assignment 3

34
KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB PENSYARAH :- PROF MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR TUGASAN 3 DISEDIAKAN OLEH :- NOOR ZUBAIDAH BT. HJ ZAINOL ABIDIN (M20112001097)

Upload: noor-abidin

Post on 24-May-2015

1.823 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment 3

KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

PENSYARAH :-

PROF MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR

TUGASAN 3

DISEDIAKAN OLEH :-

NOOR ZUBAIDAH BT. HJ ZAINOL ABIDIN

(M20112001097)

SARJANA (PEND) PENGURUSAN PERNIAGAAN

Page 2: Assignment 3

TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 5 DAN 6 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

1.0 PENGENALAN

Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication

Technology (ICT) telah lama bertapak namun ia masih boleh dianggap baru dalam kalangan

masyarakat Malaysia. Penggunaan ICT hampir meliputi seluruh urusan sesebuah Negara

seperti pengurusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara, meramal perkembangan

ekonomi negara dan sebagainya. Walaupun penggunaannya amat meluas,masih terdapat

segelintir masyarakat kita yang masih belum mendapat pendedahan tentang penggunaan

ICT dalam kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi dengankemajuan teknologi

sehinggakan masih mengamalkan corak konvensional dalam pengurusan aktiviti harian.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang mengamalkan prinsip globalisasi,

sememangnya Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT yang terkini

supaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Kemahiran ICT amat

penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang

berkemahiran tinggi dan profesional (Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris,

Jamalludin Harun, na). Justeru itu, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam

menyediakan platform serta kemudahan ICT kepada masyarakat dan memberi galakan

kepada penggunaan ICT secara menyeluruh.

Menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9, 2006), pihak kerajaan telah membuat

peruntukan yang besar terhadap pembangunan ICT Negara. Di antara perancangan yang

telah dibuat dalam pembangunan ICT negara adalah dengan memberikan peruntukan yang

besar dalam pembangunan ICT di peringkat sekolah. Natijahnya adalah untuk menyediakan

asas yang kukuh kepada masyarakat melalui pendidikan di sekolah. Antara yang terdapat di

dalam bantuan berikut adalah :-

1) Menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti

komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server),

2) Membangunkan perisian khusus dan program TV pendidikan bagi membantu P & P,

3) Melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam P & P, dan

4) Melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.

Page 3: Assignment 3

Selain daripada RMK-9, kerajaan juga telah menggariskan perancangan dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 serta memberikan dana yang besar untuk

membangunkan prasarana ICT di peringkat sekolah. Antara matlamat pelan tersebut adalah

untuk merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan

meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010, 2006). Sememangnya penggunaan ICT di peringkat sekolah lagi

banyak membantu menyediakan asas kepada pelajar terhadap kemudahan teknologi yang

ada dalam kehidupan. Di samping itu, penggunaan ICT banyak membantu dalam pengajaran

dan pembelajaran. Terdapat mata pelajaran khusus yang di ajar berkaitan ICT di peringkat

sekolah. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran sekolah juga telah banyak melibatkan

penggunaan ICT. Namun begitu, masih ramai guru yang tidak mahir menggunakan ICT di

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, institusi pendidikan telah

memberikan penekanan terhadap kemahiran ICT bagi bakal-bakal guru supaya apabila

keluar mengajar nanti, guru telah mempunyai kemahiran yang jitu dan dapat memberikan

sumbangan yang amat baik terhadap pendidikan negara. Universiti pendidikan dan maktab-

maktab perguruan turut menyediakan kursus wajib kepada bakal guru untuk mendalami

ilmu ICT dan memberikan opsyen kepada pelajar untuk mendalami ilmu tersebut melalui

subjek-subjek ICT yang ditawarkan. Kementerian pendidikan juga memperuntukkan supaya

guru-guru supaya menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT untuk memantapkan lagi di

dala ilmu tersebut.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemahiran ICT di peringkat sekolah sememangnya tidak dapat disangkal kepentingannya

dalam sistem pendidikan negara masa kini. Untuk melahirkan generasi yang celik

IT, pendidikan ICT seharusnya dimulakan seawal pendidikan sekolah rendah dan berterusan

sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu, pengetahuan

ICT di kalangan guru adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi

kepada pelajar. Pendedahan kemahiran ICT kepada bakal pendidik adalah satu agenda

utamasetiap institusi pendidikan supaya bakal guru tidak janggal dengan peralatan ICT di

sekolah nanti dan dapat mengaplikasikannya dalam P&P mereka.

Page 4: Assignment 3

Pengetahuan ICT tidak hanya berkisar kepada kemahiran penggunaan komputer dan

aplikasinya sahaja. Kemahiran ICT turut meliputi penggunaan peralatan-peralatan lain

seperti penggunaan LCD projektor, mesin OHP, mesin pengimbas dan peralatan- peralatan

elektronik lain. Pada masa kini, kebanyakan pelajar telah didedahkan penggunaan alat ICT

secara tidak langsung sebelum menerima pendidikan formal disekolah. Misalnya

penggunaan telefon bimbit pada masa kini bukan sahaja untuk membuat dan menjawab

panggilan tetapi terdapat banyak lagi fungsi lain yang terdapat di dalam telefon bimbit pada

masa kini. Telefon bimbit boleh dikategorikan sebagai alat ICT. Jika ia digunakan dengan

betul, alat tersebut akan menjadi salah satu ABM dalam P&P. Hal ini membawa kepada

kreativiti seseorang guru itu untuk mengolah alat tersebut menjadi alat yang berguna di

dalam pembelajaran. Justeru itu, bakal-bakal pendidik perlu melengkapkan diri dengan

kemahiran ICT supaya tidak ketinggalan dan terbelakangdaripada pelajar. Bagi pelajar-

pelajar yang berada di pedalaman dan yang masih kurang terdedah kepada peralatan ICT,

menjadi tugas guru untuk memperkenalkannya dan membimbing pelajar untuk bersedia

menghadapi gelombang ICT apabila keluar dari populasi mereka itu.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Mengikut Heinich dan Robert (1996), kemahiran dalam penggunaan ICT merupakan suatu

keperluan untuk bakal guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah. Terdapat beberapa kajian

yang menunjukkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan mendatangkan kesan positif,

mempertingkatkan kualiti dan pencapaian. Antara pengkaji yang melihat perbezaan antara

penggunaan ICT di dalam P&P ialah Howell (1971) di mana beliau melihat pelajar lebih

tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan menggunakan

komputer berbanding cara konvensional. Begitu juga dengan pengkaji- pengkaji lain yang

melihat alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan ICT lebih banyak membantu

memberi pemahaman kepada pelajar berbanding penggunaan ABM yang tidak menarik.

Pada dasarnya, sesi P&P pada masa ini lebih tertumpu dengan alat bantu mengajar yang

bersifat teknologi seperti menggunakan komputer, OHP, pemancar LCD dan sebagainya.

Maka, bakal guru seharusnya peka terhadap perubahan situasi ini agar guru-guru tidak

ketinggalan dengan perubahan persekitaran di sekolah.

Page 5: Assignment 3

Pengkaji melihat masih ada segelintir bakal guru yang belum cukup ilmu teknikal

dalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi apatah lagi peralatan seperti ini

sering kali digunakan di sekolah. Mengikut Norizan (2004), kegagalan guru dalam

menggunakan ICT adalah disebabkan oleh ketidakmahiran dalam menggunakan alat

dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Hal ini mendorong pengkaji

untuk melihat secara mendalam mengenai situasi ini. Kementerian kini sedang giat

memperbaharui alat-alat bantu mengajar bagi memudahkan lagi guru melaksanakan tugas

mereka. Ramai yang menganggap bahawa mempelajari serba sedikit dalam

pengendalian peralatan ICT ini adalah perkara remeh. Mengikut kajian Zorinawati (1999),

guru yang tidak mahir dengan ICT adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu :-

1) takut kepada komputer,

2 takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan

3) takut jika mengetahui komputer, akan diberikan kerja yang banyak oleh pengetua /

guru besar.

Sebagai seorang guru yang berwibawa seharusnya tahu dalam segala aspek mahu pundalam

bidang akademik, teknikal dan sebagainya. Guru harus mengambil inisiatif dan mengetahui

perkembangan semasa untuk menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu yang

disampaikan.

Kajian ini melihat sejauh mana pelajar semester 5 dan 6 program ekonomi

(guru pelatih) mahir dalam mengendalikan peralatan ICT. Guru yang tidak tahu

mengendalikan peralatan ini menyumbang kepada masalah yang akan wujud di sekolah

kelak. Oleh yang demikian, daripada kajian ini akan dapat mengenal pasti masalah yang

wujud dalam mengendalikan peralatan ICT bagi melicinkan proses P&P di dalam bilik darjah

seterusnya melihat keberkesanan pengajaran yang dijalankan.

Page 6: Assignment 3

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Umum

Kajian ini telah menetapkan objektif umum kajian dan juga beberapa objektif khusus untuk

melihat apa yang sebenarnya ingin dicapai dalam kajian ini. Secara umumnya, kajian ini

bertujuan untuk melihat gambaran tahap kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan

pelajar semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi (ISMPE) di Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam proses P&P.

1.3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :

1.3.2.1 Mengenal pasti tahap latihan ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE

UPSI

1.3.2.2 Mengenal pasti tahap kekerapan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI

mengendalikan peralatan ICT.

1.3.2.3 Menganalisis tahap kesesuaian subjek ICT yang diajar semasa mengikuti latihan

ISMPE di UPSI.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Page 7: Assignment 3

Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengaitkan dapatan kajian dengan teori-teori yang sediaada dan menambahbaikkan

teori tersebut.

1.4.2 Memberi cadangan terhadap organisasi yang terlibat dalam merangka subjek ICT di

UPSI untuk menambahbaikkan struktur subjek tersebut supaya sesuai dengan

kehendak terkini.

1.5 LIMITASI KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa perkara bagi

membatasi kajian. Kajian ini adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang

daripada satu bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad.

Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuran

responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik.

Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan dua skala

iaitu tidak setuju dan setuju. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan dua kelas pelajar

ISMPE iaitu sebanyak 36 orang pelajar sahaja yang terdiri daripada pelajar semester 5 dan 6.

Batasan ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajianyang mempunyai skop kajian

yang khusus. Pengkhususan skala responden ini menyebabkan dapatan kajian tidak

menyeluruh kepada jumlah pelajar sebenar ISMPE yang berada di dalam UPSI. Oleh yang

demikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai ralat berikutan pendapat atau pandangan

yang tidak seimbang.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

Page 8: Assignment 3

Definisi konsep ada kalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan

padasesuatu teori atau telah diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia memberi maksud

yang lebih abstrak atau umum. Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan

oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau

dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji

itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. Definisi operasional menentukan prosedur

yang spesifik bagi melaksanakan kajian ke atas definisi konsep mengenai sesuatu, individu

atau objek. Dengan cara ini ia memberi peluang untuk mengkaji pemboleh ubah itu secara

empirik. Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang

terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian ini

mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut ialah:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) - Teknologi yang digunakan oleh individu untuk

mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta

untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi

dan maya. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar

data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan

dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Menurut

Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) maklumat bermaksud , "Information

can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system of encoding a

message so that it can be stored,retrieved and manipulated, and functionally it is something

that alters a person'scognitive organisation". Ia bermaksud maklumat dapat ditakrifkan dari

segi struktur dan dari segi fungsi. Dari segi struktur ia adalah satu sistem yang mengekod

pesanan supayaia boleh disimpan, dikembalikan dan dimanipulasikan dan berfungsi untuk

mengubah organisasi kognitif seseorang. Komunikasi mengikut Brown (1997), “The

interchange of information, and again may be viewed in terms of the structure of that

interchange or its function in affecting people's understanding and knowledge. Information

and communication are, therefore, inextricably linked”. Di sini dapat dirumuskan bahawa

komunikasi membawa maksud proses penukaran maklumat. Apabila digabungkan

maklumat dan komunikasi, maka istilahnya adalah seperti yang tertera di atas.

Bab 2 SOROTAN LITERATUR

Page 9: Assignment 3

2.0 PENGENALAN

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian yang terdahulu

mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan. Kajian-kajian yang diambil berdasarkan

kepada kesesuaian dan hubung kait dengan tajuk yang dibincangkan.

2.1 INFORMATION COMMUNICATION TECHONOLOGY (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan

teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan

oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat bergunadan

bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik,

suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu

seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan

kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar

data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan

dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global (Rozina Jamaludin, 2000).

Teknologi Maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT

(InformationTechnology) telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita pada masa

kini. IT merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam

komunikasi antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyarakat. Oleh itu,

pengetahuan tentang IT adalah penting bagi membentuk masyarakat yang bermaklumat.

Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seterusnya telah meningkatkan

penggunaan Internet, web dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan

baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi

masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang

untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan (Jamalludin Harun &

Zaidatun Tasir, 2003). Perkembangan baru ini telah mengembangkan lagi konsep

pembelajaran kolaboratif melalui alat-alat konvensional seperti listserv, newsgroup, emel

dan “Internet Real-Chat ” (IRC) di samping penggunaan konferensi audio (audio

conferencing) dan konferensi video (video conferencing ).

Page 10: Assignment 3

Dalam kajian Kellah M. Edens (2008), beliau mengatakan bahawa kemajuan

teknologi maklumat seterusnya telah menyebabkan meningkatnya penggunaan web dan

Internet untuk tujuan pendidikan. Struktur maklumat dalam web yang berdasarkan kepada

kaedah hiperteks dan hipermedia yang mengandungi pelbagai maklumat dalam berbentuk

teks, grafik, animasi, audio dan video dihubungkan dan dipersembahkan dalam bentuk yang

tidak linear. Rangkaian maklumat ini membolehkan maklumat dikongsi bersama-sama

dalam pelbagai bentuk dan mengakibatkan berkembangnya kolaborasiantara manusia.

Situasi baru ini memberi peluang yang lebih meluas kepada pendidikan sains yang lebih

fleksibel dan terbuka dari segi masa dan kaedah serta meningkatnya interaksi sosial dalam

pendidikan.

2.2 KEMAHIRAN ICT

Kemahiran komputer sebenarnya berkait rapat dengan kemahiran ICT. Merujuk kepada

Simonson et al. (1987), setiap individu mampu menguasai kemahiran komputer sekiranya

mereka mempunyai sikap yang positif termasuk menghilangkan kegelisahan atau

menunjukkan minat yang mendalam dalam penggunaan komputer, dan kesedaran

akan bertanggungjawab terhadap komputer. Selain itu, kemampuan untuk menilai

tanggungjawab, memilih dan melaksanakan pelbagai kegunaan aplikasi computer

untuk menjadi lebih berguna dan efisien dalam sesuatu kerja. Pengetahuan yang

bersesuaian untuk menggunakan perkakasan dan perisian untuk aplikasi komputer.

Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu untuk memaksimumkan

keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi, kemahiran ICT dapat menggalak dan

melahirkan inovasi, transformasi individu dan perubahan masyarakat (Jamalludin Harun &

Zaidatun Tasir, 2003). Dupagne. M. (1992) pula menyentuh tentang latihan perguruan yang

mencukupi adalah penting untuk membina keyakinan dan kemahiran guru terhadap

penggunaan teknologi komputer dengan sepenuh masa di sekolah. Sebenarnya latihan

komputer dalam kalangan guru-guru tidak dapatdilaksanakan lagi kerana pendidikan

komputer di sekolah-sekolah sendiri menghadapimasalah kritikal. Perisian khas untuk kursus

dalam perkhidmatan serta bengkel perludibangunkan untuk memperbaiki kecekapan

pengaplikasian komputer dalam kalangan guru.

Page 11: Assignment 3

Kajian yang lepas oleh Jackson, Clements dan Jones (1984) yang bertujuan menilai

tahap kesedaran dan penggunaan IT di kalangan fakulti di Universiti Georgia. Hasilnya telah

menunjukkan sikap terhadap komputer dan kesedaran penggunaan komputer di universiti

tersebut adalah positif. Statistik menunjukkan 85% responden telah mengikuti aktiviti

kesedaran komputer seperti bengkel, seminar dan belajar bersendirian dan 86% responden

mempamerkan minat untuk belajar lebih mendalam lagi penggunaan IT. Manakala, dalam

satu kajian oleh Shields (1986) di Universiti Brown melaporkan lebih 80% daripada

responden mempunyai serba sedikit pengalaman menggunakan komputer. Hampir 75%

daripadanya menggambarkan pengalaman yang positif dan lebih 69% menyatakan mereka

berminat menggunakan komputer dengan lebih kerap.

Dapatan yang diperoleh oleh Ranjit Kaur & Chua Lay Siok (2000)

menunjukkan bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara jantina, umur, kelulusan

tertinggi dansaiz sekolah dengan sikap terhadap penggunaan komputer. Walau

bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan terhadap penggunaan komputer antara

kemahiran dan pengetahuan komputer serta takut terhadap komputer. Kajian ini

menunjukkan tahap penggunaan komputer di sekolah sederhana tetapi mempunyai

kepakaran yang rendahuntuk membangunkan perisian komputer. Sikap terhadap

penggunaan komputer dipecahkan kepada empat bahagian iaitu keyakinan, kesukaan,

kebimbangan dan penggunaan dalam profesion. Keseluruhan kajian mendapati sikap

penggunaan komputer adalah positif tetapi penggunaannya dalam profesion di bawah

tahap purata. Dapatan kajian terhadap 60 orang guru pelatih Institut Bahasa Melayu

Malaysia (IBMM) didapati bahawa 70% daripada responden menyatakan tidak tahu

menggunakan komputer. Kajian- kajian ini menunjukkan masih terdapat jurang antara

harapan Kementerian Pendidikan dengan keadaan amalan sebenar yang wujud di sekolah.

Kajian Agarwal & Day (1998) meninjau pengalaman fakulti di universiti atau kolej

yang pernah menggunakan ICT sebagai alat pembelajaran subjek ekonomi. Hasil kajian

beliau mendapati bahan kursus yang terdapat pada web mempunyai potensi untuk

meningkatkan tahap pembelajaran dari aspek persediaan kelas, menggalakkan penyertaan,

menarik perhatian, dan paling penting ialah meningkatkan interaksi antara pengajar dan

pelajar. Kajian Agarwal dan Day (1998) tentang kesan Internet/web terhadap pembelajaran

Page 12: Assignment 3

Ekonomi melalui Internet/web mendapati kemudahan akses maklumat dengan

menggunakan Internet telah meningkatkan penggunaan data-data ekonomi. Penggunaan

data-data sebenar ini telah meningkatkan kefahaman teori ekonomi. Selain itu, kajian ini

mendapati pembelajaran melalui Internet/web telah meningkatkan komunikasi antara

pengajar dengan pelajar dan meningkatkan kualiti pembelajaran, dan juga mempunyai

kesake atas pengekalan (retention) dan persepsi pelajar terhadap pelajaran Ekonomi.

Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintegrasiannya dalam

kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk

membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan

masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi

yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rozina Jamaludin (2000) menyarankan bahawa

satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah

dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru.

Menyokong pendapat Rozina Jamaludin (2000) ialah Roblyer. M. &Edwards. J. (2004) yang

menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diri

akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICT

dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani

Abdullah (2001) yang mengatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran adalah

bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali peralatan ICT.

2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN

Rozina Jamaludin (2000) menyatakan bahawa guru merupakan aset sekolah, pelaksanaan

sebarang program pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan, sikap, komitmen,

pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru, lebih-lebih lagi bidang yang memerlukan

kemahiran khusus seperti komputer dan teknologi. Para penyelidik telah membuat

kesimpulan bahawa latihan guru masa kini sepatutnya dapat membantu guru untuk

bersikap positif terhadap penggunaan komputer. Apabila komputer diperkenal di sekolah,

guru tidak berasa selesa dan cuba menolak penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kajian mereka mendapati bahawa guru-guru beranggapan bahawa komputer

khususnya teknologi maklumat akan mengambil alih peranan mereka sebagai pengajar

Page 13: Assignment 3

kerana komputer berupaya membekalkan ilmu yang lebih meluas dan ini akan mencabar

profesion dan keupayaan guru.

Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta

merangsang minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui

sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Heinich et al, 1999). Proses

pengajaran- pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian

dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian,

melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat

ataumelalui sistem Internet, perisian dan pangkalan data.

Menurut Rozina Jamaludin (2000), dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat

merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses,

menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu

proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiahdan Nor Azilah Ngah

(2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi

tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap

pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Dalam hal ini Irfan

Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik

darjah bertemu dengan dunianyata serta membolehkan pelajar sendiri mencari maklumat

dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global dan membolehkan

bahan-bahan multimedia diciptadan disebarkan dengan mudah. Selain daripada itu, Harris

(2000) pula mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu :-

i. Pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan

eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat

tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.

ii. Koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi artikel,

sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.

iii. Projek yang melibatkan penyelesaian masalah yang melibatkan pelajar

daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan

dapatankajian. Di samping itu pautan hiperteks dan hipermedia pula

membolehkan pelajar menentukan sendiri arah tuju pembelajaran, kelajuan

pembelajaran dan urutan pembelajaran.

Page 14: Assignment 3

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P

membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan

daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkaitkan pengetahuan

merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak. Mengikut Norhaniza Abdul

Kadir (1994), hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses

pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru.

Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan

penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk

menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif.

Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001) pula

mengatakan bahawa latihan ICT diperlukan bukan sahaja untuk melatih

kemahiran penggunaannya tetapi juga untuk meyakinkan penggunaannya dalam P&P dalam

kalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan yang

baik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala beliau mendapati guru-

guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan ICT dalam

pengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap ‘perlu belajar’ untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.

Penggunaan ICT ini dalam bilik darjah tradisional mempunyai kesan positif keatas

proses pembelajaran. ICT ini dapat memperluaskan pembelajaran luar bilik darjah,

melibatkan pakar dari luar bidang pendidikan untuk mengimbangkan hubungan antaraguru

dan pelajar, meningkatkan tanggungjawab dan inisiatif pelajar, memudahkan pelajar-pelajar

mengakses sumber-sumber pembelajaran, dan meningkatkan penyertaandalam kelas

(Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, 2000).

2.4 KESIMPULAN

Page 15: Assignment 3

Berdasarkan sorotan kajian di atas jelaslah menunjukkan sudah ramai pengkaji sama

ada pengkaji tempatan dan barat membuat kajian tentang keberkesanan ICT dalam P&P.

Pembelajaran Berbantukan ICT merupakan kaedah pembelajaran yang paling interaktif dan

berinformasi serta mula diminati oleh guru dan pelajar (Yali Zhao, 2007). Hal ini jelas

menunjukkan bahawa tahap kemahiran dalam penggunaan ICT tersebut dapat membantu

mempertingkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu

kajian ilmiah tentang keberkesanan pembelajaran subjek ekonomi berbantukan ICT masih

terlalu kurang. Oleh itu diharapkan kajian ini akan menambahkan khazanah pembelajaran

ekonomi berbantukan ICT untuk rujukan pengkaji yang akan datang.

2.5 REKA BENTUK KONSEPTUAL

Reka bentuk konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan di

dalam bentuk gambar rajah. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang

memberi gambaran mengenai tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan

6 ISMPE UPSI. Terdapat tiga faktor yang ingin di lihat dan dijadikan sebagai objektif kajian.

Reka bentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah di bawah :

Page 16: Assignment 3

Rajah 1 : Gambar rajah reka bentuk konseptual untuk kajian

Bab 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Page 17: Assignment 3

Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat

yang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai sesuatu penyelidikan (Majid

Konting, 1990). Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan menerangkan pemilihan

metodologi kajian yang sesuai untuk di aplikasi bagi mencapai tujuan kajian asal. Untuk

membincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan diberi penekanan iaitu reka

bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis,

prosedur pengumpulan data dan seterusnya analisis data.

3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN REKABENTUK KAJIAN

Pada umumnya reka bentuk kajian bertujuan untuk membantu dan membimbing pengkaji

ke arah mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian. Kaedah tinjauan

digunakan di dalam penyelidikan dengan cara pengumpulan data daripada kumpulanyang

dikaji dengan menggunakan satu set soalan soal selidik. Kajian yang dijalankan ini

merupakan satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Pendekatan kuantitatif

diguna pakai bagi mendapatkan data yang diperlukan melalui instrumen kajian iaitu soal

selidik. Melalui kaedah ini, ianya dapat memudahkan pengkaji untuk mengumpul,

menganalisis dan menginterpretasikan data yang diperoleh. Semasa menjalankan kajian,

pengkaji menggunakan borang soal selidik dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat

dengan cepat dan mendapat gambaran yang mendalam tentang permasalahan kajian.

Responden hanya perlu menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yangdisediakan.

3.2 PROSEDUR KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan haruslah mempunyai langkah-langkah kajian seperti manayang

dirancang dan telah dijalankan. Begitu juga dengan kajian ini, pengkaji telah melakarkan

Page 18: Assignment 3

langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk melengkapkan kajian ini. Langkah-

langkah kajian ditafsirkan dalam bentuk gambar rajah seperti di bawah:

Rajah 2 : Gambar rajah yang menunjukkan langkah-langkah yang telah dan akandijalankan di

dalam kajian ini

3.3 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

3.4 PENSAMPELAN KAJIAN

Page 19: Assignment 3

Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 30 orang pelajar semester 5 ISMPE.

Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan data

kerana sampel sebenarnya mewakili keseluruhan populasi yang besar. Kesemua yang

menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara pensampelan sistematik. Oleh itu, seramai 15

orang pelajar semester 5 ISMPE telah dipilih dalam menjalankan kajian ini.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan ICT dalam

kalangan pelajar semester 5 dan 6 Pendidikan Ekonomi. Pengkaji menggunakan soal

selidik untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden. Instrumen berbentuk soal

selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis.

Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A

mengandungi 2 item tentang maklumat responden. Responden hanya perlu menandakan di

dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden. Maklumat latar

belakang ini terdiri daripada jantina dan kelayakan masuk ke UPSI sahaja. Bahagian B

mengandungi 10 item yang mengukur tahap kemahiran responden terhadap penggunaan

ICT. Bahagian C pula terdiri daripada 14 item yang melihat tahap kekerapan responden

menggunakan ICT. Bahagian D terkandung 6 item yang menilai keberkesanan subjek ICT

yang ditawarkan kepada pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3.6 KAJIAN RINTIS

Menurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan

yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Kajian rintis

juga merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan kajian rintis

Page 20: Assignment 3

adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang

mungkin tidak tepat atau gagal.

Sebelum soal selidik ini dilaksanakan kepada responden sebenar, kajian rintis

dilaksanakan terlebih dahulu oleh pengkaji. Kajian rintis dilakukan bagi menentukan

kesahan serta kebolehpercayaan soal selidik di samping menguji kefahaman responden

terhadap item-item dalam soal selidik yang diberikan. Tujuan kajian rintis ini dilakukan

adalah untuk mengetahui tahap kebolehpercayaan item-item kajian supaya bila diulanguji

kepada responden yang sama atau responden yang mempunyai ciri-ciri yang sama akan

mempunyai nilai ketekalan yang setara.

Selain daripada itu, ianya juga dilakukan untuk memastikan ketepatan pernyataan

item dari sudut nahu dan tatabahasanya sama ada dari segi penggunaan istilah dan struktur

ayat supaya mudah difahami oleh responden dan mengetahui tahap kemampuan

responden untuk memahami kehendak soal selidik. Dengan ini, responden dapat menjawab

persoalan tersebut dengan baik dan jawapan tersebut menggambarkan dirinya yang

sebenar.

Pengkaji telah melaksanakan kajian rintis ini ke atas 15 orang pelajar semester 6

ISMPE. Responden yang dipilih bukan responden sebenar kajian. Hasil daripada kajian rintis

yang dilakukan, didapati bahawa responden tidak menghadapi masalah di dalam memahami

item-item soal selidik tersebut. Borang soal selidik yang telah diisi lengkapoleh responden

telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences Version

11.5 (SPSS). Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha (α) untuk semua

item dalam soal selidik ialah 0.55. Nilai alpha kebolehpercayaan yang sesuai digunakan

dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai nilai yang lebih daripada

0.70. Ini menunjukkan bahawa nilai dan tahap kebolehpercayaan item-item soal selidik

adalah tinggi dan boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan sebenar.

3.7 PENGANALISIS DATA

Semua maklumat yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan program

Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Bagi tujuan analisis latar belakang

Page 21: Assignment 3

responden pada Bahagian A, kaedah analisis statistik deskriptif digunakan

untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Data-data kemudiannya disusun dan

diterangkan dalam bentuk jadual.

3.8 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan secara terperinci berkenaan metodologi kajian

yang merangkumi reka bentuk, kaedah pensampelan, prosedur kajian dan cara-

cara penganalisisan data. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan analisis data yang telah

dijalankan dengan kaedah-kaedah yang telah dinyatakan untuk mendapatkan jawapan

kepada persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji untuk tujuan kajian

ini. Metodologi kajian ini membantu pengkaji dalam mencapai objektif kajian.

RUJUKAN

Agarwal, R, & Day. A.E (1998). The Impact of The Internet on Economic Education.

Journal of Economic Education. 29 (2), Pg. 99-110.

Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001).

Sistem komputer dan aplikasinya. Kuala Lumpur: Penerbit Venton Publishing.

Page 22: Assignment 3

Brown, A.L. (1997), "Transforming schools into communities of thinking and learningabout

serious matters", American Psychologist, vol.5, no.52, pp.399-413.

Dupagne. M. (1992). Teachers’ attitudes towards computers: A review of literature.

Journal of Research on Computing in Education. 24 (3): 142-158.

Gagne. R. M.(1987). Foundations of Instructional Technology. New York: LawrenceErlbaum.

Heinich, R, Molenda. M, & Russell. J. D. (1999). Instructional Media and the

NewTechnologies of Instruction. New York: Macmillan.

Jackson. W. K, Clements D. G. and Jones. L. G. (1984). Computer Awareness and Use ata

Research University. Journal of Educational Technology Systems

.13(1): Pg. 47-56.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS

Publication & Distributors.

Kellah M. Edens. (2008). The Interaction of Pedagogical Approach, Gender, Self Regulation,

and Goal Orientation Using Student Responde System Technology. The Journal of Research

on Technology in Education. 41,2: Pg. 161.

Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur

Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris dan Jamalludin Harun. (na).

Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM : Satu tinjauan. 1st International

Malaysian Educational Technology Convention. Universiti Teknologi Malaysia.

Milton Chen and William Paisley (1982). Children and Microcomputers. Beverly Hills: In

Search of Excellence. New York: Harper and Row.

Page 23: Assignment 3

Norhaniza Abdul Kadir (1994). Tahap Penggunaan, Kemahiran Sikap dan

Pengetahuan Pensyarah-pensyarah Pendidikan Vokasional di Kolej Menengah Vokasional

seluruh Semenanjung Tentang Komputer : Kajian Ilmiah, Ijazah Pendidikan UPM .

Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains di

Sekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan Teknik Kuala

Lumpur.

Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), Online diperolehi daripada

http://www.moe.gov.my/ pada 31 Julai/2009.

Ranjit Kaur & Chua Lay Siok. (2000). Tinjauan penggunaan internet di kalangan guru pelatih

institut bahasa (IBMM) ke arah pembelajaran elektronik di Institut Bahasa Melayu Malaysia

Kuala Lumpur. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL Kuala

Lumpur. 2 April.

Rozina Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Siri Pengajian dan

Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007). ICT daalam Pendidikan: Prospek danCabaran

dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139 – 152.

Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2004). Integrating educational technology into teaching. NJ:

Prentice-Hall.

Shields, M. (1986). Computing at Brown - An ongoing study. Perspectives In Computing . The

Journal of Research on Technology in Education. 6(2): Pg. 57-62.

Simonson, M. R., Maurer, M., Montag-Torardi, M. dan Whitaker, M. (1987). Development of

a Standardized Test of Computer Literacy and a Complex Anxiety Index. Journal of

Educational Computing Reseach. 3(2): 231-247.

Page 24: Assignment 3

Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal (2000). Pembelajaran secara elektronik (atas talian).

http://www.kuwi.net.my/artikel/e-learning.htm.

Yali Zhao. (2007). Social Studies Teacher’ Perspective of Techonology Integration. The

Journal of Technology and Teacher Education. 15, 3: Academic research Library.Pg. 311.

Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001). Mengukur kesediaan

GuruMenggunakan Komputer dalam Menajalankan Tugas Pentadbiran dan Pengajaran.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd