assignment hbml4203

47
HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU Daftar Isi kandungan BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Daftar Isi Kandungan 0 2. Sekapur Sirih 1 3. Soalan Tugasan 2 4. 1.1 Definisi Konsep 1.1.1 Kesusasteraan 1.1.2 Kesusasteraan Melayu 3 – 4 4 – 5 5. 1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu 1.2.1 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional 1.2.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden 5 5 – 8 9 – 11 6. 1.3 Bentuk-Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden 1.3.1 Novel 1.3.2 Cerpen 1.3.3 Drama 1.3.4 Sajak 11 – 12 12 13 – 14 14 – 16 7. 1.4 Aliran dalam Kesusasteraan Melayu Moden 1.4.1 Klasikisme 1.4.2 Romantisisme 1.4.3 Realisme 1.4.4 Naturalisme 1.4.5 Absurdisme 1.4.6 Surealisme 1.4.7 Islaminisme 16 16 – 17 17 17 – 18 18 18 19 9. 1.5 Kritikan Sastera 1.5.1 Pengenalan Kritikan Sastera 1.5.2 Sinopsis Kasut Kelopak Jantung 1.5.3 Tema & Persoalan 1.5.4 Plot 1.5.5 Watak dan Perwatakan 1.5.6 Latar 1.5.7 Sudut Pandangan 1.5.8 Gaya Bahasa 19 20 21 22 – 24 24 – 25 25 – 26 26 – 28 29 – 30 10. Penutup 30 11. Rujukan 31 0 | BADIAH BOLHARI 660907135258

Upload: badiah-bolhari

Post on 02-Jul-2015

3.179 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Daftar Isi kandunganBIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1. Daftar Isi Kandungan 02. Sekapur Sirih 13. Soalan Tugasan 24. 1.1 Definisi Konsep

1.1.1 Kesusasteraan 1.1.2 Kesusasteraan Melayu

3 – 44 – 5

5. 1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu 1.2.1 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional1.2.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

55 – 89 – 11

6. 1.3 Bentuk-Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden1.3.1 Novel1.3.2 Cerpen1.3.3 Drama1.3.4 Sajak

11 – 1212

13 – 1414 – 16

7. 1.4 Aliran dalam Kesusasteraan Melayu Moden1.4.1 Klasikisme1.4.2 Romantisisme1.4.3 Realisme1.4.4 Naturalisme1.4.5 Absurdisme1.4.6 Surealisme1.4.7 Islaminisme

1616 – 17

1717 – 18

181819

9. 1.5 Kritikan Sastera1.5.1 Pengenalan Kritikan Sastera1.5.2 Sinopsis Kasut Kelopak Jantung1.5.3 Tema & Persoalan1.5.4 Plot1.5.5 Watak dan Perwatakan1.5.6 Latar1.5.7 Sudut Pandangan1.5.8 Gaya Bahasa

192021

22 – 2424 – 2525 – 2626 – 2829 – 30

10. Penutup 3011. Rujukan 3112. Lampiran Power Point

0 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 2: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

SEKAPUR SIRIH

Bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah izinNYA maka saya dapat

menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.Dengan kesempatan ini juga, saya ingin

merakamkan jutaan terima kasih saya kepada Pensyarah Kursus iaitu ENCIK HASNAN LEE

BIN TUBAH yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan

tugasan ini.

Setinggi-tinggi rasa terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan

yang mengikuti kursus ini yang banyak membantu memberi idea semasa dalam perbincangan

sepanjang tempoh saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Kepada keluarga yang tersayang terima kasih jua saya titipkan kerana memahami tugas

saya sebagai seorang pendidik dan pelajar.Semoga usaha murni kita untuk mencapai kejayaan

akan kita kecapi bersama nanti.

Sekian.

1 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 3: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

SOALAN TUGASAN

Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam

Seminar Kesusasteraan Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda.Sediakan

kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan-bahan berikut:-

(a)Pengenalan kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu

tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

(b)Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan,unsur-unsur intrinsik dalam

karya sastera , selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah

menengah

( C ) Persembahan pembentangan kertas kerja dalam bentuk ‘Power Point’ yang

meliputi keseluruhan kandungan utama kertas kerja

2 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 4: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

1.1 Definisi Konsep

1.1.1 Kesusasteraan

Kesusasteraan merupakan sebuah hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi

hurufiahnya, perkataan kesusteraan bermaksud ‘ kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan

baik isinya. Kesusteraan boleh dimaksudkan segala pengucapan yang indah samada dalam

bentuk lisan atau tulisan. Kesimpulannya kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya

manusia ia merupakan ekspresi diri manusia dan juga menifestasi manusia terhadap bahasa yang

dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Hashim Awang ( 1987 ) mengatakan kesusasteraan itu adalah “Ciptaan seni yang

disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis

disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi

atau daya pengucapannya. ” Ali Ahmad (1994) berpendapat, Sastera berasal daripada bahasa

Sanskrit CASTRA, yang disebut SYSTRA yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni

sastera atau seni bahasa, dan secara menyeluruhnya dimaksudkan persuratan yang bersifat

halus dan indah. Muhammad Hj Salleh (1995) berpendapat, kesusteraan merujuk kepada karya-

karya lisan serta juga lisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa

dan berbagai-bagai perkataan. Manakalan Kamus Dewan menyimpulkan bahawa kesusasteraan

merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada

khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama.

Kesusasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan

mengandungi isi yang baik lagi berfaedah.

Kesusasteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai

yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta merta. Kesusasteraan mungkin tidak sama

menarik dengan suatu permainan computer atau program televisyen, tetapi ia memberikan

sesuatu yang berbeza. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya

kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada kenyataan yang

dikeluarkan oleh Ali Ahmad ‘satu perkara asas bagi ilmu kesusasteraan’ tentulah apapun yang

ingin dikaji, dinilai dan dianalisis dalam bidang kesusasteraan itu dahulu. Faham makna

kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan.

3 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 5: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Ali Ahmad(1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas

asal-usul kata sastera.Menurutnya ‘sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra, yang disebut

syastra, yang bererti kitab suci. Sastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara

umumnya dimaksudkan persuratan.

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan

mempunyai dua fungsi yang jelas iaitu:-

1.Pendidikan/Pengajaran/Didaktik - Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya

kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-

pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah

menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman ini diterjemahkan melalui kisah-kisah

yang ditulis oleh mereka yang terangkum di dalamnya pelbagai bidang. Pengalaman mereka ini

dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu

pengetahuan yang tinggi nilainya.

2.Kesusasteraan berfungsi memberi kepuasan estetik - Hashim Awang mendefinisikan

estetik dalam Glosari Mini Kesusasteraan sebagai’Kajian atau sains tentang keindahan dalam

sastera atau seni lainnya. Dengan maksud yang lain, estetik adalah satu bentuk perasaan indah

yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram

dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan

juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi pembaca

pula,dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang

tidak dapat digambarkan dalam dirinya.

1.1.2 Kesusasteraan Melayu

Kesusteraan Melayu adalah hasil ciptaan yang ditulis melalui perantaraan Bahasa Melayu dan

lahir sebagai hasil daripada keistimewaan sifat masyarakat melayu. Kandungannya haruslah

mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa Melayu sama ada pada zaman silam zaman

moden hari ini. Kesusteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama :-

i. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang

bernilai dan menarik. Sastera ditulis dengan tujuan tertentu seperti soal-soal

4 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 6: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

masyarakat, moral, ekonomi, politik dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan

untuk pembaca mendapat panduan dan pengetahuan.

ii. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan sastera. Berkait dengan

perasaan manusia iaitu perasaan pengarang dan pembaca seperti perasaan sedih,

gembira dan sebagainya.

iii. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya pengamatan (daya

khayalan) pengarang terhadap sesuatu benda atau peristiwa yang dilukisnya melalui

perantaraan bahasa.

iv. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun peristiwa dalam cerita, memilih

kata-kata, menyusun adegan dan sebagainya.

Oleh itu Kesusteraan Melayu boleh disimpulkan sebagai ciptaan seni yang menggunakan

Bahasa Melayu sebagai alat penyampaian. Ia merupakan satu cabang kegiatan seni masyarakat

Melayu yang terawal dan terpenting. Kesusteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai

alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman dan pengetahuan

masyarakat. Kesusasteraan Melayu merupakan kesusteraan yang berfungsi untuk mengajar dan

menghibur. Kesusteraan Melayu tercipta sepanjang masa, mengalami proses perkembangan dan

perubahan.

Dua faktor luar yang mempengaruhi penghasilan karya dalam bahasa Melayu iaitu pengaruh

animisme yang terlihat dalam mitos dan legenda. Satu lagi ialah pengaruh Arab-Parsi.

Kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan usaha-usaha

pembembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat penyebarannya. Kesusteraan

Melayu terbahagi kepada d ua iaitu Kesusteraan Melayu Tradisional dan Kesusteraan Melayu

Moden.

1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

1.2.1 Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan

sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya.Menurut

Profesor Ismail Hussein; Kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan

yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak

5 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 7: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu

Tradisional merupakan satu wahana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan

sifat.Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraan Melayu Tradisional kepada

dua golongan yang utama iaitu Kesusasteraan Lisan dan Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan(tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya

terdiri daripada kaum tani dan nelayan.Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman,

desa-desa dan pinggir pantai.Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan

masyarakat lazimnya buta huruf.Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti

mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja.Sebaliknya ia dikembangkan

melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan.Atas sebab itulah hasil-hasil kesusasteraan yang

dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara

lisan.Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan lisan ini pula terbahagi kepada mitos, legenda dan cerita rakyat yang

masing-masingnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Sebagai contoh mitos merupakan

cerita yang banyak berkaitan dengan unsur-unsur ajaib dan supernatural.Mitos tidak berdasarkan

logik tetapi ia amat dipercayai oleh golongan rakyat Melayu satu ketika dahulu.Genre ini

mengandungi cerita tentang unsur-unsur keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat dan

menceritakan juga tentang kewujudan dewa-dewi.

Sastera Melayu tradisional juga menonjolkan legenda yang merupakan watak manusia

yang pernah hidup atau dipercayai mempunyai hubungan dengan sejarah.Perwatakan tokoh-

tokoh dalam legenda sengaja dilebih-lebihkan untuk melihat keistimewaan pada legenda yang

diceritakan.

Cerita rakyat seperti cerita jenaka, cerita binatang dan cerita dongeng pula diceritakan

adalah sebagai penghibur pada zaman dahulu .Cerita rakyat ini dianggap milik bersama dan

dijadikan alat komunikasi kerana tidak adanya kemudahan bekalan elektrik seperti zaman

moden.Cerita jenaka berlatarkan rakyat biasa dan watak-watak utamanya ialah manusia biasa

dan bukan golongan bangsawan atau raja-raja.

Cerita binatang pula ialah cerita teladan yang secara tersirat mengandungi

pengajaran.Haiwan yang diberi sifat sebagai manusia menjadi watak utama yang memberi

6 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 8: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

pengajaran kepada pembaca.Cerita dongeng pula ialah cerita yang direka untuk dijadikan teladan

semata-mata dan ia merupakan warisan nenek moyang orang Melayu.Biasanya tema utama yang

disampaikan dalam cerita dongeng ialah pengembaraan.

Kesusasteraan tulisan(tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima

pengaruh luar.Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh

India.Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem

tulisan.Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.Kedatangan

agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan

Melayu.Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan

Al-Quran sebagai kitab suci ornag Islam.Sistem tulisan Arab Islam ini kemudiannya disesuaikan

dengan sebutan dalam bahasa Melayu.Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang

dinamakan tulisan Jawi.

Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran

ilmu pada masa itu.Di istana lahirlah tokoh-tokoh sasterawan Melayu Tradisional yang

menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin

cetak belum wujud.Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen

penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu Tradisional.Ia adalah

himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal

budi,sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera

Melayu Tradisional 2003:xiv)

Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah

kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti di

bawah:-

bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat

hasil karya bersifat feudal

karya yang terbatas pencipta dan khalayak

dihasilkan sebelum 1800

7 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 9: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

bersifat fungsional ,pelbagai genre

perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman,tarikh dan

waktu

gaya bahasa yang berbeza daripada gaya bahasa kini

hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam

sesuatu genre

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua

bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin

cetak.Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pembaca menerokai dua cabang

kesusasteraan Melayu Tradisional iaitu Prosa Tradisional yang dipecahkan kepada naratif dan

bukan naratif.Naratif pula dipecahkan lagi kepada naratif lisan dan naratif tulisan.Naratif lisan

terdiri daripada mitos,legenda, dan cerita rakyat.Manakala naratif tulisan terdiri daripada sastera

sejarah,sastera hikayat, sastera panji dan sastera epik.

Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri daripada sastera undang-undang, sastera

agama sastera kitab, sastera ketatanegaraan.Puisi tradisional juga boleh dipecahkan kepada puisi

yang berbentuk naratif dan bukan naratif.Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif

ialah syair, dan yang bukan naratif ialah pantun,gurindam, ghazal, berzanji, seloka, peribahasa

dan mantera.

Sejarah kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap, tokoh dan persoalan

dan latar masyarakat.Persoalan dan latar masyarakat dalam kesusasteraan Melayu tradisional

berkisar pada keagungan raja dan Negara, kepahlawanan, kesetiaan rakyat dan gambaran

masyarakat.Tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman ini ialah seperti Tun Seri Lanang, Hamzah

Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri, Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji, Syed

Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.

8 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 10: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

1.2.2 Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam bukunya mengatakan bahawa Islam telah

membawa kepada kemodenan ke alam Melayu.Sehubungan dengan itu, beliau berpegang teguh

kepada kecemerlangan Islam telah mengubah setiap aspek kehidupan umat Melayu.Salah satu

daripada perubahan tersebut ialah di dalam bidang persuratan.Agama Islam telah memberi

sumbangan terpenting ke arah tamadun bangsa Melayu melalui penyebaran ilmu.Maka , Hamzah

Fansuri telah dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden berdasarkan ketinggian mutu

karya-karya yang telah beliau hasilkan.

Perkara lain yang dijadikan asas kepada kemodenan itu ialah perubahan yang berlaku di

dalam isi kandungan karya yang dicipta.Karya-karya telah ditulis dengan mengemukan idea-idea

yang berpijak di bumi nyata, meninggalkan segala bentuk amalan menulis sastera tradisional.

Bentuk kesusasteraan Melayu moden ialah seperti penghasilan karya novel.Genre novel

di dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan kesinambungan daripada genre hikayat dan

cerita lipur lara di dalam prosa Melayu tradisional.Kemudian novel Melayu asli dihasilkan yang

berlatarkan Tanah Melayu dan mengemukakan watak bangsa Melayu.Pada tahun 1970-an dan

1980-an, novel banyak berkisarkan persoalan moral dan agama yang dinamakan sebagai novel

berunsur Islam.Bentuk seterusnya ialah novel remaja dan satu lagi bentuk novel yang dikhaskan

untuk bacaan kanak-kanak dipanggil novel kanak-kanak.

Cerpen juga adalah salah satu genre kesusasteraan Melayu moden.Ciri-ciri cerpen adalah

cerpen tidak mementingkan watak utama,latar dan tempatnya tidak jelas dan tiada unsur konflik

yang memerlukan peleraian.Terdapat tiga jenis cerpen iaitu cerpen panjang, cerpen berunsur

Islam dan cerpen berdasarkan karya tradisional.

Sajak ialah satu-satunya genre puisi di dalam kategori Puisi Melayu moden.Puisi moden

telah dihasilkan oleh Omar Mustafa pada tahun 1913.Sajak mempunyai pelbagai jenis dan

bentuk seperti sajak kabur yang mana gambaran yang diberikan tidak jelas.Sajak protes yang

menggambarkan unsur-unsur protes di dalamnya dan sajak-sajak eksperimen yang

mengkonkritkan idea dan kata, memanipulasikan kata, suku kata dan tanda baca dan ada yang

menggunakan rajah-rajah tertentu.

9 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 11: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Seterusnya ialah genre drama moden dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama

konvensional.Drama konvensional ialah drama sandiwara dan drama realism.Drama sandiwara

pula dipecahkan lagi kepada drama sejarah, drama puruba dan drama pra-realisme.Di antara tiga

jenis drama ini, yang banyak dihasilkan ialah drama ssejarah bersesuaian dengan semangat

kebangsaan yang meluap-luap di kalangan rakyat pada masa itu.Drama realism pula terhasil

menggunakan cerita yang diambil daripada masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan

seharian.Oleh kerana itu ia dihasilkan menggunakan bahan, setting, dialong dan cara pementasan

yang realistik.Satu lagi jenis drama ialah drama absurd yang mempersoalkan hal-hal yang

berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin manusia.

Asas kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang oleh Abdullah Munsyi menjadi

pegangan para pengarang selepas beliau pada tahun-tahun 1860-an dan seterusnya.Pengaruh luar

dan teknologi moden telah menyebabkan terhasil dan tersebar karya sastera dalam bahasa

Melayu.Karya-karya yang dimaksudkab itu tersiar dalam akhbar dan majalah yang tumbuh

akibat kemasukan teknologi percetakan.Apabila syarikat-syarikat percetakan didirikan, genre-

genre sastera seperti novel dicetak dalam bentuk buku.Pada era sebelum Perang Dunia Kedua,

lahir akhbar, majalan,cerpen, sajak dan novel.Pelopor puisi Melayu moden atau sajak ialah

Muhammad Yassin Maamor atau Punggok.

Dalam memperkatakan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden , peranan golongan

intelek agama iaitu mereka yang cerdik dan pandai dalam hal agama Islam tidak dapat

dipertikaikan.Mereka mempunyai latar belakang,pendidikan dan penulisan yang berunsur

Islam.Sehubungan dengan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan

kuning melalui penerbitan majalah agama.

Zaman Asas 50 merupakan sebuah persatuan penulis yang bertujuan untuk

mempertingkatkan martabat sastera dan budaya melalui penciptaan karya-karya yang

mengandungi pemikiran kea rah kemajuah; menyatukan seluruh kaum penulis serta menjaga

kebajikan dan memberi perlindungan kepada para penulis.Zaman Asas 50 telah berjaya

membawa aliran baru dalam perkembangan bahasa dan sastera.Aliran yang dimaksudkan ialah

aliran romantisisme iaitu aliran sastera yang memberi penekanan kepada perasaan romantik, pilu

dan sedih.Aliran realisme ialah aliran yang menggembleng isu masyarakat yang

memperjuangkan keadilan sosial.

10 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 12: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Selepas perang sehingga tahun 1970-an penulisan novel tidak begitu menggalakkan

namun kemunculan penulis skrip dan drama telah mengambil tempat.Dalam dekad 50-an dunia

persajakan Melayu telah terhasil sejajar dengan faktor kepesatan penghasilan novel, cerpen dan

drama.Zaman Mutakhir adalah zaman dalam tahun-tahun 1980-an.Cerpen-cerpen berkembang

pesat dalam dekad ini kerana majalah, akhbar , sayembara dan kumpulan cerpen memberi

sumbangan yang amat bermakna.Pengarang veteran terus berkarya sekalipun penulis baru

muncul dari semasa ke semasa.

1.3 Bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu Moden.

1.3.1 Novel

Novel berasal dari bahasa Italia (novella),German ( novelle), dan Yunani (novellus) yang

membawa maksud sebuah karya prosa fiksyen yang panjang. Novel merupakan karya fiksyen

yang mengungkap aspek-aspek yang lebih mendalam dan disajikan dengan halus. Menurut

Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan

kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut Hashim Awang

novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu

tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang

menarik. Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) (1995 : 694) Novel adalah karangan prosa yang

panjang mengandung rangkaian cerita kehidupan seseorang dengan orang-orang disekelilingnya

dengan menonjolkan watak dan sifat setiap pelaku. Novel adalah salah satu karya fiksyen

berbentuk prosa. Sebuah novel mempunyai ciri-ciri seperti:

i. ditulis dengan gaya narasi, yang kadang-kadang digabungkan dengan maklumt

untuk menggambarkan suasana;

ii. bersifat realistik, kerana ia merupakan tanggapan pengarang terhadap situasi

persekitarannya;

iii. Ia lebih panjang, biasanya lebih dari 10,000 patah perkataan dan

iv. Jalan ceritanya lebih kompleks.

Novel merupakan kesinambungan daripada genre hikayat dan cerita lipur lara. Syed Syeikh Al-

Hadi dianggap sebagai Bapa Pernovelan berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa Hikayat

11 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 13: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Setia Asyik Kepasa Maksyuknya atau Hikayat Faridah Hanum merupakan novel pertama yang

dihasilkannya. Selain Syed Syeikh al-Hadi, Abdul Rashid Talu merupakan novelis pertama yang

menghasilkan novel Melayu asli seperti Kawan Benar (1927), Iakah Salmah? dan 12 Kali

Sengsara. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, banyak novel bermutu dihasilkan. Manakala pada

tahun 1970-an dan 1980-an, persoalan moral dan agama kembali mendominasi Kesusasteraan

Melayu Moden. Ini adalah disebabkan kesedaran mendalam para pengarang untuk mengajak

khalayak mempraktikkan ajaran Islam.

Berikut merupakan bentuk-bentuk novel yang ada dalam Kesusasteraan Melayu moden seperti,

novel saduran, novel Melayu asli, novel berunsur Islam, novel remaja, novel kanak-kanak, novel

popular, novel konvensional, novel sejarah, novel absurd dan novel tak konvensional.

1.3.2 Cerpen

Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif. Cerita

pendek cenderung padat dan menjurus kepada tujuannya berbanding kepada karya fiksyen yang

lebih panjang seperti novel. Cerita pendek berasal dari latar sebuah situasi yang digambarkan

singkat yang dengan cepat tiba pada tujuannya, dengan selaras dengan cerita lisan. Cerpen

cenderung untuk menghasilkan cerita kurang kompleks berbanding novel. Ia biasanya

memusatkan perhatian pada satu kejadian, mempunyai satu plot, jumlah watak yang terbatas dan

mencakupi waktu yang singkat.

Cerpen mula muncul awal tahun 1920 yang bertajuk Kecelakaan Pemalas karya Nor bin Ibrahim yang

lebih berlatarbelakangkan negara-negara Barat dan Timur Tengah. Kemudian terdapat persoalan baru

iaitu gesaan mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran dan penguasaan ilmu melalui’ Berusaha Itu

Perbendaharaan yang Kekal’ dan beberapa cerpen lain seperti ‘Si Buta Menyesal Menjadi Celik, Dari

Perangkap Ke Penjara dan Kejadian Dalam Estet. Asas 50 melahirkan tiga cerpenis iaitu Keris Mas,

Usman Awang dan Awa nil-Sarkam yang melahirkan cerpen seperti Patah Tumbuh, Degup Jantung dan

Putih Mata. Kesemua cerpen ini merupakan cerpen konvensional kerana ia tidak mementingkan watak

utama, latar tempat dan masa yang tidak jelas dan tiada unsur konflik yang memerlukan peleraian. Cerpen

absurd seperti Gap-gup-gup memanfaatkan aliran absurdisme. Di samping itu terdapat cerpen panjang,

cerpen berunsurkan Islam dan cerpen berdasarkan karya tradisional. Bentuk-bentuk cerpen dalam

Kesusasteraan Melayu Moden ialah cerpen konvensional, cerpen abdurd, cerpen panjan

12 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 14: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

1.3.3 Drama

Drama bermaksud perbuatan atau tindakan. Ia berasal dari bahasa Yunani “draomai” yang

bermaksud berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya. Drama adalah hidup yang dilukiskan

dengan gerakan. Konflik dari sifat manusia merupakan sumber pokok drama. Bentuk-bentuk

drama dalam Kesusasteraan Melayu Moden ialah Drama Tradisional, Drama bangsawan dan

drama sandiwara.

Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh

masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang

lampau. Antara seni drama tradisional yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti

berikut :

Main Puteri - Drama tradisional ini berkembang dengan popular sekali di kampung-

kampung di Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri

memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa

oleh roh-roh atau semangat jahat.

Makyung - drama tradisional yang popular di Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual

memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani.

Menora - sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni

darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.

Wayang Kulit - sejenis drama tradisional Melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis

seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya

wayang kulit yang masih kekal.

Drama bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak

melibatkan penggunaan skrip berbanding drama moden. Penggiatnya menghafal dialog-dialog

penting sebagai jalan cerita diikuti dengan dialog-dialog lain secara spontan semasa beraksi di

pentas. Cerita Bangsawan berkisar kepada kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan

nyata. Watak-wataknya terdiri daripada pahlawan, putera, puteri yang kacak dan cantik, hamba,

jin dan raksasa. Persembahan bangsawan melibatkan penggunaan panggung, teknik lampu

mengikut cara barat dan menggunakan set saiklorama. Biasanya tirai-tirainya mengandungi tiga

hingga tujuh set yang berbeza. Antaranya tirai istana, hutan, laut, awan kampung, gua dan

13 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 15: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

kosong. Terdapat juga set-set kadbod yang dilukis mengikut jalan cerita yang boleh disorong-

tarik. Seni persembahan bangsawan juga dicirikan melalui teknik extra turn yang berfungsi

sebagai penukar babak supaya pelakon boleh bersedia. Lazimnya dipenuhi dengan segmen

nyanyian. Oleh kerana bangsawan memberi pengajaran, tirai dan kadbodnya berfungsi sebagai

penarik emosi kepada penonton.

Drama Sandiwara merupakan jenis drama pada umumnya yang menggunakan percakapan

(dialog), baik yang hanya dinikmati dari suaranya, maupun yang dipentaskan langsung di

panggung. Drama sandiwara inilah yang masih tergolong karya sastra karena masih memiliki

unsur bahasa di dalamnya. Walaupun drama jenis ini memiliki nama khusus, yaitu sandiwara,

namun pada kenyataannya, kebanyakan orang menyebutnya dengan “drama” saja. Untuk drama

yang dipentaskan langsung di panggung, biasanya disebut juga dengan drama teater atau teater

saja. Kata teater tersebut merupakan serapan dari bahasa Inggris, yaitu theater yang bermakna

tempat pertunjukan atau panggung. Sehingga, drama teater sebenarnya memiliki maksud drama

panggung atau drama yang dipentaskan di panggung.

1.3.4 Sajak

Sajak satu-satunya genre puisi dalam kategori Puisi Melayu Moden yang berbentuk bebas dan

tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan

sebagainya. Tema merupakan persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam

sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar. Sajak dihasilkan

berdasarkan keindahan bahasa dari segi :-

Metafora iaitu gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Sifat gaya bahasa ini ringkas,

padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan

itu bersifat konkrit, iaitu nyata (maujud) dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu

perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi pembanding

Personifikasi ialah gaya bahasa yang memberikan keadaan, suasana dan benda bersifat

manusia. Pengorangan contohnya sepi menggigit , hatinya menangis.

Perulangan merupakan gaya bahasa dalam puisi yang terdapat pengulangan perkataan,

ungkapan, baris dan juga rangkap.

14 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 16: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Anafora - Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi.

Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan

pernyataan maksud.

Epifora - Gaya bahasa yang mengulang perkataan pada akhir baris puisi yang bertujuan

untuk menegaskan maksud dan menimbulkan keseragaman rima (skema atau susunan

bunyi dalam baris-baris puisi).

Inversi - Ayat songsang, sama ada songsang sebahagian atau songsang penuh.

Responsi – contohnya : Tenaga yang sedang gilang-gemilang, Beban yang berat dapat

dijulang.

Sinkop - Pemendekan atau penyingkatan sesuatu kata.

Aliterasi - Pengulangan huruf/bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak;

biasanya pada awal perkataan yang berturutan. Pengulangan menimbulkan kesan

keindahan bunyi

Asonansi - Pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, dan u) yang sama pada perkataan yang

berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan,

kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi.

Melankoli - Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuh puisi seperti nada

murung, hiba dan sayu

Jeda - Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu

mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus

penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi untuk menandakan batas hubungan

antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda

juga memberikan ruang kepada seseorang pendeklamasi mengambil nafas terutama

apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang.

Simili - Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan

jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti,

bak, laksana, dan umpama.

Hiperbola - Gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan

marah kian menyemarak

Diksi - Pemilihan serta penyusunan perkataan yang mengutamakan ketepatan, tekanan

dan keistimewaan puisi. Ini termasuklah sifat perkataan tersebut seperti denotatif

15 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 17: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

(perkataan yang bermakna selapis atau tersurat), konotatif (berkaitan dengan hal-hal

peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis mahupun pahit – bunga

bermaksud gadis atau kupu-kupu malam membawa konotasi perempuan yang rendah

akhlak), bahasa kiasan (bahasa figuratif, iaitu bahasa penyair untuk mengemukakan

sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung – ombak

kehidupan), perkataan yang menggunakan imbuhan dan sebagainya.

1.4 Aliran Dalam Kesusasteraan Melayu Moden

1.4.1 Klasikisme

Klasikisme- yang bermaksud sesuatu yang bermutu dan tinggi nilainya.Sumber lain

menyatakan bahawa klasik bererti karya yang tinggi nilainya dan sering dijadikan took ukur atau

karya sastera zaman kuno yang bernilai kekal. Klasik berasal dari perkataan classic yang

bermaksud yang bermutu tinggi nilainya. Ia merujuk kepada karya sastera yang agung

terutamanya karya zaman Greek dan Latin. Klasik juga boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang

memiliki kedudukan yang diakui dan tidak diragui. Dalam kesusasteraan, klasik berupa karya

yang tinggi nilainya dan sering menjadi kayu pengukur atau karya sastera zaman kuno yang

bernilai kekal. Klasikisme merupakan satu aliran yang berpegang kepada pemikiran bahawa

karya sastera mestilah mengutamakan bentuk, isi dan penuh dengan emosi. Aliran ini juga sangat

mementingkan nilai yang terkandung dalam sesebuah karya. Pengarang aliran klasikisme ini

patuh kepada konvensi sastera yang sedia ada, misalnya, konvensi pantun mestilah dipatuhi,

isinya telah dikenalpasti dan matlamatnya juga telah ditentukan.

1.4.2 Romantisisme

Romantisisme merupakan aliran yang memfokuskan kepada perasaan. Perasaan merupakan

ungkatapan romantic, sedih dan pilu terhadap orang yang dikasihi Romantisisme adalah sebuah

karya sastera yang berasal dari Eropah Barat pada abad ke-18 pada masa Revolusi Industri.

Aliran in merupakan revolusi yang melawan norma-norma kebangsawanan, sosial dan politik

dan reaksi terhadap rasionalisme dalam sastera. Gerakan ini menekankan emosi yang kuat sebagi

sumber dari pengalaman. Ia juga mengesahkan imaginasi individu sebagai otoriti kritis yang

16 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 18: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

memungkinkan kebebasan dari pemahaman klasik tentang bentuk dalam seni. Aliran karya

sastera ini memfokuskan kepada perasaan. Konsep ini muncul di Eropah sebagai reaksi kepada

rasionalisme. Aliran ini beranggapan bahawa fikiran manusia adalah terbatas. Tafsiran ini

berkaitan dengan karya yang bergelumang dengan perasaan. Perasaan itu merupakan ungkapan

romantik yang bukan saja.

1.4.3 Realisme

Realisme adalah aliran yang memperjuangkan keadilan sosial dalam kehidupan yang melibatkan

isu-isu kemasyarakatan Realiti boleh didefinasikan secara longgar sebagai sesuatu yang benar

dan bukan khayalan atau rekaan. Dalam bidang penulisan sastera, aliran yang mengemukakan

gambaran masyarakat berdasar kejadian yang sebenar dikenali sebagai realisme. Aliran realisme

ini telah mula tumbuh dalam abad 19 di Eropah sebagai suatu penolakan terhadap aliran

romantisme yang berlalu berisi angan-angan kosong dan perasaan cinta-kasih yang berlebih-

lebihan. Dalam kesusasteraan Melayu, konsep realisme mula bertapak dalam tahun 50-an dengan

diasaskan oleh ASAS '50 (Angkatan Sasterawan '50). Sasterawan-sasterawan ASAS '50

'terpaksa' memilih aliran realisme ketika itu untuk melaksanakan cita-cita mereka

memperjuangkan keadilah, kemakmuran dan kemajuan masyarakatnya yang dalam belenggu

penjajahan itu.

Menurut konsep realisme ASAS '50, karya sastera harus mendorong masyarakat/pembaca ke

arah mengubah dan memperbaiki nasib manusia. Kerana itulah mereka melaungkan slogan 'Seni

Untuk Masyarakat'. Sehingga ke hari ini, realisme telah menjadi begitu ampuh dalam penulisan

sastera Melayu sehingga seolah-olah itulah satu-satunya aliran sastera yang dikenali oleh

sasterawan-sasterawan kita. Akibat daripada kecenderungan untuk memihak kepada politik dan

idea-idea sosialis, muncul satu cabang baru dalam realisme iaitu realisme sosialis.

1.4.4 Naturalisme

Naturalisme merupakan aliran yang menggambarkan sesuatu objek di dalam bentuk sebenarnya

Aliran naturalisme lahir sebagai reaksi terhadap aliran pendidikan Aristotalian-Thomistik.

Naturalisme lahir pada abad ke 17 dan mengalami perkembangan pada abad ke 18. Naturalisme

berkembang dengan cepat dalam bidang sains. Ia berpandangan bahawa "Learned heavily on the

knowledge reported by man's sense". Naturalisme berasal dari perkataan “nature.” .

17 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 19: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Naturalisme merupakan teori yang menerima “nature” (alam) sebagai keseluruhan realiti. Istilah

“nature” mempunyai berbagai-bagai maksud. Istilah naturalisme adalah berlawanan dengan

istilah supernaturalisme yang mengandung pandangan dualistik terhadap alam dengan adanya

kekuatan yang ada (wujud) di atas atau di luar ala. Aliran naturalisme didukung oleh tiga aliran

besar yaitu realisme, empirisme dan rasionalisme. Pada peringkat ini, para penulis yang

mendukungnya dan mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam

masyarakat, terutama kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat.

1.4.5 Absurdisme

Absurdisme adalah suatu fahaman atau aliran yang didasarkan pada kepercayaa bahawa manusia

secara umum tidak bererti dan tidak masuk akal. Kesedaran para pengikut aliran ini terhadap tata

tertib sering bertentangan dengan kepentingan masyarakat umum. Aliran absurdisme berkaitan

dengan eksistensialisme dan nihilisme.

Manusia seolah-olah kehilangan segala-galanya selepas Perang Dunia Kedua. Keadaan ini telah

membentuk kekosongan dalam jiwa manusia kecuali jiwa para pengarang. Karya-karya yang

dihasilkan bertentangan dengan kenyataan dan tidak masuk akal dan mustahil. absurdisme-

karya-karya yang dihasilkan adalah yang bertentangan dengan kenyataan dan tidak masuk akal.

1.4.6 Surealisme

Surealisme adalah sebuah aliran kesusastreraan yang menjelajahi dan merayakan alam mimpi

dan fikiran bawah sedar melalui penciptaan sebuah karya. Para surealisme dipengaruhi oleh

Sigmund Freud iaitu seorang psikonalisis dari Austria. Surealisme ialah gerakan budaya yang

bermula pada pertengahan tahun 1920-an.

Surealisme merupakan seni dan penulisan yang paling banyak dikenal. Karya ini memiliki unsur

kejutan, barang tak terduga yang ditempatkan berdekatan satu sama lain tanpa alasan yang jelas.

Banyak seniman dan penulis surealis yang memandang karya mereka sebagai ungkapan gerakan

ahli falsafah yang pertama dan paling maju. Karya tersebut merupakan artifak, dan Andre Breton

mengatakan bahwa surealisme berada di atas segala gerakan revolusi. Surrealisme-karya yang

tidak rasional dalam kehidupan manusia iaitu aspek bawah sedar.

18 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 20: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

1.4.7 Islaminisme

Islaminisme adalah sebuah fahaman yang pertama kali dicetuskan oleh Jamal-al Din sebagai

tokoh fahaman politik alternative dalam menyatukan Negara-negara di Daerah Palastin. Aliran

ini muncul di Malaysia akibat tercetusnya polemic sastera Islam. Menurut aliran ini, karya

sastera yang terhasil perlu mengikut lunas Islam. Karya harus perlu melukiskan kejernihan hidup

orang bertakwa dan menggambarkan ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam. Keislaman-

melukiskan kernihan hidup orang yang berhati mulia dan bertawakal.

1.5 Kritikan Sastera Berdasarkan Teori Kesusasteraan, Unsur-Unsur Intrinsik Dalam

Karya Kasut Kelopak Jantung

1.5.1 Pengenalan

Menurut takrif Kerlinger, teori ialah suatu himpunan konsep, definisi dan saranan yang

berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur berkaitan sesuatu fenomena dengan

menyatakan hubungan antara angkubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.

Abdul Aziz merumuskan bahawa teori pada dasarnya ialah satu set dakwaan atau prinsip tentang

sesuatu fenomena. Fenomena yang dimaksudkan di dalam kes ini ialah kesusasteraan.Hashim

Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang berfaedah kepada khalayak

dan disampaikan melalui bahasa. Daripada huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ‘teori

kesusasteraan’ bermaksud prinsip asas yang mendasari pengetahuan dan perkembangan sesuatu

fenomena(ciptaan seni).

Dalam menjelaskan kritikan menggunakan teori kesusasteraan, penulis akan mengkaji

karya prosa moden iaitu cerpen Kasut Kelopak Jantung (Ghazali Lateh) menggunakan Teori

Klasik Kesusasteraan iaitu menggunakan Teori Moral. Teori ini memberi penekanan kepada

aspek kesan yang timbul akibat pembacaan karya kreatif, menonton atau mendengar puisi.

Kegiatan sastera baik lakonan, pembacaan teks dan berpuisi dianggap dapat memberi kesan

langsung kepada penonton, pendengar atau pembaca. Aspek psikologi seperti emosi , perasaan

dan sikap menjadi indikator dalam kritikan ini.

19 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 21: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

1.5.2 SINOPSIS ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun,

terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu

sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya

seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang

tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang

sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh

sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk

mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad

merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia

berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad

membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad

berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari

itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui

bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap

Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang

sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua

tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang

lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut

dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah

belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut.

terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa

gurunya, Cikgu Harun.

20 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 22: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

1.5.3 Tema dan persoalan

Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid

itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut. Dalam cerpen Kasut Kelopak

Jantung kita dapat melihat dengan jelas tema yang hendak disampaikan oleh penulis iaitu

berkenaan dengan mengenang jasa guru. Ahmad seorang murid yang memegang watak utama

dalam cerpen ini mempunyai nilai moral yang amat tinggi apabila amat mengingati jasa gurunya

satu waktu dahulu. Ingatannya terhadap gurunya iaitu Cikgu Harun telah dikenangnya sehingga

beliau bekerja dengan menghadiahkan sepasang kasut pada setiap tahun apabila menjelangnya

Hari Guru.

Persoalan yang diutarakan dalam Kasut Kelopak Jantung ialah tentang ketegasan guru di

sekolah demi mendisiplinkan murid. Buktinya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad

takut untuk merenung wajahnya. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai

kasut dan tidak membawa pakaian sukan

Persoalan kedua ialah keperihatinan guru terhadap masalah murid. Ini dapat dilihat

daripada sikap Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad dan telah

membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.

Keikhlasan murid membalas jasa guru turut ditimbulkan dalam persoalan cerpen ini. Ini

dapat dilihat daripada sikap Ahmad. Walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi,

namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada

setiap Hari Guru. Setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama

mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun

berlalu.

Persoalan kepentingan memakai kasut di sekolah dapat dilihat dengan ketegasan Cikgu

Harun memastikan murid memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki

semasa mereka di sekolah.

21 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 23: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

1.5.4 PLOT

Plot atau alur adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai

urutan bahagian-bahagian dalam keseluruhan fiksyen atau cerpen. Dengan demikian, plot

merupakan perpaduan unsur-unsur yang membangun cerita sehingga menjadi kerangka utama

cerita. Plot merupakan kerangka dasar yang amat penting. Plot mengatur bagaimana tindakan-

tindakan harus berkaitan satu sama lain, bagaimana suatu peristiwa mempunyai hubungan

dengan peristiwa lain, serta bagaimana watak digambarkan dan berperanan dalam peristiwa itu.

Terdapat beberapa perkara yang harus ditekankan untuk menghasilkan plot. Antaranya ialah :

Dialog – pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita. Buktinya, “Ahmad,

mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

Monolog – watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.

Bukti: “Jauh juga rumah Ahmad,” bisik hati kecil Cikgu Harun.

Monolog dalaman – kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh

sesiapa.

Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang

mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya

seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak

berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang

berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

Kejutan – peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.

Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun

terkejut melihat Ahmad masih memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak

jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

Saspens – peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca.

Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak

datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun

terpaksa berjalan tanpa kasut. Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya

pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu

yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

Pemerian – gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.

Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu

22 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 24: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling.

Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-

anak muridnya yang lain.

Imbas kembali – teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.

Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian

beliau mendenda anak muridnya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak

jantung pisang

Selain perkara yang perlu untuk membentuk plot sesebuah cerita, plot terbentuk daripada

permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian. Plot ini dimulakan pada 16 Mei,

Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos. Cikgu Harus tahu benar

pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas

atau sindir atau kedua-duanya.

Perkembangan plot pula dapat dilihat daripada urutan cerita seperti di bawah:-

i. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila

menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.

ii. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak

memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.

iii. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada

kelopak jantung pisang.

iv. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan

banyak murid yang mentertawakannya.

Dalam sebuah plot cerita terdapat pertentangan atau kerumitan yang berlaku. Keadaan ini dapat

dilihat dari bahagian :-

i. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.

ii. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

iii. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.

iv. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya

sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan

keluarga.

Puncak merupakan klimaks sesebuah plot cerita. Pada ketika inilah kita boleh membuat

tanggapan apakah yang akan berlaku selepas itu. Ini dapat dilihat daripada bahagian:-

23 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 25: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

i. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli

kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.

ii. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu

dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke

sekolah.

iii. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.

Peleraian merupakan penamat sesebuah plot cerita. Peleraian boleh menjadi penghujung cerita,

samada peleraian yang menyedihkan, menggembirakan atau memerlukan penonton atau

pembaca membuat tanggapan sendiri. Contohnya, dalam cerpen Kasut Kelopak Pisang :-

i. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.

ii. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.

iii. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas

sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah

berjaya menjawat jawatan tinggi.

1.5.5 WATAK DAN PERWATAKAN

i. CIKGU HARUN - Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau

pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin

akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan

sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak

muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang

menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari

Guru.

ii. AHMAD

Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung,

kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk

mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan

uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan

gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai

“kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut

perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di

24 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 26: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa

gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

iii. IBU AHMAD

Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama

anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin

harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun

masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak

bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah

memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut

sekolah.

1.5.6 LATAR

1. Latar Tempat

i. Rumah Cikgu Harun di bandar - Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di

rumahnya.

ii. Kawasan pedalaman - Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan

pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.

iii. Bilik darjah - Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah.

Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab

Ahmad tidak hadir ke sekolah.

iv. Padang sekolah - Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan

bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang

diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

v. Rumah Ahmad - Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan

mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

vi. Kebun sayur - Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung

perbelanjaan keluarga.

vii. Pekan - Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu

dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah

semula.

25 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 27: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

2. Latar Masa

i. Zaman moden - Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden

ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar

kasut terkemuka.

ii. 30 tahun yang lalu - Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad

kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu

Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak

jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu

Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

iii. Tempoh seminggu - Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke

sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad

ingin berhenti sekolah.

iv. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka - Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun

kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti

pendidikan jasmani di padang.

v. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah. - Cikgu harun pergi ke

rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

vi. 16 Mei - Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap

sambutan Hari Guru.

vii. Selepas sekolah tamat / tengah hari - Ahmad yang malu selepas didenda memakai

kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

Latar Masyarakat

a. Masyarakat guru

Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih

30 tahun yang lalu.

b. Masyarakat pelajar

Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di

26 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 28: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak

memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.

c. Masyarakat miskin

Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam

kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia

yang muda.

d. Masyarakat yang mengenang jasa guru

Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali

sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama

mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia

amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.

e. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan

Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya

tinggal di sebuah pondok di hujung kampung

1.5.7 Sudut Pandangan

Pada pandangan saya, antalogi Kasut Kelopak Jantung ini sarat dengan nilai murni yang boleh

dipraktikkan di kalangan masyarakat hari ini yang semakin tandus dengan nilai-nilai baik

terutama nilai hormat menghormati dan nilai mengenang jasa baik orang lain. Antara nilai murni

yang dapat kita lihat dalam antologi Kasut Kelopak Jantung ini ialah nilai :-

i. Menghormati orang yang lebih tua

Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih

berpengalaman daripada kita.

Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari

arahannya.

ii. Keinsafan

Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak

mengulanginya.

Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh

dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli

kasut sekolah.

27 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 29: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

iii. Keikhlasan

Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.

Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya

hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

iv. Ketabahan

Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi

mematangkan diri.

Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil

keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung

perbelanjaan keluarga.

v. Kesabaran

Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.

Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak

membawa kasut dan pakaian sukan.

vi. Kegigihan

Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.

Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga

berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

vii. Bertanggungjawab

Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh

bertanggungjawab.

Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan

semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan

aktiviti bersenam di padang.

viii. Kesungguhan

Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan

keluarga yang miskin.

Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi

dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

ix. Baik hati

Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang

28 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 30: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.

Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang

uniform sekolah

1.5.8 Gaya Bahasa

Penyusunan cerpen ini telah disusun dengan begitu indah dengan permulaan cerita

dengan dimulakan oleh Cikgu Harun yang menerima hadiah dari seseorang tanpa diketahuinya

siapakah orang itu.Ingatan Cikgu Harun terhadap seorang muridnya yang miskin , yang pernah

didendanya satu ketika dahulu telah mengingatkan Cikgu Harun siapakah pemberi hadiah

tersebut.

Di sini jelas kepada kita bahawa nilai dan sikap tegas Cikgu Harun satu ketika dahulu

telah membuahkan kejayaan kepada anak muridnya. Kesungguhan Cikgu Harun untuk

membantu anak murid tersebut telah menjadi semangat kepada anak murid untuk meraih

kejayaan di masa hadapan.

Gaya bahasa dalam cerpen Kasut Kelopak Jantung dapat kita lihat dari segi pemilihan

kata, penyusunan ayat, dan sebagainya.Aspek yang menjadi focus stail dan gaya bahasa

merupakan satu keistimewaan dalam cerpen ini.Kehidupan orang Melayu yang dipenuhi dengan

penggunaan bahasa yang puitis , indah dan menarik menguatkan lagi unsur-unsur intrinsik dalam

cerpen ini. Dalam pernyataan Kadang-kadang Ahmad dilihatnya seperti lurus bendul.(hal

82)Penggunaan peribahasa lurus bendul menunjukkan sifat moral atau sifat yang baik seorang

murid terhadap gurunya yang bersifat jujur dalam semua keadaan.

Untuk memperindahkan sesuatu teks sastera, teks tersebut juga hendaklah disertai dengan

latar atau setting.Latar ialah segala unsur atau aspek yang mengiringi dan mendampingi

perkembangan sesebuah tema dan persoalan yang menjadi pokok pemikiran pengarang.Unsur

dalam latar ialah tempat, cara hidup watak , budaya dan masa.Latar masyarakat terdiri daripada

mereka yang hidup di kampung.Watak utama yang hidup di kampung hidup dalam kesusahan

namun mempunyai keperibadian moral yang amat tinggi.Watak diceritakan dengan nilai moral

yang baik seperti patuh, bertanggungjawab dan seorang yang gigih berusaha.

Latar tempat dalam cerpen yang dikaji ialah di dalam kelas darjah tiga iaitu kelas

Ahmad , di padang sekolah Ahmad dan di rumah Ahmad sendiri.Latar masa pula ialah peristiwa

30 puluh tahun yang lalu.

29 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 31: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Refleksi psikologi yang menyentuh dan meninggalkan kesan kepada pembaca atau

penonton yang mengamati sesebuah karya menunjukkan ukuran dan kesan pengaruh sesebuah

karya itu terhadap khalayak.Begitulah , penghasilan teori moral yang digunakan dalam

mengkritik cerpen ini yang mana jelas keprihatinan Cikgu Harun untuk membantu anak

muridnya Ahmad setelah melihat kemiskinan hidup Ahmad .Bantuan yang dihulurkan oleh

Cikgu Harun kepada Ahmad dapat menyedarkan kepada kita sebagai pembaca teori moral juga

dapat disalurkan dengan baik dalam karya sastera.Unsur humanisme, ideology dan agama

menjadi perkara utama dalam kritikan moral dalam sesebuah teks sastera.

Penutup

Demikianlah gambaran tentang bagaimana sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu

tradisional dan kesusasteraan moden Negara kita.Perjalanan untuk mencapai kemajuan sehingga

kini bukanlah berlangsung secara licin, tetapi penuh ranjau dan onak yang mencabar kegigihan

tokoh-tokoh penjuang bahasa dan sastera Negara kita.

Hasilnya kini, para pelajar kita dapat melihat khazanah sastera yang begitu indah

sehingga dapat dijadikan teks untuk mereka belajar, mengkaji dan mendalami keindahan sastera

yang kita warisi dari generasi ke generasi.

RUJUKAN

A.Wahab Ali,2000.Kritikan Estetik Sastera.Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur

Dr Harun Jaafat,2009.HBML 4203 Kesusasteraan Melayu .Open University Malaysia,

30 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8

Page 32: Assignment HBML4203

HBML 4203:KESUSASTERAAN MELAYU

Selangor Darul Ehsan

Hashim Awang,1988.Kritikan Kesusasteraan – Teori dan Penulisan.Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka

Masri Karjah,2010.Antologi Kasut Kelopak Jantung & Novel Istana Menanti.Oxford Fajar

Sdn Bhd.

Mustafa Mohd Isa,1999.Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih.Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd

Sahlan Mohd Saman, 1986.Sastera Bandingan Konsep Teori dan Amalan.Petaling Jaya:

Fajar Bakti Sdn Bhd

Shamsuddin Jaafar,1995.Membesar Bersama Kesusasteraan.Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

S.Othman Kelantan.100 tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu 1888-1988,Dewan

Bahasa dan Pustaka

Teuku Iskandar,1995.Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad.Shah Alam:Malindo

Printers Sdn Bhd

31 | B A D I A H B O L H A R I 6 6 0 9 0 7 1 3 5 2 5 8