assignment edu (naqib)

18
1 Tugasan 1 : Laporan Analisis SWOT

Upload: mohamednaqib

Post on 11-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

y

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Edu (Naqib)

1

Tugasan 1 : Laporan Analisis SWOT

Page 2: Assignment Edu (Naqib)

TUGASAN 1

Sepanjang dua minggu saya berada di Sekolah Kebangsaan Telaga Mas, saya

mendapati terdapat beberapa masalah tingkah laku yang ditunjukkan murid di dalam

kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berdasarkan apa yang

telah saya pelajari, masalah disiplin tingkah laku ini terbahagi kepada dua iaitu

destruktif dan disruptif. Destruktif adalah masalah tingkah laku yang lebih serius

berbanding disruptif. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan

‘Destruktif’ bermaksud perbuatan yang merosak seperti ponteng , bergaduh,

merosakkan harta benda dan menghisap rokok. Manakala ‘Disruptif’ pula membawa

maksud perbuatan yang menganggu atau mengacau keadaan.

Bagi tugasan ini, saya telah memfokuskan kepada masalah tingkah laku disruptif

dalam kalangan murid di kelas saya mengajar. Sepanjang pemerhatian yang saya

lakukan selama 2 minggu di sekolah, saya telah mendapati terdapat seorang murid

yang acap kali menunjukkan masalah tingkah laku disiplin disruptif ketika proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara masalah tingkah laku disiplin

disruptif yang telah dilakukan oleh murid tersebut ialah tidak memberikan perhatian di

dalam kelas dengan menganggu kawan, bercakap – cakap dengan kawan, kerap keluar

tandas dan lewat masuk ke dalam kelas di samping tidak menyiapkan tugasan latihan

yang dibekalkan oleh guru di rumah. Selain itu, murid tersebut juga mempunyai

masalah kekemasan diri seperti baju dan kasut yang kotor serta tidak bergosok. Kuku

dan rambut murid tersebut juga agak panjang dan tidak kemas.

Sebagai contoh, ketika saya sedang mengajar di hadapan subjek matematik,

murid tersebut membaling pemadam ke arah rakannya. Apabila ini berlaku, rakan yang

dibaling pemadam itu mengadu kepada saya dan saya terpaksa menghentikan proses

pengajaran dan pembelajaran kelas untuk menguruskan masalah tingkah laku murid

tersebut. Setelah di berikan amaran, murid itu akan kembali diam. Namun, selalunya

selepas diberikan amaran atau dimarahi, dia akan minta keluar kelas untuk pergi ke

2

Kes masalah tingkah laku murid yang dipilih : Murid bertingkah laku Distruptif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Page 3: Assignment Edu (Naqib)

tandas dan masalahnya ialah murid tersebut akan masuk lambat ke dalam kelas

sehingga guru terpaksa meminta tolong ketua kelas untuk memanggilnya di tandas

supaya kembali ke dalam kelas. Hal ini telah menyebabkan perjalanan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya terganggu dan tidak dapat berjalan

dengan lancar.

3

Page 4: Assignment Edu (Naqib)

Kekuatan (Strength) Kelemahan (Weaknesses)

1. Boleh membuat pemerhatian terhadap tingkah

laku murid terutamanya untuk mengesan

murid yang mempunyai tingkah laku yang

bermasalah

2. Mempunyai kemahiran komunikasi dan

menyelesaikan masalah terhadap aduan yang

disampaikan murid yang diganggu rakan

3. Kemahiran memberi tindak balas terhadap

murid yang mewujudkan masalah dalam bilik

darjah.

4. Mempunyai kemahiran mengenalpasti sebab

atau punca berlakunya masalah tingkah laku

5. Mampu bertindak secara rasional dan adil

dalam mengatasi masalah.

1. Memerlukan masa yang banyak untuk

melakukan pemerhatian.

2. Kurang memahami percakapan murid kerana

dialek tempatan yang digunakan oleh murid.

3. Kemahiran mengawal kelas yang rendah

menyebabkan murid tidak dapat dikawal

4. Kurang pengetahuan tentang latar belakang

keluarga murid.

5. Kemahiran mengawal emosi masih rendah

kerana mudah berasa marah terhadap murid

yang melakukan masalah tingkah laku.

Peluang (Opportunities) Ancaman (Threats)

1. Mempunyai cara tersendiri untuk memahami

keadaan dan latar belakang murid melalui

percakapan dan temubual

2. Sentiasa mendapatkan penjelasan untuk

mengetahui situasi dan keadaan sebenar.

3. Sentiasa melakukan penambahbaikkan

dalam mengendalikan kelas.

4. Memberi tindak balas yang positif untuk

memotivasikan murid untuk mengubah

tingkah laku.

5. Memberi peluang kepada murid bekerjasama

antara satu sama lain ke arah positif.

1. Tingkah laku murid sentiasa berubah

menyebabkan guru tidak dapat fokus kepada

murid tertentu sahaja.

2. Refleksi dan pernyataan murid kadangkala

tidak jujur jika siapa yang menganggu rakan

lain.

3. Murid sudah biasa dengan hukuman dan tidak

lagi takut didenda atau dihukum

4. Murid menunjukkan sifat penentangan kepada

guru dan tidak menampakkan sifat

menghormati guru.

5. Rakan murid lain tidak berasa selesa untuk mengikuti PdP

4

S W

O T

Page 5: Assignment Edu (Naqib)

5

Tugasan 2 : Penulisan esei bertajuk “Pendekatan

teori pemusatan perorangan dalam

menangani masalah tingkah laku murid dalam

bilik darjah”

Page 6: Assignment Edu (Naqib)

“Pendekatan teori pemusatan perorangan dalam menangani

masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah”

“Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan Dalam menangani Masalah Tingkah laku

Murid Dalam Bilik Darjah”.

Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan dipelopori oleh Carl Rogers dalam tahun

1940 an. Pendekatan ini merupakan asas dalam konsep yang tergolong di dalam

psikologi kemanusiaan dan kewujudan . Menurut Wan Siti Aisyah (2011), Rogers

mencabar pendekatan-pendekatan teori yang mengandaikan bahawa kaunselor

mengetahui semua hal dan boleh menolong kliennya di dalam semua bidang. Selain itu,

ia juga mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan,

pujukan, pengajaran, dianogsis dan pentafsiran oleh kaunselor (Amir Awang, 1997).

Menurut Corey (2000) dalam Mohammed Shariff Mustaffa, Jamaludin Ramli, Zainuddin

Hassan (2004), Rogers ( 1987), menegaskan bahawa manusia ialah individu yang

boleh dipercayai, tahu mencari alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh membuat

perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan

menghasilkan sesuatu yang baik. Menurut Ann Raihan (2015), beliau percaya bahawa

jika seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut

dapat menemui kepercayaan di dalam diri.

Seperti yang disebut oleh Choong L.K (2010), bagi Carl Rogers, secara semula jadi,

manusia bersifat rasional, gemar bersosialisasi, berpandangan ke depan dan realistik.

Secara umunnya, manusia mempunyai beberapa ciri seperti mempunyai maruah, harga

diri, mempunyai keupayaan untuk mencapai arah kendiri, membuat keputusan serta

penilaian yang bijak dan baik, mampu menangani perasaan, pemikiran serta tingkah

laku masing-masing dan berpotensi untuk melakukan perubahan demi perkembangan

peribadi untuk mencapai kehidupan yang memuaskan dan sempurna.

Secara ringkasnya, teori pemusatan perorangan yang dipelopori oleh Carl Rogers

mengandaikan manusia adalah baik, rasional, bertanggungjawab, mempunyai

6

Page 7: Assignment Edu (Naqib)

keupayaan untuk bekerjasama, dan boleh dipercayai (Lee K.C, 2012). Teori ini

mengutamakan kemesraan dan pentingnya hubungan yang rapat dan baik antara kilen

dan kaunselor.

Choong L.K (2010) telah menyatakan bahawa mengikut Carl Rogers, kaedah

bimbingan terhadap murid-murid adalah guru bimbingan dan kaunseling perlu

mempunyai beberapa sikap yang menjadi prinsip asas kepada Teori Pemusatan

Perorangan. Antaranya ialah sikap Ketulenan, penerimaan positif tanpa isyarat dan

juga empati. Sikap ketulenan merujuk kepada identiti seseorang guru bimbingan dan

kaunseling yang tidak ikat dengan peranan, bersifat spontan, tidak bersifat defensif,

tekat dan sentiasa membuat perkongsian diri yang sesuai.

Choong L.K (2010) telah mendapati bahawa sikap penerimaan positif tanpa syarat pula

merujuk kepada seseorang guru bimbingan dan kaunseling menerima klien sebagai

seorang yang tulen serta sentiasa menyedari dan meningkatkan potensi dan kebolehan

klien. Seseorang guru bimbingan dan kaunseling yang mempunyai sikap atau nilai

empati akan dapat berasa apa yang dirasai oleh klien dan juga akan cuba menyelami

dunia klien untuk mengalami apa yang telah atau sedang dialami oleh klien. Sifat

empati ini telah merangkumi dua strategi iaitu kemahiran melayan dan juga

kesenyapan. Kemahiran melayan boleh dibahagikan kepada secara lisan dan bukan

lisan, Ia melibatkan mimik muka dan postur badan seperti mengangguk kepala,

senyum, nada suara yang sesuai, dan juga konteks mata. Bagi strategi kesenyapan

pula, seseorang guru bimbingan dan kaunseling akan memberi masa kepada klien

supaya klien dapat memproses maklumat serta perasaan mereka dengan lebih

berkesan.

Menurut Haliza Hamzah (2009), tingkah laku seseorang merangkumi semua perlakuan

seseorang sama ada baik atau yang tidak memuaskan. Mohd. Nazar Mohamad (1990)

dalam Ng E.T (2012) telah menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah merujuk

kepada tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Seperti yang

dinyatakan oleh Haliza Hamzah (2009), tingkah laku bermasalah merujuk kepada

perlakuan yang tidak mengukut norma masyarakat atau perlakuan yang tidak sesuai

dalam situasi-situasi tertentu. Dalam konteks pendidikan pula, tingkah laku bermasalah

7

Page 8: Assignment Edu (Naqib)

merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan

ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Masalah tingkah laku sering berlaku dalam sekolah. Setiap masalah yang berlaku, tidak

kira guru biasa atau guru bimbingan dan kaunseling, perlu mencari satu penyelesaian

yang baik dan sesuai dupaya masalah tingkah laku murid dapat dikurangkan lalu

dihapuskan. Sebelum dapat menyelesaikan masalah tingkah laku murid, guru-guru

haruslah mempunyai pegangan teori atau pendekatan yang telah dipelopori oleh tokoh-

tokoh supaya boleh menyelesaikan masalah tingkah laku murid berdasarkan cara dan

langkah yang sesuai mengikut teori atau pendekatan pegangan masing – masing.

Berdasarkan situasi yang diberi, iaitu seorang murid yang mengalami masalah tingkah

laku. Mengikut pandangan saya, pendekatan Teori Pemusatan Perorangan merupakan

satu teori yang baik dan sesuai dijadikan pegangan seseorang guru bimbingan dan

kaunseling. Dalam situasi yang dinyatakan, teori ini juga sesuai dipakai untuk

menyelesaikan masalah tingkah laku murid tersebut.

Untuk menyelesaikan masalah murid tersebut, kita perlu mengumpul maklumat murid

tersebut. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mendapat maklumat tentang

murid tersebut. Menurut Choong L.K (2010), terdapat dua teknik untuk mengumpul

maklumat murid. Antaranya ialah melalui teknik ujian dan juga teknik bukan ujian. Salah

satu teknik dalam teknik bukan ujian ialah melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian,

guru akan mengetahui tentang tingkah laku murid, dapat menilai perkembangan murid

dan juga menilai kemajuan pembelajaran murid. Melalui pemerhatian, guru akan dapat

mengesan punca berlakunya masalah tingkah laku murid tersebut.

Salah satu punca murid melakukan tingkah laku yang tidak menyenangkan

kemungkinan adalah kerana kekurangan keperluan-keperluan tertentu. Menurut

Maslow (1968) , manusia akan mencapai kesempurnaan kendiri selepas memenuhi

keperluan-keperluan yang disenaraikan dalam Hierarki Keperluan Maslow. Menurut

Mazita Ahmad (2009), Teori Realiti yang dipelopori oleh Dr. William Classer telah

menyatakan bahawa manusia mempunyai dua keperluan iaitu keperluan untuk

disayang atau menyayangi dan juga keperluan untuk mendapat harga diri Keperluan ini

8

Page 9: Assignment Edu (Naqib)

sama yang dinyatakan dalam Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan yang

dipelopori oleh Carl Rogers. Carl Roger juga mengatakan bahawa sifat negatif seperti

marah dan benci wujud akibat daripada penafian keperluan kasih sayang (Lee K.C,

2012). Sama dengan teori Realiti yang menyatakan bahawa seseorang akan

menghadapi masalah apabila salah satu daripada keperluan kasih sayang atau harga

diri tidak dipenuhi. (Lee K.C 2012).

Menurut dakwaan murid tersebut, kemungkinan keperluan yang tidak dimiliki oleh dia

telah menjadikan dia melakukan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Contohnya

murid tersebut tidak mendapatkan kasih sayang disebabkan ibu bapa murid tersebut

sibuk demi pekerjaan mereka. Oleh itu, murid tersebut telah melakukan sesuatu tingkah

laku yang dianggap bermasalah untuk menarik perhatian ibu bapa dia. Akan tetapi, ibu

bapa murid tersebut tidak mengesan tentang tindakan anak mereka dan menyebabkan

tingkah laku yang bermasalah ini diteruskan sehingga dikesan oleh ibu bapa dia. Lama-

lama kemudian, tingkah laku bermasalah ini telah menjadi satu kebiasaan bagi murid

tersebut. Menurut Ams Jumrotin (2012), sesuatu kecekapan yang dimiliki seseorang

dengan menjalani latihan akan menjadi kebiasaan yang melekat pada diri seseorang

tersebut. Hal ini bermakna sesuatu tingkah laku yang dilaksanakan secara berterusan

tanpa ditegur akan menjadi satu kebiasaan dalam hidup seharian.

Untuk menyelesaikan masalah ini, guru boleh cuba berkomunikasi dengan ibu bapa

murid tersebut untuk bersama-sama mencari jalan demi menyelesaikan masalah anak

mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluahkan masa yang lebih banyak demi

anak mereka supaya murid tersebut dapat merasai kasih sayang daripada ibu bapa.

Apabila dia telah mendapati keperluan yang dikehendaki, maka tingkah laku yang tidak

menyenangkan itu akan dihapuskan secara perlahan-lahan dengan bantuan guru. John

V. Hamby (1992) dalam Azizah Mohd Rapini (2013) menggambarkan bahawa

hubungan kerjasama di antara guru dan ibu bapa adalah sangat perlu ke arah

meningkatkan kualiti P&P sekolah.

Selain daripada itu, murid tersebut kemungkinan menghadapi masalah kurang

keyakinan dan tidak berani dalam membuat perubahan.Murid tersebut tidak percaya

akan rakan sekelas dia dan takut rakan sekelas akan mengejek dia apabila

9

Page 10: Assignment Edu (Naqib)

pendapatnya salah. Hal ini menyebabkan murid tersebut berlakunya ketidaksamaan

antara rasa hati yang sebenar dengan konsep dirinya dan kemudian mencari alasan

bahawa dia tidak dapat berubah. Berdasarkan pengalaman saya, semasa saya

menjalankan pratikum, terdapat juga murid yang enggan memberi pendapat mereka

apabila disebut nama walaupun murid tersebut saya rasa dia tahu jawapan kerana

pencapaian murid tersebut adalah baik dalam kelas.

Berdasarkan pendekatan teori pemusatan perorangan Carl Roger, salah satu

teknik yang boleh digunakan untuk membantu murid tersebut ialah guru bimbingan dan

kaunseling mengamalkan sikap penerimaan positif tanpa syarat. Hal ini bermakna guru

bimbingan dan kaunseling menerima murid tersebut sebagai seorang yang berpotensi

menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi. (Choong L.K, 2010).

Mengikut pandangan Rogers jika sifat ini dapat digunakan, pihak yang dibantu akan

menjadi lebih berdikari dan akan lebih terbuka terhadap diri sendiri. (Mohammed Shariff

Mustaffa et al., 2004)

Menurut Roger (1957,1959), keperluan- keperluan asas pendekatan teori

pemusatan perorangan dalam membawa perubahan personaliti klien termasuklah

wujud kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien dan bersifat

empati. ( Wan Siti Aisyah, 2011). Apabila terdapat orang yang sudi menerima, melayan

murid tersebut sebagai individu yang tulen, maka murid tersebut akan percaya dan

kemudian memberitahu masalahnya kepada guru bimbingan dan kaunseling tersebut.

Dengan mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh murid tersebut, maka barulah

guru-guru dapat mencari alternatif yang baik untuk menolong murid tersebut. Sebagai

contoh, guru bimbingan dan kaunseling boleh cuba membina konsep kendiri yang

positif pada murid tersebut kerana menurut Roger klien atau individu itu bermasalah

adalah berpunca daripada konsep kendirinya. ( Wan Siti Aisyah, 2011).

Seperti yang dinyatakan oleh Roger, manusia dilihat mempunyai desakan

semulajadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah mencari kesejahteraan

diri. Tujuan Teori Pemusatan Perorangan ini adalah untuk menyatupadukan antara

rasa hati yang sebenar yang akan dialami oleh klien dengan konsep kendirinya. Apabila

perasaan disatupadukan, perkara yang tak kongruen akan disamakan semula dan

10

Page 11: Assignment Edu (Naqib)

akhirny keseragaman dalam diri individu itu dapat dipupuk semula. (Mohammed Shariff

Mustaffa et al., 2004)

Setiap manusia berpotensi untuk menjadi baik. Jika terdapat murid yang

bermasalah wujud di kalangan kita, kita tidak boleh membuat prasangka buruk terhadap

murid tersebut. Sebagai seorang guru, kita perlulah menjalin hubungan yang erat

antara murid dengan guru biasa atau guru bimbingan dan kaunseling. Dengan

hubungan yang baik, maka barulah kita berpeluang untuk menolong murid kita

membuat penerokaan terhadap emosi masing-masing seterusnya menolong mereka

menyelesaikan masalah yang dihadapi supaya murid dapat mencapai kehidupan yang

lebih sempurna. (Choong L. K, 2010).

(1566 patah perkataan)

11

Page 12: Assignment Edu (Naqib)

12

Rujukan

Page 13: Assignment Edu (Naqib)

Rujukan

Ab. Rahim Selamat.(1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.

Chong Lean Keow, Phd. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor : U.G

Press Sdn. Bhd.

Chong Lean Keow, Phd. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak –

Kanak. Kuala Lumpur : Percetakan Seasons Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan; Edisi Ketiga. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Keok Cheong, Ee Ah Men, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd

Mukti. (2012). Asas Bimbingan dan Kaunseling. Selangor : Herald

Printers Sdn. Bhd

Muhammed Sharif Musraffa & Suria Abd Jamil (2012). Journal of

educational Physcology and Counseling: Mengenalpasti punca –

punca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah. Satu

kajian kes di muat turun pada 7 Februari 2015 dari web

http://eprints.utm.my/26361/

13