assignment peribahasa

21
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Penghargaan 2 Pengenalan 3 Definisi dan Konsep Peribahasa 5 Ciri – Ciri Kepentingan Peribahasa 7 Strategi dan Teknik Penggunaan Peribahasa 12 Kesimpulan 14 Rujukan 15 1

Upload: gituen-sann

Post on 11-Aug-2015

490 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Peribahasa

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan 2

Pengenalan 3

Definisi dan Konsep Peribahasa 5

Ciri – Ciri Kepentingan Peribahasa 7

Strategi dan Teknik Penggunaan Peribahasa 12

Kesimpulan 14

Rujukan 15

1

Page 2: Assignment Peribahasa

PENGENALAN

Keindahan peribahasa Melayu yang sebelum ini menjadi medan berkesan dalam

menyampaikan nilai murni dan ‘dakwah’ kepada masyarakat antaranya dapat dilihat melalui

hujan emas di negeri, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Bagaimanapun, perkembangan semasa dalam arus globalisasi yang melanda warga sejagat

menyebabkan bangsa Melayu terlena panjang sehingga seolah – olah lupa bahawa mereka

mempunyai khazanah bahasa yang bukan sekadar melambangkan jati diri, malahan sarat

dengan pelbagai ilmu, mesej dan teladan berguna dalam kehidupan.

Penghayatan bangsa Melayu terhadap peribahasa kian tipis dan kelebihan dalam

berbahasa dengan memanfaatkan kehadiran peribahasa sebagai wadah penting bernafas

intelektual yang mampu menjadi pelengkap kepada pemartabatan bangsa maju sebelum

menjelang 2020, seolah – olah tiada. Generasi muda yang didedahkan dengan sistem

pendidikan berorientasikan peperiksaan pula tidak lagi menganggap peribahasa menyumbang

kepada pembangunan modal insan kerana sistem pendidikan negara tidak memberi tumpuan

terhadap fungsi emosi dan jiwa dalam penyampaian ilmu. Meskipun kita sering menyaksikan

peribahasa dalam akhbar, majalah, radio, televisyen, iklan, khutbah dan ceramah, ia tetap

tidak memberi kesan kepada komunikasi seharian masyarakat khususnya dalam hal memberi

nasihat dan perangsang seperti yang menjadi amalan bangsa Melayu lama.

Memang tidak dinafikan orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan

kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus

terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu

yang telah diwarisi sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan

kelunakan pengucapan. Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan

generasi demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang

mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula. Jenis

yang lazim terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan,

perumpamaan, kiasan dan simpulan. Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa

masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana

kekayaan bahasa Melayu yang digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di

dalamnya. Bentuk – bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari – harian.

2

Page 3: Assignment Peribahasa

Sebagaimana yang dinyatakan terlebih dahulu bahawa penggunaan peribahasa dalam

penulisan merupakan gaya dan teknik yang dapat menarik minat pembaca. Aspek peribahasa

dalam penulisan semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa lebih merupakan

elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Antara sebab permasalahan ini ialah anggapan

bahawa peribahasa merupakan bahan klise atau milik sastera lama. Selain itu, sebabnya juga

ialah tidak memahami peribahasa dengan baik. Juga peribahasa sukar diingat atau dihafal.

Generasi muda kini menganggap bahawa pembelajaran peribahasa membosankan. Menurut

Goh Suzie (1998)1, masalah mempelajari peribahasa ialah mempunyai banyak makna yang

tersirat, terlalu banyak yang perlu difikir. Selain itu, peribahasa juga terlalu panjang dan

mempunyai pelbagai makna, kadangkala ianya mengelirukan.

Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping

itu peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna

bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga

membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan

peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam

proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah

digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara baik – buruk

serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat.

Dalam perenggan yang seterusnya, penulis membincangkan tentang definisi dan

konsep peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu. Penulis juga membincangkan secara

terperinci berkaitan dengan ciri – ciri kepentingan peribahasa dalam penulisan karangan.

Selain itu, strategi dan teknik yang berksean dalam pengajaran peribahasa juga turut

dihuraikan. Justeru, penulis berharap melalui tugasan ini, peribahasa dapat digunakan

sebagai wacana dalam penulisan kreatif guru dan murid di sekolah.

1 Goh Suzie. Februari 1988. Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

3

Page 4: Assignment Peribahasa

DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA

MELAYU

Pelbagai definisi dan konsep peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu yang

dikemukan oleh pakar bahasa dan ahli akademik. Sebagaimana yang dinyatakan dalam

pengenalan, tugasan ini membincangkan beberapa definisi dan konsep yang dilontarkan oleh

pakar bahasa.

Menurut ahli bahasa Zainal Abidin Ahmad2, definisi peribahasa ialah segala susunan

cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh

sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan sebutan –

sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Menurut Ishak Ramly3 pula,

peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi

Melayu kuno yang bernilai sastera. Keris Mas4 pula memberi definisi peribahasa sebagai

percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian, yang

tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan

fikiran. Abdullah Hussain5 pula menjelaskan bahasa peribahasa itu sama tuanya dengan

bahasa sesuatu bangsa. Beliau menyatakan bahawa peribahasa mula – mula digunakan

apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur,

batas antara yang baik dan buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib

pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia.

Menurut Kamus Peribahasa, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang

mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, sama ada secara

tersurat atau tersirat.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan

kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan

bijak perkataannya. Beliau menyatakan bahawa:

2 Zainal Abidin Ahmad. 1965.Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.3 Ishak Ramly.1990.Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa. 4 Keris Mas. 1988.Perbincangan Gaya Bahasa Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka5 Abdullah Hussain.1991.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4

Page 5: Assignment Peribahasa

“Peribahasa itu ialah rangkaian – rangkaian perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku

dengan susunan – susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlainan

daripada asalnya6.”

Apabila kita menyoroti Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

dalam bahagian pendahuluan menyatakan:

“...Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi

perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam

Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran

mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa,

dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan

Tamil (T) disempurnakan dengan mengambilkira tahap kebolehan dan kemampuan murid di

SJK (C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK (C) dan

(T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran

berbahasa, contoh – contoh peribahasa, tatabahasa dan jumlah perbendaharaan kata yang

dicadangkan”.

Oleh yang demikian, amatlah besar maknanya jika peribahasa di implementasikan

dalam penulisan kreatif murid seawal sekol rendah lagi. Penulis berharap melalui tugasan

ini, ramai guru dan murid mengorak langkah mempertingkatkan penggunaaan peribahasa

dalam komunikasi secara lisan atau bertulis.

6 Zainal Abidin Ahmad.(1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur:DBP

5

Page 6: Assignment Peribahasa

CIRI – CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA

Peribahasa Melayu yang meliputi simpulan bahasa, bidalan, perbilangan, pepatah dan

perumpamaan adalah sebahagian daripada warisan orang Melayu yang bukan sahaja perlu

diipelihara, tetapi juga diperkayakan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Walaupun ia

boleh mengindahkan lanskap bahasa dalam karangan, ucapan, skrip drama dan kertas kerja,

tetapi penggunaannya bergantung pada latar belakang dan minat pengguna masing – masing.

Sehingga kini, sukar dipastikan jumlah sebenar peribahasa Melayu dalam perbendaharaan

bahasa Melayu. Walaupun ada kira – kira 300 buah peribahasa Melayu yang sudah

diterbitkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, setiap buku itu cuma mempunyai

bilangan entri yang terhad. Walaupun keterbatasan itu membuat murid, guru, penerbit atau

penyelidik sukar mengkaji peribahasa dengan lebih terperinci7.

Setiap peribahasa dimasukkan dalam kategori tertentu. Oleh kerana ada di antara

peribahasa yang mempunyai maksud yang boleh digunakan dalam beberapa konteks, terdapat

peribahasa yang mempunyai kategori lebih dari satu. Misalannya, peribahasa sambil

menyelam minum air mempunyai dua kategori iaitu usaha dan motivasi. Sebahagian

daripada peribahasa ini juga ada disebutkan dalam dua atau tiga bentuk yang berbeza kerana

ada peribahasa yang dianggap sebagai kiasan dan ada juga yang bidalan atau perumpamaan,

contohnya, harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu juga dengan pepatah boleh terhasil

dari simpulan bahasa, misalannya patah kemudi adalah simpulan bahasa tetapi boleh

dikembangkan menjadi pepatah patah kemudi, perahu hanyut.

Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama digunakan oleh masyarakat

penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat

biasa, kedua melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati

daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003:vii). Hasilnya, peribahasa yang bermain di

mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam,

malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu,

perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan

sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati.

7 Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arba’eyah Abd. Rahman (2004).Kamus Peribahasa Melayu Digital yang Pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia.

6

Page 7: Assignment Peribahasa

Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat

memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.

Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang

benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa

merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata

hikmah dan bahasa kiasan (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 2003:14).

Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu. Simpulan bahasa ialah ungkapan

yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan

daripada erti perkataan yang membentuknya. Biasanya simpulan bahasa berkaitan dengan

beberapa perkara iaitu tubuh badan, contohnya telinga kuali dan hati batu, haiwan,

contohnya, buaya darat dan cicak kubin, tumbuh – tumbuhan, contohnya durian runtuh dan

diam ubi, dan kata nama khas seperti Mat Jenin dan Abu Nawas. Terdapat juga simpulan

bahasa yang bersifat bebas, contohnya juling air dan serkap jarang. (Za’ba,1965:151-157).

Perumpamaan pula merupakan peribahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan

diumpamakan kepada sesuatu yang lain sehingga menerbitkan makna dua lapis. Istilah

perumpamaan digunakan kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan

satu perkara lain yang setanding Ini bermakna perkataan yang diungkapkan mempunyai

makna yang lain daripada erti perkataan yang dipaparkan. Malah Za’ba (1965:173) dalam hal

ini menyatakan bahawa peribahasa yang tidak mempunyai erti dua lapis tidaklah boleh

dinamakan perumpamaan yang berasal daripada bahasa kiasan.Perumpamaan terdiri daripada

dua jenis iaitu yang menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan.

Contohnya adalah seperti berikut,

Menggunakan perbandingan:

Bagai abu di atas tunggul

Seperti lipas kudung

Tidak menggunakan perbandingan:

Menyelam sambil minum air

Telunjuk lurus kelingking berkait

Pepatah pula lebih menitikberatkan sifat ringkasnya di samping ketepatan perkataan

dan kebenaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya. Dengan kata lain, setiap patah

7

Page 8: Assignment Peribahasa

perkataan yang digunakan membawakan unsur pengajaran kepada pendengarnya walaupun

ada juga pepatah yang tidak memuatkan sebarang pengajaran secara khusus. Ungkapan

pepatah adalah berasal daripada patah-patah perkataan. Antara contoh pepatah Melayu adalah

seperti berikut :

Indah khabar dari rupa

Alah membeli menang memakai

Sementara itu, bidalan merupakan peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu

ungkapannya tidak membawa maksud yang lain daripada perkataan yang dipaparkan. Oleh

itu, bidalan sering digunakan untuk memberikan teladan secara terus. Dalam hal ini bentuk

bidalan terdiri daripada dua bahagian, iaitu menyatakan maksud yang hendak disampaikan,

diikuti dengan unsur pematah atau pelengkap bagi maksud tersebut.Contohnya ialah seperti

yang berikut :

Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan

Cicir dipungut hilang dicari

Perbilangan mempunyai ciri seakan-akan bidalan dan pepatah, tetapi berbeza dari segi

bentuk susunannya, iaitu pernyataan perkataan secara berangkap yang terdiri daripada dua

baris atau lebih. Perbilangan biasanya disebut satu persatu seperti kaedah membilang dan

isinya seringkali diungkapkan sebagai peraturan dan undang-undang. Berikut merupakan

beberapa contoh perbilangan.

Perbilangan dua baris :

Kecil jangan disangka anak,

Besar jangan disangka bapa.

Hidup dikandung adat,

Mati dikandung tanah.

Yang berat sama dipikul,

Yang ringan sama dijinjing.

Hati gajah sama dilapah,

8

Page 9: Assignment Peribahasa

Hati kuman sama dicecah.

Selain itu, terdapat pecahan yang lain, iaitu kiasan dan kata hikmat. Kiasan atau bunga

bahasa secara ringkasnya ialah ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan

mengiaskan dengan perkara lain. Tujuannya adalah untuk menjelaskan dan menegaskan lagi

sesuatu maksud yang cuba disampaikan. Di samping itu kiasan juga bertujuan memaniskan

kata ketika menyebut perkara yang tidak digemari oleh pendengar atau pembaca (Nik Safiah

Karim dan Norliza Jamaluddin, 2003: 270-271). Kiasan biasanya menggunakan isyarat

perbandingan, contohnya,

Mukanya terserlah seperti bulan purnama.

Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu.

dan adakalanya tanpa isarat perbandingan, contohnya, ayam tambatan, mandi kerbau dan

orang rumah. Menurut Za’ba (1965), kiasan terpecah kepada beberapa bahagian kecil iaitu

kiasan sandar, contohnya tidur ayam; kiasan terus, contohnya kutu embun; kiasan berangkap

contohnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula atau sebab pulut santan

binasa, sebab mulut badan merasa; kiasan berbunga, kiasan pemanis kiasan melompat,

tamsil, ibarat, kias ibarat dan tamsil ibarat. Sementara itu kata hikmah pula ialah perkataan

bijak pandai yang mengandungi pengajaran dan pengertian yang tinggi. Ungkapan

cendekiawan ini dijadikan nasihat, panduan dan pedoman hidup. Contohnya,bersatu teguh

bercerai roboh dan pandu cermat jiwa selamat.

Dalam era globalisasi pada hari ini, penggunaan peribahasa amat penting dalam

memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu, dalam era moden ini

nilai dan norma masyarakat Melayu juga kadangkala tergugat akibat daripada penggunaan

bahasa yang terlalu berterus terang dan terbuka. Namun begitu, dalam konteks masyarakat

Melayu yang kaya dan mementingkan nilai norma serta adap sopan, sikap keterbukaan ini

masih perlu dibataskan. Dalam kaitan ini, hati budi orang Melayu sebagai pemilik peribahasa

ini akan dapat dikenali dengan jelas selaras dengan ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa dan

Bahasa Menunjukkan Bangsa. Oleh itu, penggunaannya dalam wacana penulisan,

khususnyan dalam bidang pengajaran, amat sesuai dilaksanakan kerana ia secara tidak

langsung dapat mendidik generasi muda menjadi warga yang berkeperibadian mulia.

Dalam konteks kemasyarakatan, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu

menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu.

9

Page 10: Assignment Peribahasa

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika

berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu tidak gemar

berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya. Contohnya, untuk

meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa yang

berikut : “Siapa makan lada, dialah terasa pedasnya”, dan “lembu punya susu, sapi dapat

nama.”

Menerusi peribahasa juga kata – kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan

diganti dengan kata – kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan

tidak puas hati. Contohnya dalam menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka

digunakan peribahasa badannya melidi, sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang

diganti dengan ungkapan Pak Pandir.

Dalam membicarakan persoalan adat pula, peribahasa banyak mengungkapkan

persoalan yang dihadapi oleh masyarakat dalam kehidupan sehari – hari. Dalam hal ini,

perbilangan digunakan sebagai media untuk menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada

orang tertentu khususnya golongan muda. Bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan

perbilangan masih digunakan dengan meluas dalam urusan adat dan interaksi sosial ahli

masyarakatnya. Contohnya bagi menggambarkan ikatan kemesraan dan kasih sayang,

digunakan perbilangan seperti berikut,

Merajuk pada yang kasih

Manja kepada yang sayang

Meminta kepada yang ada

Berkaul kepada yang keramat

(Za’ba, 1965:173)

Peribahasa bukan sahaja sebagai alat nasihat dan kiasan malahan menjadi lambang penting

dalam menyatukan masyarakat Melayu dan simbolik pantang larang masyarakat Melayu

seperti dalam pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat.

10

Page 11: Assignment Peribahasa

STRATEGI DAN TEKNIK PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN

BAHASA MELAYU

Sebagaimana yang dibincangkan dalam perenggan sebelumnya, sekali lagi ingin

ditegaskan bahawa dalam proses pengajaran – pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu

khasnya di sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain.

Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut

secara keseluruhannya. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,

dalam bahagian Sistem Bahasa, perkara 5.0, halaman 14 dinyatakan bahawa:

“Peribahasa...perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa...

hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia,...

dan hendaklah diajarkan dalam konteks." 

Dalam hal ini, jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan

meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula

akan diteliti dalam konteks kebolehan pelajar menggunakan peribahasa dalam aktviti seharian

dan penulisan. Hasil penulisan tentunya akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya

dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai.

Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara

mudah dan tepat. Namun begitu murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu

peribahasa seperti yang lazim dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus dirangsang

agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi. Bagi mencapai tujuan ini, beberapa

halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya

ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa ekoran sifatnya yang mempunyai

pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa yang hanya sesuai

untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan kecenderungan untuk mempelajarinya

menurun.

Selain itu, pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa

tidak begitu berkesan. Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala

murid begitu pasif sebagai penerima maklumat. Akibatnya murid akan berusaha menghafal

peribahasa yang diberikan dan tidak menghayatinya sehingga mereka menganggap

peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk diperlajari (Koh Boh Boon, 1982:196-198).

11

Page 12: Assignment Peribahasa

Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian adalah dicadangkan agar pengajaran peribahasa di

dalam bilik darjah menggunakan pendekatan kontekstual, iaitu guru bertindak sebagai

fasilitator. Menerusi pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara

perkara yang dibandingkan, diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir

dengan membuat penilaian terhadap ketepatan peribahasa berdasarkan konteks atau

situasinya. Dengan cara ini, murid diajar menghayati peribahasa berdasarkan kontek dan

situasi.

Dengan strategi pengajaran berdasarkan konteks ini, guru perlu bijak memilih

peribahasa yang akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan

biasa digunakan dalam masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta

penggunaan peribahasa yang diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh pengajaran

peribahasa mengunakan konteks situasi.

“...Remaja di kawasan perumahan itu sanggup menggadai nyawa untuk berlumba haram

walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak polis.”

Jelas sekali peribahasa menggadai nyawa di atas diungkapkan dalam bentuk yang tidak tepat.

Peribahasa tersebut sebenarnya lebih sesuai bagi menyatakan prajurit negara yang berjuang

mempertahankan tanah air atau pengorbanan yang suci dan bermakna. Justeru itu, peribahasa

yang tepat bagi remaja yang berlumba haram seperti yang digambarkan dalam petikan tadi

ialah menempah maut. Ini kerana, perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral.

12

Page 13: Assignment Peribahasa

KESIMPULAN

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa peribahasa ternyata begitu

penting dalam pengajaran bahasa. Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa

yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan. Ini

bukan sahaja dalam aktiviti penulisan ayat atau karangan, malah murid juga digalakkan untuk

menggunakan bahasa kiasan ini dalam aktiviti lisan sama ada lisan formal atau sebaliknya.

Lebih penting lagi, pengajaran peribahasa kepada generasi muda juga akan dapat memastikan

warisan bangsa tidak terus dilupakan. Mereka juga boleh didedahkan dengan falsafah,

pemikiran dan moral bangsa Melayu untuk dijadikan pedoman hidup. Secara langsung, hasrat

negara menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang

dari segi intelek dan keperibadian mampu dinyatakan pada masa hadapan. 

Peribahasa yang merangkumi pepatah, bidalan, simpulan bahasa dan sebagainya,

wajarlah dimanfaatkan sebagai wahana pendidikan yang mampu menyumbang kepada norma

budaya dan nilai agama. Penggunaannya yang tidak lagi diamalkan dalam penulisan atau

pertuturan kini adalah berpunca daripada lunturnya semanagat cintakan bahasa Melayu,

sekaligus beranggapan bahawa peribahasa yang hadir dalam bahasa Melayu sebagai kurang

penting untuk dipraktikkan.

Hakikatnya, peribahasa boleh diangkat semula sekiranya masyarakat menanamkan

semangat cintakan bahasa Melayu terlebih dahulu. Guru di sekolah pula perlu menjadi ejen

pendidikan berkesan dalam memastikan sistem pembelajaran bahasa Melayu berfungsi dalam

pembentukan jati diri. Walau bagaimanapun, diakui bahawa usaha berkenaan bukannya

perkara yang mudah kerana segala nilai dan norma sedia ada wujud pada watak dan

keperibadian bangsa timur, tetapi memerlukan masa dan cara berkesan untuk

merealisasikannya.

Peribahasa bukan sahaja sebagai alat nasihat dan kiasan malahan menjadi lambang

penting dalam menyatukan masyarakat Melayu dan simbolik pantang larang masyarakat

Melayu seperti dalam pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat.

(3,092 patah perkataan)

13

Page 14: Assignment Peribahasa

RUJUKAN

Abdullah Hussain. 1991. Kamus Istimewa Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Goh Suzie. Februari 1988. Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah dalam Jurnal

Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Ramly.1990.Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu dalam Jurnal Dewan

Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Keris Mas. 1988.Perbincangan Gaya Bahasa Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arba’eyah Abd. Rahman (2004).Kamus

Peribahasa Melayu Digital yang Pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

14