assignment 2 ctu 101

21
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH,FAKTOR DAN KESAN-KESAN PENGABAIANNYA Pengenalan Sesungguhnya manusia dijadikan di muka bumi sebagai khalifah. Manusia telah diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wataala untuk memelihara dan memakmurkan alam ini. Manusia akan dipertanggungjawabkan atas usaha dan tingkahlaku semasa hidup di alam ini. Sebagai khalifah , manusia tidak boleh sewenang-wenangnya mentadbir alam ini melainkan menurut kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Definisi Khalifah Menurut Dr. Ahmad Hassan Farhat dalam bukunya yang berjudul ’Alkhalifah Fi al-ard’ khalifah dari segi bahasa bermaksud ganti atau seseorang itu menggantikan seseorang yang lain. Manakala dari segi istilah pula bermaksud manusia yang dipilih Allah sebagai penggantinya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariat Allah sebagai individu, keluarga, masyarakat dan

Upload: hizamir-haridan-amer

Post on 03-Jul-2015

6.236 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment 2 CTU 101

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH,FAKTOR DAN KESAN-KESAN PENGABAIANNYA

Pengenalan

Sesungguhnya manusia dijadikan di muka bumi sebagai khalifah.

Manusia telah diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wataala untuk memelihara

dan memakmurkan alam ini. Manusia akan dipertanggungjawabkan atas usaha

dan tingkahlaku semasa hidup di alam ini. Sebagai khalifah , manusia tidak boleh

sewenang-wenangnya mentadbir alam ini melainkan menurut kehendak dan

peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

Definisi Khalifah

Menurut Dr. Ahmad Hassan Farhat dalam bukunya yang berjudul

’Alkhalifah Fi al-ard’ khalifah dari segi bahasa bermaksud ganti atau seseorang

itu menggantikan seseorang yang lain. Manakala dari segi istilah pula

bermaksud manusia yang dipilih Allah sebagai penggantinya untuk mentadbir,

mengurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariat Allah

sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.1 Justeru, manusia

diperintahkan untuk beribadat kepada Allah dengan melaksanakan segala

suruhan dan meninggalkan larangan-Nya. Kejadian manusia sebagai khalifah

telah dirakamkan oleh Allah dalam Al-Quran.

1 Bahah kuliah

Page 2: Assignment 2 CTU 101

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 :

Maksudnya :

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka

bumi”.

Sehubungan itu manusia sebagai khalifah mempunyai peranan dan

tanggungjawab di atas muka bumi ini. Pada dasarnya sebagai khalifah, manusia

mempunyai peranan dan tanggungjawab kepada Allah, sesama manusia dan

terhadap alam sekitar.

1. Peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah kepada Allah

Peranan dan tanggungjawab pertama manusia sebagai khalifah ialah

menjadi hamba Allah yang mengenali Allah sebagai Tuhan yang Esa dan

tunduk patuh serta beribadat kepadaNya.2

Firman Allah dalam surah Al-Dzaariyat ayat 56 :

Maksudnya :

”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya

mereka menyembah-Ku”

2 Unit Dakwah Kementerian Pelajaran,Konsep ibadat dalam Islam,1981 ,Muka Surat 27

Page 3: Assignment 2 CTU 101

Tugas manusia di muka bumi ini tidak boleh keluar daripada dua perkara ini.

Sebagai khalifah, ia melaksanakan perintah Allah, menegakkan undang-undang

dan peraturan-peraturan yang ditentukan Allah.Orang yang beribadat kepada

Allah barulah layak dipanggil hamba Allah, kerana mereka telah melaksanakan

perintah Allah.

FirmanAllah dalam surah Yasin ayat 61 :

Maksudnya :

”Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembah-Ku; inilah

jalan yang lurus.”

Tanggungjawab kedua manusia sebagai khalifah ialah mengamalkan

konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar.3 Tugas ini sangat penting untuk

dilaksanakan bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan masyarakat dan

negara.Amar makruf dan nahi mungkar adalah amal soleh yang menjadi

tanggungjawab manusia sebagai khalifah. Allah menyifatkan Rasulullah (s.a.w)

dan umatnya sebagai umat yang terbaik kerana mereka melaksanakan tugas

amar ma’ruf dan nahi mungkar.

3 Buku teks Pen didikan Al-Quran dan As Sunnah Tingkatan lima,muka surat 206, Dewan bahasa Dan Pustaka

Page 4: Assignment 2 CTU 101

Firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 110 :

Maksudnya:

”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang

dilahirkan bagi (faedah) umat manusia kerana kamu menyuruh

berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala

perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada

Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah ahli kitab (yahudi

dan nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya) tentulah

iman itu menjadi baik bagi kamu. Tetapi diantara mereka ada yang

beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.

Contoh-contoh amar ma’ruf :

Menyeru umat islam mentaati dan melaksanakan perintah Allah.

Menyeru umat islam mempelajari fardhu ain dan fardhu kifayah.

Menyeru umat islam bersatu dan bekerjasama dalam menegakkan agama

Islam dan mempertahankan tanah air.

Contoh nahi mungkar :

Membanteras gejala sosial dan maksiat seperti dadah, jenayah, dan

keruntuhan akhlak.

Menbenteras gejala penyelewengan aqidah seperti kurafat dan ajaran

sesat.

Page 5: Assignment 2 CTU 101

Umat islam wajib melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar mengikut

kemampuan masing-masing supaya tugas tersebut dilakukan dengan baik dan

berkesan. Ini berdasarkan hadis Rasululluh (s.a.w) :

Maksudnya :

Daripada Abu Said Al-Khudri radhiallahuanhu berkata, beliau

mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesiapa antara kamu

melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan, jika tidak

mampu ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu ubahlah dengan

hatinya, itu adalah selemah-lemah iman.”

Hadis ini menjelaskan tiga peringkat untuk mengubah sesuatu kemungkaran :

1. Mengubah dengan tangan: iaitu dengan kuasa yang diamanahkan kepada

seseorang seperti ketua negara, pemimpin, ketua masyarakat dan

penguatkuasa.

2. Dengan lisan: dengan nasihat atau dialog secara bijaksana.

3. Dengan hati: iaitu membenci kemungkaran atau maksiat yang berlaku.

Membenci kemungkaran dikira sebagai fardhu ain bagi setiap individu

muslim. Peringkat inilah yang dikatakan selemah-lemah iman.

Page 6: Assignment 2 CTU 101

2. Peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah sesama manusia

Tanggungjawab terhadap diri:

Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul seseorang untuk

melaksanakan sesuatu tugas. Setiap amanah daripada sekecil-kecil hinga yang

sebesar-besarnya, akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat. Orang

yang menunaikan amanah dengan sebaiknya mugkin akan dikasihi oleh Allah

(s.w.t) dan dihormati oleh manusia.Sifat amanah juga merupakan sebahagian

daripada akhlak mulia yang amat dituntut dalam islam.

Firman Allah (s.w.t)

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu spaya menyerahkan segala

jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerima), dan apabila kamu

menjalankan hukum antara manusia Allah (s.w.t) menyuruh kamu

menghukum dengan adil. Sesngguhnya Allah (s.w.t) dengan (suruhannya)

itu memberi pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu. Sesungguhnya

Allah (s.w.t) sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.

(surah an-nisaa’ ayat 58).

Menunaikan amanah ialah melaksanakan tugas yang

dipertanggungjawabkan kepaanya dengn baik seperti

mengurus ,menjaga ,mengasuh,mengawal dan sebagainya.Mengabaikan

Page 7: Assignment 2 CTU 101

amanah tersebut dikatakan khianat .Allah (s.w.t) melarang orang beriman

daripada mengkhanati amanah.4

Tanggungjawab terhadap keluarga:

Bapa dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam sesebuah

keluarga.Tanggungjawab utama sebagai seorang bapa ialah

Memberi bimbingan agama kepada anak-anak dan isteri

Menyediakan keperluan rohani dan jasmani

Memberi galakkan dan dorongan untuk kejayaan anak-anak

Mengajar dan menunjukkan akhlak yang baik dengan anak-anak

dan isteri

Ibu atau Al mar’ah adalah pembantu kepada bapa dalam memimpin sesebuah

keluarga.Tanggungjawab utama seorang ibu ialah:

Menjadi guru yang mendidik anak-anak di rumah dengan penuh

kasih sayang

Mengambil berat tentang keperluan anak-anak dan perkembangan

mereka di dalam dan di luar rumah

Bijak membahagikan masa untuk tugas rutin di rumah dan untuk

anak-anak.5

Tanggungjawab terhadap masyarakat:

Peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah tertakluk juga

kepada sesama manusia. Allah (s.w.t) dan Nabi Muhammad (s.a.w) senantiasa

4 Buku teks Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 5 ,Dewan Bahasa dan Pustaka,975 Buku teks Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 5 ,Dewan Bahasa dan Pustaka,101-102

Page 8: Assignment 2 CTU 101

menyeru umat Islam supaya mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat

Islam.6

Antara lain Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 10 :

Maksudnya :

”Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara

kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah

kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Nabi s.a.w bersabda :

Maksudnya :

“Sesungguhnya Muslim itu saudaranya Muslim yang lain, tidak boleh

menganiayanya, tidak boleh menghalang-halangi keperluannya, dan

tidak boleh merendahkannya. Cukuplah seorang itu dianggap

sebagai seorang yang jelek apabila ia menghina saudaranya sesama

Islam”.

Dan masih banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. yang menyebut

betapa pentingnya ukhuwah islamiah ataupun persaudaraan antara umat Islam

dengan umat manusia lainnya.

6 Unit Dakwah Kementerian Pelajaran,Konsep Persaudaraan dan Perpaduan dalam Islam,1981 ,Muka surat 50

Page 9: Assignment 2 CTU 101

Tanggungjawab terhadap negara

Firman Allah (s.w.t) dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud:

”Demi sesungguhnya, bagi penduduk di negeri Saba’ suatu tanda (yang

membuktikan kemurahan Allah (s.w.t) ) yang terdapat di tempat tinggal

mereka, iaitu dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur yang terletak di

sebelah kanan dan di sebelah kiri (lalu dikatakan kepada mereka) :

makanlah rezeki pemberian tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya.

(Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan

(tuhan kamu adalah) tuhan yang maha pengampun.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlulah sentiasa melakukan

perkara-perkara yang boleh mengharumkan nama negara dan tidak melakukan

perkara-perkara yang memburukkannya. Antara tanggungjawab lain yang perlu

dilaksanakan oleh seorang rakyat ialah:

Menyumbang bakti untuk negara

Menanam semangat patriotisme

Sangup berjuang mempertahankan negara

Memperingati hari kebangsaan.

Page 10: Assignment 2 CTU 101

Setelah melaksanakan tanggungjawab rakyat dapat meningkatkan rasa

kecintaan kepada negara, sentiasa bertanggungjawab terhadap negara dan

dapat melahirkan masyarakat madani.7

3. Peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah terhadap alam sekitar.

Tanggungjawab kepada tumbuhan

Sebagai khalifah di muka bumi, kita perlulah memelihara alam yang Allah

anugerahkan kepada kita sebagai sumber rezeki.8

Firman Allah ayat 9-11 surah Qaaf :

Maksudnya :

”Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak

faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok

tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai; Serta pohon-

pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang,

berlapis-lapis, lagi lebat putiknya; (Semuanya itu) sebagai rezeki bagi

hamba-hamba Kami dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu

bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang

yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).”

Berdasarkan ayat di atas, kita perlu memelihara tumbuh-tumbuhan yang

dihidupkan Allah di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Tumbuh-tumbuhan

7 Buku teks Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 5 ,Dewan Bahasa dan Pustaka8 Al-Quran

Page 11: Assignment 2 CTU 101

yang subur dan berbuah merupakan salah satu daripada punca rezeki yang

Allah berikan kepada kita.

Tanggungjawab kepada haiwan

Selain manusia, Allah (s.w.t) juga menciptakan makhluk lain yang

bernyawa iaitu haiwan. Oleh itu, manusia perlulah memelihara haiwan dengan

sebaik mungkin. Rasulullah (s.a.w) mengingatkan para sahabat supaya

bersyukur dengan semua kejadian yang ada di alam ini. Maka, Rasulullah (s.a.w)

pernah menegah para sahabat daripada membunuh haiwan tanpa tujuan.

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada melaksanakan

tanggungjawab kepada haiwan,iaitu :

Tidak menyeksa binatang dan memelihara binatang terbiar

Tidak membiarkan binatang berkeliaran tanpa pengawasan

Mematuhi undang-undang berkaitan penjagaan binatang.9

Faktor pengabaian peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

1.Lemahnya iman manusia zaman sekarang antara sebab utama tanggungjawab

manusia sebagai khalifah di muka bumi diabaikan.

2.Berpandukan kepada hawa nafsu dan tidak mengawalnya, sehingga

menimbulkan hal-hal yang tidak diingini, seperti mencari dan menggunakan

harta,kuasa,ilmu pada jalan yang salah10.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 14 :9 Buku teks Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 5 ,Dewan Bahasa dan Pustaka,159-16010 Unit Dakwah Kementerian Pelajaran,Konsep Persaudaraan dan Perpaduan dalam Islam,1981 ,Muka surat 56

Page 12: Assignment 2 CTU 101

Maksudnya :

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada

benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan

anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan

perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-

binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah

kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada

tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

3.Mengajak bersaudara dan bersatu menurut cara sendiri masing-masing

menganggap dirinyalah yang benar dan orang lain salah. Dirinyalah orang yang

paling suci, orang lain penuh dengan aib dan cela, mencari-cari kesalahan orang

lain tapi melupakan kesalahan sendiri.

4.Peribadi telah dikuasai oleh sifat-sifat buruk seperti dengki, khianat, takabbur,

pembohong, penipu, mementingkan diri sendiri,munafik, suka menindas,zalim

dan pelbagai sifat buruk yang lain.

5.Tidak mahu mengalah ataupun memaafkan kesalahan orang lain dan disimpan

saja dalam hati dan menunggu kesempatan yang baik untuk membalas dendam.

Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179 :

Page 13: Assignment 2 CTU 101

Maksudnya :

Kesan-kesan pengabaian tanggungjawab sebagai

khalifah.

Kesan pengabaian peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifaKesan pengabaian peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Kesan pengabaian peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah

Kesan terhadap individu

Manusia tidak menunaikan amanah yang telah

dipertanggungjawabkan kepada mereka.11

Firman Allah :

Maksudnya :

11 Idea sendiri

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah

(Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk

memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak

dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari

jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu

memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai

mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah)

dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar

dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,

bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang

lalai.”

Page 14: Assignment 2 CTU 101

persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia

(dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.

(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka

melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang

tidak patut dikerjakan.

Manusia yang tidak amanah akan sentiasa melakukan kerosakan di atas muka

bumi seperti melakukan penebangan pokok-pokok secara berleluasa dan tidak

terkawal. Akibatnya berlakulah keruntuhan tanah dan banjir kilat yang memberi

kesan buruk kepada kehidupan manusia. Pencemaran udara yang berlaku hari

ini dilihat amat meruncing.Pembakaran secara terbuka dan penggunaan bahan-

bahan yang boleh mencemarkan kualiti udara perlu dicegah.Selain itu, manusia

yang tidak bertanggungjawab telah membuang bahan-bahan kumbahan ke

dalam sungai dan pihak kilang-kilang yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam

sungai juga antara penyebab berlakunya pencemaran air.

Kesan terhadap keluarga

Kesimpulan

Page 15: Assignment 2 CTU 101

Sebagai khalifah di muka bumi ini kita perlulah memelihara hubungan

yang intim dengan Allah dengan melaksanakan perintah Allah dengan

seikhlas hati.

Manusia yang diciptakan berbagai bangsa dan puak adalah untuk saling

kenal mengenali dan tolong menolong.

Alam yang ciptakan Allah perlulah ditadbir dan dimakmurkan berdasarkan

undang-undang dan peraturan Allah bagi menjamin keamanan sejagat

dan keselesaan hidup.

Rujukan

Page 16: Assignment 2 CTU 101

1. Al-Quran

2. Dr.Hassan Langgulung, Pendidikan Islam, 1979

3. Mohd. Sulaiman Bin Hj. Yasin, Akhlak dan Tasawuf,1992

4. Prof. Dr.Ahmad Shalaby, Masyarakat Islam,1976

5. Unit Dakwah Kementerian Pelajaran,Konsep ibadat dalam Islam,1981

6. Buku teks Pen didikan Al-Quran dan As Sunnah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka