dan ‘syn’ yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud ‘onoma’ ialah nama manakala ‘syn’ bermaksud nama lain untuk benda atau hal yang sama. Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Contohnya ialah perkataan buruk dan jelik. Kedua-dua perkataan tersebut adalah sinonim berdasarkan makna kata yang sama. Menurutnya lagi, jika satu kata itu bersinonim dengan kata lain, maka kata lain itu juga akan bersinonim dengan kata tersebut. Contohnya ialah kata cantik bersinonim dengan kata lawa. Maka, kata lawa juga bersinonim dengan kata cantik. Hal ini menunjukkan sinonim bersifat dua arah antara kata sinonimnya. S. Nathesan (2008: 38) menjelaskan kata sinonim (synonym) yang berasal daripada bahasa Yunani, sebenarnya terdiri dari dua

Upload: amirrul-zarith

Post on 19-Nov-2015

108 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

semantik

TRANSCRIPT

Dalam semantik leksikal , makna perkataan diberi dengan meninjau hubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan.a)Dengan memberikan contoh-contoh huraikan maksud sinonim dan jenis-jenis sinonim.Sinonim merupakan Dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama, tetapi berlainan bentuknya, disebut sinonim. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah onoma dan syn yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud onoma ialah nama manakala syn bermaksud nama lain untuk benda atau hal yang sama. Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Contohnya ialah perkataan buruk dan jelik. Kedua-dua perkataan tersebut adalah sinonim berdasarkan makna kata yang sama. Menurutnya lagi, jika satu kata itu bersinonim dengan kata lain, maka kata lain itu juga akan bersinonim dengan kata tersebut. Contohnya ialah kata cantik bersinonim dengan kata lawa. Maka, kata lawa juga bersinonim dengan kata cantik. Hal ini menunjukkan sinonim bersifat dua arah antara kata sinonimnya.S. Nathesan (2008: 38) menjelaskan kata sinonim (synonym) yang berasal daripada bahasa Yunani, sebenarnya terdiri dari dua kata, iaitu syn (bererti sama atau serupa) dan onym (yang membawa makna nama). Sinonim pada umumnya, ditakrifkan sebagai perkataan atau frasa yang mempunyai erti atau makna yang sama. Menurut keterangan beliau lagi, The World Book Encyclopedia (1992) menerangkan sinonim sebagai kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama seperti dalam kata yang lain.Selain itu, O Grady (2000: 118) menyatakan sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi, tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Contoh, sinonim bagi induk ialah ibu atau emak atau yang terutama.Sementara itu Abdullah Yusof (2009), menyatakan bahawa terdapat tiga batasan yang dapat dikemukakan dalam definisi sinonim. Ianya terdiri daripada kata-kata dengan acuan linguistik yang sama, kata yang mengandungi makna yang sama, dan kata yang dapat berperanan dalam konteks ayat yang sama. Contoh kata-kata dengan acuan linguistik yang sama ialah seperti perkataan mati dan mampus, serta sikat dan sisir. Kata-kata ini mempunyai acuan linguistik yang sama antara satu sama lain. Contoh kata yang mengandungi makna yang sama pula adalah seperti memberitahukan dan menyampaikan dalam ayat memberitahukan berita itu dan menyampaikan berita itu. Kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang sama iaitu menyalur cerita atau berita yang diketahui. Kata yang berperanan dalam konteks ayat yang sama pula boleh dicontohkan dengan perkataan mudik dan dayung.Berdasarkan Kamus Linguistik (1997), sinonim boleh didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa (BML3083, 2012). Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1502) mendefinisikan sinonim sebagai kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas, kata seerti. Abdullah Hassan, dalam Tesaurus Bahasa Melayu (2003: 293), juga memberikan padanan makna yang sama dengan Kamus Dewan, iaitu seerti dan semakna. Contoh sinonim seperti yang didefinisikan dalam dua kamus tersebut adalah seperti perkataan tulen dan asli, cantik dan lawa, suka dan gemar, panas dan hangat, baling dan lontar, laju dan deras serta lain-lain perkataan lagi.. Padanan perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. Sementara Palmer (1998) dalam Abdullah Yusof (2009) menyatakan, definisi sinonim ialah kesamaan makna, sama kaedah yang dilakukan oleh penyusun kamus kerana penyusun perkataan-perkataan yang seperti atau bersinonim di antara satu sama lain (BML3083, 2012). Sit Hajar (2009) pula menjelaskan sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti.

Konsep SinonimPengertian definisi sinonim sebagai perkataan yang mempunyai makna kata yang sama menjadi dasar utama pembentukan konsep sinonim. Oleh itu, konsep sinonim ialah bersifat dua arah atau dua hala. Hal ini bermaksud, sinonim bagi sesuatu kata hanya wujud dan memerlukan kata lain untuk diterima sebagai bersinonim dengannya. Konsep ini juga menjelaskan bahawa, walaupun sesuatu perkataan asal diubah kepada perkataan yang bersinonim dengannya, maksud bagi ayat masih sama dan tidak berubah sama sekali. Ini bermaksud, setiap perkataan sinonim dapat menggantikan perkataan yang bersinonim dengannya tanpa merubah maksud perkataan.Bagi memperincikan lagi maksud huraian berkaitan konsep sinonim tersebut, beberapa contoh berikut disediakan untuk memahamkan lagi hal ini. Contohnya ialah perkataan ibu dan emak. Apabila perkataan ibu dalam ayat saya sayang ibu saya digantikan dengan emak, ia akan menjadi saya sayang emak saya. Melalui ayat ini, didapati perkataan ibu yang digantikan dengan sinonimnya iaitu emak, masih tidak merubah makna ayat. Contoh lain ialah perkataan simbol dan lambang. Jika perkataan simbol dalam ayat harimau ialah simbol keberanian ditukar kepada lambang, ayat akan menjadi harimau ialah lambang keberanian. Didapati maksud ayat masih tidak berubah maknanya setelah perkataan simbol ditukar kepada lambang.

Ciri-ciri SinonimAbdullah Yusof (2009), menyatakan bahawa sinonim dikatakan mempunyai ciri pengganti kepada perkataan yang bersinonim dengannya. Contoh perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang sinonim adalah seperti; binatang dan haiwan, bohong dan tipu, haus dan dahaga, bertemu dan berjumpa, bapa dan ayah, ibu dan emak, budak-budak dan kanak-kanak, cerdik dan bijak, pandai dan pintar, cantik dan lawa, hodoh dan jelik, misalnya dan contohnya, seperti, macam dan bagai, curi dan copet, wilayah dan kawasan, sama dan serupa serta lain-lain contoh lagi (BML3083, 2012). Dari penerangan oleh Kamarudin dan Siti Hajar (1997: 67-68), ciri-ciri lain bagi sinonim pada pengertian saya ialah seperti berikut:a. Sinonim juga berasal daripada dialek yang berasingan atau berlainan. Contoh: i. Patung-patung sinonim dengan cakcibau. ii. Ibu sinonim dengan emak atau encik.b. Sinonim juga menunjukkan gaya yang berlainan berdasarkan keperluan pengucapanyang ditentukan mengikut konteks atau kesan yang perlu ditimbulkan. Contoh: i. Mangkat sama makna dengan wafat, mati, meninggal, kojol.c. Sinonim juga mewujudkan nilai yang berlainan. Contoh: i. Penyanyi sama makna dengan biduan (nilai tinggi). ii. Pelakon sama makna dengan seniman (nilai tinggi).

f. Sinonim berlaku secara terhad mengikut konteks nahu dan maknanya. Contoh: i. Banyak (pelbagai benda) sama makna ramai (manusia sahaja). ii. Basi (untuk nasi) sama makna tengik (untuk minyak).

Jenis-Jenis SinonimMenurut John Lyons (1994: 37-38),sinonim tidak mengehadkan kaitan sinonimi dengan leksem dan bukan hanya untuk kesamaan makna. Dari aspek peristilahan dan perkamusan termasuk Rogerts Thesaurus, ungkapan sinonim yang digunakan merupakan sinonim terdekat; ungkapan yang lebih kurang sama, tetapi berlainan identiti dari segi makna. Sinonim terdekat tidak harus dikelirukan dengan sinonim separa yang memenuhi kriteria makna beridentiti. Sinonim terdekat juga sering digantikan dengan istilah-istilah lain seperti sinonim mutlak, sinonim penuh, sinonim keseluruhan dan sinonim lengkap. Sinonim mutlak ialah ungkapan yang bersinonim secara penuh, keseluruhan dan lengkap; manakala sinonim separa ialah sinonim, tetapi tidak secara mutlak. Lyons menjelaskan sinonim mutlak dan sinonim separa boleh dibezakan dengan berpandukan sama ada syarat-syarat berikut dapat dipenuhi atau tidak:i) sinonim itu bersinonimi penuh, jika dan hanya jika, kesemua maknanya sama;ii) sinonim itu bersinonimi secara keseluruhan, jika dan hanya jika, pasangan itu bersinonim dalam semua konteks;iii) sinonim itu bersinonim secara lengkap, jika dan hanya jika, pasangan itu bersinonim bagi kesemua dimensi makna (yang relevan).

Adenan Ayob dan S. Nathesan (2010: 71-72) pula menjelaskan bahawa, dalam semantik ada beberapa jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Berikut kesemua jenis sinonim tersebut dijelaskanJenis SinonimContohSinonim PinjamanBelalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah.Sinonim KonteksPerkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol.Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan.Sinonim Laras SosialPerkataan-perkatan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.Sinonim KolokasiSinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat:Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir, dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.Jika menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

b)Jelaskan perbezaan antara homonim, homofon dan homograf.Homofon dan homograf merupakan ciri-ciri yang mendukung sifat homonim. Homofon menurut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 543) ialah perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Manakala maksud bagi homograf mengikut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 543) juga ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Definisi di atas memberikan maksud yang hampir setara sahaja bunyi, tetapi berbeza konsepnya. Pun begitu terdapat juga definisi lain yang diajukan oleh ramai ahli bahasa bagi mentakrifkan dua leksem tersebut.Homofon menurut Abdullah Hassan (1980: 246, dlm. Darwis Harahap, 1994: 35), ialah perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. Contohnya, perkataan bang dan bank yang berbeza ejaan dan maknanya. Perkataan bang bermaksud abang dan azan, manakala bank bermaksud tempat berurusan wang. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini sebutannya sama, iaitu [ba]. Bagi perkataan homograf pula, Siti Hajar (2009: 267) mentakrifkannya sebagai perkataan yang mempunyai kesamaan bentuk ejaan, tetapi tidak sama dari segi sebutan dan makna. Contoh: perang [pra] - perkelahian atau pertempuran. perang [pera] - warna merah yang kekuning-kuningan.Sementara itu dalam penerangan Adenan Ayob dan S. Nathesan (2010: 73), homofon bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (O Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195). Contoh:HomofonPenggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris.HomografContohnya, bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu).

Manakala homonym berdasarkan definisi Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homonim menurut Abdullah Hassan (1980: 246, dlm. Darwis Harahap, 1994: 34) ialah perkataan yang sama bunyinya dan ejaannya tetapi mengandungi makna yang berbeza. Manakala Hartmann dan Stork (1972, dlm. S.Nathesan, 2008: 108) homonim ialah dua perkataan atau lebih yang sama bunyinya tetapi berbeza pada maknanya. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994) pula mentakrifkan homonim sebagai yang sama bunyi dan ejaannya tetapi mengandungi makna yang berbeza.Seperti yang ditakrifkan di atas, homonim merupakan dua kata atau lebih yang mempunyai bentuk yang sama, ejaan yang sama tetapi makna yang berbeza (S.Nathesan, 2008: 109). Misalnya dalam bahasa Melayu, bagi kata alah yang merupakan kata yang mempunyai bentuk dan ejaan yang sama, terdapat beberapa makna yang berbeza yang diperturunkan secara berasingan mengikut angka Roman I, II, III dan IV dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994). Bagi setiap masukan alah, beberapa pecahan makna yang diberikan adalah seperti berikut:i. Kalah, tewas.ii. Sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dan lain-lain) hingga boleh menimbulkan kesan yang tidak baik pada kesihatan seseorang.iii. Mengalah membendung (sungai untuk mengambil ikan), menebat, mengempang.iv. Seruan kata untuk menyatakan kesal atau rasa tidak senang (menunjukkan keberatan, ketika memujuk atau menggesa, dan lain-lain).Perkataan homonim berasal daripada bahasa Yunani kuno, iaitu anoma yang bererti nama dan homo yang bererti sama. Homonim diertikan sebagai ungkapan (perkataan, frasa atau ayat) yang bentuknya sama dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama. Contohnya:Buku i. bererti keras pada tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dan sebagainyaBuku ii. bererti beberapa helai kertas berjilid yang bererti tulisan untuk dibaca atau bererti ruang-ruang kosong untuk ditulis.Homonim terbahagi dua iaitu homofon dan homograf. Homofon dilihat dari segi bunyi (homo=sama, fon=bunyi). Contohnya buku-bunyi dan ejaannya sama.Pendapat lain dalam hal mendefinisikan homonim ialah Adenan Ayob dan S. Nathesan (2010: 73), menjelaskan homonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Siti Hajar (2009: 266) menyatakan, homonim ialah dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Sementara John Lyons (1994: 31) menyatakan secara tradisional, homonim ditakrifkan sebagai perkataan yang berlainan tetapi mempunyai bentuk yang sama. Walaupun terdapat pendapat yang mengaitkan definisi homonim dengan istilah homofon dan homograf, konsep bagi dua istilah tersebut hanya akan dibincangkan dalam tajuk seterusnya.Sebagaimana yang dijelaskan dalam huraian definisi di atas, penggunaan homonim dan pertuturan atau tulisan, boleh menimbukan kekeliruan dan kesilapan jika tidak merujuk kepada konteks tertentu. Sesuatu perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu interpretasi. boleh menimbukan kekaburan kepada pendengar atau pembaca. Contoh berikut menjelaskan penggunaan homonim dengan berlatarbelakangkan konteks:1. Dia masuk ke bilik lalu menutup pintu.2. Setiap petang lalu di hadapan rumah saya.3. Dia tidak lalu makan kerana demam.4. Dia mendapat keputusan cemerlang tahun lalu.5. Setelah berehat seketika mereka lalu meneruskan perjalanan ke kampung.Perkataan lalu yang digunakan dalam setiap ayat di atas memberi makna yang berbeza. Dalam ayat (1)lalu ialah kata hubung yang menyambungkan dua klausa menjadi satu; ayat (2) lalu membawa maksud melintas atau menempuhi; ayat (3) lalu memberi makna berdaya atau sanggup; ayat (4) lalu membawa makna lepas atau lampau; dan ayat (5) lalu membawa maksud sesudah itu atau kemudian daripada itu.