assignment muzik

52
BAHAN 1 KAEDAH DALCROZE Lulusan Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional yang kuat.Dilantik sebagai Professor harmoni di Konservatori Muzik Geneva ketika berusia 25 tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru muzik."Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah: 1. Euritmik 2. Solfege 3. Improvisasi Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya. Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak:

Upload: erwan-hamid

Post on 05-Dec-2014

8.494 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment muzik

BAHAN 1

KAEDAH DALCROZE

Lulusan  Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional

yang kuat.Dilantik sebagai Professor harmoni di Konservatori Muzik Geneva ketika berusia 25

tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru muzik."Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan

muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas

Dalcroze ialah:

1.        Euritmik

2.        Solfege

3.        Improvisasi

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam

pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui

proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi

serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-

kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan orang

dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan

seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan  suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-

keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak:

"        Untuk bergerak

"        Berjaya dan diperkenalkan

"        Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat

"        Untuk bersaing

"        Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik

"        Untuk mengembara

"        Memperoleh kepuasan kreativiti

"        Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama

"        Untuk mengetahui

Page 2: Assignment muzik

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam

teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7

"theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah

elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas

pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana

tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya

mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk

membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha

dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik

adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Euritmik (eurhythmic) ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan

iringan muzik atau tanpa muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama

kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi.

Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi  bahan-bahan penting yang

boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan

menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan

badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.

Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan

imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat

lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik

tanpa nyanyian).

Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan

minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu:

"        Mendengar

"        Merasai

"        Berimaginasi

"        Mengintrepetasi bunyi

Page 3: Assignment muzik

"        Bertindak/respon/bergerak

"        Membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur

muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya.

Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk

kreografi.

Solfa (solfage)

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran

pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat

mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah

lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor

seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

Improvisasi (improvision)

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat

tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang

mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang

dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang

dewasa tanpa memerlukan latihan.

Website : http://pgsrmuzik08iptho.net/dalcroze.html

WEBMASTER: Cikgu Zaedi Ahmad (No. Tel: 0197978873)

Page 4: Assignment muzik

BAHAN 2

KAEDAH DALCROZE

Emile Jaques Dalcroze (1865-1950) telah memperkenalkan satu kaedah untuk

mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics.

Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-pelajarnya cekap dari segi

teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini telah

mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak dan

improvisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif

seharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini.

Kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa:

i. Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterprestasikan bunyi.

ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik.

Kandungan kurikulum Pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk memperkembangkan

kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat,

membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik. Kepekaan terhadap rentak,

kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak.

Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanak-kanak

tentang cara menghayati muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik.

Dalcroze sentiasa cuba mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan sentiasa

cuba mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini, Dalcroze

memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi

mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak berkenaan. Ini

merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang menekankan bahawa

pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui muzik. Mengikut kaedah

Page 5: Assignment muzik

dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan bahawa pergerakan dan

nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan. Dua ciri yang penting ialah:

i. Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan

bunyi.

ii. Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang

kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat

yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi tau pengubahsuaian adalah satu lagi yang

sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah supaya

kanak kanak belajar mendengar, mengenali dan menghayati muzik. Falsafah di sebalik konsep

ini adalah seperti berikut:

Berdasarkan pendapat dan pandangan Dalcroze di atas, dapatlah disimpulkan di sini

bahawa luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam

kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal. Komunikasi

bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan

gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka.

http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html

Page 6: Assignment muzik

BAHAN 3

DALCROZE

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” (learning by

doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat muzik paling utama dan merupakan asas

keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang

mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara

improvisasi kepada muzik.

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang

aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas respon kepada muzik. Ia

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan

perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal

yang bersifat ‘nonverbal’. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai

aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan

gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang memang suka

bergerak.

Pergerakan adalah suatu perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatis,

spontan atau terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) yang dilakukan melalui

postur, gerak isyarat, dan pelbagai cara pergerakan badan.

6.1.1 Pengenalan Emile Jaques-Dalcroze 

Emile Jaques-Dalcroze (1865–1950) seorang pendidik muzik berbangsa Swiss. Beliau adalah

seorang profesor muzik yang berkaliber, yang telah bertugas di Konservatori Muzik Geneva

Switzerland. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Harmoni, Solfege dan Komposisi.

Sebagai pendidik muzik, beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan atau inovasi kepada

pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan

Page 7: Assignment muzik

amali dan bukan semata-mata secara teori. Beliau berpendapat bahawa latih- tubi pendengaran

(aural training) adalah perkara terpenting kepada seseorang pelajar muzik.

Semasa beliau menjalankan kajiannya dengan sekumpulan pelajar muzik, beliau mendapati

mereka sentiasa menyanyi sambil menggerakkan sebahagian daripada anggota badan mereka

seperti menggerakkan tangan atau kaki, mengangguk-anggukkan kepala atau mengayunkan

badan. Semua pergerakan itu berlaku secara spontan. Oleh yang demikian, hasil daripada

pemerhatian tersebut, beliau berpendapat hasil nyanyian adalah lebih berkesan dengan

melakukan pergerakan.

Setelah memerhatikan pula gaya dan cara pelajar-pelajarnya berjalan di dalam kampus, beliau

percaya bahawa irama badan, gerak geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh

manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan

muzik.

Seterusnya hasil kajian beliau melalui eksperimentasi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik

telah membawa kepada kesan yang positif. Beliau mendapati tahap pembelajaran dan kefahaman

berkaitan dengan elemen muzik atau unsur muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan

lain-lain telah meningkat di kalangan pelajar-pelajarnya dan menjadi bertambah baik melalui

aktiviti gerakan dengan muzik (music and movement). Ini membuktikan bahawa terdapat pelajar

atau kanak-kanak yang cerdas dalam kinestetik dan kecerdasan ini dapat dimanipulasikan untuk

pemahaman sesuatu pembelajaran. Dengan yang demikian beliau berpendapat cara terbaik bagi

kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” (learning by doing).

6.4 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PENDEKATAN)

DALCROZE 

Dalcroze mencadangkan kaedah improvisasi secara kreatif dalam semua peringkat pengajaran

dan pembelajaran. Konsep “berirama” juga dilakukan dalam semua perkara.

Mengikut Dalcroze, pendidik mestilah mengurangkan percakapan dan menggantikannya dengan

Page 8: Assignment muzik

arahan-arahan dalam bentuk irama dan melodi. Hal ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi

dan peringkat pengajaran yang sistematik.

Sebagai contoh, pola irama dan melodi boleh digunakan oleh pendidik bagi mengarahkan murid-

murid melakukan sesuatu (Jadual 6.1).

Jadual 6:1: Arahan Dalam Bentuk Irama dan Melodi

Pola Irama Tindak Balas Murid

se mua ba ngunsemua bangun

se mua du duksemua duduk

kumpulan A jawab

kumpulan A jawab

kumpulan B jawab

kumpulan B jawab

Pengubahsuaian atau pertukaran semua perkara kepada bentuk “irama” ini dikenali sebagai

eurhythmic. Tidak kurang pentingnya dalam kaedah eurhythmic ini ialah perancangan yang teliti

sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini mungkin dibuat secara

berterusan dan bukan hanya untuk 30 minit sahaja. Pendidik harus memikirkan kesinambungan

dan penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran kecil agar menjadi asas kepada kemahiran-

kemahiran yang lebih besar. Dalcroze menyatakan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun

melalui langkah-langkah kecil adalah lebih mudah difahami daripada membuat pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan langkah-langkah yang besar.

Page 9: Assignment muzik

Mengikut Dalcroze, sesuatu pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan:

a. Improvisasi atau Pengubahsuaian

Improvisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan

murid dan objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi atau

pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:

i. Bahan-bahan Muzik

Seperti juga Carl Orff, Dalcroze menggunakan semua jenis muzik. Oleh kerana

muzik mempunyai berbagai-bagai gaya mengikut tempat, zaman, dan jenis; maka

pendidik perlulah menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang

bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajarannya.

ii. Alat-alat Muzik

Pengubahsuaian atau improvisasi boleh dilakukan kepada alat muzik. Sebagai

contoh, pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil

agar mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik.

iii. Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid

mengenali not-not tersebut. Sebagai contoh, lima garis baluk boleh dikurangkan

seperti berikut:

do re mi

do re mi

Page 10: Assignment muzik

iv. Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan

pembelajaran semasa. Pendidik boleh juga menggunakan suatu tempat atau ruang

di luar bilik darjah.

v. Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak sesuai akan

menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid-murid kepada

keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.

vi. Pengalaman-pengalaman sedia ada murid mestilah digunakan secara maksimum

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang dijalankan

bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang

hendak diajar. Sebagai contoh, berjalan adalah pengalaman biasa murid. Berjalan

dengan kelajuan yang tetap disertai dengan kiraan 1, 2, 1, 2, 1, 2, boleh dijadikan

pengalaman bermuzikal dalam konsep meter.

b. Pembelajaran Harus Dimulai dari Sesuatu yang Konkrit ke Sesuatu yang Abstrak

Pendidik boleh menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan

sebagai alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan perkara berikut:

Burung terbang tinggi .......... bunyinya twit .......... twit .......... twit ..........

Lembu makan rumput di sawah .......... bunyinya mooo ......... mooo .......... mooo ..........

Barangkali murid dapat mengagak yang mana bunyi tinggi dan yang mana bunyi rendah.

c. Penggunaan Suara atau Anggota Badan

Dalcroze memperkenalkan konsep “pendengaran dalaman” (internal hearing) di mana

murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca

notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan

melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.

Page 11: Assignment muzik

BAHAN 4

KAEDAH KODALY IAITU:

i. Tonik Solfa

ii. Isyarat Tangan

iii. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama

a. Kaedah Kodaly secara berurutan

Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik mengikut

kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya.

i. Konsep Irama

Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang

asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak seperti berjalan

(krocet – mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver – mempunyai nilai ½ kiraan). Elemen-

elemen muzikyang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik boleh diatur atau disusun

secara berurutan dalam kaedah ini.

ii. Konsep melodi

Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut

perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak

dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu

diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, ‘so’ dan ‘mi’ yang mempunyai jeda minor ke-3. Mengikut

kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya seperti

sebutan perkataan berpic:

Page 12: Assignment muzik

Didalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang sama

dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary.

b. Nyanyian

Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.

Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang,

sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba

pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting

dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan

kemahiran muzik.

c. Pendengaran Dalaman

Teknik ini dikenali sebagai ‘inner hearing’ dan ‘inner singing’ yang dapat menguji kesemua

elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam

kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Berikut adalah

beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran muzik:

Contoh 1

Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi, Jong-

jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk menguji

tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari. Terangkan kepada

pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk menyanyi frasa pertama

dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala. Dengan erti kata lain pelajar -

pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap. Kemudian frasa yang terakhir perlu

dinyanyikan kuat semula.

Contoh 2

Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan meminta

murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk

Page 13: Assignment muzik

murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan keratan melodi tersebut

secara kuat

d. Penghafalan

Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara

menghafal atau ‘learning by heart’. Namun ada cara yang lebih menarik dalam

memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melalui teknik permainan.

Contoh 1.

-Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambil berfikir melodi tersebut.

-Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa.

-Proses diulang dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan beberapa

kalai murid diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang)

Contoh 2

-Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan.

-Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk.

Dibahagian kanan pula dikosongkan.

-Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not dikibod berulangulang.

-Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk disebelah kanan.

-Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi.

(Aktiviti ini boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa)

e. Improvisasi

Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat

memahami konsep muzik yang dipelajari serta member keyakinan kepada mereka.

Contoh : Permainan Baling Tepuk

-Guru akan membaling ‘bola sakti’ kepada murid bertuah.

Page 14: Assignment muzik

-Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid

mendengar.

-Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan

pada satu corak yang lain.

f. Teknik/Komponen Kaedah Kodaly

i. Tonik Solfa

Kodaly menggunakan system ‘do’ bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada

Abad ke 11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah

‘do’ dalam nada major dan ‘la’ dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian

semerta.

Nada Major : d r m f s l t d’

Nada minor : l t d r m f s l’

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal.

Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian,

membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad.

Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so – mi) merupakan pengajaran asas. Dengan

menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh

membacakan not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentatonic

(5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat

Hungary yang berciri mood minor.

ii. Isyarat Tangan

Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari Hebrew dan Mesir kuno. Ia

boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan.

Page 15: Assignment muzik

Kanak-kanak biasanya menggunakan satu tangan (tangan yang menulis) untuk isyarat

tangan. Isyarat -isyarat ini dilakukan dibahagian hadapan badan dengan permulaan ‘do’

pada aras bahagian pinggang dan ‘la’ pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarat

tangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak ‘so’ – ‘mi’ lebih jauh

dari jarak ‘so’ – ‘la’ atau ‘do’ – ‘re’. Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi

pada jarak yang berdasarkan skala.

e. iii. Simbol notasi lidi dan sebutan

Berikut adalah diantara urutan irama yang digunakan di dalam Kaedah Kodaly.

Simbol

f. Muzik bergerak dalam beat yang stabil

g.

Meter – muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan

h.

i.

Ikon

i. Irama

j.

k.

ii. Pic (Kontur melodi)

Page 16: Assignment muzik

l.

m.

iii. Notasi Lidi dengan Pic

n.

o.

iv. Notasi Lidi dan Sebutan Irama

Page 17: Assignment muzik

p.

Page 18: Assignment muzik

Bahan 5

Pendekatan Kodayl

Falsafah yang paling penting dalam pendekatan Kodaly ialah 'Muzik adalah untuk semua orang'.

Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara

menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai potensi

untuk menjadi celik muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil

persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik. Kodaly

juga percaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia adalah alat muzik alat

yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian

merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Menurut Kodaly, setiap

kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibonda mereka terlebih dahulu sebelum mempelajari

bahasa yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanak-kanak harus diajar lagu-lagu rakyat

bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu dari bahasa asing.

Pendedahan Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik

Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan

telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk mencari cara

yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly menjadi tunjang

dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pendidikan guru.Terdapat 3

jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:

i.        Tonik Solfa

ii.       Isyarat Tangan

iii.      Simbol, Notasi dan Sebutan Irama

a. Kaedah Kodaly secara berurutan

Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik mengikut

kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya.

i.        Konsep Irama

Page 19: Assignment muzik

Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang

asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak seperti berjalan

(krocet - mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver - mempunyai nilai 1/2 kiraan). Elemen-

elemen muzik yang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik boleh diatur atau

disusun secara berurutan dalam kaedah ini.

ii.        Konsep melodi

Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut

perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak

dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu

diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, 'so' dan 'mi' yang mempunyai jeda minor ke-3. Mengikut

kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya seperti

sebutan perkataan berpic:

Di dalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang sama

dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary.

b. Nyanyian

Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.

Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang,

sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba

pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting

dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan

kemahiran muzik.

c.        Pendengaran Dalaman

Teknik ini dikenali sebagai ‘inner hearing’ dan ‘inner singing’ yang

dapat menguji kesemua elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan

yang penting dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang

muzik. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran muzik:

Page 20: Assignment muzik

Contoh 1

Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi, Jong-

jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk menguji

tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari.

Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk

menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala.

Dengan erti kata lain pelajar-pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap.

Kemudian frasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula.

Contoh 2

Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan. Murid diberi sehelai kertas

dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Dibahagian kanan pula

dikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not dikibod berulang¬ulang.

Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk disebelah kanan.

Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi.

(Aktiviti ini boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa)

e. Improvisasi

Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat memahami

konsep muzik yang dipelajari serta member keyakinan kepada mereka.

Contoh : Permainan Baling Tepuk

Guru akan membaling ‘bola sakti’ kepada murid bertuah.

Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar.

Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu

corak yang lain

f. Teknik/Komponen Kaedah Kodaly

i.        Tonik Solfa

Page 21: Assignment muzik

Kodaly menggunakan system ‘do’ bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada Abad ke

11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah ‘do’ dalam nada

major dan ‘la’ dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.

Nada Major :        d        r        m        f        s        l        t        d’

Nada minor :        l        t        d        r        m        f        s        l’

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal. Apabila

kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis

skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad.

Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so – mi) merupakan pengajaran asas. Dengan

menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan

not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentatonic (5 ton) amat sesuai

digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mood

minor.

ii.        Isyarat Tangan

Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari Hebrew dan Mesir kuno. Ia boleh

dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-kanak

biasanya menggunakan satu tangan (tangan yang menulis) untuk isyarat tangan. Isyarat-isyarat

ini dilakukan dibahagian hadapan badan dengan permulaan ‘do’ pada aras bahagian pinggang

dan ‘la’ pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarat tangan menunjukkan jeda yang

dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak ‘so’ – ‘mi’ lebih jauh dari jarak ‘so’ – ‘la’ atau ‘do’ – ‘re’.

Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi pada jarak yang berdasarkan skala

iii. Simbol notasi lidi dan sebutan

http://pgsrmuzik08iptho.net/kodayl.html

Page 22: Assignment muzik

BAHAN 6

KAEDAH KODALY

KOMPONEN KAEDAH KODALY 3.1

Komponen Kaedah Kodaly meliputi lima perkara di bawah ini.

a. Kaedah Kodaly secara berurutan;

b. Nyanyian;

c. Pendengaran dalaman;

d. Penghafazan; dan

e. Improvisasi.

f. Kaedah Kodaly secara Berurutan 3.1.1

g. Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya

disalurkan melalui kegiatan nyanyian secara berurutan daripada prinsip bunyi sebelum

simbol, mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.

Konsep Irama

Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama

yang asas di dalam kaedah ini ialah irama yang bersamaan dengan pergerakan harian kanak-

kanak seperti berjalan (krocet – mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver – mempunyai

nilai ½ kiraan) lain-lain pergerakan yang sesuai. Kanak-kanak tidak dapat memahami konsep

semibreve dengan mudah memandangkan nilainya yang mempunyai 4 kiraan di mana ia

tidak terdapat di dalam perlakuan mereka setiap hari.

Di dalam pemahaman konsep irama, meter atau tanda masa yang lazim duaan dan empatan

Page 23: Assignment muzik

digunakan. Kebanyakan lagu-lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2. Jenis

lagu ini sesuai dijadikan permulaan pemahaman konsep irama. Meter tigaan hanya

diperkenalkan setelah kanak-kanak dapat mengikuti dan merasai meter duaan dan empatan

dengan baik. Konsep Irama dan sebutannya akan diterangkan dengan lebih jelas pada

Bahagian Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama.

Unsur-unsur muzik yang lain seperti bentuk, harmoni, tempo, dinamik boleh diatur dan

disusun secara berurutan dalam kaedah ini.

Konsep Melodi

Di samping konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan.

Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6

ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep

melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke

3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka.

Contohnya panggilan nama mereka di rumah:

h.

i. Corak perkembangan muzikal kanak-kanak didapati serupa di seluruh dunia. Di dalam kajian konsep

melodi, jeda minor ke 3 dan major ke 2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan dari

negara Jepun, Amerika Syarikat hinggalah ke Hungary. Jeda minor ke 3 (So – mi), jeda major ke 2(so

– la) dan perfek ke 4 (mi – la) selalunya terdapat dalam nyanyian solfa ‘Sing Song Chants’.

Berikut adalah ciri-ciri perkembangan muzikal (konsep melodi) kanak-kanak yang perlu diambil kira

sebelum kaedah berurutan ini dijalankan.

Page 24: Assignment muzik

Renj untuk kanak-kanak menyanyi dengan selesa dan dalam pic yang tepat adalah terhad kepada 5

atau 6 ton dalam ‘whole tone’. Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam pic yang

tepat jika terdapat semiton di dalam melodi yang dinyanyikan.

Ton yang menurun lebih mudah untuk kanak-kanak mempelajari dan meniru daripada ton menaik.

Ini menunjukkan permulaan pembelajaran dalam corak tonal lebih baik didahulukan melalui lagu-

lagu yang mengandungi rangkaian pic menurun.

Kanak-kanak lebih mudah menyanyi pic yang melompat daripada pic yang bergerak rapat: Not G ke

E lebih mudah dinyanyikan daripada G ke F#. Lompatan pic oktaf adalah paling sukar bagi kanak-

kanak untuk menyanyikannya.

Mengikut kajian yang dijalankan mengenai renj kanak-kanak di dalam pengajaran pembelajaran

Kaedah Kodaly, biasanya kanak-kanak akan memulakan dengan pic atas dalam jeda minor ke 3 – F#.

Ini bermakna lagu-lagu yang di dalam nada D, Eb dan E adalah yang paling sesuai.

“Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat semula jadi

kanak-kanak, iaitu suara mereka sendiri“.

Zoltan Kodaly

Nyanyian 3.1.2

Suara merupakan satu alat muzik yang semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.

Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang,

sedih, mengharap dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk

menimba pengalaman muzikal ialah melalui kegiatan nyanyian.

Nyanyian merupakan kegiatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang

terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Ia merangkumi kedua-kedua elemen seni

dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan penting dan setara. Hampir

semua kefahaman dan kemahiran muzik boleh diperkembangkan melalui pengalaman dan

Page 25: Assignment muzik

kegiatan nyanyian di bilik darjah. Justeru, setiap pendidik perlu mengetahui cara

menggunakannya dengan berkesan.

Pendengaran Dalaman 3.1.3

Pendengaran dalaman atau “Inner Hearing” merupakan kemahiran yang agak kompleks dan

sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai ‘memikirkan’

sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang tanpa

membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar kepada

kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan.

Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kemahiran muzik

seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik justeru ia tidak boleh diketepikan.

Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam

pengajaran pembelajaran muzik:

a. Permainan “Mesej Rahsia”

Guru memberikan sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang murid.

Murid tersebut membaca nota tersebut dan menyanyikan secara berbisik di telinga guru.

Sebelum memulakan pengajaran guru meminta murid membaca latihan atau menyanyi

dengan lambat serta senyap (di dalam kepala).

b. Meneka Lagu

Guru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid

menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk murid-

murid merasai melodi itu, guru akan meminta menyanyikan lagu tersebut di hadapan

kelas. (Murid juga boleh menggantikan tempat guru. Alternatif yang lain ialah

menggunakan papan solfa dan penunjuk).

c. Memikir Not ke 5 (atas atau bawah)

Contohnya, satu lagu rakyat yang dipilih mempunyai G sebagai do. Murid-murid

menyanyi dua bar pertama dan la adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga terdapat

Page 26: Assignment muzik

perubahan nada ke D = do dan secara automatisnya menyanyikan not B (yang sepatutnya

mi) sebagai la.

Tahap yang tertinggi bagai seseorang yang telah menguasai pendengaran dalaman ini

ialah apabila ia dapat menganalisis skor orkestra dan mendengar karya tersebut di dalam

kepalanya.

Penghafazan 3.1.4

Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara

menghafaz atau “learning by heart”. Namun ada cara yang lebih menarik dalam

memperkembangkan aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan.

Contoh 1

Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafaznya sambil “berfikir “ melodi tersebut.

Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa.

Proses diulang dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan berkali-kali murid

diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang).

Contoh 2

a. Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafazan;

b. Murid diberi sehelai kertas di mana di bahagian kiri telah diisi dengan not-not pada

baluk. Di bahagian kanan pula dikosongkan;

c. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang;

d. Murid digalakkan “berfikir” dahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan;

dan

e. Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. (Aktiviti ini

boleh menggunakan simbol atau notasi lidi dengan nama solfa).

Page 27: Assignment muzik

Contoh 2 adalah seperti berikut:

not-not dalam bar ini diberi murid menulis not pada bar ini

Improvisasi 3.1.5

Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan sama ada murid dapat memahami

konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.

a. Murid boleh diberi galakan dalam mengprovisasi sesuatu corak irama.

Contoh: Permainan Baling Tepuk.

i. Guru akan membaling ‘bola sakti ‘kepada murid bertuah.

ii. Guru akan bertepuk atau mengerakkan anggota badannya pada detik sambil murid

mendengar:

Page 28: Assignment muzik

iii. Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota

badan pada satu corak yang lain.

b. Murid boleh diberi galakan dalam memprovisasi sesuatu corak melodi.

Contoh: Permainan Bersoal jawab.

Guru menulis corak irama di papan hitam.

Guru menampal nama solfa contohnya “s” “l” “m”

Murid diberi arahan untuk memulakan dengan solfa “s” pada corak irama di papan hitam.

Guru menyoal melalui nyanyian solfa.

Guru memilih murid untuk menjawab kepada soalannya.

Contoh andaian jawapan murid ialah:

Aktiviti di atas boleh dijalankan antara murid dengan murid yang lain.

Page 29: Assignment muzik

c. Murid boleh diberi galakan dalam memprovisasi bentuk melodi.

Contoh: Permainan “Ikut Giliran”.

Dalam kumpulan seramai 5 orang murid, murid pertama akan memulakan dengan

menyanyi satu frasa solfa diikuti oleh murid kedua, ketiga dan keempat.

Murid kelima akan menjelaskan bentuk melodi.

Contoh petikan melodi di dalam Permainan “Ikut Giliran“ adalah seperti di bawah:

LATIHAN AMALI 3.2

Di dalam pendekatan Kodaly anda perlu memahami bahawa untuk mengaplikasikan pendekatan

ini ke dalam bilik darjah seseorang itu perlu berlatih menyanyi tonik solfa secara latih tubi. Di

samping itu menggunakan isyarat tangan sambil menyanyi.

Berikut terdapat 10 petikan latihan nyanyian solfa. Berlatih bernyanyi dalam tonik solfa secara

latih tubi. Sebelum itu anda perlu lakukan beberapa perkara seperti berikut:

a. Pic yang pertama diberi

b. Sebut irama sambil menepuk

c. Nyanyi pic yang pertama dahulu sebelum menyanyi keseluruhan petikan dalam tonik

solfa

Page 30: Assignment muzik

d. Nyanyi petikan tersebut berulang kali

e. Gunakan isyarat tangan sambil menyanyi

m – d  Latihan 1

m – d  Latihan 2

m – d  Latihan 3

s – d  Latihan 4

Page 31: Assignment muzik

s – d  Latihan 5

l – d  Latihan 6

Page 32: Assignment muzik

RUMUSAN BAHAN 1,2 DAN 3 UNTUK MAKLUMAT DAN TEKNIK DALCROZE

Kaedah Dalcroze telah dibangunkan pada awal abad ke-20 di Switzerland oleh pemuzik

dan juga merupakan pendidik yang bernama Émile Jaques-Dalcroze. Kaedah Dalcroze ini

dibahagikan kepada tiga konsep asas iaitu penggunaan solfege, penambahbaikan, dan euritmik.

Euritmik boleh juga dirujuk sebagai pergerakan yang dilakukan dengan muzik dan juga

tanpa iringan muzik. Euritmik mengajar konsep irama dan pergerakan menggunakan ungkapan

muzik dan ia murupakan konsep Dalcroze yang paling dikenali. Ia memberi tumpuan kepada

pelajar untuk mendapatkan kesedaran fizikal dan pengalaman muzik melalui latihan dengan

semua pancaindera, terutamanya kinestetik. Euritmik memerlukan penglibatan diri individu

secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total

dimana individu perlu mendengar, merasai, berimaginasi, mengintrepetasi bunyi ,bertindakbalas

dan membayangkan maksud secara luaran.

Menurut Dalcroze, muzik juga adalah bahasa asas bagi otak manusia, oleh itu muzik

amat berkait rapat dengan manusia. Tubuh badan adalah instrument asas bagi pendekatan

Dalcroze dalam muzik.Murid akan mendengar irama muzik dan meluahkan emosi melalui

pergerakan yang dihasilkan. Jelasnya, pendekatan ini dapat menghubungkan muzik,

pergerakan,emosi, minda, dan tubuh badan. Ungkapan irama muzik melalui pergerakan dapat

memperkembangkan kemahiran muzik melalui latihan kinestetik. Pelajar-pelajar belajar irama

secara berstruktur dengan mendengar muzik dan menyatakan apa yang mereka dengar melalui

pergerakan badan secara spontan. Sebagai contoh, nilai-nilai nota dan irama diwakili dengan

loncatan atau bertepuk tangan.

Menurut Dalcroze, cara yang paling berkesan untuk mengajar muzik bergantung kepada

empat prinsip asas iaitu:

a) Kemahiran yang melihat dan bertindak balas terhadap muzik perlu dibangunkan. Bagi kanak-

kanak

ia hanya boleh bermakna semasa bermain muzik dan memberi maklum balas kepada rentak.

Pada

Page 33: Assignment muzik

peringkat yang lebih tinggi, ia boleh bermakna mendengar satu frasa dan kemudian,

mempertingkatkan kecepatan kepada dua kali ganda.

b) Pelajar mesti membentuk deria dalam muzik, perasaan dalaman dan

rasa otot dalaman. Pelajar akan mendalami masa, ruang dan tenaga hubungan dalam gerakan

yang sesuai dengan mereka dalam muzik .

c) Komunikasi deria pendengaran, badan dan minda mesti diperkembangkan dengan lebih

tajam.

Ini adalah kerana teknik Dalcroze menekankan pembelajaran berpusatkan murid secara aktif

dalam pendengaran dan tindakbalas.

d) Pelajar mesti membentuk gudang imej aural dan kinestetik yang boleh diterjemahkan dalam

bentuk simbol dan apabila penarikan balik, hendaklah dilaksanakan pada kehendak. Ini adalah

kunci kepada

muzik bacaan. Sumber idea muzik ini menjadi satu himpunan untuk ekspresif prestasi dan cara

kepada persepsi yang lebih sensitif.

Keempat-empat komponen ini akan diajar terutamanya melalui latihan pergerakan

kumpulan dan permainan di kalangan pelajar,guru memimpin mereka sekurang-kurangnya

dengan menggunakan piano membimbing mereka dari jauh. Kaedah penyertaan Eurhythmics

tidak hanya kondusif untuk menikmati dalam pembelajarnganan tetapi jugamembangunkan

hubungan dengan orang lain dan bagaimana untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam

suasana pembelajaran.Secara keseluruhannya dengan kaedah dan pendekatan Dalcroze ini juga

dapat membantu memupuk daya imaginasi, ekspresi kreatif, koordinasi, fleksibiliti, kepekaan,

pendengaran dalaman, penghargaan muzik dan kefahaman konsep muzik.

Page 34: Assignment muzik

RUMUSAN BAHAN 3,4 DAN 6 UNTUK MAKLUMAT DAN TEKNIK KODALY

Kaedah pengajaran muzik Kodaly telah dibangunkan di Hungary pada tahun 1940-an

dan 50-an oleh penggubah pendekatan muzik Zoltan Kodaly, rakan-rakannya dan juga pelajar

beliau. Ia tidak dicipta oleh Kodaly bersendirian , tetapi sebaliknya, dibangunkan di sekolah-

sekolah Hungary di bawah inspirasi dan pengajaran.

Kodalay berpendapat semua orang mampu celik linguistik dan juga mampu celik

muzik.Nyanyian juga adalah merupakan asas yang terbaik untuk ahli muzik.Untuk menjadikan

pendidikan muzik yang paling berkesan,pendidikan muzik perlu bermula dari peringkat

awal.Kodaly juga menyatakan lagu-lagu rakyat warisan linguistik kanak-kanak dapat

membentuk muzik bahasa ibunda.Muzik juga merupakan seni yang mempunyai nilai tertinggi

dan perlu diaplikasikan dalam pendidikan. Muzik perlu berada merentas kurikulum subjek teras,

yang digunakan sebagai asas untuk pendidikan.

Kaedah Kodaly mengambil pendekatan pembangunan kanak-kanak untuk pengajaran

iaitu ia bermula dengan bahan yang lebih mudah bagi pelajar seterusnya memperkembagkan

bahan lebih susah dalam pengajaran muzik. Dalam muzik ini bermakna bermula dengan kanak-

kanak apabila menyanyi, dan secara beransur-ansur memperkenalkan selang berbeza sehingga

skala yang boleh dinyanyikan. Kaedah yang bertentangan ini adalah pendekatan perkara logik, di

mana kanak-kanak itu diperkenalkan kepada maklumat dalam suatu arahan yang logik kepada

subjek.

Terdapat enam komponen dalam kaedah Kodaly, setiapnya memainkan peranan penting dalam

mengimplikasikan pendekatan ini.Berikut merupakan komponen dalam kaedah Kodaly.

a) Kaedah Kodaly secara berurutan

b) Nyanyian

c) Pendengaran dalaman;

d) Penghafazan; dan

Page 35: Assignment muzik

e) Improvisasi.

f) Kaedah Kodaly secara Berurutan 

Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya

disalurkan melalui kegiatan nyanyian secara berurutan daripada prinsip bunyi sebelum simbol,

mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.

Irama adalah elemen penting dalam muzik yang boleh dijadikan sebagai contoh di sini.

Irama asas dalam pergerakan harian kanak-kanak adalah sama dengan berjalan (1 kiraan nilai

krocet), seperti yang sedia ada dan pemarkahan (kuaver separuh harga diskaun) kelajuan yang

munasabah

Meter irama menggunakan, dua-dua dan empatan,. Kebanyakan lagu-lagu kanak-kanak

dan permainan untuk meter 2. Jenis lagu irama adalah sesuai untuk mula memahami konsep.

Meter triple telah diperkenalkan supaya kanak kanak dapat mengikuti dengan baik begitu jugak

dengan meter berganda dan empatan . Bentuk, harmoni, unsur-unsur muzik seperti kelajuan,

pergerakan boleh dikawal dan disusun secara berurutan dalam kaedah ini.

Di samping konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan.

Kanak-kanak tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep

melodi perlu didedahkan terlebih dahulu dengan 2 pic , so dan mi yang mempunyai jeda minor

ke 3 kerana jeda ini memang terdapat dalam kehidupan harian kanak-kanak

kegiatan nyanyian di bilik darjah. Justeru, setiap pendidik perlu mengetahui cara

menggunakannya dengan berkesan.

Suara merupakan instrumen berkesan semulajadi dan dimiliki oleh semuaorang. Kanak-

kanak yang menggunakan suara sebagai instrumen untuk menyatakan kegembiraan, cinta,

kesedihan, harapan dan keseronokan. Satu cara yang bagus sebagai pengalaman bagi kanak-

kanak ialah dengan penggunaan muzik melalui aktiviti nyanyian.Nyanyian merupakan satu

aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan dasar yang terbaik dalam

Page 36: Assignment muzik

pembangunan kemahiran muzik. Ia menggabungkan unsur-unsur seni dan sains yang kedua-

duanya merupakan aspek mental dan fizikal yang dapat memainkan penting dan sama rata.

Hampir kesemua pengetahuan dan kemahiran yang boleh dibangunkan melalui pengalaman

aktiviti muzik dan nyanyian di dalam kelas.

Pendengaran dalaman merupakan satu bahagian penting dalam kaedah Kodaly.Teknik

yang dikenali sebagai "pendengaran dalaman" dan "nyanyian dalaman 'dapat menguji semua

unsur-unsur muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam

kemahiran muzik seperti menyanyi, bermain alat muzik dan lain-lain bidang muzik.Penghafalan

bagi kanak-kanak adalah sesuatu yang menyeronokan.Pendengaran dalaman adalah penting

untuk dikuasai dalam proses penghafalan. Improvisasi dalam muzik juga merupakan komponen

penting dalam kaedah kodaly ini berfungsi untuk menunujukkan kefahaman murid dalam

mempelajari muzik.

Page 37: Assignment muzik

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK DENGAN

MENGGUNAKAN PENDEKATAN DALCROZE DAN KODALY.

Langkah 1

Guru mengarah murid supaya membuat satu bulatan.

Guru menunjukan tepukan dengan 2 jari dalam meter 4 4,kemudian guru mengarahkan supaya

pelajar mengikut perlakuan guru iaitu bertepuk dengan 2 jari mengikut meter 4 4.

Penjelasan Pendekatan

Menurut Dalcroze tubuh badan dijadikan sebagai alat bunyian yang paling utama.Dalam

langkah 1 tepukan 2 jari dijadikan sebagai alat muzik.Ini merupakan bukti akitiviti P&P

menggunakan pendekatan Dalcroze.Langkah1 juga dapat memberi peluang kepada murid

supaya menghayati dan memberi pengalaman muzik baharu dengan cara mendengar dan

melihat.Langkah ini juga memberi peluang kepada murid memainkan satu bentuk irama

yang telah diperkenalkan oleh guru melalui tepukan 2 jari tadi.

Langkah 2

Guru menunjukan tepukan 2 jari dua kali dan 5 jari 2 kali dalam meter 4 4,kemudian guru

mengarahkan supaya pelajar mengikut perlakuan guru iaitu bertepuk seperti yang ditunjukan

tadi.

Penjelasan Pendekatan

Langkah 1 ke langkah 2 adalah merupakan perlakuan mudah kepada lebih susah .Ini

merupakan pendekatan Kodaly.Langkah 2 juga menunjukan konsep irama Kodaly yang

mana kanak-kanak lebih mudah memahami 4 dan 2 kiraaan berbanding dengan

semibreve.

Langkah 3

Guru menunjukan tepukan 2 jari dua kali dan 5 jari 1 kali dan mengengam tangan 1 kali dalam

meter 4 4,kemudian guru mengarahkan supaya pelajar mengikut perlakuan guru iaitu bertepuk

seperti yang ditunjukan tadi.

Page 38: Assignment muzik

Penjelasan Pendekatan

Pendekatan Dalcroze dan Kodaly digunakan dalam mempelajar irama tetapi langkah 3 ini

mula menggunakan luahan eksprsi pergerakan tanpa bunyi iaitu genggaman tangan.Ini

juga dikenali sebagai pendengaran dalaman.

Langkah 4

Guru memainkan lagu twinkle twinkle little star sambil bertepuk 2 jari dua kali dan 5 jari 2 kali

untuk bar pertama dan 2 jari dua kali dan 5 jari 1 kali dan mengengam tangan 1 kali dalam meter

4 4 untuk bar ke 2,kemudian guru mengarahkan supaya pelajar mengikut perlakuan guru dengan

iringan muzik.Perlakuan diulang sehingga 3 kali.

Penjelasan pendekatan

Langkah 4 menggunakan konsep melodi iaitu lagu twinkle twinkle little star yang mana

pic-pic adalah bersesuaian dengan kanak-kanak yang mana menurut Kodaly, kanak-

kanak hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton

dalam pic yang tepat.

Langkah 5

Guru mengarahkan pelajar membuat pergerkan tanpa bunyi untuk meluahkan emosi.Guru

meminta cadangan daripada murid pergerakan tanpa bunyi yang hendak dibuat.Murid memberi

respon.Guru meminta murid melakukan pergerakan tanpa bunyi itu dengan iringan muzik lagu

twinkle twinkle little star.

Penjelasan pendekatan

Langkah 5 ini menggunakan proses Eurhythmics yang mana melibatkan individu secara

menyeluruh termasuklah minda dan anggota badan untuk mendengar, merasai,

berimaginasi dan menginterpretasikan bunyi seterus nya memberi respon atau

bertindakbalas bagi membayangkan maksud muzik secara luaran.Pergerakan dalam

langkah 5 ini merupakan pergerakan bukan lokomotor.Pergerakan yang mungkin

dicadangkan oleh murid ialah seperti mengayun tangan ,membongkok, memintaln

melentik dan lain-lain.

Page 39: Assignment muzik

Langkah 6

Guru mengarahkan pelajar membuat pergerakan tanpa bunyi sambil berjalan dalam bulatan

mengikut arah jam untuk meluahkan emosi dengan cadangan murid lain .Guru meminta

cadangan daripada murid pergerakan tanpa bunyi yang hendak dibuat berbeza dengan

pergerakan di langkah 5 tadi.Murid memberi respon.Guru meminta murid melakukan pergerakan

tanpa bunyi itu dengan iringan muzik lagu twinkle twinkle little star.

Penjelasan pendekatan

Langkah 6 ini mengandungi improvisasi di mana, murid diminta mencadangkan

pergerakan tanpa bunyi yang berbeza-beza dari rakan-rakan yang lain dalam langkah 5.

Menurut Dalcroze improvisasi merupakan cantuman atau tambahan akitviti Eurthymics

dan ia merupakan kreativiti.

Langkah 7

Guru memberi arahan kepada pelajar supaya bertepuk tangan secara bergilir-gilir dalam bulatan

dan apabila muzik lagu twinkle twinkle little star diberhentikan maka pelajar yang bertepuk

tangan ketika lagu diberhentikan akan diarahkan duduk.Perlakuan diulang sehingga hanya 1

orang sahaja yang masih berdiri.

Penjelasan pendekatan

Langkah 7 ini menggabungkan pendengaran, merasa, berimiginasi, menginterprtasikan

bunyi dan membayangkan maksud secara meluas yang ada dalam Eurthymics.Langkah

ini juga dapat melatih pelajar memahirkan pendengaran dalaman di mana hanya seorang

sahaja bertepuk mengikut beat lagu manakala pelajar yang menyambut tepukan harus

berimiginasi tentang bunyi tepukan mengikut lagu yang dimainkan.Pendengaran dalaman

memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kemahiran muzik seperti

nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik.

Langkah 8

Guru bersoal jawab dengan murid untuk merumuskan pembelajaran muzik di akhir pengajaran

dan pembelajaran .Guru dan murid sama-sama menyanyikan lagu twinkle-twinkle little star

dengan bertepuk tangan bersama-sama.

Page 40: Assignment muzik

Langkah 8 dapat menerapkan penghafalan melalui aktiviti tepukan beramai-ramai dan

juga penghafalan lirik lagu melalui pendekatan Kodaly.

REFLEKSI