assignment literasi bahasa pismp sem 2

38
Menjelaskan dan menghuraikan Teori Pemerolehan Bahasa dan kaitannya dengan konsep dan kemahiran asas KIA2M (LINUS) Sebagai guru, adalah penting bagi kita mengetahui bagaimana bahasa diperoleh. Kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran. Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa akan dibincangkan dari beberapa teori utama iaitu Teori Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Kognitif. 1

Upload: cannis-chong

Post on 20-Oct-2015

184 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pismp sem 2 assignment literasi bahasa ipg rancangan pengajaran seharian

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Menjelaskan dan menghuraikan Teori Pemerolehan Bahasa dan kaitannya dengan

konsep dan kemahiran asas KIA2M (LINUS)

Sebagai guru, adalah penting bagi kita mengetahui bagaimana bahasa

diperoleh. Kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu.

Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-

teori pemerolehan bahasa akan dibincangkan dari beberapa teori utama iaitu Teori

Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Kognitif.

1

Page 2: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Teori Behavouris

Teori behaviorisme dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Teori ini menekankan

kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Menurut Skinner, beliau

beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Ia

dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan

pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.

Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Golongan ini

beranggapan bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan

merupakan bahasa kedua penting. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk

membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah

kepada pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem

bahasa dan struktur bahasa.

Bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses

pembelajaran. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru

perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola

yang senang kepada yang lebih susah.

Pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang merupakan

satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi

pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas dan galakan

bertindak sebagai pengukuh. Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu

diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di

atas.

Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Oleh itu, wujud

operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran adalah sangat

penting. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat

diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang

berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat

serta motivasi. Latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan

latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih

tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan

2

Page 3: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui

penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.

Model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks

pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh

murid-murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip

sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan

situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua

adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara

mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara

mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan

induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh

terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.

3

Page 4: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Teori Mentalis

Teori mentalis dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) pula menganggap

pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan

dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. golongan ini lagi, seseorang

itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok

mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh

penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek

pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang

kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh

membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui

pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu

adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses

ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini

dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah

dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk

berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis

pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-

murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan

diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada

peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai

bahawa kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri

pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat

pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

4

Page 5: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Keempat, penyampaian bermakna lebih diutamakan daripada struktur bahasa

dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan

struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan

kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan

aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan murid-murid

menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan

baik.

Seterusnya yang kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses

pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa

biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi

termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau

sebaliknya. (bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Melayu)

Manakala yang keenam pula adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara

deduktif (penerangan dahulu, kemudian disusuli dengan contoh) dan tatabahasa

disampaikan secara formal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5

Page 6: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Teori Kognitif

Teori Kognitif telah dikembangkan oleh seorang psikologis Swiss pada sekitar

tahun 1896-1980, iaitu Jean Piaget. Menurut Abd Aziz Talib (2000), teori kognitif ini

berkait rapat dengan perkembangan mental. Teori ini memandang pembelajaran bahasa

sebagai satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Teori ini menekankan

kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan

tentang pemahaman struktur bahasa itu yang memudahkan pembelajaran dan

penguasaan bahasa tersebut. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pemikiran

dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam

pembelajaran.

Antara ahli psikologi kognitif yang terkenal termasuklah Jerome Brunner, David

Ausubel dan Jean Piaget. Kerja mereka mempunyai hubungan langsung dengan

pembelajaran di bilik darjah. Teori dan penyelidikan mereka bertumpu kepada kajian

terhadap bagaimana maklumat di proses dalam otak semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Tokoh Jean Piaget telah mengemukakan perkembangan kognitif. Teori Piaget

telah mengemukakan bahawa terdapat empat peringkat perkembangan pemikiran iaitu

kesedaran deria motor, pemikiran praoperasional, pemikiran konkrit dan pemikiran

formal.

Dalam peringkat kesedaran deria motor, kanak-kanak mampu untuk membentuk

skema bahasa dan struktur kognitif mereka sendiri. Mereka turut membentuk simbolik

bahasa mereka yang tersendiri.

Pemikiran praoperasional ini pula berlaku pada tahap umur mereka dua tahun

sehinggalah menceceah tujuh tahun. Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka

semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran

bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka.

Pada usia mereka mencecah tujuh tahun sehinggalah dua belas tahun,

pemikiran mereka akan menjadi konkrit. Kanak-kanak ini sudah mampu untuk

menguasai kemahiran hukum pengekalan, konsep perhubungan, pengkategorian dan

juga persirian dalam pembelajaran mereka. Pada usia ini, pembelajaran mereka menjadi

semakin berkembang.

6

Page 7: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Pemikiran formal ini terjadi pada usia dua belas tahun ke atas. Mereka menjadi

lebih matang dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Kebolehan mereka untuk

menyelesaikan masalah yang lebih abstrak berikutan dengan perkembangan mental

dan kematangan akal fikiran.

7

Page 8: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Program LINUS

Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan sebuah

program pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

Ia telah memberi peluang yang lebih luas kepada murid-murid di sekolah rendah

yang agak ketinggalan dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

LINUS yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah program

pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid yang mempunyai kesukaran

untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dapat mencapai standard

penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada tiga tahun awal persekolahan. Kajian ini

hanya menumpukan kepada kemahiran asas literasi iaitu keupayaan untuk membaca,

menulis dan memahami perkataan, ayat mudah dan sukar dalam Bahasa Melayu dan

dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan

memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang tidak

berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam menguasai pembelajaran

secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah Kementerian

Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17 pada 19 Oktober 2011, terdapat

beberapa faktor biasa yang menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran ialah

latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geografi, sikap dan aspirasi. Oleh

itu, guru sebagai penggerak utama program ini harus mempunyai sikap dan aspirasi

yang cemerlang, bersemangat dan kredibiliti yang tinggi sepanjang pengajaran dan

pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru

dan Modul Murid. Di antara prinsip-prinsip modul pengajaran dalam LINUS adalah ansur

maju, didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah, latihan interaktif

dan belajar sambil bermain. Manakala senarai kemahiran literasi yang perlu dikuasai

oleh murid ialah membaca dan menulis huruf, membaca suku kata, membina dan

menulis suku kata, membaca perkataan, membaca dan menulis perkataan, membaca

rangkai kata, membina dan menulis rangkai kata, membaca ayat, membina dan menulis

ayat tunggal.

8

Page 9: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hanya

menumpukan kepada kemahiran atau teknik bacaan semata-mata. Menurut Mahzan

Arshad, 2008, beliau berpendapat murid harus melalui pembelajaran yang lebih kukuh

dalam keupayaan membaca. Oleh itu, demi merealisasikan matlamat, pelbagai aspek

untuk memahami senario pembelajaran bacaan dalam Bahasa Melayu harus

dititikberatkan agar kanak-kanak yang lahir dari produk sistem pendidikan Malaysia

merupakan kanak-kanak yang celik bahasa dan seterusnya menguasai ilmu lain secara

optimum dan penuh kejayaan. Keupayaan murid dalam proses pembelajaran melalui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hendaklah dititikberatkan agar

kemahiran yang dikuasai oleh murid memberi impak yang besar kepada masa depan

murid dalam menguasai ilmu pengetahuan secara keseluruhan. Mahzan Arshad, 2008

berpendapat kepentingan untuk melihat akan keupayaan murid dalam mewujudkan

sesebuah kurikulum pendidikan literasi Bahasa Melayu adalah perlu diberi keutamaan.

9

Page 10: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Pemulihan Membaca

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk

penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.

Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat

menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat

membaca iaitu faktor yang ada pada murid itu sendiri atau faktor yang ada pada bahan

bacaan. Faktor yang ada pada pembaca adalah seperti kecerdasan berbahasa,

kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.

Faktor-faktor yang ada pada bahan bacaan pula meliputi perbendaharaan kata,

panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi

bahan grafik.

Untuk memulih bacaan murid, beberapa aktiviti Pemulihan Bacaan boleh

dijalankan. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran

fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan

penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga

perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti

bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, lidah, rongga tekak dan

rongga mulut.

10

Page 11: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Pemulihan Tulisan

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan

menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan

tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus

halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibacanya.

Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat

saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat

tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau

bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya

memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat

menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal

kedua faktor ini iaitu masa dan tulisan adalah lebih baik.

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah

berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan

perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal

menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab

ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah,

walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf.

Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan

jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji

dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-

bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan

serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta

dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

Kaedah Membaca

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru

hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah

memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.

Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi,

11

Page 12: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah

membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu

mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah

bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran

pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan

sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran

dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan

atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh

mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

12

Page 13: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

1. Kaedah Abjad

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar

mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal

nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal

a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga

diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi

membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a – z, , memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o,

u, menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu, membentuk perkataan

daripada suku kata - ba + tu batu dan seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat

mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa

Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga

membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum

dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

13

Page 14: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

2. Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris,

namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa

Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-

perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan

pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang

menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah

diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan

aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak

menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu

bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan

”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan

kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]

14

Page 15: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

3. Kaedah Bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.

Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah

bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata

yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan

diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam

bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi

huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ]

+ [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ]

[ t ] + [ a ] = [ ta ]

[ ba ] + [ta ] = [ bata ]

15

Page 16: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

4. Kaedah Gabungan Bunyi – Kata

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini

murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan

nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya

perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria

(multisensory).

Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang.

Murid menyebut nama huruf tersebut.. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. Murid

mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf. Guru menyebut bunyi huruf dan

kemudian menyebut nama huruf. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf,

menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan)

dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu

membunyikan huruf. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan

huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh

teruskan dengan latihan seperti murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan

huruf dengan kuat. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid

menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Hubungan antara

nama, bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan

bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan.

Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

16

Page 17: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran              : Bahasa Melayu

Tarikh                           : 15 Oktober  2013

Hari                              : Khamis

Masa                            : 9.00 – 10.00 pagi

Kelas                            : 2 Bestari

Bilangan murid             : 15 orang

Tajuk                            : Unit 8 Badan Saya Sihat

Kandungan kemahiran : 4.0 membaca

                                        4.1 membina dan membaca vokal

                                        4.1.1 suku kata ( mengeja perkataan )

Objektif:        

a)    membaca, memahami dan menaakul gambar yang terdapat dalam buku teks

b)    membaca, memahami, menaakul bahan grafik lain yang disediakan oleh guru

c)    Menulis dan menyalin vokal di tempat kosong.

Penggabungjalinan      : Sains dan Pendidikan Jasmani

Unsur terapi                 : Terapi motor kasar

BBM                             : video bersenam, kad gambar dan kad perkataan.

Penerapan nilai            : kerajinan

Kemahiran bahasa       : menulis, membaca.

Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan

dapat :

a) membaca, memahami dan menaakul gambar

b) menulis vokal di tempat kosong.

17

Page 18: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Langkah/

Masa

Isi

Pelajaran

Aktivti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set Induksi

( 5 minit )

Tontonan

video “Mari

Kita

Bersenam”

1.Guru menayangkan

video “ Mari Kita

Bersenam ”.

2.Guru menonton video

bersama    murid.

3.Guru menyanyi

bersama murid.

4.Guru menyoal murid

berdasarkan    video

tersebut.

a)Apakah kebaikan

bersenam?

1.Murid ditayangkan

video ‘ Mari Kita

Bersenam ”.

2.Murid menonton

video tersebut

bersama guru.

3.Murid menyanyi

bersama guru sambil

menepuk tangan.

4. Murid bersoal

jawab dengan guru.

BBM : video “

Mari Kita

Bersenam ”

Langkah 1

(10 minit)

Buku teks

muka surat

35

1. Guru menyoal

murid.

a)Apakah sukan

yang paling murid

sukai?

2. Guru memberitahu

murid

tentang pembelajar

an hari ini.

3. Guru meminta

murid merujuk

kepada buku teks

muka surat 35.

4. Guru meminta

murid membaca

aktiviti pada buku

1. Murid menjawab

sukan yang

paling mereka

menyukai.

2. Murid mendengar

penerangan guru

mengenai proses

pembelajaran hari

ini iaitu badan

saya sihat.

3. Murid membaca

nama aktiviti

pada buku teks.

a. tae kwan do

b. joging

c. senamrobik

d. lompat tali

18

Page 19: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

teks di muka surat

35.

a. tae kwan do

b. joging

c. senamrobik

d. lompat tali

5. Guru mengeja suku

perkataan yang

dalam muka surat

35 pada teks.

4. Murid mengikut

guru mengeja

suku perkataan

yang dalam muka

surat 35 pada

teks.

Langkah 2

(15 minit)

Kad

bergambar :

Pelbagai

kad aktiviti

bersenam

1. Guru menunjukkan

kad

bergambar   yang

mengandungi

aktiviti-aktivit yang

dapat menyihatkan

badan.

2. Guru menyoal

murid.

a)Apakah nama

aktiviti ini?

a. badminton

b. bola sepak

c. bola keranjang

d. berenang

e. lompat jauh

3. Guru mengeja

setiap suku kata

berdasarkan

1. Murid diimbas

kad yang

mengandungi

gambar aktiviti

yang dapat

menyihatkan

badan.

2. Murid menyebut

nama aktiviti

berdasarkan kad

bergambar

tersebut.

a. badminton

b. bola sepak

c. bola eranjang

d. berenang

e. lompat jauh

3. Murid mengeja

suku kata

perkataan

BBM: kad

gambar

19

Page 20: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

perkataan.

4. Guru memilih

seorang murid

untuk mengeja 1

perkataan nama

aktiviti yang

terdapat di

hadapan.

dengan

bimbingan guru.

4. Murid dipilih oleh

guru untuk

mengeja dan

membaca

perkataan nama

aktiviti di

hadapan.

Perkembangan

3

( 15 minit)

Kad

bergambar

perkataan :

1. Guru menampal kad

perkataan

berdasarkan

gambar aktiviti di

hadapan.

2. Guru memilih murid

untuk

melengkapkan

vokal tertinggal di

hadapan.

3. Guru memberi

pujian dan menepuk

tangan untuk murid

yang dapat

menjawab dengan

betul.

1. Murid melihat

guru menampal

kad perkataan

berdasarkan

gambar aktiviti

yang bersenam di

hadapan.

2. Murid yang dipilih

menulis jawapan

di hadapan.

3. Murid menepuk

tangan bersama

guru.

BBM:

Kad bergambar,

kad perkataan

Penutup

(5 minit)

Imbas

kembali

1. Guru meminta

murid membaca

vokal “ a,e,i,o,u ”

berulangkali.

2. Guru memberi nilai

1. Murid membaca

vokal “a,e,i,o,u”

berulangkali.

2. Murid-murid

mendengar

.

20

Page 21: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

murni pada

pembelajaran dan

pengajaran iaitu

rajin bersenam

kerana bersenam

adalah sangat

penting kepada kita.

nasihat daripada

guru.

21

Page 22: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Alat bantu

mengajar:

Kad

bergambar

22

Page 23: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

B _ d m _ n t _ n23

Page 24: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

B _ l _ s _ p _ k

24

Page 25: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

B _ l _

25

Page 26: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

k _ r _ n j _ n g

26

Page 27: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

B _ r _ n _ n g

L _ m p _ t

27

Page 28: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

j _ _ h

Refleksi

Saya, Chong Mun Yee berasa sangat syukur kepada tuhan kerana telah

menyiapkan kerja kursus untuk subjek Literasi Bahasa Melayu di Program Ijazah Muda

Perguruan yang berkod WAJ 3104 ini daripada pensyarah Literasi Bahasa Melayu saya,

iaitu Encik Abd Rahim Bin Ismail dalam tempoh masa yang ditetap.

Semasa saya menerima tugasan ini, saya berasa bimbang kerana dalam kerja

kursus ini saya kurang faham dengan tugasan yang diberi. Namun, selepas penerangan

pensyarah, saya dapat memahami cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Sebelum menjalankan kerja kursus ini, saya telah melayari internet dan mencari

sumber di pusat sumber untuk kerja kursus ini. Saya telah menghadapi sedikit

kesukaran semasa memilih teori-teori pembelajaran yang sesuai untuk kerja kursus ini

kerana terdapat banyak teori-teori yang boleh dijalankan semasa pembelajaran dan

pelajaran. Oleh itu, saya bertungkus lumus membaca maklumat-maklumat yang telah

dapati secara keseluruhan dan memilih sumber yang bersesuaian sebagai rujukan kerja

kursus kami untuk menghasilkan kerja kursus yang cemerlang.

Saya juga menghadapi sedikit kesukaran semasa merancang dan melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknik-teknik asas bacaan yang

sesuai kerana saya tidak mempunyai pengalaman merancang Rancangan Pengajaran

Harian sebelum ini. Oleh itu, saya telah merujuk beberapa contoh Rancangan

Pengajaran Harian pada internet.

Melalui kerja kursus mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu ini, saya telah

memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang baharu. Saya telah mempelajari cara

untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan mengaplikasi aktiviti-aktiviti

28

Page 29: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

pengajaran berdasarkan teori-teori pembelajaran pada masa depan semasa saya

menjadi seorang guru kelak. Selain itu, saya telah mampu membuat satu Rancangan

Pengajaran Harian. Pengetahuan ini telah banyak memantapkan saya menjadi seorang

guru yang bersedia menerima pelbagai cabaran dan rintangan. Selain itu, saya juga

mendapati kepentingan teori-teori pemerolehan bahasa dan implikasinya terhadap

pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori pemerolehan bahasa yang sesuai akan

membantu guru untuk melahirkan modal insan yang memenuhi elemen-elemen FPK.

Seorang rakyat Malaysia yang mengamalkan elemen-elemen FPK akan memberi

banyak sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

Saya dapat mengetahui bahawa kelemahan saya ialah mengurus masa dengan

kurang sempurna. Saya telah mengabaikan kerja kursus ini dan menyebabkan saya

menyiapkan kerja kursus ini sehingga larut malam kerana sebelum ini selalu menonton

drama dan memainkan permainan computer. Oleh itu, saya telah menghasilkan satu

jadual waktu untuk saya membahagikan masa saya untuk menjalankan aktiviti seharian

dengan bijak. Saya berazam mengubahkan kelemahan saya untuk menjadikan teladan

yang baik kepada murid semasa menjadi seorang guru.

Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya berasa berpuas hati dan gembira

kerana mendapat ilmu pengetahuan baru yang berguna daripada prosesnya. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang menjelaskan tugasan

ini dengan teliti kepada kami dan menghulurkan bantuan dan bersabar semasa kami

menghadapi masalah. Saya juga ingin berterima kasih rakan-rakan saya yang sentiasa

memberi sokongan moral dan kerjasama kepada saya semasa menjalankan kerja

kursus ini.

Kesimpulannya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadikan

seorang guru yang bertanggungjawab dan menjadi teladan yang baik kepada generasi

muda yang kelak.

29

Page 30: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

Rujukan

Buku

I. Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

II. Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra

III. Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma.

IV. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Laman Web

I. Pama (6 Disember 2011), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaranhttp://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdfDilayari pada 15 Ogos 2013

II. Hayazi (8 March 2013), rancangan pengajaran harianhttp://hayazi040669.blogspot.com/p/rancangan-pengajaran-harian.htmlDilayari pada 16 Ogos 2013

III. Mohd Sulaiman (10 October 2010)http://mohdnorizwansulaiman.wordpress.com/2008/10/10/pemulihan-tulisan-by-mohd-nor-izwan-sulaiman/Dilayari pada 20 Ogos 2013

30

Page 31: Assignment Literasi Bahasa pismp sem 2

31