assignment bbun2103blaw
TRANSCRIPT
FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN
BBUN2103
BUSINESS LAW
NAMA : AHMAD ZAMILI BIN MOHD
NO. MATRIKULASI : 720320115081001
NO. KAD PENGNEALAN : 720320-11-5081
NO. TELEFON : 019-9813978
E-MEL : [email protected] /
NAMA TUTOR : AMINUDDIN BIN MUSTAFFA
PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA TERENGGANU
SEMESTER JANUARI 2012
BBUN2103 Page 1
ISI KANDUNGAN
BAB MUKASURAT
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK 4
2.1 Tawaran 4
2.2 Penerimaan 5
2.3 Balasan 9
2.4 Niat 10
2.5 Ketentuan 11
2.6 Keupayaan Berkontrak 11
3.0 KERELAAN BEBAS 12
3.1 Paksaan 13
3.2 Pengaruh Tak Berpatutan 15
3.3 Froud/ Tipuan 17
4.0 CADANGAN PINDAAN 24
5.0 KESIMPULAN 26
6.0 RUJUKAN 27
BBUN2103 Page 2
1.0 PENDAHULUAN
Boleh dikatakan kontrak sentiasa berada di sekeliling kita samada disedari atau tidak disedari.
Terbentuk dalam dua (2) cara iaitu kontrak bertulis/nyata dan kontrak lisan/ tersirat. Kontrak
boleh berlaku apabila satu pihak berjanji untuk berbuat sesuatu sebagai balasan kepada janji
pihak yang lain untuk berbuat sesuatu . Kontrak ialah sesuatu perjanjian untuk melakukan
sesuatu perbuatan atau kerja atau tidak melakukan yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-
undang. Maksub boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang ialah perjanjian yang dibuat
mengikat di antara pihak-pihak yang berkontrak dan boleh diambil tindakan mahkamah. Setiap
kontrak setidak-tidaknya melibatkan dua pihak , yang menawarkan (offeror) adalah pihak yang
mengajukan penawaran untuk membuat sesuatu kontrak. Pihak yang ditawari (offeree) adalah
pihak terhadap siapa kontrak tadi ditawarkan. Di dalam mengajukan penawaran, pihak yang
menawarkan berjanji untuk melakukan sesuatu. Pihak yang ditawarkan (offeree) kemudian
memiliki kekuasaan untuk menciptakan kontrak, dengan menerima penawaran dari yang
menawarkan. Kontrak tercipta apabila penawaran (offer) tadi diterima. Tidak akan tercipta suatu
kontrak apabila penawarannya tidak diterima. Di Malaysia undang-undang kontrak
dikuatkuasakan oleh Akta Kontrak 1950 yang dipadankan daripada Indian Contracts Act
1872. Kedua-dua undang-undang ini ditadbir oleh undang-undang Inggeris yang mengikut
sistem common law. Oleh sebab itu, Akta Kontrak 1950 negara kita Malaysia adalah
berdasarkan kepada common law. Akta Kontrak 1950 ini terpakai di seluruh Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.
Di Negara kita Malaysia, Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kontrak adalah
“ sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang”. Ini bermaksub semua
perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang bukanlah kontrak. Seksyen 10
(1) Akta Kontrak 1950 telah memperuntukan bahawa “ Semua perjanjian adalah kontrak jika
dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang
sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah”. Seksyen ini menunjukkan bahawa sesuatu perjanjian
itu ialah kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang jika dibuat oleh pihak-pihak
yang layak untuk berkontrak, dengan kerelaan yang diberikan secara bebas dan balasan serta
tujuan perjanjian itu mestilah sah di sisi undang-undang.
BBUN2103 Page 3
2.0 ELEMEN-ELEMEN ASAS KONTRAK
Semua kontrak adalah perjanjian tetapi bukan semua perjanjian adalah kontrak. Bagi
membolehkan sesuatu perjanjian menjadi kontrak (sah dan boleh dikuatkuaskan di sisi undang-
undang) sesuatu kontrak perlu mempunyai beberapa unsur atau elemen penting iaitu tawaran
(cadangan) yang dibuat oleh satu pihak, penerimaan cadangan oleh pihak satu lagi, balasan
oleh kedua-dua pihak, niat untuk mengujudkan hubungan di sisi undang-undang, ketentuan dan
keupayaan. Sekiranya salah satu daripada elemen-elemen ini tidak wujud, kontrak adalah tidak
sah dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan perjanjian tersebut mungkin akan
terbatal dan sebelum sesuatu kontrak itu boleh dikuatkuasakan dan di katakan sah ia mesti
mempunyai elemen-elemen seperti diatas yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam
selepas ini.
2.1 TAWARAN
Definisi : Merujuk kepada Seksyen 2 (a) Akta Kontrak 1950 “ Apabila seseorang
menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan / menahan diri dari
melakukan sesuatu, dengan maksub untuk memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat
sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu, maka boleh dikatakan bahawa orang itu
membuat cadangan”. Seksyen ini menggunakan perkataan cadangan yang mempunyai maksub
yang sama dengan perkataan tawaran. Daripada seksyen ini dapatlah disimpulkan bahawa
tawaran atau cadangan merupakan satu aku janji oleh satu pihak kepada satu pihak yang lain
bahawa ia akan melakukan sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu jika pihak yang
lain itu bersedia menerima atau mematuhi segala syarat yang disebutkan oleh pihak pembuat
tawaran. Apakah yang dimaksubkan dengan menahan diri daripada melakukan sesuatu.
Contohnya, Si A dan Si B memasuki sesuatu perjanjian. Si A berjanji akan menyewakan
rumahnya kepada B dengan bayaran RM400.00 sebulan dan berjanji tidak akan
menyewakannya kepada orang lain (menahan diri dari melakukan sesuatu). Boleh
dikatakan juga tawaran atau cadangan merupakan satu janji yang telah dibuat oleh pembuat
tawaran kepada penerima tawaran dengan niat bahawa tawaran itu akan mewujudkan hubungan
yang mengikat di sisi undang-undang apabila janji itu diterima oleh penerima tawaran atau
cadangan tersebut. Dengan kata lain tawaran atau cadangan ialah apabila satu pihak membuat
tawaran yang ditujukan kepada pihak yang lain ataupun masyarakat ramai.
BBUN2103 Page 4
2.1.1 Elemen-Elemen Penting Tawaran
2.1.1.1 Tawaran berbentuk nyata dan tersirat
Tawaran berbentuk nyata itu dibuat secara lisan atau bertulis manakala tawaran
berbentuk tersirat pula membawa maksub tawaran yang dianggap atau disifatkan ada
dari tingkah seseorang itu. Merujuk kepada Seksyen 2(c) Akta Kontrak 1950, “Orang
yang membuat cadangan disebut “Pembuat Janji” dan orang yang menerima cadangan
disebut “Penerima Janji”. Seksyen 2 (b) Akta Kontrak 1950, “ Apabila penerima janji
menyatakan persetujuannya kepada pembuat janji, maka dikatakan cadangan itu diterima,
sesuatu cadangan apabila diterima akan menjadi janji”.
2.1.1.2 Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad
Terma-terma dan kepada siapa tawaran ditujukan hendaklah jelas dan sahih. Tawaran
yang kabur dan tergantung maksubnya tidak akan menjadikan tawaran itu mengikat di
sisi undang-undang dan pernyataan yang tidak mempunyai kehendak bukannya tawaran.
Rujuk kes Guthing lwn. Lynn (1831) : Lynn telah membeli seekor kuda daripada Guthing
atas terma-terma bahawa “jika kuda itu memberi nasib baik kepadanya ia akan
memberi lima paun lagi’. Diputuskan : terlalu kabur untuk menjadi kontrak yang
mengikat.
2.1.1.3 Penerima tawaran harus ditentukan
Tawaran yang dibuat kepada orang tertentu atau khusus merupakan satu tawaran kepada
individu yang dipilih oleh pembuat tawaran. Orang selain dari mereka tidak boleh
menerima tawaran tersebut. Sekiranya pihak lain menerima tawaran tersebut maka
penerimaan tersebut adalah tidak sah. Tawaran kepada sekumpulan orang adalah satu
tawaran yang berbentuk umum dan ini bermakna penerimaan boleh dibuat oleh sesiapa
sahaja yang mengetahui tentang tawaran tersebut.
2.1.1.4 Tawaran adalah berbeza dari pelawaan tawaran
Pelawaan tawaran bukanlah tawaran dan tawaran haruslah dibezakan daripada pelawaan
untuk tawaran. Pelawaan untuk tawaran adalah merupakan langkah pertama dalam
BBUN2103 Page 5
rundingan-rundingan yang mungkin, atau tidak mungkin berakhir dengan tawaran yang
muktamad oleh sesuatu pihak. Selalunya ia berbentuk pelawaan untuk membuat tawaran.
Hayati. A. et al. (2010) mengatakan “ Pelawaan tawaran ialah suatu penyataan bahawa
seseorang itu hanya ingin melakukan perundingan, tetapi tidak berkehendak untuk terikat
dengan syarat atau terma-terma dalam perundingan tersebut. Pelawaan tawaran akan
membuka peluang kepada pihak yang lain untuk membuat tawaran dan seterusnya
tertakluk kepadanya samada menerima atau menolak tawaran tersebut”. Salah satu
contoh pelawaan tawaran adalah seperti lelongan : Menurut seksyen 10 Enakmen
Jualan Lelong, Bab 81 bagi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu : “Jualan secara
lelong awam akan sempurna apabila pelelong mengumumkan penyempurnaannya
dengan menjatuhkan tukul kayunya”. Manakala di bawah seksyen 57 Akta Jualan
Barang 1979, pelelong membuat tawaran dan apabila orang yang hadir itu membuat
tawaran, terserahlah kepada pelelong berkenaan untuk menentukan samada mahu
menerima tawaran itu atau tidak. Rujuk contoh kes Harris lwn. Nickerson (1873) : N
seorang pelelong, telah mengiklankan bahawa ia akan menjual barangan tertentu,
termasuk perhiasan pejabat pada suatu tarikh tertentu. H hadir pada hari jualan itu dengan
niat hendak membeli beberapa perhiasan pejabat itu daripada jualan. N memaklumkan
kepadanya bahawa alatan pejabat tidak dilelong. H mendakwa N dengan menuntut
gantirugi tambang kerana perlanggaran kontrak dengan menghujahkan bahawa iklan itu
merupakan tawaran yang mana dia telah menerimanya dengan menghadiri jualan itu.
Isunya di sini adakah iklan lelongan merupakan satu tawaran atau pelawaan tawaran?.
Mahkamah memutuskan bahawa iklan pelelong mengenai jualan barang-barang tertentu
pada tarikh tertentu tidak mengikat pelelong untuk menjual barang-barang tersebut dan
dia juga tidak bertanggungjawab untuk membayar gantirugi kepada mereka yang telah
mengeluarkan belanja untuk menghadiri jualan lelong tersebut. Diantara contoh-contoh
lain pelawaan tawaran adalah seperti pameran barang di kedai layan diri, iklan tender,
sebutharga, edaran dan pengiklanan, jualan melalui catalog atau circular.
BBUN2103 Page 6
2.2 PENERIMAAN
Definisi : Menurut Seksyen 2 (b) Akta Kontrak 1950 mentakrifkan penerimaan seperti
berikut : “Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan
cadangan itu, maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima: sesuatu cadangan
apabila diterima, adalah menjadi janji” . Penerimaan merupakan elemen kedua terpenting
selepas tawaran kerana jika tawaran yang dibuat tidak diterima maka tidak akan wujud kontrak
yang sah dan penerimaan mesti dibuat sementara tawaran yang telah dibuat masih terbuka.
Terdapat lima (5) elemen penting penerimaan iaitu :-
2.2.1 Penerimaan mesti jelas, mutlak dan tidak bersyarat
Merujuk kepada Seksyen 7 (a) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa “ Untuk
menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji, maka penerimaan mestilah mutlak dan
tidak bersyarat”. Penerimaan mestilah tanpa syarat dan mestilah selaras dengan terma-
terma tawaran. Walaupun tidak semua urusniaga mudah dianalisiskan kepada ‘tawaran’
dan ‘penerimaan’, namun pihak mahkamah akan selalu menyelidik komunikasi-
komunikasi antara pihak-pihak yang berkenaan bagi mengetahui samada, pada sebarang
masa, satu pihak boleh dianggap sebagai telah bersetuju terhadap kesemua terma-terma,
nyata dan tersirat, tentang tawaran muktamad oleh pihak yang satu lagi. Rujuk kes
Brogden lwn. Metropolitan Rail Co. (1877). Suatu persetujuan yang bersyarat dalam
sebarang cara tidak akan berkuatkuasa sebagai penerimaan. Sebagai contoh, Si A
memberi cadangan kepada Si B untuk menjual rumahnya secara tunai. Si B menerima
tawaran Si A tetapi bayarannya adalah secara ansuran. Persetujuan yang dibuat oleh Si B
beserta dengan janji untuk membayar secara ansuran bukanlah suatu penerimaan.
2.2.2 Penerimaan mestlah dibuat secara biasa dan munasabah melainkan
jika tawaran menetapkan cara penerimaannya
Merujuk kepada Seksyen 7 (b) Akta Kontrak 1950 : “ Untuk mejadikan sesuatu
cadangan itu sebagai suatu janji maka penerimaan itu mestilah dinyatakan secara biasa
dan munasabah, melainkan jika tawaran itu menetapkan cara penerimaan..”. Jika penawar
BBUN2103 Page 7
menetapkan cara penerimaan, penerima harus mematuhinya. Jika penerima
mematuhinya, maka dalam tempoh waktu yang munasabah selepas penerimaan
disampaikan kepada penawar, penawar boleh menegaskan sekali lagi kepada penerima
bahawa penerimaan hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan dan sekiranya
penawar tidak member amaran, dia dianggap telah bersetuju dengan cara penerimaan
tersebut. Sebagai contoh : “ Si A memberi tawaran secara lisan kepada Si B untuk
menjual tanahnya kepada Si B. Si A telah memberi syarat bahawa penerimaan Si B
hendaklah dibuat secara hitam putih (bertulis), tetapi Si B telah member persetujuannya
secara lisan. Di sini Si A, harus memperingatkan kepada Si B tentang cara
penerimaannya yang telah ditetapkan. Sekiranya Si A hanya berdiam diri untuk tempoh
tertentu maka undang-undang menganggap bahawa Si A telah bersetuju dengan cara
penerimaan Si B. Kontrak sah wujud di sini dengan merujuk kepada fakta kes Eliason
lwn Henshaw .
2.2.3 Penerimaan mestilah dikomunikasikan
Menurut kaedah Am penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pembuat tawaran.
Penerimaan bermula daripada saat ia dikomunikasikan. Pembuat tawaran mestilah
diberitahu samada tawarannya diterima atau tidak. Penerima tawaran mestilah membuat
sesuatu perbuataan penerimaan yang positif dan sekadar mendiamkan diri adalah tidak
mencukupi. Isunya sekarang adakah berdiam diri menunjukkan ada penerimaan?. Rujuk
kes Felthouse lwn. Bindley (1862) : “F membuat tawaran untuk membeli kuda daripada
anak saudaranya melalui surat : Kalau saya tidak mendengar apa-apa, maka kuda itu
menjadi hak saya. Anak saudaranya memaklumkan kepada B (Pelelong) agar tidak
menjual kuda tersebut, tetapi B telah terjual kuda yang dimaksubkan. F mendakwa B
kerana melakukan penyelewengan. Isunya adakah berdiam diri merupakan tanda
setuju?. Mahkamah memberi keputusan bahawa anak saudara F tidak memberitahu
niatnya untuk menjual kuda kepada F. Maka kontrak tidak wujud dan kuda bukan milik
F”. Oleh itu, berdiam diri bukan tanda penerimaan. Namun begitu ada kes yang
mempunyai isu yang sama dengan kes ini tetapi keputusan Mahkamahnya adalah berbeza
(rujuk kes Weatherby lwn. Banham (1832).
BBUN2103 Page 8
2.2.4 Penerimaan hendaklah dibuat di dalan jangka masa yang munasabah
Merujuk kepada Seksyen 6 (b) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa : “Sesuatu
tawaran akan luput jika penerimaan tidak dikomunikasikan dalam masa yang
munasabah atau dalam tempoh yang ditetapkan dalam cadangan (tawaran)”. Ini
bermakna sesuatu tawaran tidak akan terbuka untuk selama-lamanya.
2.2.5 Penerimaan adalah lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran
mengetahui dan menerimanya.
Merujuk kepada Seksyen 4 (1) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa “Komunikasi
tawaran adalah lengkap apabila tawaran itu sampai kepada pengetahuan pihak kepada
siapa tawaran itu dibuat”. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian kepada
kaedah di atas yang bermaksub, dalam keadaan-keadaan ini penerimaan tidak perlu untuk
dikomunikasikan kepada pembuat tawaran. Diantara jenis-jenis penerimaan tersebut
adalah seperti ‘Penerimaan dengan penunaian syarat’, ‘Kaedah pos terpakai’ dan ‘Jualan
lelong
2.3 BALASAN
Definisi : Merujuk kepada Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 menyatakan seperti berikut
: “menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan
diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah balasan
untuk janji itu”. Sesuatu kontrak mestilah disokong oleh unsur balasan dan untuk menjadikan
sesuatu perjanjian itu sah dari segi balasan, maka sudah mencukupi jika kedua-dua pihak saling
berjanji (Rujuk kes K.Murugesu lwn. Nadrajah (1980). Contohnya, Si A berjanji untuk menjual
rumah kepada Si B dan Si B berjanji untuk membayar harga yang dipersetujui. Terdapat
beberapa elemen penting balasan iaitu :-
2.3.1 Balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik
Pembuat tawaran mestilah mempunyai balasan masing-masing terhadap setiap tawaran
yang diberikan olehnya kepada sesiapa.
2.3.2 Balasan tidak semestinya dari penerima janji
BBUN2103 Page 9
Merujuk kepada Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950, sesiapa sahaja boleh memberi
balasan walaupun dia bukanlah merupakan pihak yang berkontrak. Namun begitu,
keadaan ini berbeza dengan prinsip balasan di bawah undang-undang Inggeris di mana ia
menghendaki balasan itu datangnya daripada penerima janji itu sendiri.
2.3.3 Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
Merupakan satu janji yang dibuat bagi membalas sesuatu perbuatan yang telah dilakukan
sebelum ini. Namun begitu undang-undang Inggeris tidak mengiktiraf prinsip balasan
lampau ini.
2.3.4 Balasan itu tidak semestinya berpadanan
Sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga dan
mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji.
2.3.5 Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-undang
Balasan yang diberi mestilah tidak bertentangan dan menyalahi undang-undang .
2.3.6 Perjanjian tanpa balasan
Perjanjian tanpa balasan adalah batal di mana perjanjian itu tidak mengikat di bawah
Akta Kontrak 1950. Namun begitu terdapat beberapa pengecualian di dalam peruntukkan
Seksyen 26 Akta Kontrak 1950, antaranya ialah perjanjian yang dibuat berdasarkan atas
kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib. Perjanjian ini
walaupun tidak mempunyai balasan namun ianya tetap sah dengan syarat perjanjian
mestilah dinyatakan secara bertulis. Perjanjian mestilah didaftarkan jika ada undang-
undang yang mengkehendakinya sedemikian atau dibuat berdasarkan atas kasih saying
semulajadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib antara satu sama lain.
2.4 NIAT
Sesebuah perjanjian antara dua (2) pihak menjadi satu kontrak yang sah apabila dapat
membuktikan bahawa wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi
undang-undang. Tiada peruntukkan undang-undang secara nyata dinyatakan di dalam Akta
BBUN2103 Page 10
Kontrak 1950 mengenai perkara atau isu ini. Maka dengan itu di Negara Malaysia, sebarang
pertikaian atau masalah berhubung dengan perkara ini akan dirujuk kepada ‘common law’.
2.5 KETENTUAN
Sesuatu kontrak yang sah perlu mengandungi peruntukkan yang nyata dan dan
berketentuan (tidak samar-samar). Merujuk kepada Seksyen 30 Akta Kontrak 1950
menyatakan “Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan
adalah batal. Ketidaktentuan yang dimaksubkan adalah seperti bahasa yang digunakan adalah
kabur, kegagalan untuk mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama
perjanjian. Walaupun balasan dan niat mengadakan hubungan mengikut undang-undang telah
dipenuhi, perjanjian masih mengalami kecacatan jika tidak wujud unsur ketentuan bagi syarat-
syarat sebenar yang dimaksubkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.
2.6 KEUPAYAAN BERKONTRAK
Selain dari elemen-elemen penting kontrak seperti tawaran, penerimaan, balasan serta
niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang, pihak-pihak yang berkontrak
mestilah mempunyai keupayaan berkontrak. Menurut Seksyen 11 Akta Kontrak 1950,
seseorang yang layak berkontrak mestilah dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan
untuk berkontrak. Daripada Seksyen 11 Akta Kontrak 1950 ini dapatlah disimpulkan bahawa
untuk memastikan seseorang itu layak atau berkeupayaan berkontrak, seseorang itu mestilah
memenuhi syarat-syarat di atas iaitu Dewasa (Merujuk kepada Akta Umur 1971) takrifan dewasa
di Malaysia ialah apabila mencapai umur 18 tahun), berakal sempurna iaitu tidak gila, tidak
terencat akal dan sebagainya serta tidak hilang kelayakan (muflis dan sebagainya).
Berdasarkan Seksyen 11 Akta Kontrak 1950, kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah
batal kerana tidak mempunyai keupayaan untuk berkontrak.
Walaupun terdapat sekatan ke atas kanak-kanak dari berkontrak, namun dalam beberapa keadaan
tertentu, kanak-kanak dibenarkan membuat kontrak , contohnya seperti kontrak perkahwinan,
kontrak keperluan hidup (Rujuk Seksyen 69 AK 1950), kontrak biasiswa (Rujuk Seksyen 4 (a)
AK (pindaan) 1976) dan kontrak insuran (Rujuk Akta Insuran 1963). Merujuk kepada
BBUN2103 Page 11
keupayaan berakal sempurna pula, Seksyen 12(1) Akta Kontrak 1950 menyatakan “ seseorang
adalah dikatakan berakal sempurna untuk berkontrak jika pada masa ia membuat kontrak itu, ia
berupaya memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan
yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya”. Seksyen 12(2) Akta Kontrak 1950 pula
ialah berkaitan dengan kebenaran ke atas seseorang yang tidak berakal sempurna boleh membuat
kontrak pada masa beliau sempurna manakala Seksyen 12(3) pula berkaitan dengan larangan ke
atas orang yang lazimnya berakal sempurna untuk membuat kontrak pada masa ia tidak berakal
sempurna.
Berpandukan kepada prinsip am, semua kontrak yang dibuat oleh orang yang tidak sempurna
akal boleh dibatalkan atas opsyen orang itu sendiri dengan syarat pihak yang satu lagi
mengetahui tentang keadaan ketidaksempurnaan akalnya.
3.0 KERELAAN BEBAS
Menurut kaedah am , sesuatu kontrak hanya akan menjadi sah sekiranya ia dibuat atas kerelaan
bebas pihak-pihak yang berkontrak. Maka dengan itu, untuk menjadikan sesuatu kontrak itu
mengikat pihak-pihak yang berkontrak, ia hendaklah dibuat dengan persetujuan ikhlas dan bebas
daripada pihak-pihak yang terlibat. Seksyen 10(1) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa
“semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak
membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah dan tidak
ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukkan akta ini bahawa ianya batal’.
Merujuk kepada takrifan kerelaan , Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 mentakrifkan kerelaan
sebagai “dua atau lebih pihak dikatakan sebagai berkerelaan apabila bersetuju mengenai
perkara yang sama dalam pengertian yang sama”. Contohnya, Asyraf bersetuju untuk
membekalkan gandum sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekilogram kepada Zahir. Zahir juga
bersetuju untuk membeli gandum sebanyak 100 kg pada harga 60 sen sekilogram (mutual
understanding).
BBUN2103 Page 12
Kerelaan bebas dikatakan wujud apabila tidak terdapatnya unsur-unsur seperti yang dinyatakan
dalam Seksyen 14 Akta Kontrak 1950 yang menyatakan “kerelaan dikatakan bebas apabila
ianya tidak disebabkan oleh-
(a) paksaan, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 15 Ordinan ini; atau
(b) pengaruh tak berpatutan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 16 Ordinan ini;
atau
(c) Tipuan (fraud), sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 17 Ordinan ini; atau
(d) salah nyata, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 18 Ordinan ini; atau
(e) khilaf, tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan Seksyen-Seksyen 21,22 dan 23
Ordinan ini.
Di dalam kertas kerja ini kita akan memperbincangkan tiga (3) unsur daripada lima (5) unsur di
atas dengan lebih terperinci dan mendalam iaitu “Paksaan, Pengaruh Tak Berpatutan dan
Fraud”.
3.1 PAKSAAN
Paksaan adalah merujuk kepada sebarang bentuk kekerasan atau ancaman untuk
melakukan kekerasan atau perbuatan lain yang dilarang oleh kanun keseksaan terhadap diri satu
pihak, keluarga atau hartanya, dengan tujuan memaksa pihak itu membuat kontrak. Seksyen 15
Akta Kontrak 1950 mentakrifkan bahawa ‘paksaan’ ialah “melakukan apa-apa perbuatan atau
mengancam untuk malakukan apa-apa perbuatan yang di larang oleh kanun keseksaan, atau
menahan secara tidak sah atau mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan
memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan seseorang itu meembuat suatu
perjanjian”.
3.1.1 Ciri-Ciri Dalam Paksaan
Terdapat beberapa ciri yang boleh dikenalpasti untuk memahami konsep paksaan ini iaitu :-
1. Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
Perbuatan kekerasan atau ancaman untuk menggunakan kekerasan yang
dimaksubkan dibawah paksaan adalah apa-apa perbuatan jenayah yang bertentangan dengan
BBUN2103 Page 13
Kanun Keseksaan sahaja. Kanun Keseksaan adalah undang-undang bertulis yang mengawal
undang-undang jenayah di Malaysia. Jika sesuatu perbuatan itu bertentangan dengan undang-
undang selain daripada kanun keseksaan, maka perbuatan ancaman tersebut tidak tertakluk
kepada paksaan bagi maksub Seksyen 15 Akta Kontrak 1950. Rujuk contoh kes, “A di atas
kapal Inggeris di lautan lepas, menyebabkan B untuk membuat suatu perjanjian, dengan
menakutkan B secara jenayah menurut Kanun Keseksaan. Kemudian A mendakwa B di Taiping
kerana pecah kontrak. A telah melakukan paksaan, meskipun perbuatan yang dilakukannya
bukanlah suatu kesalahan menurut undang-undang Inggeris, dan meskipun Seksyen 506 Kanun
Keseksaan tidak berkuatkuasa pada masa atau tempat perbuatan itu dilakukan.
2. Perbuatan Memaksa
Perbuatan memaksa mengandungi dua (2) elemen yang perlu dibuktikan. Elemen
pertama (1) ialah menggunakan tekanan atau paksaan untuk mempengaruhi kemahuan
seseorang itu sehingga menjadikan kerelaannya tidak bebas. Elemen kedua (2) ialah tekanan atau
paksaan tersebut hendaklah bertentangan dengan undang-undang.
Rujuk contoh kes 1 : Kesarmal Letchumaran lwn Valiappa Chettiar (1954). Fakta kesnya ialah
semasa Negara di bawah pemerintahan tentera Jepun, satu pindah milik harta telah dibuat atas
perintah Sultan, di mana perintah itu sendiri dibuat atas paksaan dua (2) orang pegawai tentera
Jepun. Mahkamah memutuskan bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Sultan adalah tidak sah
secara sukarela. Oleh itu, pindah milik harta yang dibuat adalah tidak sah dan batal.
Rujuk contoh kes 2 : Kaufman lwn. Gerson (1904), telah menyalahgunakan wang yang telah
diamanahkan kepadanya oleh Kaufman. Kaufman mengancam akan menjalankan tindakan
undang-undang terhadap Gerson melainkan isteri Gerson sanggup membayar balik wang yang
hilang. Untuk melindungi nama baik suaminya, isteri Gerson berjanji berbuat demikian.
Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang dibuat oleh isteri Gerson dengan Kaufman tidak
boleh dikuatkuasakan, atau tidak mengikat isteri Gerson kerana terdapat unsure paksaan dalam
perjanjian tersebut.
BBUN2103 Page 14
3.1.1 Kesan Dan Akibat ‘Paksaan’
Kesan sesuatu kontrak yang mengandungi unsur paksaan ialah, kontrak itu boleh dibatalkan atas
pilihan atau kehendak pihak yang dipaksa untuk memasuki kontrak tersebut. Menurut Sesyen 19
Akta Kontrak 1950, “Jika berlaku paksaan ke atas sesuatu perjanjian, maka perjanjian itu
merupakan kontrak yang boleh dibatalkan atas pilihan yang dipaksa”. Oleh yang demikian,
unsur paksaan boleh wujud dalam sesuatu kontrak di mana satu pihak telah dipaksa untuk
memasuki perjanjian tanpa persetujuan bebas. Pihak yang dipaksa berhak di sisi-sisi undang-
undang untuk memohon kepada mahkamah bagi membatalkan kontrak yang dimasukinya atas
alasan wujudnya paksaan, dan kontrak tersebut tidak sah dan batal.
3.2 PENGARUH TAK BERPATUTAN
Seseorang boleh mengenepikan sesuatu urusan atau transaksi di atas alasan bahawa
beliau telah melakukan urusan transaksi tersebut kerana dipengaruhi oleh seseorang lain ke
atasnya. Merujuk kepada Seksyen 16 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa, sesuatu kontrak
yang telah dibuat, dikatakan telah didorong oleh pengaruh tak berpatutan jika wujud pertalian di
antara kedua-dua belah pihak yang membuat kontrak tersebut di mana satu pihak berkeupayaan
untuk menguasai kemahuan pihak lain dan menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi
kelebihan tak saksama (tak adil) ke atas pihak yang lain atau mempunyai autoriti yang
membolehkan dia mengambil keuntungan daripada orang lain.
Seseorang itu boleh dianggap berada di dalam keadaaan menguasai kemahuan seseorang yang
lain apabila :-
a) Dia memegang kuasa benar atau kuasa zahir ke atas orang lain itu, atau di mana ia
berada dalam perkaitan amanah dengan orang lain. Di sini adalah contoh bagi
menerangkan maksub “memegang kuasa benar atau kuasa zahir” . A telah
meminjamkan wang kepada anaknya B semasa anaknya masih remaja, dan
kemudiannya apabila B dewasa, A telah menyalahgunakan pengaruhnya sebagai
ibubapa dengan memperolehi satu bon daripada B untuk jumlah yang lebih besar
BBUN2103 Page 15
daripada wang yang harus dibayar atas pinjaman itu, maka A dianggap telah
menggunakan pengaruhnya dengan tak berpatutan.
b) Apabila satu pihak ada kaitan amanah dengan orang lain adalah seperti peguamcara
dengan anakguamnya, pemegang amanah dengan benefisiari, penasihat agama
dengan pengikut dan lain-lain lagi.
c) Apabila dia membuat kontrak dengan orang yang cacat atau terjejas akal, samada
disebabkan factor usia, penyakit, penderitaan akal atau jasmani yang kekal atau
sementara. Sebagai contoh, A seorang yang lemah akibat sakit atau lanjut umur dan
didorong oleh B, pembantu perubatannya supaya bersetuju membayar kepada B
sejumlah wang yang tak munasabah bagi perkhidmatannya. B dianggap telah
menggunakan ‘Pengaruh Tak Berpatutan’.
Di dalam undang-undang, kewujudan pengaruh sahaja adalah tidak memadai untuk membatalkan
sesuatu perjanjian. Kewujudan sesuatu pengaruh tak berpatutan yang telah dilakukan oleh orang
yang mempunyai kuasa tersebut perlu dibuktikan. Dalam keadaan-keadaan di mana
tanggungjawab untuk membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan terletak ke atas orang
yang berkedudukan dapat menguasai kemahun orang lain itu. Sebagai contoh kepada Seskyen 16
Akta Kontrak 1950, seorang banker member pinjaman kepada pelanggannya dengan kadar
bunga yang luar biasa tinggi. Pada zahirnya, kedudukannya dapat menguasai kemahuan
pelanggan-pelanggan dan urusan itu nampak tak berpatutan. Tanggungjawab di dalam
membuktikan ketiadaan pengaruh tak berpatutan adalah terletak pada banker tersebut. Dia
mungkin boleh berbuat demikian dengan membuktikan bahawa pada masa pinjaman diberi,
keadaan di pasaran wang adalah tegang dan kadar bunganya tinggi.
Rujuk contoh kes 1 : Salwath Haneem lwn Hadjee Abdullah, suami Plaintif telah melaksanakan
pemindahan hak harta kepunyaannya dan Plaintif kepada saudara lelakinya, B dan C, Plaintif
bersetuju dengan pemindahan hak itu. Tetapi setelah suaminya meninggal, Plaintif membuat
tindakan menuntut supaya diketepikan perjanjian dan pemindahan hak tersebut. Dalam kes ini
mahkamah memutuskan bahawa perkaitan amanah telah wujud antara plaintif dengan B dan C.
Oleh itu beban pembuktian terletak kepada B dan C yang mesti menunjukkan bahawa Plaintif
BBUN2103 Page 16
memahami urusan tersebut sepenuhnya dan telah melaksanakan pemindahan hak itu dengan
sukarela tanpa dikenakan pengaruh tak berpatutan. Oleh kerana B dan C tidak memenuhi beban
tersebut maka urusan itu diketepikan oleh Mahkamah.
Rujuk contoh kes 2 : Chait Singh lwn Budin Bin Abdullah, kes ini adalah mengenai pengaruh tak
berpatutan atas alasan urusan tak patut telah dapat ditegakkan/ dibuktikan apabila seorang
pemberi pinjaman wang telah menuntut pinjaman pada kadar bunga sebanyak 36 peratus
daripada peminjam. Peminjam tersebut adalah seorang yang buta huruf.
3.2.1 Kesan Dan Akibat ‘Pengaruh Tak Berpatutan’
Kesan daripada pengaruh tak berpatutan merujuk kepada Seskyen 20 Akta Kontrak
1950, mana-mana perjanjian yang dilaksanakan atas pengaruh tak berpatutan, akan menjadikan
perjanjian tersebut boleh batal mengikut kehendak pihak yang telah dipengaruhi. Orang yang
‘terpengaruh’ boleh mendapat kehilangannya kembali merujuk kepada Seksyen 66 Akta
Kontrak 1950, yang memerlukan seseorang yang telah menerima sebarang faedah daripada
kontrak itu, sebelum dibatalkan memulangkannya dan memberi pampasan kepada orang yang
diterimanya faedah itu. Tetapi jika pihak yang membatalkannya telah mendapat sebarang faedah
daripada pihak lain dalam kontrak itu, dia pun berkewajipan memulangkan faedah tersebut “pada
syarat-syarat dan keadaan sebagaimana difikirkan patut oleh pihak Mahkamah. contoh kes :
Chait Singh lwn Budin Bin Abdullah, pihak Mahkamah memutuskan keputusan menyokong
kepada si pemberi pinjam, tapi mengurangkan kadar bunga kepada 18 peratus daripada 36
peratus yang mula-mulanya dituntut. Rujuk contoh Seksyen 20(b) Akta Kontrak 1950 : A
seorang peminjam yang meminjamkan wang $100 kepada B, dan dengan pengaruh tak
berpatutan mendorong B supaya melaksanakan bon $200 dengan kadar bunga 6 peratus
sebulan. Pihak Mahkamah boleh membatalkan bon itu serta memerintahkan B supaya membayar
$100 itu balik dengan bunga yang difikirkan patut oleh pihak Mahkamah.
3.3 FROD/TIPUAN
Ditakrifkan dalam Sekyen 17 Akta kontrak 1950 sebagai “apa-apa perbuatan yang dilakukan
dengan niat untuk memperdaya atau mendorong pihak-pihak yang lain atau ejen-ejen mereka
BBUN2103 Page 17
untuk memasuki kontrak”. Seksyen 17 A.K 1950 secara jelas telah menggariskan beberapa
perbuatan tertentu yang termasuk di dalam kategori froud seperti :
a) Menyarankan sesuatu fakta yang tidak benar oleh seseorang yang tidak
mempercayai sesuatu itu sebagai benar;
b) Seseorang yang aktif atau bersungguh-sungguh menyembunyikan fakta
daripada seseorang yang lain;
c) Membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu;
d) Melakukan mana-mana perbuatan lain untuk memperdaya dengan tujuan
menipu dan difikirkan oleh Mahkamah sebagai sesuai untuk diisytiharkan
sebagai tipuan;
e) Melakukan mana-mana kesalahan atau ketinggalan salah yang memang
jelas ditetapkan oleh undang-undang sebagai tipuan.
Menurut Seksyen 17 Akta Kontrak 1950, seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila dia
melakukan suatu tindakan dengan niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak
dengannya. Perkata penting yang perlu diingat ialah, untuk menentukan samada kontrak itu
mengandungi unsur frod atau tipu, niat seseorang itu untuk memperdayakan pihak lain agar
memasuki kontrak tersebut hendaklah diambil kira. Sesuatu perjanjian boleh batal atas pilihan
orang yang telah ditipu sekiranya dapat dibuktikan wujudnya frod.
3.3.1 Perbezaan Antara ‘Salah Nyata’ Secara Tipu Muslihat Dan ‘Frod’
i) Apabila seseorang membuat kenyataan dan fakta dalam
kenyataanya itu salah, maka dia telah melakukan satu salahnyataan.
ii) Apabila sesuatu kontrak mempunyai unsure salahnyataan, ia akan
menjadi kontrak boleh batal.
iii) Di dalam undang-undang Inggeris, salahnyataan terbahagi kepada
dua (2) iaitu salahnyataan berunsur tipu muslihat dan salahnyataan
BBUN2103 Page 18
ikhlas. Manakala, Akta Kontrak 1950 Malaysia mentakrifkan
salahnyataan secara tipu muslihat sebagai frod atau tipuan merujuk
kepada Seksyen 17 Akta Kontrak 1950, dan salahnyataan ikhlas
sebagai salahnyataan dalam Seksyen 18 Akta Kontrak 1950.
iv) Merujuk kepada undang-undang Inggeris, untuk membuktikan
salahnyataan secara tipu muslihat perkara yang diambilkira ialah
samada ‘pembuat kenyataan’ ada pengetahuan bahawa kenyataan itu
benar atau salah. Sekiranya dia tahu bahawa kenyataannya itu salah,
ini bermaksub ia telah melakukan satu salahnyataan secara tipu
muslihat.
v) Jika sebaliknya ia benar-benar percaya dengan kenyataan yang
dibuatnya itu benar padahal fakta dalam kenyataanya itu salah, maka
ia dikatakan melakukan salahnyataan ikhlas.
vi) Akta Kontrak 1950 juga telah menunjukkan keadaan-keadaan yang
boleh dikategorikan sebagai frod di mana ia merangkumi
salahnyataan secara tipu muslihat di bawah undang-undang Inggeris.
Kategori frod di bawah Akta Kontrak 1950 adalah lebih luas
berbanding dengan undang-undang Inggeris.
vii) Diantara perkara yang perlu diberi ialah di mana di bawah undang-
undang Inggeris, untuk membuktikan salahnyataan secara tipu
muslihat, pengetahuan tentang kebenaran sesuatu kenyataan
hendaklah dikenalpasti. Manakala, Akta Kontrak 1950 meletakkan
niat untuk menipu sebagai factor penting yang mesti dibuktikan
dalam kes frod atau tipuan.
3.3.2 Kategori-Kategori Frod Merujuk Kepada Contoh Kes
Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 menyatakan beberapa jenis perbuatan yang boleh
disifatkan sebagai frod. Rujuk Seskyen 17(a) Akta Kontrak 1950, “menyarankan sesuatu yang
tidak benar oleh seseorang yang tidak mempercayai sesuatu itu sebagai benar”. Contohnya, A
dengan niat menipu B menyatakan bahawa setiap tahun 500 gantang nila telah dibuat oleh kilang
BBUN2103 Page 19
A. Kenyataan A itu mendorong B membeli kilang itu. A telah melakukan tipuan terhadap B, dan
B boleh mengambil pilihan untuk membatalkan kontrak antara mereka.
Contoh kes 1 : Senanyake lwn. Annie Yeo (1965) : Defendan telah menyalahnyatakan
kedudukan kewangan dan masa depan firma defendan dalam urusniaga saham sehingga
menyebabkan plaintif membayar $20,000 untuk membeli lima saham milik defendan.
Kedudukan kewangan dan masa depan syarikat ternyata tidak seperti dinyatakan oleh defendan,
dan plaintif mengambil tindakan untuk menuntut kembali wangnya. Dalam kes ini Mahkamah
memutuskan bahawa plaintif berhak mendapat kembali wangnya kerana kontrak yang dimasuki
bersama defendan telah dibuat atas ‘frod’ yang dilakukan oleh defendan terhadap plaintif.
Contoh kes 2 : Kheng Chwee Lian lwn Wong Tak Thong (1983) : Z telah didorong untuk
memasuki kontrak kedua, apabila S menyatakan bahawa saiz tanah yang hendak dijual itu sama
besar dengan tanah yang telah dipersetujui oleh Z dalam kontrak pertama. Z memohon untuk
membatalkan kontrak kedua atas alasan frod. Mahkamah memutuskan bahawa tindakan Z untuk
membatalkan kontrak kedua adalah sah dan mengikat kedua-dua pihak .
Merujuk kepada kedua-dua kes di atas dapatlah disimpulkan bahawa ia menunjukkan bagaimana
pihak yang melakukan frod itu tidak percaya bahawa kenyataan yang mereka buat adalah tidak
benar dan ini merujuk kepada Seksyen 17(b) Akta Kontrak 1950, “ menyembunyikan secara
aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau mempercayai fakta itu”.
Merujuk kepada Sesyen 17(c) Akta Kontrak 1950, “seseorang membuat janji tanpa apa-apa
niat untuk menepati janji itu”.
Rujuk contoh kes 1 : Letchemy Arumugam lwn Annamalay (1982) : Plaintif adalah seorang
penoreh getah yang buta huruf telah didorong secara tipu oleh defendan seorang pemaju
perumahan untuk memasuki perjanjian jualbeli . Defendan menipu plaintif dengan menyatakan
bahawa dokumen-dokumen yang hendak ditandatangani itu adalah untuk pinjaman wang dan
untuk melepaskan tanahnya daripada gadaian. Tetapi dokumen-dokumen tersebut adalah
perjanjian jualbeli tanah plaintif, borang pindah milik tanah plaintif, dan perjanjian plaintif untuk
BBUN2103 Page 20
membeli tiga (3) lot tanah di atas tanahnya sendiri. Berdasarkan fakta kes Mahakamah yang
mulia telah memutuskan bahawa kontrak itu boleh dibatalkan atas opsyen plaintif.
Contoh 2 : A pemilik rumah berjanji dengan B, penyewa rumah untuk membayar semua kos
pembaikan bumbung rumah apabila kerja-kerja pembaikan itu siap sepenuhnya. A telah mungkir
janji dan tidak mahu membayar apa-apa wang kepada B. A boleh dikenakan tanggungan kerana
mungkir janji.
Menurut kaedah Am, “semata-mata membisu bukanlah frod”. Merujuk kepada Seksyen 17
Akta Kontrak 1950 “semata-mata membisu terhadap fakta-fakta yang dikemukakan kepada
seseorang yang mungkin mempengaruhi kesediaan orang itu untuk membuat kontrak tidak
menjadikannya tipu”. Contohnya adalah seperti A menjual kuda kepada B, A tahu bahawa
kudanya itu berpenyakit. Andainya kedua-dua pihak tidak berkata walau sepatah perkataan pun
semasa urusan jualbeli, ini tidak bermakna A telah melakukan penipuan terhadap B. Tetapi jika
semasa B memeriksa kuda tersebut, B berkata kepada A, “kuda ini nampaknya berkeadaan baik
dan tidak berpenyakit, betul begitu Mr A? dan A membisu, perbuatan A yang membisu
sedemikian menjadikannya satu penipuan.
Rujuk contoh kes : Vyramutu lwn State Of Pahang : Defendan telah menjual tanah secara lelong
kepada plaintif dan defendan menyangkakan bahawa tanah itu belum dimajukan, dan harganya
jauh lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Sebenarnya tanah tersebut telah dimajukan,
dan nilainya juga telah meningkat. Apabila defendan mengetahui kesilapan tersebut, ia enggan
meneruskan transaksi jualbeli itu, dan mendakwa plaintif gagal memberitahu maklumat tersebut
kepadanya. Mahkamah membuat keputusan bahawa plaintif tidak terikat untuk memberitahu
defendan tentang tanah itu, dan berhak mendapat gantirugi kerana ia mengalami kerugian di atas
keengganan defendan untuk meneruskan jualbeli tersebut.
Pengecualian : Membisu adalah frod
Berdasarkan kepada kaedah am, diam atau membisu itu bukanlah frod tetapi terdapat
pengecualian kepada kaedah am ini. Adalah menjadi kewajipan bagi sesuatu pihak untuk
BBUN2103 Page 21
menyatakan semua fakta yang benar. Merujuk kepada Seksyen 17 Akta Kontrak 1950
menyatakan, “…melainkan jika kedudukan perkara itu adalah sedemikian hingga, jika
kedudukan perkara itu dipertimbangkan, adalah jadi kewajipan bagi orang yang membisu itu
untuk berkata-kata”.
Daripada huraian di atas dapatlah difahamkan bahawa setelah dipertimbangkan oleh Mahkamah,
orang yang membisu itu wajib memberitahu atau bersuara, dan menyatakan yang benar
melainkan jika perbuatan membisu itu adalah sama seperti bersuara. Terdapat dua (2) keadaan
utama dalam Seksyen 17 Akta Kontrak 1950 di mana membisu adalah merupakan satu frod atau
penipuan iaitu :-
i. Mewajibkan berkata-kata dalam keadaan tertentu yang merangkumi :
a. Nyataan terdahulu yang kemudian menjadi tidak benar.
Keadaan ini boleh berlaku semasa diadakan rundingan yang membincangkan fakta-
fakta perjanjian yang hendak dimeterai. Contohnya seperti Codong telah membuat
tawaran untuk menjual jamnya kepada Milydungun bahawa jam itu masih dalam
keadaan baik. Tidak pernah jatuh dan rosak. Kenyataan ini benar tetapi hari selepas
itu, jamnya telah terjatuh dan rosak. Codong telah memperbaikinya tetapi tidak
memberitahu Milydungun tentang kerosakan itu. Milydungun telah bersetuju
membelinya pada harga RM150.00. Beberapa hari kemudian, barulah Milydungun
tahu tentang apa yang terjadi dan ingin membatalkan perjanjian jualbeli tersebut.
Merujuk kepada contoh atau kes di atas, pembisuan Codong tentang kerosakan jam adalah
merupakan frod kerana dia wajib memberitahu Milydungun bahawa jamnya telah terjatuh dan
rosak sebelum Milydungun membelinya. Milydungun berhak membatalkan perjanjian atau
kontrak tersebut.
b. Wujudnya Perkaitan Amanah Antara Pihak-Pihak Yang Berkontrak
Apabila wujud pertalian amanah antara pihak-pihak yang berkontrak, maka pihak
yang memegang amanah adalah dianggap mempunyai pengaruh ke atas pihak yang
satu lagi. Dalam hal sebegini, satu pihak tidak boleh mengikat pihak yang lain
BBUN2103 Page 22
melainkan dapat membuktikan kontrak itu mendatangkan faedah dan segala fakta
penting tentang kontrak itu telah diberitahu.
Seperti contoh, Zana ingin menjual seekor kuda kepada Aqilah . Aqilah ialah anak kepada Zana
yang telah dewasa. Hubungan Zana dan Aqilah mewajibkan Zana untuk memberitahu Aqilah
jika kuda itu tidak sihat.
c. Kontrak Uberimae Fidei (Paling Suci Hati)
Di dalam kontrak ini, seseorang itu hendaklah memberitahu semua fakta penting yang
diperlukan oleh kontrak. Contoh kontrak uberimae fidei ialah kontrak insurans dan
kontrak membeli saham.
Seperti contoh, kontrak insurans nyawa di mana orang yang hendak membeli insurans nyawa
hendaklah memberitahu semua fakta penting seperti sejarah kesihatannya. Jika gagal
memenuhinya, maka kontrak itu boleh batal atas pilihan syarikat insurans. Dalam hal ini ,
pembeli insurans wajib menyatakan dengan bersungguh-sungguh, diamnya atau membisu boleh
menyebabkan ia dikatakan melakukan frod.
ii. Pembisuan sama dengan berkata
Di bawah satu (1) contoh : Afiqah menjual kudanya kepada Faizah. Faizah berkata kepada Afiqah, “Jika kamu tidak menyangkal, saya menganggap kuda ini sihat”. Faizah membisu. Di sini pembisuan Afiqah adalah sama dengan Afiqah berkata kuda itu sihat. Sebaliknya jika Afiqah menyedari bahawa kuda itu cacat tetapi ia membisu, maka pembisuannya itu boleh dianggap sebagai frod.
Keadaan lain yang boleh dianggap sebagai frod apabila seseorang menyatakan fakta yang separuh benar. Pembisuannya memberikan gambaran yang berbeza daripada apa yang dinyatakan.
Disini dapatlah disimpulkan bahawa apabila sesuatu kontrak itu boleh menjadi batal adalah kerana pihak-pihak yang berkontrak telah gagal memberikan persetujuan bebas @ kerelaan bebas ketika memasuki kontrak atau perjanjian.
BBUN2103 Page 23
4.0 SARANAN/ CADANGAN UNTUK PINDAAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERKAITAN KEPADA YANG KONTRAK YANG DIBINCANGKAN
4.1 Keterbatasan Akta Kontrak 1950 Di dalam Urusan Kontrak Pengguna
Akta ini kurang memberi perlindungan kepada pengguna dan agak terbatas. Keadaan ini
bertambah berat dengan kemunculan pelbagai cara berkontrak yang memberi kesan dengan
tersebarnya luasnya penggunaan teknologi dalam urusan kontrak masa kini.
Undang-undang kontrak di Malaysia boleh dikatakan boleh berfungsi sebagai satu lessen bagi
satu-satu pihak untuk mengeksploitasi kelemahan yang lain.
Cadangan agar akta ini dikaji semula terutama mengenai fungsi Akta Kontrak itu sendiri yang
sepatutnya berfungsi sebagai satu platform bagi memperkembangkan hubungan yang dibina atas
dasar kepercayaan dan bukannya mengesahkan keuntungan jangka pendek. Sepatutnya undang-
undang kontak harus memperkukuh dan membayangkan satu etika kerjasama dan bukannya
individualistic seperti diaplikasikan sekarang ini.
4.2 Ciri Akta Kontrak Menunjukkan Skop Yang Tidak Menyeluruh
Perkara ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. Kepincangan Akta ini jelas kelihatan dalam
peruntukannya yang tidak menyentuh tentang isi kandungan sesebuah kontrak. Kes ini pernah
dibangkitkan dalam penulisan Visu Sinnadurai (1987).
Akta ini tidak mempunyai atau mengandungi apa-apa peruntukan yang menyatakan secara
khusus tentang isi kandungan sesuatu kontrak. Peruntukkan tidak dibuat mengenai pengkelasan
terma-terma di dalam kontrak.
Akta ini juga membisu tentang samada pihak-pihak adalah secara tegasnya terikat oleh terma
nyata kontrak atau samada terma tertentu boleh disiratkan. Tiada peruntukan khusus yang
mengawal kandungan atau terma kontrak.
BBUN2103 Page 24
Cadangan agar dipinda dan ditambah satu peruntukan khusus yang mengawal kandungan atau
terma-terma kontrak yang dibuat agar ianya jelas dan memberi keadilan kepada semua pihak
yang sukarela berkontrak.
4.3 TEKANAN OLEH FENOMENA GLOBALISASI
Memang tidak dapat dinafikan undang-undang kontrak Malaysia pada masa kini digugat oleh
tekanan-tekanan globalisasi. Ia memberi implikasi yang besar khususnya dunia perdagangan.
Dizaman yang serba canggih, dengan penaklukan teknologi digital di dunia perdagangan
tempatan dan antarabangsa disertai dengan kecanggihan sistem komputer, telekomunikasi dan
teknologi maklumat, kita melihat satu pasaran elektronik yang baru dan sedang berevolusi di
seluruh dunia.
Undang-undang kontrak amnya, di dalam keadaan sekarang ini, sebenarnya masih belum
bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dan bakal diharungi. Terutamanya di
dalam usaha atau memberikan perlindungan dan menjaga kepentingan pengguna di dalam
kontrak. Penggubalan Akta Perdagangan Elektronik masih belum mencukupi dan tidak dapat
menyelesaikan masalah perlindungan yang diperlukan oleh pengguna di dalam siber.
BBUN2103 Page 25
5.0 KESIMPULAN
Sepertimana yang telah dibincangkan, undang-undang kontrak di Malaysia adalah berdasarkan
kepada Akta Kontrak 1950 (Akta 136) . Sesuatu kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan di
sisi undang-undang hanya akan terbentuk apabila ia mengandungi elemen-elemen yang
diperlukan seperti tawaran, penerimaan, balasan, niat, kerelaan, keupayaan dan ketentuan.
Apabila salah satu elemen-elemen ini tidak wujud, kontrak tersebut mungkin hanya akan wujud
sebagai kontrak boleh batal (voidable contract) ataupun perjanjian tersebut terbatal (void
agreement). Seksyen 14 Akta Kontrak 1950 mentakrifkan apa itu “Kerelaan Bebas”. Kerelaan
bebas adalah dikatakan bebas bila tidak disebabkan oleh Paksaan, Pengaruh Tak Berpatutan,
Tipuan, Salahnyata dan khilaf. Untuk penerangan lebih lanjut Seksyen 14 Akta Kontrak 1950
hendaklah dibaca bersama-sama dengan Seksyen 15, 16, 17, 18,19,20,21, 22 dan 23 Akta
Kontrak 1950.
Paksaan adalah merujuk kepada sebarang bentuk kekerasan atau ancaman untuk melakukan
sesuatu kekerasan. Jika sesuatu paksaan berjaya dibuktikan di Mahkamah, maka pihak yang
dipaksa boleh membuat pilihan samada hendak membatalkan kontrak atau tidak.
Pengaruh Tak Berpatutan bermaksub seseorang itu mempunyai kedudukan kuasa yang lebih
untuk membolehkannya menguasai pihak yang lain. Fraud atau tipuan bermaksub satu pihak
telah dengan niat menipu fakta kontrak kepada pihak yang satu lagi. Manakala Salah Nyata pula
merujuk kepada kenyataan yang salah atau tidak benar. Undang-undang kontrak di Malaysia
mempunyai pelbagai kepincangan terutama dalam pemakaian perundangan undang-undang
kontrak dalam konteks pengguna. Ia menjadi bertambah rumit dengan evolusi perdagangan dan
penguasaan teknologi dalam urusan sesuatu kontrak. Dengan itu, keterbatasan skop pemakaian
undang-undang kontrak Malaysia dalam konteks pengguna perlu disemak semula bagi
memastikan wujudnya perlindungan kepada pengguna di dalam urusan kontrak.
(Bilangan Perkataan : 6600)
BBUN2103 Page 26
6.0 RUJUKAN
1. Akta Kontrak 1950 (Akta 136), Internastional Law Book Services
2. Buang. S & Torji, N (1992) , Undang-Undang Kontrak Di Malaysia
3. Major, W. T. (1997). Undang-undang kontrak, Kuala Lumpur : International Law Book
Services
4. Mohamed A et. al (2009), Business Law, (6th ed.). Selangor : Open University Malaysia
5. Yusoff S.S & Aziz A.A (2003), Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia
BBUN2103 Page 27