assignment pergerakan asas individu

42
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH 2012 NAMA : SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT. YAHAYA PELAJAR (701001-08-5184) PPG- PRA B/022/06/11 KOD & MATAPELAJARAN : PJM 3102 PENDIDIKAN JASMANI

Upload: siti-nooryahmilawatimah-yahaya

Post on 07-Dec-2014

3.332 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment pergerakan asas individu

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PULAU PINANG

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

2012

NAMA : SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT. YAHAYA

PELAJAR (701001-08-5184) PPG-PRA B/022/06/11

KOD & MATAPELAJARAN : PJM 3102 PENDIDIKAN JASMANI

(PERGERAKAN ASAS)

NAMA PENSYARAH : TUAN SYED AMEER ALI BIN RAHAMAN

TARIKH HANTAR : 22 SEPTEMBER 2012

Page 2: Assignment pergerakan asas individu

TAJUK TUGASAN

1.1 Anda dikehendaki menyediakan satu

perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan

bukan lokomotor yang melibatkan manipulasi alatan.

1.2 Anda dikehendaki melakukan satu rangkaian 20

stesen pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

yang menggunakan sekurang-kurangnya lima jenis

kemahiran manipulasi alatan tangan.

Page 3: Assignment pergerakan asas individu

PENGENALAN

Konsep Pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan. Dengan ini,

memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut.

Pakar-pakar dalam pendidikan Jasmani(Gallahue.DL, 1996, Ghabbard, C.Leblanc,B Lowy.S. 1994, Burton, 1997)

membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan

Manipulatif. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang melibatkan perubahan dari satu titik ke titik yang lain.

Pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan setempat yang tidak melibatkan perubahan tempat. Kedu-dua

aktiviti pergerakan asas ini boleh dilakukan dengan menggunakan alatan disebut manipulasi alatan. Secara amnya,

pembelajaran dalam pendidikan pergerakan mengambil dua elemen penting iaitu struktur koordinasi(komposisi/tubuh

badan) dan proses pergerakan serta cara melakukannya. Pergerakan-pergerakan asas yang boleh mengembangkan

pemikiran, kemahiran, penyelesaian masalah dan pengembangan potensi pilihan. Pergerakan asas adalah pergerakan

yang menjadi asas-asas kemahiran yang terdapat dalam sukan dan permainan.

MATLAMAT

Memperkenalkan pelbagai jenis pergerakan asas kepada para pelajar untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal

dan kemahiran mereka dalam aktiviti kecergasan, sukan serta permainan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk

minat para pelajar dalam aktiviti sukan serta dapat meningkatkan tahap disiplin para pelajar.

Page 4: Assignment pergerakan asas individu

OBJEKTIF

Diharapkan murid-murid boleh melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul.

Menyedari tentang ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi untuk bergerak tanpa membahayakan diri.

Menonjolkan daya kreativiti pelajar dalam membentuk pergerakan asas.

Memberi kekuatan kepada otot-otot badan dalam melakukan kegiatan yang lebih sergas.

Memberi kemahiran asas dalam sukan dan permainan.

Page 5: Assignment pergerakan asas individu

MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR

Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang,

dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan

pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa

kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran

dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor

dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu,

melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk

kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat

memberipendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan

pergerakankanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-

elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan

atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakanyang menyebabkan keseluruhan tubuh badan

berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari diseut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan

keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat

tersebut.

Page 6: Assignment pergerakan asas individu

Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan.

Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak,

guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula

dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian

tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek

(menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor

bermaksud keupayaan alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai

rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor

adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik,

menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan dan lain-lain lagi.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung,

membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai

rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan

serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman

pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.

Page 7: Assignment pergerakan asas individu

CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

1. Melompat

Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki

daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.

2. Lompat Skip

Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan

langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah

lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan

berat badan di atas kaki secara berselang seli.

3. Lompat Galop

Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara

cepat.

Page 8: Assignment pergerakan asas individu

4. Melantun

Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan

dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola

tampar.

5. Melungsur

Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi.

Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa

dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.

DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan

kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan

lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu,

pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar.

Contohnya melambung, membaling, menggolek (seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar

(seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak

mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.

Page 9: Assignment pergerakan asas individu

Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan,

tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan

sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan

menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan

kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu

kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat

ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai – buai, rebah, bangkit,

menolak, menarik, mendekam dan sebagainya.

CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

1. Menghayun

Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun

adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain

itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke

belakang

Page 10: Assignment pergerakan asas individu

2. Membengkok

Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badan.

3. Memusing

Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan

memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras

pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

4. Mendekam

Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam

dengan tangan menyentuh lantai

5. Menyokong

Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa

teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai,

sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu

tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.

Page 11: Assignment pergerakan asas individu

6. Membengkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang

boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok

ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi

bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.

7. Meregang

Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud

pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat.

Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’.

8. Mengilas

Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di

satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats

suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi

paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah

bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

Page 12: Assignment pergerakan asas individu

9. Memusing

Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan

berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

10. Menolak dan Menarik

Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau

menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki,

bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya

pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

11. Rebah

Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah

yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah

keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru

didapati.

Page 13: Assignment pergerakan asas individu

12. Bangkit

Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan

pusat bumi.

13. Melantun

Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma

pantas dan berterusan.

Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas.

Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan

membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah

berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta

menarik ke kiri dan kanan.

Page 14: Assignment pergerakan asas individu

NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan

lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mempunyai kebaikan dan

nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan,

kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor

dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif

dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah

kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

1. Kerjasama

Menurut Kamus Pelajar kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau

gotong-royong. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama-

sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifat

bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah

bersama (Kamus Dewan Edisi 3). Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang

Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid

akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan

dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali

gus mengeratkan hubungan antara mereka.

Page 15: Assignment pergerakan asas individu

2. Keberanian

Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan,

ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus

Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan

dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti

dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti

lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri

mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya

melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri malahan

sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain.

3. Semangat Berpasukan

Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan

(Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di

kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang

dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan

bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan

menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain.

Page 16: Assignment pergerakan asas individu

4. Berdisiplin

Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-

undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam

melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara

yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah

aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan

permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan

mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana

terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk

dalam diri murid-murid.

5. Gembira

Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh

menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu aktiviti yang

dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan pelbagai

aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang

berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru

turut serta dalam sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan

tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh

yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

Page 17: Assignment pergerakan asas individu

PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

• Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang

akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

• Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan

seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

• Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan

bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa beralih

arah.

• Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti

melambung, membaling dan melayang.

• Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor

kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari.

• Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

• Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan

pusing putar.

Page 18: Assignment pergerakan asas individu

• Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal

ini kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang

yang digunakan adalah besar.

• Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku

hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini

memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja.

KESIMPULAN

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia

melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam

keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih

menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan

bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah

sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah.

Page 19: Assignment pergerakan asas individu

BIBLIOGRAFI

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada

http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-

bukan_05.html

Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada

http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html

Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada

http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf

Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada

http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf

Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada

http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

Page 20: Assignment pergerakan asas individu

TARIKH :

29 September 2012

MASA :

8.00 pg – 11.00pg

TEMPAT :

IPG KAMPUS PULAU PINANG

KUMPULAN SASARAN :

Kanak-kanak Prasekolah berumur 5 – 6 tahun.

Page 21: Assignment pergerakan asas individu

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

a) Prosedur pelaksanaan demonstrasi

Jenis-jenis pergerakan

1. Pergerakan bukan lokomotor

Berdiri tangan sentuh tanah :

Berdiri, kaki dibuka seluas bahu

Bongkokkan badan ke bawah sehingga hujung jari menyentuh tanah.

Selama 10 saat.

Page 22: Assignment pergerakan asas individu

2. Pergerakan Lokomotor

Berjalan sisi kaki silang :

Berdiri tegak.

Jarak kaki seluas bahu dan tangan di sisi.

Kaki melangkah ke sisi sambil bersilang, buka, tutup.

3. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan

Melambung dan menyambut bola :

Berdiri tegak dan bola dipegang pada paras pinggang.

Bola dilambung ke atas dan tepuk tangan 3 kali sebelum

menyambut bola.

Page 23: Assignment pergerakan asas individu

4. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan

Menggolek gelung maju ke depan

Berdiri sambil memegang gelung

Berjalan maju ke depan sambil menggolek gelung.

5. Pergerakan bukan lokomotor

Imbangan perut di atas peti lombol

Meniarap di atas peti lombol

Mengangkat dua kaki ke atas, dua tangan ke belakang dan memegang

ke dua-dua kaki.

Kepala didongakkan.

Page 24: Assignment pergerakan asas individu

6. Pergerakan lokomotor

Guling balak :

Baringkan badan di atas tilam.

Tegakkan ke dua-dua tangan ke atas.

gulingkan badan beberapa kali.

7. Pergerakan bukan lokomotor

Meringkukkan badan

Duduk di atas lantai dan dirikan lutut.

Dua tangan memeluk lutut.

Masukkan kepala ke dalam.

Page 25: Assignment pergerakan asas individu

8. Pergerakan lokomotor

Berlari tendang belakang

Berdiri tegak, tangan diluruskan disisi.

Berlari dengan kaki ditendang dan bergerak maju ke hadapan.

9. Pergerakan bukan lokomotor

Berdiri dan meregang tangan

Berdiri tegak.

Kilas tangan kiri ke belakang dari bawah dan tangan kanan dari atas.

Pegang ke dua-dua tangan di belakang.

Page 26: Assignment pergerakan asas individu

10. Pergerakan lokomotor

Berlari sambil melantun bola :

Berlari. sambil melantun bola zig zag keliling skital.

11. Pergerakan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan

Memusing gelung di pergelangan tangan

Berdiri tegak, sebelah tangan lurus di sisi.

Letakkan gelung di pergelangan tangan.

Pusing gelung menggunakan pergelangan tangan.

Page 27: Assignment pergerakan asas individu

12. Pergerakan lokomotor dengan manipulasi alatan

Lompat kucing.

Berdiri di atas bangku panjang

Buka ke dua –dua kaki menghala keluar dan bengkok lutut.

Ke dua-dua tangan bengkok ke hadapan seperti menggendong anak.

Lompat selangkah demi selangkah.

13. Pergerakan bukan lokomotor

Duduk melunjur

Duduk melunjur, buka luas ke dua-dua kaki.

Tangan kanan sentuh ibu jari kaki kiri manakala tangan kiri

menyentuh ibu jari kaki kanan selang seli.

Page 28: Assignment pergerakan asas individu

14. Pergerakan lokomotor

Lompat ketinting :

Bengkokkan sebelah kaki membentuk 90 darjah.

Lonjak badan dan lompat menggunakan sebelah kaki selang seli dua kali kaki

kiri dan dua kali kaki kanan sambil maju ke hadapan.

15. Pergerakan bukan lokomotor

Dirian tiga tapak

Membongkokkan badan, dua tangan di atas tanah.

Sebelah kaki diangkat ke belakang.

Page 29: Assignment pergerakan asas individu

16. Pergerakan lokomotor

Gallop :

Berdiri dengan dua tangan di hadapan seperti memegang tali kuda.

Lompat kaki kanan dahulu dan diikuti kaki kiri.

Sambil dua tangan seperti menarik tali, badan digoyangkan.

17. Pergerakan bukan lokomotor

Mengimbang bola

Berdiri tegak.

Lambung bola dengan sebelah tangan dan sambut bola dengan sebelah

tangan juga.

Page 30: Assignment pergerakan asas individu

18. Pergerakan lokomotor

Skip

Berdiri tegak dengan tangan di sisi.

Skip dengan pergerakan tangan dan kaki diangkat secara berlawanan.

19. Pergerakan lokomotor

Melompat

Memijak papan anjal dengan ke dua-dua kaki.

Badan dilonjakkan ke hadapan dan mendarat dengan ke dua-dua kaki.

Page 31: Assignment pergerakan asas individu

20. Pergerakan bukan lokomotor

Mengimbang badan :

Setelah berdiri tegak, sebelah kaki dibawa ke belakang.

Tangan depa ke sisi.

Page 32: Assignment pergerakan asas individu

Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga

menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti.

Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih

mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini

dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini.

Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan

yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini

menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang

berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi.

Page 33: Assignment pergerakan asas individu