74120524 assignment individu bmm3104

38
1.0 Pendahuluan Pengajaran ialah proses seorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya (Abd. Ghafar Md. Din, 2003). Proses pengajaran juga adalah satu seni. Pengajaran merupakan suatu seni kerana dalam proses pengajaran, seseorang guru itu perlu kreatif. Guru yang kreatif akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Pengajaran bermatlamat dan bertujuan. Sesuatu proses pengajaran itu dikatakan berjaya sekiranya matlamat dan tujuannya tercapai. Untuk mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana sesuatu teori pengajaran itu dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik juga boleh diertikan sebagai suatu alat yang digunakan oleh guru bagi 1

Upload: hakimi-sahc

Post on 16-Feb-2015

66 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

1.0 Pendahuluan

Pengajaran ialah proses seorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan

kepada pelajar-pelajarnya (Abd. Ghafar Md. Din, 2003). Proses pengajaran juga adalah

satu seni. Pengajaran merupakan suatu seni kerana dalam proses pengajaran,

seseorang guru itu perlu kreatif. Guru yang kreatif akan menjadikan pengajaran lebih

menarik dan berkesan. Pengajaran bermatlamat dan bertujuan. Sesuatu proses

pengajaran itu dikatakan berjaya sekiranya matlamat dan tujuannya tercapai. Untuk

mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan

berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran.

Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana sesuatu teori pengajaran itu

dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah.

Teknik juga boleh diertikan sebagai suatu alat yang digunakan oleh guru bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih oleh guru untuk para pelajar.

Dalam sesuatu kaedah pengajaran, mungkin terdapat satu atau lebih teknik yang

digunakan. Salah satunya ialah kaedah kajian kes.

Menurut Tengku Sarina Aini dan Yusmini (2006), kajian kes bermaksud kaedah

pengajaran di mana murid-murid diberi maklumat tentang sesuatu situasi. Mereka

dikehendaki membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berkaitan situasi

1

Page 2: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

tersebut. Biasanya, kajian kes ini berkaitan dengan realiti kehidupan. Lazimnya, kajian

kes bertujuan untuk memastikan murid dapat membuat keputusan, cadangan atau

pelan tindakan.

Penulisan pula membawa maksud perbuatan menulis atau hasil daripada

menulis atau mengarang ( Juriah Long et. al, 1990). Dalam erti kata yang mudah,

menulis merupakan proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan

tepat dan berkesan kepada pembaca dengan menggunakan grafik.

2

Page 3: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

2.0 Latar Belakang Kajian Kes

Kajian kes ialah sesuatu teka teki yang perlu dirungkaikan jawapannya. Dalam kajian

kes, perkara yang penting ialah masalah dan situasi. Sesuatu kes memerlukan

maklumat yang lengkap supaya pelajar dapat memahami dengan jelas sesuatu situasi

yang dinyatakan. Murid perlu menganalisis dan berfikir bagaimana untuk

menyelesaikan sesuatu kes tersebut. kajian kes juga merupakan satu cerita yang

digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang menggarapkan pengaplikasian teori

atau konsep terhadap situasi sebenar. Pelbagai disiplin ilmu telah menggunakan kajian

kessebagai bahan pengajaran termasuklah sains sosial, kejuruteraan, undang-undang,

perniagaan dan perubatan.

Menurut Muhamad Muda (2003:3), kajian kes ialah satu diskripsi tentang

sesuatu situasi yang sudah dan sedang berlaku serta boleh memberi pengajaran.

Kajian kes ialah suatu bahan pembelajaran yang berkesan yang berupaya membentuk

kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi, dan bekerja sebagai satu

pasukan. Kaedah kajian kes menggabungkan idea-idea individu dan ahli kumpulan dan

dibincangkan untuk dimurnikan bersama. Secara ringkasnya, murid akan mampu

berdikari dan mempunyai kemahiran untuk merumuskan sesuatu kes.

3

Page 4: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Murid biasanya akan berbincang tentang sesuatu kes yang diberikan oleh guru.

Berdasarkan arahan yang diberikan, murid akan mula memberi respon mereka

terhadap sesuatu kes tersebut. Sekiranya sesuatu penulisan karangan itu menuntut

murid untuk membincangkan tentang punca-punca kemalangan jalan raya, maka murid

akan berbincang dalam kumpulan berdasarkan kes yang diberikan oleh guru. Secara

ringkasnya, pengajaran penulisan dengan menggunakan kaedah kajian kes adalah satu

kaedah pengajaran penulisan yang mengaplikasikan sesuatu situasi di dalam penulisan

karangan.

4

Page 5: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

3.0 Ciri-ciri Kaedah Pengajaran Kajian Kes

Teknik pengajaran menggunakan kajian kes akan mendedahkan murid kepada situasi

hidup yang sebenar (Tengku Sarina dan Yusmini, 2006). Murid akan menganalisis

sesuatu situasi yang diberikan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Guru bertindak

sebagai pembimbing. Biasanya, guru lebih cenderung untuk tidak membicarakan

sebarang isu secara aplikasi, sebaliknya memimpin dengan cara konseptual sahaja.

Sesuatu kajian kes akan memastikan murid dapat membuat keputusan, cadangan

ataupun satu pelan tindakan. Kajian kes ini boleh menjadi panjang, sekadar kajian

ringkas atau pendek.

Sesuatu kajian kes yang baik perlulah memberi tumpuan kepada peristiwa atau

rentetan peristiwa yang khusus. Sekiranya sesuatu kes itu terlalu meleret-leret,

kemungkinan murid untuk faham tentang sesuatu kes itu adalah rendah. Ini akhirnya

akan menyukarkan tugas guru itu untuk meneruskan sesi pengajaran dan

pembelajaran. Jadi, pemilihan kes untuk dijadikan bahan pengajaran penulisan perlulah

ringkas dan mudah difahami oleh murid.

Selain itu, kes yang baik untuk dijadikan bahan dalam pengajaran dan

pembelajaran harus mengandungi maklumat yang terperinci dan mencukupi. Maklumat

yang ada dalam sesuatu kes pula perlulah padat, tepat dan relevan.

5

Page 6: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Pemilihan kes yang mengandungi maklumat yang terperinci adalah penting bagi

memudahkan murid untuk mengolah karangan dengan baik. Sesuatu penulisan

karangan menggunakan kajian kes akan menjadi sukar sekiranya maklumat yang ada

pada sesuatu kes itu kurang dan tidak relevan. Murid akan cepat bosan kerana tidak

memahami kes yang dijadikan bahan pembelajaran.

Tujuan utama kajian kes adalah supaya murid dapat menyelesaikan masalah

dengan lebih kreatif dan kolektif. Ini bermaksud, kefahaman murid pada sesebuah teks

yang dikaji akan lebih meningkat. Kaedah ini banyak menggunakan minda. Tujuannya

adalah untuk merangsang fikiran murid pada teks yang diajar dan mereka dapat

mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Selain itu, murid juga mendapat manfaat

dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih senang.

Kaedah kajian kes memerlukan komitmen tinggi daripada murid dalam

memahami sesebuah teks. Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan utama

membentuk murid supaya dapat menjalankan kaedah kajian kes dan seterusnya dapat

dimanfaatkan semasa proses belajar.

Sebelum menggunakan kes sebagai bahan bantu mengajar, beberapa perkara

perlu diambil kira oleh guru. Guru perlulah merancang penyediaan kes sebelum kaedah

ini dapat digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

6

Page 7: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Terdapat beberapa cara bagi guru untuk mendapatkan bahan bagi mengajar

menggunakan kaedah kajian kes ini. Antaranya ialah menyediakan satu kajian kes

berdasarkan kes-kes terdahulu.

Guru-guru boleh mendapatkan kes-kes daripada internet atau bahan-bahan

bacaan yang berkaitan dengan topik yang hendak diajar seperti kes kemalangan jalan

raya, kes disiplin pelajar sekolah, kes moral remaja dan sebagainya. Selain itu, guru

juga boleh membuat kes berdasarkan situasi sebenar yang pernah murid sendiri alami.

Sebagai contoh, kes pelajar diragut. Guru haruslah peka dengan situasi murid supaya

tidak mendatangkan aib kepada pelajar tersebut.

Guru juga boleh mereka sendiri kes yang hendak dijadikan isi pelajaran. Guru

harus memastikan sesuatu kes yang direka itu tidak terlalu sukar supaya mudah

difahami oleh para murid. Cara ini menuntut kreativiti guru untuk mereka sesuatu kes

yang mudah difahami oleh murid di samping mampu menarik perhatian mereka untuk

terus mengikuti sesi pembelajaran. Kaedah ini juga mungkin mengambil masa yang

agak lama untuk dilaksanakan.

7

Page 8: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

3.1 Cara Penyampaian Kajian Kes

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan sesuatu

kes bagi membantu murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara cara yang

boleh digunakan ialah dengan menggunakan multimedia, iaitu satu sistem yang

mengandungi informasi kes dan meningkatkan peluang kepada pelajar untuk

berinteraksi dengan data. Contohnya mengumpul data, menyenaraikan data,

mengorganisasi, mengkritik dan lain-lain. Sesuatu kes boleh disampaikan dengan

menggunakan tayangan video, tayangan gambar dan pita perakam suara.

Selain itu, cara tradisional juga boleh digunakan bagi menyampaikan sesuatu

kes. Contoh cara tradisonal yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan kad

manila, gambar-gambar, bahan bacaan dan juga secara lisan. Cara ini amat mudah

digunakan khususnya di sekolah yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.

Beberapa aspek perlu diambil kira semasa menyampaikan kes kepada murid.

Guru bukan sahaja perlu mengambil kira isi kandungan sesuatu kes, malah proses

perbincangan terhadap sesuatu kes itu juga perlu diambil kira. Perbincangan haruslah

disertakan dengan garis panduan bagi konsep dan subkonsep. Ini adalah bertujuan

untuk memastikan perbincangan murid sentiasa berada di landasan yang betul dan

menjurus kepada topik perbincangan yang sebenar.

8

Page 9: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Sebagai contoh, jika perbincangan tentang sesuatu kes itu ke arah punca-punca, maka

guru haruslah menyediakan satu garis panduan tentang punca-punca sesuatu kes

supaya perbincangan tidak menyeleweng.

Guru juga boleh menyediakan senarai soalan bagi membantu menyampaikan

pengajaran berdasarkan kajian kes. Jika guru ingin membuat perbincangan tentang

penulisan cara-cara menyelesaikan sesuatu kes seperti masalah disiplin dalam

kalangan remaja, soalan seperti siapa, apa, dan bagaimana amat perlu bagi membantu

pelajar mengembangkan pemikiran mereka. Setelah perbincangan selesai, prosedur

bagi menilai usaha pelajar haruslah disediakan secara spesifik. Ini adalah penting bagi

memastikan penilaian terhadap tugasan murid adalah telus dan tidak berat sebelah.

Perancangan dalam pengajaran kajian kes adalah amat penting, tidak kira

sesuatu kes itu disampaikan dengan menggunakan teknologi atau kaedah tradisional.

Garis panduan tentang konsep dan isu daripada sesuatu kes amatlah penting bagi

membantu guru memastikan sesi pengajaran meliputi aspek-aspek penting yang ingin

disampaikan.

9

Page 10: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

4.0 Kemahiran Menulis

Menulis dalam subjek Bahasa Melayu memfokuskan kepada penulisan karangan

ataupun esei. Terdapat pelbagai bentuk karangan dan esei yang dituliskan bagi

memenuhi keperluan khayalak pengguna yang berbeza-beza. Khalayak pengguna yang

membaca, menonton dan mendengar meliputi golongan murid, pelajar, mahasiswa,

guru, pensyarah, penulis, wartawan, kakitangan awam dan swasta dan sebagainya.

Karangan pelbagai bentuk atau jenis dihasilkan dengan pelbagai tujuan seperti

untuk memberitahu, mendidik dan menasihati khalayak. Oleh itu, kemahiran menulis

karangan pelbagai jenis perlu dipelajari. Dalam hal ini, penulisan karangan dengan

menggunakan kaedah kajian kes amat sesuai dengan tujuan penulisan karangan itu

sendiri iaitu untuk memberitahu, mendidik dan menasihati khalayak.

Penulisan secara jelasnya ialah penghasilan teks karangan berbentuk seperti

berita, rencana, esei, surat, laporan dan sebagainya melibatkan proses dan hasil.

Penulisan bermaksud cara teks dihasilkan (Sulaiman, Mashudi dan Juliliyana, 2007).

Individu yang menggunakan penulisan di dalam bilik darjah sama ada guru atau murid

sepatutnya memahami maksud dan tujuan penulisan. Kejelasan, pengaruh, keaslian

dan kebaikan karangan yang ditulis haruslah diambil berat bagi memastikan khalayak

memahami esei yang ditulis.

10

Page 11: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Penulisan juga merupakan cara meneroka bahan, iaitu mengetahui benda atau

peristiwa. Kebanyakan murid mengubah minda semasa menulis. Murid kemungkinan

akan menghadapi kesukaran sekiranya kekeringan idea. Jadi, kaedah kajian kes yang

diterapkan oleh guru akan sedikit sebanyak membantu murid untuk mendapatkan idea

bagi penulisan mereka. Kes yang dikemukakan oleh guru akan memberi peluang

kepada mereka untuk meneroka dengan lebih mendalam bagi mendapatkan idea bagi

sesuatu penulisan.

Kemahiran menulis karangan juga melibatkan kemahiran kognitif seperti berfikir

dan menilai, kemahiran lingusitik, termasuk aspek mekanis, proses dan pembaca.

Menerusi penulisan karangan, guru dapat membantu murid meneroka perkara-perkara

yang kurang difahami sebelum ini. Idea-idea yang bernas akan dapat dibina oleh murid

dengan adanya bantuan dari kaedah pengajaran yang kreatif seperti kajian kes. Secara

tidak langsung, ini akan membuka peluang kepada murid bagi meneroka dunia baru di

samping menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap sesuatu perkara.

11

Page 12: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Sebuah karangan yang baik haruslah mengandungi ayat tersusun yang

mengandungi fakta dan fikiran. Menurut Sulaiman et.al (2007), perkataan dalam ayat

tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran, sebaliknya fakta dan fikiran tidak boleh

disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah, menjadi ayat

dan perenggan.

Dengan ini, penulisan karangan boleh dikatakan sebagai kemahiran berbahasa yang

tinggi, dan murid boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik sekiranya

menguasai tiga kemahiran bahasa lain, iaitu mendengar, bertutur dan membaca.

12

Page 13: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

4.1 Proses Menulis Karangan

Menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat (2009), terdapat empat peringkat

dalam menulis sebuah karangan. Peringkat pertama ialah pramenulis. Pramenulis ialah

peringkat yang paling awal. Pelaksanaannya terpisah daripada menyemak. Peringkat

ini bertujuan untuk mengurangkan halangan dan beban mengarang. Pada peringkat ini,

tumpuan utama ialah penghasilan idea. Untuk itu, aktiviti perbincangan, sumbang

saran, pemetaan minda dan sebagainya dilaksanakan.

Apabila idea-idea sudah diperoleh, galakkan interaksi antara pelajar supaya keyakinan

untuk mengarang dapat dibentuk.

Peringkat yang kedua ialah menulis draf. Peringkat menulis draf melibatkan soal

mengorganisasi idea yang sudah diperoleh. Oleh itu, strategi-strategi ke arah itu

hendaklah diperkenalkan. Untuk itu, murid perlu dibimbing dan didedahkan kepada

unsur-unsur yang diperlukan bagi menyokong sesuatu idea. Soal tatabahasa kurang

ditekankan dalam proses menulis draf.

Perkara yang lebih penting seperti isi kandungan dan pengembangan idea lebih

dititikberatkan. Jika murid diganggu dengan soal tatabahasa, ini kemungkinan akan

menganggu kelancaran proses menulis draf karangan.

13

Page 14: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Guru dinasihatkan untuk bersoal jawab dengan murid tentang isi karangan mereka.

Pandangan, komen dan cadangan guru membolehkan pelajar memantapkan karangan

mereka.

Peringkat yang ketiga ialah menyemak. Guru boleh menerapkan penyemakan

kendiri, rakan, berkumpulan, dan secara kelas. Pada peringkat ini, isi kandungan,

audiens, tujuan dan bentuk karangan pula yang diteliti. Seterusnya, berikan komen dan

cadangan setelah dilakukan perbincangan. Komen dan cadangan akan memantapkan

lagi sesebuah draf karangan.

Peringkat yang terakhir ialah mengarang. Setelah proses menyemak

disempurnakan, pelajar menulis semula karangan mereka. Karangan yang dihasilkan

ini tidak lagi mempunyai kesilapan yang ketara. Hasil proses mengarang yang begini

melahirkan sebuah karangan yang baik. Kesilapan yang ada kemungkinan hanya

kesilapan yang minimum sahaja.

14

Page 15: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

4.2 Pengajaran Penulisan Menggunakan Kajian Kes

Dalam konsep pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah kajian kes, guru

perlu melibatkan murid secara menyeluruh semasa sesi pembelajaran. Kaedah

pengajaran menggunakan kajian kes dapat memberikan asas dalam meningkatkan

kemahiran menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat

keputusan (Naffi Mat, 2006). Kaedah kajian kes dalam pengajaran penulisan

sememangnya sesuai dijadikan sebagai satu kaedah untuk membantu murid dalam

mendapatkan idea.

Antara bahan yang boleh membantu murid dalam pengajaran penulisan ialah

bahan yang memuatkan sesuatu berita, rencana, pengumuman, iklan dan sebagainya.

Dalam pengajaran kemahiran menulis seperti penulisan esei atau karangan, keratan

akhbar dan majalah boleh digunakan oleh guru sebagai bahan untuk menarik minat

murid sebelum pelajaran dimulakan.

Akhbar yang mengandungi gambar-gambar seperti banjir, perkebunan, dan

sebagainya boleh dijadikan sebagai bahan rangsangan. Selepas memerhatikan

gambar-gambar tadi, guru boleh meminta murid membuat karangan yang berkaitan

dengan gambar yang ditunjukkan itu.

15

Page 16: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Untuk lebih mudah, guru boleh terlebih dahulu membincangkan gambar-gambar itu

dengan mereka, sebelum ke pelajaran yang seterusnya.

Setelah membuat perbincangan dengan para pelajar, guru boleh meminta murid

membina isi karangan. Sebagai contoh, murid diminta membuat perenggan isi tentang

cara-cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Daripada

pemerhatian murid dalam keratan akhbar yang diedarkan oleh guru, murid akan mula

berfikir tentang cara-cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Di

sini akan menuntut kemahiran murid untuk menginterpretasi sesuatu idea berdasarkan

bahan rangsangan yang telah diberikan. Murid akan mula berfikir tentang idea yang

boleh membantu mereka menghasilkan sesuatu karangan yang baik. Secara tidak

langsung, teknik penyelesaian masalah dan membuat keputusan sudah diserap dalam

diri murid.

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM, untuk kemahiran

menulis, pelajar-pelajar diharap akan dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan

dengan mantap, bernas, tepat dan jelas. Pelajar-pelajar juga digalakkan untuk

menghasilkan penulisan kreatif yang dilahirkan melalui pemikiran yang kritis dan

analitis. Bagaimanakah cara untuk memupuk kebolehan para pelajar menulis seperti

yang diharapkan? Sekiranya para pelajar kurang membaca dan kurang pengalaman,

maka akan bertambah sukarlah usaha ini.

16

Page 17: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Menurut Azizul Rahman (1995), para pelajar dicadangkan untuk merujuk sesuatu

bahan yang berkaitan dengan tajuk yang hendak ditulis terlebih dahulu sebelum

memulakan penulisan.

Dalam pengajaran menggunakan kajian kes ini, pelajar boleh diminta untuk

membaca kes yang diberikan oleh guru di rumah terlebih dahulu. Sebagai contoh, kes

yang terdapat dalam keratan akhbar. Di bilik darjah, seorang murid diminta untuk

membaca kuat. Para pelajar kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan

dan setiap kumpulan dikehendaki mencari isi-isi penting berdasarkan tajuk karangan

yang diberikan oleh guru. Secara terancang, setiap kumpulan akan mengemukakan isi-

isi yang sesuai dan dibincangkan bersama. Guru dan murid memilih isi-isi yang

difikirkan sesuai dengan tajuk karangan. Pelajar kemudian akan mula menulis karangan

berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan.

17

Page 18: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

5.0 Sorotan Kajian

Sejarah kajian kes bermula pada awal kurun ke 20. Menurut kamus Oxford, perkataan

kajian kes ini bermula sejak tahun 1934 yang dipengaruhi oleh konsep yang lebih awal

iaitu kes sejarah dalam bidang perubatan. Kajian kes ini digunakan sebagai salah satu

kaedah pengajaran mula digunakan di sekolah-sekolah terutamanya sekolah undang-

undang sejak lewat tahun 1800. Sekolah perniagaan menggunakan kaedah kajian kes

sejak tahun 1900.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan tercapai

sekiranya pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas. Pendekatan kajian kes adalah

salah satu cara yang dapat mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Menurut Fry (1999), kajian kes ialah suatu yang kompleks yang memberikan

pandangan yang lebih dalam di dalam konteks masalah. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, kajian kes merupakan suatu aktiviti yang berpusatkan kepada murid

berdasarkan topik yang cuba diketengahkan oleh guru.

18

Page 19: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Penulisan sesebuah karangan turut dipengaruhi oelh beberapa faktor. Salah

satunya ialah cara pengajaran guru. Kajian oleh Hariz Fadzillah Kassim (2002) di

sebuah sekolah di pinggir kota Kuala Lumpur telah menunjukkan bahawa masalah

dalam penulisan karangan dalam kalangan murid tingkatan empat timbul disebabkan

oleh cara dan gaya pengajaran guru di dalam kelas.

Selain itu, aplikasi strategi guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu juga

turut mempengaruhi keberkesanan penulisan karangan pelajar. Strategi pengajaran

amat penting dalam pengajaran penulisan karangan. Menurut Esah Sulaiman (2003)

dalam Noor Azizah Ahmad (2006), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran

boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid,

dan pendekatan berpusatkan bahan pengajaran. Pemilihan dan perancangan guru

dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran

untuk mencapai objektif adalah dikatakan strategi pengajaran.

19

Page 20: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

6.0 Kebaikan dan Kelemahan Kaedah Pengajaran Kajian Kes

6.1 Kebaikan

Kaedah pengajaran menggunakan kajian kes ini banyak mendatangkan kebaikan tidak

kira kepada guru atau murid. Antara kebaikan yang boleh didapati oleh guru melalui

kaedah pengajaran menggunakan kajian kes ialah guru akan dapat mengawal kelas

dengan baik (Naffi Mat, 2006). Dalam kaedah kajian kes ini, kaedah perbincangan

antara murid adalah paling sesuai. Murid perlu berbincang bagi mengeluarkan idea-idea

kreatif dan bernas berkaitan tugas yang diarahkan oleh guru. Guru hanya perlu

menyelia kelakuan pelajar di samping memberikan arahan yang sesuai. Secara tidak

langsung, murid akan fokus terhadap perbincangan dan keadaan di dalam kelas akan

dapat dikawal dengan baik oleh guru.

Selain itu, guru juga akan dapat mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap

sesuatu pengajaran. Sebagai contoh, guru akan dapat mengetahui tahap pengetahuan

murid terhadap sesuatu penulisan karangan. Guru akan dapat menilai tahap

pemahaman pelajar terhadap sesuatu kajian kes yang dijadikan bahan rangsangan

untuk menghasilkan sebuah karangan.

20

Page 21: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Kaedah kajian kes ini juga akan dapat membantu guru menjimatkan tenaga

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran menggunakan kaedah

kajian kes lebih berpusatkan pelajar. Pelajar hanya perlu berbincang dalam kumpulan

tentang sesuatu kes. Pelajar banyak membuat pergerakan berbanding guru yang hanya

memberi arahan saja. Secara tidak langsung, guru akan dapat menjimatkan tenaga

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain memberi kebaikan kepada guru, kaedah pengajaran kajian kes juga dapat

mendatangkan kebaikan kepada murid. Antara kebaikan yang boleh murid dapati ialah

dapat melatih pelajar mengeluarkan idea-idea yang bernas dan kreatif apabila

menghadapi sesuatu masalah. Selain itu, murid tidak akan berfikiran jumud dan dapat

menyelesaikan masalah dengan lebih senang.

Di samping itu juga, murid akan dapat membina kerjasama berkumpulan yang

baik. Ahli kumpulan akan sentiasa dapat memberikan pandangan masing-masing

tentang cara menginterpretasi sesuatu situasi dan menyelesaikannya.

Kaedah kajian kes juga dapat menjadi pemangkin kepada murid tentang

bagaimana untuk belajar mengadaptasi sesuatu situasi apabila ia benar-benar berlaku.

Hasil pembelajaran lalu semasa sesi pembelajaran di dalam kelas menjadi landasan

kepada murid untuk menanganinya.

21

Page 22: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Sebagai contoh, perbincangan tentang kes kemalangan jalan raya akan dapat

membantu murid dalam menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya. Secara tidak

langsung, murid akan dapat mengadaptasi pembelajaran tentang cara-cara

mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada sesi pengajaran dan pembelajaran

yang lepas.

Selain itu juga, murid akan dapat belajar mengumpul maklumat dan

menganalisis. Kes yang diberikan oleh guru memerlukan mereka untuk berbincang

sesama sendiri di dalam kumpulan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Setelah maklumat sudah berjaya diperolehi seperti daripada internet, pusat sumber dan

bahan bacaan, murid akan menganalisis maklumat tersebut sesuai dengan kehendak

soalan yang dikemukakan oleh guru. Dengan ini, murid akan dapat belajar cara

mendapatkan maklumat dan menganalisis maklumat yang diperolehi.

Kaedah pengajaran penulisan menggunakan kajian kes juga akan dapat

meningkatkan keyakinan murid ketika bercakap di depan umum. Hasil perbincangan

pelajar dalam kumpulan akan dibentang oleh murid di hadapan murid lain. Sesuatu

pembentangan memerlukan pelajar untuk yakin dengan perkara yang dibentangkan.

Sesi pembentangan hasil perbincangan ini akan dapat memupuk keyakinan dalam diri

murid tersebut.

22

Page 23: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

Sesi pembelajaran akan menjadi seronok ketika menggunakan kaedah kajian

kes. Penulisan karangan yang menggunakan kaedah tradisional seperti “talk and chalk”

akan mendatangkan rasa bosan dalam kalangan pelajar. Namun, dengan adanya

kaedah kajian kes, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok kerana

sesetengah kes yang dikemukakan oleh guru akan mampu menarik minat murid untuk

mengetahunya dengan lebih lanjut. Secara tidak langsung, murid akan tetap berminat

untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

23

Page 24: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

6.2 Kelemahan

Walaupun kaedah pengajaran menggunakan kajian kes ini mendatangkan banyak

kebaikan kepada guru dan murid, kaedah pengajaran kajian kes ini juga ada

kelemahannya tersendiri. Salah satu kelemahan kaedah ini ialah ianya memerlukan

masa yang lama untuk menyediakannya. Penyediaan sesuatu topik kes oleh guru

mengambil masa yang lama untuk disediakan. Guru ada kalanya kurang mahir dengan

kaedah yang mereka pilih dan ini akan menyebabkan mereka tidak dapat mencapai

maklumat yang mereka kehendaki.

Kaedah pengajaran menggunakan kajian kes juga kurang sesuai untuk pelajar

yang lemah. Biasanya kaedah kajian kes ini adalah beraras tinggi dan akan

mengehadkan penggunaannya dalam kalangan pelajar. Sesetengah situasi yang

dikemukakan oleh guru kurang difahami oleh pelajar yang lemah ini. Pelajar akan sukar

untuk mentafsir sesuatu situasi itu kerana mereka tidak pernah mengalaminya. Jadi,

kemungkinan besar, objektif pengajaran tidak akan dapat dicapai.

Selain itu, kes yang dikemukakan oleh guru kadang-kadang terlalu kompleks. Ini

akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu kes tersebut. akibatnya,

sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan. Maka, guru perlulah bijak dalm

memilih kes yang ingin dijadikan bahan pengajaran di dalam kelas.

24

Page 25: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

7.0 Contoh Aplikasi Kaedah Kajian Kes dalam Pengajaran Penulisan

Pengajaran penulisan menggunakan kaedah kajian kes dimulakan dengan set induksi.

Di dalam set induksi, guru akan mula menayangkan beberapa slide keratan akhbar

menggunakan Microsoft Powerpoint. Guru akan bertanya semula tentang apa yang

telah dipelajari oleh murid pada minggu lepas. Pengetahuan sedia ada murid ialah cara

menulis pendahuluan karangan dan beberapa punca peningkatan kemalangan jalan

raya di Malaysia. Jadi, guru hanya perlu mengimbas kembali sesi pembelajaran pada

minggu lepas.

Langkah satu dimulakan dengan tayangan slide tentang cara penulisan

perenggan isi sesebuah karangan. Ini adalah penting kerana objektif pengajaran pada

hari tersebut adalah supaya murid dapat mengetahui cara membina perenggan isi dan

membina perenggan isi dengan baik. Duru kemudian menerangkan kepada murid

tentang slide yang telah ditayangkan. Guru bertanya kepada murid sekiranya terdapat

perkara yang mereka tidak faham.

Pada langkah dua, guru akan mengedarkan beberapa keratan akhbar yang

memaparkan berita tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Melalui keratan

akhbar tersebut, guru akan bertanya kepada murid tentang cara-cara untuk

mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya untuk dijadikan isi utama dalam setiap

25

Page 26: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

perenggan isi. Setiap cara yang dicadangkan oleh murid akan dibincangkan bersama.

Isi yang paling relevan akan dipilih untuk dijadikan isi utama dalam perenggan isi.

Pada langkah tiga pula, aktiviti berkumpulan akan dijalankan. Guru akan

mengagihkan murid kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan berbincang tentang

isi utama dalam perenggan isi yang telah dibincangkan pada langkah dua sebelum ini.

Selepas 10 minit perbincangan, wakil daripada setiap kumpulan akan membentangkan

hasil perbincangan di hadapan kelas. Guru akan membantu pelajar sekiranya terdapat

kesilapan dalam pembinaan perenggan isi.

Pada sesi penutupan, guru akan merumuskan semula pelajaran pada hari

tersebut. murid diminta untuk menyalin hasil perbincangan di dalam buku latihan kerana

sesi pengajaran dan pembelajaran tentang karangan akan diteruskan pada minggu

hadapan dengan perenggan penutup pula.

26

Page 27: 74120524 Assignment Individu Bmm3104

8.0 Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran berkesan memerlukan kaedah dan teknik yang mampu

menarik perhatian pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

sepenuhnya. Guru perlulah bijak memilih strategi pengajaran yang berkesan.

Pengajaran yang menggunakan strategi kajian kes dapat mengubah suasana

pembelajaran di dalam bilik darjah dari suram kepada suasana yang mampu menarik

perhatian murid. Strategi pengajaran kajian kes dapat memberi peluang kepada murid

untuk menyatakan pendapat mereka terhadap sesuatu kes di samping dapat melatih

mereka berinteraksi antara satu sama lain. Walaupun strategi kajian kes ini mempunyai

kelemahannya sendiri, guru perlu bijak mengatasi kelemahan tersebut supaya murid

dapat mengaplikasikan strategi kajian kes dengan baik. Sekiranya strategi kajian kes

ini dapat dijalankan dengan efektif, kreativiti dalam diri murid dapat dicungkil. Murid

bukan sahaja dapat belajar dengan cara yang kreatif, malah dapat mengaplikasikan

pembelajaran dalam bilik darjah dalam kehidupan seharian mereka. Keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran sememangnya bergantung kepada cara guru

menyampaikan isi pelajaran. Kepelbagaian kaedah dan strategi pengajaran adalah

penting untuk meningkatkan minat pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik

dan juga sahsiah diri.

27